Makluman
Adakah Kita Begini?

Friday, August 19, 2011
Kebenaran, tidak takut untuk diperdebatkan.
Saturday, April 30, 2011
Discafe.
Taqi berjalan-jalan di UIS hari ini. Kereta terpakai yang baru dibeli ditinggalkan tidak jauh dari situ. Idea maseh belum kunjung tiba. Apa yang harus dilakukan kepada 1 milion ini? Nak kena mengembara dahulukah untuk dapat idea? Sebentar kemudian ada bunyi bising masuk dalam telinga Taqi. Bunyi bising itu terlahir dari sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang melakukan senam erobik di padang bertar. Padang itu selalu digunakan oleh pelajar-pelajar junior kerana padang besar telah dibolot terlebih dahulu oleh pelajar-pelajar senior. Beberapa pelajar berseluar treksut yang mengenalinya mengangkat tangan. Taqi balas sapaan. Beberapa pelajar lain yang tidak mengendahkan, terus bersenam. Seorang senior meniup wisel. Seorang senior lagi datang. Marwan namanya. Marwan berlari ke arah Taqi.
"Dah agak kau akan lalu sini."
"Haha. Macam mana kau dapat agak?"
"Ta'akul ke laduni? Hehe. Selalunya sebelum kau ada kereta pun, kau selalu jalan di sini."
"Oh. Kau tahu juga ye aku ada kereta. Kereta terpakai pun orang nak heboh."
"Belum. Jom."
"Apa yang buat kau maseh terus dengan Ummah Centric, Taqi?"
"Ho, Jamaat hantar kau pulakah?" Taqi menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Diikuti Marwan.
"Taklah. Cuma pelik. Ummah Centric, itu cuma pandangan. Bukan gagasan."
"Apa yang kau tahu perihal Ummah Centric, Marwan Hakam?" Tanya Taqi sambil melap mulutnya dengan tisu.
"Semua Jamaat kena bersatu. Jangan pilih bulu, jangan hanya kata kita yang betul selainnya adalah gagal, teruk dan silap. Betul?"
"Boleh tahan. Aku ingat sebelum ni, kau cuma seorang salaf yang tahu berlagak dengan secubit ilmu yang kau tahu."
Marwan tersenyum."Mungkin dulu kowt. Masa baru baru kenal Jamaat. Sombong betul aku masa tu. Hanya Jamaat aku sahaja yang betul."
"Aku pun maseh belajar Marwan. Maseh setahun jagung dalam urusan dakwah ini semua."
"Apa perkembangan terbaru Jamaat. Dah silibus apa sekarang?"
"Aku sekarang dalam bab pengurusan organisasi."
"Owh. Semester empat kan? Semester lima nanti mesti kau jadi calon MPM punya."
"Hehe. Doakan." Kata Marwan yang baru selesai makan.
"Pasal Ummah Centric tadi tu, aku tetap mengatakan semua Jamaat punya kekuatan masing-masing. Tidak boleh antara satu sama lain memperlekehkan atau merendahkan antara satu sama lain. Dalalm silibus kepelbagaian Jamaat / ta'addud Jamaat, GIK telah banyak kali dilihat merendah-rendahkan pergerakan-pergerakan Islam yang lain. Ianya adalah suatu yang tak patut sama sekali. Dan gagasan Ummah Centric menentang pandangan kuno tersebut."
Bermain dengan tetikus. Menggerakkan kursor ke kiri dan ke kanan. Teringat diskusi pagi tadi. Di hadapan Marwan yang sudah berubah sikapnya. Daripada suka menghukum ke arah lebih memahami.
"Kursus apa yang kau ambil, Taqi? Kau ijazah kan?"
"Perbankan pula. Aku mahu jadi fakih dalam bab duit ni. Sudah ada banyak pandangan yang tidak menyetujui konsep wang kertas."
"Fuh, terbaik Taqi!"
"Ini kolej universiti kapitalis. Macam-macam yang boleh dibuat jika kita punya duit."
"Wah!" Marwan menjerit kegirangan.
"Aku macam nak bersorak pula Taqi. Rasa seronok sangat dengan idea-idea kau. Benar, sekarang bukan lagi zaman berslogan dan mengkritik....,"
"Salah tu, pemikiran kritikal dan analitikal itu perlu. Tetapi perlu dibataskan daripada diluahkan di medan-medan umum. Cukup sekadar perbincangan kelompok."
"Apa-apa sahajalah. Yang penting aku sudah memahami pola pemikiran kau dan hampir bersetuju sepenuhnya dengan semua apa yang digagaskan kau." Marwan kelihatan puas.
"Pimpinan Jamaat sekarang maseh Imam Mudakah? Dia apa khabar?"
"Alhamdulillah baik. Sudahlah buang masa sahaja bercakap pasal dia. Aku baru terbaca tentang discafe?"
"Ya discafe. Kampus kena ada benda macam itu. Sebuah kafe untuk kita berdiskusi benda-benda serius secara santai."
"Woow! Perancangan yang hebat! Kau nak saingi Jalan Telawikah?"
"Terpulang kepada persepsi kau sendiri. Adakah jika tidak ada Jalan Telawi maka kita harus berhenti befikir? Jika jawapan kau adalah ya, maka aku berani untuk mengatakan kewujudan Komunite Seni Jalan Telawi adalah suatu unsur penting yang tidak dapat dinafikan lagi dalam mengasah daya intelektual di kalangan kita."
"Pegh. Ini jawapan idea yang paling smart," Kata Marwan.
Sambung Marwan lagi, "....Tapi kau harus tahu juga budaya ilmu di sini macam mana. Para pelajar lebih suka bercouple dari berintelektual."
Ali Taqi hanya serius tersenyum. "Tak mengapa. Kita boleh buat perlahan-lahan dahulu."
"Eh, bukan aku baru baca dari wall fb kau ke yang kau kata, sekarang masa untuk melaju?"
"Ya, ya. Yang penting kedua-dua teknik itu jangan digapkan. Oh, Iqbal pula apa cerita sekarang? Maseh merajuk ke?"
"Kenapa pula dengan dia? Bukan engkau orang berdua kawan paling akrab di kampus ini ke? Yang aku perasan, kebelakangan ini dia banyak hentam Shi'ah. Semacam Shi'ah tidak ada sumbangan langsung."
Ali Taqi hanya menjongketkan bahu. "Aku mengharapkan kerjasama dia. Dia ada AUWT."
"Apa yang menariknya? Dia sendiri pun maseh terkontang-kanting. Aku dengar dia terpaksa buat kerja sambilan untuk teruskan pengajian dan obses kegemaran dia yang satu itu.
Laptop telah lama ditinggalkan bila terkenangkan Iqbal, sang pujangga. Kaki telah lama bertapak di dalam rumah murah Dahlia, tempat tinggal sang penyajak revolusioner.
"Apa kata kau kerja dengan aku sahaja, Iqbal."
"Dengan pasukan Shi'ah kau? Sorilah. Biarlah aku begini pun asalkan prinsip-prinsip aku tak terjejas. "Earfon dari telinga Iqbal ditanggalkan. Mereka bersila atas permaidani rumah sewa. Pelbagai pengecas telefon genggam berselerak. Ada semut merah merangkak di mana-mana.
"Keadaan ekonomi kau agak teruk kan, kawan?"
Iqbal menepuk debu yang kelihatan, tak sempat disembunyikan perasaan segan dan debu yang maseh tersisa di karpet. "Kenapa kau ambil berat pada aku?"
"Bukan begitulah, sahabat. Aku nak ajak kau, discafe akan lebih rancak jika ada satu lagi pihak yang serius bergandengan tangan dalam mengintelektualkan bumi UIS ni."
Jam di tangan dipandang. Mata Taqi sedikit terganggu dengan plastik belon dan getah yang bersepah. Ada bunyi kucing. Meow-meoww. Seekor kucing bertompok-tompok keluar dari bilik dengan menggeliat manja. Iqbal berdiri. Memberi tulang ikan dari bekas polisterin yang tidak terkatup rapat.
"Kau bela?" Tanya Taqi. Dia pun berdiri sama.
"Ya. Kereta baru kau parking di mana?" Tanya Iqbal sambil kelihatan tekun menyuapkan kucing. Pada tulang ikan itu ada beberapa cebisan isi yang boleh digaulkan dengan nasi.
"Jom jalan-jalan. Ambil angin." Kata Taqi bersahaja.
"Kita nak ke mana?" Kucing semakin tidak mengendahkan Iqbal yang masih menggaul.
"Jomlah."
Iqbal bangun dan membasuh tangan. Iqbal masuk ke dalam bilik. Kedengaran bunyi almari ditutup. "Kau tunggu aku di bawah."
"K." Kata Taqi pendek sebelum turun ke tangga bawah.
Hujan mula merintik.
"Ramai juga budak-budak Jamaat yang aku jumpa, demam kebelakangan ini." Kata Iqbal ketika masuk ke dalam kereta.
"Ya. Migrain dan sakit kepala pun ramai. Sistem perkaderan yang rigid itukah penyebabnya?"
