
Makluman
Adakah Kita Begini?

Thursday, July 28, 2011
Universiti Ramadhan: Siyam vs Qiyam

Wednesday, July 27, 2011
Halal Haram: Bila Pemikiran Celaru

Monday, July 25, 2011
Mengapa Tetamu ini Tidak Dihormati???
Apa yang pasti anda lakukan ialah cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan tetamu yang berkunjung. Berbincang dengannya melalui topik-topik yang dipersetujui, dan kalaupun ada perbezaan sudah tentu anda akan menunjukkan tanda setuju atau paling kurang mendiamkan diri.
Walaupun anda tidak begitu meminati tetamu tersebut, paling kurang segelas teh dikeluarkan untuknya bagi menghiasi peremuan yang mungkin bagi anda sangat merimaskan. Itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah bukti 'penghormatan' atau dalam perkataan lain ialah 'adab'.
Tiada bangsa di dunia ini yang menerima perbuatan yang bertentangan dengan adab. Lihatlah situasi anda dengan tetamu tadi, biarpun berlainan, kekangan adab dan tatasusila mendorong anda untuk sabar dan berbuat sesuatu untuk tetamu yang tidak dikehendaki itu.
Bayangkan pula jika tetamu yang mengunjungi anda ialah seorang alim yang sangat dihormati. Apakah yang anda lakukan kepadanya? Sudah tentu cahaya kegembiraan akan menerpa dari wajah anda, dan kata-kata aluan akan didendangkan untuk tetamu terhomat itu.
Segelas teh panas rasanya tidak cukup untuk menggambarkan kegembiraan anda terhadap kedatangan tetamu ini. Sudah tentu sedaya upaya anda cuba mendapatkan sesuatu makanan tambahan biarpun terpaksa mendapatkannya dari kedai berdekatan.
Tergamakkah anda menghidangkan kepada tetamu alim ini dengan segelas arak?? Keluar didepannya dengan pakaian tidak senonoh beserta alunan muzik rok yang memcahkan gegendang telinga??
Tanyalah siapa sahaja ahli masyarakat tidak kira orang baik-baik atau geng samseng yang tidak kenal agama, dengan sepontan mereka akan mengatakan tidak. Desakan 'adab' tidak membenarkan mereka mengakui perbuatan seperti itu. Biarpun mereka tidak sangat 'beragama' tapi mereka tidak mampu merobos sempadan adab bila berkaitan dengan tetamu yang datang bertandan. Biarpun bagaimana rendah sekalipun pendidikan agama mereka, tetap tidak menghalalkan mereka untuk tidak menghormati.
Tahukah anda siapakah orang alim yang bertandan sebagai tetamu itu?? Itulah ramadan. Ia datang berkunjung sebagai tetamu buat seketika.
Tahukah anda siapakah tuan rumah yang menyambut tetamu alim dengan segelas arak? Itulah dia siaran TV di negara kita!!
Kedatangan ramadan sepatutnya disambut dengan penuh hormat, walaupun dengan sekadar 'hormat' bagi mereka yang tidak kuat pegangan agamanya. Batas-batas adab susila menuntut kia berbuat demikian, biarpun apakah tahap pegangan agama yang dimiliki.
Apa yang kurang difahami ialah mengapa stesyen-stesyen TV di Malaysia tidka mengakui norma kehidupan dan batasan adab ini. Sebaik sahaja ramadan tiba, maka banyaklah siaran hiburan yang ditayangkan dan masyarakat diajak untuk melihat artis-artis yang langsung tidak mengendahkan sialim yang sedang duduk bertimpuh itu.
Mengapa pula wanita-wanita seksi tidak segan untuk terus duduk terkangkang di depan alim yang sedang menundukkan pandangannya?? Begitulah kotornya ramadan dalam masyarakat kita dan begitulah hinanya layanan kita terhadap kunjungan ramadan, begitu tercalar perasaannya dengan layanan tidak beradab yang diberikan. Apakah yang akan diriwayatkan jika inilah masyarakat kita yang disangkakan ketimuran???
Pandangan anda dihargai
Your Blog :http://wacanailmuan.blogspot.com
Tuesday, July 19, 2011
Patah tumbuh hilang berganti.
"Mereka menyertai Ideal, Tuan."
Ali Jinnah mengangguk perlahan-lahan sebelum meneguk lagi kopi.
"Tuan macam tak kisah sahaja?" John Abdullah meletakkan punggung atas kusyen kusam.
Ali Jinnah senyum. "Politik, beginilah. Ideal pun ok apa?"
Tidak ada riak kecewa pada air muka Ali Jinnah.
"Ideal ni, sebenarnya nak perjuangkan apa Tuan?" Raut wajah John Abdullah kian serius. Beberapa pemuda dan pemudi yang menyertai Ideal adalah akrabnya semenjak di alam kampus. Kesemua mereka sama-sama bergiat aktif dalam FI peringkat kampus.
"Idea. FI tak cukup bagus untuk menampung mereka, barangkali. Ini yang kontangnya FI."
"Hm." John Abdullah menggumam sendirian.
Ali Jinnah menatap luar dari jendela kacanya. Ini bangunan yang dibangunkan oleh kontraktor FI sendiri, iaitu Erbakan. Hasil simpanan simpatisan dan semua penyokong FI beberapa tahun ini.
"Tuan ada dapat mesej dari Tuan Erbakan?" Tanya John Abdullah bila lihat Ali Jinnah senyap agak lama.
"Dapat. Dr. Lukluk sudah meninggal tadi."
"Hm. Tuan nak pergi ziarah diakah? Bukan dia dari pasukan Erdogan?" John Abdullah terpaksa bangun sama bila Ali Jinnah bangun.
"Dia Islam, sahabat kita juga."
John Abdullah menundukkan kepala bila Ali Jinnah lalu depannya.
"Eh, yang kamu duduk dalam pejabat lagi nak buat apa?" Ali Jinnah bertanya di balik pintu.
"Tuan ajak saya sekalikah?"
"Cepatlah. Jenazahnya akan dikebumikan tak lama lagi." Ali Jinnah melangkah ke tangga yang tidak berapa jauh dari situ.
