Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Saturday, May 30, 2009

Usmaniyah: The Great Empire



Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Kerajaan-kerajaan yang menguasainya juga bersilih ganti seperti Umaiyah, Abbasiyah, Usmaniyah. Malangnya yang paling kedengaran di telinga kita hanyalah beberapa kerat sahaja.



Buku ini menceritakan beberapa kerajaan besar yang sering ditinggalkan kita apabila kita bercakap tentang kerajaan-kerajaan Islam: Kerajaan-kerajaan besar yang dimaksudkan adalah: Kerajaan Islam Mughal, Kerajaan Safavid, Kerajaan Islam Usmaniyah.



Sementara itu kerajaan-kerajaan kecil lain yang turut diceritakan di dalam buku ini adalah: Kerajaan Idrisi, Aghlabi, Tuluni, Ikhsidi, Hamdani, Tahiri, Saffari, Samani, Kerajaan Bani Buwaih dan Kerajaan Bani Seljuq.



Nampak tidak? Islam dan kekuasaan pemerintahan seakan-akan tidak dapat dipisahkan kerana hubungan yang begitu kuat sejak zaman berzaman. Maka amat malanglah bagi sesiapa yang mendakwa, tali kendali pemerintahan urusan dunia tiada ada kena mengena dengan ugama. Telah tersekularlah dia. Telah tertolaklah pandangan Ali Abdur Raziq yang mengarang sebuah karya bertajuk Al-Islam Wal Hukum. Karya Ali Abdur Raziq ini mengatakan Islam tidak ada kena mengena dengan sistem pemerintahan, sejarah menolak pandangan jahat Ali Abdur Raziq ini.



Setiap ubat ada tarikh luputnya. Sama juga dengan alam ini ada tarikh binasanya yang cuma diketahui Allah SWT. Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan ini, telah lama tertulis di Luh Mahfuz akan bilakah tercabutnya satu demi satu kekuasaan pemerintahan yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan ini,



Umaiyah jatuh, naik Abbasiyah. Bukanlah bermaksud Abbasiyah kerajaan haram tetapi ini membawa maksud kerajaan Umaiyah telah gagal untuk berfungsi menternak rakyat dan berperilaku adil (Wa la yanalu ‘ahduz Zolimin.) maka telah dipergantikan Umaiyah dengan Abbasiyah.



Menurut Malik Bennabi, seorang pemikir Muslim Algeria yang tersohor dan juga Ibn Khaldun seorang sosiologis Islam, ada tiga tahapan sesuatu kerajaan itu iaitu, umur muda, pertengahan dan tua, (Nyanyuk.) di saat nyanyuk itulah muncul pihak-pihak yang melancarkan serangan membebaskan negeri



Abbasiyah di Baghdad akhirnya jatuh di kaki Monggol.



Buku ini menyorot secara baik dan jujur punca-punca kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam yang lepas. Hanya Kerajaan Baginda Muhammad S.A.W sahaja yang stabil dan tidak ternoda.




Antara sebab-sebab utama jatuhnya sesebuah kerajaan adalah kerajaan itu terlampau korup dan tidak mampu mengawal penentang-penentangnya. Ini seharusnya menjadi ibrah kepada orang-orang yang masih hidup dan berjalan di atas muka bumi yang memikirkan untuk menubuhkan kerajaan-kerajaan hari esok supaya memikirkan cara agar tidak berulangnya episod-episod malang yang serupa ataupun sekurang-kurangnya episod-episod malang yang menimpa adalah sedikit.



Usmaniyah Yang Dilupakan.



Buku-buku sejarah yang dimesin dan disiapkan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri kita amat jarang sekali mengetengahkan tentang ketokohan Sultan Murad, ayahanda kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstantinopel yang unggul itu. Bahkan silibus-silibus sejarah yang diedarkan melalui skim pinjaman buku teks juga gagal menceritakan betapa gagah dan perwiranya tentera-tentera tanpa nama yang membelah air di waktu malam membuka pintu kota Konstantinopel. Silibus-silibus sejarah yang diedarkan melalui skim pinjaman buku teks melalui Menteri Pendidikan Malaysia juga kelihatan tertakut-tekut menceritakan kehebatan Sulayman The Magnificent, Sultan Abdul Hamid yang begitu tegas dalam melawan Herzl si yahudi.



Lebih seratus tahun yang lepas, setelah jatuhnya Kota Baghdad di kaki monggol dan Tartar, Islam telah kembali menunjukkan kegagahan dan keperwiraannya di bawah bendera Khilafah Usmaniyah. Lebih seratus tahun yang lampau, negeri-negeri Eropah Timur (Balkan) adalah kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah Kerajaan Islam Usmaniyah. Kekuasaan Kerajaan Islam Usmaniyah ini meluas ke menara-menara menjulang langit di bekas kekuasaan Kerajaan Byzantium (Constantinopel.) Bagaimana? Bukankah kita lebih cemerlang, gemilang dan terbilang lama dahulu?




"antara pengalaman dan musyawarah..yang mana penting dalam melunaskan tanggungjawab"

Salam ukhwah pada pengunjung yang sudi singgah ke laman saya ini.

Kali ini saya rasa ingin menyentuh sedikit berkaitan "attitude" atau sikap.

"antara pengalaman dan musyawarah..yang mana penting dalam melunaskan tanggungjawab"

Sebenarnya saya terdetik untuk mengutarakan isu ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan juga pemerhatian saya pada segelintir individu yang saya kenal. Juga lebih kepada luahan rasa hati. Bukan kerana merasakan diri ini hebat tetapi sekadar berkongsi dengan pengunjung sekalian untuk ditimbangkan sejauh mana kebenarannya.

"Adakah cukup dengan pengalaman menjadi tiket untuk mendabik dada mengatakan diri sudah cukup hebat untuk mengendalikan satu2 perkara tanpa perlu bermusyawarah".

Apakah yang anda rasa? Bukankah jika ada pandangan dan suara ramai, suatu perkara atau satu2 keputusan itu akan menjadi lebih mudah dan sekaligus mengelakkan ketidakpuasan hati mana2 pihak.

Saya berikan satu contoh....
Hanya kerana individu ini lebih berpengalaman dan boleh dikatakan berkedudukan, mereka menidakkan pandangan ramai dalam satu program untuk organisasi. Keputusan yang dicapai hanya dari pihak yang sekutu sahaja. Penyudah keadaan jadi tidak teratur dan kelam kabut. Apakah pandangan hadirin yang datang? Dimanakah hendak diletakkan kredibiliti organisasi dan keyakinan hadirin pada organisasi itu?

