Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Wednesday, May 19, 2010

Khidmat ummah..!

Your Blog :duniaunderground.wordpress.com



Sebuah keluarga datang bertamu di rumah Ali Jinnah. Ali Jinnah maseh belum pulang ke rumah lagi.



"Mungkin maseh di tempat kerja," kata isteri Ali Jinnah di muka pintu tanpa membenarkan isi keluarga itu untuk masuk ke dalam rumah. Ali Jinnah tidak pernah pesan apa-apa pun tentang ini, kerana dia lelaki yang baik yang percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Manakala seorang perempuan yang baik tidak akan membenarkan orang-orang yang tidak dikenali untuk masuk ke dalam rumah.



Bayi kecil milik keluarga itu mula menangis. Di luar panas seakan membakar. Gusar resah kelihatan terpamer muncul di wajah mulus isteri Ali Jinnah.



"Tidak mengapa. Kami faham." Kata ketua keluarga itu. Isteri Ali Jinnah hanya senyum tawar. Mana pula pergi abang Ali tengahari begini?



Hampir lima belas minit, ada sebuah kereta terpakai memasuki perkarangan rumah Ali Taqi yang berpagar dawai. Ali Taqi membuka pintu kereta. Dilihatnya ada seorang lelaki berbadan sasa, beberapa orang perempuan yang berjilbab niqab, beberapa orang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan dan seorang bayi kecil.

***

“Kami mahu melakukank khidmat.” Tegas bunyinya.


“Khidmat?” Zehra yang lebih terkejut daripada Ali Jinnah. Setiausaha Agung FI yang paling menonjol beberapa tahun ini cuma menunjukkan sedikit riak tidak mengerti.


“Kenal Ustaz Dzul?” Tanya lelaki agam itu lagi.


“Pendiri Madrasah Baitul Qurra’?” Ali menyambut pertanyaan. Lelaki bertubuh agam itu menganggukkan kepalanya sekali. Ahli-ahli keluarganya yang lain hanya memandang Ali Jinnah dan isterinya tanpa meliarkan bola mata mereka menjamah peabot-perabot murah tempatan secondhand milik keluarga Ali Jinnah.


“Dia yang minta saya datang ke sini.” Luncur lelaki itu lagi.


“Harap dapat cerita dengan lebih terang. Ayat-ayat tuan masih kabur langsung. Kelam. Nak bagi anak perempuanlah. Sanggup ceraikan dua orang dari seorang isterilah untuk bagi kepada Tuan Alilah..,” Zehra mula meninggi suara. Sesekali, dia mengerling Ali Jinnah yang hanya diam dan berwajah serius. Konon, fikir Zehra.


Suasana agak panas. “Global warming,” kata Ali Jinnah lalu bangkit berdiri dan memulas penanda aras kipas angin ke angka empat. Seorang perempuan yang dibawa bersama lelaki agam itu kelihatan tertawa di sebalik niqab yang dipakai.



Apa yang lucu entah? Tanya Zehra dalam hati sambil keningnya berkerut dan bercantum. Ali Jinnah kembali duduk di sisi di tepi Zehra seraya meletakkan tangan kanannya atas peha Zehra. Zehra jadi damai.


“Boleh jelaskan dengan lebih baik seperti yang isteri saya minta?” Pinta Ali dengan lebih diplomasi.



Lelaki bertubuh agam itu berdiri dan mula bercerita.



“Mungkin kau perlu jumpa Ali Jinnah. Dia pernah datang tadah kitab di sini hampir tiga tahun.
Tidak ada orang FI yang semacam dia. Dia pernah ke Mesir dan menetap di sana, dan berguru dengan guru-guru murabitun-murabitun Ikhwan di sana. Apa yang mahu dicarinya lagi di bumi kontang maaruf di tempat aku, aku pun tidak tahulah. Tetapi dia kata, atmosfera di Baitul Qurra’ amat tenang di sebalik jerebu maksiat di negeri ini. Dia kata lagi, dia mencari tempat perlindungan untuk membina kekuatan.”



“Ustaz Dzul sendiri macam mana? Saya rasa, lebih baik saya berkhidmat untuk ustaz dan keluarga. Er, tentang lelaki bernama Ali tu saya difahamkan Ustadz Dzul sendiri pernah memarahi dia dan menyuruh dia keluar dari sini. Saya tidak faham.” Kata lelaki, Musa B. Imran. Keluarga Musa maseh menunggu di luar.



Ustaz Dzul lelaki yang sudah berumur enam puluh tiga tahun itu memikir-mikir sesuatu.



Wajahnya tidak kelihatan seperti usianya. Musa beranggapan Ustaz Dzul seperti baru tiga puluh enam.


“Itu cerita lama. Ya. Memang patut pun saya halau dia. Dia begitu kurang ajar, tidak berdisiplin, pengecut, penakut, dayus, pemalas, jika dia maseh tinggal di sini?? Apa dia ingat ini tempat untuk beruzlah-uzlah?”


Mata Ustaz Dzul membulat, memerah, dan urat-urat yang mula terjelma di dahinya menggambarkan dia benar-benar marah.


Musa mahu mematikan angin yang mulai naik meluap-luap tetapi Ustaz Dzul dengan perlahan-lahan menarik nafas dalam keadaan mata terpejam lalu kembali tenang.



“Ini zaman peperangan. Barangsiapa yang mengundurkan diri saat ini, dia adalah tidak boleh dimaafkan. Kesudahan akan tiba tidak berapa waktu lagi. Ini bukannya pondok persembunyian, ini ialah markas jihad..,”



Dahulu, Musa B. Imran pernah mendengar tentang kata-kata seorang Ketua Rijal FI yang meminta ditukar sahaja nama markas kepada nama lain kerana dibimbangi menimbulkan persepsi kurang baik. Sungguh kepenakutan..!



“Peperangan, boleh jadi bukan esok adalah hari terakhirnya. Dan bukan semestinya peperangan mestilah bersenjata. Tidak mengapalah dahulu, jika mahu berehat, mengumpul kekuatan-kekuatan yang telah diragut di dalam peperangan sebelumnya. Namun, adalah haram jika terus membiarkan peperangan tanpa kawalan. Kita adalah umat terbaik, kuntum khaiyra ummah..! ukhrijat linnas..! ta’muruna bil ma’ruf wa tanhauna ‘anil munkar..! Macam mana mahu melakukan semua itu jika uzlahlah adalah jalan kita?”


Rasa hormat kepada orang tua yang duduk bersimpuh di hadapan Musa, melonjak-lonjak. Meski aku tidak dapat jadi seperti dia, aku mahu keturunan-keturunan aku jadi seperti dia nanti.! Meski mungkin pasti aku tak dapat mereguk telaga kesyahidan, insyaAllah wa bi iznillah cicit-cicitku pasti akan menikmatinya nanti jika aku sudah mula menanam ‘pokok durian’ itu mulai dari sekarang!



“Uzlah, Imam yang agung AlGhazali itu pun beruzlah. Tetapi dia bukan beruzlah bermetafora. Dia beruzlah hingga membangkitkan singa keluarga Ayyubi! Hingga tanah Palestina akhirnya menjadi tanah kita semula.”



“Maka, saya belum tahu lagi atas alasan apa dia terkeluar?” Musa tiba-tiba jadi berani untuk bersoal.



Ustaz Dzul kelihatan mengumpul nafas lagi. Semutar yang dipakai, diperkemaskan lagi. Tampak lebih segak, bisik mersik hati kecil Musa B. Imran. Keluarganya yang selalu dibasuh tentang kemuliaan dan kehormatan seseorang yang cintakan syahid, akan teguh menunggu. Biarlah kami, yang bukan terdiri dari kalangan kaum intelektual cerdik pandai kaum Muslimin menyalurkan gas pertolongan dalam bentuk ini. Lagipun, waktu-waktu aku kuliah Dhuha di Madrasah Baitul Qurra’, Ustaz Dzul seringkali bahkan banyak kali memberitahu tentang kelebihan khidmat. Khidmat ini, kata Ustaz Dzul sering sahaja dipandang enteng oleh kebanyakan orang. Orang kebanyakan lebih menggemari aksi-aksi popular. Tanpa, mereka ketahui bahawa, aksi-aksi popularlah lebih banyak mengundang bahana riya’, dan segala macam lagi mazmumah hati. Buang tahi cicak, atau membasuh permaidani berhabuk sebagai misal. Ada siapa-siapa berani langka untuk cerita dekat kedai kopi atau laman sesawang??




“Aku mahu dia berjihad sesuai dengan kapasiti dan ability yang dimilikinya. Itu sahaja.”
Apabila bait cerita lelaki agam yang bernama Musa B. Imran itu telah selesai, wajah Ali Jinnah jadi tercengang-cengang.



“Jadi, khidmat jenis apa yang keluarga kamu boleh beri?” Tanya Zehra.

Friday, May 14, 2010

Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh


Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

http://www.malaysiakini.com/news/131773

Thursday, May 13, 2010

KUIS: B.O.T Ibarat Bom Jangka

GEMA MAHASISWA: http://arrazzialhafiz.blogspot.com


"Banyak kesan retak sana sini, Abang Rozi. Ada satu tu saya ukur boleh masuk 2 jari saya dalam rekahan tu! Banyak sangat masalah dengan B.O.T."

Ini adakah satu dari sekian banyak cakap-cakap yang disampaikan kepada saya tentang isu penempatan mahasiswa.

Dua tahun dulu B.O.T itu menghangatkan saya. Tapi kali ini ceritanya menggusarkan. Sehari suntuk saya memikirkannya, perasaan bimbang semakin membusut di kepala.

Hari ini KUIS bagai memikul biawak hidup. Tiada untung bahkan digelakkan orang. B.O.T benar-benar merosakkan nama dan imej KUIS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang gah dan berwibawa.

Pihak pemaju, Redha Resources membuat pinjaman sebanyak RM180 Juta daripada Bank Rakyat untuk membangunkan projek itu. Saya tidak tahu berapa modal yang dia ada dalam tangan tapi RM180 Juta itu memang pemaju pinjam 3 tahun dulu.

Semasa saya mengemudi badan tertinggi mahasiswa dulu, tiada taklimat yang diberikan kepada kami tentang projek ini. Tahu-tahu sudah pecah tanah. Kalau ikut rancangan asal fasa-fasa pembangunan KUIS, projek gergasi ini memang tiada.

B.O.T bererti build, operate and transfer. Ini bermakna Redha Resources sebagai pemaju akan bina, mengoperasi dan akhirnya serahkan kepada pihak KUIS. Saya dimaklumkan ianya setelah 30 tahun.

Sekarang ini B.O.T baru berusia 2 tahun. Rekahan sudah 2 inci. Ini kalau 30 tahun mahu 30 inci. Itu namanya sudah rebah, roboh.

Dua tahun dulu Presiden Rasyidi Ali ada khabarkan yang B.O.T adalah projek makan atas angin Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang diberikan kepada sepupunya. Saya nak tahu juga kesahihannya. Saya yakin semua orang nak tahu kisah ini.

Sekarang B.O.T sudah sangat bermasalah bukan sahaja bangunan bahkan operasi juga lemah dan teruk. Sedangkan KUIS mengeluarkan belanja yang banyak untuk membayar kepada pemaju setiap tahun. Harga itu nyata tidak setimpal dengan apa yang kita dapat.

