Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Tuesday, August 4, 2009

SUHAKAM : Polis 'berlebihan' tembak gas, air


Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

http://malaysiakini.com/news/109869
-Admin

Demo anti-ISA: Pewaris mengadu pada SUHAKAM


Kumpulan penyokong akta ISA hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi besar kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya mencabul hak asasi warganegara Malaysia.

Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa, perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) secara jelas mencabuli lima hak warganegara yang digariskan dalam perlembagaan.

Beliau mendakwa, tindakan penunjuk perasaan anti-ISA yang lari ke arah orang awam di Chow Kit, Masjid India dan Masjid Jamek apabila polis menyuraikan mereka, telah menyebabkan pencabulan hak asasi seperti berikut:

Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.

Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang – memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.

Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.

Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.

Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu.

Mohd Khairul Azam yang membuat aduan tersebut bagi pihak Magaran, menamakan pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan tiga pemimpin utama pembangkang sebagai perlanggar utama hak-hak tersebut.

Mereka adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

“Kami mohon Suhakam menyiasat pelanggaran lima hak asasi orang awam ini dan kemukakan syor yang sepatutnya.

“Kami mohon Suhakam menyiasat dan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan aduan yang kami buat ini,” katanya dalam sidang media sejurus laporan itu dibuat di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim turut hadir.

Menurut Mohd Khairul Azam, aduan mereka diserahkan kepada seorang pegawai di bahagian aduan Suhakam, kerana pesuruhjayanya mempunyai tugas rasmi di tempat lain pada masa itu.

Ditanya tentang hak dan kebebasan GMI mengadakan perhimpunan awam, Mohd Khairul Azam berkata:

“Ini bukan persoalan telur dan ayam, yang mana dahulu. Ini berkenaaan undang-undang. Kita ajar anak-anak kita patuhi undang-undang. Apabila kena batang hidung sendiri, kenapa kita tidak patuh?

“Memang hak kamu untuk memohon, tetapi hak orang yang dipohon juga untuk memberi kebenaran atau tidak. Kalau kamu seorang anak minta RM10, wajib ke bapa bagi RM10 kepada kamu?” soalnya.

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara kelmarin untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran GMI.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kumpulan pro-ISA pula – yang jumlah penyokongnya jauh lebih kecil – bersurai setelah dihalang polis di Jalan Tun Sambanthan.
http://malaysiakini.com/news/109780

-Admin

Mainan komputer tulisan jawi


MENGIKUT catatan sejarah, tulisan jawi wujud di Nusantara sejak abad ke-14. Pembangunannya dikaitkan dengan penyebaran Islam dari Tanah Arab.

Di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan jawi sedikit demi sedikit hilang pengaruh berikutan perkembangan tulisan rumi, isu memartabatkan tulisan jawi mula diperkatakan.

Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan jawi dilatari kewajipan mempelajari ilmu agama, yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun, keistimewaan tulisan jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Justeru, sebarang usaha dalam mengetengahkan penggunaan tulisan jawi tentunya berbaloi.

Baru-baru ini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakar kejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan jawi yang dinamakan My Jawi Games.

Dicipta oleh pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Informasi KUIS, Noor Azli Mohamed Masrop, 37, permainan ini boleh dikategorikan sebagai satu aplikasi mobile learning atau kaedah pembelajaran cara mudah alih.

Pada Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-20 (20th International Invention, Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 15 hingga 17 Mei lalu, My Jawi Games memenangi Anugerah Pingat Emas.

Pameran itu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi, pertubuhan, syarikat dan individu dari dalam dan luar negara.

Cerita rakyat

My Jawi Games direkabentuk berasaskan cerita rakyat Pahang iaitu Azimat Awang Miskin dengan menggunakan platform animasi multimedia Adobe Flash sepenuhnya.

Cerita Azimat Awang Miskin mengisahkan seorang anak yatim piatu, Awang yang merantau untuk menuntut ilmu. Dalam pengembaraannya, Awang perlu menghadapi pelbagai cabaran.

Melalui tujuh modul, pengguna dicabar dengan pelbagai aktiviti seperti mengutip dan mengira buah-buahan, mendaki bukit, menyeberang sungai yang penuh buaya, memasak dan menangkap ikan.

"Alhamdulillah, permainan ini dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira setahun," kata Noor Azli, yang telah berkhidmat di KUIS selama 13 tahun.


NOOR AZLI (tengah) menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya kepada Mohd. Adanan(kanan) di Kuala Lumpur.

"Saya amat berterima kasih kepada KUIS kerana memberikan kerjasama dan bantuan, termasuk cuti bergaji penuh," tambahnya.

Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelajar serta guru sekolah, yang memberikan maklum balas dan nasihat berkenaan pendekatan pembelajaran di sekolah.

Permainan ini telah diuji di beberapa buah sekolah di sekitar Bangi dan mendapat sambutan yang amat baik. Hasilnya, ada murid sekolah terlibat yang sebelum ini tidak cekap membaca tulisan jawi kini dapat membacanya dengan lancar.

Objektif dan sasaran

My Jawi Games dihasilkan bertujuan memperkasa dan memartabat tulisan jawi bermula di peringkat kanak-kanak.

Dengan menggabungkan pembelajaran tulisan jawi bersama cerita rakyat, penghasilan My Jawi Games dilihat sebagai menyahut saranan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu menjadikan tulisan jawi serta cerita rakyat sebagai warisan negara yang sentiasa diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, My Jawi Games memberi pendedahan kepada pengguna, iaitu kanak-kanak menguasai teknologi maklumat dan multimedia dengan cara yang menyeronokkan.

Idea untuk menghasilkan permainan ini bermula apabila bapa kepada lima orang anak ini sering mendengar kes pelajar ponteng sekolah dan mengunjungi pusat permainan video.

Bertolak daripada rasa tanggungjawab yang menebal, Noor Azli berusaha mencari alternatif yang dapat membendung gejala tersebut.

"Lumrah kanak-kanak sukakan permainan yang menggembirakan, saya membina permainan jawi yang sekali gus dapat memberi motivasi dan nilai-nilai murni kepada mereka," kata Noor Azli.

Menurut Noor Azli, projek ini dihasilkan bagi melengkapi sebahagian daripada kajian beliau di peringkat kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijangka selesai pada tahun hadapan.

Rancangan masa hadapan

Harapan Noor Azli, My Jawi Games dapat diterima ramai.

Anak kelahiran Selangor ini berkata, permainan ini belum dipatenkan lagi kerana masih dalam peringkat percubaan.

Beliau ingin terus menjalankan percubaan di mana-mana pusat pendidikan untuk memenuhi syarat permohonan paten bagi permainan ini.

Noor Azli, yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo pertandingan Kemahiran ASEAN, berhasrat menaik taraf dan mempelbagaikan lagi ciptaannya agar penggunaannya tidak terhad kepada peringkat awal pembelajaran sahaja, malah sesuai untuk semua peringkat umur.

Contohnya, pendekatan tulisan jawi boleh digunakan dalam permainan komputer berunsur aksi lasak yang digemari oleh golongan remaja.

Melihat lebih jauh ke hadapan, Noor Azli juga mengimpikan untuk menerapkan penggunaan tulisan jawi dalam pembelajaran matematik dan sains, sebagaimana ia boleh diajar dalam bahasa Inggeris pada masa ini.

"Dalam semangat yang sama, jika tulisan jawi dapat diangkat sebagai satu daripada komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dinilai dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkemungkinan murid akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari jawi," kata Noor Azli.

Menurutnya, pelbagai usaha penyelidikan melibatkan tulisan jawi sememangnya telah dan sedang dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya seperti penciptaan pemproses perkataan jawi, penukar rumi-jawi, pengimbas jawi, penukar laman web rumi ke jawi dan perisian pembelajaran jawi.

My Jawi Games pula sebagai permainan komputer diharap akan menjadi permulaan kepada satu lagi sumbangan ke arah memartabatkan tulisan jawi.

Rektor KUIS, Datuk Mohd. Adanan Isman berkata, My Jawi Games merupakan satu penemuan inovasi yang baik.

"Dahulu, kita mendapat sumber bacaan jawi daripada kitab-kitab, surat khabar serta makalah-makalah, tetapi (kini bahan-bahan ini) kurang mendapat sambutan," katanya.

Menurutnya, penemuan teknologi yang sangat menarik ini diharapkan dapat memberi suntikan baru kepada pembangunan tulisan jawi. - Bernama

Sumber..
-Admin

PROJEK DALAM PERANCANGAN MAIS

Image


Image

Cadangan Projek Pembinaan Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor berjumlah RM 13.3 Juta.

H1N1 : KUIS Bercuti Selama Seminggu

Pada hari 4 Ogos 2009, Rabu jam 4 petang, semua pelajar dikehendaki ke Pusat Konvensyen KUIS (PKK) untuk mendengar teklimat oleh pihak pentadbiran akan gejala H1N1 yang melanda di Malaysia sekarang ini.

Himpunan pelajar KUIS ini dipengerusikan oleh dekan Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) iaitu ust. Subari,

Seterusnya talimat disampaikan oleh timbalan rektor hal ehwal pelajar Ybhg. Ust Khairi dimana beliau memaklum bahawa telah menerima notis dari kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan supaya premis KUIS ditutup bermula jam 5petang 4(hari ini) sehingga 10 ogos 2009 dan meminta supaya asrama di kosongkan.

Pelajar-pelajar boleh memilih untuk pulang ke kampung atau kekal di Selangor tetapi tidak dibenarkan tingga di dalam KUIS kecuali pelajar-pelajar antarabangsa, itu pun satu bilik, untuk seorang.

