Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Sunday, February 22, 2009

Dunia Baru Islam

By: FIKRAH MASSA

Persiapan menghadapi Dunia Baru Islam hendaklah dikemaskinikan.

1)Barisan yang dipercayai hendaklah diletakkan di hadapan.

2)Barisan yang patuh dan setia diberi arahan.

3)Barisan yang diragui diawasi gerak-geri mereka.

Umat Islam sedang berhadapan dengan DUNIA BARU ISLAM. Islam yang diselimuti bida’ah dan khurafat akan dihapus dari pegangan umat. Islam yang didokong oleh mujahid yang bersedia mengorbankan semua milik peribadi demi tertegaknya kalimah Allah yang maha tinggi akan muncul di tengah ummah.

Dewasa ini umat Islam telah mengharungi berbagai pengalaman yang gembira dan dukacita, manakala barisan-barisan pejuang Islam pula menempuh berbagai mehnah atau ujian dari Allah dan dari manusia. Dari itu dapatlah dikenali siapa yang tabah menghadapi ujian, siapa yang sabar menghadapi ujian dan siapa yang redho menghadapi ujian.

Allah, Rasul dan orang mukmin menilai semua sikap mereka. Bagi kita yang melihat pejuang-pejuang Islam yang bermati-matian berjuang ada hak pula untuk menilai mereka dari kacamata kita sendiri. Para pejuang itulah nanti yang akan menerajui DUNIA BARU ISLAM.

Ada di antaranya akan jadi pemimpin. Ada di antaranya akan menjadi pelaksana yang patuh dengan segala perintah yang diarahkan. Ada pula yang mesti diawasi selalu supaya jangan tergelincir dari landasan perjuangan.

(1) Barisan pemimpin adalah barisan yang paling hadapan. Mereka berada di hadapan umat sebagai imam. Mereka dipercayai kerana siddiqnya mereka dalam perjuangan. Mereka dapat mencapai darjat itu dengan sebab telah menempuh mehnah-mehnah besar dalam perjuangan.

(2) Walaupun besar ujian yang mencabar pendirian dan pegangan, mengancam nyawa dan ketenteraman hidup namun mereka tabah hati menghadapi segala-galanya dengan tenang. Mereka berpegang kepada peringatan Allah:

“Fasbir kama sobaro ulul azmi minarrusuli”.

Maksudnya: Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari kalangan Rasul-rasul yang telah benar-benar bersabar .

(Ayat 35: Surah 46 Al Ahqaaf: Juz 26)

Banyak orang yang petah berbicara, pidato berapi-api tetapi tidak mempunyai pegangan yang kukuh, mereka hanya seperti gendang-gendang kosong yang terdiri dari belulang dan sebatang kayu yang dilubangkan. Kita sebagai pengikut jangan mudah ditipu oleh gendang-gendang kosong ini.

Kenalilah orang yang hendak kita ikuti itu dari sejarah hidup mereka. Jangan kenali mereka dari lidah mereka yang tidak bertulang.

Seseorang dipercayai kerana kejujurannya. Mengenali jujurnya seseorang bukan dapat dikenali hanya dari ucapannya, dari tulisannya, dari berita yang sampai kepada kita sahaja. Kejujuran seseorang dikenali dari persahabatan kita dengannya dan dengan orang-orang yang bersahabat rapat dengannya.

Setiap orang cermin bagi sahabatnya. Untuk mengenali seorang yang akan kita pilih menjadi imam atau pemimpin kita maka kenalilah sahabat-sahabat di keliling pinggangnya. Jangan hanya sekadar bertemu di majlis-majlis atau pertemuan-pertemuan rasmi itu, tidak memadai.

Kita sering tertipu dengan dengan mereka yang dianggap pemimpin. Sedangkan pada hakikatnya kalau kita bersahabat barang sehari dua sahaja dengan mereka kita akan dapat member beberapa tunjuk ajar kepada mereka. Mereka bukan pemimpin, mereka yang harus dipimpin.

Kadang-kadang kesalahan yang mereka lakukan terang-terang di dalam dosa-dosa besar. Bagaimanakah kita boleh ditipu sedemikian rupa? Sedangkan yang kita ingin ialah Islam yang murni, jangan sampai jatuh lopak dua kali. Cukuplah pengalaman dahulu mengajar kita agar mengenali siapa intan siapa kaca.

Pemimpin agama hendaklah berwibawa. Wibawa sebagai pemimpin agama bukan sebagai pemimpin politik, bukan pemimpin ekonomi, bukan pemimpin kesatuan sekerja.

Pemimpin agama hendaklah terdiri daripada orang yang punya nur iman yang memancar terserlah pada anggota lahirnya menjadi amalan hidup hariannya. Tindak tanduknya sama dengan hukum-hukum Allah di dalam Al-Quran. Dialah Al-Quran hidup, dialah lambang warisan Nabi-nabi.

Kalau tidak ada itu semua pada dirinya, dia bukan pemimpin agama. Tetapi dia maling yang berpura-pura menjadi imam. Setelah malam semakin tua maka ia mula membuat angkara.

Pemimpin agama yang sejati, yang benar-benar tulin. Tidur baringnya menjadi contoh. Makan minumnya menjadi contoh. Gurau sendanya menjadi contoh. Cakap dan petuanya menjadi ikutan. Pegangannya kukuh, tabahnya bukan kepalang.

Segala petua sesuai dengan Al-Quran segala tindak tanduknya sesuai dengan Sunnah. Segala cakapnya tidak berdolak-dalik. Pemaafnya bukan main. Nasihatnya benar-benar berkesan. Kasih sayang kepada pengikutnya seperti kasih kepada dirinya dan anak isterinya.

Ia membawa umat mencari kebahagian abadi bukan memburu kebahagiaan sementara. Jujurnya ketara sekali. Bersahabat dengannya menyenangkan hati. Barangsiapa yang meminta pertolongan daripadanya tidak mengecewakan.

Tawadhuknya bukan hanya kepada orang yang dekat dengannya. Tetapi juga dengan orang yang jauh daripadanya. Pandangannya, pandangan yang jauh kehadapan, untuk keselamatan abadi. Kebenciannya hanya kepada kejahatan dan apa yang dibenci Rasul dan dibenci Tuhan.

Padanya yang haram haramlah yang halal halallah, yang makruh tetap makruh dan yang mubah tetap mubah. Adakalanya berubah dari hukum itu kepada hukum yang lain.

Hubungan kuat dengan Allah dan kuat dengan manusia. Tidak mahu ia memutuskan silaturrahim. Yang ia mahu ialah ukhuwah dan mahabbah. Pemurahnya bagai daun berguguran. Akhlanya indah bak bunga mekar di taman. Harum namanya kerana taqwanya bukan kerana dibesar-besarkan di mass media.

Inilah sebahagian kecil daripada sifat-sifat yang patut ada pada barisan hadapan yang menjadi pemimpin bagi umat Islam yang akan membangun DUNIA BARU ISLAM.

Jika ada orang seumpama ini maka berdosalah anda sekiranya anda memilih orang lain sebagai imam. Jika tidak ada maka pilihlah orang yang mendekati sifat-sifat yang tersebut tadi sebagai pemimpin.