Berhubung dengan keretakan yang sangat banyak dan ketara, saya tak tahulah adakah mereka yang bertanggungjawab dengan projek ini buat kajian terlebih dahulu atau tidak. Harus diingat KUIS terbina di atas sebuah tanah tebus guna. Asal mula hanyalah sebuah lembah yang ada padanya lombong dan paya. Sebahagian besar kawasan di situ adalah tanah yang ditambak.

Saya bukanlah pakar dalam hal kaji bumi tapi ikut akal saya ini bagaimana sebuah tanah tambak yang dulunya lombong dan paya boleh didirikan bangunan setinggi dan sebesar itu.

Saya pernah meneliti pelan pembangunan KUIS di Jabatan Harta dan Pembangunan Prasarana (JHPP). Ketika itu (2007) Ust. Mohd Rozie Mohd Rejab sebagai ketua. Saya turut diberi taklimat tentang itu. Tapi ia tak menemukan saya dengan pembangunan yang heavy. Bangunan-bangunan hanya setinggi 5 tingkat sahaja. Sebab itu saya pelik kawasan tanah yang lembut seperti itu dibina bangunan yang bukan calang-calang.

Geografi KUIS tidak menjustifikasikannya.

Dahulu saya sangat berharap Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat membeli B.O.T bagi mengurangkan beban harga yang tinggi kepada masyarakat kampus. Kalau sudah ada yang harga melewati RM1200, itu saya kira di luar mampu.

Tapi mengenangkan bangunan itu tiada Certificate of Fitness (CF), apa yang boleh diharap. Kalau saya ditempat Kerajaan Negeri Selangor pun saya tidak boleh ambil risiko yang sangat besar melibat dana awam ratusan juta ringgit untuk membeli sebuah bangunan sakit.

Baik, cuba kita congak. Pinjaman dariapad Bank Rakyat RM180 Juta. Kita andaikan kos kelengkapan penginapan RM100 Juta dan kos operasi RM20 Juta. Jumlah keseluruhan RM300 Juta. Orang yang bijak pasti tidak akan membeli barang yang tiada jaminan baik dan rosak. RM300 Juta bukan kecil-kecil anak punya cerita.

Tapi walau bagaimanapun ia tetap satu masalah dan masalah ini mesti diselesaikan setuntas yang mungkin. Ini melibatkan isu keselamatan dan nyawa penuntut-penuntut ilmu yang datang dari seluruh pelusuk negara dan benua. Bahkan ia melibatkan soal nama dan imej sebuah negeri dan negara.

Saya bangkitkan isu ini atas dasar cinta dan kasih saya kepada KUIS yang dahulunya tempat saya menimba ilmu dan pengalaman. Masalah makin membarah sedang masa terus berjalan meninggalkan kita. Saya bimbang jika tidak dibangkitkan, daging akan terus bernanah dan membusuk. Sementelah masyarakat kampus yang ada hari ini adalah tidak sempat dengan zaman itu.

Mungkin ada perkara-perkara yang saya utarakan ini ada kekaburan, ketidaktepatan dan seumpamanya. Jika ada kesalahan fakta saya tarik balik, itu saja. Tapi apa yang lebih penting kebenaran perlu dibongkar melalui satu penyiasatan. Saya bukanlah orang yang sepatutnya menyiasat, apa kuasa yang saya ada. Itu kerja pihak berkuasalah.

MPMKUIS perlu agresif meneliti dan memperjuangkan isu ini agar kebajikan dan kemaslahatan KUIS amnya dan mahasiswa khususnya terjamin dengan baik.

Saya cadangkan 3 noktah yang perlu diambil perhatian Kerajaan Negeri Selangor:

1. Membuat satu penyiasatan menyeluruh ke atas isu ini melalui SELCAT agar rakyat dapat menyetahui isu sebenar yang melingkari KUIS sejak kebelakangan ini.

2. Mereka yang menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana awam mesti diheret ke muka pengadilan.

3. Memberikan perhatian yang lebih kepada KUIS selaku institusi pengajian tinggi milik Negeri Selangor demi memastikan masa depannya tidak dihitamkan oleh tangan-tangan khianat.


bersambung...

Monday, May 10, 2010

K'tan: Kakak dakwa Tengku Anis kawal sultan


Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan - Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra - hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan.

Mereka mendakwa, Tengku Anis yang mengawal siapa yang boleh menziarahi sultan, dan polis, doktor serta kakitangan hospital menjadi sasaran gangguan para pembantunya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Rumah Kelantan di ibunegara hari ini, Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra (kanan dalam foto) berkata, beliau difahamkan seorang kakitangan hospital telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sultan Kelantan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Sidang akhbar tersebut merupakan perkembangan terbaru dalam pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.

Seorang lagi kakak baginda, Tengku Rozan (kiri dalam foto) berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.

Beliau mendakwa, mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu.

Pelawat lain, katanya, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.

Dakwanya lagi, hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.

Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk 'merawat' sultan dengan "barang-barang yang diragui dari segi hukumnya" ditemui dekat baginda di Singapura

http://www.malaysiakini.com/news/131347

Wednesday, April 21, 2010

Kerja orang kampus..!

Your Blog :duniaunderground.wordpress.com



"Kenapa ummah centric?" Tanya Silmiyah.



"Kenapa tidak?" Ali Taqi, menjawab pula dengan sebentuk persoalan.



"Kau akan ke Hulu Selangor?" Silmiyah bertanya lagi. Angin sepoi-sepoi meniup dari belakang. Tudung yang dipakai terasa sedikit panas. Semenjak beberapa bulan ini, dunia seperti dibakar matahari sahaja.



"Kenapa pula?" Ali Taqi menjawab lagi dengan segulung pertanyaan. Silmiyah yang mengajak ke meja bangku di luar perpustakaan untuk berbincang mengenai beberapa perkara agak termengkelan.



"Kenapa kau asyik 'kenapa'?" Silmiyah meluahkan kejengkelan. Seorang pensyarah yang dikenali mereka cuma melambai balas sambil tersenyum apabila Silmiyah menganggukkan kepala. Ali Taqi sebenarnya tidak berapa menggemari orang-orang gerakan Islam kampus yang terlalu wala' taat setia membabi buta. Kalau mahu taat setia thiqah pun, berpada-padalah. Jangan membaca pun malas..!



"Tidak bolehkah?" Ali Taqi bertanya lagi. Silmiyah, meski salah seorang perempuan yang agak aktif, lincah, lawa di dalam kampus tetap tidak berupaya menarik perhatian Ali Taqi. Perempuan, bagi Ali Taqi ada kelasnya yang tersendiri. Bukan menceroboh kelas orang lain sahaja kerjanya..! Siapa kata hidup tidak ada kasta??



Hmm, Silmiyah hanya mencuka. Baik, tidak mengapalah jika begitu. Aku bukan nak menggatal pun. Aku cuma nak berbincang beberapa perkara. Jika begini gayanya, baik aku cari Akhlaqen. Pemimpin para demonstran mahasiswa itu lebih bagus dan seribu kali berguna dari lelaki yang suka menyibuk membaca ini. Setiap masa membaca, bosan..!


“Aku minta diri dahulu. Maaf mengganggu.” Kata Silmiyah. Kebetulan Asrar Mufidah ternampak mereka berdua di meja bangku. “Assalamualaykum.”

“Wa alaikumussalam.” Sahut kedua mereka. Ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum waktu menuju ke waktu solat fardhu ‘asar. Di atas meja, berhadapan dengan Ali adalah buku Feqh Harakah karangan seorang pimpinan FI.

“Wah, bertuah saya hari ini. Dapat jumpa dua figure yang menempati posisi penting dalam kampus. Kedua-duanya pula walau tak pegang apa-apa jawatan tetapi pengaruhnya makin besar, besar dan membesar hari demi hari..,” Asrar Mufidah kelihatan mahu berbual dengan cuba berlucu di awal.

“Mana adalah..,” Ali Taqi menafi ringkas. Hmm, kesempatan yang baik. Mungkin kalau aku tak dapat pengaruh lelaki mereka, perempuan mereka aku dapat pengaruhkan. Lagipun tak baik mengecewakan hasrat orang.

Ali Taqi merenung Silmiyah semacam.

“La, kenapa ni?” Silmiyah mula merasa serba salah macam ada yang tak kena apabila Ali Taqi menjamah mukanya.

“Mmm, tadi kata ada apa yang nak bincang. Bincanglah. Asrar Mufidah pun sudah ada. Lagi ramai lagi bagus, nanti taklah kena bamboo ke, kena kacau ke, kena rembat ke cekup ke dengan polis penguatkuasa agama gerakan Islam kampus kamu.”

Pedas..! Kata hati kedua mereka Asrar dan Silmiyah. Silmiyah berdiri dengan wajah yang kelihatan murka. Ali Taqi meletupkan jari jemarinya membiarkan apa sahaja untuk berlaku. Ada beberapa orang lagi pelajar berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Asrar duduk selepas itu.

“Kenapa maseh berdiri Silmiyah? Duduklah. Tadi macam nak bincang sesuatu sahaja dengan Ali Taqi? Mm, mungkin betul kata Ali Taqi. Kalau ramai begini, tentu kita tak kena marah dengan orang-orang Gerakan Islam Kampus.”

Apalah Asrar ni..! Sebelah budak berlagak pandai senget sebelah itu pula. Okey, baik aku duduk. Aku nak tengok, macam mana dia nak kilas soalan aku.

Silmiyah duduk dengan melemparkan sebuah senyuman berbaur sinis kepada Ali Taqi.

Nak kenakan aku, silakan. Ali Taqi senyum kembali. Senyum yang bukan dibuat-buat.

“Ana cuma nak Tanya, tak mahukah tolong Bantu kami dalam pilihanraya di Hulu Selangor nanti.”

“Kenapa kena Bantu? Kamu tak cukup kakitangan ke?” Sinis Ali Taqi.

Melihat mereka terkebil-kebil sahaja Ali Taqi pun bercakaplah. “Dahulu, saya pelik dan janggal amat apabila Tok Guru kata undi parti FI masuk Sorga dan undi parti mereka masuk neraka. Namun hari ini, macam mana pula?”

Asrar diam. Silmiyah pun diam. Setakat ini, dia masih belum punya bunga silat yang cukup untuk bersilat dengan Ali Taqi, seorang yang terlampau gila ideal dengan ummah centric.

“Yang akan bertanding nanti itu, ramai orang kata dia liberal. Bukan saya kata. Dan bukan dia seorang sahaja Melayu, saya juga, Silmiyah juga. Cuma bukan Asrar. Asrar cina kan?” Tanya Ali Taqi.

Terkejut juga mahasiswi tahun akhir itu apabila Ali Taqi tahu latarbelakang mereka. Dalam gerakan Islam Kampus, Ali Taqi boleh dikatakan junior yang teramat-amat super junior. Sangka mereka sebelum ini, apalah Super junior yang gila obsess membaca buku tahu sangat. Membaca dan beraksi bukankah ada beda yang kontra?? Meleset..!

“Perjuangan mahasiswa Islam ke mana seharusnya? Gelong tak sudah-sudah? Maseh tidak mahu berubah. Jangan jadi gila dengan auku mereka, dan auku kita.”

Auku kita? Kedua-dua mereka tertanya. “Apa maksud Ali, auku kita?” Asrar merendahkan diri bertanya. Kalau ikut Silmiyah, mahau sahaja dia tenggelam tanpa timbul dengan pertanyaan. Silmiyah mudah marah sebenarnya.

