Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Showing posts with label universitiku is kami. Show all posts
Showing posts with label universitiku is kami. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

WARKAH : Mahasiswa, Iblis & ‘PemBENGONGan

WARKAH

(Siri 1 : Mahasiswa, Iblis & ‘PemBENGONGan’)



“aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di atas muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.”
(Qs. Al-A’raf : 146)

SAUDARA-SAUDARI YANG BUDIMAN,
Ivan Illich dalam karyanya, “Deschooling Society”, dengan keras mengkritik institusi pendidikan yang telah hilang fungsi ‘mendidik’. Malah, fungsi ‘mendidik’ itu telah bertukar kepada ‘mengelirukan’. Menurut beliau:

“the pupil is thereby ‘schooled’ to confuse teaching with learning, great advancement with education, a diploma with competence, a fluency and the ability to say something new. His imagination is ‘schooled’ to accept service in place of value”


Kebobrokan (kerosakan) “bawah sedar” berlaku dalam sosio-intelek masyarakat kampus. Mahasiswa selaku ‘watak utama’ dalam perbenturan (clash) dengan puak yang menjadi ‘penguasa (authority) institusi pendidikan’; tetapi mereka (authority) mempunyai niat buruk yang dimanifestasikan melalui tindakan-tindakan mereka yang menindas mahasiswa demi mencapai cita-citadiablotis (ke-iblis-an) mereka. Golongan penguasa berjiwa haiwan ini akan kita kenali selepas ini sebagai al-Mustakbirun.

SAUDARA-SAUDARI; YANG MERUPAKAN WATAK UTAMA MAKALAH INI,
Tanpa sedar, pelajar atau mahasiswa, disogok dengan nilai-nilai ‘yang dianggap sah’ oleh golongan al-Mustakbirun (iaitu segelintir kelompok elit dalam masyarakat yang menyombongkan diri). Mahasiswa menjadi kelompok yang ‘dilemahkan’ (al-Mustadh ‘afun); dibenam sisi kekuatannya dan sebaliknya, sisi kelemahannya dibangkitkan. Masyarakat mahasiswa yang kini seakan-akan“robotized and machinized society” sudah lama lupa dan lalai (al-ghaflah) akan tanggungjawabnya sebagai ‘kelompok intelektual berfungsi’ yang menjadi agen perubahan yang signifikan. Dalam kata lain, masyarakat mahasiswa hari ini sudah mula terkesan dengan program pembengongan sistematik oleh golongan al-Mustakbirun yang punya kepentingan diablotisnya. Maka, tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa golongan al-Mustakbirun ini sedang merancang suatu bentuk transformasi social-intelek ke atas golongan mahasiswa, menjadikan mereka (mahasiswa) golongan lalai dan membentuk mereka menjadi sebuah “masyarakat bengong”.

Secara psikologinya, ‘masyarakat bengong’ mengalami penyakit jiwa (korupsi psycho-spritual-intelektual) yang kronik. Penyakit jiwa ini menghalang mereka daripada menyaksikan hakikat kebenaran. Akal dan daya intelek mereka menjadi songsang menyebabkan mereka menilai ‘kebenaran sebagai kebatilan dan kebatilan sebagai kebenaran’. Perkara ini disentuh melalui analisa sufistik oleh Ibn Qayyim yang terakam dalam karyanya “al-Wabilu s-Sayyib mina l-kalimi t-Tayyib”

“…kalau sekiranya hati berkarat, maka gambaran-gambaran maklumat yang terakam padanya tidak akan menepati realitinya yang sebenar, justeru, ia akan melihat kebatilan sebagai benar dan kebenaran sebagai kebatilan…. Maka, ia tidak lagi menerima kebenaran dan tidak mahu menafikan kebatilan. Ini merupakan sebesar-besar hukuman bagi hati (a’ zami ‘uqubat al-qalbi). Puncanya ialah kelalaian dan mengikut hawa nafsu, maka kedua-duanya memadamkan cahaya hati dan membutakan pandangannya…”

Allah Ta’ala berfirman,
“… dan janganlah kamu mematuhi orang yang lalai hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran…” (surah al-Kahfi : ayat 28)

Itulah antara ciri-ciri masyarakat yang telah dilemahkan. Cuba saudara-saudari buat penilaian ciri-ciri yang tersebut dengan masyarakat mahasiswa hari ini. Saudara-saudari nilaikannya sendiri.