Hendaklah kita ingat akan pertengkaran ahli neraka ketika mereka menyalahkan pemimpin yang menyebabkan mereka masuk neraka.

(Ayat 166-167: Surah 2 Al Baqoroh: Juz 2)

Bukanlah pemimpin Islam itu pasti ke syurga tetapi pemimpin kafir sudah pasti ke neraka. Mereka yang digambarkan di atas tadilah yang berhak menjadi barisan hadapan umat ini. Merekalah golongan yang dipercayai oleh kita.


(2) Allah tidak menjadikan semua orang punya jiwa yang kuat, yang mampu memimpin umat dengan dengan bermacam-macam karenah. Sebahagian besar daripadanya Allah jadikan mereka itu patuh kepada arahan-arahan yang bersifat makruf atau baik dan tidak setuju dengan arahan-arahan yang mungkar.

Mereka ini adalah orang-orang yang Allah jadikan hatinya ingin melihat syiar Islam terserlah di muka bumi Tuhan ini. Mereka bersedia melaksanakan perintah-perintah yang datang dari hukum hakam Allah itu.

Selama ini mereka makan hati kerana terpaksa melaksanakan arahan-arahan yang mungkar. Pedih hatinya bukan main tetapi apa boleh buat. Pada mereka sekiranya ada peluang menerima arahan yang bersifat bersih dari mungkar, berebu-rebutlah mereka melaksanakannya seperti orang yang berebut-rebut tawaf di Kaabah.

Pada hakikatnya golongan ini sudah semakin bertambah besar di tengah masyarakat Islam. Mereka hanya menanti-nantikan siapa di antara pemimpin dunia Islam yang betul-betul berani melaksanakan hukum hakam Allah.

Kerinduan mereka kepada pemimpin seumpama ini sudah sangat menebal. Sehingga telah menjadi buah mulut. Mereka perkatakan hal ini di mana-mana. Di pejabat, di tempat kerja, di dalam kenderaan, di tempat-tempat berehat, dalam mesyuarat, di majlis-majlis diskusi dan di mana-mana sahaja.

Hatta di padang golf. Sebenarnya dalam banyak hal golongan ini telah banyak melakukan sabotaj terhadap arahan-arahan mungkar. Mereka telah berjaya menggagalkan beberapa banyak arahan yang bercanggah dengan syariat. Sekurang-kurangnya mereka menggagalkan sebahagian daripada rancangan-rancangan itu.

Kepatuhan mereka kepada syariat bukan paksaan daripada sesiapa. Tetapi kepatuhan mereka adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri. Demikian juga benci mereka kepada mungkar adalah kerana keinsafan dan kesedaran mereka sendiri.

Pengajian-pengajian agama yang bertaburan di merata-rata, telah membuka mata hati mereka. Hidayah dari Allah telah mencurah-curah kepada mereka. Mereka laksana Ansar di Madinah. Mereka membantu agama dari hati mereka sendiri. Kesanggupan berkorban mereka sungguh mengagumkan.

Di tangan merekalah hukum hakam Islam akan dilaksanakan. Mereka adalah laksana tangan dan kaki bagi jasad. Mereka yang bergerak cergas membawa Islam ke sana ke mari supaya berkembang luas.

Oleh kerana mereka golongan yang patuh kepada arahan maka pemimpin Islam atau imam ummah hendaklah menghubungi mereka untuk memberi arahan yang nanti akan mereka laksanakan di mana sahaja mereka berada sepanjang waktu.

Perintah-perintah agama ini apabila turun dari pemimpin kepada orang yang patuh seumpama ini ia akan berjalan dengan cepat, mereka akan berkata sami’na waato’na dan terus laksanakan perintah.


(3)
Setelah menempuh ujian dan pengalaman dalam perjuangan kita dapat menilai pula mana golongan yang diragui kejujuran dan ketaatannya.

Mereka adalah golongan yang mahu Islam berdaulat, mahu syiar Islam berkembang tetapi mereka golongan hamba Allah yang tidak dapat menundukkan nafsu jahatnya walaupun mereka mujahadah bersungguh-sungguh, sesekali nafsu jahat itu memberontak juga, oleh sebab itu golongan ini sering tergelincir, kadang melanggar syariat.

Dengan sebab perbuatan mereka maka sering terjadi jamaah-jamaah Islam dikecam. Apa yang mereka lakukan laksana nila setitik rosaklah susu sebelanga. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada orang yang mementingkan diri mereka sendiri tetapi kepentingan itu dikaut dari Islam.

Contohnya mereka berniaga atas nama Islam tetapi diurus dengan sistem riba’. Mereka mengurus urusan haji banyak orang tergendala dibuatnya. Mereka solat jenazah tetapi menuntut upah dari keluarga si mati. Mereka selewengkan wang zakat dan baitulmal. Mereka guna jenama Islam pada barang-barang yang syubahat.

Golongan ini hendaklah diawasi gerak langkahnya, mata masyarakat hendaklah celik melihat gelagat mereka, telinga masyarakat hendaklah peka mendengar perkhabaran dari mereka, hati-hati terhadap mereka, jangan sampai umat Islam yang jujur tertipu oleh makar mereka.

Pemimpin-pemimpin Islam yang siddiqin hendaklah berani bertindak ke atas golongan ini, jika diketahui dengan pasti mereka melakukan penyelewengan. Hendaklah tidak teragak-agak bertindak memberi ta’zir, tarbiyyah dan tazkirah keras.

Mereka sebenarnya mahu Islam berdaulat. Mereka tidak mahu bendera kuffar berkibar megah. Tetapi sayangnya mereka kalah oleh hawa nafsu. Kita telah pun banyak pengalaman dan sering terperangkap dengan tipuan-tipuan. Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya jangan jatuh lubang dua kali.

Kerana berjaya mengawal golongan ini maka Khulafa Urrasyiddin berjaya menegakkan syiar Allah dan mendaulatkan ahkamullah dan berjaya menyatukan kekuatan ummah.

Sekiranya kita berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pemimpin Islam yang layak memimpin ummah telah wujud dan dapat memberi arahan-arahan yang dipatuhi oleh golongan yang taat dan dapat pula mengawasi golongan yang sering tunduk kepada hawa nafsu maka jemaah Islam akan semakin dihormati, disegani dan akhirnya akan diikuti orang.

Ketika itu akan muncul wajah-wajah baru di dalam barisan Islam di mana mereka lebih berkemampuan daripada barisan lama. Inilah yang terjadi ketika orang seperti Amru Ibnu Al-As dan Khalid Ibnu Walid masuk Islam.

Mereka memeluk Islam setelah melihat Islam berjaya. Rasul berjaya memimpin para sahabat. Perintahya dipatuhi, orang-orang yang degil diasuh sehingga menjadi benar-benar taat. Mereka memeluk agama Islam sedangkan pada diri mereka telah ada kemampuan dan keterampilan.

Maka merekalah yang di tonjol menjadi pemimpin tentera dan masyarakat. Peristiwa ini akan terus berulang dalam sejarah. Inilah juga yang akan berlaku masa kini sekiranya umat Islam dapat mengemaskinikan barisan-barisan perjuangan yang didokongnya.


