Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Wednesday, January 21, 2009

PeraNaN seORanG PemiMpiN MuKmiN

Posted on 6:05 PM by KamiLin



Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum sahabat2ku yang dirahmati Allah sekalian..

Apa yang ana ingin kongsikan dengan kalian adalah satu konsep di mana konsep yang telah dipraktikkan sejak zaman Rasullah SAW...

Marilah sama2 kita baca dan memahaminya dan seterusnya amalkan konsep ini dlm kehidupan seharian kita. "(kamu adalah sebaik-baik umat yg dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh yg maaruf dan mencegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah)"(ali Imran:110)

Hisbah
Hisbah Dari Perspektif Syariah Dan Sirah Islam
Oleh Haji Harun Taib
Takrif Hisbah
Dalam membicarakan tajuk di atas,terdapat lebih dari 10 definasi yang diutarakan oleh para cendikiawan Islam. Antaranya pendapat yang diberikan oleh al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamus-Sultaniyyah Wal-Wilayatud-Diniyyah yang menyebut hisbah ialah menegakkan yang ma’ruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula. Ini membawa maksud bahawa sekiranyaianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.Sesungguhnya pengutusan para Nabi-nabi dan Rasul-Rasul oleh Allah adalah antara lainnya untuk ditaklifkan ke atas mereka tugas dan tanggungjawab menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, maka menjadi tanggungjawab yang besar bagi umat manusia melaksanakan tugas menegak yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar. Kenyataan di atas menunjukkan betapa perlunya diberi keutamaan dalam melaksanakan tugas-tugas hisbah.
Manakala hujah yang menyokong masy’uriyyatul al hisbah ialah:
• Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar merupakan tugas Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
• Melaksanakan tugas dan tanggungjawab hisbah ini merupakan sifat Sayyidil-Mursyalin.
• Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang beriman.
• Me laksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang solih.
• Sekiranya tugas dan tanggungjawab hisbah dilaksanakan maka terlaksanalah segala kebaikan.
• Amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan bagi mereka yang diberi kuasa di atas muka bumi ini.
• Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan faktor kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.
• Amar ma’ruf nahi mungkar merupakan dua ciri penting dalam pengertian Islam.
• Amar ma’ruf nahi mungkar yang dilakukan di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang paling baik.
• Membunuh orang-orang yang menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar merupakan kesalahan yang amat besar.
• Manakala orang yang menjalankan tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar itu diberi ganjaran yang sebesar-besarnya.
• Melaksanakan tugas menyeru yang ma’ruf dan menghalang kemungkaran menjadi menjadi sebab kepada penghapusan dosa-dosa kecil.
Wajibnya Hisbah
Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksanakan tugas-tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usahadan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah SWT dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.Maka bersandarkan kepada nas-nas di atas, para ulama’ berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu. Antara mereka ialah ada yang menyatakan bahawa amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan dua fardhu dari fardhu-fardhu Allah manakala Abu Bakar al-Jassas berpendapat Allah memperkuatkan kefardhuannya dalam beberapa ayat manakala Rasul-Nya pula menjelasknnya melalui hadith-hadith yang muthawatir darinya.
Oleh itu dalil wajidnya melaksanakan hisbah bersandarkan kepada:
• Arahan Allah dan Rasul-Nya.
• Iman dan hisbah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
• Antara yang menjadi syarat kepada bai’ah ialah memberi nasihat sesama muslim.
• Antara syarat mendapat kejayaan ialah melaksanakan kerja-kerja hisbah.
• Meninggalkan tanggungjawab hisbah dianggap bersekutu dalam melakukan kemungkaran dan dosa bersama-sama pelakunya.
• Amaran keras dengan azab Allah disebabkan meninggalkan kerja-kerja hisbah.
• Turunnya azab Allah diakibatkan kerana menninnggalkan hisbah.
Status Kefardhuan Hisbah