SAUDARA-SAUDARI YANG PRIHATIN,
Beralih pula kepada kelompok elit lagi sombong yang lalai dan mengikut hawa nafsu ini; dikenali sebagai al-Mustakbirun. Mereka cuba menjadikanpendidikan sebagai suatu wahana keuntungan fizikal(education as a tool for physical beneficial) melalui institusi pendidikan. Proses‘komersialisasi’ yang beranak dari fahaman sesat kapitalisme ini sudah pasti merobah keseluruhan pandangan tentang makna, tujuan dan fungsi pendidikan. Pendidikan sebagai ‘sumber menjana kekayaan’ ini diakui oleh perspektif pendidikan Teori Konflik;

“Pendidikan dipersepsikan sebagai sebahagian super-struktur yang digunakan oleh kaum kapitalis bagi tujuan-tujuan ekonomi. Persaingan dalam memperoleh kedudukan ekonomi menjadi punca konflik dalam masyarakat”

Jadi, menurut Teori Konflik, pendidikan adalah proses langsung re-produksi sistem yang sedia wujud dan yang paling utama, pendidikan membantu mengekalkan pengembangan sistem ekonomi kapitalis yang menindas.

Segalanya berkenaan ‘duit’ (everything is about money). Kaum Mustakbirun yang biadab ini sanggup mengorbankan segalanya termasuk Agama, Bangsa dan Tanah Air demi entiti yang namanya ‘duit’. Aspirasi dan cita-cita besar ummat yang berusaha membina semula Tamadun Khayra Ummah (ummat yang terbaik:/ Rujuk al-Quran surah ali-‘Imran; ayat 110) melaluipenubuhan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa yang Islamik habis punah dengan penguasaan manusia-manusia rakus berjiwa syaitan.

SAUDARA-SAUDARI YANG PERCAYA KEPADA KEBENARAN,
Apakah saudara-saudari selaku mahasiswa (yang merupakan watak utama dalam makalah ini) sanggup berdiam diri dan terus menjalani proses pembodohan dan pembengongan oleh Kaum Mustakbirun syaitan ini? IPT Islami yang sebenarnya ditubuhkan hasil perjuangan mahasiswa dan rakyat ini perlu dipertahankan! (rujuk sejarah perjuangan mahasiswa dalam menuntut penubuhan IPT Islami di Malaysia) Apakah saudara-saudari mahu melihat IPT hasil pengorbanan, suka-duka, titik peluh, dan air mata rakyat ini terus menderita kesakitan dan menjadi bebanan kepada Ummat Islam keseluruhannya? Apakah saudara-saudari mahu bersubahat dengan Para Syaitan Mustakbirun untuk meruntuhkan agama demi tujuan diablotis mereka?

Ah! Sudah! Kami tak rela dibodohkan! Kami tak rela dirobotkan! Kami tak mahu diperalatkan! Kami tak sanggup bersubahat! Kami cintakan keadilan! Kami cintakan KEBENARAN! Kami akan berjuang sehingga datang janji Allah. Kami akan sepenuh hati berusaha mengeluarkan manusia daripada dzulumat (kegelapan-kegelapan) kepada Nur (cahaya) dengan izin dan bantuan Ilahi.

Seorang tokoh intelektual Muslim, al-Marhum Prof. Ismail Faruqi pernah menyebut,
“The person with a role that is relevant to us here is the person with a cause. The person with a cause is a person who have vision (idealism)….”