Sepatutnya individu ini memikirkan "first impression" hadirin dan ahli yang datang. pada saya dalam satu2 organisasi first impression dari ahli atau hadirin adalah penentu kepada kelancaran perjalanan satu2 organisasi itu. Andai ahli sudah hilang keyakinan pada organisasi maka apalah yang ada pada organisasi itu. Aktiviti yang dijalankan tidak mendapat sambutan. Arahan tidak dipatuhi. Natijahnya organisasi menjadi suram. Oleh itu, bak kata pepatah "hidup segan, mati tak mahu".

Pada saya, untuk menjamin kelangsungan perjalanan samada pada organisasi mahupun satu2 program, individu2 yang terlibat perlulah duduk semeja dan sama2 berbincang. Dapatkan satu kata putus yang mantap agar apa2 yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Tidak dinafikan pengalaman adalah penting namun pada saya tiap orang punya pengalaman dan pendapat tersendiri. Tidak semua pengalaman dan pandangan itu boleh digunakan untuk selesaikan semua masalah dan semua perkara.

Alangkah molek sekiranya semua pengalaman dan pendapat ini dapat di gabung, ditambah dengan rencah yang baru dan diadun menjadi satu solusi yang mana dapat menyelesaikan serta melancarkan sesuatu perkara, masalah mahupun menjalankan satu2 program dan organisasi.

Pada mana-mana pihak yang merasakan diri terlibat atau pun terpalit sedikit dengan isu ini, fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah.

"suara yang ramai adalah lebih baik dari suara yang satu".

~diri yang naif dan dhaif~

Tuesday, May 26, 2009

Media Perdana: Bodoh Bersalut Bengap Berinti Bangang

Mahu tidak mahu kita seharusnya mengakui bahawa dunia pada hari ini sudah dan sedang berubah. Semuanya seperti arus deras. Kemajuan, kehebatan dan kegemilangan cuba diraih dalam segenap ruang.

"Dunia sudah berubah, zaman sudah maju".

Masih kita ingat inilah tagline Berita Harian semasa melakukan perubahan kepada akhbar bersaiz kompak lebih kurang 2 tahun yang lalu. Katanya lebih kecil, lebih terampil.

Namun apakah ia sungguh bagai dikata.

Media massa adalah saksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita. Maka sebagai saksi seharusnya difahami bahawa ia perlu melaporkan berita dengan ikhlas, berani dan tulus. Samalah macam di mahkamah. Bila kita menjadi saksi kes, maka penyaksian itu perlu jujur walaupun ianya akan menjejaskan kepentingan kita sama ada akan diugut, dibunuh dan segala macam yang mungkin. Ia penting kerana penyataan saksi akan menentukan nasib sesuatu kes.

Media massa juga adalah seperti seorang guru kepada muridnya. Sifat seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia menjadi insan yang dinamik, terbilang sahsiahnya dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan tanah air. Jika guru mengkhianati tugas dan fungsinya maka rosaklah sesebuah bangsa itu.

Saya hanya menampilkan dua perumpaan sahaja walaupun sebenarnya banyak. Cuma apa yang penting di sini ialah dapat kita fahami bahawa media massa memiliki peranan dan tanggungjawab yang sangat besar kepada manusia sejagat.

Ironinya ia tidak begitu. Media massa terutamanya media arus perdana kini sangat jauh dari apa yang sepatutnya.

Lihat sahaja bila mana media arus perdana hari ini kalah bersaing dengan media-media alternatif. Adakah masyarakat kita masyarakat yang culas membaca? Sama sekali tidak. Masyarakat sebenarnya hilang kepercayaan kepada kewibawaan media arus perdana.

Kita bukannya masyarakat yang tinggal di dalam gua. Bukannya juga masyarakat yang buta huruf. Juga bukan masyarakat yang berinteraksi dengan kepulan-kepulan asap. Serba-serbi batak itu dan ini. Kita bukan begitu.

Masyarakat hari ini belajar di menara-menara gading, globalisasi mendedahkan kita dengan gerbang ilmu dan maklumat. Pemikirannya jauh dan terarah.

Tapi media arus perdana hari ini sepertinya mahu kita undur ke belakang. Rakyat diperbodoh. Kebenaran disembunyikan. Kebatilan cuba dimekap bagai sang puteri raja. Lembu dipakaikan gaun dikatanya cantik.

Media arus perdana hari ini sudah jadi media pengampu dan tukang jolok sang penguasa. Amanah sudah dibunuh. Tanggungjawab dirogol dan diliwat. Peranan dipersetankan. Maklamat diracun dituba. Rohnya sudah lama mati.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia jauh ketinggalan daripada Vietnam. Indonesia terkedepan dalam soal pengamalan demokrasi. Kebebasan media Singapura jauh lebih baik daripada kita. Tapi ini dipandang sepi oleh media arus perdana negara. Yang disibukkan, ular sawa makan ayam sereban, pokok cempedak berbuah nangka, budak menjadi bomoh, ayam berkaki tiga, pohon getah bersusu darah, nenek 100 tahun kahwini bujang 30an.

Bunuh, ragut, rompak, seks, perkauman, hiburan, hantu, tahyul, syirik, bukan main lagi dihidangkan kepada masyarakat. Ini bukan mahu mendidik. Ini nak menjahanamkan anak bangsa. Ini candu. Biar rakyat khayal. Bila rakyat khayal dia akan ketagih. Dan bila dah ketagih dia akan hanya sibuk dengan benda-benda ini.

Soal agama, pemikiran tidak lagi menambat hati masyarakat kerana disogok dengan dadah dan ganja media.

Media arus perdana kini hanya mahu menjaga perut-perut mereka sahaja. Yang penting ongkosnya pak. Hibur dan libur semahu-mahunya.

Akademi Fantasia, Mentor, Bintang RTM, OIAM, Audition,WoldStar, LG Star, Bintang Kecil (sekadar mengebut beberapa sahaja). Semua tak nak kalah untuk ada rancangan realiti TV masing-masing. Sekian kalinya rakyat menjadi bodoh bersalut bengap berinti bangang.

Melihat kepada perkembangan ini, maka jangan kita pelik jika generasi pewaris bangsa pada masa ini terus dicandu. Rugilah negara bila mana generasi kita terus tenggelam dek kerana media arus perdananya lebih ghairah untuk mengampu sang penguasa dan mengkhayalkan masyarakat daripada melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.

Kini segalanya di hujung jari, andalah yang menentukannya.


Monday, May 18, 2009

Usrah PEPIAS BANGI 1 Sesi 2009/2010

Assalamualaikum kepada semua keluarga PEPIAS Cawangan Bangi.

