Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Wednesday, August 19, 2009

H1N1 satu pentunjuk dari Allah

H1N1 atau dikenali sebagai selsema Babi telah melanda dunia sejak ahkhir-akhir ini dan telah mengakibatkan kematian. Penyakit ini bermula di Mexico dan merebak melalui mereka yang pernah melancong kesana.

Di Malaysia kadar kematian bagi pengidap H1N1 ialah 1 peratus dan kebanyakan yang maut adalah mereka yang mempuanyi penyakit lain seperti asma. Oleh yang demikian kerajaan telah memasang alat pengesan di setiap pintu masuk lapangan terbang bagi mengesan mereka yang membawa penyakit ini biarpun pada zahirnya sihat.

Jika diperhatikan, H1N1 ini merupakan petunjuk atau bala' dari Allah diatas kejahilan manusia yang semakin rakus dengan kehidupan masing-masing dengan munculnya pelbagai budaya yang di amati oleh golongan muda sekarang dan pengaruh hiburan yang mengusai setiap sudut kehidupan manusia.

Isu-isu yang berkaitan agama di pertikaikan seperti keputusan fatwa dalam pengharaman Pengkid dan senaman Yoga serta larangan merokok di Selangor. Sensitiviti umat Islam terhadap agamanya sudah lumpuh sehinggakan laungan azan di waktu subuh dipertikaikan dan mertabat ulamak dicabar oleh mereka yang bukan ahlinya.

Umat Islam berpecah belah daripada isu mazhab sehinggakan idologi-idologi yang dibawa olah mana-mana kumpulan ataupun parti politik.

Oleh itu mungkin ada hikmahnya tersebarnya musibah ini untuk kita sama-sama renungi apakah punca berlakunya kerana jika kita hendak kaitkan dengan khinzir, makluk itu sudah lama wujud didunia malah di Malaysia juga menternaknya.Apa yang berlaku ini adalah daripada Allah swt yang menjadikan semuanya yang wujud di bumi dan apa yang terbaku keatas hambanya.

Dan marilah kita kembali kepada agamanya serta memperbanyakan solat hajat disamping meneruskan langkah-langkah pencegahan penyakit yang mengundang maut ini.




Nick Name : SyahiranMuhd
Weblog :http://syahiranmuhd.blogspot.com

Monday, August 17, 2009

Keperluan Bereksperimental Dalam Pelbagai Bidang.




Oleh: Amir Hamzah Akal Ali


Mungkin ada di kalangan kita yang kaget apabila saya seringkali menggunakan perkataan eksperimental. Namun apabila difikir berulang-kali dari berbagai-bagai aspek, adakah itu kesalahan sedang saya mendapati perkataan eksperimental adalah satu perkataan yang paling
sesuai untuk saya mengungkapkan perlakuan ini.

Melihat kepada suasana yang dihadapi oleh gerakan-gerakan Islam dewasa ini saya merasa terpanggil untuk melakukan beberapa eksperimen di kampus. Mudah sahaja perbicaraan hari ini, bukankah AlBanna juga bermula di usia kita? Atau lebih sinis lagi, bukankah gerak eksperimennya bermula lagi awal dari kita?

Drama adalah satu seni. Menurut Abd. Rahim Anbar dalam bukunya Al-Masrahiah Baina al-Nazariah wa al-Tatbiq menyatakan drama lebih hampir dengan kehidupan kerana drama menceritakan tentang kehidupan dari semua bentuk seni; yang dibaca, didengar dan dilihat. Drama mempunyai nilai estetika, bukan sahaja mempunyai nilai hiburan tetapi juga mempunyai nilai pendidikan. Kesemua cerita-cerita atau kisah-kisah ini dilakonkan semula dan mempunyai kesan yang mendalam kepada penonton.

Jadi apa masalahnya di sini?

Pertama sekali perlu diingatkan kepada sesiapa yang menghadirkan soalan di atas akan keperluan berfikir dari berbagai-bagai aspek. Kita tidak mahu disebabkan persoalan kita yang remeh-temeh, sengaja, tidak kritis lantas kita hilang satu perkara yang perlu dalam gerakan Islam.

Saya bukanlah memandang drama dari sudut nafsu saya. Suka saya menyebutkan, saya memandang PKS dari Indonesia yang mahir menanggapi mad'u di sana. Di Indonesia, gerakan Islam dihebatkan lagi dengan orang-orang yang tahu realiti di zaman ini. Mereka di sana
mempunyai teater mereka yang tersendiri. Kalau tidak mempercayai apa yang saya sebutkan sila bertanya pada Kang Abik, pengarang Ayat-Ayat Cinta.

Itu adalah satu hal dari sudut seni. Bagaimana pula dengan nasyid? Saya pernah menonton rakaman tentang konsert nasyid mereka di sana. Menakjubkan! Hati saya tergugah untuk menyaksikan lagi konsert nasyid mereka.

Jadi apa yang mahu dieksperimenkan dengan nasyid? Bukankah Malaysia kita juga hebat dari sudut nasyid?