*Bahagian Bawah Artikel
Nick Name : Mujahid Siber5487
Weblog : www.syahiranmuhd.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

Bicara Merdeka Seorang Guru Tua

Lima dasawarsa yang lalu
aku, anak desa yang dungu serba tak tahu
hanya ikut-ikutan melulu
memekik “Merdeka! Hidup Tunku!” bertalu-talu.


Hingga tiba ketika aku berani bertanya
ruh dan makna sepatah kata,
meminta bukti nyata sebuah cerita
“Merdeka”.


Kutadah segala madah
Kuperah khazanah hikmah
Kutemukan daulat karamah insaniyah
Mulia perkasa dengan al-‘izzah.


Merdeka siapa cuma mengenyah penjajah
Merdekaku meraih ‘izzah
Deklarasi syahadah: la ilaha illa ’Llah
menyanggah berhala seribu wajah
mengenyah segala bedebah penjajah, penjarah, penjenayah.


Kubongkar pendaman fakta
Kubuka kitab pusaka
Terserlah deretan nama
Wira merdeka bukan Tunku sahaja
Ramai yang mendahuluinya.


Mendadak aku bertanya
sejarah bikinan siapa?
Merdekakah kita,
julingkah mata sarjana
apabila tidak bersuara
tentang pahlawan tak dikenang
wira tak didendang?


Lima dasawarsa lamanya
banyak kata belum terkota
banyak lagi rupa tak seindah berita.
Bagi generasi yang semakin tak mengerti
kata merdeka bak mantra yang hilang sakti
dan mereka semakin tak peduli.

Jiwa merdeka sirna ditelan pesta
Matilah rasa hilanglah peka
betapapun gegak gempitanya
pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tetapi semerta terbelalak mata
bila setan korupsi menggoda,
“Mau duit ka?
Mau duit ka? Mau duit ka?”

Gejala pesona yang kian menggila
menginjak taqwa menganjak jiwa
merdeka dengan Ketuhanan Yang Maha Esa
menjadi hamba kewangan yang “maha berkuasa”.

Pada Hari Merdeka yang ceria
kusimpan tangis di balik tawa
kupendam cemas di tengah pesta.
Akan terjualkah merdeka kita?


Siddiq Fadzil

KDH: 31 Ogos 2007.

Dikutip dari Buku Siddiq Fadzil, Mensyukuri Nikmat Menginsafi Amanat Sempena 50 Merdeka (Kajang: Wadah&Akademi Kajian Ketamadunan, 2007)

*Bahagian Bawah Artikel
Nick Name : Orang Kampung Nokkota
Weblog :http://xizhan88.blogspot.com/

Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu / 1

Yang Mulia Tun Chanselor,
Para Ahli Majlis Universiti,
Para Ahli Senat Universiti,
Para Professor, Pensharah Kanan, Pensharah dan Penolong Pensharah,
Para Mahasiswa,
Para Tetamu Kenamaan,
Dan Para Hadhirin yang dihormati sekalian!

I
Voltaire pernah berkata bahwa fakta2 sejarah yang bersifat runchitan dan yang tiada membawa kepada sesuatu matlamat merupakan kepada sejarah sebagaimana barang2 angkutan
merupakan kepada tentera–yaitu sebagai beban rintangan belaka; kita harus memandang sejarah dengan pandangan semesta, justru sebab akal insan itu sedemikian kechilnya sehingga jikalau dibebani fakta2 yang be-runchit2 itu nischaya akan tertindislah ia.
Meskipun tilikan fakta2 yang terpenchil itu menunjukkan dan menyatakan perkara-perkara yang benar berlaku dalam sejarah, namun jikalau dilihat dari sudut hiasan permandangan alam sejarah maka fakta2 itu menjadi palsu pula dan merupakan se-akan2 antinomi dalam falsafah sejarah. Kita harus menganggap fakta2 yang sedemikian
itu sebagai perkataan2 yang disusun dalam kamus; sungguhpun tiap sesuatu daripadanya menjelaskan kebenaran maknanya, akan tetapi pada keseluruhannya ia tiada mengandung makna sebab penyusunannya hanya berdasarkan pada giliran huruf2nya dalam abjad, bukan pada mempersangkut-pautkan konsep2 perkataan2 penting yang dapat
menayangkan suatu gambaran mengenai pandangan hidup masharakat yang menggunakan bahasa yang diperkamuskan itu. Maka ibaratnya samalah seperti kiasan yang pernah digunakan oleh Macaulay peri pengalaman pengembara Gulliver di negeri Brobdingnag yang didiami oleh manusia2 tinggi-besar seperti raksasa.
Syed Muhammad Naquib al-Attas /

2
Dari jauh gadis2 Brobdingnag terlihat sungguh jelita pada pandangan Gulliver, namun demikian bilamana ditatapnya wajah gadis2 itu dari dekat nyatalah dengan jelas urat2 darah pada mata dan pipi sigadis itu, serta lubang2 roma yang bertaburan meliputi parasnya. Alangkah palsunya penglihatan ini! Kita tahu bahwa apabila Basuki Abdullah
melukis wajah seorang gadis jelita, tiada akan se-kali2 dilukisnya juga urat-urat darah pada mata dan pipinya, dan lubang2 roma meliputi parasnya. Jikalau dilukisnya demikian, maka lukisan itu bukan sahaja akan membawa rasa-chita yang kurang sedap, bahkan akan menggambarkan pandangan yang palsu melulu-melainkan jikalau lukisan itu
dipersesuaikan dengan ukuran dan jarak pandangannya yang saksama pula. Demikianlah juga halnya dengan sejarah. Sebagaimana jumlah hakikat wajah gadis jelita tiada dapat direnungkan sebagai betul2 benar, begitu jugalah jumlah hakikat dan fakta2 sejarah tiada dapat ditilik sebagai betul2 menayangkan keadaan yang benar2 berlaku. Dengan ini jelaslah juga bahwa sungguhpun kajian2 yang bersifat mikro atapun
yang be-runchit2 itu ada gunanya dalam pentafsiran sejarah, namun bagaimanapun, adalah lebih utama bagi melaksanakan tafsiran yang saksama untuk mengemukakan hasil renungan ilmiah yang meliputi pandangan yang lebih besar. Andaikata penulisan sejarah itu harus ditumpukan pada pengkajian fakta yang ber-sifat runchitan, andaikata sejarah itu harus membayangkan segala hal sehingga termasuk kejadian
yang kechil2 dalam penghidupan insan, andaikata sejarah itu harus merupakan penulisan seluruh fakta2 dengan sechara mutlak atau absolut, justru tiada mungkin akan terchapai hasrat insan untuk mentafsirkan sejarah. Daya yang demikian itu tiada mungkin akan dapat dichapai, sebab tentu akan membawa pengertian bahwa segala hal yang berlaku termasuk perbinchangan2, perchakapan2, tindakan2 dan tiap2 perbuatan lain yang dilakukan insan haruslah juga dichatat dan dilaporkan serta ditafsirkan. Jangankan menulis sejarah suatu negara, bahkan sejarah suatu kampung yang meliputi jangka masa satu minggu-pun tiada dapat kita tulis dengan sepenuh-lengkapnya, dan
jikalau seki-ranya dapat sekalipun ditulis segala yang berlaku dalam suatu kampung dalam masa seminggu, maka penulisan itu justru akan memenuh-padatkan ruang gedung Parlemen. Sejarah yang melaporkan segala hal yang berlaku atau telah berlaku tiada akan menggambarkan kejadian dan keadaan yang benar berlaku. Bahwasanya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu /

3
ternyatalah konsep tugas seorang ahli sejarah itu bukanlah mengkaji, men-chatat, dan melaporkan segala hal yang terjadi dalam meriwayatkan dan mentafsirkan kehidupan dan nasib sesuatu bangsa; akan tetapi ia harus memilih apa yang hendak dikajinya, ia harus mengasingkan apa yang hendak dichatatnya dari bahan2 tiada terbatas itu, ia harus merumuskan apa yang hendak dilaporkannya dengan tujuan bagi menayangkan gambaran yang terdiri daripada sifat2 tertentu yang akan merupakan hakikat bangsa itu. Bahwa sesungguhnyalah sharahan ini bertujuan untuk memajukan satu renungan ilmiah yang luas mengenai peristiwa perabadan dalam sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia. Apabila kita tinjau luasan alam sejarah insan dari abad datang kezaman, akan kita dapati sekalisekali suatu pergolakan hebat yang merobah nasib suatu bangsa dan daya sejarah bangsa itu, sehingga perubahan itu menandakan suatu zaman baru. Pengertian ‘zaman baru’ itu ialah suatu zaman yang mempunyai chiri2 yang penting dan yang bersifat persendirian serta berlainan dengan sifat2 zaman yang lampau, zaman yang menayangkan pandangan hidup yang berbeda daripada yang lampau, zaman yang menubuhkan bukan sahaja rupa baru bahkan juga jiwa baru. Pada kebiasaannya dalam penulisan sejarah Kepulauan Melayu-Indonesia perbandingan2 yang direkakan oleh para sarjana dan ahli sejarah Barat mengenai kiasan2 yang berlaku dalam sejarah adalah
perbandingan dengan sejarah benua India, yang dianggap oleh mereka se-olah2 mewujudkan segara peristiwa sejarah kita. Dalam sharahan ini izinkanlah saya membuat perbandingan dan memberikan kiasan yang tiada berdasarkan pandangan terhadap sejarah benua India. Saya akan menolehkan pandangan saya kepada sejarah Eropa pada takat sebelum timbulnya keadaan baru yang menerbitkan Abad Pertengahan sejarah itu, dan dalam pada itu juga akan mengemukakan pandangan2 mengenai pengaruh terbitnya Islam terhadap penjelmaan


Abad Pertengahan di Eropa.