Kami akan bertindak, berbekalkan idealisme mahasiswa yang sejati. Idealisme yang menyedari hakikat kewujudannya dan kewajipannya dalam menunaikan Hak Ta’ala dan hak selain-Nya, memperjuangkan kebenaran tanpa mengharap habuan material-duniawi : seperti pangkat & sanjungan, harta & kemewahan melainkan redha dan janji-janji-Nya. (berhati-hati; jangan terpedaya dengan seruan palsu yang ber-atas-nama-kan ‘mahasiswa’) Seruan penulis kepada saudara-saudari; fikir-fikirkan! Dan bertindak mengikut kemampuan masing-masing. Kerana semua orang punya potensi tersendiri dan penulis yakin dengan potensi manusia kerana ia salah satu anugerah Tuhan.

WalLahu Ta’ala A’lam

Friday, December 4, 2009

Wacana, Terakhir.

Your Blog :http://pencinta-Islam.blogspot.com



Wacana Terakhir.

Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari dari apa yang terjadi di muka bumi KUIS sebulan dua ini. Kesilapan teori dan praktikal ilmu memincangkan segala-galanya. Niat dan matlamat yang baik, dirosakkan dek cara yang huru-hara tak ketahuan hala.

Walaubagaimanapun, sebagai pihak yang berkecuali yang cuma ingin kebenaran yang memenangi bagi setiap pertempuran, penulis ingin mengharmonikakan kekeruhan yang telah terjadi, agar kepincangan hari ini, tidak terjadi lagi di kemudian hari, InsyaAllah.

Artikel ini, disiapkan untuk membedah lima karekter yang wujud sepanjang pergeseran ini. Lima karekter itu, ngo gms, mpm, pihak pengurusan, mahasiswa serta yang terakhir sekali adalah pensyarah.

Kita mulakan dahulu dengan ngo gms.

Ngo gms, lahir dari reaksi yang terburu-buru yang tidak begitu memahami keadaan persekitaran dengan baik. Mereka, terburu-buru dalam mengecohkan keadaan. Akibatnya, mahasiswa-mahasiswi kuis terpecah belah kepada banyak belahan bahagian.

Yuran turun.

Ya, kita semua sama-sama bersetuju yuran turun, dalam masa yang sama juga kita sama-sama beriman bahawasanya yuran kuis mahal. Tetapi, aksi yang dimainkan adakah secocok dengan kita yang mendakwa, kita mahasiswa Islam yang memperjuangkan nasib rakyat Mahasiswa? Yuran turun di ipts, sebenarnya bukanlah mesti akibat protes ngo gms, tetapi atas timbang rasa pihak kolej.

Aksi Demonstrasi.

Pada pagi semalam, telah diedarkan satu lagi flyers oleh ngo gms. Kata mereka, MB Selangor nak beri RM 5 Juta melalui Kerajaan Negeri Selangor. Kata penulis, silakan. Itu, amat-amatlah kita alu-alukan. Tetapi, apa kena mengena apa yang Kerajaan Negeri nak beri dengan demonstrasi? Langsung tidak ada kena mengena. RM 5 Juta itu, milik kuis atau Kerajaan Negeri? Sepatutnya, kalau Kerajaan Negeri boleh beri RM 5 Juta, tetapi masih belum beri lagi hingga ke hari ini, patut ngo gms ini buat demo depan rumah MB Selangor itu sendiri. Bukankah ianya, fair? Selaras dengan tuntutan keadilan, bukan?

Budaya fitnah memfitnah / Machiavellian yang keterlaluan.

Fitnah, bersimpang siur, berkesiuran di atmosfera langit-langit kuis. Apa kena semua ini? Ngo gms kata, nak biah solehah? Tetapi, nampaknya ini sudah jadi biah fitnah memfitnah. Ngo gms katakan, ada penyelewengan dan korupsi. Maka, sehingga ke hari ini, kita masih menanti apa bukti alibi yang ngo gms ada untuk mengabsahkan hujah mereka, mengatakan memang benar ada penyelewengan. Malangnya, sehingga ke saat ini, janji bukti-bukti akan dilunggukkkan kepada kita, tinggal janji.