"Entahlah Taqi, aku sudah panas hati nak masuk campur urusan dalaman mereka. Kau tahu sahajalah sikap mereka kepada kau, waktu kau bagi mereka beberapa opini dahulu."
"Perubahan itu bertahap. Kau kena sabar. Dan kau kena berhati-hati. Kau kata kau revolusioner, bukan?"
Ada gerai pisang goreng yang ternampak di pandangan mata mereka berdua.
"Lepak situ nak? Aku belanja." Kata Iqbal.
"Apa? CPU kau terbakar?" Taqi sedikit terkejut.
"Yep. Itu pasallah, siri Urwatul Wuthqa minggu lepas tak ada.
"Kau ni maseh belum menjadi revolusioner tulen ni." Kata Taqi memamah goreng pisang yang dicicahkan dengan sos.
Iqbal memperbetulkan kopiah putihnya.
"Kenapa pula hal CPU aku terbakar nak disangkutkan dengan aku bukan revolusioner tulen?" Taqi tersenyum membiarkan hal itu berlalu.
"Kau dah bacakah isu klip video sumpah laknat itu, Iqbal?"
"Entahlah, Taqi. Segalanya terlalu politaik. Aku naik menyampah. Bosan, muak dan mual."
"Kau maseh lagi dengan fikrah non partisan?"
"Haha, yang kau tanya begitu mengapa? Mestilah."
"Kau maseh ingat lagikah, tentang Ummahcentric.blogspot.com?"
"Tentulah. Siapakah yang berani melupakan dua orang sosok pemuda yang bercita-cita besar untuk menyatupadukan seluruh kaum muslimin dalam satu saff?"
"Apa khabar Dr. Maszlee sekarang ya?"
Hujan mula melebat. Kenderaan Taqi sahaja yang paling selamat. Pelanggan-pelanggan lain bergegas menyelamatkan motosikal masing-masing.
"Mari." Kata Taqi sambil mengangkat punggung keluar dari gerai goreng pisang tersebut.
"Kau pasangkan TV Internet dalam kereta kau?" Tanya Iqbal sambil menancapkan matanya pada monitor lcd yang memaparkan pergolakan politik sensasi dua tiga hari ini.
"Ya. Ianya telah diubahsuai, sebenarnya."
"Pagi besok, apa agenda kau?" Tanya Taqi memandu perlahan.
"Reka tanduk." Mata Iqbal maseh terpaku.
"Tanduk? Tanduk apa?" Taqi kehairan-hairanan sambil berpaling kepada Iqbal.
"Ada sebuah lagi kugiran intelektual mahu menyibuk dalam diskustik. Kau kenal Deansama?"
"Ya." Balas Taqi.
"Erm. Dia power juga di UN. Pengetahuan falsafahnya agak hebat tetapi tersembunyi di perwatakannya yang sedikit humor. Dia yang minta aku buat logo tanduk untuk kumpulan gitar rancaknya.
"Oh. Begitu."
"Nak singgah dulu tak restoran dekat simpang empat?"
"Nak beli apa lagi, Ali?"
"Ikut kaulah. Paprik ke Pataiya ke Tom Yam ke. Khabarnya, restoran itu masakannya sangat sedap hingga menjilat jari. Ayam gorengnya pula lebih lazat dari KFC."
"Sungguh?"
Ali Taqi mengangguk-angguk.
Selepas makan, kedua sahabat itu berehat. Dalam kedai yang sama juga terdapat rak buku. Iqbal ditinggalkan sementara dia berdiri mundar-mandir membelek buku-buku yang berada di situ.
"Inikah model discafe kau, Ali? Lazat dan berintelektual?" Kata Husin yang tiba-tiba entah dari mana muncul membelakangi Ali Taqi dan memegang kitab Ada Apa Islam dengan Radikalisma? Vol kedua, edisi semak semula, cetakan keempat.
Husin meminta diri apabila seorang dari ahli keluarga Turab memanggilnya dari luar dengan mengetuk cermin.
"Apa yang budak-budak Shi'ah itu buat di sini, Taqi?"
"Kita biarkan sahaja mereka dahulu. Kita buat kerja kita dahulu, boleh kan Iqbal?"
Sekali lagi, Iqbal mencebik.
Thursday, March 3, 2011
Syiah lagi....
"Ali Taqi, ramai ke yang tahu kau menang satu milion tu?"
"Taklah. Keluarga terdekat dan beberapa kawan rapat. Kenapa akhi?"
Marwan kemaskan fail, masuk ke dalam beg. Beg dikunci rapat.
"Tak lah. Bimbang sahaja. Duit banyak, masa inilah enta akan bertambah bilangan kaum kerabat."
"Dahsyat perli enta." Ali Taqi maseh tak ganjak. Termangu memikirkan dengan tangan terpangku pada meja yang bulat. Beberapa pelajar sedang memilih makanan. Kafe tanpa nama itu makin sunyi dibaham masa. Sudah agak tak banyak mahasiswa berkejaran ke sana dan ke sini mengejar kuliah yang padat.
"Jadi banyak lagikah proses yang ana kena buat?"
"Nak kena tanya abang ana juga. Dia yang bos dalam hal ni. Ana ni, bantu macam tu sahaja." Punggung Marwan sudah tak lekat dari kerusi hitam pekat, klasik citarasa tuan kedai.
"Nak balik dah ke?" Tanya Ali Taqi. Maseh tak berganjak. Teringat sang pujangga juga. Ke manakah dia bawa diri lari? Aku cuma berkawan dengan syiah. Bukan masuk syiah.
"Belum lagi. Terfikir tentang sesuatu. Baru"
"Apa?" Tanya Ali Taqi. Raut urat serius mula tampak di muka sahabat salafinya. Entah mengapa salafi kebanyakannya seperti Imam Abu Hanifah yang cukup alat-alat teknikal. Marwan dan abangnya, Abdul Malek B Marwan sinonim di UIS dengan nama salafi billionaire.
"Kami mungkin, berat kot Ali Taqi dengan enta....,"
"Ek.. Berat yang macam manakah akhi?"
Nada suara Marwan jadi agak tinggi kemudian.
"Enta syiahkah?"
Terus terpantak teringat Iqbal....
Monday, January 31, 2011
Negara Islam utopia.
Your Blog : benzcinta-islam.blogspot.com
Sunday, December 5, 2010
Aku tetap sunni. Sampai mati.

Your Blog :
Monday, October 18, 2010
Sunni syii
Pintu dikuak. Hasan masuk.
"Kau nak pos peraduan lagi ke Ali Taqi Zainal Abidin?"
Tersenyum Ali Taqi. "Macam selalulah Hasan Husin, adik kau mana?" Ali Taqi lipat kemas kertas peraduan dan masukkan dengan cermat ke dalam sampul surat. Setem sudah dijilatkan dengan gam sebentar tadi pada dada sampul. Hasan menarik kerusi.
"Aku boleh bagi kau banyak Ali, untuk projek kau."
Ali Taqi hanya senyum sahaja bila dengar percakapan rakan sekuliyahnya yang duduk atas kerusi meja studinya. Hari ini sudah masuk minggu studi. Exam akan menjelang tidak berapa lama lagi.
"Aku nak usaha sendirilah, Hasan. Lebih bermakna dan berbaloi." Perlahan, Ali Taqi mendudukkan punggungnya atas katil besinya. Tilam sudah pagi tadi dijemur. Waktu makan tengahari akan terbit sekejap lagi.
"Truly aku cakap, sebagai seorang mahasiswa tahun kedua di sini, di UIS ini projek Jundullah Foundation kau adalah suatu projek yang perlu dan havoc untuk disokong semua."
Haha. Gelak sahaja Ali Taqi. Dia mula mengenal Hasan Husin semasa demonstrasi Karbala di UIS tempohari. Penganiayaan terhadap ahlil bayt Nabi dan penghinaan terhadap klan yang bergelar Syiah membuatkan nubari Ali bagaikan batu magnet besi berani yang jadi tertarik untuk mendengar pidato Hasan. Hasan B Abdul Rahman B Omar B Abdullah ini, jikalau diperhatikan nampak biasa sahaja orangnya. Tetapi Hasan suka sangat bergaul dengan orang baru freshie macam Ali.
"Nak makan?" Tanya Hasan bila Ali Taqi seolah tidak berminat untuk bercakap berkenaan Jundullah Foundation. "Boleh juga." Ali Taqi bingkas berdiri.
"Aku belanja." Kata Hasan usai makan. Husin yang baru habis studi dengan kekawannya yang lain turut sama memenuhkan meja dua orang sahabat itu.
"Ali, haha kau tak takut dikutuk syiah ke sebab kawan rapat intim sangat dengan abang aku?" Husin terus duduk tanpa memberi salam. Nampak suka berjenaka dan berseloroh Husin ini. Tetapi dialah yang paling agresif antara klan syiah yang ada di bumi UIS ini. Antara demonstran yang cukup digeruni pihak berkuasa UIS.
"Tak adalah. Aku nak belajar. Belajar memahami tentang kamu. Tanpa fobia apa." Iqbal meletak buku atas meja sambil menggeleng kepala dengar Ali Taqi jawab macam itu.