Memang telah diakui oleh beberapa orang sarjana dan ahli sejarah Eropa yang terkenal bahwa kedatangan Islam kedunia Timur dan kebeberapa tempat di Eropa serta hubungan fikiran dan lain2 yang berlaku sebagai akibatnya itu justru telah menimbulkan pengaruh aliran baru dalam pandangan hidup orang Eropa. Terbitnya Islam telah diSyed
Muhammad Naquib al-Attas /

4
anggap sebagai membimbing kearah suatu zaman baru, membawa permulaan suatu zaman yang disebut zaman moden, bukan sahaja dalam sejarah Eropa tetapi juga dalam sebahagian besar sejarah dunia yang terpengaruh olehnya. Zaman moden itu disebut ‘moden’ sebab ilmu pengetahuannya berdasarkan rasionalisma atau pengetahuan akliah, dan sistim masharakatnya mementingkan kebebasan orang perseorangan atau kepribadian insan dari genggaman keperchayaan yang tiada rasional, sedangkan zaman yang bukan moden itu berdasarkan seni yang membantu membelenggu masharakat dengan keperchayaan takhyul.

Perbedaan ini, diantara lainnya, menjadi perbedaan utama antara sifat2 zaman moden dan yang bukan moden. Dengan istilah ‘seni’ dalam perbincangan ini dimaksudkan suatu chabang falsafah yang menumpukan pemikiran dan perasaan pada yang indah atau chantik,
ataupun kepada keindahan atau kechantikan, terutama sekali dalam bidang kesenian. Selain dari itu chabang falsafah yang disebut seni itu lebih sibut berupaya dalam hal2 yang mengenai taraf dan nilai perihal menikmati kesenian. Yang saya maksudkan dengan rasionalisma, dengan pengetahuan akliah, ialah suatu chara-gaya falsafah yang
berdasarkan pengkajian alam semesta mengikut daya tatatertib akal. Tiada akan meliwati batas jikalau kita bandingkan pengaruh kedatangan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia dengan pengaruh Islam di Eropa pada abad keenam dan abad ketujuh Masihi. Sebagaimana di Eropa seni mengambil peranan utama sebelum pengaruh Islam, kita lihat didaerah Kepulauan Melayu-Indonesia pun seni menjadi dasar hidup dizaman Hindu-Buddha; sebagaimana zaman moden terpimpin masuk oleh pengaruh Islam mewujudkan suasana baru di Eropa, demikian jugalah kedatangan Islam kedaerah Kepulauan Melayu-
Indonesia menandakan kedatangan zaman baru dan permulaan zaman
moden.

II

Menurut Henri Pirenne, seorang sarjana sejarah Eropa yang terkenal dalam bidang teori tentang perabadan sejarah Eropa, proses sejarah yang memulakan penjelmaan semangat Abad Pertengahan di Eropa bukanlah sesungguhnya disebabkan oleh akibat kedatangan golongan Kaum Biadab yang terdiri daripada sukubangsa Jerman, yang
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu /

*Bahagian Bawah Artikel
Nick Name : orang kampung nokkota
Weblog :xizhan88.blogspot.com

Anwar, Hadi dicari polis kes sertai demo anti-ISA

Polis ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan 20,000 orang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur sepanjang petang ini.

Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat:

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar;
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali,
Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua;
Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu;
ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail;
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai kira-kira 4 petang ini.

Dalam perkembangan sehingga jam 11 malam ini, polis Kuala Lumpur mengeluarkan angka tangkapan terbaru: 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun 40 wanita ditangkap bagi siasatan menurut Akta Polis 1967.

"Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar, yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun," Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dipetik berkata.

Setakat 6 petang tadi, Muhamad Sabtu memberitahu Malaysiakini bahawa seramai 438 orang ditahan sejak 7 pagi, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.

Semuanya kecuali tiga orang berbangsa Melayu.

Antara tokoh utama pembangkang yang ditahan: Naib Presiden PKR Sivara Rasiah dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusuf Rawa.

Sivarasa ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang, manakala tempat dan masa tahanan Mujahid tidak dapat dipastikan.

Sewaktu dihubung lewat petang tadi, Kamaruzaman yang juga timbalan pengerusi Himpunan MANSUH berkata mereka belum mendapat maklumat lanjut, setakat ini.

Penunjuk perasaan anti-ISA dipercayai dibawa ke beberapa balai polis tempat, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Jalil dan IPD Cheras.

Sementara dua penggerak utama GMI - penganjur perhimpunan hari ini yang dibuat bersempena ulang tahun ke-49 pelaksanaan akta kontroversi itu - ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam percubaan mereka berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Dua anggota jawatankuasa GMI Norlaila Othman dan Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu ke IPD Cheras.

Norlaila, ketika dalam tahanan, memberitahu Malaysiakini bahawa 18 tahanan wanita dibawa ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 7 petang.


http://www.malaysiakini.com/news/109713

Wajibkan pemaju tunjuk arah kiblat


Menteri besar Selangor hari ini mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) di negerinya memastikan pemaju menetapkan arah kiblat sebagai syarat tambahan bagi kelulusan pelan projek.
Justify Full
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemaju perlu mendapatkan maklumat awal daripada Jabatan Mufti bagi memastikan kedudukan arah kiblat di kawasan pelan projek yang dibangunkan, lapor Bernama.

"Saya berharap melalui syarat ini semua pihak akan lebih prihatin dengan kedudukan kiblat yang menjadi perkara penting dalam ibadah umat Islam," beliau dipetik berkata ketika merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 kali kelima di Shah Alam.

Tambahnya, pemaju juga diminta mendirikan replika petunjuk arah kiblat di taman-taman perumahan yang baru dibuka sebagai panduan kepada penduduk setempat.

Selain itu, beliau berkata petunjuk arah kiblat yang betul perlu diwujudkan di ruang solat setiap rumah, pejabat, premis perniagaan, hotel dan kawasan rehat di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, masjid dan surau yang hendak dibina di negeri itu juga diminta mendapatkan nasihat Jabatan Mufti bagi memastikan kiblat yang betul.

"Terdapat beberapa kes yang arah kiblat di atas pelan tidak tepat dengan kedudukan sebenar di tapak pembinaan, jadi kita tidak mahu surau atau masjid yang dibina dengan nilai jutaan ringgit tetapi tidak tepat kedudukan kiblatnya," katanya.

Jabatan Mufti Selangor turut melancarkan sistem aplikasi arah kiblat dalam talian yang akan membolehkan permohonan menentukan arah kiblat di tempat-tempat ibadah dan premis-premis perniagaan dilakukan dengan lebih mudah.

Sistem aplikasi tersebut merupakan yang pertama diwujudkan di negara ini dan borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.muftiselangor.gov.my.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata sistem aplikasi itu diperkenalkan sejak pertengahan tahun lepas dengan purata kira-kira 30 permohonan sehari.

http://www.malaysiakini.com/news/109721

Monday, July 27, 2009

Belajar Daripada Socrates


Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai”, jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?”, katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air”, tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan. Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?”, tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?”, geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?”, tanya Socrates.
“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!”, jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda”, kata Socrates.
“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku”, tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]

Pemuda Umno dilarang sertai demo ISA

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan ahli pergerakan itu supaya tidak menyertai demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini.

Katanya, pergerakan itu ada menerima jemputan untuk menyertai demonstrasi berkenaan, namun memilih untuk mengambil sikap berkecuali dan mengarahkan semua ahlinya berbuat perkara yang sama.

Menurutnya, pendirian itu diambil kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memulakan proses kajian semula akta berkenaan, lapor Bernama.

Justeru itu, kata ahli parlimen Rembau itu, tidak wajar diadakan demonstrasi untuk membantah atau menyokongnya.

"Sebagai ketua, saya arahkan berkecuali. Janganlah kita mendahului proses (kajian semula) itu, tidak perlu ada demonstrasi," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pemuda Umno Kedah di Alor Star.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang memohon untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dii Istana Negara.

Selain itu, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) pula dijangka mengadakan demonstrasi bagi menyokong akta itu, yang dijadual berlangsung pada tarikh dan di kawasan yang sama (lihat peta di bawah).

Kedua-dua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke Istana Negara.

Sementara itu, Khairy juga mengingatkan Pemuda Umno peringkat bahagian supaya peka tentang cadangan pindaan perlembagaan parti dan segera memberi maklum balas mengenai perkara itu sebelum Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober ini.

Beliau juga menggesa ahlinya bergerak lebih aktif untuk menarik lebih ramai golongan berpengaruh seperti guru, ulama, cendekiawan dan penulis untuk menyertai pergerakan itu bagi menguatkan lagi barisan Pemuda Umno yang kini mempunyai kira-kira 750,000 ahli.

Yasmin Ahmad meninggal dunia

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia setelaNONEh dilaporkan tenat awal malam ini.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ.

Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.

Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Di hospital pakar itu, para doktor dilaporkan berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan otak kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Selamat dikebumikan

Sementara itu, Bernama melaporkan, jenazah Yasmin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham ditempatkan di Masjid Abu Bakar
As-Siddiq bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi enghormatan terakhir.

Jenazah itu disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi perkarangan masjid yang dihadiri lebih 200 orang termasuk saudara mara Allahyarham dan penduduk kawasan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir serta mengiring jenazah ke tapak perkuburan.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut hadir pada upacara pengebumian itu berkata kredibiliti Allahyarham sebagai pengarah filem bertaraf antarabangsa akan dikenang dan negara kehilangan pengarah yang berbakat.