Suka saya menyebutkan kepada sesiapa yang mengutarakan persoalan seperti di atas. Tidakkah kita sedari apa nasyid yang ingin dibawa penasyid-penasyid Malaysia? Boleh saya katakan nasyid di Malaysia sudah hilang rohnya. Kumpulan-kumpulan nasyid yang menyebarkan nasyid-nasyid jiwang begitu berleluasa di Negara ini. Ditambah pula dengan masuknya unsur-unsur hip-hop dan R&B. Mungkinkah satu masa nanti akanmasuk juga unsur-unsur punk-rock atau ska dalam nasyid di Malaysia?

Ok. Berbalik kepada persoalan drama. Timbul satu persoalan, adakah drama islami adalah satu awlawiyat? Adakah ia satu prioriti berbanding siasah?

Jika ada orang yang menimbulkan persoalan begitu sekali lagi, perlu juga ditanya mana yang lebih penting antara aqidah dan politik? Mana yang lebih awla didulukan? Saya berpendapat aqidah kita tidak sehebat tauladan-tauladan yang lepas yang mana apabila dikatakan arak itu
haram, terus ditumpahkan tong-tong arak. Apabila dilaksanakan Hudud, tiada suara yang mencemuhnya sebagaimana dahsyatnya hudud dicemuh hari ini. Di sini saya tidak mengatakan aqidah kita tidak serupa seperti aqidah pejuang-pejuang Islam yang lepas tetapi aqidah tidak
begitu hebat seperti mana mereka yang lepas. Maka kenapa kita tak menumpukan dulu pada pembinaan aqidah seperti mana yang dilakukan Nabi S.A.W di Mekah selama 13 tahun.

( Sila teguri jika saya tersilap dalam konteks siasah syar'iyah di
Malaysia.)

Satu persoalan yang mahu saya timbulkan kepada peragu-peragu tentang keperluan drama Islami: Andaikata kita masih lagi tidak mendapat daulah dalam10 tahun lagi ataupun 20 tahun lagi ataupun 30 tahun lagi, apa yang kita mahu sajikan untuk orang-orang haraki dan orang-
orang Islam lainnya? Bukankah saban hari kita dihidangkan dengan berbagai-bagai aksi porno dalam tv? Adakah kita plastik yang tak menyedari realiti media sekarang?

Al-Qordhawi tidak mengatakan drama itu haram maka apa kenanya kita yang tidak bangkit mempelopori kesenian ini? Sedangkan seperti yang kita sedia maklum, mad'u terbesar di kalangan rakyat Malaysia adalah orang yang menonton tv. Bukankah setiap rumah di Malaysia sekarang hampir seluruhnya mempunyai tv termasuk orang-orang yang payah?

Saya pernah terbaca tentang rungutan orang-orang yang sedar tentang situasi Malaysia yang diancam bahaya. Kata mereka, mereka takut apabila Negara kita menjadi Negara Islam yang total kegiatan kesenian mereka akan diancam. Semua tak boleh. Di sini disamping meraikan mad'u, adakah boleh kita meminggirkan syariat? Mana mungkin!

Maka di sini apabila tidak dihukumkan drama itu qat'ie haram, apa salahnya gerakan Islam mula berani bereksperimental di kampus. Kita tidak mahu hanya dari sudut politik kita sahaja yang islam, namun dari sudut yang lain kita zero. Ekonomi kita tidak Islam, kesenian kita sekular punya, riadhah kita tidak mencerminkan Islam, adakah itu yang gerakan Islam di kampus mahu?

Satu persoalan yang sinis MESTI ditimbulkan. Kita memukul kuat syiah, namun apabila ditanya mana filem-filem islami kamu? Segera kitaberpaling kepada Iran. Adakah ini wajah kita yang sepatutnya?

Thursday, August 13, 2009

Kehodohan Transformers 2




Kehodohan Transformers 2.


Oleh: Amir Hamzah Akal Ali.



Filem sains fiksyen bangang ini Transformers: Revenge of the Fallen, dilancarkan pada 19 Jun, 2009 di United Kingdom dan 24 Jun, 2009 di Amerika Utara. Filem ini sekuel filem Transformers (2007). Michael Bay dan Steven Spielberg sebagai pengarah dan eksekutif produser untuk filem ini. Sementara Shia LaBeouf masih lagi memegang peran sebagai Sam Witwicky, seorang manusia yang terperangkap antara perang Autobots and Decepticons.



Adegan dimulakan dengan sejarah manusia dibumbui makhluq asing.



Lucah yang keterlaluan.



Kemudian diteruskan dengan adegan bapa Sam (Kevin Dunn) menepuk punggung ibu Sam (Julie White) di hadapan audien. Tidak pelik, itu budaya normal Amerika sana. Yang sedikit bangang, adegan anjing menoron anjing. Maaflah, jangan kata ayat saya ini, ayat lucah. Sesungguhnya, TV kita telah lama dilucahkan, diporno dan diromenkan. Adegan anjing meliwat anjing berlaku paling kurang, dua kali. Agaknya, golongan abnormal, atau memang banyak golongan anjing meliwat dubur anjing, banyak di Amerika. Kemudian, ingat semula adegan Alice yang berpura-pura berhajatkan kemaluan Sam. "... Alice, a co-ed who makes sexual advances on him...," Dicuri dari wikipedia Transformers 2.