"Jangan kau semua syiahkan kawan aku sudahlah." Iqbal, deklamator terbaik pujangga yang anak kacukan hindustan dan india Islam Malaysia mula bersuara. Bagi Iqbal, amatlah rugi dan amat sayang sekali jika Ali Taqi yang suka amat mengkaji dan meneliti terjerumus masuk ke dalam panutan baru iaitu syiah.
Husin mula berkerut kening, dan ada beberapa lagi rakan teman Husin mula panas punggung, Hasan hanya senyum kepada Ali Taqi membuatkan Ali Taqi terpaksa bercakap.
"Iqbal, bertenanglah. Kita sudah patut mula memahami antara satu sama lain mulai sekarang ini. Aku orang Islam, dan begitu juga kamu semua. Tidak ada beda antara kita semua."
"Ada." Kata Iqbal, tidak mahu kalah. The betrayal of sunni? Oh, come on..
Melihat Iqbal bengkeng tidak tentu pasal dan maseh tidak mahu berganjak, " Hasan jomlah. Aku nak pos surat tadi. Mari teman aku. Nanti pejabat pos dah tutup kalau lewat sangat." Ali Taqi sekadar menggelengkan kepala kepada Iqbal tanda isyarat tidak berapa menggemari sikap tertawan yang begitu tertutup itu.
"Jom." Dan Hasan kemudian hanya tersenyum kepada Iqbal.
"Aku still tak faham Ali. Kau mungkin sahaja akan berdepan dengan musuh yang banyak, dan berkemungkinan besar telah kehilangan seorang teman baik yang pernah satu batch form 6 dengan engkau satu masa dahulu..," Hasan memperlahankan Proton Iswara yang dipandunya.
"Aku cakap lepas aku pos." Ali Taqi keluar segera membuka pintu kereta. Aku kena dapat, kena usaha juga untuk dana RM 1 Juta itu. Pedulikanlah mereka semua. Kalau nak bergocoh begitu, aku tidak mahu terlibat. Ali Taqi kena pandang lebih jauh ke depan. Ali Taqi mana boleh pandang belakang. Kena jadi kebanggaan ayah ibu, Ali Taqi. Tidak boleh main-main dan tidak boleh buang masa macam itu sahaja dengan mereka, kawan-kawan aku di sini.
Beb-Beb
Isyarat mesej berbunyi. Mesej dari ibunda.
"Ali sayang, ada surat sampai tadi. Ibu sudah bukak tadi. Ali.. Ali masuk peraduan apa yang dapat satu juta ni?" Tanya ibu via sms.
ALLAH! Seru Ali.
Sunday, August 15, 2010
Seterusnya..!
Kehampaan akan menyelubungi sesiapa sahaja yang terus dirundungi rasa takut.
Aku Ali Taqi Zainal Abidin. Mana mungkin perasaan takut akan menyinggahi aku jika aku telah hasbi Rabbi jallallah ma fi qalbi ghairullah?
Ini, adalah catatan perjalanan hidup aku. Boleh jadi sebuah lagi novel yang akan dikarang bakal pengarang besar, Iqbal kawanku pra Malaysia Baru era runtuhnya Khilafah kerajaan lama.
Merenung nasib diri serta ummah masakini buatkan aku yang terpukul mundur menderita semenjak sekian lama membuatkan, heh, aku mahu mewujudkan satu lagi front; Jundullah Foundation!
Tetapi soalannya, macam mana?
Tuesday, July 20, 2010
Inilah permulaan..!
Air, salah satu nikmat terbesar yang dikurniakan Allah melebati tubuhku. Air sejuk dicampur dengan air panas membentuk suam memang benar-benar melegakanku. Damai. Allah. Muhammad.
Segala-galanya, bermula apabila Pakatan Rakyat memenangi hampir seluruh penjuru Malaysia maka Malaysia selayaknya diberi nama dan nafas baru iaitu Malaysia Baru.
Aku, sebenarnya maseh mentah hijau di bumi kampus. Hampir zero dan tidak tahu satu apa langsung pun kaitan antara kampus dan politik luar; politik nasional.
Tambah, membingungkan aku lagi apabila gerakan-gerakan dan individu-individu di kampus bertanding dan melibatkan diri di dalam kancah politik kampus. Aku, jadi buntu dan keliru sama sekali.
Sementara itu, di suatu sudut terpencil aku menyedari ada satu lagi kelompok yang sungguh-sungguh mustadh'afin terpinggir. Mereka benar, cuma makan mee maggie hampir saban waktu. Pelajar-pelajar Indonesia antaranya. Aku jua sebenarnya.
Bukan, sahaja para pelajar dari bumi seberang yang menahan lapar dan dahaga, dari bumi Malaysia Baru juga ada. Selain aku, ramai lagi yang kulihat begitu. Itu semua, belum masuk lagi kes PTPTN riba yang diswastakan oleh kerajaan.
Apa sikap, aku, kami di bumi sini? Hanya memerhatikan sahaja?
Hanya berseminar, berdiskusi dan berintelektual semata?
Nak pergi program intelektual pun perlukan duit maa..!
Membaca, akhbar-akhbar lokal tempatan membuat nubari aku bagaikan dicucuk-cucuk oleh jarum peniti. Urat sarafku terasa seakan berhenti berdenyut-denyut, apa yang sebenarnya berlaku ke atas masyarakat manusia di abad kontemporari ini?
Aku manusiakah, apabila melihat sahaja dan hanya cuma mampu berdoa melihat kesakitan demi kesakitan umat manusia dan tidak mampu untuk berbuat lebih daripada itu?
Sekularisasi, demokrasi, kepincangan rumah tangga, buta huruf, kerosakan sistem pendidikan, gejala kepincangan rumah tangga kaum Muslimin, kemusnahan dan kehilangan tanah-tanah kaum Muslimin...
Allahu Rabbi, apa setepatnya aku ini?
Wednesday, April 21, 2010
Kerja orang kampus..!
"Kenapa ummah centric?" Tanya Silmiyah.
"Kenapa tidak?" Ali Taqi, menjawab pula dengan sebentuk persoalan.
"Kau akan ke Hulu Selangor?" Silmiyah bertanya lagi. Angin sepoi-sepoi meniup dari belakang. Tudung yang dipakai terasa sedikit panas. Semenjak beberapa bulan ini, dunia seperti dibakar matahari sahaja.
"Kenapa pula?" Ali Taqi menjawab lagi dengan segulung pertanyaan. Silmiyah yang mengajak ke meja bangku di luar perpustakaan untuk berbincang mengenai beberapa perkara agak termengkelan.
"Kenapa kau asyik 'kenapa'?" Silmiyah meluahkan kejengkelan. Seorang pensyarah yang dikenali mereka cuma melambai balas sambil tersenyum apabila Silmiyah menganggukkan kepala. Ali Taqi sebenarnya tidak berapa menggemari orang-orang gerakan Islam kampus yang terlalu wala' taat setia membabi buta. Kalau mahu taat setia thiqah pun, berpada-padalah. Jangan membaca pun malas..!
"Tidak bolehkah?" Ali Taqi bertanya lagi. Silmiyah, meski salah seorang perempuan yang agak aktif, lincah, lawa di dalam kampus tetap tidak berupaya menarik perhatian Ali Taqi. Perempuan, bagi Ali Taqi ada kelasnya yang tersendiri. Bukan menceroboh kelas orang lain sahaja kerjanya..! Siapa kata hidup tidak ada kasta??
Hmm, Silmiyah hanya mencuka. Baik, tidak mengapalah jika begitu. Aku bukan nak menggatal pun. Aku cuma nak berbincang beberapa perkara. Jika begini gayanya, baik aku cari Akhlaqen. Pemimpin para demonstran mahasiswa itu lebih bagus dan seribu kali berguna dari lelaki yang suka menyibuk membaca ini. Setiap masa membaca, bosan..!
“Aku minta diri dahulu. Maaf mengganggu.” Kata Silmiyah. Kebetulan Asrar Mufidah ternampak mereka berdua di meja bangku. “Assalamualaykum.”
“Wa alaikumussalam.” Sahut kedua mereka. Ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum waktu menuju ke waktu solat fardhu ‘asar. Di atas meja, berhadapan dengan Ali adalah buku Feqh Harakah karangan seorang pimpinan FI.
“Wah, bertuah saya hari ini. Dapat jumpa dua figure yang menempati posisi penting dalam kampus. Kedua-duanya pula walau tak pegang apa-apa jawatan tetapi pengaruhnya makin besar, besar dan membesar hari demi hari..,” Asrar Mufidah kelihatan mahu berbual dengan cuba berlucu di awal.
“Mana adalah..,” Ali Taqi menafi ringkas. Hmm, kesempatan yang baik. Mungkin kalau aku tak dapat pengaruh lelaki mereka, perempuan mereka aku dapat pengaruhkan. Lagipun tak baik mengecewakan hasrat orang.
Ali Taqi merenung Silmiyah semacam.
“La, kenapa ni?” Silmiyah mula merasa serba salah macam ada yang tak kena apabila Ali Taqi menjamah mukanya.
“Mmm, tadi kata ada apa yang nak bincang. Bincanglah. Asrar Mufidah pun sudah ada. Lagi ramai lagi bagus, nanti taklah kena bamboo ke, kena kacau ke, kena rembat ke cekup ke dengan polis penguatkuasa agama gerakan Islam kampus kamu.”