"Kami (rakan-rakan yang mengenali Yasmin) begitu sedih dengan pemergiannya. Sebenarnya, satu perundingan antara Yasmin dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) telah dibuat untuk mengeluarkan lebih banyak filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan 1Malaysia dan perpaduan kaum," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Tony Fernandez berkata arwah seorang insan yang sangat istimewa kerana sentiasa mempunyai idea-idea dalam menghasilkan karya bermutu bagi merealisasikan konsep 1Malaysia.

Penulis lirik terkenal Habsah Hassan berkata walaupun arwah bersikap terbuka dan karyanya sering menimbulkan kontroversi berdasarkan keterbukaan serta keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan, namun pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar dunia seni perfileman tanahair.

"Tempat Yasmin sebagai pengarah filem tidak dapat dicari ganti, beliau cepat mesra dan mudah menarik perhatian orang. Itu merupakan satu sikap yang bagus sebagai seorang pengarah bagi menjalinkan kerjasama di kalangan pelakon untuk berlakon di bawah arahannya," katanya.

Pengarah filem terkenal Othman Hafsham berkata, walaupun beliau tidak begitu mengenali arwah, namum arwah banyak berkongsi idea dengannya dalam menghasilkan karya-karya filem dan iklan tv yang bermutu tinggi.

"Arwah seorang karyawan yang sentiasa mempunyai idea bernas dalam karyanya ...membudayakan hidup perpaduan kaum di dalam karyanya. Di tanah perkuburan ini dapat dilihat semangat itu yang menyatukan kaum di negara ini," katanya.

Senator Tan Sri Jins Shamsudin turut memberikan pandangan yang sama terhadap arwah sebagai seorang pengarah yang berpotensi dan mempunyai kebolehan luar biasa dalam menghasilkan karya-karyanya.

Pihak media tidak dibenarkan membuat liputan dan merakam gambar semasa jenazah disembahyangkan dan pada upacara pengkebumian.

Mereka juga rasis, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau sudah lama dicap sebagai pemimpin yang rasis.

"Sebelum saya menjadi perdana menteri, ada yang melihat saya sebagai 'the Malay ultra'. Tetapi semasa saya jadi perdana menteri, saya dapati kaum-kaum lain tidak mengadu.

"Sewaktu saya perdana menteri mereka dapat hak mereka. Apa juga pandangan yang saya beri dalam blog adalah berdasarkan fakta. Kalau ada fakta yang saya maksudkan tak betul, buktikan," katanya kepada pemberita Malaysia di Munyonyo, Uganda.

Dr Mahathir berada di sana untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort, selama tiga hari, mula semalam, lapor Bernama.

Dr Mahathir berkata terdapat fakta jelas tentang wujudnya ketidakseimbangan dari segi kekayaan mengikut kaum di Malaysia.

"Kalau perlu, perkara ini boleh diaudit (untuk menentukan kebenaran). Misalnya dalam Dasar Ekonomi Baru, kita berjaya hasilkan lebih ramai doktor daripada kalangan kaum Melayu bagi mewujudkan keseimbangan, apa salahnya? Kalau mereka katakan saya rasis, sebenarnya mereka juga layak dipanggil rasis," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak bukan Melayu, terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.

Tulisan terbaru beliau dalam blognya Che Det bertajuk 'Kaki Dalam Kasut', mengundang pelbagai reaksi.

Majoriti Melayu memberikan respons positif dan menyokong apa yang Dr Mahathir luahkan. Bagaimanapun banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina kurang senang dan menuduh beliau rasis.

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar.

PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malaysia untuk hidup di atas bebanan sejarah dan impian masa hadapan. Sekiranya tidak dipandu dengan pemahaman dan penghayatan yang jelas dan benar akan teras-teras kenegaraan yang telah menjadi tiang-tiang penegak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka hari ini, maka adalah dikhuatiri perubahan sosio-politik yang berlaku menatijahkan bencana yang lebih buruk.

Maka itu, objektif penganjuran kongres ini adalah untuk memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang. Di samping itu, kongres ini juga bertujuan merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

Kongres ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’. Kongres ini diharapkan dapat menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

Punca gangguan Seksual kepada Wanita

Masalah seksual yang menimpa kaum hawa masih lagi berlaku walupu sudah lama menjadi isu dan pelbagai langkah yang telah diambil oleh pihak yang diberi tugas dalam memberi perhatian terhadap hal ehwal wanita ini.

Seperti masalah rogol dan juga hubungan seks luar nikah sudah berleluasa dan menjadi kebiasaan didalam masyarat hari ini buktinya di dada akhbar bermula dari kalangan kanak sehinggalah yang dewasa. Ini merupakan persoalan yang perlu dikaji oleh semua pihak dalam menyelamatkan masyarakat Islam dan juga keturunan di negara ini.


Jika kita perhatikan pemakaian wanita, adalah ia menepati ciri-ciri yang di gariskan oleh syara' (Islam) sebagaimana firman Allah yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) dan juga : " Wahai anak Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan kamu dan ( Kami juga telah menurunkan ) pakaian perhiasan." ( Al-A'raaf : 26 ).

Ayat-ayat diatas menerangkan bahawa menutup aurat itu bukan hanya rambut ataupun tubuh badan yang enampakkan kulit sahaja, tetapi ia memberi gambaran bawaha walaupun pakaian seseorang itu ditutup dengan pakaian tetapi jika pakaian itu ketat dan menampakkan lengkok tubuh dan dada, ini juga akan menjolokan mata si lelaki yang melihatnya serta menimbulkan syahwat.

Mungkin masalah pemakaian yang menjadi penyebab kepada banyak masalah seksual dikalangan wanita yang banyak menjadi mangsa rogol dan juga menjadkan gejala sosial dalam negara ini semakin teruk.

Selain itu penyalah gunaan media juga menjadi punca berlakunya masalah ini kerana media memainkan peranan sebagai penyebar segala meklumat yang positif dan negatif. Jika media memaparkan sesuatu program yang berunsurkan seks atau realiti-realiti tv daripada barat, ini akan mempengaruhi minda umat Islam yang dari asal didik dengan pemakaian cara Islam.

Penularan hiburan disamping masalah pergaulan masyarakat yang tidak ada batasnya lagi ditambah pula dengan penyebaran unsur-unsur seks oleh media ini akan menjadi peniruan anak-anak muda yang bersifat sentiasa inigin mencuba sesuatu yang baru asalkan ia menjadi "enjoy" kepada mereka.

Faktor-faktor yang dinyatan diatas merupakan salah satu sebab mengapa masalah seksual yang melibatkan wanita tidak selesai biarpun pelbagai langkah diambil oleh pihak berwajib, tetapi jika ia tidak kembali kepada panduan Islam yang menjadi panduan dalam pengurusan hidup, masalah seperti diatas akan terus berlaku dan berleluasa yang akan mencapai agenda puah Yahudi dan Narsani (Kristian ) yang bersatu dalam menghacurkan ummat Islam di muka bumi.

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.



Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.

Ada persamaan

Menurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.

“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.

“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanya

Beliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".

“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.

Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.

Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.

“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.

“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.

Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Wang Kertas Baru RM50

KUALA LUMPUR 15 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

"Reka bentuk baru wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat," kata BNM dalam kenyataannya di sini, hari ini.


Siri reka bentuk wang kertas RM50 sedia ada akan terus sah diperlakukan dan diedarkan bersama-sama wang kertas baru RM50 ini sehingga ia dikeluarkan daripada edaran secara berperingkat.

Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan, kata Bank Pusat.

Wang kertas RM50 bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baru ini tidak mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Ciri keselamatan dipertingkat bagi reka bentuk baru wang kertas RM50 termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah yang menggantikan benang keselamatan sedia ada dan tertanam di dalam kertas.

Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan.

Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. - Bernama

Thursday, July 23, 2009

Ah Long, Tolonglah Jangan Tolong!


Cerpen: Ah Long, Tolonglah Jangan Tolong!



Nama Pengarang: Amir Hamzah Akal Ali



Ini cerpen yang saya hantar untuk sebuah majalah. Tolonglah bagi honorarium. Apa kalian ingat, para pengarang dan pemikir sepenuh masa ini makan apa?



Cerpen ini cerita benar. Bukan cerita bohong. Tetapi sudah tentulah, apabila mahu diceritakan, tidak dapat tidak adalah tokok tambah sedikit. Lagipun, saya bukanlah ahli hadis. Cerita saya masih boleh diragui. Namun, cerita saya ada mesej. Mesej moral namanya. Mesej moral ini, mungkin kalian tidak akan dapat dari novelis Ahadiat Akashah atau pengarah filem popular, Prof. Madya Razak Mohidin.



Cerpen ini bermula begini:


Satu tumbukan hinggap di perut saya. saya menyangka hanya satu tumbukan sahaja. Sangkaan saya meleset. Tumbukan kedua, tumbukan ketiga, tumbukan keempat, tumbukan kelima, ah, saya sudah sakit perut untuk mengira.



“Hang sangka, hang pandai sangat? Baca itu, baca ekonomi, baca ekonomi Islam, sosialis, kapitalis. Apa hang ingat, aku hantaq hang mengaji selama ini, suruh hang balik dok ajaq aku, buat berlagak pandai?”



Suara bapa antara dengar tak dengar di telinga saya.



Bapa memegang dagu saya yang mula ditumbuhi bulu.


“Hang ingat, hang dah nak ada janggut, hang nak besaq kepalalah?”