"Kena sediakan kumpulan pelapis segera. FIKIR atau FIKRI yang kamu bangunkan beberapa bulan lepas? Ah, apa makna dari akronimnya?"
Mereka sudah masuk ke dalam perut kereta lama Ali Jinnah. Beberapa petugas keselamatan Bangunan Agung FI melambai tangan kepada mereka berdua.
"Front Rekrut & Kaderisasi Intelektual, FIKIR." John Abdullah menekan minyak sebelum mereka pergi jauh.
"Apa cerita FIKIR sekarang?"
"Sudah ada lapan orang anggota tetap termasuk saya." Jawab John Abdullah.
Ali Jinnah tersenyum.
"Bagus, bila saya boleh berjumpa dengan kelapan-lapan orang tersebut?"
John Abdullah berkalih pada tuannya di lampu isyarat merah.
"Untuk?"
Sunday, May 29, 2011
Elaun RM1000
Tuesday, May 17, 2011
Thursday, May 5, 2011
Perempuan Berkalung Sorban: Sebuah filem persepsi.
Hanung Bramantyo sekali lagi mencetuskan kerisauan selepas mengarah Ayat-Ayat Cinta (AAC). Selepas AAC yang dikatakan tidak syariatik oleh peminat tegar Habibur Rahman Sherazy, Bramantyo telah mengarahkan sebuah lagi adaptasi novel, berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Filem ini telah mendapat perhatian hangat oleh sekian ramai khalayak termasuk Dr. Faisal Tehrani dan Dr. Asri Zainul Abidin.
Siti Nurhaliza turut menyumbangkan lagunya di dalam filem ini. Revalina S. Temat yang cantik itu kelihatan agak gatal dan mengada-ngada. Adakah perangai perempuan cantik memang begitu? Atau itu kehendak tuan pengarah?
Plotnya bermula semenjak Anesah (Lakonan Revalina) kecil lagi. Anesah mendapati, Islam lebih condong dan berat sebelah kepada lelaki dan perempuan seakan merupakan beban. Seolah menjadi perempuan adalah suatu kesalahan lantas membuatkan Anesah mahu mendobrak dogma ini. Lek Khudori (Oka Antara) menjadi tempat untuk Anesah mengadu.
Tiba masanya, Lek terpaksa berpisah dengan Anesah bersebabkan ingin melanjutkan pengajian ke Cairo. Anesah berendam air mata mengenangkan perpisahan itu di pesantren Huda milik bapanya. Tawaran kemasukan ke U sampai ke tangan Anesah. Puas Anesah merayu kepada bapanya untuk dapat belajar, tetapi ayahnya bilang kena ada muhrim. Dengan muhrim, awak bisa studi. Kata bapanya yang juga merupakan kiyai.
Seorang lelaki, anak seorang kiyai yang agak kaya juga dikahwinkan dengan Anesah tanpa kerelaan Anesah. Lelaki ini bernafsu liar. Nafsunya yang amat jalang menyebabkan Anesah mengalami penderitaan mental yang cukup kronik dan traumatik sekali. Hingga menyebabkan Anesah menghunus pisau kepada suaminya.
Bertahun sudah, Lek pulang ke halaman dan terjumpa Anesah yang baharu pulang untuk ke pesantren. Anesah meluahkan rasa keterkilanannya kepada Lek yang tidak mengutus khabar berita apa selepas dia dikahwinkan.
Akibatnya, Lek mengutus surat kepada Anesah dan mereka kemudiannya berjumpa. Ditakdirkan mungkin untuk menjadikan ianya lebih dramatik, suami Anesah datang dan menyerbu masuk lantas menuduh mereka berdua bermukah. Ramai orang datang berhimpun dan bersorak rejam, rejam, rejam, rejam kepada Lek dan Anesah. Pada ketika itu juga Anesah diceraikan oleh suaminya.
Ummi Anesah menghalang dengan katanya, "hanya orang yang tidak berbuat dosa, dibenarkan merejam."
Bapa Anesah mati tidak berapa lama kemudian.
Selepas itu, Anesah telah ke berhijrah ke bandar untuk membawa diri. Di sana dia berjumpa dengan kawannya yang baru selesai berasmaradana dengan seorang jantan. Ini bukan kebebasan yang dimaksudkan Anesah. Anesah kemudiannya menjadi gila menulis. Tema penulisan Anesah, adalah kebebasan. Di sana, Lek mencarinya. Agak tawar hati pada permulaannya, tetapi akibat usaha tak henti Lek dalam nak mengurat semula jantung hatinya, maka Anesah kembali cair. Mereka disatukan kemudian.
Perubahan itu bertahap, kata Lek apabila Anesah selalu bertekad mahu mengubah pentadbiran Pesantren Al-Huda yang kini dipegang Mas Reza iaitu abang kepada Anesah.
Ayah bekas suaminya, telah memberikan sejumlah modal untuk bapa Anesah membesarkan pesantren Huda. Selepas tamat era Huda pimpinan ayahnya, kini tiba zaman anak lelakinya untuk memimpin pusat pengajian itu. Rupa-rupanya, semua ini ada timbal balas yang tidak ikhlas. Selepas perceraian dengan Anesah dan perkahwinan Lek Khudori dengan Anesah, bekas suaminya sering menganggu pesantren Huda kerana menurutnya pesantren itu maseh berhutang dengannya.
Konflik seterusnya yang berlaku adalah buku-buku pemikiran yang dibawa masuk Anesah. Terjadi satu peristiwa yang buku-buku Anesah telah dilunggukkan dan dibakar kerana didakwa mengimport pemikiran iblis. Pembakaran ini tidak mematahkan Anesah. Dia terus membawa masuk secara sembunyi-sembunyi.
Ini sebenarnya adalah naskhah persepsi. Sesiapa sahaja boleh memberi atau mengarang persepsi. Seperti juga islamofobia, ianya hanya sebuah persepsi ngeri terhadap kejahatan atau sesuatu yang tidak begitu diketahui dengan jelas atau pasti. Seperti Geert Wilders yang membikin Fitna, itu juga persepsi yang penuh bias. Berkemungkinan besar, Abidah El-Khalieqy yang berjantina feminin itu pernah mengalami penderitaan yang sama serupa sepertimana Anesah lantas membuatnya untuk mengarang novel tersebut. Tetapi adakah satu kes, sudah cukup untuk menghukum kesemua kes? Meski begitu, karekter Lek sedikit sebanyak mengubah tanggapan buruk terhadap Islam.