Vandalisma Dalam Karya



Vandalisma, bukan budaya kita ini, sebenarnya telah lama bersepah-sepah di dalam panggung punggung cinema anak muda kita. Tidak usahlah berlagak kita ini aku anak timur, toleransi, jujur, amanah, siddiq, fatanah, bertimbang rasa, hormat pada yang tua dan sebagainya. Itu semua sudah tidak ada lagi di dalam realiti masa kini. Sepatutnya, dibubarkan sahaja Kementerian Kebudayaan. Budaya mereka, budaya orang lama yang tidak reti dan tidak cuba mengerti bahasa orang muda.



Transformers 2 menganjurkan, merosakkan lebuh raya, jalan raya, perpustakaan, mencabut dan merosakkan pokok, memecahkan bangunan, ini adalah vandalisma terancang, yang tidak akan sama sekali dilabel teroris, komunis, oportunis dan sebagainya.



Penonjolan Hero, Penonjolan Amerika!



Memanglah, jikalau kita pun sehebat Hollywood, tentu kita akan dabik dada dan kita katakan kita adalah hero sepertimana yang dibuat Amerika Hollywood hari ini. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana jika Optimus Prime bercakap, assalamualaykum, apa khabar? Menyanyi lagu Negaraku dan Lagu Untukmu. Kemudian, masa itu pula, disebabkan kita berjaya buat Transformers boleh cakap dalam bahasa Melayu, mesti para mufti bising bagai nak rak dalam filem Transformers Melayu itu: Bolehkah robot bagi salam? Robot bukan orang Islam. Mungkin bid’ah banyak berjejeran keluar dari bibir mereka ketika itu. Biasalah, bagi mereka yang buta budaya, akan terus terperosok terpesona jatuh dalam lubang yang sama.



Sebenarnya, semenjak Transformers yang pertama lagi, telah dipropagandakan tentang kejahatan kehebatan militari Amerika. Perhatian, Transformers 2 bukan sekadar filem murahan, tetapi filem propaganda peperangan. Cuba cari F-22 Raptor, Hummer H2, SR-71 Blackbird. Nama-nama ini bukanlah nama-nama fiksi, tetapi ini adalah nama senjata realiti masa kini yang digunapakai dalam filem ini. Bagaimana? Sudah menggeletar?



Makhluq asing. Kita VS Alien.



Mari kita mula berani mempersoalkan ugama serta kepercayaan mereka pula. Janganlah asyik bersifat defensif semata-mata. Ada baiknya kita sudah berani bersikap ofensif, berperang dengan mereka secara idea agar tidak lahir Lina Joy, seterusnya.



Jikalau mereka dan kita, sama-sama mempercayai makhluq asing, maka, kita dalam masa yang sama, mempercayai, makhluq asing turut mempunyai penciptanya.



Dicuri dari wikipedia filem Transformers 2:



"...Decepticon Soundwave hacks into a US satellite to eavesdrop on the NEST forces, learning the locations of the dead Decepticon leader Megatron and another piece of the AllSpark...,"



Awal kisah ini, ada makhluq asing menyelinap masuk ke satelit, kita bertanya, jadi, kalian yang mempercayai makhluq asing lebih dari mempercayai kewujudan Tuhan, kenapakah sehingga sekarang, makhluq asing belum menyerang satelit?



Adakah, mereka (Makhluq asing) yang berada di dalam UFO di luar atmosfera bumi belum berjumpa satelit? Adakah makluq asing-makhluq asing ini, sesat? Adakah mereka tidak mempunyai kompas?



Tidak perlulah menjadi doktor, professor, profesional, saintis atau apa sahaja jika sekadar mahu bersusah payah membuktikan, ada kewujudan makhluq Tuhan / hidupan di planet Marikh, kalau Tuhan iaitu Sang Pencipta pun kalian tidak kenal.



Ini perlu disebut berkali-kali. Kerana, ini adalah asas kewujudan filem tidak percaya kepada Tuhan ini. Janganlah marah, paling tidak, filem ini tidak mendorong keimanan kepada Tuhan juga, bukan? Seterusnya, pertentangan terhadap syariah dan Islam juga, tidak dapat tidak, berlaku atas kelemahan kita tidak menentang semula mereka, membiarkan mereka bermaharajalela tanpa menyerang mereka di kubu mereka, dengan kita berasa selesa bertahan di kubu kita. Tukar, kena ofensif.



Mereka lebih kalut dan sibuk mencari simbol makna pelik-pelik(Cybertronian Symbols) bagi mengabsahkan kewujudan hidupan tanpa Tuhan. Mereka bodoh, eskapisma, sentiasa mahu melarikan dari daripada berdepan dengan kenyataan terhadap segala dosa yang telah mereka lakukan di atas muka bumi.



Tanda-tanda tentang Tuhan wujud, serta berselerak dan ada yang tersusun di atas alam semesta ini, tetapi mereka bodoh. Mereka lebih bangang dari Hindu dan Buddha yang sekurang-kurangnya, meski tersesat, masih mengenali Tuhan, Rabb.




Apa yang baik tentang filem ini?



Mungkin, yang dapat dikaut dari cerita hodoh bodoh ini, malapetaka yang menimpa ummat (Decepticons) ini tidak boleh dibiarkan segolongan orang sahaja (Autobots) untuk memeranginya. Semua orang harus disedarkan, dan diperanankan (Sam Witwicky). Agar tidak terjadi kelompongan di mana-mana, hingga kita cuma ternampakkan Islam, cuma ada sistem politik, dan tidak ada kesenian dan kebudayaan pendidikan.