InsyaAllah, bermula semester ini, kita akan mula semula amalan usrah kita yang telah tertangguh sepanjang cuti semester yang lalu. Diharapkan semua ahli PEPIAS Cawangan Bangi dapat menghadirkan diri dan mengimarahkan lagi majlis usrah kita ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Mei 2009
Hari : Isnin
Masa : 8.00 malam
Tempat : BT 1114
Tajuk : Pertemuan dalam Dakwah dan Islah

Semua ahli PEPIAS anda dijemput hadir. Sekiranya ada ahli baru kami mengalu-alukan untuk turut serta sekali. Dijemput juga kepada semua pelajar baru KUIS sesi 2009/2010.

AGENDA :
Mind Setting-Sdr Muzakkir
Siapa Kita?- Sdr Muzakkir
Pertemuan dalam Dakwah dan Islah- Sdr Muzakkir
Apa itu PEPIAS?- Sdr Hafiz
Pengenalan PEPIAS BANGI- Sdr Muzakkir
Pengenalan MT PEPIAS BANGI- Sdr Muzakkir
Misi dan Visi PEPIAS BANGI-Sdr Muzakkir
Penerangan Database dan Sistem Yuran/Infak-Sdr Afiq&Fandey
Gerakan Helwani-Sdri Aida
Ahlan wa Sahlan Ahli Baru-Sdr Muzakkir
Doa Rabitah-Sdr Afiq


"Amalan Usrah Merapat Ukhwah Mendekati Allah"

Sekian, terima kasih

p/s: ada masalah hubungi kami 0175086339-Muzakkir, o17-5039591-Afiq.017-2858677-Aida

Sunday, May 17, 2009

Orang-orang Mati yang Masih Hidup.



Urwatul Wusqa



Oleh
: Amir Hamzah Akal Ali

Mati. Mati adalah sebuah kalimat yang menggerunkan. Gerun kepada orang-orang yang masih hidup. Orang-orang yang cukup baik atau orang-orang yang tidak cukup baik, sama-sama menggeruni mati. Dr. Yusof Al-Qardhawi seorang alim Islam tersohor di abad ini mengatakan di dalam sebuah kitabnya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Malaysia, bahawasanya orang-orang yang beramal soleh pun turut merasa rugi di padang Mahsyar. Bukan sahaja orang yang mencuri duit tabung haji dan memukul kepala orang yang merasa rugi, bahkan orang-orang yang memberi makan kepada anak yatim dan menolong orang yang memerlukan turut merasa rugi. Orang-orang soleh yang merasa rugi itu disebabkan orang-orang soleh itu merasa masih kurang berbuat amalan baik.



Hidup atau bernyawa pula, adalah suatu anugerah Allah kepada para hamba-hamba-Nya. Bayangkan betapa pengasihnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini walaupun terhadap orang-orang yang membenci ugama-Nya, namun Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ini tetap masih memberi lebih bergelen-gelen air kepada mereka. Air hujan yang turun dari langit ke bumi walau setitik bukanlah diberi oleh mana-mana kerajaan di atas muka bumi ini. Bahkan air laut dan air sungai juga bukanlah dibuat oleh mana-mana sultan atau dibina mana-mana perdana menteri.



Syed Qutb yang mati di tali gantung pada 29 Ogos 1966 ada berpesan: Sesiapa yang hidup hanya untuk dirinya, hidupnya adalah sia-sia. Bukan hidup orang yang berjiwa besar. Hidup yang bermakna adalah hidup yang berjuang untuk sesuatu yang lebih utama daripada diri sendiri. Memikirkan tentang kesakitan masyarakat yang sakit teruk disekularkan sebagai contoh. Meskipun tidak berjaya memulihkan masyarakat yang teruk sakit disekularkan, sekurang-kurangnya kita telah melakukan satu pekerjaan yang mulia.



Dunia ini selain tidak kering dari orang-orang jahat yang berbuat dosa, tidak kiralah sama ada berbuat dosa mengebom orang sampai mati menggunakan C4, dunia ini tetap tidak sunyi dari orang-orang baik yang masih hidup meskipun jasad mereka sudah dikambus tanah. Mereka tetap menabur bakti meskipun mereka zahirnya sudah tidak kelihatan lagi di dunia hari ini.



Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin telah ditembak mati pada waktu Zohor 12 Februari 1949 ketika beliau keluar dari bangunan Ikhwanul Muslimin. Meskipun mati dalam umur 43, Al-Banna masih hidup hingga sekarang dengan cetakan-cetakan peribadinya yang unggul sehinggakan ada seorang tokoh menyifatkan Al-Banna seorang yang berperibadi Ali dan beraqal Muawiyah.



Syeikh Ahmad Yassin yang dilahirkan di sebuah kampung bernama Al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan pada 1938 telah ditembak helikopter Israel pada subuh yang hening tanggal 22 Mac 2004. Syeikh Ahmad Yassin yang telah lama mati dan masih hidup hingga sekarang telah meninggalkan sebuah bala tentera Allah terkuat di atas muka bumi ini yang masih tidak dapat dikalahkan mana-mana musuh. Sebuah bala tentera Allah terkuat di atas muka bumi ini yang ditinggalkan Syeikh Ahmad Yassin bernama HAMAS. HAMAS (Harakatul Muqauwamatul Islamiyah.) tinggalan Ahmad Yassin ini kekal relevan melawan penjajahan Israel laknatullah.



Said Nursi yang akhirnya digelar Bediuzzaman (Kekaguman Zaman.) juga masih hidup hingga sekarang walaupun satu ketika dahulu Bediuzzaman Said Nursi pernah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana menghina Jeneral Nicholas Nicolavich, ketua turus tentera Rusia di medan Perang Kaukasia. Bediuzzaman Said Nursi yang meninggal dunia pada 25 Ramadan 1379 bersamaan 23 Mac 1960 ini meninggalkan sebuah karya agung yang masih dibaca hingga ke hari ini iaitu Rasail Nur. Bahkan Bediuzzaman Said Nursi turut meninggalkan sebuah jamaah yang dinamai Jamaat Nur.



Seterusnya, pada 29 Ogos 1911 telah lahir seorang lelaki di Cangkat Tualang, Perak. Lelaki berkaca mata bulat ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Behrang Ulu dan kemudian di Bakap hingga darjah tiga. Lelaki ini akhirnya membesar, membesar dan membesar kemudian merantau ke India dan akhirnya menjadi seorang doktor. Lelaki yang dimaksudkan ini adalah Burhanudin Helmi yang merupakan anak Melayu pertama mempelajari disiplin ilmu homeopathy. Dr. Burhanudin Helmy ini yang cukup kuat melawan kolonial pernah bermadah:



Di atas robohan Kota Melaka



Kita Dirikan Jiwa Merdeka



Bersatu padulah segenap baka



Membela hak keadilan Pusaka.