Dan begitulah selayaknya. Perdebatan pemikiran harus terus berlangsung dengan kawalan yang terhad. Di akhirnya, Maktabah Al-Huda berjaya dibangunkan. Meski, berkemungkinan besar buku-buku jadid yang dibawa masuk Anesah mengusung pemikiran-pemikiran syubhat, ianya harus dijawab bukan dibiarkan.
Saturday, April 30, 2011
Discafe.
Taqi berjalan-jalan di UIS hari ini. Kereta terpakai yang baru dibeli ditinggalkan tidak jauh dari situ. Idea maseh belum kunjung tiba. Apa yang harus dilakukan kepada 1 milion ini? Nak kena mengembara dahulukah untuk dapat idea? Sebentar kemudian ada bunyi bising masuk dalam telinga Taqi. Bunyi bising itu terlahir dari sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang melakukan senam erobik di padang bertar. Padang itu selalu digunakan oleh pelajar-pelajar junior kerana padang besar telah dibolot terlebih dahulu oleh pelajar-pelajar senior. Beberapa pelajar berseluar treksut yang mengenalinya mengangkat tangan. Taqi balas sapaan. Beberapa pelajar lain yang tidak mengendahkan, terus bersenam. Seorang senior meniup wisel. Seorang senior lagi datang. Marwan namanya. Marwan berlari ke arah Taqi.
"Dah agak kau akan lalu sini."
"Haha. Macam mana kau dapat agak?"
"Ta'akul ke laduni? Hehe. Selalunya sebelum kau ada kereta pun, kau selalu jalan di sini."
"Oh. Kau tahu juga ye aku ada kereta. Kereta terpakai pun orang nak heboh."
"Belum. Jom."
"Apa yang buat kau maseh terus dengan Ummah Centric, Taqi?"
"Ho, Jamaat hantar kau pulakah?" Taqi menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Diikuti Marwan.
"Taklah. Cuma pelik. Ummah Centric, itu cuma pandangan. Bukan gagasan."
"Apa yang kau tahu perihal Ummah Centric, Marwan Hakam?" Tanya Taqi sambil melap mulutnya dengan tisu.
"Semua Jamaat kena bersatu. Jangan pilih bulu, jangan hanya kata kita yang betul selainnya adalah gagal, teruk dan silap. Betul?"
"Boleh tahan. Aku ingat sebelum ni, kau cuma seorang salaf yang tahu berlagak dengan secubit ilmu yang kau tahu."
Marwan tersenyum."Mungkin dulu kowt. Masa baru baru kenal Jamaat. Sombong betul aku masa tu. Hanya Jamaat aku sahaja yang betul."
"Aku pun maseh belajar Marwan. Maseh setahun jagung dalam urusan dakwah ini semua."
"Apa perkembangan terbaru Jamaat. Dah silibus apa sekarang?"
"Aku sekarang dalam bab pengurusan organisasi."
"Owh. Semester empat kan? Semester lima nanti mesti kau jadi calon MPM punya."
"Hehe. Doakan." Kata Marwan yang baru selesai makan.
"Pasal Ummah Centric tadi tu, aku tetap mengatakan semua Jamaat punya kekuatan masing-masing. Tidak boleh antara satu sama lain memperlekehkan atau merendahkan antara satu sama lain. Dalalm silibus kepelbagaian Jamaat / ta'addud Jamaat, GIK telah banyak kali dilihat merendah-rendahkan pergerakan-pergerakan Islam yang lain. Ianya adalah suatu yang tak patut sama sekali. Dan gagasan Ummah Centric menentang pandangan kuno tersebut."
Bermain dengan tetikus. Menggerakkan kursor ke kiri dan ke kanan. Teringat diskusi pagi tadi. Di hadapan Marwan yang sudah berubah sikapnya. Daripada suka menghukum ke arah lebih memahami.
"Kursus apa yang kau ambil, Taqi? Kau ijazah kan?"
"Perbankan pula. Aku mahu jadi fakih dalam bab duit ni. Sudah ada banyak pandangan yang tidak menyetujui konsep wang kertas."
"Fuh, terbaik Taqi!"
"Ini kolej universiti kapitalis. Macam-macam yang boleh dibuat jika kita punya duit."
"Wah!" Marwan menjerit kegirangan.
"Aku macam nak bersorak pula Taqi. Rasa seronok sangat dengan idea-idea kau. Benar, sekarang bukan lagi zaman berslogan dan mengkritik....,"
"Salah tu, pemikiran kritikal dan analitikal itu perlu. Tetapi perlu dibataskan daripada diluahkan di medan-medan umum. Cukup sekadar perbincangan kelompok."
"Apa-apa sahajalah. Yang penting aku sudah memahami pola pemikiran kau dan hampir bersetuju sepenuhnya dengan semua apa yang digagaskan kau." Marwan kelihatan puas.
"Pimpinan Jamaat sekarang maseh Imam Mudakah? Dia apa khabar?"
"Alhamdulillah baik. Sudahlah buang masa sahaja bercakap pasal dia. Aku baru terbaca tentang discafe?"
"Ya discafe. Kampus kena ada benda macam itu. Sebuah kafe untuk kita berdiskusi benda-benda serius secara santai."
"Woow! Perancangan yang hebat! Kau nak saingi Jalan Telawikah?"
"Terpulang kepada persepsi kau sendiri. Adakah jika tidak ada Jalan Telawi maka kita harus berhenti befikir? Jika jawapan kau adalah ya, maka aku berani untuk mengatakan kewujudan Komunite Seni Jalan Telawi adalah suatu unsur penting yang tidak dapat dinafikan lagi dalam mengasah daya intelektual di kalangan kita."
"Pegh. Ini jawapan idea yang paling smart," Kata Marwan.