KESIMPULAN

Apabila pemimpin terdiri daripada orang-orang yang bertaqwa dan pentadbir terdiri daripada orang-orang soleh maka rakyat akan dapat barokah.

“Lauana ahlalquro amanu wattakau lafatahna alaihim barokatim minassamai walard”.

(Ayat 96: Surah 7 Al A’raaf: Juz 9)

Friday, February 20, 2009

Komen anda apa?


Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi




Monday, January 12, 2009

Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.



Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.


Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari
.




Kes 2


Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.


Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.


Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.


Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.



* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

Thursday, February 19, 2009

PPSMI: Pro ke Kontra?!

Salam muhibbah buat pengunjung sekalian.

Isu PPSMI kini menjadi isu yang agak hangat walaupun mendapat saingan dari isu BN-PR, Institusi beraja, perang dunia dan sebagainya. Maka, sementara saya mengisi dakwat pen untuk memberikan pandangan yang berada dalam pemikiran logik akal saya ini, sukalah saya untuk membuat survey kepada pengunjung-pengunjung untuk mengutarakan pandangan masing-masing terlebih dahulu.

Adakah anda bersetuju ataupun tidak?
Sertakan jawapan berserta ulasan anda.

Boleh dihantar dengan 3 pilihan cara:
1. e-mail saya di putra_af@yahoo.com
2. komen anda diblog saya
3. melalui shoutbox yang disediakan diblog saya

Tiada had perkataan, ringkas adalah digalakkan. Gunakan sahaja ayat yang mudah untuk difahami, jangan terlalu bombastik sehingga sukar untuk difahami.

Sampaikanlah pandangan anda sebagai tanda cakna anda terhadap sistem pendidikan negara.
Mohon kerjasama dengan ucapan jutaan terima kasih.

www.ariffsarip.blogspot.com

Tuesday, February 17, 2009

ADAB DAN KESUNGGUHAN DALAM MENUNTUT ILMU

Islam amat menitikberatkan keperluan menuntut ilmu.Ini dapat dilihat seperti mana yang telah disabdakan oleh nabi S.A.W dalam hadis,mafhumnya “ menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim”. Kepentingan ilmu juga ada dinyatakan Rasulullah didalam hadisnya yang masyhur,mafhumnya “barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.”Allah S.W.T juga mengiktiraf dan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dikalangan para hamba-Nya. Allah berfirman di dalam Al-quran :


يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوالعلم درجات

Maksudnya, “Allah mengangkat orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat”


Jesteru,dalam jalan untuk menuntut ilmu ini umat Islam perlulah menunjukkan kesungguhan seperti mana generasi umat islam terdahulu yang cukup dikagumi kerana keilmuan mereka.Lihat saja kepada nama-nama seperti Ibn Sina , Al-Khawarizmi dan yang lainnya,teori serta penemuan mereka masih diguna pakai sehingga ke hari ini serta menjadi rujukan yang cukup penting bukan sahaja kepada umat Islam malah juga seluruh umat manusia.

Islam juga amat mementingkan adab-adab dalam menuntut ilmu.Adab-adab ini adalah penting untuk diikuti bagi mendapatkan keredhaan Allah serta keberkatan-Nya ke atas ilmu yang diperolehi. Sebagai panduan Imam Al-Ghazali r.a di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipraktikkan oleh para penuntut ilmu terhadap gurunya. Antaranya :

  1. Apabila berjumpa dengan gurunya hendaklah ia mendahulukan memberi salam.
  2. Jangan membanyakkan percakapan di hadapan gurunya.
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum meminta izin berbuat demikian
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tak puas hati) terhadap perkataan gurunya.
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  7. Jangan ia berbisik dengan rakannya @ menoleh ke kiri dan ke kanan semasa gurunya sedang mengajar.
  8. Jangan ia bertanya kepada gurunya sedangkan gurunya dalam keadaan letih
  9. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

Antara adab dalam majlis ilmu pula ialah :

  1. Berwudhu’
  2. Duduk dalam keadaan seperti tahiyyat awal jika mampu (majlis di masjid @ surau)
  3. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak dapat mencelah. Para sahabat apabila berada dimajlis Rasulullah,mereka duduk rapat-rapat sehinggakan daun-daun yang berguguran tidak jatuh ke tanah bahkan jatuh diatas bahu dan riba mereka.
  4. Jika terlewat menghadiri majlis ilmu di masjid,tidak perlu solat tahiyyatul masjid,cukup sekadar menggantikannya dengan berzikir 3 kali. Dan jangan mengganggu perjalanan majlis seperti bersalaman dengan para pendengar lain
  5. Jika disebut tentang nikmat syurga hendaklah kita berasa gembira dan berdoa supaya ditempatkan bersama-sama penghuni syurga. Jika disebut tentang neraka pula hendaklah kita merasa takut dengan azab Allah yang amat berat itu dan menangislah mengenangkan dosa-dosa yang kita lakukan,kalau tidak boleh pun,cuba paksa.
  6. Jika disebut nama Allah,maka sambutlah dengan Azzawajalla,jika disebut nama Rasulullah,maka berselawatlah ke atas baginda. Jika disebut nama para sahabat sambut dengan Radhiallah ‘anhum,dan jika disebut nama para ulama @ imam-imam yang muktabar sambutlah dengan Rahimahullah alaih.

Begitu lah serba sedikit adab-adab yang telah diajarkan oleh islam kepada penuntut-penuntut ilmu. Semoga ilmu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan Allah serta keberkatan-Nya.

Monday, February 16, 2009

Valentine dan Pembunuhan Albanna.

Urwatul Wusqa.


Pada hari ini, tarikh hari ini (Ketika tulisan ini ditulis.) puluhan tahun yang lampau pada tarikh yang sama dengan tarikh hari ini, seorang pemuda Mesir di Kota Kaherah telah ditembak dan jatuh rebah. Orang yang menembaknya telah melarikan diri sementara dia yang telah ditembak tidak segera diberikan rawatan. Atas alasan apa pemuda ini ditembak? Kerana pemuda ini menyerukan kembali kepada ugama Allah.

Sementara itu dalam bulan yang sama bulan februari, ada satu perayaan yang agak popular di kalangan pemuda-pemudi Islam iaitu perayaan valentine's day.

Sejarah valentine's day.

Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno (Tuhan wanita dan perkahwinan.), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai.

Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang boleh memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian di undi. Pasangan masing-masing saling tukar menukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi.

Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tarikh tersebut.

So, what's the problem? We don’t see anyting wrong…

Open your eyes n c…

Apa kenanya kita menyambut perayaan yang tidak ada kena mengena dengan kita? Sungguh, kita betul-betul inferiority complex yang terlalu! Perayaan ini adalah suatu upacara memperingati Juno serta Pan, dua tuhan yang bukan Tuhan kita.

Dalam surah al-Isra', Allah S.W.T telah berfirman,"dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Seterusnya Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "barangsiapa yang menyerupai perbuatan sesuatu kaum, maka ia termasuk di dalamnya." (HR Abu Dawud, Ahmad dan At-Tabarani.)

