Makluman
Adakah Kita Begini?
Monday, March 2, 2009
Tugas Besar Buat KBLOG
Posted on 10:26 PM by Arrazzi Alhafiz Alattas
Semenjak beberapa minggu lalu, saya secara serius telah membuat satu penelitian dan pemerhatian ke atas perkembangan dunia blog di kalangan mahasiswa KUIS.
Melompat dari satu blog ke satu blog yang lain. Dari pimpinan mahasiswa, orang biasa sehinggalah bekas-bekas pimpinan. Ziarah sana, ziarah sini. Maka saya mengambil kesimpulan awal bahawa blog sudah menjadi satu medium paling popular kepada mahasiswa KUIS untuk mengutarakan pandangan dan idea masing-masing untuk perhatian umum. Sebagaimana yang saya pernah katakan dalam penulisan saya sebelum ini, ianya kini satu fenomena.
Namun dalam penulisan ini saya ingin kita memikirkan bagaimana untuk mempergunakan kelebihan dan momentum ini seoptimum yang mungkin.
Bulan lepas Timb. Presiden MPMKUIS, Sdr Akram Ikrami Dato' Taib Azamuddin memaklumkan kepada saya selepas pertemuan MPMKUIS dengan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, bahawa kerajaan negeri mengikuti rapat perkembangan blog di KUIS dan mengambil kira suara-suara tersebut. Saya difahamkan lagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada 3 blog bekas pemimpin mahasiswa mahasiswa, GEMA MAHASISWA, PEMIKIR MUSLIM dan MINDA HARAKI
Ini menunjukkan keberhasilan kita menarik perhatian masyarakat kampus waima pihak kerajaan sendiri. Inilah peluang untuk kita bersama mengembling kekuatan ini untuk sama-sama meniup semboyan kebangkitan mahasiswa khususnya di KUIS sendiri. Wadah dan masa sudah tepat. Tinggal lagi apa tindakan kita.
Baton sudah di tangan...
Oleh itu saya melihat KUIS Bloggers Group (KBlog) yang mengumpulkan pemblog-pemblog KUIS harus bertindak pantas mengenal pasti dan menambah keanggotaan. Usahakan pencarian dan penyertaan seramai mungkin pemblog.
Seterusnya aturkan pertemuan dengan anggota KBlog untuk kita memastikan hala tuju yang lebih jelas dan tersusun.
Ingat, kita sekarang tak ubah seperti pengamal media massa. Cuma bezanya kita dalam ruang lingkup KUIS. Saya berkeyakinan K Blog mampu memandu dan mencorak pandangan massa. Inilah seharusnya berlaku. Yang mana akhirnya kita akan melihat sendiri kebangkitan mahasiswa dalam segenap penjuru.
Harapan kini di tangan KBlog. Soalannya, mahu atau tidak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Tugas Besar Buat KBLOG"
Leave A Reply