Ruh Dr. Burhanudin terbang indah berkelana di alam abadi 25 oktober 1969. Sebenarnya Dr. Burhanudin Helmy pernah disimpan di dalam kem tahanan ISA selama beberapa tahun. Dikatakan beliau telah lama menanggung seksa derita akibat menahan air kencing kerana tidak dibenarkan ke tandas oleh pegawai pemerintah. Meskipun pegawai pemerintah menahan urin Dr. Burhanudin Helmi dengan tidak membenarkan Dr. Burhanudin Helmi ke tandas, Dr. Burhanudin Helmy tetap masih hidup hingga sekarang kerana Front Islam yang dijaganya suatu ketika dahulu, cukup kuat dan lasak pada hari ini. Front Islam yang dinamakan PAS ini pernah menjadikan Dr. Burhanudin Helmi sebagai presidennya dalam muktamar PAS yang ke-lima.



Salah seorang dari orang-orang mati yang masih hidup hingga ke hari adalah juga terdiri daripada kalangan perempuan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud:




"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."



Sesungguhnya orang-orang yang lemah kudratnya seperti perempuan turut berjuang. Maka apa alasan untuk orang-orang yang bertubuh kekar dan berdada bidang untuk tidak turut sama berjuang? Ini satu tempelakan untuk orang-orang lelaki yang kononnya Islam tetapi segan dan malas untuk berjuang fi sabilillah. Tidak malukah orang-orang lelaki yang kononnya Islam tetapi segan dan malas untuk berjuang fi sabilillah ini dengan sosok peribadi bernama Zainab Jubaili?



Zainab Jubaili atau lebih popular di kalangan para-para aktivis Front Islam dengan nama Zainab Al-Ghazali telah dilahirkan di Buhaira, Mesir pada tahun 1917. Zainab Jubaili yang berketurunan Saidina Umar R.A dijemput pulang menghadap Kekasih yang paling dicintainya pada tanggal 3 Ogos 2005.



Zainab Jubaili yang telah lama pergi meninggalkan kita tetapi masih hidup hingga sekarang ini pernah dimasukkan di dalam penjara dan diseksa dengan pelbagai siksaan yang memalukan buat orang-orang lelaki yang kononnya Islam tetapi segan dan malas untuk berjuang fi sabilillah. Antara siksaan yang diterima Zainab Jubaili seperti direndam dalam air separas leher, diberi makakan yang kotor, cubaan memperkosa dari seorang warden penjara, disebat dan bermacam-macam lagi seksaan yang menggigit.



Pesan Zainab Jubaili yang begitu menarik sekali kepada para calon suami "… Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini da dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku…"



Begitulah, indah hidup jika kita bukan hidup berteraskan falsafah aku tidak pedulisma / ananiyah / individualistic. Seorang atau dua orang yang mahu berjiwa besar bukanlah orang-orang yang berjuang untuk perut.


Wednesday, May 13, 2009

Return Of The Pharaoh



Urwatul Wusqa


Amir Hamzah Akal Ali

Pada bulan November 1985, telah berlaku pengulangan sejarah di bumi yang selalu berlaku kontroversi. Baling, Kedah menjadi saksi bisu, seorang rakyat Kedah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah menjadi raja siong.



Pepatah Melayu ada mengatakan, bagai mentimun dengan durian. Durian diibaratkan sebagai pemerintah manakala mentimun diibaratkan sebagai rakyat yang tidak bersalah. Walaupun tidak bersalah, durian yang telah melenyek mati lebih dari sepuluh orang termasuk seorang Ustaz yang belajar dari Libya, iaitu As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, tidak pernah dibicarakan hingga ke hari ini.



Durian yang menjadi perdana menteri ketika itu masih hidup hingga ke hari ini. Durian yang menjadi perdana menteri ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah, Tun Dr. Mahadir Mohamad.



Sepanjang lebih kurang 22 tahun pemerintahannya, banyak kemajuan telah dicapai. Kuala Lumpur yang dahulunya adalah tempat pertemuan selut-selut lumpur kini telah berceracak begitu banyak bangunan-bangunan yang begitu megah tersenyum kepada rakyat marhaen jelata serta komuniti setinggan Kampung Berembang yang rumah-rumah mereka dirobohkan tidak lama dahulu.



Seorang perempuan yang lahir membesar di kalangan keluarga yang berugama telah menjadi perbualan hangat di muka bumi Malaysia tidak berapa lama dahulu sewaktu Tun Dr. Mahadir Mohamad menjadi perdana menteri ke-empat. Mungkinkah Tun Dr. Mahadir Mohamad pernah bertanya kepada dirinya sendiri, adakah harga bagi sebuah bangunan yang berteraskan materialistic sekularisma adalah dengan murtadnya seorang anak dara tok Imam bernama Aisyah Bukhari?



Maha Firaun.



Anwar Sadat yang mati dibunuh kerana terlalu jahat dengan Islam serta Reza Pahlavi (Bekas Raja Iran.) yang digulingkan kerana mengkhianati Islam pernah digelar sebagai Firaun oleh sesetengah rakyatnya. Selain mereka berdua, Husni Mubarak (Presiden Mesir yang akan digulingkan jika terus menerus setia dengan sekularisma) dan Pervez Musharraf turut mendapat gelaran agung itu.



Firaun atau dalam bahasa Inggeris yang disebut sebagai pharaoh bukanlah nama seorang sultan atau seorang perdana menteri. Firaun adalah gelaran kepada pemerintah mesir kuno suatu ketika dahulu, sama seperti gelaran sultan,atau raja atau perdana menteri di zaman internet dan tivi ini. Pakar sejarah mendapati berkemungkinan besar Ramses 2 adalah firaun yang mengejar Moses atau Baginda Musa A.S ke laut Merah. Bagaimanapun firaun ini telah ditenggelamkan laut merah bersama-sama tentera-tenteranya yang degil.



Manakala semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahadir Mohamad lebih kurang dua puluh dua tahun yang bermula pada tahun 1981, Dr. Mahadir pernah digelar Maha Firaun. Gelaran agung ini diperoleh Mahadir semasa era reformasi 1998 ketika mana DSAI dinajiskan dengan najis yang agak kotor.



Menarik untuk diperhatikan di sini, kesemua pemerintah yang mendapat gelaran agung berprestij ini memperoleh satu persamaan atau mungkin juga kita semua boleh panggil sebagai satu keistimewaan berbanding firaun yang mengejar Baginda Musa A.S di zaman dahulu. Firaun yang mengejar Baginda Musa A.S dahulu tidak memeluk ugama Islam dan tidak memerintah sebuah Negara umat Islam, sementara kesemua pemerintah yang mendapat gelaran firaun hari ini, memeluk ugama Islam dan memerintah Negara umat Islam.



Bagaimanapun, mungkinkah Mahadir yang pernah digelar Maha Firaun lebih bernasib baik dan lebih beruntung, dan lebih baik sedikit berbanding firaun-firaun yang lain?