Fakta yang tak betul atau pemikiran yang memang tidak berapa betul?

Ipts, memanglah orientasinya adalah daripada duit pelajar. Itu fakta yang solid. Kemudian, apabila ada pihak meminta ngo gms buat perbandingan, mana ipts dalam Selangor yang seumpama kuis, yang yurannya lebih murah dari kuis, ngo gms, diam seribu cara. Mereka, gagal buktikan pendakwaan, terma dan syarat PTPTN yang tidak dapat difahami dengan baik, dengan menafsirkan PTPTN adalah untuk wang poket.

Sungguh, mencelarukan dan memualkan.

Mpm: gagal mencontohi ‘Umar ‘Abdul ‘Aziz.

Meskipun sepanjang pertempuran ini, penulis banyak mengenali figure-figure dalam MPM atau pro mpm, seperti nu’aim, syafiq, nasrul, Helmi, Kamal Mustaqim, Dalilah, Fasihatun najah dan yuszairi, ingin penulis katakan, mpm masih punya kelemahan yang tersendiri. Mereka, agaknya lupa pada sosok agung Umawi iaitu cucu kepada ‘Umar al-Khattab.

Sepertimana datuknya yang lampau, ‘Umar ‘Abdul Aziz amat berhati-hati dalam urusan pemerintahannya. Beliau, amat takut akan didakwa di mahkamah Allah kelak atas kegagalan menunaikan beban yang terbeban di pundaknya.

Segala susah derita rakyat disemak. Bukan sekadar, tunggu rakyat datang melapor, bahawasanya aku wahai ‘amirul mukminin, belum makan lagi hari ini. Wahai khalifah, sehingga tengah malam ini, aku hanya menjamah mee maggi.

Bukan begitu. Begini.

Turun, bersengkang mata untuk rakyat, sinsing lengan baju untuk pikul payah susah rakyat tanpa diniatkan untuk dapat undi populis simpati, bukan juga untuk dikenal sebagi ikon pejuang kebajikan rakyat adalah cita-cita murni.

Niat, sewaktu mengangkat sumpah menjadi khalifah adalah untuk mewakafkan diri sebagal khadam (kaki?) rakyat adalah perbuatan yang seharusnya menjadi kewajipan mereka. Masalah rakyat mahasiswa yang tidak disetelkan, patut disetelkan. Perlu, kepada semua warga mpm dan yang bercinta-cita nak jadi warga mpm, bertanya semula kepada diri masing-masing, atas alasan apa aku terjun ke kawasan siasah mpm ini? Untuk mencapap? Untuk Allah? Untuk perempuan? Untuk nama? Atau untuk apa?

Tidak dinafikan, ada warga mpm yang budiman. Juga, tidak dapat dinafikan ada yang tidak budiman. Berkenaan kerja-kerja mereka yang tidak dihebahkan, mungkin, sudah tiba ketikanya, mpm meminta sebuah stesen radio kampus untuk dipublisitikan apa-apa yang mereka buat setiap hari. Jangan disebabkan, kita semua terlampau tunduk tawaduk, kita difitnah.

Pihak pengurusan yang patut diberhentikan?

Penulis, sebenarnya mengalami keperitan yang tersendiri apabila berurusan dengan pihak pengurusan. Pengurusan, amat mengecewakan. Tanyalah kepada mana-mana mahasiswa, cara mereka menguruskan sesuatu masalah pelajar amat membosankan dan boleh diberi gred c kerana prestasi yang tidak memuaskan.

Pihak pengurusan, patut sedar apabila Timbalan Rektor 2 berkata, kuis adalah ipts yang tidak dapat tidak, berorientasikan $. Maka, piagam pelanggan, amatlah perlu dipatuhi bukan untuk dilanggari.