Pedas..! Kata hati kedua mereka Asrar dan Silmiyah. Silmiyah berdiri dengan wajah yang kelihatan murka. Ali Taqi meletupkan jari jemarinya membiarkan apa sahaja untuk berlaku. Ada beberapa orang lagi pelajar berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Asrar duduk selepas itu.
“Kenapa maseh berdiri Silmiyah? Duduklah. Tadi macam nak bincang sesuatu sahaja dengan Ali Taqi? Mm, mungkin betul kata Ali Taqi. Kalau ramai begini, tentu kita tak kena marah dengan orang-orang Gerakan Islam Kampus.”
Apalah Asrar ni..! Sebelah budak berlagak pandai senget sebelah itu pula. Okey, baik aku duduk. Aku nak tengok, macam mana dia nak kilas soalan aku.
Silmiyah duduk dengan melemparkan sebuah senyuman berbaur sinis kepada Ali Taqi.
Nak kenakan aku, silakan. Ali Taqi senyum kembali. Senyum yang bukan dibuat-buat.
“Ana cuma nak Tanya, tak mahukah tolong Bantu kami dalam pilihanraya di Hulu Selangor nanti.”
“Kenapa kena Bantu? Kamu tak cukup kakitangan ke?” Sinis Ali Taqi.
Melihat mereka terkebil-kebil sahaja Ali Taqi pun bercakaplah. “Dahulu, saya pelik dan janggal amat apabila Tok Guru kata undi parti FI masuk Sorga dan undi parti mereka masuk neraka. Namun hari ini, macam mana pula?”
Asrar diam. Silmiyah pun diam. Setakat ini, dia masih belum punya bunga silat yang cukup untuk bersilat dengan Ali Taqi, seorang yang terlampau gila ideal dengan ummah centric.
“Yang akan bertanding nanti itu, ramai orang kata dia liberal. Bukan saya kata. Dan bukan dia seorang sahaja Melayu, saya juga, Silmiyah juga. Cuma bukan Asrar. Asrar cina kan?” Tanya Ali Taqi.
Terkejut juga mahasiswi tahun akhir itu apabila Ali Taqi tahu latarbelakang mereka. Dalam gerakan Islam Kampus, Ali Taqi boleh dikatakan junior yang teramat-amat super junior. Sangka mereka sebelum ini, apalah Super junior yang gila obsess membaca buku tahu sangat. Membaca dan beraksi bukankah ada beda yang kontra?? Meleset..!
“Perjuangan mahasiswa Islam ke mana seharusnya? Gelong tak sudah-sudah? Maseh tidak mahu berubah. Jangan jadi gila dengan auku mereka, dan auku kita.”
Auku kita? Kedua-dua mereka tertanya. “Apa maksud Ali, auku kita?” Asrar merendahkan diri bertanya. Kalau ikut Silmiyah, mahau sahaja dia tenggelam tanpa timbul dengan pertanyaan. Silmiyah mudah marah sebenarnya.
“Kita sendiri yang mencipta gari tangan kita sendiri untuk membelenggu bukan sahaja tangan untuk menulis, bahkan kita menggari sama ‘aqal pemikiran kita untuk berfikir dan mencipta jalan keluar untuk semua ini. Auku mereka, selepas dikaji-kaji bukanlah apa-apa sangat pun. Rempuh sahaja tembok ini jika kita cukup kuat. Jika kita maseh belum cukup kuat lagi, jangan sesekali mereka cipta gari pemikiran kita. Itu, suatu yang cukup naïf dan menggelikan hati.”
“Hmm,,, nnmm, maka jika begitu apa seharusnya kita buat di kampus? Membaca buku demi buku sahaja? Macam apa yang Ali buat?” Asrar, berhati-hati juga melepaskan kata-kata. Dia tidak cukup kekuatan menjadi selancang dan selantang Silmiyah atau Ali.
Ali Taqi senyum menyindir. Kepalanya kemudian digeleng-geleng. “Itulah kerja kamu semua. Sudahlah kerja di luar entah apa-apa, kemudian Bantu pula teroris sekularis pluralis, malas baca buku, keji dan peril orang gigih baca buku, bunuh budaya ilmu, taat kepada yang jahil atas nama wala’… Kalau Syukri ada, tentu dia akan kata, wala’ tengkorak hangpa. Nak aku kata begitu?”
“Kenapa kau macam benci sangat dengan kami gerakan Islam Kampus, Ali Taqi?”
Tiba-tiba itu yang terlontar keluar dari mulut Silmiyah.
Haha. Ketawa pula Ali Taqi. Masam kemudian muka Silmiyah.
“Ini semua masalah sikap. Sampai bila kalian mahu jadi pembantut dan pembuntut? Akhirnya kalian semua yang jadi penjilat ludah sosialis democrat. Ha, macam yang akan berlaku Hulu Selangor tidak berapa lama lagi lah.”
“Habis tu, takkan nak sokong parti kerajaan yang terkenal korup?” Tanya Asrar. Entah mungkin keberanian Silmiyah yang dipinjamnya, membuatkan dia menjadi berani untuk bertanya Ali Taqi.
Ali Taqi mendengus. “Alahai. Mengapa kita kena dipaksa pilih antara orang Hindu dan teroris pluralis? Jadi ini jalan mati?? Baik ini jawapan atas soalan-soalan yang kamu hadapkan ke atas batang tengkuk aku. Jika kita berdepan dengan jalan mati, pecahkan jalan mati itu..! jangan biar mereka kepung kita dan paksa kita apa yang kita tak boleh buat.
Ali Taqi mula hendak beredar, apabila kedengaran bunyi mikrofon, selawat dan salam diikuti istighfar tanda Asar sudah mahu menjelang.
“Habis, kerja kaum mahasiswa di kampus apa?” Tanya Silmiyah.
Ali Taqi senyum meleret. “Baca, baca, baca dan baca. Seterusnya mula menulis, bentuk kumpulan dan aktifkan kegiatan berdiskusi, suburkan budaya ilmu, bincang kemudian macam mana nak mengembalikan kedaulatan Islam di abad wasani berteknologi kontemporari kini…,”
Thursday, January 14, 2010
Part 5: Tuhan jadi rebutan?
Tiba-tiba sahaja nama Allah menjadi kontroversi di universiti tempat Ali Taqi belajar.
Razi berkata, "aku nak tengok budak-budak demonstran hari itu turun hari ini."
Iqbal yang memegang kitab Javid Namah menjawab balas di hadapan Ali Taqi saat mereka menjamu selera di kafe tepi tasik. "Jangan harap! Mereka pengecut. Aku berani potong jari kelingking aku jika mereka turun."
Kenapa pula? Tanya Ali Taqi dalam hati tetapi itu yang terluncur keluar dari mulut Razi.
"Demonstrasi minta kenaikan yuran diturunkan tidak disambut baik pihak berwajib. Maka untuk isu ini yang disuarakan pihak berwajib pasti akan tidak dilayan. Eh aku ni salah seorang orang mereka, aku tahulah."
"Mereka ada cakap begitu?" Tanya Ali Taqi lepas basuh kedua belah tangan yang ada sisa makanan.
Hmm sahaja yang bergerak-gerak di bibir Iqbal. Solat Jumaat hampir tiba.
Demonstrasi, jalan keluarnya?
Ustaz Ravi berkhutbah tanpa membaca skrip. Itu yang buat semua ahli jamaah mendongakkan kepala. Ustaz Ravi, asal India yang telah lama menetap di bumi Selangor mengalun-alunkan puji dan puja kepada Tuhan semesta Alam kerana masih lagi beri rahmat dan nikmat, Islam iman dan ehsan ke atas sanubari umat Muhammad yang ada sense pada apa yang berlaku.
"Tetapi nampaknya pada hari ini, toleransi yang kita kaum Muslimin berikan seakan tidak dihargai. Mereka bergerak atas nama hak asasi dan kebebasan bersuara dalam sempadan demokrasi. Mereka mengatakan kebebasan mengintrepetasi. Sesetengah mereka dengan lebih lancang lagi mengatakan nama Allah juga disebut oleh orang-orang kafir dahulukala. Ini semua menurut mereka direkod di dalam alQuran."
Kata-kata untuk yang seterusnya amat ditunggu-tunggu Ali Taqi. Ali Taqi tahu banyak pendapat telah sesak dilempar sebelum ini di alam maya. Isu yang sebenarnya adalah para misionaris buat kerja atas alasan kasih sayang untuk menyelamatkan. Manakala para ustaz-ustazah tidak buat kerja, dan kalaupun buat kerja pasti atas dasar cari makan dan rasa terbeban serta keterpaksaan. It's horrible.
"Benar. Memang ada disebutkan nama Allah dalam firman Tuhan dalam alQuran. Surah Zukhruf ayat 87 dan 88 ada memberitahukan perihal perkara demikian. Biar saya bacakan ayat suci itu."