Berikutan itu pada 12 February 2004, Mufti Perak di dalam Utusan Malaysia dengan tegas memfatwakan umat Islam yang meraikan hari memperingati kekasih boleh merusakkan aqidah atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan ugama Kristian.

Kalau mahu masuk ke neraka, silakan dan kalau mahu masuk ke syurga silakan.

Friday, February 13, 2009

Cinta itu Iman!!!

Perayaan kekasih atau lebih popular dengan nama Valentine's Day yang diloporkan oleh masyarakat yang jahil dengan Spiritual Quotient (SQ) kini bakal menjelma lagi. Teringat penulis ketika zaman menengah dahulu. Hari itu amat ditunggu-tunggu para pelajar yang sibuk bercinta yang mana kebanyakkan mereka adalah golongan yang terlibat dengan proses pengeluaran hormon jantina.

Beri coklat? Surat cinta? sudah lapuk kesemuanya, perubahan zaman membawa mereka kepada perkara yang lebih dahsyat dan hina. Makan bersama, zina usah dikata, alah bisa nak tegur pun sudah terbiasa.

Apatah lagi dengan filem-filem cinta menarik yang ditayangkan ditelevisyen-televisyen utama bersempena dengannya begitu menggairahkan. Bahkan dengan kemunculan filem hindustan Mohabbatein telah menghangatkan lagi perayaan kekasih di negara yang malang ini.

Cinta itu indah! Memang benar, kita semua mengakuinya. Tetapi siapakah yang mengajar kita bahawa cinta itu bermusim serta mempunyai hari-hari tertentu? Jika benar cinta itu bermusim barangkali kita hanya mendapat udara setahun hanya sekali. Jika benar cinta itu bermusim, mungkin al-Kitab (ayat-ayat) sebagai panduan kehidupan hanya diturunkan setahun sekali dan jika benar cinta itu bermusim, barangkali semua manusia di dunia ini lahir pada bulan ogos dan november sahaja (kiraan 6 dan 9 bulan dalam kandungan ibu).

Sesetangah fakta mengatakan bahawa hari kekasih adalah berkisar daripada seorang pejuang kristian yang sanggup meninggalkan kekasihnya untuk pergi berperang. Bahkan kemenangan tentera kristian dengan pertemuan semula dua kekasih tersebut sebagai sesuatu yang amat mengharukan.

Penulis menemplak hebat cerita dongeng ini. Sehingga kini tiada sebarang bukti yang mendakwa kisah itu adalah benar. Setiap orang yang pergi berperang pasti meninggalkan mereka yang disayangi, tetapi mengapa tarikh dan kisah peperangan ini yang dipilih dan dijadikan alasan bahawa hari itu mesti diingati?

Penulis pernah meninjau perkara ini secara rambang kepada remaja-remaja yang tinggal di bandar, luar bandar, juga dihulu. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima tempias ini. Tiada coklat, kulit lembu yang digoreng (keropok kulit) adalah penggantinya. "Asalkan ikhlas", kata mereka. Penulis akui, setiap kali perayaan itu penulis juga akan mendapat pelbagai saiz coklat dan bentuk yang menarik (bongkak sikit je). Segannya mereka mengatakan bahawa itu bukan pemberian sebagai kekasih, tetapi hanya bersempena memperingati hari kekasih.

Lihatlah betapa jahilnya masyarakat sekarang. Jangan kata di Malaysia, dunia juga tidak terkecuali daripada menerima tempias aura busuk ini. Mana mungkin agama mengajar kita sedemikian. Beginilah jadinya apabila dalam diri dan jiwa kita tidak mempunyai motivate SQ yang tinggi. Apabila tuhan tidak dijadikan sebagai SQ, maka Harry Potter lah yang menjadi SQ mereka, santa klaus, benda tahyul dan yang sekeluarga dengannya.

...WaAllahu a'alam...

Cinta dicari bukan kahwin penghujungnya...
Cinta abadi bukan dunia penghujungnya...
Cinta berganda bukan nafsu tujuannya...
Cinta dunia yang hakiki adalah kekasih untuk ditemui sebagai teman peribadi selaku pendidik bestari memberi zuriat yang digemari sebagai penyeri...




AriffSarip


Tuesday, February 10, 2009

Cerpen: Front Islam, Dengarlah.

Kamu mahu dengarkah?

Kamu mahu dengarkah?

Nama saya Ali. Suka Muawiyah. Cinta Nabi. Adik saya nama Muhammad, Muhammad Al-Ghazali.

Yeah! Musim panas beberapa tahun lepas, bapa mengajak saya mengikutnya ke sebuah bangunan buruk, usang tetapi berwarna koko, sejenis warna yang cukup saya minat. Gee.

Ah-Ha-Ha-Ha

Bapa ini memang licik, memperdaya saya dengan 'kegulaan' saya. Hehe. Saya terpedaya, terpedaya dan terpedaya.

Pada hari itu, saya masih ingat lagi jam 3.2.7 petang, Selasa, Jamadil Awal, saya telah sah mendaftar sebagai seorang ahli Front Islam dan mengangkat sumpah di dalam sebuah bilik ( Stor kot. ) yang sederhana kecil dalam bangunan koko itu, tetapi dinding biliknya berbau harum dan berwarna coklat, satu jenis warna lagi yang saya gemari.

Bapa saya pelanggar sistem yang taat, tidak patuh. Bapa saya percaya Qutb adalah penawar, anti virus pada jahiliyyah.

Bapa saya berkata,

Ali,

Dengarlah,

Sistem ini adalah poyo,

Tumbangkanlah ia.

Saya mempercayainya. Saya tidak bersekolah sistem. Jadi saya merdeka. Saya ada 24 jam untuk buat apa-apa sahaja yang saya suka. Tetapi diari ibu saya yang kusam ada berpesan kepada saya,

`tiada berguna orang yang tidak menggunakan masanya dengan berguna.'

Saya menjadi pekerja Front Islam yang abang-abang kandung saya, suka panggil FI.

Saya jadi jurukamera. Tangkap foto orang jahat, buat banner besar-besar dalam blog, saya jadi blogger. Sebulan kemudian setelah selalu menulis tidak kurang sepuluh muka surat penuh Microsoft word dalam sehari,

Penulisan saya mantap! Penulisan kamu mantap dan terbilang! Kata seorang editor apabila mahu membodek saya menjadi salah seorang dari wartawannya.

Editor saya begitu mengkagumi Abu A'la Maududi. Saya cuma panggil wartawan agung itu sebagai Maududi, sahaja.

Saya berkawan dengan Erdogan dan Erbakan. Dua orang pemimpin muda Front Islam yang sedang meningkat naik nama mereka. Erbakan lebih kepada ego. Tidak mahu minta simpati, walau miskin dan selalu sakit tiba-tiba. Toleransi, rambut disisir kemas, bibir merah, berdedikasi, agak liberal dan tidak berkopiah putih adalah ciri-ciri Erdogan.

Saya bersama-sama Erdogan di dalam Cappuccino House sekarang. Menunggu Erbakan yang selalu datang lewat. Mata Erdogan selalu mencuri-curi melihat jam buruk di tangan saya. Sudah hampir empat puluh lima minit saya dan Erdogan menunggu Erbakan.

