Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Saturday, June 20, 2009

SIF Sebenarnya Perlu Dihapuskan Terus Atau Distruktur Semula?

Posted on 10:36 AM by Unknown







SIF Sebenarnya Perlu Dihapuskan Terus Atau Distruktur Semula?









Oleh: Amir Hamzah Akal Ali







Muqaddimah.









"Maka Allah memperkenankan permohonan mereka (dengan berfirman): ``Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal di antara kamu, sama ada lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain." Aali Imran ayat 195.







At-Takwir ayat 8-9 bermaksud:
Dan apabila bayi-bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah maka dia dibunuh?






Baginda Muhammad S.A.W telah bersabda : Sesiapa yang memiliki tiga orang puteri atau tiga saudara perempuan, atau dua orang puteri atau dua saudara perempuan , lalu dididiknya mereka dan dijaganya mereka dengan baik, kemudian dikahwinkan mereka, baginya syurga. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).


SIF, perlu diakui sebagai sebuah organisasi wanita yang semakin konsisten dalam memperjuangkan sesuatu isu yang melibatkan kewanitaan. SIF atau nama panjangnya Sisters In Islam (Sebenarnya In Feminisma.) antara lain memperjuangkan agar undang-undang keluarga disesuaikan dengan zaman ini. Aturan agenda SIF sentiasa berterusan sekalipun tentangan-tentangan keras terus diterima.


SIF dan Akar Permasalahan.


Mengenalpasti akar permasalahan adalah penting untuk kita semua mencabut akar yang bermasalah. Menurut Wan Ahmad Fayhsal, koordinator kampus TERAS, feminisma ini datang dari pengalaman pahit maung oleh penganut ugama Kristian. Kristian memandang jelik wanita. Wanita dianggap sebagai golongan kelas dua dan Kristian sering menyalahkan wanita. Wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini. Kaum wanita dilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki.



Apabila membaca sejarah perempuan, kita semua berpendapat bukan sahaja umat Arab sebelum Islam yang menanam perempuan hidup-hidup, bahkan umat jahiliyah di seluruh dunia ketika itu termasuk Kristian dan Yahudi pun serupa, mereka turut sama menanam perempuan hidup-hidup.

SIF turut mempertikaikan ayat Al-Quran iaitu firman suci Tuhan, Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ayat Al-Quran yang dipertikai, Al-Baqarah ayat 228, "... Orang lelaki (Suami-suami) mempunyai satu darjat melebihi mereka (Isteri-isteri) itu...,"



Ayat seterusnya yang dicucuk SIF adalah An-Nisa' ayat 11. Agak aneh di sini. Sebagai SIF yang memperjuangkan feminin, mereka agaknya mungkin terlupa Allah Subhanahu Wa Taala telah memuliakan kaum wanita dengan memperuntukkan sebuah surah bernama An-Nisa' yang bermaksud Perempuan di dalam Al-Quran. An-Nisa' ayat 11, "Allah perintahkan kamu mengenai (Pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan...,"



An-Nisa' ayat ke-12 juga turut dicucuk SIF.


Keadilan: Meletakkan Sesuatu Itu Pada Tempatnya, Bukan Ekualiti = Kesamarataan!


Perjuangan SIF berlegar-legar di sekitar permasalahan kewanitaan dan kekeluargaan. Antaranya seperti hak-hak wanita dalam keluarga, poligami, diskriminasi wanita, pembahagian faraid dan beberapa hal lagi.

Sekali lagi, kita menyeru supaya jangan ditebang terus batang pokok itu, sebaliknya mengenalpasti terlebih dahulu akar permasalahan: Kenapa terjadinya sebegini?


Menurut Wan Ahmad Fayhsal terdapat dua faktor permasalahan di sini:


1) Faktor Luaran: Agenda hegemoni pemikiran liberalisma dan hak asasi manusia.


2) Faktor Dalaman: Kelemahan komuniti orang Islam dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama.