Ustaz Ravi membaca ayat AlQuran yang dikatakan itu dengan suaranya yang terkenal lemak merdu. Maksud ayat AlQuran itu dalam bahasa Melayu: "Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
Beberapa ayat yang dibacakan Ustaz Ravi yang juga lulusan Hadis dari Jordan menggamamkan benak hadirin. Sangka Iqbal yang pernah ada krisis dengan Ustaz Ravi sedikit masa dahulu, Ustaz Ravi sekadar pot pet pot pet sahaja. Meleset prasangka Iqbal.
Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) Surah Al-Ankabut ayat 63.
Namun, kata Ustaz Ravi pihak Herald Tribune dan golongan orang Melayu tidak betul telah menafsirkan sesuka hati akan firman Tuhan yang mulia ini."
"Soal saya kenapa baru sekarang? Kalaulah betul pun dakwaan mereka, kenapa baru sekarang?" Tanya Ustaz Ravi pantas lagi tuntas menghabiskan khutbah Jumaat pada minggu ini.
Sehabis Jumaat waktu ke kafe, Marwan Hakam seorang mahasiswa yang ambil Diploma Hadis (Iqbal gelarkan mahasiswa dewasa kerana telah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata tidak berapa lama lagi) datang sekali. Mulutnya ramah bercerita pasal keseronokan berkahwin di usia muda.
"Saya pakai hujah Dr. Asri." Kata Marwan anak lelaki Hakam untuk yang seterusnya.
"Oh." Jawab Ali Taqi pendek walau soalan ditanya oleh Iqbal yang duduk di sisi Ali Taqi. Ali Taqi sebenarnya mahu menguji dengan hujah Khalif Muammar, seorang Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu) UKM. Tetapi bersebabkan malas bertekak dek suara yang tidak berapa nak ada, Ali Taqi biarkan sahaja Marwan Hakam mengajukan hujahan.
"Quran dan Sunnah yang kita kena dahulukan apa-apa pun." Kata Marwan Hakam yang tidak pernah kisah orang mahu tuduh dia Wahabi atau apa.
Iqbal yang pada beberapa Januari lalu ada baca hujah Dr. Khalif Muammar cuba mengeluarkan hujah Dr. Khalif Muammar
,"dalam konteks Kristian mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Eh selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain lain tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain. Kenapa baru sekarang?" Tanya Iqbal dengan nada tegang seperti tegangnya nada Ustaz Ravi tengahari tadi.Ali Taqi seperti biasa cuba elak dari masuk campur suasana tegang.
Marwan Hakam yang memandang sekilas Ali Taqi memandang semula lawan cakapnya, Muhammad Iqbal 'Abdul Rahman. "Oh, jadi kenapa?"
Iqbal diam. Kematian hujah agaknya, fikir Marwan Hakam. Makanan yang dipesan sampai merencatkan perbualan berkisar ugama. Perbualan diteruskan Marwan Hakam apabila pelayan yang menghantar makanan pergi apabila order makanan yang lain telah siap.
"Apa masalahnya nak pakai nama Allah? Bukankah ia melancarkan lagi usaha Islamisasi? Takkanlah hanya nak berharap kepada Syed Naquib Al-Attas ISTAC sahaja? Come onlah. Pakai nama Allah, ia lancarkan lagi proses dakwah. Hah apa yang saya cakap ini wahabi? Ini semua masalah proses pendidikan Tauhid yang sebenarnya tidak diajarkan. Justeru kita menentang yang bukan-bukan." Marwan Hakam pula kelihatan sedikit bengang akibat diasak dengan keras juga oleh Iqbal.
Raut wajah Ali Taqi pula tidak kelihatan apa-apa. Ali Taqi nak buat kesimpulan.
"Sebentar. Ada satu kesimpulan yang saya ingin nak tarik hasil diskusi antum dua ni. Ustaz-ustazah kita, malas buat kerja dan para misionaris rajin gila bekerja. Huh. Satu soalan untuk difikir-fikirkan, mengapa kita sekadar berlindung di bawah rumah undang-undang? Tanpa melakukan counter-attack, expansion misalnya, jihad pemikiran dengan bahasa yang lebih mudah. Apabila, apabila rumah undang-undang ini roboh sahaja nescaya celakalah kita. Celakalah kita."
Huh, kata Iqbal.
Friday, November 6, 2009
Part 4- Hari-hari demonstrasi.
Ali Taqi pulang kembali selepas aidilfitri. Ada emel dari sahabat pasal sambutan deeparaya. Di hujung emel ada ayat suci berbunyi, wa la talbisul haqqa bil batil. Ali senyum sendiri. Ketawa geli hati? Bukan. Sebenarnya pedih yang amat, mencucuk-cucuk ulu hati.
Hari-hari berlalu di Universiti Islam Selangor amat memilukan. Ali Taqi terasa kekosongan amat.
Iqbal masih belum datang. Iqbal, satu-satunya sahabat dari Jamaat yang suka baca puisi Sir Muhammad Iqbal, Javid Namah. Khabarnya Iqbal selesema tak sudah di halaman kampung. Syafakallah ya akhi, moga Allah memberkati dikau.
Berbanding Imam Muda, Rahim serta ramai lagi budak Jamaat, Ali Taqi lebih memesrai Iqbal. Iqbal lebih faham kondisi situasi Ali Taqi. Iqbal jauh lebih matang sebenarnya. Namun, Iqbal tidak berminat dengan puncak kekuasaan. Iqbal lebih ke arah medan penulisan.
"Abang Iqbal nak jadi pengarang sebenarnya." Kata Rahim waktu mereka bertemu di kafeteria tepi tasik. Ali Taqi ajak Rahim join sekaki."Marilah, abang belanja. Nak juga kenal anak usrah abang Iqbal ni."
Riak muka Rahim berubah. Abang-abang dan kakak-kakak ada ingatkan pasal abang Ali Taqi ni.
Terngiang-ngiang di telinga Rahim, "Ali Taqi ni, mendokong ummah centric. Cakap-cakapnya laksana sihir belaka. Kau jumpa dia Rahim, jangan banyak cakap. Kalau kau banyak cakap sahaja dengan di, sure kau akan ikut dia. Dia nak jadi akademis, bukan nak jadi pejuang."
Rahim angkat tangan,dan minta diri untuk beredar. Rahim bubar, Ali Taqi terasa. Amat terasa.
Dua minggu kemudian tiba. Iqbal kembali dengan ceria. "Ali, aku ada lagu baru, kau nak dengar?" Ali Taqi teman Iqbal yang terlewat hantar borang usrah. Beberapa pelajar baru lintas hadapan mereka. Ali ucap salam. Salam bersambut.
"Ali, kau nak dengar tak?" Iqbal tanya lagi. Ali Taqi tersenyum, mengiakan.
"Javid namah, menjadi saksi, kekentalanmu, berbicara, tahu makna, pemodenan, bukan pembaratan..."
Pergh! Mantap, mantap! Jerit seorang siswi di tepi mereka yang sedang bimbit sebuah fail tebal.
Iqbal dan Ali ketawa membiarkan. Selesai mendaftarkan borang usrah, mereka berdua lepak di pinggir masjid. Di tepi pejabat pos dekat dengan masjid,ada beberapa banner dan sepanduk protes pada pihak pengurusan.
"Mereka nak buat demo Ali. Tak lama lagi."
Ali Taqi senyap bila Iqbal berbicara.
Seorang pensyarah yang mengenali Ali angkat tangan. Ali membalas lambaian pensyarah itu.
"Aku ni Ali, hmm... Susah hati sebenarnya. Memanglah yuran IPTS Universiti Islam Selangor ni mahal. Pengurusan pula, bangang. Lembab macam siput. Nak jadi universiti terkemuka dalam masa yang sama, tindas rakyat jelata masyarakat universiti, tetapi kenapa kita, Jamaat pun teruk sama? Hmm, kita nak jadi pengekor setia FI, tetapi buta dalam memahami hakikat yang ada dalam FI."
Ali pandang Iqbal. "Sudahlah Iqbal. Kita bincang lagi nanti. Lepas demo nanti, kita bincang lagi pasal perkara ni. Aku sebenarnya sudah meluat. Selesema kau sudah ok ke? Hmm, kesihatan kena jaga juga Iqbal."
Demonstrasi beberapa hari kemudian.
Ali datang sebagai seorang rakan. Tetapi budak-budak Jamaat seakan melihatnya semacam seekor mahkluq asing yang baru turun ke muka bumi. Ali biarkan sahaja.
Iqbal mengibarkan sepanduk. Sementara Bukhari berucap. Muslim, kembar Bukhari pula mengedarkan risalah kepada rakan-rakan mahasiswa yang memberi sokongan. Ali nampak Rahim. Rahim pun nampak Ali. Rahim menenggelamkan dirinya ke dalam kelompok Jamaat. Ali terasa lagi. Sepuluh minit kemudian, speaker corner bersurai.
Dua tiga hari selepas itu, berlangsung lagi demonstrasi. Ali memblog perihal demonstrasi ini.
Kata Ali, "demonstrasi adalah juzuk dari ajaran demokrasi. Para pensyarah tak seharusnya kaku beku dalam melihat situasi ini berlaku. Biarpun demonstrasi ada kontranya, ia masih tetap ada kebaikan. Bukankah ianya mirip aksi dalam berceramah? Ada budaya intelektual sebenarnya yang terkandung dalam demonstrasi."
Walaubagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, ada demonstrasi lagi.
Waktu itu Razi, seorang hafiz Al-Quran dan Ali sama-sama menjamu selera di dalam kafe.
Demo pula dibuat di hadapan kafe. Penjaga kaunter bengang. "Woi budak-budak, kenapa bikin rosak bisnes aku? Orang nak datang pun lari. Cuba kalau kamu semua buka kedai makan,dan ada sekumpulan orang buat demo, bukankah ia merosakkan?"
Ali dalam diam setuju. Razi pula mengutuk Jamaat di hadapan Ali.
"Apa mereka ingat, dengan buat demonstrasi, harga yuran akan turun? Hmm, mereka nak tiru pendekatan FI, padahal FI macam mana, mereka pula macam mana."
"Tetapi, ianya tetap ada kebaikan bukan?"Ali bela Jamaat.
"Hmm.. Ada tu, ada la Ali Taqi. Tetapi dengan buat cara begini selalu, orang tengok pun meluat."
Ali Taqi menghirup air milo ais di hadapannya. Iqbal mesej Ali. Telefon bimbit Ali atas meja makan bergegar.
"Kenapa Iqbal?" Tanya Ali Taqi via sms.
"Ustaz Zulkhairy, akan lenguhkan kita seperti selalu. Sampai bila kita mampu berdemonstrasi? Dua minggu, tiga minggu? Empat bulan? Akan sampai masanya, kita semua akan diletihkan oleh keadaan. Dan perjuangan cuma tinggal kenangan."
Ali mengeluh tunduk di depan Razi. Razi tertanya-tanya.
Friday, October 30, 2009
Part 3- Awuh, Awuh..., ayuhlah!
Penulis buku itu memuja 'Ali 'Abdul Raziq, Al-islam Wa al- Usul Hukum (AWUH). Ali berkerut.
Seorang penumpang duduk bersebelahan. Penumpang itu masam sahaja mukanya. Senyum kelat apabila Ali menghulurkan tangan. Ali hanya tersenyum tak ambil hati. Ali kemudian meneruskan pembacaan.
Penulis buku itu menyatakan, 'Ali 'Abdul Raziq dicengcang selumat-lumatnya dalam dunia Islam. Selepas mengarang AWUH, 'Ali 'Abdul Raziq telah dinafikan hak asasi, dilucutkan jawatan, dianggap sekular, 'ulama' sesat jalan. 'Ali 'Abdul Raziq, juga diharamkan dari memakai gelar 'ulama' Azhar. Sebenarnya, pengharaman itu punya akibat mengerikan kata pengagum 'Ali 'Abdul Raziq itu yang juga penulis buku yang sedang Ali baca.
Peruntukan 101, Kanun A-Azhar Bil.10 (tahun 1911), yang memperincikan bahawa setiap 'ulama' yang dilucutkan gelar 'ulama' oleh Majlis Tertinggi 'Ulama', namanya akan dipadam dari rekod Al-Azhar, dipotong pendapatannya tidak kira dari mana sumbernya dan macam-macam lagi.
Ali Taqi baca lagi. Di luar, titik-titik hujan menumpuk kaca tingkap. Penumpang tepi Ali, lena.
Kata pengarang buku yang sedang Ali baca itu, dia tertanya-tanya, jalan cari makan mana lagi yang terbuka untuk Syeikh Ali? Adakah kerja menjual kacang kuda berkuah, untuk sarapan pelanggan-pelanggan yang terdiri dari pembelanya?
Ali ketawa tiba-tiba. Penumpang di sebelah buka mata. Ali tersipu-sipu minta maaf. Penumpang di sebelah jegil mata kemudian berpaling mengadap tingkap lantas kembali lelap.
Ali Taqi betulkan kedudukan. Apa yang buat Ali ketawa?
Masakan tidak? 'Ulama', menurut pengarang buku yang dibaca Ali ketika ini anggap, adalah sesuatu pekerjaan untuk mencari makan. Haha. Itu adalah sesuatu yang kelakar. 'Ulama', adalah pekerjaan untuk mencari makan, bukankah itu suatu kelakar yang maha dahsyat?
Sekurang-kurangnya, kerja jual kacang kuda adalah lebih halal dan bermaruah serta diredhai Allah, dari menjual ayat-ayat Allah. Yashtari samanan qalila...
Ali, membuat sedikit kesimpulan sendiri waktu kereta api berhenti di salah sebuah stesyen. Di luar, hujan masih lagi turun. Penumpang di sebelah Ali masih, nyenyak tidur. Orang lalu lalang di tepi Ali. Ali, baca lagi.
Apa kesimpulan Ali?
Ada orang di akhir zaman ini, mengaku amat hebat, mendakwa tahu seba serbi itu dan ini. Orang dahulu, tidak tahu apa-apa. Orang padang pasir, pakai seban tutup kepala, oksigen pun tak dapat masuk menyebabkan para 'ulama' bagi fatwa kuno, fatwa unta, fatwa padang pasir. Islam kan plastik, menurut mereka? Ali Taqi geleng kepala sekali dua. Mereka, intelektual Iblis, kata Ali.
Masakan tidak? Ibn Taimiyah, Salahuddin Al-Ayyubi, Saifudin Qutuz, Umar AL-Khattab, Ali Abu Talib, Sultan Murad, Sulaiman Al-Qanuni, bahkan Al-fateh sendiri, mereka ini semua lahir di zaman apa?
Mereka-mereka ini, yang hidup di zaman Khilafah, amat cemerlang gemilang dan terbilang di zaman mereka, zaman yang ada khilafah. Adakah seorang pun dari mereka tak tahu bahawasanya Islam dan Khilafah itu, mesti berpisah?
Ali Taqi dan penumpang di tepi semakin hanyut. Tetapi dalam sungai yang berbeza. Kereta api bergegar kemudian bergerak kembali. Orang, lalu lalang di tepi. Ali tidak sedari beberapa perempuan sebaya yang melintasi tepi Ali, kagum memerhati.
Pengarang itu, kemudian membuat sedikit andaian nakal;
"jangan-jangan banyak yang hilang kala Baghdad dibakar oleh Tartar adalah buku-buku yang ditulis oleh 'ulama' anti khilafah seperti 'Ali 'Abdul Raziq?"
Sebenarnya, pengarang ini mahu mengatakan betapa amat kurang sekali penulisan-penulisan tentang sains politik. Ali Taqi, biarkan sahaja. Skeptis, bolehkah dijadikan hujah?
Mata Ali mula bergoyang terhuyung hayang. Sekejap timbul sekejap tenggelam.
Ada perenggan yang menyindir 'Ulama'-ulama' hari ini tentang khutbah-khutbah mereka yang cuma pandai mem-ban-kan 'Ali 'Abdul Raziq tanpa bahaskan idea-idea besar grand idea dalam AWUH.
Semua perkara perlu diberitahu kepada orang awam? Kelopak mata Ali bugar terbuka.
Come on lah. Ruang intelektual besar harus menjadi ruang percekcokan orang awam biasa?
Mudah sahaja analoginya. Doktor gigi, kita wajar bagi kepada sesiapa sahaja mencabut gigi kita? Misalan lain. Kereta rosak, kita wajar bagi orang yang katarak matanya menebal tak nampak, memperbaiki kereta kita?
Come on, come on. Tolonglah berlaku jujur. Jangan khianat. Ugama pun sebegitu jua. Harus, ada ruang untuk masyarakat awam melibatkan diri. Serta, ada juga daerah-daerah terlarang yang haram untuk masyarakat awam, lewati.
Begitu Ali Taqi mencatit raddnya ketika kereta api mulai berhenti.
Tuesday, September 8, 2009
Part 2: Kampus Cumalah Medan Eksperimentasi!

(Dari cikgunurionline.)
Ali Taqi bangun awal pagi ini. Selalunya bangun lambat apabila bermalam di rumah sewa Iqbal.
Mak Ali telepon malam tadi beritahu adik perempuan Ali Taqi ada exam final. Minta Ali doakan. Ali ambil peluang yang masih bersisa lalu memanjatkan setinggi syukur kepada Tuhan yang Maha Berkuasa lalu meminta Tuhan meluluskan adik perempuan kesayangannya.
"Ali, kau dah bangun ke?"
SMS dari Iqbal. Ali menggenyeh-genyehkan matanya. Awal pula Iqbal bangun pagi ini. Apa mimpinya malam tadi? Selalunya, Iqbal bangun masa Subuh sudah mahu tenggelam. Ali menekan punat telefon bimbitnya membalas SMS Iqbal.
"Dah. Kau?"
Ketawa Iqbal di rumah sewanya. Aku tentulah dah bangkit, kalau aku yang tanya. Terus ditaliponnya Ali Taqi.
"Kenapa dengan kau ni, bergurau waktu pagi macam ni? Selalunya, kaulah yang paling payah nak bergurau. Kalau nak bergurau pun, orang takkan kata kau bergurau, sebab kau mabuk sangat dengan ilmu. Takdak humor."
Kedengaran Ali Taqi tertawa di hujung talian.