“Kita sendiri yang mencipta gari tangan kita sendiri untuk membelenggu bukan sahaja tangan untuk menulis, bahkan kita menggari sama ‘aqal pemikiran kita untuk berfikir dan mencipta jalan keluar untuk semua ini. Auku mereka, selepas dikaji-kaji bukanlah apa-apa sangat pun. Rempuh sahaja tembok ini jika kita cukup kuat. Jika kita maseh belum cukup kuat lagi, jangan sesekali mereka cipta gari pemikiran kita. Itu, suatu yang cukup naïf dan menggelikan hati.”

“Hmm,,, nnmm, maka jika begitu apa seharusnya kita buat di kampus? Membaca buku demi buku sahaja? Macam apa yang Ali buat?” Asrar, berhati-hati juga melepaskan kata-kata. Dia tidak cukup kekuatan menjadi selancang dan selantang Silmiyah atau Ali.

Ali Taqi senyum menyindir. Kepalanya kemudian digeleng-geleng. “Itulah kerja kamu semua. Sudahlah kerja di luar entah apa-apa, kemudian Bantu pula teroris sekularis pluralis, malas baca buku, keji dan peril orang gigih baca buku, bunuh budaya ilmu, taat kepada yang jahil atas nama wala’… Kalau Syukri ada, tentu dia akan kata, wala’ tengkorak hangpa. Nak aku kata begitu?”

“Kenapa kau macam benci sangat dengan kami gerakan Islam Kampus, Ali Taqi?”

Tiba-tiba itu yang terlontar keluar dari mulut Silmiyah.

Haha. Ketawa pula Ali Taqi. Masam kemudian muka Silmiyah.

“Ini semua masalah sikap. Sampai bila kalian mahu jadi pembantut dan pembuntut? Akhirnya kalian semua yang jadi penjilat ludah sosialis democrat. Ha, macam yang akan berlaku Hulu Selangor tidak berapa lama lagi lah.”

“Habis tu, takkan nak sokong parti kerajaan yang terkenal korup?” Tanya Asrar. Entah mungkin keberanian Silmiyah yang dipinjamnya, membuatkan dia menjadi berani untuk bertanya Ali Taqi.

Ali Taqi mendengus. “Alahai. Mengapa kita kena dipaksa pilih antara orang Hindu dan teroris pluralis? Jadi ini jalan mati?? Baik ini jawapan atas soalan-soalan yang kamu hadapkan ke atas batang tengkuk aku. Jika kita berdepan dengan jalan mati, pecahkan jalan mati itu..! jangan biar mereka kepung kita dan paksa kita apa yang kita tak boleh buat.

Ali Taqi mula hendak beredar, apabila kedengaran bunyi mikrofon, selawat dan salam diikuti istighfar tanda Asar sudah mahu menjelang.

“Habis, kerja kaum mahasiswa di kampus apa?” Tanya Silmiyah.

Ali Taqi senyum meleret. “Baca, baca, baca dan baca. Seterusnya mula menulis, bentuk kumpulan dan aktifkan kegiatan berdiskusi, suburkan budaya ilmu, bincang kemudian macam mana nak mengembalikan kedaulatan Islam di abad wasani berteknologi kontemporari kini…,”

Monday, April 19, 2010

Kerana Sepotong Alasan 1.

Your Blog : Penganalisis Minda

Salam sejahtera didoakan kita semua berada di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT hendaknya...

Minggu ini khutbah Jumaat di kawasan saya membincangkan mengenai tajuk 'Jaga Tepi Kain Orang'. Sebuah ulasan yang mantap buat mereka yang khusyuk mendengar dan mungkin tiada kesan buat mereka yang terlentok tunduk untuk menunjukkan betapa tawaduknya mereka...

Tertarik dengan pepatah melayu ini ingin saya ingatkan diri saya dan anda mengenai salah faham terhadap istilah ini, terdapat segelintir masyarakat yang menyalahkan penggunaan pepatah 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'.

Mereka beranggapan bahawa istilah ini tidak boleh diguna pakai berikutan sikap masyarakat yang semakin rosak keutuhan dalam hidup bermasyarakat kerana sikap tiada tegur-menegur dan mengambil endah tidak endah dengan keadaan sekeliling menyebabkan berlakunya kes-kes seperti dera dan zina berikutan memegang teguh pada pepatah ini.

Saya berpendapat bahawa pepatah ini tidak salah. Orang dahulu menggunakan istilah ini untuk mengelakkan umpatan dan fitnah. Dahulu waktu sosial isi rumah terutama wanita akan berkelompok dan bersembang-sembang lalu mengungkit hal-hal rumah tangga orang dan menimbulkan fitnah, lalu istilah ini mungkin lahir berikutan kisah umpatan mereka yang tidak sudah.

Saya beri contoh A menghadapi masalah rumah tangga, lalu B yang berjiran dengan A akan menyebarkan berita ini sesama jiran tetangga yang lain dan mereka akan mengumpat. Lalu kawan mereka yang C pun berkata 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'.

Maksudnya istilah ini amat sesuai supaya kelompok tersebut tidak meneruskan hasrat mereka untuk mengumpat kerana mengumpat ini pasti akan mendatangkan tokoh-tambah dalam cerita yang sebenar, lalu cerita dari B lain, sampai telinga C jadi cerita lain, sampai telinga D jadi cerita lain dan seterusnya. Jadi istilah ini amat sesuai buat mereka 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'.

Itu orang dahulu-kala, tetapi orang zaman sekarang gunakan pepatah ini untuk beralasan supaya tidak menyibuk dalam hal-hal masyarakat. Mana mungkin hal-hal kezaliman pun kita hendak gunakan pepatah tersebut. Nampak sangat kita pada masa ini hanya menggunakan pepatah tersebut semata-mata untuk beralasan agar tidak menyusahkan diri.

Kerosakan yang berlaku pada hari ini adalah akibat daripada tiada sikap tegur- menegur. Benar, semua akui perkara tersebut tetapi sejauh manakah sikap cakna yang kita ambil?. Seru kepada kebaikan maka 'mengajak' kepada kebaikan dan bukannya sekadar bercakap belakang sembang-sembang dengan jiran-jiran lain dan mengumpat. Dalam erti kata lain kita perlu tegur dan bukannya mencanang cerita hebah ke sana-sini akan keburukan tersebut.

Dua perkara penting yang Allah peringatkan kepada hambaNya ialah (1) ajak buat baik, dan (2) cegah kemungkaran.

Jadi pada waktu ini sama-sama kita tanya pada diri masing-masing adakah kita telah mengajak kepada kebaikan? Jawapannya mungkin Ya...

Cegah kemungkaran? Jawapannya mungkin tidak.

Apakah kita masih ingin beralasan dengan pepatah 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang'?

Zaman sekarang kita takut untuk menegur kesilapan kerana kadang-kala masyarakat kita sendiri memberi jawapan yang tidak munasabah.

"apa kau sibuk, kau pun sama saja"

Ironinya mengajak buat baik susah bagi kita kerana kita sendiri pun tidak buat perkara yang baik, hendak cegah mungkar, kita juga yang buat mungkar. Jadi kesudahannya orang pun beranggapan bahawa amalan tegur menegur itu adalah kerja pendakwah? Siapa? Ustaz ustazahlah...

Saya tergelak sinis, sedar atau tidak kita semua adalah pendakwah. Tanya diri kita dan beritahu pada Allah apakah kita tidak pernah menegur kesilapan dalam keluarga, adik-beradik? Atau tidak pernah ke kita mengajak orang untuk berbuat baik walau sekecil zarah?

Maka kita semua memang seorang pendakwah...

"ustaz, sudah ramai ustaz, ustazah yang berceramah, dalam TV, dekat Surau, Masjid dan merata-rata tempat, mengapa masih lagi ada kerosakan pada masyarakat kita terutama remaja dan orang muda?"

Jawapannya mudah, kerana tiada amalan menyampaikan, kita dengar untuk diri kita dan tidak menyampaikan, kita belajar untuk diri kita dan tidak menympaikan, kita tahu tetapi kita buat-buat tidak tahu.

Pada pandangan anda apakah sikap itu akan membantu masyarakat kita?

Firman Allah SWT:

”Dan hendaklah di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka adalah orang-orang yang berjaya”.

Ali-Imran : 104

Saya mohon pada diri saya dan anda agar kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan muslim sedunia khasnya Malaysia,

Bersambung...

Thursday, April 15, 2010

Wanita ISMA ajak masyarakat kembali menghayati hidup beragama


Bandar Baru Bangi – “Biro Wanita ISMA menyeru masyarakat agar kembali kepada penghayatan hidup beragama yang berpaksikan kepada akidah, akhlak dan ibadah,” demikian tegas Ustazah Nor Saleha Md. Salleh (Pensyarah Jabatan Usuluddin KUIS) berhubung dengan gejala pembuangan bayi yang begitu serius kebelakangan ini.

“Ibu bapa perlu tegas dengan anak-anak dalam hal yang berkaitan dengan agama sebagaimana ketegasan mereka dalam hal yang berkaitan dengan akademik dan pendidikan” tambah Ketua Biro Wanita ISMA ini lagi. Menurut beliau lagi gejala sosial yang melanda masyarakat sekarang adalah natijah pengabaian aspek agama dalam kehidupan.

“Justeru menghidupkan kembali amalan yang dianjurkan Rasulullah s.a.w seperti solat berjamaah, makan bersama, rapat dengan anak-anak dan sebagainya dalam institusi keluarga adalah menjadi urgensi utama bagi ibu bapa” hujah beliau mengakhiri pertemuan dengan wartawan Media ISMA di pejabat ISMA Pusat di sini baru-baru ini.

Oleh: Mohd Azizuddin Sahiddin
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

http://www.ismaweb.net

Wednesday, April 14, 2010

Cinta akan Sigaraning!

Your Blog :ikatanpenulisindipenden.wordpress.com

Ramai pembekal juga ialah ahli perniagaan sejati yang licik dan penuh dengan tipu muslihat. Kadang-kadang apabila kita memesan sesuatu barang, jawapan mudah mereka ialah barangan tersebut tiada dalam stok. Tapi sebenarnya barang itu ada, dan mereka berbohong kerana beberapa sebab.

1. Mungkin kerana pembekal mahu menaikkan sedikit harga. Mereka pun belajar juga teori permintaan dan penawaran Adam Smith dalam buku The Wealth Of Nations yang berkata bahawa harga adalah keseimbangan antara permintaan dan penawaran. Kalau permintaan lebih tinggi daripada penawaran maka harga sesuatu barang itu akan meningkat. Inilah masalahnya kalau belajar teori permintaan-penawaran kapitalis. Sedangkan secara hipotesisnya bolehlah kita katakan bahawa ia ditiru daripada teori Ibn Taimiyah yang 400 tahun lebih awal itu. Cumanya mereka tidak meniru semuanya. Sebab kalau seseorang peniaga itu berpandukan kepada teori permintaan dan penawaran Ibn Taimiyah yang asli, peniaga itu pasti menjadi peniaga yang lebih beriman, dan akan mengawal tingkah laku dalam perniagaannya.

Bagaimana, cukup baik bukan? Ini, petikan dari novel Sigaraning terbitan Jemari Seni oleh pengarang bernama Imaen. Imaen, melepaskan tembakan pengarangnya dengan nada santai tetapi penuh berisi. Membuat kita yang intelektual patut sangat berketawa.

Perhatian!

Ini bukan novel intelektual gaya abang Faisal Tehrani. Ini novel santai, santai tetapi intelektual.

