Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Thursday, July 2, 2009

Naruto: Anime Sebuah Perjuangan!

Posted on 4:19 PM by Unknown



Naruto: Anime Sebuah Perjuangan!

Oleh: Amir Hamzah Akal Ali


Saat Konoha diserang, muncul pahlawan-pahlawan muda menyelamatkan keada
an. Pembelotan terancang tok dalang bernama Orochimaru berjaya ditewaskan. Siapakah anak muda-anak mudi ini? Yang tampil di saat negara mengalami kekacauan yang serius, menghulurkan tangan menawarkan sebuah pertolongan? Resensi ini cuba mengupas sedikit sebanyak tentang sebuah anime yang mungkin dipandang remeh angkatan para pejuang muda-mudi Islam seluruh dunia.

Uzumaki Naruto, adalah seorang watak tersisih sebuah kampung bernama Konoha. Naruto, seorang remaja yang suka mencabar dirinya, mencabar batasan dirinya sendiri. Meskipun tidak disukai ramai orang, Naruto tetap cuba untuk tidak mengendahkan persepsi orang.


Muncul Iruka, seorang guru. Mungkin juga dengan kacamata dakwah, ia memiripi sosok peribadi Imam Agung Albanna Rahimahullahu Taala. Meskipun para penduduk kampung tidak melayan sangat karenah Naruto yang suka mencari publisiti murahan dengan menconteng dinding serta melakukan beberapa lagi perbuatan nakal, Iruka tetap melayan Naruto dengan penuh ajaran. Selain itu, Iruka juga suka membelanja Naruto Mi Ramen kegemaran Naruto.

Persoalan untuk para 'amilin, Imam Albanna yang agung itu, yang mati ditembak itu pernah memberitahu rukun usrah iaitu, pertama ta'aruf, seterusnya tafahum dan takaful. Sehingga ke saat ini, kita masih bergelumang dengan selut lumpur sekitar ta'aruf sahaja, bagaimana pula dengan tafahum dan takaful? Setelah mengenali sasaran dakwah, adakah bukan tugas kita untuk memahami mereka dan menolong mereka menyelesaikan masalah mereka secara bersama? Saat Naruto difitnah, Iruka sekali lagi menyelamatkan Naruto di tengah kancah yang mengharukan, Iruka benar menunjukkan guru itu juga berfungsi di luar waktu sekolah.


Saat Di Akademi.

Kashashi Kishomoto, pembikin cerita Naruto bukanlah seorang Islam. Barangkali Kishimoto seorang atheis, Kristian, Shinto atau apa-apa sahaja. Yang pasti Kishimoto bukanlah seorang Muslim. Apa yang mahu disebutkan sebenarnya?


Anime Naruto seterusnya berkisar di gelanggang akademi. Akademi Ninja. Di sini mereka dikaderkan menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Sentiasa mencabar dan dicabar. Kesemua ninja direkrut dengan begitu kritikal sekali untuk menjadi yang terbaik.



Dengan melihat melalui kacamata dakwah, kacamata para pejuang yang mengatakan Islam adalah the way of life, sekali lagi kita gagal merealisasikan di alam realiti. Kita berfantasi serta bernostalgia tidak sudah terhadap kemenangan dan empayar masa lalu. Kita segan dan malas berubah serta menganggap idea-idea reform suatu fenomena yang patut dihalang. Kita lebih selesa dan gemar dengan cara tradisional serta memandang jelak perubahan / reform yang mahu dilakukan.



Sepatutnya sudah ada akademi dakwah yang multifunction. Akademi yang tidak membebankan marhaen jelata yang mahu menjadikan anak mereka sebagai pelapis perjuangan seterusnya. Sebuah akademi yang mahukan, Islam itu mengontrol 'alam.



Uchiha Sasuke, Haruno Sakura Adalah Konflik Seterusnya.


Drama percintaan bagi muda-mudi adalah dianggap fenomena biasa mutakhir ini. Naruto juga, menyukai Sakura. Jenis Naruto, kelihatan berterus terang. Sementara Sakura memendam rasa kepada Sasuke. Manakala Sasuke kelihatan berlagak cool, adakah ini semua cinta tiga segi dan cinta monyet? Sekali lagi, Kishimoto yang bukan Islam mengajar kita, hedonism adalah pil khayal yang cukup berkesan untuk melenakan muda-mudi.