Mengulas berkenaaan faktor dalaman, Wan Ahmad Fahsyal mengatakan kita tidak mengambil berat masalah keluarga Muslim, tidak mengambil tahu dan tidak ada huluran bantuan dari segi kaunseling. Maka golongan wanita yang bermasalah ini akan merujuk kepada SIF yang menyediakan khidmat guaman dan kaunseling secara percuma.





Sesetengah kita kadang-kadang mengalami sentimen emosional yang radikal. Wan Ahmad Fahysal mengatakan, "berdemo itu perlu tetapi jangan kita ini seolah-olah tidak mampu berhujah. Islam ini benar, kenapa takut untuk berhujah?" Soal Wan Ahmad Fahsyal menyentak komuniti Muslim yang lemah bertindak.

Kepincangan birokrasi yang mendominasi jabatan-jabatan kerajaan dan mahkamah turut menjadi fokus gerak kerja gerakan SIF.









Ketidakfahaman Syariat Tuhan Adalah Akar Permasalahan!


Tanggungjawab lelaki yang menjadi suami adalah wajib membayar mahar (Mas Kahwin), menyediakan tempat tinggal, makanan, dan pakaian kepada isteri dan anak-anak.



Perempuan pula tidak perlu mengeluarkan nafkah sesen pun untuk menanggung seseorang. Ketika belum berkahwin perempuan di bawah tanggungan bapa atau walinya, manakala selepas kahwin di bawah tanggungan suaminya.


Masalahnya...



Para lelaki sudah menjadi pondan. Pondan-pondan ini selepas berkahwin telah memerah keringat istri-istri mereka sesuka hati. Pondan-pondan ini cuma reti bercakap tentang malam pertama dan nafkah batin serta poligami. Pondan-pondan ini tanpa sedar telah mempermainkan Baginda Muhammad S.A.W yang berlaku 'adil terhadap Ummahatul Mukminin. Bilakah para pondan ini mahu sedarkan diri?



Dr. Raihanah Abdullah (UM) turut menyelar lelaki-lelaki yang menjadi biang keladi dalam menyerabutkan Islam. Lelaki-lelaki ini telah mencomotkan Islam tanpa mereka sedari. Memanglah Islam telah memberikan lebih bahagian kepada para lelaki, tetapi kenapa cuma bahagian yang kelihatan tidak tanggungjawab yang diberikan?


Tanggungjawab yang terpikul di pundak lelaki adalah qawwam, pemimpin, bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin. Jangan cuma nampak nafkah batin sahaja. Para lelaki yang tidak bertanggungjawab ini akan bertanggungjawab di padang mahsyar nanti atas tangan-tangan mereka yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mencomotkan Islam. Apa yang terjadi hari ini adalah manifestasi tanggungjawab kepada lelaki itu telah diterbalikkan kepada perempuan.


Masalah ketidakfahaman yang cukup serius terhadap syariat Allah adalah akar permasalahannya. Samaada golongan SIF dan lelaki-lelaki yang mencomotkan Islam ini, kedua-dua bersalah. Bersalah kerana satu golongan menjustifikasikan kesalahan pelaku kepada kesalahan ugama. Manakala satu lagi, mengambil kesempatan terhadap kesempitan akal mereka dalam memahami nas-nas syara'. Kesimpulan yang diberikan Dr. Raihanah Abdullah agak baik, "sebagai orang feqah, saya melihat masih ada jalan yang boleh digunakan untuk penyelesaian. NGO kita perlu lantang dan boleh berdebat dengan golongan-golongan seperti ini, dalam mempertegak pandangan yang selari dengan ajaran al-Quran."

Muktamar PAS Ke-55 adalah Clash!


Haq dan batil adalah musuh semenjak Adam dan Iblis di syurga, Habil dan Qabil di dunia. Haq tidak pernah redha kepada batil sementara batil tidak pernah sekali-kali redha kepada haq. Kedua-dua ini akan sentias berlaga, berlaga dan berlaga! Ini adalah hakikat!