"Eh, apa halnya telepon aku awal pagi ni?"
"Jamaat ada masalah. Gerakan Bughah. Dipimpin oleh Husin barangkali. Kau kenal Husin kan? Pengagum kuat revolusi Iran 1979. Mereka nak gulingkan Imam Muda. Mereka ajak aku sekali. Aku nak minta pendapat kau."
Ali Taqi terdiam di hujung talian.
"Eh, nantilah apa-apa pun. Ada waktu lagi ni kalau nak solat malam. Jumpa di Masjid, Subuh nanti."
Ali Taqi mematikan panggilan sebelum Iqbal berkata apa-apa.
Iqbal menyarung seluar jean dan baju Melayu lantas bergegas menarik gugusan kunci yang tersangkut di atas almari. "Weh, bangun weh, nak bangun pukul berapa ni?"
Iqbal membuat bising dalam rumah sewanya sebelum motornya pula membuat bising.
Selepas solat Subuh.
Ali Taqi baru selesai membaca Al-Quran. Iqbal mendekati Ali Taqi.
"Esok lusa bulan Ramadan ye?"
Ali Taqi mengangguk. "Apa kes ni sampai bughah membughah? Ini belum tadbir FI lagi. Ini baru tadbir gerakan Islam Kampus."
"Sabarlah dulu. Dengar aku cerita dulu. Ini bukan kehendak aku pun. Ini kehendak grass root...,"
Ali Taqi ketawa sambil memotong, "banyaklah kau punya grass root. Bughah tetap bughah."
"Macam ni Ali. Zubair dan Husin, tanya dekat aku, apa pandangan enta pasal Imam Muda? Aku jawab macam apa yang selalu aku cerita dekat kaulah Ali. Takdak lebih, takdak kurang sikit pun."
"Sekejap, aku nak tanya, apasal boleh jadi bughah tu?" Ali mula garang bertanya.
Iqbal menunduk sekejap kemudian mendongak memandang Ali.
"Imam Muda agak angkuh. Cakap semua orang jarang didengarnya. Tengoklah MT Jamaat, semua orang dia. Kalau dia kata Syura pun, semua syura orang dia, Amir apa macam tu?"
Ali Taqi memandang riak tidak puas hati yang terpamer di wajah Iqbal.
"Lagi? Takkan itu sahaja?"
"Rahim, anak usrah aku, kata isu couple banyak sangat. Eh Ali, ini Jamaat, bukan tempat nak mengurat. Aku hampa betullah dengan apa yang terjadi. Ikan itu busuk sebab kepala sudah busuk. Kena cantas kepala kalau macam itu."
Ali Taqi memandang mimbar masjid. Seorang demi seorang budak-budak Tabligh keluar dari Masjid.
"Jadi, kau nak minta aku bagi pandangan apa?"
"Hah, itu yang aku tunggu-tunggu tu. Kau ni, macam pengikut Imam Muda sahaja. Jangan kau diperalatkan orang Ali...,"
Ali Taqi mencebik.
"Bukan macam tu. Meski Imam Muda pernah belanja aku, pernah bergaduh dengan aku, mak aku ajar aku, kita kena berlaku 'adil walaupun dia yahudi."
"Kau nak aku bagi fatwa apa untuk kau pagi-pagi macam ni? Cepatlah, aku ada kuliyah pukul lapan pagi ni." Ali mengulangi pertanyaannya.
"Halalkah aku sertai proses revolusi ini?" Iqbal bertanya penuh minat.
Ali Taqi memandang Iqbal agak lama.
"Yang pasti, kau jangan ada kepentingan nafsu. Cukuplah alasan kau tadi. Betul juga, orang yang bodoh boleh diajar, orang yang angkuh hanya boleh dicabar."
"Terima kasih Ali." Kata Iqbal.
"Iqbal, kau juga kena ingat apa kata Timbalan Presiden FI masa makan dengan kita hari itu. Kampus cuma medan eksperimentasi. Gelanggang berjuang sebenar, adalah di luar. Diharap kau jangan terpesona berjuang di sini sampai kau lupa musuh sebenar kau di luar."
Iqbal diam sahaja. Ali berdiri menarik silanya.
"Hari demi hari, Islam dicabar. Isu Kartikalah, sebelum ni isu Arak di Selangorlah, macam-macam isu lagi akan terjadi, soalan aku: Sudah cukup bersediakah kita semua untuk mendepani hari esok?"
Ali berlalu pergi selepas meletak mushaf Al-Quran di rak.
Iqbal tidak ada kelas pagi ini. Iqbal duduk beriktikaf sambil kepalanya tidak lepas memikir apa yang diperingatkan Ali Taqi sebentar tadi, sudah cukup bersediakah kita semua untuk mendepani hari esok?
Thursday, August 20, 2009
Part 1: Konflik.
"Sudah kau baca blog Rausyan baru-baru ini?"
Ali Taqi yang belum sempat meneguk air suam, berkerut.
"Apa kena dengan Brother Rausyan?"
"Dia melampau."
Iqbal bangun dari kerusi, kemudian pergi ke kaunter memesan air minuman.
"Apa yang dia melampau, Iqbal?" Soal Ali Taqi selepas Iqbal kembali duduk.
Iqbal menjawab berjela-jela.
Ali Taqi meneguk lagi air suam. Ali Taqi, penuntut semester satu Kos Ekonomi mengkagumi Brother Rausyan. Hampir saban hari, Ali Taqi akan pergi ke lab untuk membuka blog Brother Rausyan.
Brother Rausyan pernah menulis: "... Kalau sayangkan CGPA, dan mahu kejar sijil program ijtimaie silakan ambil jalan yang orang lain selalu pilih. Saya sudah nak grad, dan ada visi yang jelas tentang perjalanan ini. No turning back and never regret!"
"Ali, kau dengar ke tidak ni?"
Suara Iqbal tidak didengari. Tulis Brother Rausyan lagi:
"... Antara hipotesis awal yang boleh saya lakarkan adalah bahawasanya kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir tidak sedar akan nasib planet bumi ini yang semakin tenat dengan pelbagai masalah alam sekitar. Masih ramai yang melihat bidang ilmu mereka bebas nilai yang akhirnya akan membentuk kekeliruan moral akan perjalanan karier mereka kelak...,"
Brother Rausyan, bukan mahasiswa biasa. Tetapi kenapa, kena ada konflik antara dia dengan gerakan Islam kampus di Universiti Petronas?
Air suam yang sudah tinggal separuh, sudah tidak disentuh bibir Ali Taqi.
"... Sangat ironis sekali bijak pandai yang ingin dipupuk menjadi graduan yang dinamik (well rounded students yang menjadi falsafah UTP) tetapi pincang konsepsi berkenaan kosmos ciptaan Ilahi yang semakin tenat diserang bahana ekonomi kapitalisma yang membiakkan wabak pencemaran alam sekitar melalui kerakusan penggunaan bahan api hidrokarbon dan bahan kimia yang tidak mesra alam...,"
Ali Taqi seterusnya tersedar apabila Iqbal berulangkali memanggilnya.
"Kenapa dengan kau, Ali?" Iqbal bergerak bersama Ali Taqi meninggalkan kafe yang terletak di tepi tasik.
"Ada apa-apa." Jawab Ali Taqi sambil tersenyum. Petang sudah lewat. Maghrib makin menghambat. Ali Taqi pulang ke kamarnya yang berada di dalam kampus. Sementara Iqbal pergi ke Masjid Kampus untuk mengambil motornya dan pulang ke rumah sewanya.
Maghrib tiba.
Budak-budak Tabligh sudah lama memenuhi perkarangan Masjid Kampus waktu Ali baru selesai membasuh kaki di luar Masjid. Budak gerakan Islam Kampus universiti tempat Ali Taqi belajar ini, baru kelihatan seorang dua.
Solat Fardhu Maghrib.
Selesai solat sunat ba'diya Maghrib, seorang Imam tiga Masjid Kampus, bernama Muda ternampak Ali Taqi yang berada di tahiyat Akhir.
"Assalamualaykum wa rahmatullah."
Ali Taqi menyelesaikan salamnya. Ali Taqi kemudian tersenyum kecil kepada Imam Muda, kepala pimpinan Gerakan Islam Kampus universitinya.
"Apa khabar bang?" Ali Taqi menghulurkan tangan, bersalam.
"Khabar baik, Ali." Imam Muda menjawab pendek.
"Ali, sudah makan?" Imam Muda berdiri. Ali Taqi senyum lagi.
"Jom." Imam Muda mengajak Ali Taqi mengikutinya. Imam Muda sudah maklum perihal Ali Taqi.
"Macam mana studi?" Tanya Imam Muda waktu mereka sudah selesai memesan makanan dan minuman.
"Baik-baik sahaja, bang. Abang macam mana, pula?" Ali Taqi berbasa-basi. Hampir setiap minggu, Imam Muda akan menegurnya di dalam Masjid Kampus dan akan membelanjanya seperti selalu.
"Baik." Imam Muda jawab pendek. Beberapa orang pelajar yang berketayap dan berkain pelekat melambai tangan kepada Imam Muda. Imam Muda membalas, disertai Ali.