Pang! Bapa pergi selepas menempeleng saya.



Saya anak sulung dari tiga belas adik beradik.



“Banyaknya adik beradik kamu. Kuat betul bapa kamu?”



Seorang teman perempuan yang suka mengulangkaji bersama-sama saya sedikit teruja. Saya dan dia akan mengulangkaji bersama-sama seorang rakan lagi.



“Eh, Rais. Dari tadi lagi, saya nak tanya kamu. Kenapa ada kesan lebam dekat pipi kamu?” Maria, iaitu teman perempuan saya itu mahu memegang pipi saya. Saya elakkan.



“Kenapa kamu tak bagi saya pegang pipi kamu? Saya dapat rasakan kesakitannya. Tentulah saya tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.”


“Haram, Maria. Kamu tu, perempuan. Saya ni lelaki.”



Maria mencebik. “Eh, tetapi kena apa dengan pipi kamu? Jatuh main bola lagikah?”



“Na’am.” Kata Rais pendek dalam bahasa Arab langsung mematikan perbualan petang itu. Indra Ghandi, perempuan India bermata galak termengah-mengah datang.



“Maafkan saya, maafkan saya. Saya lambat lagi hari ini.



Mereka mengulangkaji matematik, matematik tambahan, perdagangan, prinsip akaun dan ekonomi. Kipas angin di dalam bilik darjah berputar menghalau panas.



“Rais, terima kasihlah kerana sudi bimbing kami yang agak lambat pasal kira mengira ini. Terima kasih ya.” Maria berkulit putih seperti buah epal yang dikupas kulitnya berterima kasih kepada saya.



“Iya. Sama-sama kasih. Jangan lupa pula, yang kamu semua kena mengajar saya subjek sastera, bahasa dan lukisan.”



“Terima kasih Rais.” Kata Indra yang baru keluar dari kelas selepas habis menyelesaikan soalan tambahan yang diberikan saya.



Saya mengikuti Marxis, membaca Das Capital, Communist Manifesto semenjak saya di tingkatan tiga lagi. Guru-guru muda di sekolah saya tidak banyak membantu. Usia enam belas tahun barulah saya tahu, mereka mengambil kerja guru sebagai kerjaya tetap adalah disebabkan sudah tidak ada kerja lain. Banyak syarikat besar memberhentikan pekerjanya.



“Bodoh!” Keras dan kesat kata yang saya keluarkan ketika itu, ketika melewati bilik rehat para guru. “Sosialis dan kapitalis berlawan di dalam gelanggang ekonomi, semenjak zaman Union of Soviet Socialist Republics. Tahun ini, saat ini, abad ini, mereka bertempur lagi, kamu semua pedulikah?”



Bapa saya, seorang buruh. Buruh kasar. Sementara ibu, seorang suri rumah sepenuh masa. Semenjak berlaku kelembapan ekonomi dunia, ibu telah menceburkan diri di dalam perusahaan jual kuih muih.



“Rais, kamu bawa kuih muih macam biasa ya. Letak dekat meja makcik Zaiton kantin itu ya?”



Seperti biasa, saya menuruni tangga waktu pagi selepas mendengar laungan ibu di bawah. Bapa pula masih berdengkur. Dengkur bapa masih jelas kedengaran meskipun jam sudah menunjukkan pukul enam empat puluh lima pagi.



Hari-hari berlalu seperti biasa. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Banyak peristiwa besar yang berlaku dalam hidup saya.



“Abang nak buat apa dengan duit sebanyak ini?”



Suara ibu kedengaran ketika saya menanggalkan ikatan tali kasut sekolah. Saya pulang lewat ketika nak dekat Maghrib. Indra dan Maria meminta saya menubi mereka sehabi upaya. Maklumlah peperiksaan makin dekat.



“Abang nak buat perniagaan. Awak kena tolong saya.”



Ibu saya bukan orang Kedah. Ibu orang Negeri. Bapa menikah di sana sekali kenduri. Jadi, mungkin itu sebabnya saya tidak mendengar bapa panggil hang aku, hang aku dengan ibu saya meskipun bapa orang utara.



“Nak tolong apa bang? Duit abang banyak sangat. Saya, perniagaan kecik-kecik ni, bolehlah. Duit banyak macam ini, perniagaan besar, bang.”



Saya masuk. “Assalamualaykum bapa, ibu. Ada apa ibu?”



Bapa mendengus berat. Sebenarnya hubungan saya dengan bapa semakin renggang ekoran peristiwa saya dibelasah bapa hari itu.



“Rais, kamu ke mana? Lewat balik hari ini. Pergi masuk mandi. Cepat sikit. Nak masuk maghrib ni. Nanti berebut dengan adik-adik kamu pula.”



Ibu meninggalkan bapa dan saya di muka pintu. Saya bersalam dengan bapa. Mencium tangan bapa. Bapa sedikit pun tidak memandang saya. bapa menarik pantas tangannya lalu meninggalkan saya.



Sikap bapa sedikit sebanyak mencederakan hati saya. Saya masuk mandi. Suara adik-adik saya riuh kedengaran. Selepas itu senyap. Saya jangka, bapa telah keluar daripada rumah dan mencambuk mereka dengan rotan. Kerana, selepas itu saya dengar ada tangisan adik-adik saya.



“Bapa pinjam duit along.. er, ah long ke apa.” Ibu berterus terang waktu saya menyapu minyak di kaki ibu. Saya selalu mengurut ibu selepas waktu Isyak. Bapa belum pulang. Mungkin di kedai kopi lagi.



“Berapa banyak bapa pinjam?”



Ibu memandang kelopak mata saya. Ibu dengan saya, tidak lokek rahsia. Ibu tahu, saya memang expert dalam hal kira mengira ini, tetapi ibu juga sedikit terkilan dengan pegangan saya –saya tidak mahu bekerja sebagai ahli perniagaan-


“Lima puluh ribuu??” Saya terkejut besar selepas ibu memberitahu.



Kedengaran bunyi pintu dikuak. Saya dan ibu ketika itu tidak mendengar salam bapa. Tetapi saya ketika itu meluahkan perasaan tidak puas hati saya kepada ibu tentang perangai bapa.



“Inilah masalahnya ibu. Masalah Iman. Kita tidak sedar tentang diri kita sendiri. Kita berhutang untuk perkara-perkara yang tidak perlu dan kita mengaku, ia perlu.”



Hujah saya tidak dipandang ibu. Ibu memandang atas kepala saya.



“Jadi, hang mendakwa, hang lebih tahu dari aku?”



Saya diangkat bapa dan ditendang berkali-kali. Lagaknya, saya seperti barang mainan di mata bapa. Ataupun, tidak ada apa-apa di mata bapa, kerana esok hari, saya mendapati, tangan kiri saya telah bengkok.



“Bapa kamu melampau sangat ni. Kamu nak ibu laporkan kepada poliskah?”



Jururawat dalam bilik tempat saya dirawat, sudah keluar. Saya pandang wajah ibu dan wajah dua orang adik lelaki saya dan adik perempuan saya yang comel.



“Ibu, bagaimana bapa melayan ibu?” Suara saya kedengaran serak sahaja. Ibu telah menghantar saya ke hospital sebaik sahaja bapa selesai melangsaikan urusannya.



“Baik sahaja. Dengan kamu sahaja yang lain. Kamu itu pun satu. Suka sangat melawan dan berhujah.”



Ibu meninggalkan saya ketika waktu rawatan. Esoknya, ibu datang lagi berseorangan. Ibu membawa beberapa buku ekonomi dan perdagangan.



“Buku matematik tambahan, buku matematik dan buku prinsip akaun, ibu tak jumpa. Kamu letak dimana? Rais, hari ini, Ibu kena balik awal. Adik kamu buat masalah pula di sekolah.”



Beberapa minit kemudian, selepas menyuapkan bijirin HPA dalam mulut saya, ibu tergesa-gesa keluar selepas ada panggilan dari sekolah.



Saya kasihan dengan ibu. Badan saya disandarkan di besi katil. Bantal yang dua biji itu saya lapikkan di kepala saya yang masih berdenyut-denyut.



“Sebenarnya, masalah ekonomi ini berpunca dari peribadi manusia itu sendiri. Bapa, sebagai contoh tidak memperdulikan dirinya sendiri. Buta dengan kehidupan hakiki. Menyangka, lembu boleh menjaga lembu. Menyangka, benda boleh menyelesaikan masalah. Sebenarnya salah.”



“Dalam Islam, ada doruriyat. Ada hajiyyat dan ada tahsiniyat. Adakah Astro itu satu keperluan? Kalau tidak ada Astro, boleh mati tak? Motor EX5, sebagai contoh, boleh matikah kalau tidak membelinya secara riba? Secara interest, bahasa orang zaman sekarang.”



Soalan Ekonomi Asas saya tidak jawab. Bagi saya, soalan ini cuma permainan sahaja. Prinsip-prinsip dalam pelajaran kira mengira ini barulah perjuangan.



“RM 50,000, apa yang boleh dibuat dengan orang yang rapuh imannya untuk sebuah perniagaan. Padahal dia kosong langsung dalam ilmu perniagaan?”



Saya mencongak-congak sendirian.



“Dia akan rosak.” Tercetus ayat itu dari bibir saya yang mula sedikit pecah.



Ah long kurung orang, bagi pinjam duit dekat orang, kemudian seksa orang. Tetapi, kenapa orang masih tetap mahu pinjam juga?



Kenapa kena ada orang macam bapa, untuk menjadi mangsa Ah Long?



Saya beristighfar.



