Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Sunday, July 5, 2009

Supaya keluaran AI tidak menjadi ikan busuk.

Posted on 1:56 PM by Unknown



Harussani Masih Gagal Lagi Hingga Ke Hari Ini.


Oleh: Amir Hamzah Akal Ali


"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, adalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun." (Fathir: 28)


Pernah diceritakan oleh seorang sahabat Nabi bernama Ady bin Hatim.

``Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w., dan pada leherku

tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah s.a.w.

bersabda kepadaku ``Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).'' Kemudian

Baginda membaca ayat ini: ``Mereka menjadikan orang-orang 'alim

(ulama'-ulama' atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai

tuhan-tuhan selain Allah.'' (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: ``Wahai

Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama'-ulama' dan pendeta-pendeta

mereka itu.'' Nabi pun bertanya: ``Bukankah para ketua agama dan para

pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh

Allah, maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para

ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap

barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap

haram?”





``Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama su'.'' (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi ``Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi).



Apabila berlaku perogolan terhadap instituisi pemerintahan di Perak, tidak ada suara daripada ‘alim ‘ulama’ yang tidak bersama-sama dengan gerakan Islam membangkang dengan keras perogolan ini. Soalan yang lebih keras, apakah ‘alim ‘ulama’ ini mendapat apa-apa imbuhan di sebalik sikap diam mereka?


Kita tidak mahu menjawab soalan itu. Hanya Allah S.W.T dan ‘alim ‘ulama’ itu sahaja yang tahu. Cuma yang kita pasti, sikap para ‘ulama’ bisu ini menyebabkan massa semakin merasa mual dan jelak dengan instituisi ‘ulama’.


Menentang Kejahatan, Bukan Menentang Kerajaan!


Kejahatan boleh timbul di pihak Kerajaan dan boleh juga timbul di pihak Pembangkang. Nampaknya, prestasi Hisyamudin Rais yang sosialis dan Khalid Jaafar yang liberalis lebih memberangsangkan berbanding track record para ‘alim ‘ulama’ yang kekal diam membisu terhadap akta-akta draconian (Baca: drakula). Hisyamudin Rais antara lain pernah membidas sikap Anwar Ibrahim yang berselindung di sebalik slogan penurunan harga minyak. Kelihatan dari jauh, Hisyamudin tetap istiqamah dengan prinsip kulil haq walau kana muran.


Prinsip ini yang pernah diguna pakai Ibn Taimiyah, Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali, Syeikh 'Izzuddin ‘Abdus Salam serta ramai lagi para ‘ulama sudah tidak di’amalkan oleh para ‘ulama su’ hari ini. Ulama’-ulama’ busuk ini tidak sedar, bahawasanya merekalah yang akan dicampakkan ke dalam api neraka terlebih dahulu dari penyembah berhala dan pembuat patung berhala. Ini disebabkan, ‘ulama adalah ‘alim, berakar kata daripada ‘ilmu, sedangkan para penyembah berhala dan pembuat patung berhala kebanyakannya terdiri daripada orang yang bodoh dan langsung tidak ada ‘ilmu.


Kemaksiatan berjela-jela hampir setiap hari di buah dada akhbar, di TV, di seluruh media massa membuatkan para pencinta Islam yang bodoh hodoh melaungkan slogan: Meruntuhkan Musktakbirin Maksiat!! Ironis, sungguh ironis yang teramat ironis, para ‘alim ‘ulama yang mengaji tinggi-tinggi, mungkin di Deoband, mungkin di Saudi, mungkin di Al-Azhar apabila pulang ke Malaysia telah membuat pusingan U-Turn dengan bersekongkol dengan para pemerintah yang tidak gemar dengan Islam untuk melumurkan tahi di muka Islam.


Harussani Zakaria, ingatlah. Nama kamu bakal dipanggil di padang Mahsyar nanti jika kamu masih tolol dengan sikap kamu yang mendiamkan diri di atas kebebalan kerajaan sama ada barisan atau pakatan.


Harussani Zakaria, seorang yang excellent sebenarnya!


Perlu dicatat, artikel ini dibuat bukan untuk memalukan Harussani dan instituisi mufti. Tulisan ini dibuat untuk mengingatkan sekaligus menyedarkan para ugamawan dan rohaniwan supaya tidak menjadi pencacai para penjahat.


Harussani Zakaria, seorang Mufti Perak yang pernah melalui tiga zaman MB, Tajol, Ir. Nizar serta MB haram yang terbaru iaitu Dato’ Seri Zambry adalah seorang Mufti yang vocal.


Harussani zakaria pernah membidas Astora Jabat di Universiti Petronas tidak berapa lama dahulu, pernah menggegarkan masyarakat muslim di Masjid Wilayah ekoran kes murtad yang merambah di seluruh semenanjung emas ini.