Sebetulnya, pihak pengurusan boleh tersenyum puas apabila masih ada pelajar yang sudi menjijakkan kaki di ibu pejabat mereka untuk menguruskan hal ehwal mereka. Tetapi, malangnya itu tidak berlaku. Para pelajar yang datang, dilayan dengan muka yang masam dan perasaan yang membosankan. Macam mana para pelajar tidak mengamuk dan mengutuk sakan?

Please! Take a note, please! Tolonglah, ambil serius masalah mahasiswa. Penulis, faham, setiap orang ada tempo kemarahan dan keadaan yang berbeza. Namun, perlu diingat juga, adakah setiap hari pihak pengurusan mahu buat muka cenge, muka masam kelat sahaja? Allahu Rabbi, wahai para pihak pengurusan, gaji yang kamu dapat dan alirkan untuk urusan keluarga kamu semua, adalah hasil dari titik peluh duit yang mak ayah kami bayar. Adakah kamu sanggup bertentang mata di hadapan mahsyar kelak, disebabkan kamu cuma lepak atas kerusi dalam bilik aircond?

Tak takutkah pihak pengurusan dengan apa yang penulis ancamkan? Jangan risau, penulis tidak akan memfitnah kalian keterlaluan. Penulis cuma bercakap tentang apa yang penulis dan sebahagian besar mahasiswa kuis lalui.

Yuran memang mahal.

Itu tidak dapat dinafikan. Tetapi, tolonglah. Penulis merayu kepada pihak promosi publisiti bahagian pengurusan supaya ambil berat hal ini. Majority pelajar yang masuk ke dalam kuis, adalah orang Melayu. Melayu, adalah sinonim dengan kemiskinan. Jadi, perlu difikir semula, apabila pihak pengurusan katakan, kuis berorientasikan kewangan, maka adakah ianya relevan?

Masalah mahasiswa pula.

Jangan kata mahasiswa kuis sudah bangkit sepenuhnya. Yang bangkit, cuma beberapa ketul kueh bangkit sahaja. Kebangkitan mahasiswa, bukanlah dinilai dari sudut acara demo dan kepandaian mengkondem orang sahaja. Kebangkitan mahasiswa, bukan juga dinilai dari sudut sebar flyers sebarkan kemaluan orang sahaja. Kebangkitan mahasiswa, harus lebih besar.

Kebangkitan mahasiswa, pada hari ini, harus lebih mempunyai jiwa yang lebih besar, makna yang lebih mendalam, cita-cita yang lebih tinggi dan matlamat yang lebih murni.

Sekurang-kurangnya, ipts kuis, masih lagi menyediakan tempat kepada mahasiswa yang tercicir dari ipta ciptaan kerajaan. Maka, bukankah ianya satu gedung ilmu yang harus dijelajahi sesegera yang mungkin untuk kita menapak lebih deras lagi di menara gading bernama ipta ciptaan kerajaan? Kenapa kita harus berlama-lamaan di sini dan protes unjuk rasa di sini?

Kita, ada perjuangan yang lebih besar sebenarnya.

Budaya ilmu yang masih belum dibudayakan, budaya ikut-ikutan, taqlid babi butaan, ketaksuban yang memanjang-manjang (Malahan memualkan! Sungguh) bukankah ia harus dikikis habis-habisan?

Bajet 2010, yang baru berlepas meninggalkan kita, penulis fikir ia tidak diwacanakan langsung oleh mahasiswa kuis kita. Jadi, mananya kebangkitan mahasiswa yang digembar-gemburkan? Jadi, siapa yang benar-benar bangkit sebenarnya? Sesungguhnya, kota keilmuwan memanggil-manggil para pahlawannya supaya mempertahankannya. Tetapi, para pahlawannya hanya kalut bersorak sorai entah apa-apa. Mahasiswa, adakah kita telah mempunyai kejelasan pemikiran tentang perjuangan kita yang semestinya?

Masyarakat yang terakhir, adalah masyarakat pensyarah.