Usul pengharaman Sister In Islam (SIF) yang dibentangkan oleh Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini mengundang berjuta reaksi daripada segenap lapisan masyarakat. Samaada aktivis, sosialis, politikus, ulama' bahkan dari FI sendiri pun berlaku ketidakseragaman pendapat.



Apabila telah diterangkan segala bukti dan dalil bahawa SIF telah menyimpang dari jalan lurus, apa yang perlu ditunggu-tunggu lagi? Sudah terang lagi bersuluh SIF mempropagandakan ajaran yang tidak lurus, kenapa tidak mahu faham lagi?


YB, Jangan Malu Alah! Ingat, Allah Melihat Alah Kamu!


"Bagaimanapun kita hanya berharap SIF disiasat sekiranya menyeleweng. Namun, PAS masih membuka perundingan, bukan kita maksudkan ia diharamkan terus," Kata Dr. Lo'lo' Muhammad Ghazali semasa berucap pada Majlis Penerangan Umum Isu Semasa anjuran PAS Kawasan Selayang, di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Taman Bidara.



Di bawah tajuk Sisters In Islam: Khalid akui kesilapan, di dalam sebuah akhbar arus perdana, Ir. kita mengakui beliau tidak menyemak usul yang meminta supaya SIF diharamkan jika bertentangan dengan syariat Islam.


Soal kita, jika sudah bertentangan dengan syariat Islam, apa masalah kita untuk mengharamkannya?



Ir. menjelaskan, Dewan Muslimat sebenarnya mahu menyatakan pandangan SIF sepatutnya diselidik mengikut syariat Islam termasuk diadakan perbincangan dan perdebatan mengenai sesuatu isu yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut. Kenyataan ini, membawa kepincangan yang agak ketara sedangkan PAS telah lama dikenali umum sebagai satu force yang yang cukup gah dan kuat. Pendekatan berdialog secara intelektual berseminar adalah tugas ABIM. Manakala ABIM pula di dalam isu ini, lebih tegas dan berprinsip tanpa menghiraukan undi, suatu benda yang menjadi kegilaan para politikus.




Usul yang dikemukakan tanpa bahas tentang sikap PAS terhadap SIF itu telah mencetuskan kontroversi kerana terdapat ungkapan iaitu mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIF yang didakwa membawa Islam Liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.


"Usul ini asalnya dibangkitkan semasa mesyuarat Dewan Muslimat pada 12 April dan kesilapan ungkapan itu saya sedari semasa ia dinyatakan pada mesyuarat (AJK) PAS kawasan pada 23 April lalu dan meminta ayat tersebut dipinda tetapi ia tidak berlaku seperti itu." Ir. kelihatanya agak liberal dalam hal ini. Kita bertanya, bagaimana jika hukum Allah mahu dipinda atas tidak puas hati golongan majoriti?


Selain kelihatan agak liberal, Ir. juga kelihatan agak merendah diri dengan golongan sebegini, "silap saya kerana tidak menyemak semula versi akhir usul yang dihantar ke AJK PAS Pusat dan hanya menyedari kesilapan tersebut apabila ia diluluskan tanpa bahas pada hari akhir Muktamar tersebut," kata Ir.




Ir. memberi penjelasan demikian kepada sidang akhbar khas berhubung isu usul itu di pejabatnya. Ir. juga mengakui imej PAS sedikit terjejas ekoran isu ini. Sebenarnya, kita terlampau menjaga sensitiviti pihak yang mempersenda-sendakan ugama tanpa kita sedari kita pun telah berlebih kurang dengan ugama. Hendaklah demokrasi digunakan untuk kepentingan ugama bukan untuk kepentingan majoriti manusia. Islam itu tidak tertegak dengan demokrasi.


Ir. Khalid Samad akan menulis surat kepada PAS Pusat dalam masa terdekat bagi menerangkan keadaan sebenar mengenai usul itu. Ir. dilaporkan mengakui tidak membuat semakan lanjutan terhadap usul berkenaan sebelum dihantar ke PAS Pusat kerana terlalu sibuk dalam persiapan penganjuran Muktamar PAS dan PRK Dun Penanti hujung Mei lalu.