Soalan kenapa, kenapa tidak boleh ditanya lagi. Sudah sememangnya akan berlaku pertarungan antara yang ditindas dan yang menindas. Ini yang saya pelajari dari Ali Syariati, seorang arkitek revolusi Iran.




Teman-teman sekolah saya datang waktu petang. Selain Maria dan Indra, John, Sani, David, Muthusamy dan beberapa orang lagi rakan mereka turut datang. Mereka datang mebawakan buah epal, anggur, belimbing dan pelam.





“Untung lidah saya boleh merasa. Jikalau tak, habislah peluang saya untuk merasa kelazatan buah-buahan yang kamu semua bawa ini."




Maria yang mengupas kulit buah epal tersenyum sahaja.




“Kamu jatuh main bola lagi.” Tercetus kata itu di bibir Maria. Pipi Maria kelihatan seperti putih kulit epal yang telah dikupas kulitnya.




Maria yang mengupas kulit buah epal tersenyum sahaja.





Seorang rakan mereka yang saya tidak kenali membimbit Kosmo! Saya lihat dia sedikit menjerit.



“Mereka ini, betul-betul kejam. Tidak berperikemanusiaan!”



Rakan-rakan lain yang berada di dalam wad terkejut. Mulut mereka melopong kesemuanya. Setelah diperjelaskan, barulah kesemua mereka faham.



“Ah Long. Mereka bukan nak tolong pun. Mereka ada duit sikit, kemudian bagi pinjam dengan kenakan bunga yang berlipat-lipat kali ganda.”



Seorang lagi yang saya tidak kenal, bersuara. Kawan Indra agaknya sebab mereka kelihatan rapat. Mereka semua belum berganjak keluar dari bilik saya meskipun sudah lewat petang.



“Kami semua datang ada hajat besar, Rais.”



Indra dan Maria bersuara serentak.



“Mereka semua mahu belajar ulangkaji bersama-sama kita.”



“Baiklah, tidak ada apa-apa masalah. Dua tiga hari lagi, saya keluar, bolehlah kita mulakan. Kamu semua pun, kena kongsikanlah pengetahuan-pengetahuan kamu dalam subjek-subjek yang kamu pandai.”



Selepas kawan-kawan saya balik, saya merasakan, sistem ekonomi dunia yang telah teruk dikapitaliskan ini perlu diperbetulkan oleh orang-orang Islam. U.S.S.R akhirnya runtuh sekali dengan Lenin dan Kremlin.



“Menstruktur ekonomi dengan Islam.” Saya menggigit buah belimbing.



Pintu dikuak.



“Bapa?” Belimbing yang digigit terjatuh



***



Cerita ini berlaku beberapa waktu dahulu. Riba, ekonomi, dunia, Ah Long dan segala masalah ekonomi haruslah diselesaikan menurut cara Islam. Selain daripada cara Islam, tidak akan dapat diselesaikan.




Saya akhirnya membantu bapa menguruskan perniagaan itu. Kami urus perniagaan jual kuih muih ibu dengan lebih berkesan dan tersusun. Saya beritahu bapa dengan sopan dan beradab: Kita buat perniagaan bapa. Kita kerahkan semua anak bapa.kita akan setelkan hutang ah long,kemudian jangan pinjam lagi dekat ah long. Kalau ada barang-barang yang betul-betul perlu, baru kita beli. Kobis, sayur kangkung, bendi, kacang panjang, cili hijau, cili merah, petai, kita tanam dekat kawasan tanah belakang rumah.



Bapa bersetuju dengan saya. Ibu amat bersyukur sekali ke hadrat ilahi.




Seorang ahli akademik mengesyorkan pandangan, kena ada instituisi kewangan yang lebih kukuh untuk membantu orang yang mahu membuat pinjaman.




Saya, seorang yang telah melepasi STPM dan STAM merasakan pandangan ahli akademik itu tidak bertunjangkan worldview Islam. Saya terkesan dengan makna sebuah hadis Nabi yang pernah saya pelajari. Manusia ini, kalau beri segunung emas, pasti dia akan nak gunung emas yang kedua. Kemudian, adakah ia mengenyangkan manusia itu? Tidaklah. Sekali-kali lagi, tidak, manusia itu akan nak gunung emas ketiga, keempat, kelima. Apabila dia ditimbunkan dengan pasir dan dituangkan pasir ke dalam mulutnya, barulah dia akan kenyang.

Tuesday, July 21, 2009

Tanah, Felda dan Pertanian.

(Gambarajah diambil dari Mbojo.wordpress.com)


Tanah, Felda dan Pertanian.


Oleh: Amir Hamzah Akal Ali


Perhatikanlah maksud ayat Al-Quran surah Yusuf 43-49… Raja Berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): "Sesungguhnya Aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering." Hai orang-orang yang terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat mena'birkan mimpi." [43] Mereka menjawab: "(Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta'birkan mimpi itu." [44] Dan berkatalah orang yang selamat diantara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya: "Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) mena'birkan mimpi itu, Maka utuslah Aku (kepadanya). " [45] (Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru): "Yusuf, Hai orang yang amat dipercaya, Terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar Aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya. " [46] Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; Maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. [47] Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. [48] Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." [49]




Perkaitan Tanah dan Perpaduan.



Pada tarikh tulisan ini ditulis [11/7/2009], segala polemik tentang Unity Government telah dinoktahkan secara rasmi oleh Pakatan Rakyat [23/6/2009-2. 20PM-]. Walaubagaimanapun, terdapat elemen yang menarik di dalam Unity Government tentang tanah.



Unity Government yang dicetuskan oleh Tuan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, antara lain menimbulkan persoalan kegawatan ekonomi dunia yang telah dikapitaliskan menjadi lembab. Keperluan untuk ummah duduk semeja di dalam Unity Government adalah amat perlu untuk mendepani suasana pasca globalisasi yang diterajui oleh Amerika serta sekutu-sekutunya. Sikap ketidakberanian dan kepengecutan untuk tidak mahu berunding berkenaan ummah amat mengecewakan.



Yusri [ABIM] sedikit terkilan akan kesudahan polemik Unity Government ini, termasuklah mufti [Harussani] serta bekas mufti [Dr. Asri]. Walaupun begitu, tulisan ini tidak bermaksud untuk membicarakan berkenaan Unity Government tetapi mahu menjurus kepada isu pokok permasalahan iaitu, tanah.



Kepentingan Tanah dalam Kehidupan.



Tidak perlu diberitahu lagi, bahawasanya tanah amatlah penting di dalam kehidupan. Tanpa tanah, berkemungkinan besar, kita semua terpaksa tinggal di atas kapal angkasa serta tidak boleh bercucuk tanam seperti menanam padi dan sebagainya lagi. Apabila ekonomi dunia menjadi syaitan kapitalis, bukankah Negara satu Malaysia ini yang terdiri daripada semenanjung serta Sabah dan Sarawak mempunyai banyak tanah?



Mungkinlah kita semua tidak boleh bersepakat dengan Kerajaan Barisan di atas kertas atau duduk semeja. Namun, dari segi tindakan dalam menjaga alam manusia tetaplah boleh dikerjasamakan. Samaada Kerajaan Barisan yang memegang kuasa majoriti di Sabah dan Sarawak ataupun, Kerajaan Pakatan yang memerintah majoriti semenanjung, terdapat banyak kawasan tanah yang boleh dimanfaatkan untuk tumbesaran manusia dan perkembangan ekonomi berasaskan pertanian.



Sesungguhnya, kita semua telah mengalami kecelaruan minda yang begitu kompleks sekali. Terlalu menumpukan kepada sektor perkilangan dan perindustrian semenjak zaman Mahadir sehingga menjelikkan dasar pandang ke pertanian di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kita bertanya, bukankah setiap hari, kita hampir pasti memakan sesuatu? Bukankah makanan terhasil daripada tanah? Lainlah jikalau kita tinggal di planet marikh serta berkawan dengan makhluq asing yang menghantar ubi kentang serta beras melalui kapal U.F.O. Kecelaruan minda kita yang memandang sinis pertanian serta tanah mestilah dikikis habis supaya esok hari, kita tidak menangis.



Tanah adalah Pertanian, manakala Pertanian adalah Perniagaan.


Sebenarnya penyelewengan tanah serta kes kecurian pasir bukan baru berlaku di zaman Khir Toyo yang makan tempe . Tanah pernah menjadi konflik panas ketika dahulu di zaman Perang Salib. Tuan Tanah memonopoli tanah seolah-olah tanah itu adalah hak kepunyaan mak bapak mereka sejak azali lagi.



Kelapa sawit, kelapa, koko, buah durian, kangkung, mengkudu, tongkat ali, tumbuhan Misai Kucing, cili, cili hijau, cili merah, pelam, strawberry serta lain-lain lagi yang seumpama memerlukan tanah. Buah ciku misalnya, tidak memerlukan tokoh kapitalis seperti Mukhriz Mahadir untuk hidup membesar. Mukhriz Mahadir tidak berguna langsung untuk membantu tumbesaran buah ciku atau buah manggis. Sebaliknya Mukhriz Mahadir mungkin boleh membantu membantutkan penanaman rambutan yang menyokong pihak yang menentangnya sepertimana kes pendajalan yang berlaku kepada pengasas HPA oleh Shahidan.



Sebuah syarikat perniagaan Islam bukan kerajaan, HPA begitu memanfaatkan tanah. HPA telah membuktikan pertanian adalah perniagaan. Samalah juga dengan sebuah syarikat MLM iaitu SURECO yang menggunakan Cendawan Merah serta buah mengkudu sebagai produk utama perniagaannya. Cendawan merah, mengkudu serta tumbuhan-tumbuhan herba memerlukan tanah untuk hidup serta penjagaan dari orang-orang yang beriman yang tidak mementingkan keuntungan komersil yang sial sahaja.