Para ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan status kefardhuannya sama ada fardhu ini fardhu ‘ain ataupun fardhu kifayah, namun dalam suasana-suasana tertentu para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa ianya boleh berubah menjadi fardhu ‘ain. Antara suasanatersebut ialah:
• Apabila petugas atau pegawai dilantik oleh pihak berkuasa.
• Apabila tidak kedapatan orang lain yang mengetahui dan memahami kewajipan hisbah kecuali dia sahaja.
• Apabila kemampuan untuk melaksanakan tugas itu hanya terbatas kepada beberapa orang sahajamaka hisbah itu menjadi fardhu ‘ain ke atas mereka.
• Apabila berlaku perubahan situasi di mana bilangan para da’ie berkurangan, ditambah pula dengan bertambahnya kemungkaran serta kejahilan menguasai keadaan, maka ketika itu hisbah menjadi fardhu ‘ain.
Kewajipan Al-Muhtasib
Dari perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar adalah kewajipan seseorang muslim sama ada ia seorang pegawai atau rakyat biasa.Ringkasnya terdapat dua kewajipan besar bagi Muhtasib iaitu:
• Amar ma’ruf
• Nahi mungkar
Setiap dari amar ma’ruf dan nahi mungkar itu terbahagi kepada 3 skop:
• Berkaitan dengan hak-hak Allah.
• Berkaitan dengan hak-hak anak-anak Adam sahaja.
• Berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak anak Adam.
Amar Ma’ruf
• • Hak-hak Allah
Wajib ke atas al-Muhtasib melaksanakan tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar apabila berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan hak Allah seperti sembahyang jumaat, sembahyang jama’ah di masjid dan lain-lain yang secara terbuka ditinggalkan.
• • Hak-hak Anak Adam
Ianya terbahagi kepada tiga:
1. 1. Hak Am
Merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan keperluan manusia seperti bekalan air minuman di dalam sesebuah negeri atau kemudahan-kemudahan awam yang asasi. Perkara ini bergantung kepada kedudukan kewangan negeri atau baitul maldan pihak kerajaan bertanggungjawab memperbaiki keadaan tersebut. Kalau tidak ada harta baitu mal, hendaklah di arahkan orang-orang Islam yang kaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
2. 2. Hak Khas
Ianya mencakupi hak-hak yang berkaitan dengan individu-individu seperti hutang piutang dan lain-lain hak. Dalam keadaan ini, suhtasib hendaklah mengarahkan kepada orang –orang yang berhutang supaya membayar hutang-hutang mereka dengan syarat ada pengaduan dan jika mempunyai kemampuan.
3. 3. Hak Bersama
Ianya mencakupi antara lainnya perkara-perkara berikut.
• • Mengarahkan para bapa mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila menepati syarat-syaratnyaagar mereka tidak terhalang daripada berkahwin.
• • Mewajipkan para wanita mematuhi idah mereka sama ada idah wafat atau idah talaq.
• • Mengarahkan pemilik-pemilik pengangkutan supaya tidak memuatkan secara berlebihan ke atas kenderaan mereka.
• • Mengambil kecaknaan terhadap luqata’ seperti kehilangan barangan dan sebagainya.
Nahi Mungkar
• Hak-Hak Allah
Antaranya:
1. 1. Berkaitan dengan ibadah yang mengandungi perkara-perkara berikut:
• • Orang melakukan ibadah tidak mengikut syariat Islam
• • Orang yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan, tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang.
• • Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa ada keuzuran syar’ie.
• • Orang yang tidak membayar zakat harta-harta batin.
• • Orang yang mengajar dan memberi fatwa tanpa ada ilmu.
2. 2. Berkaitan dengan larangan-larangan syara’
Hendaklah mencegah orang ramai dari berada di tempat-tempat yang meragukan dan yang boleh mendatangkan tohmahan serta tuduhan orang seperti wujudnya percampuran kaum lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di temppat-tempat yang diragui.
3. 3. Berkaitan dengan mu’amalahHal ini mengandungi mu’amalah-mu’amalah yang mungkar dari sudut syara’seperti jual beli yang tidak sah dan apa-apa urusan jual beli yang dilarang oleh syara’ walaupun di kalangan mereka saling redha meredhai seperti penipuan harga, timbangan dan sukatan.
• • Hak-hak Anak Adam
1. 1. Hak Jiran
Hal ini mengandungi pencerobohan seseorang terhadap sempadan jirannya. Walaupun begitu, muhtasib tidak boleh mengambil tindakan selagi tidak ada aduan dari jirannya.
2. 2. Di pusat-pusat perniagaan dan di kilang-kilang
Terdapat tiga keadaan yang perlu diambil perhatian.