VII

Nurul mengucapkan salam. Aku mengangkat muka dan menjawab salamnya. Kawan serumahku yang berpewatakan selembut namanya itu berdiri tersenyum kepadaku. Dan namanya memang mendatangkan masalah kepadanya, dan kepadaku. Mula-mula aku memberitahu ibu bahawa kawan serumahku bernama Nurul, ibu terus beristighfar panjang. Malah ketika aku memberitahu bahawa nama penuh kawan serumahku ini Nurul Husni Bin Husin, ibu masih lagi belum habis beristighfar.

Baik, ini perenggan seterusnya.

"Aku Nurul, asal dia mahu aku balik cukuplah. Aku tak kisah apa-apa lagi. Kalau satu dunia panggil dia perempuan materialistik pun aku tetap mahu dia. Aku tak peduli. Lagipun itu realiti masa kini. Kau ingat ada lagi ke cinta suci hari ini? Payah sikitlah. Budak-budak sekolah mungkin adalah kut. Kita ni, orang dewasa. Kita kena praktikallah sikit. Aku baca dalam surat khabar, orang putih dah buat kajian tau yang ikat satu-satu perkahwinan itu bukan cinta tapi duit. Semua benda lain tak penting, tapi duit yang penting. Ada statistik pula sokong, tapi aku lupalah berapa persen orang bercerai di Amerika sebab tak cukup duit."

Ini dipanggil dalam istilah kaum intelektual sebagai kritik sosial. Imaen, menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. Imaen menulis untuk anda yang menanti karya Thriller dalam bahasa nan indah.

Haha. Percayalah. Saya sungguh merasa kelakar tatkala membaca perenggan ini. Hingga terpikal-pikal dibuatnya. Ini bukanlah bodekan, rasuah pemikiran, tulisan suapan atau apa. Ini cuma kekaguman seorang intelektual terhadap intelektual lain yang berjaya membuat dunia intelektual dimasuki oleh orang lain yang ingin menghirup nafas intelektual. Kisahnya bermula dengan seorang lelaki normal yang baru diputuskan cinta.

Kemudian, ayah lelaki normal itu pula kata tanah yang dipajak sudah hampir tamat tempoh lupusnya. Lantas, semuanya menjadi rancak apabila lelaki normal itu berjumpa dengan duit yang banyak di satu kemalangan jalanraya. Rupa-rupanya duit itu adalah milik kumpulang gangster dadah. Balik semula ke lelaki itu, malam itu juga dalam beberapa minit dia terpaksa berperang dengan perasaannya sendiri dan akhirnya atas nama darurat :) dia pun terambil duit itu.

Selamat membaca Sigaraning!

Wednesday, April 7, 2010

Mati tetap Mati


"Tiap-tiap jiwa pasti akan merasi mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu akan dikembalikan." [Al-Anbia' 21:35]

Lihat sahaja sekeliling kita pastinya bertemu tentang satu hakikat nyata atas dunia ini. Yang muda akan tua dan yang hidup akan mati.

Dulu di belakang rumah ada pokok Durian Tembaga. Sedap dan cantik isinya. Sekarang pokok itu sudah tiada lagi. Dulu ada dari kita yang asyik mendengar datuk atau nenek bercerita kisah-kisah rakyat dan teladan. Masa itu memang seronok kerana kasih-sayang mereka kita merasa. Tapi itu dulu. Sekarang bukan kata mendengar cerita, jasad mereka pun sudah tiada.

Mati tetap mati.

Takut macam mana pun, mati tetap bertamu. Kalau berani tahap gaban pun, mati juga. Ke utara, selatan, timur dan barat tidak ada satu tempat untuk lari dari kematian.

Manusia, jin, malaikat, tumbuhan, binatang semuanya pasti merasa mati. Hatta batu dan tanah sekalipun. Selagimana ia bernama makhluk, yang dicipta dia takkan lari ke mana.

Kehidupan dan kematian memang dicipta silih berganti. Asal mula mati. Kemudian hidup atas dunia. Selesai urusannya mati bertandang. Seterusnya dihidupkan semula di Mahsyar sana. Maka di situlah kehidupan yang kekal abadi. Cuma bezanya ke syurga atau ke neraka.

Cerita bab mati, disiplin ilmu Sains pun tak mampu membongkar rahsia alam ini. Perbincangan tentangnya tidak pernah habis. Dari satu kajian kepada satu kajian, dari satu eksperimen kepada satu eksperimen. Semuanya tidak bertemu jawapan.

Memang Allah sembunyikan sebagai satu ujian untuk kita semua. Kematian adalah misteri dan hanya dalam pengetahuan Allah sahaja.

Soalnya sekarang bukan mati atau hidup, takut atau berani tetapi adakah kita sudah mengurus kematian yang datangnya tidak beralamat itu.

Baru-baru ini saya berkesempatan pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tercinta. Masa cuti Sabtu dan Ahad saya habiskan di sana.

Kebetulan kepulangan saya beriring dengan kematian bapa mertua kak Long. Perkhabaran itu membuatkan setiap jiwa yang kenal dengannya tertanya-tanya. Di saat kawan-kawan seusianya (60an)menderita penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang dan lain-lain, dia nyata masih gagah menebang balak, bercucuk tanam.

Menziarah jenazah sebagai penghormatan terakhir adalah satu amalan yang menginsafkan. Saya menatap wajah pucat itu sedang saya berfikir jika yang terbaring kaku itu adalah diri ini.

Sungguh saya tidak punya jawapan yang kuat untuk berdepan dengan Sang Pencipta.

"Iya, mati memang sakit sebab itu orang takut. Tapi yang lebih patut digerunkan ialah tentatif selepas mati!" bisik hatiku.

Bersediakan kita dipanggil oleh-Nya?




*Penulis adalah bekas penuntut Jabatan Usuluddin, Akademi Islam KUIS. Kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Perhubungan dan Pemasaran Aman Palestin Berhad. Beliau aktif dalam penulisan di blognya, GEMA MAHASISWA.

Peranan Seorang Pendidik.

By : Penganalisis Minda

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Perdana Negara Malaysia telah mengarahkan satu jawatankuasa untuk mengkaji tekanan terhadap kerja yang perlu dilakukan oleh guru-guru.

Guru-guru dikatakan tidak bekerja hanya sebagai pendidik malah turut dikatakan berperanan melakukan kerja-kerja pengkeranian yang pelbagai itu dan ini. Apatah lagi bagi sekolah-sekolah yang terlalu mengejar glamour dan kemasyhuran...

Dalam hal sebegini guru besar dan pengetua (kepala sekolah) berperanan tinggi dalam menangani tekanan guru terhadap kerja-kerja sebegini yang mana akhirnya seolah-olah memperjudikan nasib pelajar-pelajar yang akan terabai dari aspek pembelajaran. Mudahnya pelajar hanya diberi kerja yang banyak, lalu ditanda di dalam kelas bersama-sama pelajar dan menghukum pelajar yang tidak melakukan kerja.

Akhirnya aktiviti sedemikian akan memenuhi ruang dan masa yang diperuntukkan untuk sesi pembelajaran. Jadi di manakah letaknya sesi penerangan dari guru? Anda nilai sendiri...



Kekreatifan guru dikatakan amat penting dalam mengawal kelas pembelajaran agar ia nampak menarik dan menghasilkan suasana yang penuh minat, masalahnya (maaf berkata) tidak ramai guru-guru yang kreatif sebegini, bahkan puluhan tahun pengalaman dalam mengajar juga tidak mampu untuk menghasilkan guru-guru sebegini. Puncanya, (sensitif untuk dikatakan)

Saya pernah memasuki dunia perguruan dengan mengajar pada 3 situasi yang berbeza.

1. Pelajar pendidikan khas yang bermasalah dalam pembelajaran (kematangan berfikir tidak sama dengan umur, contohnya umur 12 tahun tetapi tahap pembelajarannya ialah untuk 9-10 tahun). Hyperaktif, pasif, disleksia termasuklah yang terencat akal.

2. Kelas perdana seperti kelas harian biasa.

3. Kelas pembelajaran agama untuk Sek. Ren Agama.

Pengalaman yang saya fikir cukup berharga sebelum memasuki dunia trainer dan consultancy. Dalam kes tekanan kerja guru saya berpendapat bahawa ia bergantung hebat kepada kepala sekolah. Salah sebuah sekolah ditempat saya mengajar cukup menyibukkan saya dengan kerja-kerja pengkeranian dan akhirnya saya akui ada masanya saya terlepas pandang untuk menumpukan penuh pada sesi pembelajaran dalam kelas (kesibukan sehingga terlupa untuk masuk ke kelas (",))



Antaranya, fail meja, fail guru, fail kelas, rekod keluar masuk kelas, rekod kehadiran pelajar, catitan bayaran dan ini tidak termasuk lagi untuk urusan program, tanda buku latihan, kretif modul pembelajaran dan aktiviti, kehadiran harian, rekod jumlah kehadiran pelajar, dan mungkin ada lagi yang tidak tersenari di sini. Ini yang menyebabkan terdapat kes yang menetapkan guru-guru sesi persekolahan petang 'punch out' pada pukul 7.00 petang. Kasihannya mereka.



Terdapat juga sekolah yang membuatkan saya cukup tenang untuk mengajar, kerja tidaklah terlalu banyak sehingga berlakunya tekanan bahkan keseronokkan mengajar membuatkan saya terasa sedih untuk meninggalkan sekolah tersebut. Tetapi saya terfikir bahawa begitulah kerja sebenar seorang guru, penumpuan penuh dapat dilakukan pada sesi pembelajaran, modul dicari untuk melakukan sedikit aktiviti bagi melahirkan susana kelas yang menyeronokkan sehingga meninggalkan kesan pada diri pelajar untuk tidak melupakan kelas tersebut.

Dari aspek yang lain kita sedar akan beberapa kepentingan tertentu, contohnya terdapat sebuah sekolah yang terlalu mengejar glamour sehingga guru-guru dipaksa untuk memikirkan caranya untuk mempromosikan sekolah. Pelik tetapi inilah hakikat yang berlaku pada sesetengah sekolah di Negara Satu Malaysia malah terdapat segelintir guru-guru yang terpaksa memikirkan cara dan urusan bagi mendapatkan dana untuk sesuatu program. (Belum lagi memikirkan masalah disiplin pelajar)

Jika dinilai semula, di sinilah juga bermulanya peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). PIBG yang sebenar bukan sekadar hadir meeting dan memberi pendapat dan memohon kelulusan untuk membenarkan anak-anak mengikuti program tambahan anjuran pihak sekolah. Bahkan jika benar terdapat sekolah-sekolah yang ingin mendapatkan tempat dan nama di mata negara kerja-kerja sebegini seharusnya dibantu oleh pihak PIBG dan mungkin turut dibantu oleh alumnai sekolah. Jika kerja-kerja pencarian dana, urusan program pun dilakukan guru maka jangan marahlah kalau anak-anak kita terabai.



Sepakat membawa berkat. Orang tua-tua dulu memang pandai berkata-kata kerana zaman dahulu ibu bapa turut membantu guru-guru menangani masalah anak-anak, kalau palajar ponteng sekolah ibubapa yang hukum, tidaklah pening untuk guru-guru memikirkan masalah disiplin pelajar.

Kini guru-guru tidak sahaja dibebankan oleh masalah pelajar, pengurusan sekolah malah masalah ibubapa juga tidak terkecuali termasuklah campurtangan mereka yang adakalanya memberi tekanan kepada guru-guru. Kes ibubapa tampar guru? banyak yang berlaku tetapi disunyikan, lalu berlakulah dendam, 'anak kau diabaikan'. Pada pandangan anda mungkin atau tidak hal sebegini akan berlaku?