Mahadir tidak menyokong kuasa konglomerat kapitalis Amerika sepertimana apa yang dilakukan firaun-firaun kecil yang lain. Firaun-firaun yang kecil ini seperti Anwar, Mubarak, Pahlavi, Musyarraf adalah sekutu paling kuat Amerika, berbeza dengan Pyongyang Korea Utara dan Hugo Chavev Venezuela yang berideologikan kafir.



Mahadir juga, sekalipun telah melenyek sampai mati lebih dari sepuluh orang di Memali, Baling, Kedah, Mahadir tidak digulingkan dalam sebuah revolusi seperti Syah Iran Pahlavi atau ditembak sampai mati seperti Anwar Sadat yang mengkhianati Islam.



Perbuatan Mahadir yang telah melenyek sampai mati lebih sepuluh orang termasuk seorang Ustaz yang belajar dari Libya, iaitu As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, samalah seperti jeneral Pervez Musyarraf yang sanggup memerangi saudara seugama mereka dalam perang menentang keganasan. Adakah perlakuan Musyarraf yang memerangi kaumnya sendiri (Pashtun.) termasuk memerangi mereka yang menyokong perjuangan Islam di Afghanistan tidak sama seperti perbuatan Mahadir yang melenyek sampai mati saudara-saudara seugama di Memali, Baling, Kedah, negeri Mahadir?



Tentu, kita bukan seperti kacang yang lupakan kulit kacang. Kita tidak akan lupa jasa-jasa Tun Dr. Mahadir yang agak kuat melawan kapitalisma Amerika seperti menolak tawaran pinjaman riba kapitalis International Monetary Fund (IMF), membuat dasar ‘buy British Last dengan memperkenalkan dasar Pandang Ke Timur dan beberapa perkara yang baik lagi sepert wawasan 2020.



Bagaimanapun, kita tidak akan lupa juga terhadap segala lenyekan yang dilakukan. Moga-moga kepulangan Tun Dr. Mahadir Mohamad ke pangkuan partai pemerintah tidak akan menjadikan Tun Dr. Mahadir Mohamad seorang firaun sekali lagi.



Monday, May 11, 2009

jangan hidup sambil mati





"oo, waa bisnes you sudah makin besar ya, nanti sudah jadi kaya jangan lupa sama kami ya" kata tauke kedai fotostat yang sering menjadi pilihan saya untuk memfotostat kertas kerja kursus kewangan Islam saya.
"semua big big company pun you sudah masuk, Brunei pun sudah aa, waa manyak hebat ni, good luck good luck aaa" isteri tauke yang berumur sekitar 50-an pula menyampuk.
PELANGGAN DAN PENDAKWAH?
Hasil kerja yang bersih, cepat dan murah serta bijak berinteraksi dengan pelanggan antara punca saya memilih menjadi pelanggan tetapnya. Di samping faktor ketiadaan kedai fotostat lain di sekitar kawasan tersebut, khususnya milik orang Islam.
"no worries, you jangan bimbang, tapi kalau i umur panjang dan sihat badan" saya membalas ringkas.
"aya..you jangan cakap pasal mati oo..banyak susah hati la..jangan fikir mati lagi, hilang mood maa. Kerja kerja kerja dulu, nanti hidup baru senang" kata tauke Cina ini dengan bahasa Melayu pelat tionghua.
Isterinya turut mengangguk-angguk tanda setuju dengan saranan suaminya.
"Aiya tauke, tak fikir mati hidup senang ka? " duga saya selanjutnya, cuba meninjau ‘dalam kepala' sang tauke dan isteri.
"ya laaa, kalau fikir mati, buat itu ini pun boleh jadi malas ma, sebab rasa mahu mati aja la" ujar tauke nampak yakin sambil tangannya ligat menulis bil fotostat saya. Wajahnya masih tersenyum, mungkin gembira menerima sejumlah wang yang saya hulurkan secara tunai. Dua orang pekerjanya adalah anak gadis melayu, mungkin lepasan SPM. Mereka turut tersengih mendengar celoteh kami.
"tapi tauke, kerja cari duit saja tanpa fikir mati, salah satu punca utama orang ceroboh hak orang lain, menipu, merompak dan samun, semua sebab tarak fikir pasal mati. Orang buat jahat dan tamak kerana lupa pasal mati la tauke, nanti mati semua pun tinggal" jawab saya sebagai balasan logik yang diberinya tadi.
"Kami orang Islam yakin mati adalah waktu terima ganjaran kebaikan waktu kerja di dunia. Atau balasan siksa kalau tipu tipu waktu kerja. Ha.. sebab tu jika orang tu adalah orang Islam tulen, mereka kerja kuat dan tak da tipu punya, sebab mereka mahu selamat dan terima ganjaran." Tambah saya lagi.
"ok ok la you betul" kata tauke dan isterinya hanya mengangguk sambil tersenyum dan tangan menghulur resit saya.
Entahlah, sama ada difahami atau tidak oleh tauke, tiada dapat saya duga. Namun cukup sebagai pembukaan awal satu dakwah kepada individu bukan Islam. Bukankah molek jika semua kita ambil peluang kita sebagai pelanggan. Mereka hormat pelanggan, lalu saya gunakan penghormatan itu untuk meraih sesuatu untuk Islam. Sudah tentu anda juga boleh. Namun lebih tepat jika anda sudah agak kenal lama dan sang tauke sudah sedikit sebanyak mengenal hati budi dan amanahnya anda.
Saya sudah lama kenal tauke dan isterinya ini, sehingga boleh saya katakan, saya amat dipercayai oleh mereka.
Manakan tidak, sehingga pada hari Ahad, saya masih boleh meminta tauke datang untuk menyiapkan satu kerja fotostat emergency untuk kursus saya kegunaan pagi Isnin. Konfirmasi pihak penganjur secara last minute pasti membebankan urusan persiapan. Alhamdulillah sang tauke sanggup datang dan membuka kedainya khas untuk saya.
Bab pembayaran, tidak pernah saya culas atau lewat sehingga meresahkan tauke. Bila janji tempoh bayaran, saya akan pastikan ia ditepati. Ini menyebabkan saya dicop sebagai excellent regular customer yang dipercayai dan sering pula diberi diskaun. Diskaun serng diberi sebagai penggalak dan penambat hati secara psikologi, memang bijak.
Teringat sikap seorang peniaga langsir Pakistan di Leicester, mulanya cukup baik bersembang, namun bila saya minta sedikit diskaun, hanya GBP 2, lalu dibentaknya :
"la kamu ni, aku sudah beri harga terbaik, dan boleh beli apa sangat dengan GBP 2?" katanya.
"itulah kamu, sebagai peniaga kamu kena tahu, adakalanya pelanggan meminta diskaun bukan kerana ingin jimat tetapi sekadar kepuasan dan memberi keyakinan untuk membuat keputusan dan membeli, kena faham tu" bentak saya semula, dia kelihatan tersenyum pahit dan akhirnya memberikan saya diskaun lebih dari GBP 2. Namun saya telah pun membatalkan pembelian alas meja kerana sikapnya tadi dan hati saya juga sudah tawar dengannya, walaupun dia cuba memulihkan semula dengan sembangan berkenaan Malaysia selepas itu.
Kembali kepada kisah tauke Cina Malaysia tadi, benarlah kata sahabat dan rakan-rakan saya
"orang Cina, sekali sudah mempercayai kita, ia akan terus percaya sehinggalah terbukti sekali kita bersifat sebaliknya. Tatkala itu hilang punah seluruh kepercayaan yang lalu"
Saya memanfaatkan kepercayaan ini untuk memulakan idea-idea Islam di dalam minda mereka. Benar, memang sukar untuk anda terus pergi ke bertemu rakan bukan Islam dan mengempen idea berkenaan Islam secara tiba-tiba. Sama seperti mengempen untuk parti tertentu secara tiba-tiba dan di waktu pilihanraya semata-mata, pasti ia membiakkan rasa meluat.
Sewajarnya, kita menggunapakai cara yang ditunjuk oleh Allah swt melalui RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w, baginda digelar al-amin atas sifat amanah baginda oleh seluruh penduduk Mekah termasuk sang kafir. Dengan imej demikian dan izin Allah swt, baginda mampu mempengaruhi sejumlah besar penduduk Mekah untuk menerima Islam di awal kebangkitannya.

