Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Thursday, November 18, 2010

Baitul muslim dari Hlovate!


gambar dari mrfinal.blogspot.com

Your Blog :ikatanpenul1sindipenden.blogspot.com

He was a boy She was a girl Can I make it any more obvious He was a punk She did ballet What more can I say He wanted her She'd never tell Secretly she wanted him as well But all of her friends Stuck up their nose They had a problem with his baggy clothes


Dimulakan dengan lagu Sk8ter Boi Avril Lavigne, ini cerita tentang sebuah naskhah yang bertepatan dengan realiti masakini dan kontra sangat dengan Ayat-ayat Cinta. Versus, sebuah karya umph dari penulis Hlovate kumpulan Jemari Seni. Mengisahkan cinta serba rock dan punk anak-anak skaters yang lebih jujur untuk dihayati. Di kota kontemporari masa kini, berkesan sangatkah Ayat-ayat Cinta untuk disihirkan ke seluruh nubari anak anak muda Malaysia masakini? Ternyata Hlovate lebih sesuai dengan muka bentuk rupa bumi iklim atmosfera budaya Malaysia Baru yang serba canggih. Dan bukan Azhar Mesir.

AO atau nama panjangnya Asyraf Omar dan Minn Edina princess skaters watak yang kreatif dimainkan Hlovate. Minn, berubah menjadi the so called muslimahlah tetapi still rock. Tiba satu masa apabila mereka ditaqdirkan berpisah kerana sudah ada taqdir yang ditentukan ke atas mereka maka mereka pun berpisahlah.

Beberapa masa berselang kemudian, mereka berjumpa lagi. AO yang sebelum ni watak lelaki hero yang aci main redah sahaja telah menjadi betul betul muslim yang baik. Dan Minn Edina pula merasakan dirinya sekadar muslimah celup sahaja. Plot diteruskan lagi dengan petikan demi petikan dari karya Harun Yahya yang menyebutkan cinta selalu sahaja menjadi jarum para syaitan untuk menyuntikkan nafas nafsu yang mencantikkan rupa paras cinta.

Dan akhirnya cerita ini berakhir dengan happy ending AO mendirikan baitul Muslim dengan Minn. Yang agak menarik, Hlovate turut menyelitkan maratib 'amal secara tak langsung.

Naskhah ini agaknya sesuai dibeli dan dibaca oleh semua para asatizah kita di luar sana. Menyelami realiti atmosfera budaya kita sebelum teruja sangat dengan karya-karya the so called ustaz-ustaz dari luar sana. Budaya kita yang mendiami Malaysia Baru adalah amat sangat memiripi budaya serba saeculumn secular Amerika Benua Eropah sana. Punk, skaters, grunge, skinhead, hip hop, shuffle etc etc lain semuanya banyak bersumberkan negara negara sana.

Jika semua masalah ini tidak diperhatikan secara serius bagaimana mungkin kita mahu menghasilkan masyarakat Islam yang bagus dari segenap segi?

Wednesday, November 10, 2010

Bolasepak dan realpolitik Malaysia.


Anda kenal dia?

Your Blog :ikatanpenul1sindipenden.blogspot.com


Berakhirlah sudah piala Malaysia tempohari dengan Kelantan Red Warriors muncul sebagai pemenang dan kegagalan negeri Isa Samad dan Khairy Jamaludin mempertahankan kejuaraan yang disandang.

Bolasepak bukanlah sukan baharu. Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain.

Rolf Knei, bekas pemain bolasepak Switzerland dan pengasas sarkas Salto Natelo ada beritahu "bola sepak, menyebarkan kegembiraan dan menyatukan orang tidak kira agama, warna kulit atau kelas sosial..,"

Itu dari sudut sukan, tetapi jikalau ditinjau dari sudut politiknya terdapat begitu banyak lakaran kekelakaran yang telah berlaku terhadap permainan merebut objek bulat ini. Apabila kumpulan towkay besar menaja lebih bas untuk pendokong Kelantan pergi ke stadium Bukit Jalil, PAS pun cuba buat perkara yang sama meski ada lagi yang lebih memerlukan. Tatkala peristiwa objek bulat ini menjadi sembahan beramai ramai, gendang Galas maseh dipalu digoncang kuat. Adakah ini tidak boleh dikatok kepala PAS Kelantan yang mereka juga cuba untuk bermain rasuah politik? Sebenarnya tanpa perlu membaca kitab maza ya'ni intimaie lil Islam pun, seorang pakcik tua yang sedang menunggu durian gugur di Gua Musang pun boleh berkata PAS pun turut sama memasang umpan memancing undi di kalangan penganut ugama bolasepak.

Satu thumbs up wajar sangat dibagi kepada Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana tidak melayan sangat karenah budak-budak bola ini dengan memberi cuti umum peristiwa atau sebagainya. Kerana kemungkinan besar beliau pun tahu, semua ini hanyalah media propaganda kapitalis murah sahaja. Tetapi sebagai galakan kepada slogan majulah sukan untuk negara, Ustaz Nik Abdul Aziz yang juga merangkap pesuruhjaya Pas Kelantan berjanji akan memberi ganjaran kepada para pemain jika memenangi peraduan tersebut.