Track record ini memberitahu, Harussani memang layak mendapat Tokoh Maulidur Rasul. Jadi, kenapa perlu diserang dan dihentam Tan Sri Harussani sebegini rupa? Bukankah Tan Sri telah menjalankan tugas dengan baik?


Sistem Diruntuhkan, Sedangkan Gerakan Islam Melawan Sistem!


“Jika umat Islam terlalu suka merebut perkara yang melibatkan kebendaan, maka perpecahan akan berlaku. Keadaan ini dilihat berlaku di Malaysia dan Negara lain di seluruh dunia pada hari ini.


“Sekiranya perpecahan ini dibiarkan berlaku sedikit demi sedikit, umat Islam akan hilang ketuanan,” kata Tan Sri Harussani kepada pemberita pada majlis pelancaran buku ‘Rahsia Khazanah ‘Ilmu Pyracosmic’.


Harussani mungkin terlupa beberapa perkara. Tidak mengapalah, dia bukannya Nabi. Jika dia adalah Nabi, dia adalah Nabi palsu. Jika dia bukan Nabi, dia berkemungkinan untuk terlupa beberapa perkara penting. Harussani terlupa, apabila kalimat toiyibah ‘la ila ha illallah’ dikumandangkan di kota Makkah lewat lorong-lorong, jalan-jalan, lereng-lereng bukit, pasar dan lain-lain lagi, telah terburailah ikatan tali persaudaraan melalui darah bangsa assobiyah. Hubungan seorang ibu telah putus dengan anaknya, seorang anak lelaki telah memutuskan hubungan dengan ayahnya, nenek telah kehilangan cucunya, isteri telah berpisah dengan suaminya lantaran kalimah tauhid yang mengandungi itsbat dan nafi. La ilaha bermaksud menafikan yang mana tidak ada Tuhan, dan illallah bermaksud melainkan Allah adalah itsbat yang cukup kuat untuk memutuskan hubungan persaudaraan cara jahiliyah.


Benarlah, Islam bukannya ugama perpecahan. Seterusnya Islam menyambungkan hubungan semua orang ketika itu dengan tali-temali Islam yang bernama ukhuwah Islamiyah yang tidak lagi mengenal hubungan darah..


Orang Melayu yang memeluk Islam di Tanah Melayu yang mengambil kira tentang dosa pahala, halal dan haram telah berpecah sekali lagi di dalam UMNO apabila mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO kerana UMNO ketika itu menghalalkan loteri, cabaret dan lain-lain lagi. Tidak mungkin boleh bersatu dalam barisan yang menghalalkan apa yang diharamkan Tuhan. Tidak mungkin!


Sekularisma-materialisma yang masih tidak difahami!


“Manusia-manusia duniawi atau kita panggil manusia-manusia sekular menyebabkan berlaku perpecahan.


“Bila keadaan ini berlaku, sekular itu apa? Kebendaan bukan? Selalunya sikap bila merebut kebendaan dan ia akan jadi perpecahan, maka akan timbul persengketaan sesama kita,” Kata Harussani lagi.


Inilah masalahnya apabila teks para ‘ilmuwan Islam yang lain tidak diulangkaji. Hanya pendapat kita sahaja yang betul, manakala yang lain kita pandang enteng atau tidak pernah baca langsung. Teks Islam dan Secularism karya Syed Naquib Al-Attas perlu dihadam sebaik mungkin, untuk memahami sekularisma yang telah berakar kuat di dalam sistem masyarakat Islam. Mungkin Harussani terlupa lagi kata Mufti Terakhir Usmaniyah yang sepatutnya menjadi mentor Harussani,... jalan pintas untuk murtad adalah sekularisma...,"


Akhirnya...


Harussani perlu melakukan anjakan paradigma sepertimana yang disarankan Datuk Dr. Fazilah Kamsah, seorang pakar motivasi yang terkenal. Masyarakat yang wujud pada hari ini telah dirosakkan oleh organisasi Sekuler bernama UMNO. Benarlah, UMNO lebih komunis dari komunis, lebih yahudi daripada yahudi, serta kesekulerannya telah terbukti tanpa perlu bersusah payah berseminar berwacana mencari bukti tentang kesekuleran UMNO. Tidak percaya undang-undang Tuhan boleh menyelesaikan masalah pada hari ini serta tidak berminat melakukan apa yang disuruh Tuhan (Melainkan Musabaqah dan beberapa acara lain) adalah bukti, terang jelas dan nyata tentang semua perkara ini. Sehingga ke saat itu, selagi Tan Sri Harussani masih belum melakukan anjakan paradigma, selagi itulah Harussani masih lagi gagal.


Rujukan:-

  1. Sinar Harian Ahad 5 Julai 2009-07-05

  2. Pancaindera Ahad 5 July 2009

  3. Mingguan Malaysia 5 July 2009

No Response to "Supaya keluaran AI tidak menjadi ikan busuk."

Leave A Reply