1. 1. Kesempurnaan dan kekurangan. Contoh: kerja-kerja perubatan yang dilakukan oleh para doktor.
2. 2. Amanah dan khianat. Contoh: amalan tukang jahit yang tidak menepati janji.
3. 3. Elok dan tidak elok dalam apa-apa kerja yang dilakukan.
4. 4. Hak-hak bersama.
Antaranya ialah pencegahan perbuatan mengintai rumah orang lain, mencegah imam-imam masjid besar daripada memanjangkan sembahyang dan mencegah mencegah para hakim daripada tidak melayani orang-orang yang berbalah, mencegah pemilik alat-alat pengangkutan dari mengangkut lebih dari had muatan dan lain lain lagi. Muhtasib hendaklah melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka oleh pihak berkuasa selain dari perkara-perkara yang disebut di atas.
Perbandingan Antara Hisbah Dan Kehakiman
Antara hisbah dan kehakiman ada persamaan dan perbezaannya.
Persamaannya boleh dilihat dari dua sudut.
• • Pengaduan harus dibuat kepada muhtasib sebagaimana dibuat kepada hakim.
• • Harus bagi muhtasib sebagaimana hakim menjatuhkan hukuman ke atas yang didakwa ketika yang didakwa mengaku bersalah di atas tuduhan yang dihalakan kepadanya.
Perbezaan antara hisbah dan kehakiman pula dilihat dari dua sudut.
• • Dari satu sudut bidang kuasa hakim lebih luas dari bidang kuasa muhtasib kerana muhtasib hanyalah tertentu kepada dakwaan yang berkaitan dengan kemungkaran yang zahir sahaja yang tidak memerlukan kepada kesaksian dan keterangan.
• • Dari sudut lain pula kuasa muhtasib lebih luas dari hakim dalam.
1. 1. Muhtasib boleh menggunakan kuasanya sama ada wujud pendakwaan atau tidak, manakala hakim hanya boleh bertindak jika ada pendakwaan.
2.2. Muhtasib boleh mencegah kemungkaran dengan apa cara sekalipun sama ada menggunakan kekerasan atau kekuatan atau ta’zir, dimana hal ini tidak boleh dilakukan oleh para hakim.
Perbandingan Antara Hisbah Dengan Wilayah Al-Madzalim
Persamaan antara hisbah dan Wilayah al-Madzalim boleh dilihat dari dua sudut di mana kedua-dua hisbah dan Wilayah al-Madzalim mempunyai bidang kuasa yang luas dalam perkara yang berikut.
• • Kewibawaankuasanya.
• • Masing-masing boleh melibatkan diri dalam usaha mencari kebaikan dan permasalah ummah serta menolak keburukan dan kerosakan yang zahir terhadap ummah tersebut.
Perbezaan antara keduanya pula ialah.
• • Kedudukan muhtasib lebih rendah dari hakim sementarakedudukan waliyyul-madzalim lebih tinggi dari hakim.
• • Waliyyul-madzalim boleh membicara setiap kes yang diadukan kepadanya manakala muhtasib tidak boleh berbuat demikian kecuali ke atas kes amal ma’ruf dan nahi mungkar yang zahir sahaja.
Melihat kepada perbandingan-perbandingan tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa bidang kuasa muhtasib ada bermacam-macam, ada kalanya muhtasib bertindak sebagai polis, ada kalanya sebagai waliyyul-madzalim dan ada kalanya sebagai hakim.
Perlantikan Atau Pembentukan Hisbah
Kita telah menyatakan bahawa hisbah itu wajib dilakukan oleh orang perseorangan atau kumpulan secara sukarela dan boleh dilantik oleh pihak kerajaan.Rasulullah SAW dan sayyidina Omar umpamanya, menjalankan tugas itu secara sendiri diperingkat awal pemerintahan Islam kemudian sesudah itu dijadikan suatu Badan Kerajaan atau Pesuruhjaya Hisbah. Beliau bolehlah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kesesuaian dari masa ke semasa dengan syarat orang-orang yang dilantik itu mempunyai maklumat yang jelas tentang hukum syara’, berani, kuat dan bertaqwa.
Penutup
Perkara-perkara yang dibentangkan di atas merupakan pendapat-pendapat umum serta contoh-contoh yang diberikan oleh para fuqaha’. Walau bagaimanapun jika dipertimbangkan, dengan suasana yang dihadapi sekarang, kita haruslah berpegang kepada definasi yang diberikan oleh al-Imam al-Mawardi iaitu bidang kuasa hisbah begitu luas yang mana ianya merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kema’rufan yang ditinggalkan secara terang-terangan dan kemungkaran yang dibuat secara terang-terangan. Juga termasuklah penyalahgunaan kuasa seperti bapa yang mencegah anaknya berkahwin apabila sudah memiliki syaratnnya, amalan rasuah dan riba’ dilakukan secara berleluasa, kegiatan perniagaan dijalankan dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam dan lain-lainnya.





No Response to "PeraNaN seORanG PemiMpiN MuKmiN"

Leave A Reply