FIKIR MATI AKAN SENANG ATAU SUSAH

Inilah pertentangan antara keyakinan seorang bukan Islam dan seorang mukmin.
Idea bukan Islam sering menjauhkan seseorang dari berfikir tentang kematian, kerana sangkanya ia hanya akan melambat kemajuan diri seseorang.
Malang, kepercayaan ini semakin meresap dalam diri kebanyakkan umat Islam, khususnya mereka yang sedang mabuk dilambung oleh ketamakan wang, pangkat dan harta. Kematian semakin dilupai, membawa sama kelupaan terhadap redha dan cinta Allah dan Rasul, turut lupa dan lalai terhadap larangan, tegahan dan arahan ilahi.
Kejauhan daripada Allah swt semakin terbukti apabila disebut berkenaan hukum perniagaan, mereka melenting dan tergesa-gesa menempelak :-
"kalau asyik haram, haram, haram aja, sampai bila kita nak maju!!, bukankah Islam suruh kita maju!"
Ini idea jahiliyah, yang sepatutnya hanya tersemat kukuh dalam hati dan minda seseorang yang sepatutnya berpakaian ‘kafir' bukan dari seseorang bernama Muslim. Moga kita dijauhi dari minda buruk ini. Islam menyuruh kita maju hati dengan kekayaan yang halal.
Allah swt berfirman :-

قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى

Ertinya : "Allah berfirman: ""Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan" ( Toha : 126 )

ZIKIRAN KEMATIAN YANG MENGHIDUP

Ya Allah, NabiMu menangis deras mengingatkan nasib kami yang lemah ini. Ingin sahaja Nabi berdoa kepada Allah agar dapat diperdengarkan bunyi manusia yang sedang diazab di kubur. Catatan Imam Muslim menyebutkan kalam Rasulullah s.a.w :-

إن هذه الأمة تبتلى في قبورها ، فلولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه

Ertinya : Sesungguhnya umat ini akan diazab di dalam kubur mereka, nescaya jika sekiranya ia tidak sampai terlalu menakutkan kamu (sehingga takut untuk dikafankan dan dikebumikan) , sudah tentu akan aku berdoa kepada Allah swt agar diperdengarkan bunyian azab kubur sebagaimana yang aku dengari ini" (Hadis riwayat Muslim)
Itulah salah satu mu'jizat Nabi s.a.w yang diizinkan oleh Allah untuk mendengari bunyian pukulan azab seseorang hamba. Ingin sahaja Nabi berkongsi kesedaran itu dengan kita..
Ya dengan kita, untuk apa ?
Agar kita tersedar dari dodoian indah dunia dan harta sementara yang melupakan dari tugas dan tanggungjawab hakiki di muka bumi sementara ini.
Azab atau nikmat di barzakh akan kekal sehingga kita dibangkitkan, jika ia enak, akan enaklah sepanjang penungguan dan selepasnya, jika pedih akan pedih jualah perjalanannya bermula dari diletaknya ia di ruang kecil lagi sempit yang bernama liang lahad.
Nabi bersabda :-

إن أحدكم إذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي إن كان من أهل الجنة فمن أهل الجنة وإن كان من أهل النار فمن أهل النار يقال هذا مقعدك حتى يبعثك الله إليه يوم القيامة

Ertinya : Apabila seorang kamu telah mati, dibentangkan tempat tinggalnya di pagi dan petang hari, sekiranya ia dari kalangan ahli syurga, maka ia akan menikmati tempat tinggal seperti ahli syurga, sekiranya ia dari kalangan ahli neraka, nescaya ia akan merasakan tempat duduk ahli neraka dan dikatakan kepada mereka : Inilah tempat tinggal kamu sehinggalah kamu akan dibangkitkan di hari kiamat kelak (Riwayat Bukhari dan Muslim)
BILAKAH ?
Wahai diriku dan teman-teman, apakah kehidupan kita hari ini sudah akan melayakkan kita untuk disenaraikan sebagai penghuni neraka atau syurga?
Sedarkah kita, kematian sentiasa mengintai dan malang bagi diri yang masih sering melupakannya, kehidupan dan hartanya disirami unsur haram lagi terlarang. Tubuhnya disaluti pekakas haram, pergerakannya sentiasa melanggar sempadan kemurkaan Allah dan dukacita Rasul. Keluarga ditadbir mengikut telunjuk nafsu.
Adakah sudah kita tempah ruangan barzakh yang luas sebagaimana kita tempahi kereta mewah idaman kalbu?
Bilakah lagi mahu tiba rasa ghairah dan kesungguhan untuk pahala besar sebagaimana rakusnya kita dalam mendapatkan kontrak dan tender besar?
Apakah kita sudah mampu tersenyum puas kerana usaha kita mentaati Allah, sebagaimana mereka yang tersenyum bangga memasuki rumah baru dibelinya yang luas lagi indah, bagaimana nasib rumah kuburnya kelak?
Jikalau kita masih belum, mengapa harus kita berlengah lagi?. Masih belum sedarkah dari lena dunia dan isinya?
Kematian seharusnya menjadi satu waktu yang dinanti kerana ia permulaan nikmat hakiki, bukan ditakuti dan dirisaukan. Namun jangan sampai enggan berubat apabila sakit, berubat adalah tuntutan Islam yang ditegaskan oleh baginda Nabi s.a.w.
Bilakah kesediaan itu akan tiba wahai diri, bila lagi?
Ya Allah, kami berdoa agar kami tidak tergolong dalam kategori mereka yang melupaimu, berikan kami sekelumit rasa cinta dan kasih kepadaMu, moga ia mampu mencetus getaran hati yang merubah diri lalu menyelamatkan kami dari azabMu. Jadikan kematian sebagai satu garisan yang tidak digeruni kami, tetapi ditunggu oleh kami dek kerana keghairahan untuk bertemuMu dan RasulMu yang membawa sinar dan rahmat kepada seluruh alam.
Memperbanyak fikir berkenaan mati akan menghidupkan seseorang, kegagalan berifkir tentangnya akan mematikannya.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

17 Rabiul Thani 1430 H
13 April 2009
dipetik dari halaman http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, May 5, 2009

SeDaRLaH InSaN...

