Makluman
Adakah Kita Begini?
Friday, September 4, 2009
Bantah PPSMI Bukan Benci Bahasa Inggeris
Namun ia mendapat tentangan oleh rakyat yang diwakili oleh beberapa ahli akademik, ahli Sasterawa, Mahasiswa, NGO dan juga parti Politik. Tetapi tidak kurang juga mereka yang menyuarakan sokongan kepada perlaksaan PPSMI ini.
Mengapa PPSMI ini perlu dimansuhkan kerana ada yang beranggapan PPSMI ini merupakan satu acuan yang baik dalam matapelajaran Matematik dan Sains bila ke peringakt menara gading nanti dan dalam masa yang sama ia dapat menambahbaikkan bahasa Inggeris itu sendiri.
Tun Dr. Mahathir terus membela cetusannya ini dengan mengambil contoh pada zaman kegemilangan Islam dimana ilmuwan Islam pada zaman ini mempelajaran bahasa asing untuk menguasai pelbagai ilmu yang banyak terdapat di Negara-negara lain sebagai contoh ilmu falsafah di Yunani, Greek.
Akan tetapi Tun lupa kerana tidak menyebut perkara rentetan perjalanan ilmuwan islam selepas menguasai ilmu asing mereka mengarang kembali apa yang dipelajari dan menterjemahkan kitab-kitab asing kedalam bahasa arab untuk memudahkan rujukan.
Ini menunjukkan penggunaan bahasa sendiri dalam penyebaran ilmu adalah yang paling sesuai kerana apabila bahasa pengantar menggukanan bahasa sendiri memudahkan masyarakat setempat dalam menguasai sesebuah ilmu dengan tidak meninggalkan mempelajari bahasa-bahasa asing.
Penggunaan bahasa melayu dalam masyarakat kini semakin rapuh, jika kita perhatiakan golongan akademik atau professional yang pernah belajar di luar Negara banyak mencampur adukkan bahasa melayu dengan inggeris kononnya menggunakan bahasa Inggeris lebih maju dari memartabatkan bahasa sendiri.
Menteri mentor Singapura, Lee Kwan Yu pada siatu ketika menyatakan bahawa menyesal kerana singapura menggunakan bahasa asing aiatu inggeris sedangangkan rakyatnya kabanyakan berbangsa cina dan melayu dan Ia tidak menggambarkan jatidiri sendiri kepada Negara Singapura .
Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera.
Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.Ini menunjukan perlaksaan PPSMI tidak membantu secara keseluruhan pelajar-pelajar di Malaysia .
Isu mensuh PPSMI ini sebenarnya bukan isu politik semata-mata kerana yang menjadi ahlijawatankuasa Gabungan Masuh PPSMI (GMP) adalah dalam kalangan mereka yang pernah berbakti kepada Negara dalam memartabatkan bangsa termasuk sasterawan Negara Dato’ A.Samad Said, Datuk Dr. Hassan Ahmad yang merupakan bekas Bekas Ketua Pengarah DBP, Prof. Dr Shahrir Md Zain Dr., Mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT dan beberapa Ngo yang turut menyuarakan bantahan ini antaranya Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan lain-lain atas dasar melanggar perlembagaan bahasa kebangsaan Akta 152.
Namum begitu tidak dinafikan sumbangan beberapa ahli poltik dalam bantahan ini termasuk Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR, Dato’Sri Abdul Hadi Awang serta pimpinan PAS, Dato Dr. Khair Toyo (
Ini menunjukan pemansuhan PPSMI adalah tepat dan telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB. Dato’ Muhyiddin Yasin dimana ia akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Namun begitu ini tidak bererti tugas GMP sudah selesai kerana pihak penyokong PPSMI ini akan mencari jalan agar PPSMI ini dikekalkan atau dipinda.
http://syahiranmuhd.blogspot.com/
No Response to "Bantah PPSMI Bukan Benci Bahasa Inggeris"
Leave A Reply