Tegas, Berani dan Berprinsip Mesti Disekutukan Dengan Hujjah!!

Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS yang berani dan tegas. Ini jelas dilihat melalui sikapnya yang menyaound kembali secara baik Teresa Kok (DAP) dan Mustafa Kamil Ayub (PKR) yang mahukan PAS menghormati kebebasan bersuara dan juga hak berpersatuan.


Hujah Ustaz, "justeru dalam prinsip yang sama, perwakilan Muktamar PAS juga telah menggunakan hak mereka untuk bersuara secara bebas dan hak PAS dalam berpersatuan secara yang lebih pragmatik."


Namun, agak lemah hujah Ustaz di sini.

Haram is something, tukar nama is nothing.

"Tetapi, jika didapati mereka (SIF) menyimpang dan tidak membawa hasrat serta pemikiran Islam yang betul agar mereka diharamkan atau menukar nama persatuan mereka, Ujar Ustaz Nasrudin Tantawi.


"Sebagai menghormati hak mereka, Pemuda PAS menyarankan agar SIF menukar nama mereka kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah laku mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis," tegas Ustaz Nasrudin.


Kadang-kadang, kita yang dilabel fundamentalis (Yang amat berpegang kukuh dengan Islam!) perlu lebih chenge dari orang-orang yang liberalis. Ini kerana perjuangan SIF bukan sahaja dari segi structural iaitu membantu wanita Islam tertindas tetapi juga intelektual dan ideologikal. SIF mencari tafsiran berbeza bagi ugama Islam. SIF seolah-olahnya melancarkan satu reform untuk mendapatkan ugama yang benar-benar 'adil.




Baiklah, selepas Forum, apa?


Ir. Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, PAS dan SIS mengadakan dialog isu pengharaman SIF. Ir. menyatakan, forum berkenaan dapat memberikan penjelasan mengenai peranan SIF dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Ir. juga menyatakan Majlis Fatwa Kebangsaan masih mengambil sikap berdiam diri dalam isu pengharaman SIF.


Proses Penstrukturan SIF / SIM / SIMKAD Or Whateverlah.

Apabila orang telah menjemput kita untuk masuk ke dalam rumah, maka janganlah hendaknya kita pula melarikan diri. "Bagus jika ia diadakan dan dianjurkan sendiri oleh PAS, tetapi biar dalam bentuk dialog yang dibuat secara terbuka dan tidak bertujuan menjatuhkan SIF."


"Dalam dialog berkenaan juga pandangan semua pihak perlu dihormati dan SIF tidak mengenakan sebarang syarat, kami akan hadir," kata Maria Chin Abdullah, Pengurus Kanan SIF.


Dalam hal ini, Dewan Pemuda PAS harus melepaskan isu ini kepada Dewan Muslimat PAS yang lebih sesuai dalam isu ini. Perempuan lawannya adalah perempuan juga. Seterusnya pemilihan calon yang sesuai juga perlu dipilih untuk berdepan dengan dialog cetusan Ir. Khalid Samad ini. Kita juga mahu tahu apakah result hasil pertemuan Dr. Mariah (PAS) dengan SIS tidak berapa lama dahulu. Mungkin juga PAS boleh meletakkan Siti Zailah (Dewan Muslimat PAS) yang kelihatan agak garang dan mungkin juga intelektual untuk berdepan dengan intelektual-intelektual liberal yang berpayung di bawah SIF.

Akhirnya, isu ini sepatutnya ditangani secara rasional oleh orang-orang yang beriman dengan hari kemudian. Banyak yang dapat dijernihkan jika kita benar-benar ikhlas mencari penyelesaian, bukan populariti yang tidak berkesudahan.


Rujukan:-
[1] Akhbar Harakah
[2] SIASAH
[3] Akhbar Sinar
[4] Majalah Muslimah
[5] Internet

No Response to "SIF Sebenarnya Perlu Dihapuskan Terus Atau Distruktur Semula?"

Leave A Reply