Duhai insan sedarlah diri kita,
Ke mana kita akan pergi selepas hidup ini?
Sudahkah kita bersedia diri kita ke sana?
Membawa AMAL MULIA atau DOSA-DOSA???

Di sana tangisan tiada guna...
Rayuan tiada diterima...
Jasad kesakitan menaggung azab atas perbuatan hidup di dunia.

Di sana tempat kita kembali,
Hamba yang BERDOSA akan DIHUKUMI,
Hamba yang MULIA akan DIRAHMATI,
Sebagai ANUGERAH dari ILAHI...

Sahabat,
Walau sehebat mana pun kita,
Dikenali ramai ataupun tidak,
Kita tetap insan biasa di mata Allah.

Tetapi,
dengan amalan kebaikan yang kita bekalkan
ikhlas kerana Allah, untuk bertemu Nya,
pasti kita insan yang luar biasa disisi Nya...

Duhai insan,
Jadilah kita hamba yang bersyukur kepada Nya.
Muhasabahlah diri kita,
Sebentar lagi, belum tentu kita akan ada di dunia yang fana ini...

Entah syurga, entah neraka,
Semuanya berbalik kepada iman,amal dan ketaqwaan kita
Hanya kepadaNya yang layak menentukan.
Sedarlah insan...

Monday, May 4, 2009

Ar-Ruhul Jadid Fi Jasadil Kuis!







Ar-Ruhul Jadid Fi Jasadil Kuis!

Oleh: Amir Hamzah Akal Ali

Selamat datang kembali! Kepada semua yang telah kembali setelah lama bercuti dan kepada semua yang baru menjejaki alam baru di kampus ini, penulis di Urwatul Wusqa mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Imam Albanna, pengasas sebuah harakah Islam, Ikhwanul Muslimin yang ditembak sampai mati pernah berpesan kepada kita:

Anakanda di penjara menara gading,

Ada mahasiswa yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya senang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula mahasiswa yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, hak mereka yang dijajah. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang.

Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi mahasiswa tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, mahasiswa tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Anakanda yang berada di penjara menara gading hari ini, bertuah sebenarnya sebab anakanda termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata anakanda melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan.

Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh mahasiswa yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Kahfi ayat ke tiga belas yang membawa maksud, sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.

Ketahuilah saudara-saudariku, sesungguhnya golongan pemuda-pemudilah yang banyak mencorakkan sesuatu zaman serta sesuatu zaman pemerintahan.

Cuba lihat lembaran sirah Baginda Muhammad S.A.W yang berdarah merah, orang-orang muda seperti Ali, Amir Fuhairah, Asma’ Binti Abu Bakr antara karekter-karekter utama yang berperanan penting dalam perjalanan Baginda Muhammad S.A.W menuju ke Yathrib. Sementara orang-orang tua seperi Abu Jahl dan Walid Mughirah menentang, orang-orang muda seperti Ali dan Mus’ab Bin Umair datang memberikan pertolongan yang bukan kepalang. Mus’ab yang rupawan hartawan di waktu jahiliyah telah memilih Islam sebagai kecintaan meskipun matinya Mus’ab, tidak cukupnya kain kafan.

Zaman-zaman seterusnya juga menunjukkan pemuda-pemudi memainkan peranan yang penting. Saat Baginda Muhammad S.A.W yang berdarah merah hampir wafat, Baginda Muhammad S.A.W telah menunjuk anak Zaid bin Harisah sebagai ketua panglima tentera bagi menyerang ketumbukan musuh. Anak Zaid Bin Harisah yang bernama Usamah itu, masih muda tetapi berwibawa.

Tahukah saudara-saudariku, siapakah yang membukakan pintu konstantinopel? Pada umur dua puluh satu tahun, Sultan Muhammad Bin Murad yang akhirnya diberi gelaran Al-Fateh telah membuka konstantinopel.

Revolusi-revolusi dunia menggulingkan pemerintahan binatang-binatang berkuku besi kebanyakannya digerakkan oleh pemuda-pemudi. Lihat revolusi Iran sebagai contoh, para kaum ibu telah memainkan peranan penting dengan mendodoikan anak-anak di buaian dengan menanamkan semangat revolusi menjatuhkan Syah Iran Palavi.

Syah Iran Pahlavi yang jatuh digulingkan tahun 1979 bukan atas kerja keras Imam Khomenei semata-mata, bahkan peranan seorang anak muda yang bernama Ali Syariati sebagai arkitek revolusi ini juga tidak boleh dilupakan. Peranan antara golongan intelek yang celek dengan para ulama’ yang turun bergelanggang dengan massa telah digabung jalin untuk menghentam dan menurunkan sebuah sistem yang menolak Tuhan ke tepi.

Di Indonesia, selepas era Sukarno, Indonesia telah dipimpin secara cemerlang, terbilang dan gemilang oleh Suharto. Kekorupan Suharto tidak dapat dilindungkan lagi apabila akhbar The Times merepotkan kepada kita tentang penyelewengan Suharto. Anak-anak muda turun ke jalan raya dan memprotes kekayaan Suharto yang diperoleh secara korup. Hingga akhirnya, tiga orang anak muda dari Universiti Trisakti mati terkorban ditembak .

Laungan reformasi di Indonesia tahun 1998 itu bukan sahaja bergema di dalam Indonesia bahkan turut bergaung di dalam atmosfera Malaysia. DSAI telah dipecat dan telah dinajiskan dengan aib sekali menyebabkan mahasiswa-mahasiswi merasa perlu berbuat sesuatu. Terjadi pertentangan antara kelompok menteri-menteri yang jahat dengan marhaen yang baik. Hinggalah para pengawal keselamatan terpaksa memijak masjid dengan kasut but mereka untuk menangkap pelajar-pelajar yang tidak bersenjata.