Sedihnya, anak-anak akan terkapai-kapai mencari arah dan jalan hidup sedangkan kita pula masih terus berkelahi sesama sendiri yang akhirnya akan merugikan bangsa kita sendiri.

"Lantaklah anak cucu aku, aku dah mati nanti pandai-pandailah mereka hidup"

Andai semuanya berfikir sebegini, logiklah zaman kemusnahan dan bala akan berlaku.

Sama-samalah kita mohon perlindungan dan rahmat dari Allah SWT, mengapa perlu sombong dan angkuh dengan Allah? sedangkan mendidik, mengajar, memelihara anak-anak dan remaja perlu disertakan bantuan dan pertolongan dari Allah SWT.

"Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang"

Surah Yusuf : 64

Saturday, April 3, 2010

Kisah Kasih Hingga Ke Syurga....

KUANTAN(HMetro): “Arwah ayah pernah bergurau dia akan ikut sama jika emak ‘pergi’ dulu, namun saya tidak menyangka gurauannya itu menjadi kenyataan apabila mereka ditemui mati bersama dalam keadaan berpelukan,” kata Suriati Musa, 23, anak bongsu pasangan warga emas yang ditemui mati di dapur rumah mereka di Kampung Peramu di sini, semalam.

Mayat pasangan romantik hingga akhir hayat itu, Musa Daud, 64, dan Aminah Ngah, 65, dipercayai sudah meninggal dunia lebih 48 jam ketika ditemui dalam keadaan berpelukan dan sudah berbau.

Sebelum ditemui, Allahyarham Musa dipercayai cuba mengangkat isterinya yang lumpuh untuk dimandikan.

Kejadian itu hanya disedari Suriati ketika mahu menziarahi ibu bapanya kira-kira jam 3 petang semalam.
SEDIH...Suriati (kiri) bersama kakaknya di rumah ibu bapa mereka, semalam.

Menurut Suriati, ibu bapanya duduk berdua di rumah berkenaan berikutan dia dan adik-beradiknya tinggal berjauhan, namun dia sering menziarahi mereka setiap minggu.

“Sebaik tiba hari ini (semalam), saya dapati rumah senyap sunyi manakala semua pintu dan tingkap tertutup rapat dan berkunci,” katanya ketika ditemui.

Berikutan itu, Suriati cuba memanggil bapanya, namun tiada jawapan menyebabkan dia curiga sebelum meminta bantuan seorang jiran untuk masuk ke dalam rumah melalui tingkap.

“Kali terakhir saya menziarahi arwah ayah dan emak pada Khamis lalu dan ketika itu ayah merungut sakit pinggang,” katanya yang sudah berkahwin dan tinggal di Kampung Kempadang.

“Saya percaya mereka mungkin mati akibat terjatuh ketika ayah cuba mengangkat emak untuk memandikannya kerana selama ini ayah yang menguruskan emak yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, lebih setahun lalu.

“Arwah ayah dan emak memang pasangan bahagia terutama ayah yang sering bergurau menyebabkan saya tak mengesyaki apa-apa ketika dia memberitahu mahu ‘pergi’ bersama andai emak meninggal dunia,” katanya.

Suriati berkata, dia tidak menyangka gurauan bapanya itu benar-benar menjadi kenyataan, tetapi tetap reda dengan kejadian itu.

Jenazah pasangan itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang dan siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

“Setakat ini, kami mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan menolak sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian pasangan itu.

“Yang pasti tiada kesan rumah berkenaan dipecah masuk atau kecederaan pada badan mereka,” katanya.

Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my
2010/04/03

Wednesday, March 31, 2010

Part 4: Pemikiran bukan orang kita


Your Blog :ikatanpenulisindipenden.wordpress.com






"Baik, sekiranya tafsiran Dr. Zainul Abidin tepat dengan intrepetasi kita bagaimana?" Ali Jinnah mula bengang dan marah akibat diasak dan digasak sedemikian rupa. Dengan golongan yang suka bertingkah-tingkah ini, nampaknya tidak ada ruang untuk bertolak ansur.

"Tentulah, kita bersama dengan dia. Kita menentang dia, kerana dia tidak bersama dengan kita."

Kalimah-kalimah yang keluar dari Dr. Adi mengembalikan Ali Jinnah ke zaman konfrontasi antara dia dengan GIK UIS. Ali memilih untuk memegang dengan baik konsep ummah centric. Malangnya bagi Ali, pegangannya ditolak mentah-mentah oleh GIK UIS.

"Jadi, isu di sini bukanlah tentang interepetasi. Isu di sini adalah, dia tidak bersama dengan kamu."

Dr. Adi yang berada di tepi Ali Jinnah di dalam kereta buatan Malaysia kelihatan berfikir-fikir sejenak. Di luar, hujan masih menitis. Kemudian Dr. Adi menggumam sebentar. "Er, ya lah tu." Setuju Dr. Adi.

Ali Jinnah yang membaca kitab Tazkiyatun Nafs tengahari tadi dengan orang rumahnya, diam seribu cara sambil menghembuskan nafas. Dr. Adi hanya berkerut kening. Lima belas minit tiba, hujan pun berhenti perlahan-lahan menjadi rintik.

"Maaflah, menganggu masa tuan." Dr. Adi meminta diri lalu keluar dari kereta Ali Jinnah. Ali Jinnah hanya menggeleng perlahan. Kitab Tazkiyatun Nafs yang disusun semula Syeikh Said Hawwa yang dipetik dari Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali mengetuk Ali Jinnah berkali-kali: Janganlah rajin berdebat, sekalipun kamu betul. Puak-puak semacam ini memang suka sekali jika mendapat lawan tengkar.

Enjin dihidupkan kemudian. Ali Jinnah mengesat cermin matanya yang berhabuk. Kereta bergerak meninggalkan kota yang sibuk.

Pulang ke rumah, Jinnah mencari nasi. Orang rumahnya tidak ada.

“Maseh mengajar?” Ali Jinnah sekadar menggelengkan kepala sambil menceduk nasi ke dalam pinggan. Sebelum pergi ke universiti, perempuannya telah menyiapkan hidangan.

“Universiti? Hmm…,” Selera Ali Jinnah semacam kendur tiba-tiba. Mengenangkan universiti buat hati dia sakit sahaja.

“Eh, kalau berani marilah!” Seorang budak asal Sabah menggerutu marah kepada Ali Jinnah yang masih mahasiswa.

Restoran kampus, yang dikendalikan muda-mudi kampus mula kecoh…

“Jangan dilayan budak tak betul tu Ali. Mereka ni, the ban gang.”

Wan, mahasiswi sekuliyah Ali Jinnah bersuara perlahan sambil senyum sinis. Razi yang sudah usai makan di tepi Ali ketawa kecil. Ali, tidak ada mood untuk ketawa. “Saya cakap betul apa? Kamu kenapa? Baran tak tentu pasal?”

Ali berdiri, suara jadi tinggi, semua mahasiswa dan pensyarah memandang mereka berdua. Mi goreng di dalam pinggan, terus tak diusik. Wan yang di pinggir Ali turut bangun.

“Wei budak sabah, kau kenapa? Kau ni, tak tahu cara hidup harmonikah? Apa yang Ali tulis dalam blog, kau cerna habis ke tak? Kalau dipuji, mengembang, dicaci melenting….”

Budak sabah itu datang dekat menghampiri Ali. “Kau harap perempuan, bela kau? Kau ni lelaki ke?”

Ketegangan akan menjadi-jadi jika dibiar marak berterusan. Ali sudah mula menggenggam penumbuk. Budak sabah itu juga membuat tindakan yang sama. Budak sabah itu memegang bahu kanan Ali, tanpa semena-mena Ali menolak keras tangan budak Sabah itu.

Dogh! Budak sabah itu terjatuh! “Kurang asam!” Budak sabah itu mahu menghantuk kepala Ali tetapi Ali beraksi terlebih dahulu. Tangan budak sabah itu dikilas dengan pantas, menyebabkan kepala budak Sabah itu yang terhantuk ke tiang kayu tepi meja. Mee kuah yang berada dalam mangkuk terpercik tumpah ke kemeja putih Ali dan baju seluar budak sabah itu.

Seorang demi seorang pelajar asal Sabah mula mengerumuni Ali. Seorang pensyarah yang agaknya dihormati semua mahasiswa diberikan laluan untuk mendamaikan.

“Bertenang. Kita semua ni, marga kampus. Marga yang ada daya intelektual. Mengapa mesti begini?”

“Ustaz tak nampakkah? Siapa yang mulakan dahulu?” Seorang budak Sabah lain yang kelihatan begitu mendendami budak semenanjung menyuarakan apa yang terbuku

“Siapa yang mulakan dulu? Kau tanya siapa yang mulakan dahulu? Eii, kawan kau ni yang mulakan dahulu kau tahu?” Wan, mahasiswi yang paling cerdik dan pintar dalam bahasa Inggeris satu batch dengan Ali mula naik angin. Dengan jari-jari ditunjuk ke muka seorang seorang budak sabah. Ali pula buat muka jengkel, meluat dengan budak-budak Sabah yang tak reti bahasa. Razi hanya mengangkat bahu, seolah tidak mahu masuk campur. Dia sendiri juga dimeluati ramai person.

“Bukan budak Sabah semua macam itu, Ali.” Ustaz Zaki, ustaz yang meleraikan pertelingkahan tadi berkata apabila Ali mula tenang dalam biliknya yang dipasangkan pendingin hawa.

Ali kekal diam, terus bungkam. Hanya sesekali mengangguk.

“Kamu pintar Ali, mengapa mesti bergaduh dengan mereka?” Ustaz Zaki, bertanya lembut. Tanyalah kepada mana-mana waga marga UIS pun, Ustaz Zaki memang mampu menenangkan, bi iznillah jua.

Ali masih diam. Doktrinisasi hanya mereka sahaja di pihak kebenaran, itu adalah bersalahan dengan prinsip intelektual! Dalam kampus ini, semuanya meski pun tidak FI, namun mereka adalah Muslim yang tak boleh dipertikaikan. Mungkin mereka fasiq namun, adakah disebabkan mereka fasiq, maka kita mesti bahkan WAJIB mengada-adakan fitnah untuk memfitnah mereka? Kenapa celaka sangat fikiran kita ini??

Ustaz Zaki hanya membiarkan Ali mengelamun sendiri.

‘Mungkin dia perlu lebih ketenangan.’ Ustaz Zaki lantas menyemak beberapa assignment pelajar, membiarkan Ali jadi damai sendiri.

Gerakan-gerakan Islam bukan hanya FI semata! Semua yang melawan secular-liberal-plural harus diberi kredit yang sepatutnya. Bukan disebabkan, dia bukan orang kita maka kita endah tak endah dengan dia.

“Soalnya, mengapa Syed Husin Al Attas dan adiknya Syed Naquib tidak diambil berat sangat oleh GIK?”

“Ha?” Ustaz Zaki lantas jadi terkedu sendiri dengan muntahan pertanyaan Ali. Ali mengulang soalan.

“Angkat yang macam mana, maksud Ali?” Lembut Ustaz Zaki bertanya.

Ali diam. “er, maksud saya macam ini, kenapa murabitun kita sekadar ustaz-ustaz kita sahaja? Lantas, orang yang ilmunya lebih tinggi dari ustaz kita tak perlu diambilkah? Akhirnya, kita sendiri mencari masalah dengan mengambil Dr. Bari mengkritik FI dengan lancang. Padahal, ramai lagi yang lebih baik, lebih bagus dari dia dan lebih jujur, tulus mulus seribu kali lebih baik dia menulis dan membicarakan tentang FI. Ke bagaimana?”