Mungkin, penulis agak biadab kerana memasukkan para pensyarah yang mendidik penulis selama ini. Tetapi, apabila dikenang-kenang dan direnung-renung, posisi pensyarah adalah sebagi murabbi: Penternak!

Pensyarah/penternak/penunjuk jalan, seharusnya ke depan dalam memimpin mahasiswa selaku anak-anak mereka. Apabila para pensyarah melihat kelakuan ngo gms dalam aksi demonstrasi tempohari, apa stand para pensyarah sebenarnya? Penulis, tidak pasti sama ada perlu atau tidak para pensyarah turut mempunyai pergerakan mereka sendiri.

Tetapi, yang pastinya, di saat ada segelintir minority mahasiswa yang gigih mencari sebuah kebenaran, perlu ada bimbingan dan tunjuk ajar dari para pensyarah untuk menunjuk jalan.

Sekiranya, para pensyarah hanya mengambil sikap tawaquf dan berdiam dari melibatkan diri, maka akan terjadilah apa yeng telah terjadi. Fitnah, bersimpang siur, berkesiuran berterbangan di atmosfera kuis. Segala ilmu yang dicurahkan selama ini ke atas murid-murid mereka bernama mahasiswa, jika tidak didengari, maka sudah sampai masanya, sang guru merotan anak murid.

Apabila kesesatan dikumandangkan, harus ada yang menumbangkan.

Quran, sendiri berpesan. Kepada insan yang beriman, janganlah disebabkan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu berlaku zalim terhadap mereka.

Berlaku ‘adillah. Kerana, ‘adil itu lebih dekat dengan taqwa.

Tahukah kamu, apa itu ke’adilan? Ke’adilan itu, adalah meletakkan sesuatu, kena pada tempatnya.

Sekian, wassalam.

Thursday, September 24, 2009

Revolusi Muslimat, menawan kampus!

Umum mengetahui, muslimat memainkan peranan yang agak besar dalam sesuatu perjuangan. Samaada sirah terdahulu atau peristiwa-peristiwa besar mutakhir ini termasuk Revolusi Iran 1979. Namun, realiti yang terjadi pada hari ini menunjukkan kebanyakan muslimat di kampus KUIS menampakkan hakikat yang berbeza. Wartawan, Amir Hamzah Akal Ali (Ibn Ali) pada 18 September 2009, mengambil peluang menemubual seorang muslimat haraki, Nadiatul Syukriah Binti Muhammad yang juga merangkap sebagai setiausaha HAWA - ALAM sesi 09/10.


12:33 AM

Ibn Ali: ) Ok. Soalan pertama, apa yang antum faham tentang definisi makna seorang pelajar muslimat? Atau dalam konteks hari ini, mahasiswi yang beriman dan beramal soleh?


12:33 AM

Syukriah: Pandangan ana, mahasiswi yang baik dari segi akhlaqnya dan sahsiah. Pemikiran yang baik dan mampu menjadi contoh pada orang lain.



12:36 AM

Ibn Ali: Okey, soalan kedua, selaku seorang muslimat yang agak besar di dalam ALAM, bagaimana antum melihat pelajar-pelajar perempuan KUIS pada hari ini?


12:37 AM

Syukriah: Contohnya, Nik Nur Madihah. Bila ana baca kisah dia, ana terasa aura seorang muslimat.


12:30 AM

Ibn Ali: ?



12:38 AM

Ibn Ali: Eh, soalan satu itu dah habis ke belum jawapannya?


12:44 AM

Syukriah: Dah. Cuma ana nak konkritkan jawapan. Quest nombor dua, siswi KUIS makin tak makan saman, maksud, semakin hari semakin agak serius yakni dari segi, pemakaian, cara bermuamalat dengan muslimin, hampir mahu menjadi UIA.


12:44 AM

Ibn Ali: Hampir menjadi UIA? Maksudnya?


