Makluman
Adakah Kita Begini?
Thursday, August 13, 2009
Kehodohan Transformers 2
Kehodohan Transformers 2.
Oleh: Amir Hamzah Akal Ali.
Filem sains fiksyen bangang ini Transformers: Revenge of the Fallen, dilancarkan pada 19 Jun, 2009 di
Adegan dimulakan dengan sejarah manusia dibumbui makhluq asing.
Lucah yang keterlaluan.
Kemudian diteruskan dengan adegan bapa Sam (Kevin Dunn) menepuk punggung ibu Sam (Julie White) di hadapan audien. Tidak pelik, itu budaya normal Amerika
Vandalisma Dalam Karya
Vandalisma, bukan budaya kita ini, sebenarnya telah lama bersepah-sepah di dalam panggung punggung cinema anak muda kita. Tidak usahlah berlagak kita ini aku anak timur, toleransi, jujur, amanah, siddiq, fatanah, bertimbang rasa, hormat pada yang tua dan sebagainya. Itu semua sudah tidak ada lagi di dalam realiti masa kini. Sepatutnya, dibubarkan sahaja Kementerian Kebudayaan. Budaya mereka, budaya orang lama yang tidak reti dan tidak
Transformers 2 menganjurkan, merosakkan lebuh raya, jalan raya, perpustakaan, mencabut dan merosakkan pokok, memecahkan bangunan, ini adalah vandalisma terancang, yang tidak akan sama sekali dilabel teroris, komunis, oportunis dan sebagainya.
Penonjolan Hero, Penonjolan Amerika!
Memanglah, jikalau kita pun sehebat
Sebenarnya, semenjak Transformers yang pertama lagi, telah dipropagandakan tentang kejahatan kehebatan militari Amerika. Perhatian, Transformers 2 bukan sekadar filem murahan, tetapi filem propaganda peperangan.
Makhluq asing. Kita VS Alien.
Mari kita mula berani mempersoalkan ugama serta kepercayaan mereka pula. Janganlah asyik bersifat defensif semata-mata.
Jikalau mereka dan kita, sama-sama mempercayai makhluq asing, maka, kita dalam masa yang sama, mempercayai, makhluq asing turut mempunyai penciptanya.
Dicuri dari wikipedia filem Transformers 2:
"...Decepticon Soundwave hacks into a US satellite to eavesdrop on the NEST forces, learning the locations of the dead Decepticon leader Megatron and another piece of the AllSpark...,"
Awal kisah ini, ada makhluq asing menyelinap masuk ke satelit, kita bertanya, jadi, kalian yang mempercayai makhluq asing lebih dari mempercayai kewujudan Tuhan, kenapakah sehingga sekarang, makhluq asing belum menyerang satelit?
Adakah, mereka (Makhluq asing) yang berada di dalam UFO di luar atmosfera bumi belum berjumpa satelit? Adakah makluq asing-makhluq asing ini, sesat? Adakah mereka tidak mempunyai kompas?
Tidak perlulah menjadi doktor, professor, profesional, saintis atau apa sahaja jika sekadar mahu bersusah payah membuktikan, ada kewujudan makhluq Tuhan / hidupan di planet Marikh, kalau Tuhan iaitu Sang Pencipta pun kalian tidak kenal.
Ini perlu disebut berkali-kali. Kerana, ini adalah asas kewujudan filem tidak percaya kepada Tuhan ini. Janganlah marah, paling tidak, filem ini tidak mendorong keimanan kepada Tuhan juga, bukan? Seterusnya, pertentangan terhadap syariah dan Islam juga, tidak dapat tidak, berlaku atas kelemahan kita tidak menentang semula mereka, membiarkan mereka bermaharajalela tanpa menyerang mereka di kubu mereka, dengan kita berasa selesa bertahan di kubu kita. Tukar, kena ofensif.
Mereka lebih kalut dan sibuk mencari simbol makna pelik-pelik(Cybertronian Symbols) bagi mengabsahkan kewujudan hidupan tanpa Tuhan. Mereka bodoh, eskapisma, sentiasa mahu melarikan dari daripada berdepan dengan kenyataan terhadap segala dosa yang telah mereka lakukan di atas muka bumi.
Tanda-tanda tentang Tuhan wujud, serta berselerak dan ada yang tersusun di atas alam semesta ini, tetapi mereka bodoh. Mereka lebih bangang dari Hindu dan Buddha yang sekurang-kurangnya, meski tersesat, masih mengenali Tuhan, Rabb.
Apa yang baik tentang filem ini?
Mungkin, yang dapat dikaut dari cerita hodoh bodoh ini, malapetaka yang menimpa ummat (Decepticons) ini tidak boleh dibiarkan segolongan orang sahaja (Autobots) untuk memeranginya. Semua orang harus disedarkan, dan diperanankan (Sam Witwicky). Agar tidak terjadi kelompongan di mana-mana, hingga kita cuma ternampakkan Islam, cuma ada sistem politik, dan tidak ada kesenian dan kebudayaan pendidikan.
No Response to "Kehodohan Transformers 2"
Leave A Reply