FELDA pasca PRU 8 Mac



Apabila berlaku gelombang tsunami tidak puas hati rakyat kepada Kerajaan Barisan yang juga hampir menenggelamkan taat setia kepada Tuan Presiden PAS, terbersihlah sebahagian semenanjung daripada kotoran najis BN. Negeri Sembilan yang totok Barisan juga turut dapat dimasuki Pakatan. Johor juga tidak terkecuali. Pahang yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) turut menggasak kerajaan Pahang yang diketuai Adnan yang pernah mencarut kepada orang.



Kekalahan kerajaan ala drakula pimpinan Barisan dalam mengekalkan kuasa menyebabkan Kerajaan Pakatan makin gatal mengusik pimpinan Barisan yang tidak reti menjaga kepentingan Melayu, tanah khususnya. Ingatkah kita lagi mengenai Singapura yang terlepas ke tangan seorang kafir yang tua bernama Lee Kuan Yew? Ingatkah kita lagi tentang Pulau Batu Butih? Ingatkah kita lagi tentang apa yang berlaku kepada Kampung Berembang tidak berapa lama dahulu?



Beberapa bulan ini, Mazlan Aliman (PAS Johor) yang merupakan pengasas Anak Peneroka Se-Malaysia telah mengacau daun kekacauan pegurusan FELDA. Mazlan terbaru mengeluarkan sebuah buku hasil pengkajiannya lebih bertahun-tahun lamanya tentang kelemahan FELDA. Buku Mazlan Aliman yang terbaru bertajuk FELDA: Dulu Tolong, Sekarang Along. Sementara FELDA mengancam keras akan penerbitan buku ini, Mazlan tidak mahu berganjak. Mazlan rela disaman, dibicarakan, dikorbankan atas prinsip perjuangan yang menjadi taruhan.



Sebelum ke kompleks Putrajaya…



PAS sebuah gerakan siasah Islam terulung di negara ini mendakwa ia memperjuangkan syumuliyah Islam yakni bermaksud memperjuangkan segala aspek lapangan serta cakupan urusan kehidupan termasuklah tanah. PAS mempunyai ANAK yang diketuai Mazlan Aliman. Selain itu juga, PAS mempunyai Lujnah Peneroka yang pernah satu ketika dahulu diiketuai Ir. Amiruddin Hamzah



Sekalipun PAS telah mengorak langkah pertama mahu mendirikan kompleks di Putrajaya, perlu diingatkan semula ingatan Dato' Wan `Abdul Rahim Wan `Abdullah, Perwakilan Kelantan ketika Muktamar PAS ke-55.



Dato' Wan "Abdul Rahim ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden berkata, daripada 68 kawasan parlimen yang PAS tandingi dalam PRU lalu, sebahagian besarnya ada kawasan yang mempunyai tanah rancangan FELDA.



Perwakilan daripada Kelantan ini turut mencadangkan PAS memperuntukkan dana RM 1 Juta setahun kepada Lujnah Peneroka PAS Pusat. Dato' Wan `Abdul Rahim juga turut berharap, peruntukan wang yang besar untuk projek-projek lain seperti Kompleks PAS Pusat di Putrajaya ditangguh dahulu ntuk memberi keutamaan kepada kerja-kerja mendekati rakyat. Cadangan ini, sekalipun mungkin tidak dipersetujui oleh semua kerana ghairah mahu menawan kota kerajaan Putrajaya, sepatutnya cadangan ini diperdebatkan untuk mencari sebuah kebenaran. Kompleks PAS Putrajaya dijangka menelan RM 27 Juta di atas tapak seluas 17 ekar, bagaimana jika RM 27 juta itu digunakan untuk maslahat dakwah dan tanah??



Tuan Presiden PAS sendiri yang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS di sebuah hotel terkenal pada hari Isnin 18 Mei. Apabila siap, kompleks ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan. Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran Negara di Putrajaya.



Ia dikelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu. Projek pembinaan kompleks ini dipengerusikan Datuk Paduka Husam Musa. Jumlah dana yang terkumpul di hari pelancaran itu RM 525,500.00. Sekali lagi, bayangkan apa yang boleh dibuat dengan setengah juta itu untuk dakwah?



Keperluan menguasai tanah, menyelesaikan permasalahan tanah, pertanian akan memberikan lebih kepercayaan masyarakat Melayu yang hampir kebanyakannya hidup bersendikan tanah untuk mengundi PAS di PRU-13 akan datang. PAS yang lebih memahami feqh siyasi dan feqh aulawiyat anjuran Al-Qaradawi lebih daripada UMNO haruslah memanfaatkan RM 27 juta untuk pembangunan pertanian. PAS tidak perlu teruja dengan pendekatan daripada atas (Up to bottom.) sahaja, sebaliknya menumpukan juga serangan dari sudut (Bottom to up) pendekatan bawah ke atas, daripada masyarakat bawahan kebanyakan ke pucuk pimpinan pemerintahan atasan.







( Foto Diambil dari dunia-kita.com)




Usaha Kerajaan tanah harus dipuji!



Semasa di zaman Pak Lah [2003-2009] pendekatan Pertanian Baru yang dibubuh di dalam RMK-9 mempunyai ciri-ciri seperti komersial berskala besar, penggunaan teknologi moden yang lebih luas, pengeluaran produk yang berkualiti, mempunyai nilai tambahan yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi bioteknologi maklumat dan komunikasi serta penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir. Kerajaan memberi tumpuan kepada empat komponen penting iaitu padi, sayur-sayuran, haiwan ternakan dan akuakultur. Projek-projek termasuklah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Ladang Kontrak, Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan Industri Asas Tani (IAT). Konsep TKPM menjadi sumber pengeluaran makanan dan melahirkan usahawan tani bependapatan RM 3000 sebulan. Menerusi ZIA pula, ia melibatkan ternakan kerang, ikan, udang, selain iklan hiasan dan projek berteknologi tinggi. Ini termasuklah Fish Protect yang diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan rumpai laut di Semporna dengan sasaran 662 tan metric menjelang 2010.



Kerajaan melancarkan Program Bumi Hijau dengan penekanan kepada tanaman sayur-sayuran, ternakan ikan dalam kanvas dan ayam kampung untuk keperluan sendiri.


Islam mengeji penganggur, memuji penanam anggur!



Dilaporkan, sehingga kini jumlah siswazah yang menganggur sudah mencecah 60,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bumiputera. Perlu diingat, sama ada berhenti kerja atau tidak, hampir kesemua orang perlu makan dan minum setiap hari. Sama ada di Kerajaan Barisan atau Kerajaan Pakatan, meneliti semula tanah adalah pertanian dan pertanian adalah perniagaan amat perlu sekali untuk dititikberatkan.



Menurut kajian, krisis kewangan global yang tercetus di Amerika Syarikat dan Eropah turut memberikan kesan negatif kepada Malaysia . Krisis ini, menjejaskan dua golongan utama: Pekerja yang diberhentikan dan pelajar yang baru menamatkan pengajian.



Mengurangkan karenah politicking adalah kecerdikan berpolitik yang nyata. Selepas PRU-8 Mac 2008, atmosfera politik Malaysia masih belum tenteram sehingga sekarang. Di pihak Barisan, mereka menawarkan FELDA dan yang terbaru kerajaan Barisan menyediakan insentif bagi mereka yang berminat menceburi bidang penternakan dan pertanian. Memanglah, diakui kerajaan agak lembab dengan karenah birokrasi yang tidak habis-habis, maka, ini adalah peluang kepada Pakatan mengeksploitasi kelemahan kerajaan kepada kekuatan pembangkang. Sama ada dunia hari ini mengalami krisis ekonomi global atau tidak, perlu diulangi lagi sekali, semua orang perlu makan. Makan dan minum adalah denyut nadi kehidupan. Sementara makanan terhasil daripada tanah melalui proses pertanian. Maka, penekanan adalah amat perlu terhadap tanah dan pertanian.



Kerajaan Barisan, bersaing dengan menubuhkan FELDA yang menubuhkan Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF), Skim Tuisyen FELDA, Kolej Integrasi `Ilmu (Kolej Kini) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSMF).


Berkemungkinan idea besar untuk menyatupadukan UMNO dan PAS sebagai satu entiti perpaduan tidak berhasil. Namun usaha untuk menyatupadukan ummah supaya mendahulukan kepentingan ugama dan bangsa tidak mustahil dilakukan jika kedua-dua belah pihak benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan ugama dan bangsa.


Memobilisasi Tanah Untuk Sebuah Kemenangan!



Meneliti realiti politik Malaysia yang masih bermentalkan politik poster, politik ceramah, bukan politik idea menyebabkan UMNO pun boleh turut sama mempengaruhi massa Melayu yang bermain dengan tanah. UMNO dibantu oleh agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, KEDA dan macam-macam lagi, bolehlah memajukan serta memakmurkan pertanian di Sabah dan Sarawak yang lebih mundur daripada Kelantan. TV3 yang kurang cerdik itu juga sepatutnya bersama-sama dengan RTM membantu Kerajaan Barisan dengan menegur Kerajaan Barisan supaya tidak rakus menebang balak serta mencemarkan alam. Media massa pro-kerajaan yang lain juga sepatutnya tidak menutup kelemahan kerajaan supaya kerajaan nampak kesilapan yang dilakukan sama ada kesalahan itu di pihak Pakatan atau di pihak Barisan. Prinsip kulil haq walau kana muran, berkata benar meskipun pahit mestilah diamalkan oleh semua pihak.