"Maaf kawan, aku lambat lagi seperti selalu."

Erdogan menarik kerusi mempersilakan Erbakan duduk.

"Maaf, seluar slack aku baru kering. Semalam kena mandi hujan. Air tak ada."

Erbakan berkata-kata apabila saya memandangnya semacam dan Erdogan memandang dengan simpati.

"Keperluan fisiologi rakyat jelata kena dipenuhi lebih-lebih dahulu sebelum yang lain-lain."

Itu kata saya beberapa puluh minit sebelum kedatangan Erbakan. Erdogan mengangguk-angguk sahaja.

Beberapa bulan berselang.

Erdogan mengsms saya, mahu berbincang sesuatu. Teksi memberhentikan saya ke sebuah kelab tari menari. Saya periksa dua kali alamat yang diberikan Erdogan.

Saya masuk lambat-lambat dalam kelab tari menari selepas buka pintu yang berwarna koko itu, saya obsess betullah pada warna koko.

Erdogan berkelip mata kepada saya tiga kali dan saya berkerut empat kali: Erdogan menari?

"Hey, aku tak pegang punggung aktres bernama Monggolia apa." Erdogan duduk dan memesan sesuatu untuk saya.

Saya jadi hiba sebenarnya. Sebenar-benarnya saya simpati dengan orang yang poyo, yang tidak faham erti kepimpinan, erti amanah dan tidak faham apa itu beza pemodenan dan pembaratan.

"Imam Albanna pun tidak seberani kau, yang berani menari tanggo di khalayak untuk mengurat pengundi, untuk mengatakan kau liberal, terbuka kononnya."

Pelayan datang mendulang sesuatu, saya senyum manis dan Erdogan mencuka.

1 Muharram.

Saya jumpa Erbakan. Tertidur di atas pangkin bawah pohon ketapang. Sejadah dilipat-lipat menjadi bantal di kepala. Hehe. Erbakan tidur tak pakai baju. Saya lihat di dahan pohon yang kurus ada sehelai t-shirt pagoda yang comot, lembab. Ada warna kuning, warna yang saya tak gemar.

Erbakan terjaga. "Ah, maaflah."

Saya, ah tak apa-apalah. Di hadapan kami sebuah bangunan baru milik Front Islam. Erbakan adalah buruh binaan. Sama juga dengan bapa saya. Tetapi rasa saya, bapa saya lebih loaded agaknya berbanding Erbakan.

Erbakan malu-malu menutup tubuh badannya yang berotot dan… seksi itu. Sejadah dijadikan pelindung. Kami kemudian makan nasi bungkus dan air sirap yang saya beli.

"Siyasah, bukan tongkat magik yang boleh ting-ting kan semua perkara."

Erbakan mahu memintas saya seperti selalu, ah saya tak benarkan.

"Tak silap saya, meskipun Mahdi Muntazar belum tiba, Khomeini tetap minta umat Islam laksanakan syariat, bukan? Islam itu bukan politik sahaja. Ya, benar, Islam itu syumul, politik ada sekali, tetapi bukanlah Islam itu terkurung di dalam politik, sebaliknya, politiklah yang mesti dikawal oleh Islam, masalahnya di sini, apa kenanya semua kita yang cuma jaga pintu siyasah?"

Erbakan terpinga-pinga, tanda saya terpaksa meneruskan… Dan nasi… Ah terpaksa ditinggalkan.

***

Saya berjalan-jalan di tepi bongkah-bongkah batu besar tepi sungai. Motokar hasil duit simpanan jadi wartawan saya tinggalkan dua ratus meter dari saya.

"Pergilah kau. Kau sudah dibeli agaknya."

Erdogan memandang saya, pura-pura simpati selepas Erbakan menjerit kepada saya. Saya pandang, tak puas hati. Saya kritik, jadi, apa?

"Kita tak sepatutnya pergi berdemonstrasi sahaja. Kita patut melepasi garisan sempadan kepartaian. Kalau kuasa jahiliyyah sekat jalan ini, kita guna jalan lain. Jika jalan lain halang, kita guna jalan lain-lain pula. Boo pada jahiliyyah.

Erbakan berjalan sahaja tanpa bercakap apa-apa. Rona muka Erbakan kelihatan merah, marah?

Erdogan saya kira pura-pura bertanya, gesit.

"Kafir, mereka memang dajal. Setan, setan, setan, bukankah semuanya salah mereka?"

"Salah kita jika segalanya kita salahkan mereka."

Saya berhenti apabila Erbakan berhenti di depan pintu.

Saya meneruskan lebih laju,

"Kafir, sekular, atheis, kapitalis, salib, sosialis nah, bukankah kerja mereka adalah merusakkan kita, apa kita nak kecoh lagi, musuh memanglah jahat, jadi patutkah kita menyangka, musuh baru menyerang kita, semalam?"

Saya masih lagi di sungai tetapi sudah di hujung. Front Islam menjadi pemerintah, tetapi pengisian TV-nya entah apa-apa. Apa, mereka sangka, Islam diturunkan untuk mengurung perempuan di rumah, memukul perempuan dan membiakkan kejahilan?

"Mereka bergaduh, bertelingkah?"

Saya beli suratkhabar mingguan yang bukan mainstream. Erbakan mahu keras kepala dengan idea-idea fundamentalisnya. Sementara Erdogan dengan dasar-dasar pro-liberalnya, lebih moderat.

"Hey, mereka ni, bukan buat kerja Nabi kah? Penyeruan kepada iman?"

Saya menggeleng kepala, laju-laju. Penjual suratkhabar keturunan mamak ini seakan menggigit saya dengan pertanyaan yang menyakitkan.

Beberapa bulan lagi berselang. Waktu pagi.

Saya naik motokar ke pusara bapa. Bapa pengagum Albanna dan Bennabi tetapi orang-orang seperti bapa jarang diambil peduli, orang-orang yang bekerja sebagai buruh binaan, orang-orang intelek yang bergaul dengan masyarakat.

"Bapa tak suka Erbakan bergaduh dengan Erdogan."

Kata-kata bapa dahulu berpusing-pusing di dalam kepala saya apabila saya pandang batu nesan.

"Mereka memang suka bergaduh ke bapa?" Saya bertanya, pura-pura tak tahu.

Bapa yang menarik telinga cawan meletakkan cawan perlahan-lahan.

"Bapa tak kisahlah mereka nak bergaduh. Islam bukan tak benarkan kita bermasam muka. Islam benarkan, tetapi Cuma tiga hari."

"Islam benarkan perbedaan pendapat tetapi tak izinkan perpecahan ummat!"

Saya dan bapa sama-sama serentak berkata perkataan-perkataan yang serupa.

Teringatkan bapa, saya jadi sebak. Mata saya berkaca, keluar air.

"Qutb, Bediuzzaman Said Nursi, menyerukan kepada Tuhan, Erdogan dan Erbakan ini, apa yang mereka buat?"

"Popular agaknya." Saya bercakap dengan suara yang lemah, perlahan, hambar. Sebenarnya saya mahu kata mencapap.

"Mata-mata musuh memerhati, ke mana mahu dipacu manusia. Kita tersilap, betul-betul tersilap."