Meski mereka menyimpan rasa suka antara satu sama lain, perjuangan tetap! Perjuangan memburu sebuah kemenangan adalah intipati cerita ini. Bagaimana pula dengan cinta sesama pejuang?


Cinta sesama pejuang cumalah gula untuk memaniskan air kopi atau garam untuk memberi rasa kepada daging yang tawar. Cinta sesama manusia bergelar pejuang itu bukanlah matlamat, sebaliknya matlamat bagi setiap insan yang bergelar pejuang adalah, mardhotillah.



Hatake Kakashi adalah mata rantai perjuangan seterusnya!


Syed Qutb yang mati di tali gantung tahun 1966 pernah berpesan kepada kita: Jika kita merasakan, kitalah yang memulakan perjuangan ini, dan perjuangan ini akan tamat apabila kita tiada, maka akan terasa sempitlah dada kita. Namun, jika kita tahu bahawa bukanlah kita yang memulakan perjuangan ini, dan bukan kita pula yang mengakhiri perjuangan ini, maka akan lapanglah dada kita.


Perjuangan Baginda Muhammad S.A.W bermula daripada Nabi Nuh A.S. Menyeru berabad-abad lamanya kaumnya supaya mentauhidkan Allah dan menjauhi thagut. Selepas Nuh A.S wafat, lahir Saleh A.S, Ibrahim A.S, 'Isma'il A.S seterusnya hinggalah kepada kita hari ini.


Iruka melepaskan anak usrahnya kepada Hatake Kakashi. Kakashi, adalah seorang guru ninja yang terkenal hebat dan mantap. Seterusnya, plot perjuangan di alam Naruto berkait rapat dengan mata rantai perjuangan bernama Kakashi.

Kapitalisma di dalam Naruto?


Uchiha Sasuke, Uzumaki Naruto, Haruno Sakura serta guru mereka, Hatake Kakashi ditugaskan menjaga nyawa seorang pembina jambatan. Jambatan ini mahu diperkosa seorang hartawan jutawan kapitalis bernama Kato. Di pihak Kato ada lebih berpuluh-puluh ninja bersedia untuk melakukan apa sahaja kehendak nafsu berlemak buas Kato. Adakah para ninja bersedia membela golongan mustadh'afin meskipun nyawa mereka akan terancam?


Ada beberapa lagi karekter yang muncul, menambah gula memberi manis kepada anime ini. Momochi Zaibuzan berserta anak didiknya Sai, mencabar Naruto, Kakashi dan rakan-rakan seperjuangan. Momochi Zaibuzan yang diupah Kato sebenarnya, akhirnya mengkhianati Kato. Momochi Zaibuzan yang juga turut digelar Orang Hantu begitu menggeletarkan kepala lutut kita semua ketika nyawanya mahu dicabut.


Kesepakatan manusia-manusia boleh menumbangkan kesepakatan para syaitan!


Para penduduk di kampung itu sebenarnya amat takut kepada Kato dan kumpulan kapitalis konglomeratnya. Walaubagaimanapun, di akhir plot penuh mendebarkan ini, di samping dibantu Naruto dan rakan-rakan, para penduduk kampung dengan cangkul, pongkas, penyodok, besi dan segala macam lagi turun ke jambatan yang mahu diperkosa Kato, untuk memukul teruk ketumbukan kumpulan Kato. Ya, siang muncul selepas malam!


Diakui, memanglah agak merapu anime ini. Uchiha Sasuke dengan apinya, Gaara dengan pasirnya, walaubagaimanapun elemen-elemen yang baik seperti persahabatan (Ukhuwwah) kesatuan (Wehdah) matlamat (Ghayah) tetaplah tidak boleh dipandang enteng.


Benar, Naruto adalah sebuah fantasi tidak bererti. Namun, adakah kita yang cuma bernostalgiakan kegemilangan sebuah empayar Islam luas yang agung lepas boleh dianggap benar? Sebenarnya, mimpi kita juga sama seperti Kishimoto jika kita masih tidak mahu mengubah apa yang kita percaya itu sebagai senapang perjuangan di alam nyata. Akhir sekali, tontonlah anime ini untuk mendapatkan sedikit semangat perjuangan.



No Response to "Naruto: Anime Sebuah Perjuangan!"

Leave A Reply