Sambung Marwan lagi, "....Tapi kau harus tahu juga budaya ilmu di sini macam mana. Para pelajar lebih suka bercouple dari berintelektual."
Ali Taqi hanya serius tersenyum. "Tak mengapa. Kita boleh buat perlahan-lahan dahulu."
"Eh, bukan aku baru baca dari wall fb kau ke yang kau kata, sekarang masa untuk melaju?"
"Ya, ya. Yang penting kedua-dua teknik itu jangan digapkan. Oh, Iqbal pula apa cerita sekarang? Maseh merajuk ke?"
"Kenapa pula dengan dia? Bukan engkau orang berdua kawan paling akrab di kampus ini ke? Yang aku perasan, kebelakangan ini dia banyak hentam Shi'ah. Semacam Shi'ah tidak ada sumbangan langsung."
Ali Taqi hanya menjongketkan bahu. "Aku mengharapkan kerjasama dia. Dia ada AUWT."
"Apa yang menariknya? Dia sendiri pun maseh terkontang-kanting. Aku dengar dia terpaksa buat kerja sambilan untuk teruskan pengajian dan obses kegemaran dia yang satu itu.
Laptop telah lama ditinggalkan bila terkenangkan Iqbal, sang pujangga. Kaki telah lama bertapak di dalam rumah murah Dahlia, tempat tinggal sang penyajak revolusioner.
"Apa kata kau kerja dengan aku sahaja, Iqbal."
"Dengan pasukan Shi'ah kau? Sorilah. Biarlah aku begini pun asalkan prinsip-prinsip aku tak terjejas. "Earfon dari telinga Iqbal ditanggalkan. Mereka bersila atas permaidani rumah sewa. Pelbagai pengecas telefon genggam berselerak. Ada semut merah merangkak di mana-mana.
"Keadaan ekonomi kau agak teruk kan, kawan?"
Iqbal menepuk debu yang kelihatan, tak sempat disembunyikan perasaan segan dan debu yang maseh tersisa di karpet. "Kenapa kau ambil berat pada aku?"
"Bukan begitulah, sahabat. Aku nak ajak kau, discafe akan lebih rancak jika ada satu lagi pihak yang serius bergandengan tangan dalam mengintelektualkan bumi UIS ni."
Jam di tangan dipandang. Mata Taqi sedikit terganggu dengan plastik belon dan getah yang bersepah. Ada bunyi kucing. Meow-meoww. Seekor kucing bertompok-tompok keluar dari bilik dengan menggeliat manja. Iqbal berdiri. Memberi tulang ikan dari bekas polisterin yang tidak terkatup rapat.
"Kau bela?" Tanya Taqi. Dia pun berdiri sama.
"Ya. Kereta baru kau parking di mana?" Tanya Iqbal sambil kelihatan tekun menyuapkan kucing. Pada tulang ikan itu ada beberapa cebisan isi yang boleh digaulkan dengan nasi.
"Jom jalan-jalan. Ambil angin." Kata Taqi bersahaja.
"Kita nak ke mana?" Kucing semakin tidak mengendahkan Iqbal yang masih menggaul.
"Jomlah."
Iqbal bangun dan membasuh tangan. Iqbal masuk ke dalam bilik. Kedengaran bunyi almari ditutup. "Kau tunggu aku di bawah."
"K." Kata Taqi pendek sebelum turun ke tangga bawah.
Hujan mula merintik.
"Ramai juga budak-budak Jamaat yang aku jumpa, demam kebelakangan ini." Kata Iqbal ketika masuk ke dalam kereta.
"Ya. Migrain dan sakit kepala pun ramai. Sistem perkaderan yang rigid itukah penyebabnya?"
"Entahlah Taqi, aku sudah panas hati nak masuk campur urusan dalaman mereka. Kau tahu sahajalah sikap mereka kepada kau, waktu kau bagi mereka beberapa opini dahulu."
"Perubahan itu bertahap. Kau kena sabar. Dan kau kena berhati-hati. Kau kata kau revolusioner, bukan?"
Ada gerai pisang goreng yang ternampak di pandangan mata mereka berdua.
"Lepak situ nak? Aku belanja." Kata Iqbal.
"Apa? CPU kau terbakar?" Taqi sedikit terkejut.
"Yep. Itu pasallah, siri Urwatul Wuthqa minggu lepas tak ada.
"Kau ni maseh belum menjadi revolusioner tulen ni." Kata Taqi memamah goreng pisang yang dicicahkan dengan sos.
Iqbal memperbetulkan kopiah putihnya.
"Kenapa pula hal CPU aku terbakar nak disangkutkan dengan aku bukan revolusioner tulen?" Taqi tersenyum membiarkan hal itu berlalu.
"Kau dah bacakah isu klip video sumpah laknat itu, Iqbal?"
"Entahlah, Taqi. Segalanya terlalu politaik. Aku naik menyampah. Bosan, muak dan mual."
"Kau maseh lagi dengan fikrah non partisan?"
"Haha, yang kau tanya begitu mengapa? Mestilah."
"Kau maseh ingat lagikah, tentang Ummahcentric.blogspot.com?"
"Tentulah. Siapakah yang berani melupakan dua orang sosok pemuda yang bercita-cita besar untuk menyatupadukan seluruh kaum muslimin dalam satu saff?"
"Apa khabar Dr. Maszlee sekarang ya?"
Hujan mula melebat. Kenderaan Taqi sahaja yang paling selamat. Pelanggan-pelanggan lain bergegas menyelamatkan motosikal masing-masing.
"Mari." Kata Taqi sambil mengangkat punggung keluar dari gerai goreng pisang tersebut.
"Kau pasangkan TV Internet dalam kereta kau?" Tanya Iqbal sambil menancapkan matanya pada monitor lcd yang memaparkan pergolakan politik sensasi dua tiga hari ini.
"Ya. Ianya telah diubahsuai, sebenarnya."
"Pagi besok, apa agenda kau?" Tanya Taqi memandu perlahan.
"Reka tanduk." Mata Iqbal maseh terpaku.
"Tanduk? Tanduk apa?" Taqi kehairan-hairanan sambil berpaling kepada Iqbal.