"Maksud bapa?"

"Penyeruan terhadap iman, mana?"

Saya terkebil-kebil apabila menyedari Erbakan menyentuh bahu saya di belakang. Erbakan dan saya sama-sama tak bersuara apa-apa hingga Erbakan yang akhirnya bersuara ketika saya mahu pulang.

"Erdogan yang kau kata, sering kata moderat itu, aku tak boleh bersama dengan dia."

Jadi, apa? Saya tak bersuara. Saya mahu cepat-cepat keluar dari perkarangan kawasan perkuburan. Tengahari mahu muncul, mengusir pagi.

"Aku terpaksa melawan dia dengan idea-idea fundamentalis aku."

Apa, kau ingat, aku tak reti makna fundamental?

"Perpecahan memang tak dapat dielakkan, Erdogan terlalu liberal?"

Jadi, liberal itu salah? Betul-betullah kau ni fundamentalis, keras sangat. Kau ingat Islam boleh tertegak dengan kau mengada-ngada bersifat keras? Kau sangka, liberal jahiliyyah akan terhapus jika kau berambus?

Erbakan memegang bahu saya kuat-kuat, saya kuat-kuat katakan,

"aku tetap berjuang walau aku disisihkan, walau aku tak ada partai, aku tetap akan sepak punggung jahiliyyah."

Dan tengahari pun muncul.

Monday, February 9, 2009

Indonesia Negara Icon?

Mungkin ada yang perasan tentang perkara ini dan ada yang belum perasan dimana sebuah Negara jiran kita yang diberi nama Indonesia telah Berjaya menjelajah Negara kita walaupun mereka tidak secara reality.

Apa yang saya maksudkan disini ialah kita telah banyak menerima apa-apa yang dating daripada Negara tersebut, secara jelas kita boleh lihat darisegi hiburan, berapa peratus anak-anak muda yang suka kepada lagu-lagu tempatan hinggakan timbul isu lagu dalam Negara kurang laku, Sampaikan kebanyakkan penyanyi kita juga banyak meniru gaya artis-artis dari Indonesia.

Itu dari sudut hiburan biasa, tidak kurang juga pengaruh kepada hiburan islamik seperti nasyid. Nasyid kita sekarang sudah terlalu jauh lari dari fungsi sebenar nasyid kerana mereka lagu mereka lebih kurang dengan lagu-lagu biasa. Tetapi penasyid-penasyid dari Indonesia masih mengekalkan nagu-lagu dakwah dan ketuhanan walaupun mereka membawa dalam pelbagai bentuk seperti Rap, Rock, dan sentimental.

Para ilmuan-ilmuan juga banyak merujuk kitab-kitab daripada Negara itu kerana intipatnya mudah difahami dan Negara itu yang mula-mula menterjemah kitab arab kepada bahasa Indonesia dan ia menjadi rujukan kepada para pelajar mahupun cendikiawan.

Dari segi serangan pemikiran juga tidak kurang hebatnya kerana Negara itu juga merupakan pengamal Islam Liberal yang pernah diperjuangkan oleh IFC kat Malaysia ini. Islam Liberal ialah satu fahaman dimana Islam mengiktiraf kesaksamaan kesemua agama. Contoh dalam satu keluarga bermula dari Ayah,mak hingga ke anak bongsi masing-masing beragama berlainan.

Ada satu lagi perkara yang sentiasa dirujuk dan dikaji ialah sejarah Wali Songo 9orang. Wali songo merupakan kumpuan pendakwah yang menybarkan agama Islam dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara alat muzik, wayang kulit, nyanyian, tarian, silat dan berdakwah biasa seperti yang kita selalu tengok.

Selain dari perkara diatas kita juga banyak bergantung kepada sumber manusia daripada Negara itu, sekarang kia boleh lihat warga Negara kita membanjiri Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sector pekerjaan yang memerlukan keringat yang besar sebagai contoh kuli membuat bangunan seperti KLCC, KL Tower itu semua jasa mereka…he..he… sebab apa? Jawapan nya ada 2 sahaja antara rakyat kita semuanya sudah pandai dan belajar tinggi atau pun yang belajar tak pandai tetapi memilih pekerjaan yang ada “Class”.

Sama-samalah kita renungkan Negara itu juga yang kita pandang rendah, dan dari Negara itu juga yang kita ambil seperti penulis artikel ini. Saya orang Malaysia tetapi saya menceritakan kehebatan dan keburukan Negara INDONESIA…….


Dah latu jangan bergaduh lagi....

Semenjak zaman baginda Nabi Adam A.S lagi manusia sering bertelingkah dan berpuak-puak sampaikan berpecah-belah hinggalah kezaman nabi junjungan besar Rasulullah SAW. Pada zaman yang di panggil Jahiliah itu masyarakat pada masa itu berpuak-puak dan saling membanggakan keturunan masing-masing.

Hinggalah datangnya Islam setelah dilantik baginda sebagai Rasullullah ( Utusan Allah) sebagai penyampai kebenaran dari sudup pegangan, kepercayaan serta dalam kehidupan. Baginda bukan membawa tawaran wang, bukan jawatan dan bukan sebagai manusia ajaib yang bolah member nikmat kepada manusia selain Allah sahaja. Tetapi baginda membawa satu pengangan untuk semua manusia di dunia ini yang dipanggil AL-ISLAM.

Alllah SWT menurunkan Islam sebagai panduan kepada manusia kepada baginda untuk menyatukan mereka, menjadikan Islam sebagai garis panduan untuk melakukaan apa sahaja dalam kehidupan ,memberi pengertian tentang nilai-nilai sebenar manusia dan yang paliang penting sekali merupakan pengangan atau kepercayaan kita kepada tuhan yang sebenar bukan daalaam kalangaan makhluk. Firman Allah : “Sesungghnya Agama Yang Diterima Disisi Allah Ialah ISLAM”.

Selepas pemergian bagindaa SAW, ummat Islam bagaikan hilang tempat untuk bertanya dan semangat untuk memperjuangakn agama. Pada masa itulah sahabat-sahabat baginda menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada disamping baginda. Lalu bersepakat untuk melantik khalifah atau ketua lalu wajudlah Khulafa’ Arrasyidin iaitu yang dimulakan dengan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman dan seterusnya Saidina Ali.

Pada zaman inilah timbulnya pelbagai masalah walaupun ada yang pernaah berlaku semasa baaginda masih adaa seperti golongan murtad yang kembali kepada kepercayaan asal, golongan yang percaya kepada Quran sahaja daan meninggalkan Assunnah, Ijama’ serta Qias dan juga golongan Syiah yang timbul selepas pembunuhan Saidina Ali.

Daripada sinilah ummat Islam semakin hari semakin rapuh kerana masing-masing mengikut pandangan masing-masing dan saling tidak mengalah tidaak kuraang juga yang berani mengkafirkan antara satusamalain. Kesan daripada itu orang kafir yang dilaknat Allah semakin bersatu hinggakan dapat menawan Negara Islam lalu memecahkan kepada beberapa Negara sebagai mana yang kita lihat sekarang selepas berlakunya perang dua kedua.