Bola sepak, jika kita boleh tambah sedikit kata-kata Rolf Knei pengasas sarkas Salto Natelo tersebut bukan sahaja berjaya menyatukan antara ras bangsa, apa, agama, warna kulit, kelas sosial, gender malahan parti politik juga. Ini tidak terdapat pada sekian ratus ribu ceramah berunsur makian, bebelan, serta khutbah harian yang dijejerkan dan disampaikan oleh para khutaba' kesemua parti politik yang bernafas di atmosfera Malaysia Baru. Apabila masuk sahaja fasa demam influenza selesema bola sepak, seakan akan tersihir kesemua mereka untuk berhenti mencarut dan mengarut yang bukan-bukan. Mereka seakan-akan memeterai penjanjian Hudaibiyah kedua, gencatan senjata pun turut disauhkan untuk berlabuh.

Tidak kiralah parti yang beragama atau parti sekular yang menjual agama, semuanya sama sahaja. Ini kerana the system of party can take the risk with left obsession of the audiens. Jika mereka mahu berlabun juga apa yang mereka sukai tanpa mengira apa yang audien sukai maka akan terjadilah seperti apa yang telah terjadi di muktamar PAS tempohari.

Petik sedikit daripada apa yang dihamburkan blogger tomotosusu di blogspotnya tomatosusu.blogspot.com.

Salam 1dunia. Hari ini hari Jumaat. Bolasepak World Cup dan Muktamar PAS berlangsung serentak. Kalau korang cerdik, antara 2 event ni yang mano satu jadi perhatian rakyat Malaysia? Dah tontu la World Cup. Lain kali penganjur Muktamar PAS kalau boleh jadi la bijak sikit cari tarikh yang sesuai untuk muktamar. Biar muktamar PAS tu jadi perhatian rakyat Malaysia. Biar jadi perhatian media. Biar jadi tumpuan. Dari situ dapat Political mileage. Dari situ baru dapek keuntungan politik. Hadoiyai. Budak Pusat Serenti pun tahu bai.

Jadi, siapa yang benar-benar untung untuk pesta bola sepak kali ini?


Sumber

1- http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_sepak
2- http://tongsampahsejarah.blogspot.com/2010/10/ulasan-bukan-edisi-astro-arena-kelantan.html
3- http://tomatosusu.blogspot.com/2010/06/oleh-ali-salam-1dunia.html

Wednesday, November 3, 2010

Al-'adalah last round.

Your Blog :

Seorang mualaf yang telah pun lama memeluk agama Islam tetapi maseh gemar dipanggil saudara baru telah agak lama memerhati sidang perhimpunan agung FI ini. Mualaf ini sebenarnya sudah tahu permainan FI Reform yang sudah banyak kali muncul dalam sejarah. Young Turk di Turki antaranya. Kadangkala, kelompok ini akan dilihat sebagai kelompok para messiah yang berniat muncul untuk menyelamatkan. Sebenarnya tidak. Kelompok ini sebenarnya mahu mencuri kesempatan.

"Kau nak bercakap ke Joseph?" Tanya temannya dengan suara yang agak rendah. Pentas maseh kecoh dengan gelagat FI Reform. Joseph senyum sinis dan mengangkat tangan terus berdiri tanpa menunggu keizinan diberi.

"Ya, di hujung sana. Ada apa?" Pengerusi terpaksa memberi laluan. Keadaan makin kalut dan akan makin bertambah lebih kalut lagi jika orang yang baru berdiri itu tidak diberi peluang. Media-media asing yang dipanggil akan menikam lagi selepas ini.

"Saya cuma tidak bersetuju dengan al-adalah yang cuba dihalang cakap oleh Qayyum kepada tuan Ali Jinnah kita. Qayyum tu, sebenarnya tahu sangat ke makna yang tersembunyi dalam perkataan al-'adalah?" Joseph berdiri sambil menyeluk poket. Gaya Joseph yang agak ranggi dan macam budak punk itu menarik perhatian ramai pihak. Tidak terkecuali Ali Jinnah.

"So, apa pula maksud al-adalah yang kau faham budak mentah?" Dengan lebih selamba di depan semua para perwakilan FI yang berketayap, berserban dan berjubah Qayyum membalas serangan Joseph.

Pengerusi sedikit bengang. Ali Jinnah senyum sahaja. "Eh, ini perhimpunan agung atau sesi perdebatan ala punk?" Pengerusi pula berdiri. Dia sudah mula panas hati.

Joseph berjalan perlahan mendekati pentas. Dia berhenti apabila berada betul-betul di hadapan Qayyum. Ali Jinnah kelihatan tertarik dengan gaya budak bermata sepet itu. Menyamai sekali gayanya waktu dia di sekolah menengah tinggi suatu waktu dahulu. Tenang dan ranggi.

"Al-Adalah, adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Justice bukanlah memberi peruntukan satu billion kepada satu komuniti dan satu billion lagi kepada seorang sekutu rapat kroni kita atas sebab dia menolong kita. Itu tidak adil namanya. Ataupun banyak lagi kesah tentang adil yang kita semua boleh sahaja baca buku di perpustakaan. Tetapi yang paling teruk dan nakal untuk saya sebutkan di sini, hak Allah dan hak para makhluq Allah adakah sama dan 'adil untuk diletakkan setaraf? Tetapi itulah demokrasi. Dan demokrasi itu sendiri, sangat menyalahi definisi 'al-adalah."

Bicara Joseph, yang menyudahkan.