Thursday, August 6, 2009

Puisi Untuk Babi?



(Gambar dari hembusan.blogspot.com)


Tajuk: Utusan Tuhan yang Tidak Didengari.




Oleh: Amir Hamzah Akal Ali



Tuhan,



Yang bersemayam di atas arasy,



Mengutus utusan.






Tuhan,



Yang mengontrol alam,



Dari siang hingga ke malam,


Mengutus utusan.






Tuhan,



Yang tuan empunya segala-galanya,



Mengutus utusan-utusan



Dari zaman patung berhala,



Hingga ke era patung materialisma.






Tuhan,


Mengutus utusan-utusan,



Pelbagai rupa,



Pelbagai nama,



Pelbagai bentuk, tetapi aneh,



Makhluq-makhluq bernama manusia


Tidak tahu?



Atau tidak pernah ambil tahu?

Tuesday, August 4, 2009

SUHAKAM : Polis 'berlebihan' tembak gas, air


Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

http://malaysiakini.com/news/109869
-Admin

Demo anti-ISA: Pewaris mengadu pada SUHAKAM


Kumpulan penyokong akta ISA hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi besar kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya mencabul hak asasi warganegara Malaysia.

Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa, perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) secara jelas mencabuli lima hak warganegara yang digariskan dalam perlembagaan.

Beliau mendakwa, tindakan penunjuk perasaan anti-ISA yang lari ke arah orang awam di Chow Kit, Masjid India dan Masjid Jamek apabila polis menyuraikan mereka, telah menyebabkan pencabulan hak asasi seperti berikut:

Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.

Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang – memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.

Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.

Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.

Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu.

Mohd Khairul Azam yang membuat aduan tersebut bagi pihak Magaran, menamakan pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan tiga pemimpin utama pembangkang sebagai perlanggar utama hak-hak tersebut.

Mereka adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

“Kami mohon Suhakam menyiasat pelanggaran lima hak asasi orang awam ini dan kemukakan syor yang sepatutnya.

“Kami mohon Suhakam menyiasat dan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan aduan yang kami buat ini,” katanya dalam sidang media sejurus laporan itu dibuat di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim turut hadir.

Menurut Mohd Khairul Azam, aduan mereka diserahkan kepada seorang pegawai di bahagian aduan Suhakam, kerana pesuruhjayanya mempunyai tugas rasmi di tempat lain pada masa itu.

Ditanya tentang hak dan kebebasan GMI mengadakan perhimpunan awam, Mohd Khairul Azam berkata:

“Ini bukan persoalan telur dan ayam, yang mana dahulu. Ini berkenaaan undang-undang. Kita ajar anak-anak kita patuhi undang-undang. Apabila kena batang hidung sendiri, kenapa kita tidak patuh?

“Memang hak kamu untuk memohon, tetapi hak orang yang dipohon juga untuk memberi kebenaran atau tidak. Kalau kamu seorang anak minta RM10, wajib ke bapa bagi RM10 kepada kamu?” soalnya.

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kumpulan pro-ISA pula – yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil – bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan.
http://malaysiakini.com/news/109780

-Admin

Mainan komputer tulisan jawi


MENGIKUT catatan sejarah, tulisan jawi wujud di Nusantara sejak abad ke-14. Pembangunannya dikaitkan dengan penyebaran Islam dari Tanah Arab.

Di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan jawi sedikit demi sedikit hilang pengaruh berikutan perkembangan tulisan rumi, isu memartabatkan tulisan jawi mula diperkatakan.

Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan jawi dilatari kewajipan mempelajari ilmu agama, yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun, keistimewaan tulisan jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Justeru, sebarang usaha dalam mengetengahkan penggunaan tulisan jawi tentunya berbaloi.

Baru-baru ini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakar kejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan jawi yang dinamakan My Jawi Games.

Dicipta oleh pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Informasi KUIS, Noor Azli Mohamed Masrop, 37, permainan ini boleh dikategorikan sebagai satu aplikasi mobile learning atau kaedah pembelajaran cara mudah alih.

Pada Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-20 (20th International Invention, Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 15 hingga 17 Mei lalu, My Jawi Games memenangi Anugerah Pingat Emas.

Pameran itu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi, pertubuhan, syarikat dan individu dari dalam dan luar negara.

Cerita rakyat

My Jawi Games direkabentuk berasaskan cerita rakyat Pahang iaitu Azimat Awang Miskin dengan menggunakan platform animasi multimedia Adobe Flash sepenuhnya.

Cerita Azimat Awang Miskin mengisahkan seorang anak yatim piatu, Awang yang merantau untuk menuntut ilmu. Dalam pengembaraannya, Awang perlu menghadapi pelbagai cabaran.

Melalui tujuh modul, pengguna dicabar dengan pelbagai aktiviti seperti mengutip dan mengira buah-buahan, mendaki bukit, menyeberang sungai yang penuh buaya, memasak dan menangkap ikan.

"Alhamdulillah, permainan ini dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira setahun," kata Noor Azli, yang telah berkhidmat di KUIS selama 13 tahun.


NOOR AZLI (tengah) menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya kepada Mohd. Adanan(kanan) di Kuala Lumpur.

"Saya amat berterima kasih kepada KUIS kerana memberikan kerjasama dan bantuan, termasuk cuti bergaji penuh," tambahnya.

Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelajar serta guru sekolah, yang memberikan maklum balas dan nasihat berkenaan pendekatan pembelajaran di sekolah.

Permainan ini telah diuji di beberapa buah sekolah di sekitar Bangi dan mendapat sambutan yang amat baik. Hasilnya, ada murid sekolah terlibat yang sebelum ini tidak cekap membaca tulisan jawi kini dapat membacanya dengan lancar.

Objektif dan sasaran

My Jawi Games dihasilkan bertujuan memperkasa dan memartabat tulisan jawi bermula di peringkat kanak-kanak.

Dengan menggabungkan pembelajaran tulisan jawi bersama cerita rakyat, penghasilan My Jawi Games dilihat sebagai menyahut saranan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu menjadikan tulisan jawi serta cerita rakyat sebagai warisan negara yang sentiasa diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, My Jawi Games memberi pendedahan kepada pengguna, iaitu kanak-kanak menguasai teknologi maklumat dan multimedia dengan cara yang menyeronokkan.

Idea untuk menghasilkan permainan ini bermula apabila bapa kepada lima orang anak ini sering mendengar kes pelajar ponteng sekolah dan mengunjungi pusat permainan video.

Bertolak daripada rasa tanggungjawab yang menebal, Noor Azli berusaha mencari alternatif yang dapat membendung gejala tersebut.

"Lumrah kanak-kanak sukakan permainan yang menggembirakan, saya membina permainan jawi yang sekali gus dapat memberi motivasi dan nilai-nilai murni kepada mereka," kata Noor Azli.

Menurut Noor Azli, projek ini dihasilkan bagi melengkapi sebahagian daripada kajian beliau di peringkat kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijangka selesai pada tahun hadapan.

Rancangan masa hadapan

Harapan Noor Azli, My Jawi Games dapat diterima ramai.

Anak kelahiran Selangor ini berkata, permainan ini belum dipatenkan lagi kerana masih dalam peringkat percubaan.

Beliau ingin terus menjalankan percubaan di mana-mana pusat pendidikan untuk memenuhi syarat permohonan paten bagi permainan ini.

Noor Azli, yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo pertandingan Kemahiran ASEAN, berhasrat menaik taraf dan mempelbagaikan lagi ciptaannya agar penggunaannya tidak terhad kepada peringkat awal pembelajaran sahaja, malah sesuai untuk semua peringkat umur.

Contohnya, pendekatan tulisan jawi boleh digunakan dalam permainan komputer berunsur aksi lasak yang digemari oleh golongan remaja.

Melihat lebih jauh ke hadapan, Noor Azli juga mengimpikan untuk menerapkan penggunaan tulisan jawi dalam pembelajaran matematik dan sains, sebagaimana ia boleh diajar dalam bahasa Inggeris pada masa ini.

"Dalam semangat yang sama, jika tulisan jawi dapat diangkat sebagai satu daripada komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dinilai dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkemungkinan murid akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari jawi," kata Noor Azli.

Menurutnya, pelbagai usaha penyelidikan melibatkan tulisan jawi sememangnya telah dan sedang dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya seperti penciptaan pemproses perkataan jawi, penukar rumi-jawi, pengimbas jawi, penukar laman web rumi ke jawi dan perisian pembelajaran jawi.

My Jawi Games pula sebagai permainan komputer diharap akan menjadi permulaan kepada satu lagi sumbangan ke arah memartabatkan tulisan jawi.

Rektor KUIS, Datuk Mohd. Adanan Isman berkata, My Jawi Games merupakan satu penemuan inovasi yang baik.

"Dahulu, kita mendapat sumber bacaan jawi daripada kitab-kitab, surat khabar serta makalah-makalah, tetapi (kini bahan-bahan ini) kurang mendapat sambutan," katanya.

Menurutnya, penemuan teknologi yang sangat menarik ini diharapkan dapat memberi suntikan baru kepada pembangunan tulisan jawi. - Bernama

Sumber..
-Admin

PROJEK DALAM PERANCANGAN MAIS

Image


Image

Cadangan Projek Pembinaan Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor berjumlah RM 13.3 Juta.

H1N1 : KUIS Bercuti Selama Seminggu

Pada hari 4 Ogos 2009, Rabu jam 4 petang, semua pelajar dikehendaki ke Pusat Konvensyen KUIS (PKK) untuk mendengar teklimat oleh pihak pentadbiran akan gejala H1N1 yang melanda di Malaysia sekarang ini.

Himpunan pelajar KUIS ini dipengerusikan oleh dekan Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) iaitu ust. Subari,

Seterusnya talimat disampaikan oleh timbalan rektor hal ehwal pelajar Ybhg. Ust Khairi dimana beliau memaklum bahawa telah menerima notis dari kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan supaya premis KUIS ditutup bermula jam 5petang 4(hari ini) sehingga 10 ogos 2009 dan meminta supaya asrama di kosongkan.

Pelajar-pelajar boleh memilih untuk pulang ke kampung atau kekal di Selangor tetapi tidak dibenarkan tingga di dalam KUIS kecuali pelajar-pelajar antarabangsa, itu pun satu bilik, untuk seorang.

*Bahagian Bawah Artikel
Nick Name : Mujahid Siber5487
Weblog : www.syahiranmuhd.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

Bicara Merdeka Seorang Guru Tua

Lima dasawarsa yang lalu
aku, anak desa yang dungu serba tak tahu
hanya ikut-ikutan melulu
memekik “Merdeka! Hidup Tunku!” bertalu-talu.