12:51 AM

Syukriah: Maksud ana, hampir menjadi UIA. Persepsi ana tentang pelajar UIA dahulu, macam pelajar KUIS (Pemakaian, pergaulan masih terjaga), tetapi rupanya tidak. Payah ana nak cari poin yang penting.





12:54 AM

Ibn Ali: Soalan seterusnya, menurut antum, apa perjuangan sebenar yang patut menjadi aulawiyat yang utama seorang mahasiswi Islam di Kampus?


12:59 AM

Syukriah: Dari segi aulawiyat, jihad menuntut ilmu. Jangan rigid, segala ilmu yang ada di kampus.


1:02 AM

Ibn Ali: Ada apa-apa model muslimat untuk menjadi inspirasi muslimat-muslimat kampus abad 21 Hijrah ini?


1: 09 AM

Syukriah: Ada. Model terdekatnya YB Mumtaz Nawi. Ana tak berapa kenal dia, tetapi dia boleh dijadikan model.



1.13 AM

Ibn Ali: Baik, cuma ana ingat tadi, antum mahu menyebut muslimat yang lebih besar seperti Maryam Jameelah atau Zainab Al-Ghazali. Seterusnya, adakah isu stoking, isu relevan?



1.19 AM

Syukriah: Tidak. Bagi ana sudah menjadi isu anak-anak. Yang paling penting, etika pemakaian yang langsung tidak diambil peduli. Dan perlu diperbaiki semula.



1:22 AM

Ibn Ali: Soalan, adakah isu pemakaian niqab dan stoking harus menjadi maudu' utama yang relevan diperjuangkan bagi muslimat-muslimat jamaat yang mengaku haraki?


1:27 AM

Syukriah: Tidak. Sekarang ini Jamaat kita perlu mengisi, memberi dan membantu dari segi kekosongan, kelemahan, dan peluang di KUIS. Contoh dari segi pembangunan minda, nahi mungkar, kebajikan dan dakwah. Insya-Allah.



1:32 AM

Ibn Ali: Awal tadi, antum ada menyebut perihal Nik Madihah. Soalan, mengapa kita berbangga dengan kejayaan Nik Madihah yang melalui satu sistem pendidikan tetapi tidak merasa apa-apa dengan mat rempit, bohsia, mengandung di peringkat sekolah, sedangkan, mat-mat rempit itu juga melalui sistem pendidikan yang serupa? Seolah-olahnya terjadi satu hipokrasi yang besar di sini.


1:46 AM

Syukriah: Maaf, ana mengambil semangat Madihah, dan keihlasan, kekentalan dia dalam mengenal Allah. Ok, katakan peranan media. Lihat siapa yang kuasai media kita?



1:49 AM

Ibn Ali: Oh, baik. Mungkin ada apa-apa pesanan untuk muslimat-muslimat di luar sana yang tekun memperhatikan gerak kerja ALAM tetapi belum bersedia menerjunkan diri dalam kerja-kerja ini.


1:52 AM

Syukriah: Persoalan ana, contohnya program kem ibadat, sesi muhasabah, kenapa kita tidak dedahkan generasi muda dengan kisah-kisah kegemilangan Islam, ketokohan Al-Fateh? Kenapa asyik dipertontonkan kisah sedih?



1.54 AM

Ibn Ali: Eh, jawablah soalan ana. Next time, antum wawancara ana, antum tanya la. Cepatlah, ana nak tidur balik ni.



2.07 AM

Syukriah: Berat soalan ini. Bagi muslimat di luar sana, hargailah kehidupan kita sebagai muslimat dan mahasiswi yang sebenarnya. Kalau tidak bersedia pun, apa salahnya kita sahut cabaran ini? Tidak semestinya join ALAM sebalik usaha kita dalam mencari ilmu dan pengalaman. Tetapi apa yang mampu kita katakan, cantiknya antum join ALAM dapat terasa semangat teamwork dalam meneruskan kerja dakwah, kedua, kita mungkin nampak potensi kita, ALAM for all!