Makluman
Adakah Kita Begini?
Saturday, May 30, 2009
Usmaniyah: The Great Empire
Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Kerajaan-kerajaan yang menguasainya juga bersilih ganti seperti Umaiyah, Abbasiyah, Usmaniyah. Malangnya yang paling kedengaran di telinga kita hanyalah beberapa kerat sahaja.
Buku ini menceritakan beberapa kerajaan besar yang sering ditinggalkan kita apabila kita bercakap tentang kerajaan-kerajaan Islam: Kerajaan-kerajaan besar yang dimaksudkan adalah: Kerajaan Islam Mughal, Kerajaan Safavid, Kerajaan Islam Usmaniyah.
Sementara itu kerajaan-kerajaan kecil lain yang turut diceritakan di dalam buku ini adalah: Kerajaan Idrisi, Aghlabi, Tuluni, Ikhsidi, Hamdani, Tahiri, Saffari, Samani, Kerajaan Bani Buwaih dan Kerajaan Bani Seljuq.
Nampak tidak? Islam dan kekuasaan pemerintahan seakan-akan tidak dapat dipisahkan kerana hubungan yang begitu kuat sejak zaman berzaman. Maka amat malanglah bagi sesiapa yang mendakwa, tali kendali pemerintahan urusan dunia tiada ada kena mengena dengan ugama. Telah tersekularlah dia. Telah tertolaklah pandangan
Setiap ubat ada tarikh luputnya. Sama juga dengan alam ini ada tarikh binasanya yang cuma diketahui Allah SWT. Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan ini, telah lama tertulis di
Umaiyah jatuh, naik Abbasiyah. Bukanlah bermaksud Abbasiyah kerajaan haram tetapi ini membawa maksud kerajaan Umaiyah telah gagal untuk berfungsi menternak rakyat dan berperilaku adil (Wa la yanalu ‘ahduz Zolimin.) maka telah dipergantikan Umaiyah dengan Abbasiyah.
Menurut Malik Bennabi, seorang pemikir Muslim Algeria yang tersohor dan juga Ibn Khaldun seorang sosiologis Islam, ada tiga tahapan sesuatu kerajaan itu iaitu, umur muda, pertengahan dan tua, (Nyanyuk.) di saat nyanyuk itulah muncul pihak-pihak yang melancarkan serangan membebaskan negeri
Buku ini menyorot secara baik dan jujur punca-punca kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam yang lepas. Hanya Kerajaan Baginda Muhammad S.A.W sahaja yang stabil dan tidak ternoda.
Antara sebab-sebab utama jatuhnya sesebuah kerajaan adalah kerajaan itu terlampau korup dan tidak mampu mengawal penentang-penentangnya. Ini seharusnya menjadi ibrah kepada orang-orang yang masih hidup dan berjalan di atas muka bumi yang memikirkan untuk menubuhkan kerajaan-kerajaan hari esok supaya memikirkan
Usmaniyah Yang Dilupakan.
Buku-buku sejarah yang dimesin dan disiapkan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri kita amat jarang sekali mengetengahkan tentang ketokohan Sultan Murad, ayahanda kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstantinopel yang unggul itu. Bahkan silibus-silibus sejarah yang diedarkan melalui skim pinjaman buku teks juga gagal menceritakan betapa gagah dan perwiranya tentera-tentera tanpa nama yang membelah air di waktu malam membuka pintu
Lebih seratus tahun yang lepas, setelah jatuhnya Kota Baghdad di kaki monggol dan Tartar, Islam telah kembali menunjukkan kegagahan dan keperwiraannya di bawah bendera
No Response to "Usmaniyah: The Great Empire"
Leave A Reply