Kafe yang disinggahi mereka berdekatan dengan tasik.
"Bagaimana politik seminggu dua ni, Ali?" Imam Muda bertanya.
"Nasi Goreng Daging Merah, siap!" Jerit orang yang berjaga di kaunter. Ali bangun. Tidak berapa lama kemudian, nasi goreng yang dipesan Imam Muda pun dijerit sama .
"Maksud Abang Muda?" Tanya Ali Taqi semula kepada Imam Muda.
"Iyalah. Abang jarang ada masa, untuk membelek internet macam Ali. Memblog pun, kadang-kadang seminggu sekali. Kadang-Kadang tak sempat pun sentuh keyboard. Akses pasal politik ini pun, pasal ilmu pengetahuan, berita semasa pun kurang."
Ali Taqi diam. Membiarkan Imam Muda meneruskan.
"Lainlah macam Ali, Ali kan Ummah Centric?"
Imam Muda sengaja memprovok. Ali Taqi tidak melayan.
"Politik ini, kata seorang abang, yang saya pernah bersembang, politaik."
Imam Muda tercengang. Nasi yang berada di dalam kepala sudu diletakkan perlahan.
"Bertenanglah, maksud saya, politik harus dididik. Saya bukan benci politik."
Ali mengendurkan sedikit kemarahan yang tercoret di wajah Imam Muda.
Mereka pulang usai dengar azan Isyak. Ali pulang ke kamar selepas sembahyang Isyak. Beberapa orang teman sebiliknya sedang khusyuk mendengar usrah. Ali Taqi memberi salam. Mereka menjawab salam. Ali Taqi duduk di atas tilam. Dicapai buku tulisnya yang sudah usang.
"Bilakah, aku ada keberanian untuk menjadi jambatan?"
Ali Taqi bercakap seorang diri.
Bukan dia tidak mahu berceloteh panjang tadi. Lagipun, sudah berbuih-buih mulutnya mengomel tentang ketidakpuashatiannya tentang gerakan Islam Kampus kepada Iqbal, kawannya yang paling akrab, tetapi Iqbal mengatakan, "... Aku hanya serangga. Aku cuma pujangga. Pengubah dasar, adalah mereka, bukan aku...,"
Ali Taqi, kemudian mendapati, Brother Rausyan adalah orang yang paling sesuai. Brother Rausyan sampai dianakderhakakan oleh gerakan Islam Kampus Universiti Petronas. Imam Muda pernah diberitahu tentang perkara ini, waktu Ali Taqi dan Iqbal bersama pergi ke pejabat Imam Muda.
"Fenomena ini sedang berlanjutan dan akan berlanjutan." Kata Ali Taqi. Iqbal ketika itu memandang Ali Taqi dengan wajah penuh keterujaan. Iqbal mengagumi Ali Taqi, namun Iqbal bertegas mahu jadi dirinya sendiri. Prinsip Iqbal: Aku adalah aku. Kamu adalah kamu. Jadi diri sendirilah!
Meja berwarna koko yang diatasnya dilapik cermin dicium perut tangan Imam Muda.
"Habis, kamu berdua mahu yang bagaimana?" Imam Muda bertanya sambil menjeling tajam Iqbal. Iqbal yang juga ahli gerakan Islam Kampus Universiti Islam Selangor, menentang mata bosnya.
"Saya selaku orang luar, meminta seluruh kepala pimpinan Gerakan Islam Kampus, cakna dengan keadaan yang macam ini." Ali Taqi memandang serius wajah Imam Muda.
Ada hati nak ajar aku, kata hati Imam Muda.
"Selepas cakna, apa pula?" Imam Muda menyerang. Bola mata Ali bertahan.
"Pertama sekali, kejelasan pemikiran terlebih dahulu. Apa yang gerakan Islam Kampus mahu jadi sebenarnya? Mahu jadi klon kepada partai politik di luar?"
Meradang Imam Muda. Selepas menjerit, Ali Taqi dibawa Iqbal keluar. Iqbal mendamaikan.
Ali Taqi yang masih berbaring di atas tilam yang ada corak bunga matahari, meletakkan tangannya di dahi. Usrah masih berjalan, Ali tidak peduli.
"Apa yang kau beritahu dia?" Tanya Ali petang sabtu waktu Iqbal datang bertamu.
Iqbal meletakkan helmet atas meja studi Ali Taqi dalam bilik. Rakan-rakan sebilik Ali Taqi semuanya sudah turun bermain bola sepak.
"Kita perlukan pencerahan. Zaman ais batu sudah berlalu. Dinosaur, harus dinesankan. Giliran bani Adam, cucu Nuh yang beriman tampil memperbetulkan keadaan."
Ali Taqi tersenyum dan bersemangat mendengar kata-kata Iqbal. Iqbal memang pandai bermadah.
"Tetapi, waktu Imam Muda sudah reda murkanya, dia minta kau masuk gerakan Islam Kampus. Kau mahu, Ali?"
Iqbal duduk di tepi Ali Taqi. Talipon genggam Ali Taqi dibeleknya. Mata Iqbal kemudian meliar menjalar menyeluruhi wajah Ali.
"Aku tak boleh, Iqbal." Ali Taqi mengeluh.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Iqbal memandang simpati sahabat baiknya. "Kenapa?" Soal Iqbal.
Kepala Ali Taqi diikuti kedua belah mata Ali Taqi berpusing mengadap Iqbal.
"Cita-citaku bukan di sini. Gerakan Islam Kampus cumalah eksperimentasi. Aku mahu berlawan, bukan mahu bermain atau mencuba. Pemerhatian aku menunjukkan, kena ada orang tunjukkan jalan. Satu lagi, aku tidak mahu terikat dengan wala' orang yang berwatak-watak...,"
Cup!
Iqbal menggelengkan kepalanya. "Nanti dulu. Berwatak-watak?"
Ali Taqi bangun menukar baju sukan. "Nak main bola sepak?"
Iqbal menggeleng. "Watak-watak?"
"Aku tak maksudkan Imam Muda. Tetapi, barangkali pimpinan atau kepala politik yang berahikan kemaluan kuasa, selalunya akan berwatak-watak. Iqbal, maaflah. Aku tidak dapat mengikut. Aku lebih senang dengan perjuangan di luar, meski aku amat optimis dengan kebangkitan mahasiswa."
Perbualan beberapa tahun dahulu waktu Ali Taqi mengambil diploma Pengajian Islam lesap apabila Ali Taqi sudah terlelap.
Sementara Imam Muda yang baru keluar dari pejabatnya lewat tengah malam bertemu Iqbal di kolah masjid Kampus. Pejabat Imam Muda berada di dalam Masjid. Iqbal yang berkumur, meluahkan kumurannya ke lantai apabila terpandang Imam Muda.
"Kau kenapa Iqbal?" Imam Muda bersuara tidak puas hati.
"Imam Muda kenapa?" Iqbal membalas.
Imam Muda bingkas bergegas pantas, Iqbal memintas.
"Kenapa dengan kau?" Imam Muda mula hangat diprovok sebegini. Maghrib tadi, kawan akrabnya. Sekarang dia pula. Apa kena dengan budak-budak muda sekarang? Sudah tak kenal yang mana lebih tua?
"Konflik makin membarah, Imam mahu marah-marah?" Iqbal menjegilkan matannya.
Imam Muda ditarik tangannya duduk ke serambi Masjid.
"Petang tadi, saya menggasak Ali pasal Brother Rausyan dari Universiti Petronas itu. Saya mahu duga reaksinya. Ali diam sahaja, biasalah dia kan pemikir, mesti kena banyak diam untuk memikir. Ahli politik retorik sahaja, yang banyak bercakap."
Telinga Imam Muda hangat disengat.
"Tetapi, Ali masih bertegas sama seperti tiga tahun dahulu, kekal wala' pada FI. Bukankah ianya amat unggul?"
Imam Muda membiarkan Iqbal meneruskan kata-kata.
"Konflik yang berlaku pada hari ini, amat membarah. Mursyidul Am FI dilagakan dengan Tuan Presiden FIlah, profesional VS 'Ulama'lah, kejakunan terhadap medialah, keketagihan terhadap undilah, amat perlukan mahasiswa turun membedah masalah."
"Alikah doktornya?" Imam Muda bersuara setelah Iqbal sahaja yang berkata-kata.
Iqbal pula diam yang agak lama.
"Tidak juga. Ali pesan kepada saya, semua orang kena bina diri masing-masing mulai sekarang. Jangan cuma pandai memaksumkan orang itu orang ini."
Konflik yang berat makin memberat dalam benak Imam Muda.
"Apa yang perlu dibuat?"
Imam Muda berterus terang, tanda tidak tahu.
Tidak tahu, maka belajar, bertanya, bisik hati Iqbal memuji kerendahan hati Imam Muda.
"Kita biarkan Ali Taqi. Kita bagi dia ruang. Tidak mengapalah jika dia memilih untuk tidak bersama kita buat masa sekarang. Di masa hadapan insya-Allah."
Imam Muda mengangguk, kemudian bangun.
"Kau terlalu optimis, Iqbal."
Iqbal bangun, tidak memperdulikan.