"Ada sebuah lagi kugiran intelektual mahu menyibuk dalam diskustik. Kau kenal Deansama?"
"Ya." Balas Taqi.
"Erm. Dia power juga di UN. Pengetahuan falsafahnya agak hebat tetapi tersembunyi di perwatakannya yang sedikit humor. Dia yang minta aku buat logo tanduk untuk kumpulan gitar rancaknya.
"Oh. Begitu."
"Nak singgah dulu tak restoran dekat simpang empat?"
"Nak beli apa lagi, Ali?"
"Ikut kaulah. Paprik ke Pataiya ke Tom Yam ke. Khabarnya, restoran itu masakannya sangat sedap hingga menjilat jari. Ayam gorengnya pula lebih lazat dari KFC."
"Sungguh?"
Ali Taqi mengangguk-angguk.
Selepas makan, kedua sahabat itu berehat. Dalam kedai yang sama juga terdapat rak buku. Iqbal ditinggalkan sementara dia berdiri mundar-mandir membelek buku-buku yang berada di situ.
"Inikah model discafe kau, Ali? Lazat dan berintelektual?" Kata Husin yang tiba-tiba entah dari mana muncul membelakangi Ali Taqi dan memegang kitab Ada Apa Islam dengan Radikalisma? Vol kedua, edisi semak semula, cetakan keempat.
Husin meminta diri apabila seorang dari ahli keluarga Turab memanggilnya dari luar dengan mengetuk cermin.
"Apa yang budak-budak Shi'ah itu buat di sini, Taqi?"
"Kita biarkan sahaja mereka dahulu. Kita buat kerja kita dahulu, boleh kan Iqbal?"
Sekali lagi, Iqbal mencebik.
Friday, April 22, 2011
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas penghulu, ikutan
dan kekasih kita, utusan Allah Nabi Muhammad serta keluarga,
sahabat dan pengikutnya.
Antara punca keruntuhan sesuatu umat ialah apabila
mereka memiliki salah satu daripada dua sifat ini.
1- Al-Ghuluw
2- Al-Inhilal
Kalimah al-Ghuluw ini bermaksud berlebihan atau menyusahkan
perkara ibadat sehingga membawa kepada kesulitan. Caranya ialah
dengan meluaskan ruang lingkup kewajipan atau pengharaman ke
atas mukallaf, menolak keringanan yang diberikan oleh Allah
Taala. sebagaimana dalam salah satu sabda Rasulullah s.a.w yang
berbunyi:
إياكم والغلو في الدين فإنما هلك من كان قبلكم بالغلو في الدين
Maksudnya: “Jangan sekali-kali kamu memayah-mayahkan
agama, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah binasa
kerana memayah-mayahkan urusan agama mereka.”
bersambung..
Your Blog :http://wacanailmuan.blogspot.com
Tuesday, April 12, 2011
Fullmetal Alchemist: Sebuah anime penuh simbolisme yang menggerunkan.
Your Blog : benzcinta-islam.blogspot.com
abad perindustrian. Berkisahkan percubaan demi percubaan ahli kimia berjuang mengenai ruh. Perlu dicermati dengan penuh cermat bahawa ada kalangan yahudi pernah bertanyakan perihal Ruh kepada Rasulullah SAW. Quran menjawab kulir ruhu min amri rabbi, katakanlah ruh itu adalah urusan Tuhanku.
Maseh lagi pada Brotherhood.
Hipotesis awalan penulis tatkala melihatkan simbol salib yang dililit oleh ular, membuatkan imaginasi akliah penulismenyangka bahawa itu adalah simbol kepada sekularisma atau zionis.
Pada akhirnya, menarik untuk disimbolkan bahawa anime ini mahu menyampaikan sesuatu melalui simbolisma. She may possibly be named after the Italian poet Dante Alighieri, famous for writing "The Divine Comedy", a poem heavily centered around the Seven Deadly Sins- ternyata, Dante guru Izumi iaitu guru kepada Elric bersaudara memang nama yang ada sejarah.
Friday, April 8, 2011
Islam dan Iman; Ada Bezanya.
Puas saya mencari apakah beza di antara orang yang beriman dan orang Islam. Sebagaimana yang kita maklum, Islam ialah melaksanakan rukun-rukun Islam yang lima:
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Solat lima waktu.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan ramadhan.
5. Menunaikan haji pada waktunya.
Iman pula ilah meyakini dengan rukun-rukun iman:
1. Beriman kepada Allah swt.
2. Beriman kepada Malaikat-Malaikat Allah swt.
3. Beriman kepada Rasul-Rasul Allah swt.
4. Beriman dengan kitab-kitab Allah swt.
5. Beriman kepada hari kiamat.
6. Beriman kepada Qadar baik dan buruk.
Lalu apabila terdapat satu kata-kata yang berbunyi
1- "semua orang yang beriman itu adalah orang Islam, tetapi bukan semua orang Islam adalah orang yang beriman".
Terlintas difikiran saya, mengapa pula begitu?,
2- bukankah Iman kita selaku orang Islam akan berkurang disebabkan maksiat dan bertambah disebabkan amal ibadah?
3- Jadi ini bermakna orang Islam itu memang orang yang beriman, cuma sama ada imannya kurang, ataupun bertambah.
Ramai yang tidak mempersetujui kata-kata yang ke-3, YA, saya juga sangat bersetuju dengan kata-kata yang pertama (1), tetapi saya teringin sangat tahu apakah yang menyebabkan ia begitu? Apakah beza dan hakikat sebenar keduanya...?
Perbincangan Ilmiah
Perbincangan bersama pelajar arab yang selalu bersoal jawab dengan Doktor ketika sesi pembelajaran berjalan membuatkan saya tertarik untuk menyoal beliau dan jawapannya: Iman itu lebih tinggi daripada Islam, dan tidak semua orang mampu memiliki Iman. Islam itu berkaitan dengan perlakuan-perlakuan jawarih, dan Iman pula dalah berkaitan iqtikad di hati.
Saya membalas dengan contoh, dalam rukun Islam kita perlu mengucap dua kalimah syahadah dan Rukun Iman yang pertama adalah beriman kepada Allah swt.