Ada usaha daripada beberapa Negara Islam untuk mengembalikan system khalifah tetapi malangnya setelah Negara dijajah fikiran ummat Islam juga di jajah kerana masing-masing berebut untuk ingin menjadi Khalifah hasil daripada itulah seluruh Negara arab mengambil sikap “Sepakat Untuk Tidak Sepakat Antara Satu Sama Lain”.

Hinggalah yang kita lihat sekarang, ada Negara Islam ditimpa bencana titapi Negara Bukan Islam yang sebuk membantu walaupun ada sebagian Ngo-ngo daripada Negara Islam juga turut meembantu. Ada Negara Islam terang-terang diserang , walaupan hanya berjiran tetapi hanya membuka mata, mendekatkan telinga tetapi tiada tindakan.

Wahai saudara-saudara ku yang ber Aqidahkan Allah dan berpandukan AlQuran dan berpengang dengan Islam, ayuh kita bersatu kerana kita sudah semakin di tindas oleh musuh yang membalas dendam selepas kekalahan mereka dalam peperangan oleh saudara kita yang terdahulu.

Ayuh kita semarakkan kembali semangat perjuanga Islam dengan kita serang kembali mereka dengan senjata-senjata mereka sendiri. Lupakanlah sengketa lama serahkan segala-galanya kepada Allah tuhan yang kita sembah. Marilah sama-sama kita memperkasakan kembali ukuwwah kita dan bersama-sama memulihkan kembali Aqidah serta akhlak saudara-saudara kita yang sudah lama terleka dibuai oleh musuh-musuh Islam. Takbirrrr!!!!!

Wassalam

Mohd Syahiran Muhammad

Malaysia Muslim.

Rujukan : Ust. Abu Zaki M.A in Usuluddin Malaya University( Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)

Kitab Sirah Nabawi SMU

Kitab Aqidah Islamiah

Dato’ Sri Abdul Hadi Awang ( Malaysia of Islamic Party Leader )

Dato’ Md. Daud Iraqi ( Ulama Leader in PAS)

Silat ? Adakah Boleh Dipelajari?


Penulis masih ingat lagi ketika mana diwaktu bangku sekolah diei ini telah dipelawa untuk menyertai salah satu persatuan seni silat. Namun tidak sampai sebulan tidak tahu di mana silapnya hati penulis tidak dapat menghayati silat tersebut. Sebanyak dua kali jenis silat sudah dipelajari namun tiada satu pun berjaya menarik minat penulis. Ketika mana pada tahun 2004 penulis diajak oleh seorang ustaz untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. Pada mulanya ajakan tersebut sedikit pun langsung tidak menarik minat. Namun setelah melihat demonstrasi yang dipamerkan aksi oleh tenaga pengajar, hati penulis tiba-tiba terbuka. Dengan langkah yang pertama penulis mula mempelajari sehingga tahun 2005 penulis terpaksa berhenti belajar silat atas faktor tertentu. Dengan minat yang mendalam terhadap Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ini, pada tahun 2006 penulis menyambung semula seni warisan ini dan akhirnya telah berjaya menamatkan silat ini pada pertengahan 2008. Tetapi perlu diingat sekali kita melangkah pasti sukar berundur. Masih segar lagi diingatan penulis seorang pelajar semester 1 datang untuk berjumpa dengan penulis. Ketika itu penulis sedang dalam kumpulan tadarus Al-Quran di masjid.


Pelajar tersebut memulakan bicara dengan tersusun. Namun segala tutur bicaranya benar-benar penulis terkejut. Biar penulis menamakan pelajar tersebut sebagai Rizal (bukan nama sebenar). Rizal tidak dapat meneruskan pembacaan Al-Quran dalam kumpulan bersama penulis. Menurut katanya Rizal berasa terlalu panas apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan berhampiran dengan beliau. Rupa-rupanya setelah dapat diselidik Rizal merupakan salah seorang pengamal ilmu persilatan yang mengamalkan ilmu hitam. Sudah jauh terpesong sehingga mensyirikkan Allah s.w.t. Inilah akibat kesannya apabila kita terlalu taksub dengan ilmu mempertahankan diri sehingga bercanggah dengan akidah Islam. Apabila kita mensyirikkan Allah, ia adalah salah satu tujuh dosa besar yang mana Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al-Quran :

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (116 : 4)

Bayangkanlah Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa bagi yang mensyirikkannya. Itu adalah urusan Allah dengan hamba-Nya. Namun apa yang penulis boleh katakan pada Rizal, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang lurus. Namun perbualan tersebut terhenti begitu sahaja kerana penulis terpaksa meneruskan pembacaan Al-Quran dalam kumpulan. Namun dia ada berkata sedang dalam pemulihan dengan dibantu oleh seorang sahabatnya.

Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Penulis merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandangan-pandangan dalam kalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar tok guru yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah Islamiah. Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatan-penglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Masih ingat lagi dengan Istidraj yang pernah penulis huraikan sebelum ini? Jika sudah lupa boleh rujuk kembali artikel-artikel sebelum ini. Istidraj iaitu sesuatu yang diberikan kurniaan semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan.

Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi di dalam Kitab Feqh Al-Lahwi wa At-Tarwih karya Imam Yusuf al-Qardhawi., “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”

Kesimpulannya, seni mempertahankan diri atau seni bela diri tidak kiralah sama ada silat, taekwando, aikido dan lain-lain, haruslah bersih daripada perbuatan yang menyalahi syariat serta tidak mendatangkan bahaya kepada pengamalnya iaitu fizikal dan mental. Penulis juga ingin berkongsi ilmu dengan kalian. Di sini penulis sertakan satu panduan yang para pembaca boleh membuat rujukan tentang garis panduan Silat menurut Islam. Sila klik di sini.

http://www.putera-2008.blogspot.com

Friday, February 6, 2009

Aku Tak Pedulisma Versi Baru.

Urwatul Wusqa 2
Suara yang mengetuk pemikiran kita…

Aku Tak Pedulisma Wajah Baru.

Ya, barangkali kalian pernah mendengarnya. Dan mungkin juga istilah ini adalah first time berkunjung ke dalam minda kalian. Tetapi percayalah istilah ini ada baiknya untuk perjalanan perjuangan kalian.

Di dalam Saiful Islam.Com, Ustaz Hasrizal Jamil mengatakan ”aku tak pedulisma” adalah satu wabak lama yang diberi nafas baru supaya melumpuhkan kematangan berfikir mahasiswa-mahasiswi Islam.

Saya tak berniat untuk menjelaskan apa-apa makna tentang aku tak pedulisma menurut Ustaz Hasrizal Jamil. Saya Cuma mahu menerangkan apa yang perlu diterangkan tentang apa akan jadi jika istilah itu dibalikkan maknanya? Diubah sifatnya kepada melawan sistem?

Aku Tak Pedulisma versi baru bermakna, faham tidak peduli jerih-payah-getir kesusahan dalam perjuangan. Saya beri peluang pada kalian untuk mentafsir-bebas secara baik maksud aku tak pedulisma ini.

Maksudnya?