Ustaz Zaki senyum sahaja. “Teruskan, saya rasa kamu belum habis lagi kan?”

Ali senyum kemudiannya. “Erm, terima kasih ustaz. Dalam kampus ni, yang benar-benar memahami saya, saya rasa ustaz seoranglah. Yang lain, pantang sangat kalau saya mengkritik FI.”

Ustaz Zaki melebihkan gula dalam senyuman.

“Begini Ustaz, apa yang saya si kerdil ini boleh rumuskan, kita harus menanam tekad yang kukuh, untuk membumikan siyasah Syar’iyyah dengan lebih baik. Bukan politik cara Machiaveli, anarchist, socialis dan yang seangkatan sama maksud dengannya.”

“Saya setuju.” Ustaz Zaki menganggukkan kepala.

“Lagi?” Ustaz Zaki makin menggalakkan.

“Er, politik kita haus amat sangat dengan politik pencerahan. Bukan politik yang membodohkan. Tidak perlu kita bertempik-tempik , berteriak-teriak ke hulu dan ke hilir mengikut aksi Enver satu ketika dahulu, hingga mencedera parahkan nilai-nilai agama hasil manifestasi tindakan kita yang entah apa-apa. Sudahnya, kemenangan kita ini kemenangan apa? Setiap kebenaran adalah kemenangan, dan bukanlah setiap kemenangan adalah kebenaran.”

Ustaz Zaki senyap sebentar. “Ali, kalau kamu jadi politikus suatu masa nanti, kamu kena permudahkan ayat-ayat intelektual kamu. Kamu kan rausyan fekr?”

Ali tersengih terus.

“Eh, abang kenapa belum makan lagi? Sampai terlelap atas meja makan.” Orang rumah Ali Jinnah sudah pulang dari universiti.

Ali Jinnah terjaga dalam keadaan maseh terpisat-pisat. “Er, kamu dari mana Zehra?”

Zehra cuma menggelengkan kepala. “Itulah abang. Zehra sudah banyak kali pesan kena ada pembantu rumah. Abang tak mahu, nak jimatkan perbelanjaanlah, tahu buat sendirilah.. nanti, kalau dah sakit, Zehra macam mana?” Zehra merengek manja.

Ali Jinnah hanya tersenyum tawar. “Allah kan ada?”

Zehra berlalu ke dapur. Sementara perut Ali mula terasa sakit, dan Ali segera teringat beberapa hari selepas peristiwa di restoran kampus itu dia dipukul oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali waktu malam dalam biliknya yang kelam. Kacamatanya disorokkan menyebabkan dia tidak dapat mengkarate tengkuk lawan-lawannya.

Ali Jinnah membuka butang kemejanya.

“Parut ini maseh kelihatan.” Ali tersenyum menahan pedih.

Monday, March 8, 2010

Gerakan Menentang Subari.


Your Blog :duniaunderground.wordpress.com


Ada sebuah negara yang terletak dalam wilayah kemajuan baru mendapat seorang pemerintah baru bernama Subari. Subari, seorang lelaki kampung yang pernah mengaji Feqah, Sirah Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah di pondok-pondok telah dilantik sebagai ulil amri di negara itu. Negara itu, wajar merasa bertuah kerana berpemimpinkan Subari yang berwawasan melangit 2020. Malangnya tidak begitu. Beberapa purnama sebelum berlangsungnya bulan Haji yang juga bulan Korban, berlaku satu unjuk rasa tidak puas hati yang dilancarkan oleh ratusan anak muda dan anak mudi yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Menentang Subari. Kata seorang pemimpin anak muda-anak mudi itu, yang tidak mahu didedahkan namanya kerana dibimbangi mengaibkan, "ini demokrasi apa? Benua Eropah (Sambil menunjuk ke arah barat daya) telah lama buat aksi sebegini. Kita bila lagi? Pemimpin yang bernama Subari hanya mendiamkan diri apabila diasak para pemberita kontemporari. "Dia diam, mestilah dia salah." Kata seorang lagi pemimpin sayap kiri pertubuhan ridak rasmi itu.


Subari, hanya diam melengung tak sudah.


"Sebaik-baik pemimpin ialah mereka yang mencintai kamu dan kamu mencintai mereka, juga mereka sentiasa mendoakan kamu dan kamu sentiasa mendoakan mereka. Sedangkan seburuk-seburuk pemimpin ialah mereka yang membenci kamu dan kamu pula membenci mereka, juga mereka yang melaknat kamu dan kamu melaknati mereka (Diriwayatkan Muslim dalam bab al-Imamah yang diriwayatkan dari Auf B. Malik)


Aku ni, pemimpin yang tak baik atau, mereka ini yang tak cukup cerdik?

Sunday, February 28, 2010

Jumaat Yang Mengelirukan

Your Blog : Penganalisis Minda

Salam sejahtera dan Salam Perpaduan Ummah.

Jumaat lalu sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan telah di adakan di putrajaya dengan bertemakan 'Satu Ukhuwah, Satu Ummah' iaitu sambutan yang sudah menjadi acara tahunan bagi memperingati hari kelahiran Nabi Junjungan buat Umat Sekalian Alam iaitu Baginda Muhammad S.A.W. dan hari itu juga merupakan hari kewafatan baginda. Walaupun terdapat khilaf mengatakan bahawa peristiwa agung itu berlaku pada 9 Rabiul Awwal, tetapi kebanyakkan sejarahwan Islam mempersetujui bahawa 12 Rabiul Awwal merupakan hari kelahiran Baginda Junjungan juga merupakan hari kewafatan Baginda Muhammad S.A.W.

Namun sambutan Hari yang Agung itu telah mengelirukan umat Islam khususnya Umat Islam di Malaysia. Entah siapalah yang memberi idea untuk mengadakan acara tersebut di Dewan Solat Masjid Putra, Putrajaya tersebut?

Mungkin isu ini ramai yang terlepas pandang, tetapi ia amat memalukan kerana kita sebagai umat Islam telah melanggar prinsip kita sendiri dan ini ditunjukkan jelas pada sambutan tersebut. Mana tidaknya, pergi sahaja di mana-mana masjid dan mungkin disegelintir surau pasti terdapat PAPAN TANDA yang meminta supaya umat ISLAM yang ingin memasuki rumah Ibadah berkenaan sama ada bertujuan untuk menunaikan solat mahupun untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan perlu MENUTUP AURAT.

Prinsip yang diguna pakai selama ini oleh umat Islam di Malaysia juga ialah tidak membenarkan mana-mana orang yang bukan Islam untuk memasuki kawasan DEWAN SOLAT masjid untuk memelihara kesucian Masjid tersebut. Dan prinsip ini juga di praktikkan di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebagai contoh, pelancong bukan beragama Islam yang ingin memasuki ruangan Masjid berkenaan:

1. perlu memakai jubah bewarna khas yang disediakan untuk menUTUPi AURAT mereka.
2. bagi lelaki yang berseluar pendek juga perlu memakainya.
3. yang BUKAN ISLAM juga hanya dibenarkan mengelilingi kawasan yang ber 'marmar' dan tidak dibenarkan memasuki kawasan Dewan Solat Masjid berkenaan.

Tetapi malangnya prinsip ini telah dicabuli oleh umat Islam sendiri. Bagi mereka yang menyaksikan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini melalui kaca televisyen pasti sedar dan faham dengan apa yang cuba saya sampaikan.

Saya puji kerana tidak terdapat 'gendangan' yang berkemundang kerana terdapat pendapat, ahli sufi, tariqat yang melarang bunyi-bunyian seperti itu di dalam Masjid, berdasarkan persembahan nasyid pada sambutan hari itu juga menunjukkan bahawa persembahan tersebut tidak melibatkan muzik dan hanya berbentuk acapela, muzik iringan VIP juga hanyalah deruan zikir.

Tetapi bagaimana mereka yang tidak menutup aurat, dan yang bukan beragama Islam boleh terlepas memasuki Dewan Solat berkenaan? Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

Penulisan ini bukanlah untuk melarang sambutan tersebut, ia bagus kerana terdapat ceramah agama bagi mengingati rasul S.A.W. dan perarakan sebagai significant bagi merasai batapa susahnya Nabi S.A.W. dahulu yang berjalan kaki untuk menyebarkan Islam. Tetapi cukup terkilan kerana ia dilakukan di dewan Solat walaupun hanya digunakan di bahagian belakang Dewan Solat berkenaan yang akhirnya menunjukkan prinsip berkaitan dilanggar oleh umat Islam sendiri. Selain itu wanita yang hadir juga dibimbangi berada dalam keadaan 'haid' yang sekaligus dibimbangi juga tergugur @ melekat pada carpet Dewan Solat berkenaan.

Di harap perkara ini patut dipandang berat oleh pihak bertanggungjawab yang dirasakan pihak JAKIM. Sepatutnya perkara ini memerlukan penelitian yang cukup supaya tidak berlaku pandangan serong oleh agamawan yang lain di Bumi Malaysia ini. Jika ingin dilakukan di Masjid sekalipun ia sepatutnya hanya dilakukan di Dewan khas masjid berkenaan dan bukannya di Dewan Solat.

Kita marah dan cukup sensitif apabila terdapat orang bukan Islam menyentuh hak-hak kesucian dan prinsip umat Islam, tetapi apa yang dilihat pada hari ini ia di langgar sendiri oleh kita yang beragama Islam. DI MANAKAH PRINSIP KITA SEBAGAI UMAT ISLAM? Sungguh memalukan.

WAllahu a'alam.

Wednesday, February 24, 2010

Campur arak untuk sedapkan masakan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.

“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.

“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/

Tuesday, February 23, 2010

UMNO di babad kejatuhan.

Sepertimana Baghdad menyaksikan rapuhnya pertahanan Kerajaan Islam Abbasiyah dek lalai dengan hiburan saat Barbarian Tartar datang merempuh, seperti itulah UMNO akan digasak hari ini. Rempuhan demi rempuhan terhadap kerajaan UMNO Barisan, akan mengakibatkan kejahanaman jangka panjang terhadap UMNO yang amat memungkinkan UMNO Barisan hampir tidak ada harapan untuk bangun lagi.

UMNO, sepertimana yang kita semua sedia maklumi adalah akronim dari United Malays National Organization. Perkataan ini langsung tidak ada ciri-ciri keMelayuan. Maksud UMNO dalam bahasa ibunda adalah, Persatuan Kebangsaan Melayu-Melayu Bersatu.

Di dalam sebuah buku yang ditulis penuh gigih oleh seorang sasterawan veteran, Razali Endun mempersoalkan kewujudan UMNO hari ini. Setelah robohnya kota Melaka, apa lagi yang mahu diperjuangkan oleh UMNO? Nasionalism? Kemerdekaan?

Jika motif penubuhan UMNO lebih kepada demokrasi, itu adalah tidak tepat. Mungkin dengan lebih tepat lagi, jika UMNO mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan negara, indeks demokrasi negara akan bertambah ok.