Persolannya, jika kita tidak beriman kepada Allah swt, bagaimana kita akan sanggup untuk melafazkan kalimah syahadah? Sudah tentu kita melafazkan kalimah syahadah selepas diikuti dengan iman kepada Allah swt.
Jadi ini bermakna Orang Islam juga adalah orang yang beriman.
TIDAK, saya masih tidak berpuas hati, bukan itu jawapannya, hati saya masih kuat dengan kata-kata yang pertama, tetapi apakah beza keduanya...?
Perbincangan diteruskan lagi dengan seorang Imam di Masjid Mutah, Jordan. Beliau menjawab dengan jawapan yang hampir sama, Islam adalah perlakuan yang jawarih, manakala Iman sangat berkait rapat dengan hati yang sentiasa beriman kepada Allah swt.
Saya tidak berpeluang untuk bertanyakan Doktor pengkhususan AKIDAH sendiri, mungkin kerana masa dan pertembungan jadual sesama kami.
Akhirnya saya berfikir mungkin itulah jawapan yang sebenar, Islam adalah perlakuan dan Iman adalah keyakinan dan hati.
Walaupun hati saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, saya cuba untuk memujuk diri.
Menemui Jawapan
Dan sehinggalah saya ditakdirkan menghadiri kelas tafaqquh yang dikendalikan oleh Dr. Ridhuan bekas Mufti Iraq yang turut membincangkan hadis sohih muslim berkaitan dengan Iman.
Ya, saya rasa mungkin itu jawapannya, memang benar. Semua orang yang beriman itu adalah orang Islam, tetapi bukan semua orang Islam itu adalah orang yang beriman.
KERANA kata kuncinya adalah satu, iaitu MUNAFIQ...
Munafiq juga adalah orang Islam, tetapi Islamnya adalah kepura-puraan untuk mengelirukan orang Islam yang lain. Orang munafiq hatinya tidak kepada Allah swt, MalaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Qiamat, dan Qada' baik dan buruk.
Jadi, jika kita fikir kita orang Islam adalah orang yang beriman, maka lebih baik untuk kita muhasabah semula, Islamlah dengan sebenar-benar Islam, ISLAM YANG TIDAK DIUKUR HANYA PADA PERLAKUAN KITA DENGAN RUKUN-RUKUN ISLAM, kerana jika kita hanya beramal dengan rukun-rukun Islam semata, maka ternyata tidaklah ada bezanya antara kita dan orang Munafiq.
Maka hendaklah kita percaya dengan hati, dan meletakkan sepenuh i'tikad dan penuh rasa Iman kepada rukun-rukun Iman.
Semoga kita tergolong dalam golongan-golongan orang yang beriman.
Firman Allah swt:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." Al-Anfaal 8:2.
WaAllahu a'alam...
_________________
p/s: Kadang-kadang terfikir juga, kenapalah tak terfikir perkataan munafiq tue, sedangkan tahu je kot munafiq tue apa... :)
Wednesday, March 23, 2011
Video seks melawan Islam.
Ini seminar apakah?
Seminar hukum Islam dan pendaulatannya di masa kini. Seorang lelaki yang agak sebaya memberitahu.
Ali Jinnah mengangguk-angguk. Terburu-buru dia mencari tempat duduk.
Seminar ni percuma, pada brosur yang dipegang Ali Jinnah.
Di sebelah ahli panel, kelihatan seorang tokoh sosialis muda yang sedang meningkat naik. Munsyi Muda. Dia juga non partisan. Sama seperti dirinya suatu waktu dahulu.
"Video seks Enver itu harus diteliti semula, mungkin ianya cuma sebuah lagi provokasi nakal untuk menjatuhkan reputasi Enver menjelang pilihanraya." Suara Munsyi agak parau. Tetapi cukup untuk membangkitkan semangat kebanyakan kaum demonstran di dalam dewan besar tersebut.
Dua orang lagi tak berapa dikenali. Seorang ahli politik kerajaan. Seorang lagi ahli akademik Universiti Islam Negara.
"Rosak 1 negara, jika berterusan begini. Para ulama' dan mufti parti jangan dikiralah. Sepatutnya mendaulatkan syariat hukum Allahlah yang lebih utama." Pemuda tanpa ketayap putih pada slot soal jawab bangun bersuara.
"Baik, sebelum tu boleh perkenalkan dahulu tak saudara dari mana? Nama apa? Dari organisasi mana?" Tanya pengerusi majlis.
"Malique. Bekas rapper kumpulan hip hop Malaysia. Sekarang menuntut di UOC. Bawah Hurriyet.
Ali Jinnah kelihatan senang sekali. Hadirin dan hadirat sesetengahnya mula berasa cemas.
"Kenapa perlu risau? Saya bercakap perkara yang benar apa? Saya bukan Hurriyet. Tapi belajar bawah Hurriyet. Tajaan Hurriyet."
"Minta pengerusi dan hadirin sekalian fokus pada apa. Bukan siapa." Munsyi Muda bersuara pada mic mematikan kebimbangan sekalian hadirin. Malique memanah anak matanya kepada Munsyi Muda. Ali Jinnah tekun memerhatikan.
"Jadi hukum Islam yang sebagaimana mahu dilekapkan kepada demokrasi kita?" Tanya pengerusi.
"Tak perlu hukum Islam yang sebagaimana, sebegitu atau sebegini. Dalam Islam, sekiranya berlaku pertuduhan maka datangkan bukti."
"Empat orang saksi, sebagai tambahan kepada penghujahan kawan saya." Seorang yang kulitnya putih melepak dan berjantina maskulin bangkit berdiri. Ali Jinnah kenal dia. Joseph Cordoba.
"Dan saksi itu kena adil. Bukan barua politik kepada sesiapa." Ali Jinnah pula berdiri. Munsyi Muda tersenyum. "Ramai benar yang dari FI malam ini, untuk menyokong seorang Enver." Kata Munsyi Muda.
Ali Jinnah tersenyum balas.
"Tuan pengerusi, izinkan saya menyambung balas. Video boleh dilakukan sesiapa sahaja. Terbukti cara Allah lebih berkesan dalam menangani permasalahan ini. Itu pun jika kita masih percaya kepada Allah."