Kalian bebas untuk mentafsir aku tak pedulisma terhadap cabaran sekarang atau mendatang. Tidak peduli bencana yang akan menimpa diri akibat memperjuangkan satu kebenaran yang kalian percayai. Alah bisa tegal biasa terhadap dugaan yang sengaja didatangkan Allah untuk menguji iman kita. Bersabar menerangkan apa yang tidak difahami umat manusia walau kita dijerkah dan dijerit-jerit.

Aku tak pedulisma, saya tak fikir ia satu ajaran baru atau isme baru. Saya percaya, Islam lagi mendahului dari saya atau Ustaz Hasrizal sendiri dalam aliran aku tak pedulisma ini.

214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Saya petik maksud di atas dalam surah kedua ayat 214. Kita akan diuji. Dicabar. Diperlekeh. Ditentang. Tetapi yakinlah dan semat baik dalam jiwa bahawa kesusah-payahan kita adalah biasa-biasa sahaja jika mau dibandingkan dengan para Utusan Allah.
Jadi, artikel kali ini mengajak kita supaya bersikap aku tak pedulisma dalam setiap mehnah dan tribulasi kerana itu adalah sunnah orang berjuang. Berjuang melawan sistem yang menolak tepi Tuhan. Mengangkat Tuhan pada sisi yang lain. Heh
.

Thursday, February 5, 2009

Permualaan Nama Anda...

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Tuesday, February 3, 2009

PKPIM Sertai GMP Serah Memorandum

Saturday, 17 January 2009 18:27

15 Januari, Kuala Terengganu - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menyertai Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Kuala Terengganu untuk menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap PPSMI kepada calon Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu daripada Parti Islam se-Malaysia (PAS), Y.B. Abdul Wahid Endut yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam. Penyerahan tersebut dilaksanakan oleh Timbalan Pengerusi GMP, Prof. Dr. Shaharir Mat Zain dengan disaksikan oleh Presiden PAS, Y.B. Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Y.B. Dato' Sri Anwar Ibrahim.

PKPIM diwakili oleh Exco Pendidikan dan Penyelidikan, Abu Qassim Nor Azmi yang turut mewakili mahasiswa berucap di pentas tersebut untuk melahirkan pendirian dan saranan PKPIM terhadap pihak berwajib di dalam isu ini. PKPIM dikenali sebagai NGO yang komited dan konsisten dengan penentangan terhadap PPSMI sejak dariapad pelaksanaannya pada awal tahun 2003.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 700 tetamu menyaksikan penyerahan memeorandum tersebut dengan ikrar Y.B. Abdul Wahid Endut untuk menyampaikan bantahan di dalam memorandum ini ke Dewan Parlimen.

Usaha PKPIM dan GMP untuk menyampaikan memorandum tersebut kepada Y. Bhg. Wan Ahmad Farid, calon Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tidak berhasil kerana tidak mendapat sambutan daripada parti tersebut. Usaha-usaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada parti tersebut berhubung permohonan untuk penyerahan memorandum tersebut untuk disaksikan oleh Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang turut hadir di Kuala Terengganu pada hari ini tidak berhasil.

PKPIM telah berulaang kali menyatakan pendirian tegas PKPIM di dalam membantah PPSMI dan seterusnya berkempen untuk menyelamatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang dilindungi haknya oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Pelajaran dan Akta Bahasa. PKPIM turut menyatakn komitmen dan kesediaan untuk membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di dalam merangka pelan peralihan dengan penghentian PPSMI untuk kembali kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik.


http://www.pkpim.net

Jika demo gagal, undi protes PPSMI, kata A Samad Said

Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 1:00pm
Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan.

a samad said"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.

"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu.

[Laporan penuh menyusul]

A Samad Said angkat sepanduk 'Jangan bunuh bahasa ibunda'

Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Sun | Feb 01, 09 | 11:01:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Selain kehadiran pejuang bahasa dan lebih 500 orang dalam program pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) petang semalam di Sogo dekat sini, kedatangan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencuri perhatian ramai akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.
http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_nasir_sudin/1-pak.1.jpg

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".
Beberapa tokoh utama bahasa seperti Prof. Awang Sariyan, Dato' Dr Anwar Ridhuan,penyair Dinsman, Profesor Bahasa Melayu di UPSI Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain, Hasni Abas serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan. Image
Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat".
Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang ImageMelayu mulai terhakis.
Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa".
Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.
Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan. Image
Pengerusi jawatankuasa induk GMP Dato' Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.
Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan dan orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang.
Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - azm_


AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

Laman Sawang: www.abim.org. my
www.prihatin. net

Couple Versus Nikah.

Urwatul Wusqa

Suara yang mengetuk pemikiran kita…

Pengarang: Ibn Ali

Couple versus Nikah.

Oh, mungkin artikel ini kalian lihat mengada-ngada sahaja, tetapi percayalah, ada baiknya untuk kalian baca hingga ke akhir dulu.

Dewasa ini cuba kalian lihat berapa ramai couple-couple yang belum berkahwin. Ramai kan? Persoalan yang mungkin timbul dalam kepala kita, adakah couple dibenarkan dalam syarak?

Makna Couple menurut Wikipedia adalah two members of an intimate relationship.

Maksudnya? Cari sendirilah. Atau tanya pada pensyarah.

Dalam satu soal jawab yang dikendalikan Ustaz Farid Ravi, mengatakan, sememangnya coupling diharuskan syarak sekiranya disertai wali atau mahram yang waras. Pertemuan pula tidak melibatkan perkara maksiat seperti bercumbu, mendedah aurat, bersentuh-sentuhan dan sebagainya. Biasanya wali atau mahram yang waras akan menjaga kehormatan jagaannya daripada ekploitasi.

OK. Cukup di situ saya petik. Sekarang kita tidak mahu memanjangkan perbahasan tentang couple ini kita pergi kepada nikah pula.

Ya, wajar sekali kita mempertimbangkan tentang nikah. Islam sesungguhnya bukanlah agama kependetaan. Bukan agama yang mengkasikan penganutnya. Jadi? Islam membenarkan pemeluknya menikah.

Asyik ditanya kepada sesiapa pemuda yang mahu berkahwin tentang soalan-soalan lazim ini, kerja apa, rumah dah ada ke? Gaji berapa sebulan? Ya, saya tak menafikan soalan ini ada baiknya tetapi kenapa kita rajin mempersusahkan nikah-kahwin dalam masa yang sama kita tak redo pula zina dan bersekedudukan bermaharajalela? Aneh bukan?

Allahu Taala mempunyai Sifat Ar-Rizq yakni memberi rezeki. Allah Yang Maha Agung berfirman dalam AlQuran yang bererti : Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan, dan Yang Sangat Kukuh." [Az-Zariyat: 58]

Ar-Razzaq ertinya Yang banyak memberi rezeki secara luas (sebagaimana ditunjukkan oleh shighah mubalaghah bentuk kata yang menyangatkan.) Apapun rezeki yang ada di alam semesta ini berasal dari Allah Taala.

Jadi mau apa lagi dibimbangkan jika mahu menikah? Tak percaya dengan janji Allah? Ha, tetapi yang paling penting niat kita untuk datang ke muka bumi kampus dulu adakah cinta-nikah atau perjuangan mengaji?

Kalian pernah dengar nikah khitbah?