Benarlah kata pengarang Muqaddimah, Ibn Khaldun bahawasanya setiap kerajaan ada fasa nyanyuknya. Pada 8 Mac 2008, terhakislah hegemoni raksasa diktator bernama UMNO BN. Formula perkongsian kuasa yang direka cipta semenjak zaman penjajah yang membawa makna divide and rule dengan pola perkauman rasis yang ketara nampaknya telah rekah meremuk dan menanti pecah berkecai-kecai pada pilihanraya umum yang seterusnya. (Viii 50 tahun)

UMNO, parti yang kaya dengan slogan, wawasan 2020 antaranya. Cekap, bersih amanah, One Malaysia, UMNO dilihat seakan-akan menjadi penasihat kepada 'ulama', bukan 'ulama' yang menasihat UMNO.

Peliklah jika mahu menyatakan UMNO adalah wajah atau bintang Islam yang bersinar-sinar sepertimana HAMAS di Palestin, atau Ikhwanul Muslimin di Mesir, FIS di Algeria, AKP di Turki, atau PKS di Indonesia. Tetapi tidak janggal dan aneh jika menyatakan lawan UMNO iaitu PAS sebagai wajah Islam di Malaysia. (13 Perisai Memali)

Ketika menanti kekecohan 16 September penuh berdebar-debaran, UMNO telah mengambil langkah tidak bijak dengan menghantar juak-juaknya belajar kursus pertanian di Taiwan. Kata Mahfuz Omar, kenapa perlu Taiwan? Kenapa tidak di Thailand yang lebih hebat dalam pertanian berbanding Taiwan? Taiwan, menurut Mahfuz lebih terkenal dengan penternakan babi.

Kata Subky Abdul latif, kolumnis popular Harakah jika mereka (baca:UMNO BN) tidak membawa dan bersabar sahaja, mesti DSAI tidak akan ada alasan untuk menjawab kegagalan teori penipuan 16 September." (105 kontroversi 16 September)

Pahrol Mohd Juoi ada mengkritik sebab ketewasan UMNO. Kata Pahrol, “apabila BN bercakap soal wawasan, lawannya bercakap soal kenyataan. Apabila pemimpin BN sibuk uar-uarkan perancangan, lawannya mempertikaikan soal perlaksanaan. Bila BN menjanjikan kemakmuran, rakyat diperingatkan tentang pengagihan dan keadilan.

Ragam pemimpin UMNO juga kebanyakannya tidak ketahuan. Hisyamudin Husin sering menghunus keris apabila tiba perhimpunan agung UMNO (PAU). Era pemimpin-pemimpin semasa zaman Dr. Mahadir amat mengelabukan masa depan Islam. Islam dilihat hampir tidak akan memancarkan cahayanya yang terang jika UMNO masih di tampuk kekuasaan. Semua jelata dapat melihat bagaiman leher SAR dijerut hingga banyak antara SAR terputus nafas. Isu hudud yang juga tidak diselenggara dengan baik meski telah memerintah hampir lima puluh tahun lebih.

Ya, ramai orang mengatakan kita patut berterima kaseh kepada UMNO kerana UMNO lah yang memacu pembangunan Negara selama ini khususnya di waktu pemerintahan Mahadir Muhammad. Sebenarnya jika dibuat kajian secara detail tanpa terbeku kepada politik kepartaian yang sempit, kita akan jumpai Malaysia sebenarnya pasca kemerdekaan 31 Ogos 1957 selepas kepulangan penjajah ke tanah air mereka, memang pun akan mampu insya Allah (Baca : Bi iznillah) mengconduct arus perjuangan kemerdekaan menjadi sesuatu yang sentral untuk kegemilangan Negara.

Hari ini, atau jika pada pilihanraya yang seterusnya, UMNO masih kekal memegang tampuk pemerintahan nescaya amat malanglah umat Melayu Malaysia dan nasib agama Islam. Ini bersebabkan UMNO sekalipun bukan musuh Islam yang nyata, UMNO amat tidak pandai menjaga Islam meski tidak mengamalkan Islam setaat yang boleh.

Banyak, banyak isu boleh menampakkan UMNO memang tidak ketahuan. Porak poranda yang berlaku di Malaysia hari ini bukanlah sangat disebabkan pembangkang yang berpakat menjadi giant-killer untuk UMNO. Tetapi disebabkan mereka tidak meneliti dengan baik nasihat berkali-kali Ustaz Abdul Hadi Awang yang menyruh UMNO mengundurkan diri dari arus politik.

Apa ruginya jika UMNO tidak memerintah Malaysia?

Mungkin, soalan yang lebih baik dan afdhal ditanya dan difikir-fikirkan ialah, apa untungnya jika UMNO tidak memerintah? Jika, UMNO tidak memerintah, UMNO akan menjadi bahan sejarah yang memualkan, UMNO akan dimuziumkan, keuntungan hasil mahsul Negara akan dinikmati semua, pendidikan akan dipercumakan, hal-hal sensitive berjaya dikendurkan, atmosfera udara Malaysia Baru mampu dinikmati semua tanpa asap canister racun toksin Rasis yang mengharukan dan memedihkan mata dan perasaan nubari Insan.

Thursday, February 18, 2010

Ayuh, Sambut Hari Kekasih!

"Telah lahirlah petunjuk (rasulullah s.a.w) lalu bercahayalah seluruh alam dan terukirlah senyuman di bibir zaman."

kepada teman-teman yang berada di sekitar Bangi khususnya dan sesiapa sahaja untuk hadir ke Majlis Maulidur Rasul di Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor DE, bertemakan "Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah"


Untuk maklumat lanjut boleh lawat ~ http://yayasanaljenderami.blogspot.com/




Berikut merupakan barisan ulama' yang aka hadir pada majlis tersebut:
Allahu.. bersama mengambil tempias daripada Barakah Para Ulama'... Mereka adalah insan-insan diberikan nikmat sanad yang bertalian sehinggalah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


berikut pula Majlis di PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KUALA LUMPUR:

Maklumat lanjut sila lawat~ http://ysofakl.blogspot.com


kepada penduduk Rembau pula Majlis Maulidurrasul di Kompleks Yayasan Sofa, Rembau Negeri Sembilan. sesiapa yang bukan penduduk Rembau juga bisa hadir.

untuk maklumat lanjut sila lawat ~ http://yayasansofa.com/

Ayuh terbang ke sarawak pula. Majlis akan diadakan di Waterfront Kuching. Subhanallah..
untuk maklumat lanjut boleh lawat ~ http://www.perkepis.blogspot.com

Ayuh, rebutlah bersama cinta Rasulullah sallallahu alaihi wasallam!

Bagi menzahirkan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, ayuh kita hidupkan bulan Rabi’ulawwal yang mulia ini dengan selawat, serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah; yang dengannya mudah-mudahan bertambah kukuh kecintaan kita kepada baginda. Kita memahami dan meyakini sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud: “Setiap orang itu akan dihimpunkan bersama orang yang dikasihinya.” Marilah kita menyambut hari kelahiran kekasih yang dikasihi, yang dengan sebab kelahiran baginda di atas muka bumi ini, maka tersebarlah Rahmat Allah dengan begitu luas. Ada banyak program dan aktiviti yang telah diaturkan sempena dengan bulan Rabi’ulawwal ini; maka, ayuh kita hidupkan!

Ayuh kita meriahkan hari kelahiran kekasih kita

Sunday, February 14, 2010

Berita Kepada Kawan

Your Blog :

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...



Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Artis : Eibet G. Ade

Friday, February 12, 2010

Khilafet!

Your Blog :alurwatulwusqateam.wordpress.com

Ali Jinnah bengang amat. Bengang. Amat bengang. Demonstrasi yang digerakkan pemuka Hurriyet benar-benar meresahkan. Front Islam sendiri tidak mampu untuk aturkan demonstrasi raksasa sedemikian rupa. Hampir jutaan demonstran berjaya dihimpunkan di Dataran Merdeka. Kota Lumpur bukan jam hari itu, tetapi beku terus. Dan demonstrasi itu bukan pesta. "Di hari ini, kita menyeru supaya Khilafet segera ditegakkan dan Al-Aqsa diselamatkan!"

Gaza masih menangis, bisik hati kecil Ali Jinnah. Tuan Presiden yang menyaksikan demonstrasi raksasa itu turut mengemukakan ungkapan yang sama, ALLAHU AKBAR!

"Di hari ini yang pasti, dan benar benar yang paling pasti, kita ingin, kita mahu KHILAFET didirikan dan kita akan menghantar satu ketumbukan tentera untuk membuka Palestin!"

ALLAHU AKBAR!! Sambut hadirin. Bergema-gema laungan ALLAH Maha Besar dalam jutaan demonstran itu.

"Macam mana Tuan Presiden??" Tanya Ali Jinnah esoknya.

"Macam mana apa? Demonstrasi semalam?" Tuan Presiden kelihatan gagah dalam tenang. Cermin mata besar milik Tuan Presiden ditanggal perlahan.

"Kebangkitan Ali Jinnah, kebangkitan Ali Jinnah. Inilah kebangkitan yang dicita-citakan."

Ali Jinnah makin tidak memahami butir bicara Tuan Presiden yang sedikit gempal itu.

"Kita kan Front Islam, mengapa pula Hurriyet campur tangan dan buat bising? Selama ini mereka ke mana??" Ali Jinnah melepaskan apa yang terbuku.

"HURRIYET ADALAH SAUDARA KITA. JAGA SIKIT MULUT KAMU!" Herdik Tuan Presiden.

Buat pertama kali di dalam bilik mesyuarat yang dilengkapi CCTVX, Ali Jinnah dijerkah. Beberapa petugas yang berada di menara kawalan terkejut sangat. Muka Ali Jinnah, memerah padam. Sementara Tuan Presiden kelihatan menyinga wajahnya.

"Ini perang ni." Kata seorang petugas.

Tuan Presiden meninggalkan Ali Jinnah seorang diri. Ali Jinnah, mengeluh berat.

Balik ke rumah, isteri yang menyambut Ali Jinnah di ruang tamu ditinggalkan terpinga-pinga. Ali Jinnah masuk ke dalam perpustakaan peribadinya.

"Selamat tengahari Tuan." Bunyi pintu automatik selepas Ali Jinnah melekapkan ibu jarinya di pas pengenalan pintu masuk perpustakaan peribadinya.

"Lib, carikan aku maklumat detail pasal Hurriyet. Segera Lib." Arah Ali Jinnah kepada perpustakaan pintarnya. Perpustakaan pintarnya hanya mengeluarkan bunyi beeb, beeb kemudian, baik Tuan.

"Maklumat dijumpai. Tuan boleh baca di skrin yang dipaparkan." Kata Perpustakaan Pintar tidak sampai satu minit kemudian.

"Hurriyet, sebuah pari politik tidak berdaftar yang tidak berminat dengan demokrasi pilihanraya...,''

Ali Jinnah membaca perlahan butir mengenai Hurriyet.

"Demokrasi, adalah pengotor. Penipu dan brengsek. Secara historisnya, demokrasi tidak pernah menguntungkan Islam semenjak ianya diperkenalkan. Fakta yang menyebabkan Hurriyet semakin gigih melawan demorasi adalah bersebabkan, setelah Khilafet diruntuhkan dan demokrasi kemudiannya diperkenalkan. Umat seterusnya jadi rancu dan keliru. Persoalan Palestina yang diganyang tak henti-henti Israelraya, tidak ada jawapan dari Tuhan Demokrasi."

Perpustakaan pintar Ali Jinnah membacakan maklumat yang Ali Jinnah nampak menarik. Ali Jinnah memerhati video-video tanpa suara dan gambar-gambar melibatkan Hurriyet.