"Macam mana untuk agnostik atheis pula dalam mengadili kes ini? Mesti ada suatu cara yang objektif tanpa bias kepada unsur-unsur agama yang pelik-pelik?" Ujar Munsyi Muda penuh provokatif.
Malique bengang. "Itu masalah kau. Bukan masalah orang Islam macam kami."
"Bertenang, Malique Hurriyet. Pengadilan Allahlah yang lebih sesuai untuk semua manusia. Kalangan agnostik sendiri pun tahu, yang teknik komputer, perang propaganda dan seni machiavelisma boleh sahaja dibikin sesiapa. Akan tetapi, di dalam Islam sekiranya berlaku kecacatan kes atau kekeliruan, kes boleh digugurkan. Dalam Islam, melepaskan yang salah adalah lebih baik dari menghukum yang benar." Joseph yang maseh berdiri membela dengan penuh tenang.
Tepukan mula bergemuruh.
Dua ahli panel itu terdiam sahaja. Seakan forum ini bukan lagi untuk mereka.
Thursday, March 3, 2011
Syiah lagi....
"Ali Taqi, ramai ke yang tahu kau menang satu milion tu?"
"Taklah. Keluarga terdekat dan beberapa kawan rapat. Kenapa akhi?"
Marwan kemaskan fail, masuk ke dalam beg. Beg dikunci rapat.
"Tak lah. Bimbang sahaja. Duit banyak, masa inilah enta akan bertambah bilangan kaum kerabat."
"Dahsyat perli enta." Ali Taqi maseh tak ganjak. Termangu memikirkan dengan tangan terpangku pada meja yang bulat. Beberapa pelajar sedang memilih makanan. Kafe tanpa nama itu makin sunyi dibaham masa. Sudah agak tak banyak mahasiswa berkejaran ke sana dan ke sini mengejar kuliah yang padat.
"Jadi banyak lagikah proses yang ana kena buat?"
"Nak kena tanya abang ana juga. Dia yang bos dalam hal ni. Ana ni, bantu macam tu sahaja." Punggung Marwan sudah tak lekat dari kerusi hitam pekat, klasik citarasa tuan kedai.
"Nak balik dah ke?" Tanya Ali Taqi. Maseh tak berganjak. Teringat sang pujangga juga. Ke manakah dia bawa diri lari? Aku cuma berkawan dengan syiah. Bukan masuk syiah.
"Belum lagi. Terfikir tentang sesuatu. Baru"
"Apa?" Tanya Ali Taqi. Raut urat serius mula tampak di muka sahabat salafinya. Entah mengapa salafi kebanyakannya seperti Imam Abu Hanifah yang cukup alat-alat teknikal. Marwan dan abangnya, Abdul Malek B Marwan sinonim di UIS dengan nama salafi billionaire.
"Kami mungkin, berat kot Ali Taqi dengan enta....,"
"Ek.. Berat yang macam manakah akhi?"
Nada suara Marwan jadi agak tinggi kemudian.
"Enta syiahkah?"
Terus terpantak teringat Iqbal....
Tuesday, February 22, 2011
Orang muda.
Beeb beeb!
Joseph mendongak. Telefon berbunyi. Selimut ditarik ke bawah. "Awal lagi ni?"
"Tak bangun lagikah?"
Mesej dari Ali Jinnah.
Mata dipaksa bugar. Tangan menaip ligat.
"Baru, Tuan Presiden. Kenapakah?"
"Jom jumpa."
"Di?"
"Tempat biasa. Nak?"
"OTW."
Motor menderam 15 minit kemudian. Bukan senang dilayan sebegini ramah oleh pemimpin-pemimpin FI. Nampaknya Ali Jinnah begitu menghargainya. Semua ni jasa Rauf yang mengenalkan antara dia dan Ali Jinnah tidak berapa lama dahulu.
Di kafe kampus tempat zaujah Ali Jinnah mengajar, Joseph tongkatkan Motojet RX1. Motor berkuasa super teknologi buatan tempatan itu diletak penuh cermat. Tak perlu dikunci secara manual. Secara automatik, kenderaan itu boleh mengunci dirinya sendiri kerana telah disetkan lebih awal oleh pemiliknya.
Ali Jinnah melambai. Tempat sama. Tempat lepak Ali Jinnah waktu muda.
"Amboi. Tunggu binikah?"
"Enta dengki. Orang suruh kahwin awal tak nak."
"So, apa cerita? Cecite, cecite....,"
"Motojet tu, kalau tak ada tongkat lagi catchy kan?" Ali Jinnah tunjuk pada Motojet. Di tasek, para pelawat mula mendayung sampan, flying fox, menyelam, berenang, memancing dan lain lagi. Semuanya maseh dilakukan secara klasik. Tanpa bantuan mesin dan kelebihan teknologi sangat,
"Idea enta bernas. Tuan Presiden tertarik dengan blueprint enta mengenai ni. Itu yang dia minta umumkan di TVFI tentang kahwin bajet tu. Semua ni jasa enta. Baik, hari ni enta makanlah banyak mana pun. Ana belanja."
"Ceh, enta ni kan pandai sahaja pilih time untuk belanja makan.... Siapalah yang makan banyak pagi-pagi begini?" Joseph mendirikan tangan memanggil pelayan.
"Bekerja dengan ana, mahu?" Tanya Ali Jinnah pasca pelayan menghantar pesan ke tukang masak.
Ketawa Joseph.
"Haha..," Ketawa Joseph maseh tak habis.
Ish ish, geleng Ali Jinnah.
"Eh, kerja sekarang susah nak dapat tau.... Jangan tolak mentah-mentah tawaran ana ni..," Ali Jinnah mengelap mulut. Tisu diletak kemudian. Joseph termangu sekejap.
"Menarik tawaran enta, Tuan Ali Jinnah. Bangga sangat dapat kerja dengan tuan."
"Kira jadi la ni?" Soal Ali Jinnah.
Joseph menggeleng.
"Ana tolak Tuan Ali Jinnah."
"Sebab?" Ali Jinnah tanya penuh ramah.
"Lebih selesa begini."
"Freelancer begini?" Senyum Ali Jinnah.