Hingga tiba ketika aku berani bertanya
ruh dan makna sepatah kata,
meminta bukti nyata sebuah cerita
“Merdeka”.


Kutadah segala madah
Kuperah khazanah hikmah
Kutemukan daulat karamah insaniyah
Mulia perkasa dengan al-‘izzah.


Merdeka siapa cuma mengenyah penjajah
Merdekaku meraih ‘izzah
Deklarasi syahadah: la ilaha illa ’Llah
menyanggah berhala seribu wajah
mengenyah segala bedebah penjajah, penjarah, penjenayah.


Kubongkar pendaman fakta
Kubuka kitab pusaka
Terserlah deretan nama
Wira merdeka bukan Tunku sahaja
Ramai yang mendahuluinya.


Mendadak aku bertanya
sejarah bikinan siapa?
Merdekakah kita,
julingkah mata sarjana
apabila tidak bersuara
tentang pahlawan tak dikenang
wira tak didendang?


Lima dasawarsa lamanya
banyak kata belum terkota
banyak lagi rupa tak seindah berita.
Bagi generasi yang semakin tak mengerti
kata merdeka bak mantra yang hilang sakti
dan mereka semakin tak peduli.

Jiwa merdeka sirna ditelan pesta
Matilah rasa hilanglah peka
betapapun gegak gempitanya
pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tetapi semerta terbelalak mata
bila setan korupsi menggoda,
“Mau duit ka?
Mau duit ka? Mau duit ka?”

Gejala pesona yang kian menggila
menginjak taqwa menganjak jiwa
merdeka dengan Ketuhanan Yang Maha Esa
menjadi hamba kewangan yang “maha berkuasa”.

Pada Hari Merdeka yang ceria
kusimpan tangis di balik tawa
kupendam cemas di tengah pesta.
Akan terjualkah merdeka kita?


Siddiq Fadzil

KDH: 31 Ogos 2007.

Dikutip dari Buku Siddiq Fadzil, Mensyukuri Nikmat Menginsafi Amanat Sempena 50 Merdeka (Kajang: Wadah&Akademi Kajian Ketamadunan, 2007)

*Bahagian Bawah Artikel
Nick Name : Orang Kampung Nokkota
Weblog :http://xizhan88.blogspot.com/

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu / 1

Yang Mulia Tun Chanselor,
Para Ahli Majlis Universiti,
Para Ahli Senat Universiti,
Para Professor, Pensharah Kanan, Pensharah dan Penolong Pensharah,
Para Mahasiswa,
Para Tetamu Kenamaan,
Dan Para Hadhirin yang dihormati sekalian!

I
Voltaire pernah berkata bahwa fakta2 sejarah yang bersifat runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah sebagaimana barang2 angkutan
merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka; kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau dibebani fakta2 yang be-runchit2 itu nischaya akan tertindislah ia.
Meskipun tilikan fakta2 yang terpenchil itu menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah, namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah maka fakta2 itu menjadi palsu pula dan merupakan se-akan2 antinomi dalam falsafah sejarah. Kita harus menganggap fakta2 yang sedemikian
itu sebagai perkataan2 yang disusun dalam kamus; sungguhpun tiap sesuatu daripadanya menjelaskan kebenaran maknanya, akan tetapi pada keseluruhannya ia tiada mengandung makna sebab penyusunannya hanya berdasarkan pada giliran huruf2nya dalam abjad, bukan pada mempersangkut-pautkan konsep2 perkataan2 penting yang dapat
menayangkan suatu gambaran mengenai pandangan hidup masharakat yang menggunakan bahasa yang diperkamuskan itu. Maka ibaratnya samalah seperti kiasan yang pernah digunakan oleh Macaulay peri pengalaman pengembara Gulliver di negeri Brobdingnag yang didiami oleh manusia2 tinggi-besar seperti raksasa.
Syed Muhammad Naquib al-Attas /