Rujukan:-


1) Rencana Iklan, KOSMO, Jumaat 29 Ogos 2008


2) Utusan Malaysia , Sabtu 23 Mei 2009


3) Harakah 21-24 Jamadil Akhir 1430 H


4) SIASAH 24-30 Mei 2009


5) http://www.anwaribr ahimclub. com/2009/ 06/isu-unity- government- selesai-pakatan- kembali-berpadu/

Sunday, July 19, 2009

Konvokesyen KUIS Sabtu Ini

BANGI, 16 Julai (Bernama) -- Seramai 904 graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-12 di Kampus Induk, Bandar Seri Putra, di sini, pada 18 Julai ini.

Antara graduan yang akan menerima sijil adalah dari Akademi Islam, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Fakulti Teknologi dan Sains Informasi dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta graduan Diploma Kejururawatan, kata Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Majlis Konvokesyen ini juga akan menyaksikan penyampaian anugerah cemerlang kepada para graduan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum.

Anugerah-anugerah yang bakal disampaikan kepada graduan adalah seperti Anugerah Menteri Besar, Anugerah Diraja dan juga Anugerah Buku daripada penaja.

Mohd Khairi berkata graduan yang dilahirkan kali ini iaitu seramai 904 orang adalah yang telah dilatih dan diiktiraf serta mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan.

�Ini terbukti apabila 85 peratus daripada siswazah lepasan KUIS telah mendapat pekerjaan dan segelintir pula, yang mendapat diploma, menyambung pelajaran mereka di peringkat ijazah,� katanya.

Sejak ditubuhkan pada 1995 dengan berpandukan moto 'Pemangkin Tradisi Ilmu', KUIS terus melahirkan graduan-graduan cemerlang dan menjadi contoh kepada masyarakat, kata Mohd Khairi.

Sempena majlis konvokesyen ini, KUIS turut mengadakan Ekspo dan Festival Konvokesyen KUIS (Ekstival) yang bermula hari ini (16 Julai) dan berlangsung sehingga 19 Julai ini.

Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk orang ramai; antaranya pameran dan jualan, pertunjukan busana Muslimah, pertandingan montaj antara universiti, persembahan nasyid, demonstrasi silat dan pelancaran Menara Jati sebagai salah satu pusat rekreasi.

--BERNAMA

Friday, July 10, 2009

Nation State Yang Memualkan.





Nation State
Yang Memualkan.



Oleh: Amir Hamzah Akal Ali




Dua tiga minggu ini, sepatutnya kita semua sudah muntah hijau akibat fenomena yang berlaku. Hari demi hari, menunjukkan ideologi (Apa sahaja ideologi.) buatan manusia (Made in Human.) rapuh, menuju kehancuran, bersifat fana', dan akan memasukkan pemeluknya ke dalam neraka.



Isu Manohara V.S anak Sultan adalah satu isu yang terlahir setelah dikandungkan oleh ibu jalang bernama sekularisma. Di dalam rahim ibu jalang bernama sekularisma ini, ada suatu bisikan syaitan yang halus iaitu kuman, memberitahu, nasionalisma negara bangsa harus utuh dipertahankan, biarpun kamu mati kerananya. Nation state, sebuah lagi konsep manusia yang enggan mengakui kedaulatan Tuhan, tulisan ringkas ini, bertujuan ingin menyerang, nation state.



Once Upon A Time...



Apabila sebuah empayar agung Islam iaitu Abbasiyah kelihatan mahu terjatuh, datanglah saudaranya bernama 'Usmaniyah. "Berikan tali kendali pemerintahan Islam kepada aku, biar aku pimpin semula umat ini, supaya menjadi umat yang dihormati," mungkin kata-kata yang terluncur di bibir kerajaan 'Usmaniyah ketika mahu menggantikan kerajaan Abbasiyah yang sudah retak menanti belah.



Perlu diperingatkan berulang-ulang kali seperti iklan tivi yang mengiklankan mi maggi kari hari-hari, 'Usmaniyah adalah sebuah daulah terbesar, menguasai dua pertiga dunia ketika itu. Mungkin juga kata-kata ini tidak tepat sepenuhnya, ini dikeranakan ketika itu wujud juga Kerajaan Islam Safavid dan beberapa kerajaan Islam lain lagi seperti Kerajaan Islam Moghul, walaubagaimanapun, kerajaan-kerajaan Islam ini mendokong kalimat, la ila ha illallah!



Khilafah: Makhluq yang dilupakan.



Sungguhpun begitu, 'Usmaniyah adalah the greatest empire ketika itu. Malahan Amerika (Baca : The Greatest syaitanul akbar empire in this world today) turut kalah dengan 'Usmaniyah dari sudut geografi keluasan daerahnya.



Muncul seekor makhluq asing yang mahu menjadi manusia bernama Kemal At-Tarturk. Makhluq asing ini sebenarnya adalah seorang yahudi yang mengaku Islam. Makluq asing bernama At-Tarturk ini telah menguasai golongan muda, iaitu gerakan Young Turk.



At-Tarturk akhirnya menjatuhkan 'Usmaniyah melalui usaha berperingkat-peringkat. Perlu didedahkan, At-Tarturk pada peringkat awalnya mendapat sokongan yang meluas akibat kehebatannya mengalahkan kuasa asing yang berperang dengan 'Usmaniyah. Sementara para 'ulama', sultan semakin disisihkan kerana sikap mereka yang dilihat agak kaku dan kelihatan sedikit lembab. Maka, kemunculan At-Tarturk dilihat oleh massa, sebagai dewa penyelamat.



Kenapa melalut-lalut sampai ke sini?



Bangunan khilafah akhirnya dirobohkan. Khilafah 'Usmaniyah yang berpusat di Turki itu terus bertukar menjadi Republik Turki. Satu demi satu negara yang di bawah naungan 'Usmaniyah bangkit memberontak atas nama nasionalisma, kebangsaan Arab.



Sebelum menjijakkan kaki ke topik utama yang mahu diperbincangkan, sedikit tentang masalah umat Islam yang berlaku pada hari ini. Penyembelihan umat Islam di Ambon, Thailand, penjarahan bumi Iraq, masalah Palestin yang tidak berkesudahan adalah akibat hilang khilafah.



Indonesia Raya



Indonesia yang tertubuh pada hari ini melalui hari-hari berliku yang panjang suatu ketika dahulu. Episod perlawanan dengan penjajah Belanda menggunakan bambu runcing, episod bersama dengan Partai Komunis Indonesia, era Sukarno, era Suharto yang korupsi adalah episod-episod penting dalam pembentukan republik Indonesia hari ini. Sungguhpun begitu, meskipun Indonesia adalah negara berpenduduk Muslim terbesar di dunia, Indonesia bukanlah negara Islam.



Malaysia, Tanah Airku!



Malaysia melalui proses panjang sebelum menjadi Malaysia. Sebenarnya nama panjang Malaysia adalah Tanah Melayu. Apabila Islam datang ke Melaka lewat jalan perdagangan, perkahwinan, raja serta rakyat setempat mengubah ugama tanpa banyak karenah. Ini bersebabkan sosiologi masyarakat Melayu adalah amat lembut, tidak keras, tidak boleh dipaksa, serta amat taat setia kepada raja-raja selagi raja -raja tidak berlaku zalim. Pernah berlaku peristiwa sejarah, raja 'adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, sebenarnya ini adalah konsep feudalisma yang agak baik. Pada tarikh 16 september 1963, diistiharkan secara rasmi, Malaysia.



Sedikit Tentang Patani: Daulah yang Terfitnah!



Di Utara Malaysia, terdapat sebuah wilayah yang tercedera kerana mengatakan Tuhan mereka adalah Allah. Wilayah ini adalah asalnya sebuah kerajaan terawal di Tanah Melayu yang mengucap dua kalimah syahadah. Ketika wilayah ini masih menjadi raja, wilayah ini mengandungi Patani, Yala dan Narathiwat. Akhirnya, apabila penjajah Siam Buddha datang merogol instituisi pemerintahan Patani atas dasar imperial, terperkosalah Patani hingga hari ini.



Isu Manohara, isu Normala Banat (Masihkah kau ingat tentang pembantu rumah yang disiat-siat?) isu rasisma yang tentang taraf kelas dua bagi imigran Indonesia adalah isu. Masalah utama adalah iman. Bila bercakap tentang iman, bukanlah bermaksud iman itu kena terkurung, cukup sekadar niat sahaja seperti yang diimani golongan Murji'ah yang tidak mengimani konsep iman yang sebenarnya.



Iman yang diserukan Baginda Muhammad S.A.W sesungguhnya membentuk sebuah daulah!


Penyelesaian?



Indonesia dan Malaysia sepatutnya membuka semula dasar konfrantasi yang pernah terjadi di era Sukarno. Kedua negara ini sepatutnya berperang sahaja. Tidak perlu kata manis di pentas diplomasi, tidak perlu berunding lagi. Hantarlah kedua-dua pasukan tentera untuk berperang, Jika masih tidak cukup, minta bantuan dari Israel asia tenggara iaitu Singapura untuk menghapuskan mana-mana musuh yang menyakitkan mata



Biarkan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Nato, PBB yang kafir itu masuk campur atas alasan kekacauan dua buah negeri adik beradik yang lebih beriman dengan nation state daripada Al-Quran.



Bukankah ini adalah penyelesaian terbaik buat kedua negara yang kononnya mengaku beriman dengan Tuhan dan kitab suci yang diturunkan bernama Al-Quran?