"Ya." Senyum juga, Joseph.
"Baik. Kalau begitu minta enta carikan sekumpulan anak-anak muda yang kritis macam enta. Untuk tolong pasukan ana."
"Proses melobikah ini?"
"Muka ana ada jenis yang macam itukah?"
Pantas Joseph geleng. "No sir, as u wish sir!"
Ringkas Eagle Eye.
Walaupun begitu, filem Eagle Eye ini terlalu propaganda.... Lihat sahaja pada MQ-9 Reaper dan UCAV yang dipakai untuk memburu Jerry (Lakonan Shia.) dan Tom Morgan (Lakonan Billy Bob Thornton.) seorang FBI yang mahu meloloskan diri dari pengejaran. Ternyata, Hollywood adalah jentera propaganda militari yang cukup baik. Rasanya RTMkena belajar lebih dengan produk-produk kafir ini.
Shia Labeouf selalu sahaja berlakon tentang filem-filem propaganda seperti ini. Lihat semula saga filem Transformers yang berterus terang kepada setiap jelata dunia yang kepesatan dan kecanggihan teknologi perang Amerika sudah semakin ganas dan terlalu mencabar untuk dicabar balas. Sayyid Qutb, yang pemikirannya telah melangkaui zaman itu pun ada berkata bahawa kita tidak akan mampu sekurang-kurangnya buat masa ini untuk melawan mesin-mesin robot jentera-jentera perang dari Amerika atau negara-negara Eropah lain.
Teramat susah nak berjumpa dengan filem Hollywood yang sunyi dari propaganda. Semuanya ada. Suatu masa dahulu, VHS (Violence, horror & sex.) yang menjadi tema kejelikan bangsa bermaruah kita untuk menonton filem-filem hasilan bharat akan tetapi kini VHS yang sama itu jugalah modal besar Hollywood untuk mengembangkan apa sahaja yang mereka percaya.
Technophobia - dan Michelle Monaghan antara bunganya - Ketakutan terhadap teknologi.... Sebenarnya salah jika kita pun turut teracun dengan dogma-dogma mereka. Kata kementerian pertahanan yang turut berlakon dalam Eagle Eye, "Sometimes the very measures we put into place to safeguard our liberty become threats to liberty itself," Bukan. Yang salah bukannya teknologi itu. Sejarah, telah membuktikan yang teknologi itu cumalah satu alat. Yang merosakkan manusia adalah tangan-tangan manusia itu sendiri. Nuklear, di tangan
Iran menjadi kuasa penjanaan sumber tenaga. Akan tetapi di tangan daulah Amerika menjadi neraka untuk Nagasaki dan Hiroshima.
Filem ini, berkisar tentang kejahatan keganasan atau betapa kesyaitanan teknologi. Ada mata, yang sedang mengawasi. Helang, adalah simbol kepada negara polis koboi Amerika moden hari ini. Suatu masa dahulu, penulis agak ketakutan kerana memberikan banyak maklumat penting ke dunia netizen. Bimbang, kerana diceroboh masuk dan akan dipanah petir halilintar dari satelit agung kepunyaan agensi perisikan kerajaan atau daulah Amerika tadi.
Tetapi setelah bertahun-tahun, sebelum abad Facebook tercipta penulis merasa amat lenguh dan tidak larat untuk melayan ketakutan yang terlalu membebankan ini. Bayangkanlah penulis terpaksa mengubah-ubah password dan mempunyai banyak jenis alamat emel dan merancang untuk mengguna lagi berbelas-belas emel dan kata kunci yang pelik-pelik untuk mengelirukan pihak musuh yang mempunyai sistem yang canggih lagi efisyen. Maklum sahajalah ketika itu Amerika laknat tengah mendajal bumi Afghanistan sebelum berangkat ke Iraq untuk mengebom kepala Saddam yang keras kepala dan merompak royalti minyak bisa sahaja membikin panas setiap anak-anak muda Islam yang ranggi dan berkepala metal.
Enemy of the State - lakonanWill Smith agak menyamai filem ini meskipun aksi-aksi kekuatan teknologi di dalam filem lakonan Will Smith itu tidaklah seganas yang ditonjolkan dalam sci fi thriller Eagle Eye penuh berbahaya ini.
Bagi penulis, yang berdarah merah, berkulit sedikit putih dan bermata agak sepet seperti cina dan tidak pernah ke daulah Amerika, keterujaan penulis dengan material pop yang dipasungkan di dalam Eagle Eye ini amatlah bagus meski tidaklah sama persepsi penulis dengan komentar-komentar orang putih yang mengkritik dengan lancang sekali tentang filem blockbuster ini. Sekurang-kurangnya filem arahan D. J. Caruso ini tidak begitu klise dan antiklimaks sepertimana cereka-cereka rama-rama filem-filem dan drama-drama Melayu. Mungkin, inilah penyebabnya filem-filem Hollywood terus memukau dan menyihir segenap massa dari pelbagai lapisan dan masuk ke setiap lorong dan ceruk hasil kritik demi kritik yang merekonstruksikan semula filem-filem yang akan dibuat pada masa-masa seterusnya.
Meski filem ini dibantai dengan agak teruk oleh pengkritik-pengkritik separa masa dan amatur, tetapi filem ini tidaklah cakap sahaja lebih sepertimana sebuah karya agung Dr Rozmey dalam kebanyakan akhbar-akhbar rasmi kerajaan tentang 2 Alam yang akan meletupkan persada filem tempatan. Eagle Eye mengutip $29.1 million dolar (Bukan Rupiah atau Ringgit.) di 3,510 pawagam US dan Kanada, termasuk dalam rangking rekod pecah panggung! November 30, tahun 2008 kutipan satu dunia $173.2 million - $100.2 million di US dan Kanada baki $73 million lagi di lain-lain kawasan.
Sumber kacukan:-
http://www.rottentomatoes.com/m/eagle_eye/
http://en.wikipedia.org/wiki/Enemy_of_the_State_%28film%29
http://en.wikipedia.org/wiki/Eagle_Eye
http://sundaytimes.lk/081207/TV/sundaytvtimes_06.html