2
Dari jauh gadis2 Brobdingnag terlihat sungguh jelita pada pandangan Gulliver, namun demikian bilamana ditatapnya wajah gadis2 itu dari dekat nyatalah dengan jelas urat2 darah pada mata dan pipi sigadis itu, serta lubang2 roma yang bertaburan meliputi parasnya. Alangkah palsunya penglihatan ini! Kita tahu bahwa apabila Basuki Abdullah
melukis wajah seorang gadis jelita, tiada akan se-kali2 dilukisnya juga urat-urat darah pada mata dan pipinya, dan lubang2 roma meliputi parasnya. Jikalau dilukisnya demikian, maka lukisan itu bukan sahaja akan membawa rasa-chita yang kurang sedap, bahkan akan menggambarkan pandangan yang palsu melulu-melainkan jikalau lukisan itu
dipersesuaikan dengan ukuran dan jarak pandangannya yang saksama pula. Demikianlah juga halnya dengan sejarah. Sebagaimana jumlah hakikat wajah gadis jelita tiada dapat direnungkan sebagai betul2 benar, begitu jugalah jumlah hakikat dan fakta2 sejarah tiada dapat ditilik sebagai betul2 menayangkan keadaan yang benar2 berlaku. Dengan ini jelaslah juga bahwa sungguhpun kajian2 yang bersifat mikro atapun
yang be-runchit2 itu ada gunanya dalam pentafsiran sejarah, namun bagaimanapun, adalah lebih utama bagi melaksanakan tafsiran yang saksama untuk mengemukakan hasil renungan ilmiah yang meliputi pandangan yang lebih besar. Andaikata penulisan sejarah itu harus ditumpukan pada pengkajian fakta yang ber-sifat runchitan, andaikata sejarah itu harus membayangkan segala hal sehingga termasuk kejadian
yang kechil2 dalam penghidupan insan, andaikata sejarah itu harus merupakan penulisan seluruh fakta2 dengan sechara mutlak atau absolut, justru tiada mungkin akan terchapai hasrat insan untuk mentafsirkan sejarah. Daya yang demikian itu tiada mungkin akan dapat dichapai, sebab tentu akan membawa pengertian bahwa segala hal yang berlaku termasuk perbinchangan2, perchakapan2, tindakan2 dan tiap2 perbuatan lain yang dilakukan insan haruslah juga dichatat dan dilaporkan serta ditafsirkan. Jangankan menulis sejarah suatu negara, bahkan sejarah suatu kampung yang meliputi jangka masa satu minggu-pun tiada dapat kita tulis dengan sepenuh-lengkapnya, dan
jikalau seki-ranya dapat sekalipun ditulis segala yang berlaku dalam suatu kampung dalam masa seminggu, maka penulisan itu justru akan memenuh-padatkan ruang gedung Parlemen. Sejarah yang melaporkan segala hal yang berlaku atau telah berlaku tiada akan menggambarkan kejadian dan keadaan yang benar berlaku. Bahwasanya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu /

3
ternyatalah konsep tugas seorang ahli sejarah itu bukanlah mengkaji, men-chatat, dan melaporkan segala hal yang terjadi dalam meriwayatkan dan mentafsirkan kehidupan dan nasib sesuatu bangsa; akan tetapi ia harus memilih apa yang hendak dikajinya, ia harus mengasingkan apa yang hendak dichatatnya dari bahan2 tiada terbatas itu, ia harus merumuskan apa yang hendak dilaporkannya dengan tujuan bagi menayangkan gambaran yang terdiri daripada sifat2 tertentu yang akan merupakan hakikat bangsa itu. Bahwa sesungguhnyalah sharahan ini bertujuan untuk memajukan satu renungan ilmiah yang luas mengenai peristiwa perabadan dalam sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia. Apabila kita tinjau luasan alam sejarah insan dari abad datang kezaman, akan kita dapati sekalisekali suatu pergolakan hebat yang merobah nasib suatu bangsa dan daya sejarah bangsa itu, sehingga perubahan itu menandakan suatu zaman baru. Pengertian ‘zaman baru’ itu ialah suatu zaman yang mempunyai chiri2 yang penting dan yang bersifat persendirian serta berlainan dengan sifat2 zaman yang lampau, zaman yang menayangkan pandangan hidup yang berbeda daripada yang lampau, zaman yang menubuhkan bukan sahaja rupa baru bahkan juga jiwa baru. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia perbandingan2 yang direkakan oleh para sarjana dan ahli sejarah Barat mengenai kiasan2 yang berlaku dalam sejarah adalah
perbandingan dengan sejarah benua India, yang dianggap oleh mereka se-olah2 mewujudkan segara peristiwa sejarah kita. Dalam sharahan ini izinkanlah saya membuat perbandingan dan memberikan kiasan yang tiada berdasarkan pandangan terhadap sejarah benua India. Saya akan menolehkan pandangan saya kepada sejarah Eropa pada takat sebelum timbulnya keadaan baru yang menerbitkan Abad Pertengahan sejarah itu, dan dalam pada itu juga akan mengemukakan pandangan2 mengenai pengaruh terbitnya Islam terhadap penjelmaan


Abad Pertengahan di Eropa.

Memang telah diakui oleh beberapa orang sarjana dan ahli sejarah Eropa yang terkenal bahwa kedatangan Islam kedunia Timur dan kebeberapa tempat di Eropa serta hubungan fikiran dan lain2 yang berlaku sebagai akibatnya itu justru telah menimbulkan pengaruh aliran baru dalam pandangan hidup orang Eropa. Terbitnya Islam telah diSyed
Muhammad Naquib al-Attas /

4
anggap sebagai membimbing kearah suatu zaman baru, membawa permulaan suatu zaman yang disebut zaman moden, bukan sahaja dalam sejarah Eropa tetapi juga dalam sebahagian besar sejarah dunia yang terpengaruh olehnya. Zaman moden itu disebut ‘moden’ sebab ilmu pengetahuannya berdasarkan rasionalisma atau pengetahuan akliah, dan sistim masharakatnya mementingkan kebebasan orang perseorangan atau kepribadian insan dari genggaman keperchayaan yang tiada rasional, sedangkan zaman yang bukan moden itu berdasarkan seni yang membantu membelenggu masharakat dengan keperchayaan takhyul.