"Cuba kita lihat faka kes demi kes. Babri dibakar sampai rentung, Iraq dan Afghanistan dijarah hingga kini. Apa ini? Kata demokrasi? Demokrasi untuk mereka, neraka untuk kita."

"Saat Serbia menyembelih leher Bosnia Herzegovina, tidak ada siapa ambil peduli. PBB? Pergi mati."

Kenapa Hurriyet tidak bertanding dalam demokrasi pilihanraya? Ali Jinnah tertanya-tanya sendiri.

"Hurriyet melihat, FIS menang melalui demokrasi di Algeria tetapi ditumbangkan. Di Indonesia melalui demokrasi, hingga kini mereka masih bertuhankan Pancasila. Kelantan pada tahun 1990 dan Terengganu tahun 2000, hudud tetap masih tidak boleh dilaksanakan. Kata FI, kena dapat Pusat terlebih dahulu, baru boleh gubal perlembagaan."

"Betulkah boleh digubal perlembagaan Reid? Betulkah Reid membenarkan sihir-sihirnya dirungkai?"

"Hurriyet tidak percaya, AKP yang beriman dengan demokrasi akhirnya tunduk dan pasrah dan terpaksa berjabat tangan dengan Bush. Hanya tudung yang diperjuangkan? Ianya nonsense. Apa lagi contoh kegagalan demokrasi dan demokrasi untuk mereka dan neraka untuk kita?


"HAMAS. HAMAS yang bermain secara militari, menyertai demokrasi. Akhirnya? Akhirnya ke mana? HAMAS dan FATAH dilagakan."

"Jadi Hurriyet ini apa?" Bentak Ali Jinnah, marah tiba-tiba. "Kalau tak main dengan demokrasi, macam mana nak menang? Macam mana Islam nak menang."

Perpustakaan Pintar terdiam sejenak. Kemudian meneruskan, "demokrasi pilihanraya bukan satu-satunya cara. Hurriyet melihat Revolusi Iran tahun 1979 sebagai contoh. Meski banyak darah dan korban nyawa diperlukan, akhirnya mereka boleh berbangga dengan pencapaian Iran masakini. Sedikit darah, nyawa dan harta memang diperlukan untuk sebuah kemenangan."

"Selain revolusi? Selain militari? Muwajahah silmiyah, pertentangan secara aman yang diamalkan FI selama ini, bukankan bagus?"

"Disebabkan itulah Hurriyet tidak pernah sekalipun menyerukan anggota-anggotanya mengangkat senjata. Hurriyet jelas dalam hal ini. Hurriyet mahu serukan ummat kembali kepada satu kepala. Mungkin, kita akan mendesak mereka berjuta-juta kali. Hingga mereka mahu terima Islam sepenuhnya. Tetapi jika mereka tidak mahu, dan mahu membunuh kita, silakan.

Perpustakaan Pintar berhenti.

"Kenapa kau berhenti? Aku tak suruh pun!" Bentak Ali Jinnah sambil menggoyang-goyangkan skrin.

"Rasulullah SAW bersabda, "Penghulu para syuhada adalah Hamzah ibn Abdul Muthallib dan seseorang yang berhadapan dengan penguasa yang zalim lalu ia menasihati penguasa tersebut, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)." [HR Hakim]"

Terpana Ali Jinnah mendengarkan sabda Nabi S.A.W yang mulia.

"Mereka mahu bunuh kita? Sampai bila?? Hingga akhirnya dunia ini mahu diperintah siapa jika mereka membunuh kita semua? Mahu penjarakan? Silakan. Hingga akhirnya, kita sendiri yang akan robohkan penjara dari dalam."

Allahu Rabbi, seru Ali Jinnah tiba-tiba.

Thursday, February 11, 2010

Mari, kita cipta sejarah!

Your Blog : Http://alurwatulwusqateam.wordpress.com

لسنا في زمان أبرهة

Kini bukan lagi zaman Abrahah.

Oleh: Ibn Ali

Pengarang selalu menujahkan ayat ini- “burung-burung ababil tak kunjung turun dan bebatuan panas yang berasal dari nar yang terbakar juga juga tidak dilemparkan.

Amerika, mengganas. Kita? Tidak. Kita hanya boleh diganasi. Buku ini, menceritakan betapa teruknya hati pengarang disiat-disiat oleh situasi kontemporari yang menghiris nubari jiwa hirisan demi hirisan sementara kita semua masih kekeliruan dan kekal diam.

Pada zaman Abrahah, saat Abdul Mutalib disapa oleh bala tentera Abrahah, Abdul Mutalib hanya meminta bahagian untanya sahaja yang dicuri oleh Abrahah. Sedangkan Kaabah?

“Sesungguhnya aku adalah pemilik unta-unta itu, sedangkan baitullah itu milik Tuhan, maka pemiliknyalah yang akan melindunginya.” Kata Abdul Mutalib saat Abrahah mahu melanggar kaabah.

Perkataan Abdul Mutalib buatkan Abrahah tercengang-cengang. Meski, meski Abdul Mutalib bukanlah seorang muslim sejati akan tetapi bantuan Ilahi tetap diberi tanda suatu ketika nanti akan lahir lelaki yang berdiri menyerukan keesan ilahi.

Pengarang juga memulakan bab demi bab dengan kisah bantuan selain ababil iaitu bantuan kepada Nuh A.S dengan bahteranya yang terkenal, Musa A.S dengan tongkat, dan Nabi Lut A.S yang Tuhan menterbalikkan bumi kaum sodomi yang terletak hari ini di Laut Mati.

Hari ini saat umat Islam diperangi, bantuan ilahi akan datang lagi?

Pengarang tanpa banyak bicara meneruskan perkataan demi perkataan , tulisan demi tulisan dengan kata-katanya yang sungguh-sungguh menggugah jiwa, “apa kena dengan kita bermalas-malasan jika umat seluruhnya bermalasa-masalan menanggapi permasalahan hari ini?

Pengarang mengaitkan peperangan yang dilalui nabi Muhammad yang mulia dengan konteks kita pada hari ini. Tatkala di badar mereka berseteru, Muhammad yang mulia tidak terhenti setakat doa semata. 313 tentera berani mati telah disiapkan untuk menggempur tentera firaun umat ini: Abu Jahl!

Di mukasurat ke-17, pengarang menurunkan beberapa strategi nabi yang mulia selain daripada berdoa:

- Memilih posisi yang strategic.

- Saling bertukar pendapat untuk menentukan strategi perang yang lebih berkesan

- Membawa persenjataan perang (pedang)

- Menyatu dan mengharmonikan hati.

Selepas semua langkah ini dilalui, barulah ‘burung-burung ababil’ akan turun kata pengarang dengan garang. Saat umat terluka nestapa dicucuh kezaliman sentiasa pihak penguasa mustakbirin munafiqin, kita cuma mapu menghantar doa sahaja? Ah, amat celaka jika mampu menghantar lebih dari itu tetapi kita segan lantas tidak mahu melebihi itu.

Pengharapan kepada mustakbirin munafiqin bolehlah dianalogikan begini- mari kita mengharap kepada sekumpulan serigala untuk menjaga dan memelihara biri-biri yang sepatutnya dijaga oleh para pengembala? Lucu kan? Kelakar kan? Tetapi itulah kita dewasa ini.

Melihat kes-kes yang berlaku di luar sempadan geografi kita membuktikan lagi kebenaran analogi ini:

“Saddam hussien mesti mengundurkan diri.”

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mesti mengambil tindakan.”

@Amerika bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan ini secepatnya.@

“Kaum muslimin harus merangkul China, Jerman, Perancis dan Rusia untuk melawan Amerika.”

Itu semua adalah kelakuan-kelakuan, perilaku-perilaku pondan yang tidak mahu mengangkat tangan dan berjuang! Sekali lagi diulang, itu semua adalah tingkah laku dan tindak tanduk pondan-pondan yang jiwa raganya telah diduduki syaitan dan ditanduk dan dicucuk syaitan yang pemalas dan penyegan.

Surah Muhammad, iaitu surah yang ke 47 pada ayat ketujuh telah merangsangkan orang-orang tertindas suatu ketika dulu supaya bangkit menyerukan seruan agama dengan penuh keberanian dan kegagahan. Mafhum ayat itu, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.@

Hari ini, kita mengeluh lagi, lagi dan lagi. Keluh kita, “ini merupakan tanggungjawab pemerintah.” Pengarang menafikan keluhan kita dengan mengatakan semua pihak mesti, mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Pengarang pada muka surat ke 38 memberitahu “kamu akan dipimpin orang yang sesuai dengan keadaan kamu.”

Berikut ada beberapa usaha yang dicoretkan pengarang kepada setiap individu yang bercita-cita menegakkan syariat islam:

- Melakukan ketaatan dan menjauhi larangan agama.

- Melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji.

- Tidak melakukan transaksi yang bersifat riba.

- Berbakti kepada kedua ibu bapa, memenuhi hak-hak tetangga, menjaga hak kaum muslimin.

Ketawa pengarang, besar.

Tulis pengarang seterusnya harus bangat menyebabkan kita ketawa bersama-sama tentang sikap diri kita. “Kita ucapkan terima kasih kepada Perancis yang membela saudara-saudara kita di Iraq…,”

“..Akan tetapi, jangan kita lupa pada kekejaman Perancis di Algeria, Tunisia, Maghribi, Syiria daan Luban serta Mesir.”

Jangan kita lupa, jangan kita lupa, kerana kita, umat Islam. Sebuah umat yang agung dan tidak pernah akan lupa!

“Kita…,” kata penulis lagi, “ucap terima kasih kepada Rusia akan sikapnya yang berani membela rakyat Iraq. Akan tetapi saya harap anda tidak lupa akan nasib saudara-saudara kita di Chechen! Jangan lupa apa yang kena di Afghanistan suatu ketika dulu. Dan cuba cermati apa yang terjadi di Dagestan!

Kata-kata penulis berbentuk tulisan seterusnya harus, harus menggoncangkan jiwa kita- Umat Islam banyak memiliki potensi sehingga mereka mampu berbuat lebih banyak!

“Adalah sukar diterima akal bahawa Negara miskin dan kecil seperti Korea Utara berani mengambil sikap menentang Amerika, namun kenapa umat Islam tidak berani melakukan perkara yang serupa?”

“Namun, mengapa Korea Utara mampu membuat senjata, sedangkan kita tidak mampu membuatnya? Mengapa rakyat Korea Utara tidak mahu menundukkan kepalanya, sementara kita yang lebih dari 1 billion ini hanya dapat menunduk sahaja melihat segala apa yang dilakukan Amerika?”

Ungkapan dari Sahabat yang Mulia Anas B. Malik wajar direnung-renung, “Doa akan didengar bila disertai dengan usaha.” Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang tidak mahu berusaha, tidak mahu bergerak dan tidak mahu bertindak. Allah juga tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa, pesimis, lemah, kehilangan semangat juang dan enggan bergerak untuk menolong Islam dan kaum Muslimin.

Cukuplah, kita tutup resensi kali ini dengan kata-kata Amirul Mukmini terunggul sepanjang sejarah khalifah iaitu Abu Bakr As-Siddiq saat mahu memerangi kaum murtad- “Aku akan memerangi mereka bersendirian, sehingga anggota tubuhku berselerakan, aku akan memerangi mereka bersendirian, sehingga batang leherku terputus!

(nota hujung- pengarang buku ini Dr. Raghib al-sirjani. Ini resensi buku terjemahan beliau. Buku terjemahan ini ini terbitan Al-Hidayah dengan harga RM 11 sahaja.)