Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Tuesday, June 23, 2009

Pimpinan Mahasiswa dan warga KUIS main Belakang @ Depan ?

Posted on 3:07 AM by Ibnu Bangsawan


Alhamdulillah, Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Ashabihi Ajmai'n.


Jam ketika ini menunjukkan dah pukul 1.19 Subuh. Usia UA bertambah sehari lagi. Pada awalnya tadi nak tidur, tapi rasa perlu mencatat sesuatu di ruangan ini. So, niat yang suci tu perlu dilakukan gak. Akhir-akhir ni, terdengar pelbagai reaksi tentang kemasukan UA semula ke Bumi KUIS. Reaksi yang bagaimana ? tidak perlu UA sebutkan di sini, cuma UA ingin menyatakan beberapa perkara berkaitan hal ini.

Sebagai insan biasa, seperti antum jua. UA hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Terngiang-ngiang suara beberapa orang Ustaz KUIS ketika UA bertemu mereka sebelum ini, ada yang berkata. "Yang penting anta sambung belajar". "Teruskan belajar walau di mana jua" dan "Walau di mana anta sambung belajar, yang penting anta bijak merebut segala peluang yang terbentang luas". Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), lembah ilmu yang UA amat cintai dan telah banyak mematangkan diri UA khasnya dalam hal kepimpinan dan lembah ilmu inilah UA bertemu dengan insan yang UA amat kasihi dan sayangi kerana-NYA. KUIS, sekali lagi menjadi pilihan UA. Siapa sangka semua ini berlaku ? Kun Fayakun (kehendak Tuhan), teringat semasa UA berada di akhir semester 6 yang lepas, yang mana UA tidak terniat pun nak sambung KUIS. Sebaliknya UA sibuk, dan menyibukkan diri dengan mencari kerja, waktu tu fikir nak kerja dulu. Macam-macam jawatan yang dah dipohon, UITM Shah Alam, Putrajaya, Majlis Sukan Negara, Bandar Baru Bangi dan sebagainya, semua dah di cuba. Jawapan yang diterima ? Semua tak bagi respon. Di saat itu, jiwa dah mula berkata, hikmahnya UA kena sambung belajar gak ni. Tapi kat mana ?????, luar @ dalam ? nak sambung IPTA berbekalkan CGPA 3.64. takde masalah. La ba'sa, Akhirnya, dengan izin-Nya Dhomair UA berkata, ya Umar Azihal Bangsawan anta fi K.U.I.S. "Fa Iza Azamta Fatawakkal Alallah".

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua menjadi program pliihan, timbul persoalan apasal sebelum ni Dakwah tiba-tiba bertukar program. La ba'sa, Dakwah setiap saat, adapun bahasa Arab, UA nak fokus pula kepada Bahasa Al-Quran ni. Mudah-mudahan suatu hari nanti ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Pada tarikh 08 Jun 2009 yang lepas, UA rasmi semula bergelar Mahasiswa KUIS. Sakarang, mula sudah bah UA masuk kalas.

Pada awal kemasukan sebelum ini, ada juga fikiran nakal dan mungkin kesan baru tamat pengajian peringkat Diploma, iaitu terfikir tak nak aktif macam dulu, tak nak pegang japa-apa jawatan yang pelbagai macam diploma dulu. Hampir dua minggu berlalu, terasa bahang gerakan dakwah kampus seperti mana yang pernah di rasai suatu ketika dahulu. Siapa kita untuk tidak mahu terlibat dalam gerak kerja Dakwah kampus ini ? Melihat landskap Politik Kampus KUIS yang ada pada hari ini, UA terpanggil untuk terlibat dalam gerak kerja mengekalkan biah Solehah KUIS yang semakin hari semakin terhakis ini, sebelum ia hilang dan tidak dapat diselamatkan lagi. UA perlu turut serta bersama dengan Mahasiswa-mahasiswa yang inginkan Islam memimpin KUIS dan perubahan. Siapa mereka ? siapa sahaja Mahasiswa KUIS yang ada mempunyai usaha ke arah itu. Ya Allah, ampuni dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini.

Jawatan adalah Amanah, UA sering memikirkan perkara ini ketika memikul sesuatu jawatan sama ada dalam atau luar kampus. DI Bumi KUIS, boleh sahaja UA terlibat dengan pelbagai persatuan bermula daripada persatuan anak negeri UA, iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB), persatuan 'Khadam-khadam Masjid' iaitu Al-Azhar Members (ALAM), PERSADA, PMFBMK dan sebagainya. Untuk bergerak dalam gerak kerja Dakwah kampus, pada UA perlu berada dalam kelompok Mahasiswa @ persatuan. UA mengimpikan yang suatu hari nanti KUIS akan wujud suasana Pro. Mahasiswa dam Aspirasi (Pro. Puak-puak pentingkan diri sendiri) itupun kalau puak ni adalah kan, tapi kat KUIS puak ni ada ke ?.

Impian UA yang lain pula ialah, mengharapkan seluruh persatuan Mahasiswa bermula daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sehinggalah Kelabnya mampu mengaplikasikan Kesatuan Cara Berfikir dan Kesatuan Gerak Kerja atau Tindakan. Perjuangan lebih kepada kebajikan warga KUIS, Amar Ma'ruf Nahi Munkar, Berani bersuara menuntut Hak Kebajikan Mahasiswa KUIS daripada pihak pengurusan dan yang seumpama dengannya.

Sebut tentang gerak kerja Dakwah kampus ni, teringat ALAM sekali lagi. ALAM sebagai satu persatuan dibawah naungan Masjid Al-Azhar KUIS, kini telah menjadi sebutan di bumi KUIS. wujud pandangan Pro dan Kontra terhadap gerak kerja ALAM oleh warga KUIS terutamanya Mahasiswanya. UA sebagai Mantan Presiden ALAM sebelum ini, terkesan oleh perkara inij. Setakat yang UA tahu sejak dahulu hingga hari ini, UA melihat ALAM tidak pernah mencari musuh apatah lagi ingin bermusuh. Jujur pada pandangan UA, keadaan KUIS kini semakin merisaukan dan semakin mencabar kepada gerakan Dakwah kampus sendiri. Kerana apa ? Bilangan warganya yang berpelbagaian latar belakang keluarga, budaya, bangsa dan negeri dah semakin bertambah. Etika pelanggan setengah pengurusan yang semakin teruk, yuran pelajar yang semakin 'mentekak darah', ketidak seriusan setengah pengurusan terhadap Amar Ma'ruf Nahi Munkar kampus, kurangnya kesedaran Mahasiswa KUIS terhadap peri pentingnya Politik Kampus, kelembapan pimpinan Mahasiswa KUIS dan yang seumpama dengannya.

Pro dan Kontra warga KUIS terhadap ALAM telah UA sebutkan pada tulisan sebelum ini. Cuma UA ingin menekankan dan menegaskan di sini. Sesiapa atau mana-mana persatuan Mahasiswa termasuklah MPM dan JPM yang tidak berpuas hati dengan ALAM, jangan cakap belakang bah. Kita Profesional, bincang semeja dan cakap berhadapan. Sedih bila mendengar wujudnya pimpinan Mahasiswa KUIS yang mengumpat dan cakap-cakap tentang ALAM melalui pintu belakang. Tak elok, 'Jangan main belakang, bab ia sangat bahaya'. kita main depan no... kelebihannya, kita boleh berbincang dengan elok dan profesional.

" Gerakan Dakwah Menuju Nusrah Ilahi "

No Response to "Pimpinan Mahasiswa dan warga KUIS main Belakang @ Depan ?"

Leave A Reply