Perbedaan ini, diantara lainnya, menjadi perbedaan utama antara sifat2 zaman moden dan yang bukan moden. Dengan istilah ‘seni’ dalam perbincangan ini dimaksudkan suatu chabang falsafah yang menumpukan pemikiran dan perasaan pada yang indah atau chantik,
ataupun kepada keindahan atau kechantikan, terutama sekali dalam bidang kesenian. Selain dari itu chabang falsafah yang disebut seni itu lebih sibut berupaya dalam hal2 yang mengenai taraf dan nilai perihal menikmati kesenian. Yang saya maksudkan dengan rasionalisma, dengan pengetahuan akliah, ialah suatu chara-gaya falsafah yang
berdasarkan pengkajian alam semesta mengikut daya tatatertib akal. Tiada akan meliwati batas jikalau kita bandingkan pengaruh kedatangan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia dengan pengaruh Islam di Eropa pada abad keenam dan abad ketujuh Masihi. Sebagaimana di Eropa seni mengambil peranan utama sebelum pengaruh Islam, kita lihat didaerah Kepulauan Melayu-Indonesia pun seni menjadi dasar hidup dizaman Hindu-Buddha; sebagaimana zaman moden terpimpin masuk oleh pengaruh Islam mewujudkan suasana baru di Eropa, demikian jugalah kedatangan Islam kedaerah Kepulauan Melayu-
Indonesia menandakan kedatangan zaman baru dan permulaan zaman
moden.

II

Menurut Henri Pirenne, seorang sarjana sejarah Eropa yang terkenal dalam bidang teori tentang perabadan sejarah Eropa, proses sejarah yang memulakan penjelmaan semangat Abad Pertengahan di Eropa bukanlah sesungguhnya disebabkan oleh akibat kedatangan golongan Kaum Biadab yang terdiri daripada sukubangsa Jerman, yang
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu /

*Bahagian Bawah Artikel
Nick Name : orang kampung nokkota
Weblog :xizhan88.blogspot.com

Anwar, Hadi dicari polis kes sertai demo anti-ISA

Polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan 20,000 orang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur sepanjang petang ini.

Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat:

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali,
Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua;
Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu;
ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang ini.

Dalam perkembangan sehingga jam 11 malam ini, polis Kuala Lumpur mengeluarkan angka tangkapan terbaru: 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun 40 wanita ditangkap bagi siasatan menurut Akta Polis 1967.

"Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar, yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun," Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dipetik berkata.

Setakat 6 petang tadi, Muhamad Sabtu memberitahu Malaysiakini bahawa seramai 438 orang ditahan sejak 7 pagi, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.

Semuanya kecuali tiga orang berbangsa Melayu.

Antara tokoh utama pembangkang yang ditahan: Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa.

Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan.

Sewaktu dihubung lewat petang tadi, Kamaruzaman yang juga timbalan pengerusi Himpunan MANSUH berkata mereka belum mendapat maklumat lanjut, setakat ini.

Penunjuk perasaan anti-ISA dipercayai dibawa ke beberapa balai polis tempat, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Jalil dan IPD Cheras.

Sementara dua penggerak utama GMI - penganjur perhimpunan hari ini yang dibuat bersempena ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta kontroversi itu - ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam percubaan mereka berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Dua anggota jawatankuasa GMI Norlaila Othman dan Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu ke IPD Cheras.

Norlaila, ketika dalam tahanan, memberitahu Malaysiakini bahawa 18 tahanan wanita dibawa ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 7 petang.


http://www.malaysiakini.com/news/109713

Wajibkan pemaju tunjuk arah kiblat


Menteri besar Selangor hari ini mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) di negerinya memastikan pemaju menetapkan arah kiblat sebagai syarat tambahan bagi kelulusan pelan projek.
Justify Full
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemaju perlu mendapatkan maklumat awal daripada Jabatan Mufti bagi memastikan kedudukan arah kiblat di kawasan pelan projek yang dibangunkan, lapor Bernama.

"Saya berharap melalui syarat ini semua pihak akan lebih prihatin dengan kedudukan kiblat yang menjadi perkara penting dalam ibadah umat Islam," beliau dipetik berkata ketika merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 kali kelima di Shah Alam.

Tambahnya, pemaju juga diminta mendirikan replika petunjuk arah kiblat di taman-taman perumahan yang baru dibuka sebagai panduan kepada penduduk setempat.

Selain itu, beliau berkata petunjuk arah kiblat yang betul perlu diwujudkan di ruang solat setiap rumah, pejabat, premis perniagaan, hotel dan kawasan rehat di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, masjid dan surau yang hendak dibina di negeri itu juga diminta mendapatkan nasihat Jabatan Mufti bagi memastikan kiblat yang betul.

"Terdapat beberapa kes yang arah kiblat di atas pelan tidak tepat dengan kedudukan sebenar di tapak pembinaan, jadi kita tidak mahu surau atau masjid yang dibina dengan nilai jutaan ringgit tetapi tidak tepat kedudukan kiblatnya," katanya.

Jabatan Mufti Selangor turut melancarkan sistem aplikasi arah kiblat dalam talian yang akan membolehkan permohonan menentukan arah kiblat di tempat-tempat ibadah dan premis-premis perniagaan dilakukan dengan lebih mudah.

Sistem aplikasi tersebut merupakan yang pertama diwujudkan di negara ini dan borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.muftiselangor.gov.my.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata sistem aplikasi itu diperkenalkan sejak pertengahan tahun lepas dengan purata kira-kira 30 permohonan sehari.

http://www.malaysiakini.com/news/109721