Begitulah secebis kisah tentang anak-anak muda. Pemudi lebih banyak melakukan kerja bersifat dalaman seperti mendidik anak-anak kecil dan mejadi muslimah yang solehah.

Kata sebuah kumpulan nasyid rap, Soldier Of Allah dalam sebuah lagunya 1924, jika kita tidak mencipta sejarah, kita akan ditelan sejarah. Sekali lagi, kita adalah ar-ruhul jadid fi jasadil ummah!

Hantu Tu Ya (Antara cerpen saya yang tidak bergenrekan tauhid.)



Cerpen: Hantu Tu Ya.

Nama Pengarang: Amir Hamzah Akal Ali

Mahkamah bersidang. Hantu Buku, seekor hantu yang setiap hari membaca buku menjadi peguambela kepada Hantu Tu Ya, seekor hantu betina yang didakwa cuba membunuh seekor menteri hantu.

“Saya tidak bersalah…” Linangan air mata keluar meleleh dari kelopak mata Hantu Tu Ya. Hantu Tu Ya merayu bersungguh-sungguh kepada Hantu Buku supaya melepaskan dia dari perbicaraan yang tidak adil ini.

“Saya akan bawa kamu keluar.” Hantu Buku optimis seperti datuk neneknya yang lampau. Keturunan Hantu Buku memang terkenal sebagai ahli perundangan dunia hantu yang terkenal hebat dan terbilang.

Hakim Hantu mengetuk martil. “Aku tidak percaya kepada Hakim Hantu, banyak sangat menipu.” Kata seekor hantu gemuk kepada seekor hantu kurus. Mereka adalah antara ribuan hantu yang menghadirkan diri ke kes perbicaraan ini. Ramai hantu yang mengambil cuti pada hari ini untuk melihat sendiri kes perbicaraan yang berprofil tinggi ini.

“Saya harap semua hantu dapat bertenang, agar tidak timbul sebarang kekecohan.” Hakim Hantu meminta semua gelodak perasaan hantu dikawal agar tidak merosakkan perjalanan kes perbicaraan ini.

“Hari ini sudah masuk hari yang ke seratus sembilan puluh dua hari perbicaraan. Namun keputusan yang sebenar masih belum dapat diketahui, apa semua ini?” Seekor hantu yang bekerja sebagai pemandu teksi menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Ada beberapa ekor hantu mengangguk bersetuju dan ada lagi beberapa ekor hantu yang menggeleng-geleng, bersimpati dengan Hantu Tu Ya. “Hantu Tu Ya adalah seekor hantu betina yang jelita. Sayangnya, dia telah bermain dengan api. Menteri adalah api, api sifatnya membakar.”

“Hakim Hantu, telah saya dapati. dan telah saya teliti, terdapat begitu banyak keraguan dalam kes ini. Saya merasakan seolah-olahnya terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk mengenakan yang tertuduh.”

Hujah pembelaan Hantu Buku menjengkelkan dua tiga ekor hantu yang juga rajin membaca buku dan gigih mengulangkaji falsafah. “Bodoh. Ini memang sebuah konspirasi pun. Sebuah komplot jahat. Bahkan, ada bukti yang cukup kuat memperlihatkan Hakim Hantu pernah makan malam dengan menteri hantu yang mendakwa kononnya dia cuba dibunuh Hantu Tu Ya.”

Suara dua tiga hantu yang juga rajin membaca buku dan rajin mengulangkaji falsafah itu perlahan, begitu perlahan sekali tetapi tetap dapat ditangkap oleh deria pendengaran Hantu Buku.

Hantu Buku berjalan, berpusing-pusing di hadapan kandang hantu kena tuduh. Hujah demi hujah pembelaan dikeluarkan. Hantu Tu Ya, air matanya masih mengalir. Hantu Buku meneruskan hujahnya.

“Memang, Hantu Tu Ya berada di dalam kondo mewah milik menteri pertahanan hantu, tetapi adakah dengan sebab, Hantu Tu Ya berada di dalam kondo mewah milik menteri pertahanan hantu, menjadikan Hantu Tu Ya seekor pembunuh yang cuba membunuh menteri pertahanan hantu? Sepatutnya yang kena menjadi persoalan adalah, bagaimana Hantu Tu Ya yang jelita ini, boleh dapat masuk ke dalam kondo mewah milik menteri pertahanan hantu? Adakah terdapat sebuah komplot yang diatur?”

Setiap ekor hantu yang duduk dan berdiri di dalam dan di luar mahkamah hantu bersorak. Ada yang menjerit, ada yang bertepuk kerana hujah Hantu Buku kuat dan ampuh untuk mengenakan semula hantu-hantu jahat yang menjadi menteri. Wakil-wakil serta pihak-pihak yang ada kepentingan dengan menteri-menteri hantu terasa sakit perut seperti ada duri daging yang mencucuk-cucuk perut.

Hantu Tu Ya, hantu jelita yang berasal dari sebuah Negara hantu monggol. Ayah Hantu Tu Ya, professor kimia. Ayahnyalah yang mengupah Hantu Buku yang sudi menjadi peguambela anaknya setelah seratus ekor hantu peguambela yang ditemui ayah Hantu Tu Ya menolak untuk menjadi peguambela kepada anaknya.

“Saya fikir, mereka semua sudah dibeli.” Ayah Hantu Tu Ya berkata kepada Hantu Buku lebih seratus sembilan puluh dua hari yang lepas ketika Hantu Buku sudi menawarkan diri menjadi peguambela anaknya.

Hantu Buku diam sambil mencicip kopi. Mata Hantu Buku tidak lekang memerhatikan perenggan demi perenggan buku yang dihadiahkan kepadanya oleh ayah Hantu Tu Ya.

Selepas ayah Hantu Tu Ya pulang, baharulah Hantu Buku tersedar. Apabila Hantu Buku bangun di tengah malam ketika loceng pintu rumahnya berbunyi dua tiga empat kali, rumahnya telah disimbah darah. Darah anjing.

Ugutan, ancaman datang berpuluh-puluh, bahkan mungkin juga lebih beratus-ratus kali. Hantu Buku diam sahaja tidak menggeletar apabila digertak mahu dibunuh kedua orang tuanya.

Hantu Buku berjuang bergelandangan seorang diri di kota metropolitan hantu. Hantu Buku sudah lama tidak menghubungi kedua orang tuanya, lebih setahun meskipun Hantu Buku baharu sahaja membeli sebuah telefon genggam.

Kisah Hantu Tu Ya, hantu jelita dari Negara hantu monggol menarik minat Hantu Buku. “Kisah kamu hampir sama seperti aku. Namun, kejelitaan kamu hampir sahaja membunuh kamu. Kenapa kamu bermain dengan api?”

Ketuk-ketuk-ketuk.

Hantu Buku teringat perbualan lamanya dengan anak guamnya, Hantu Tu Ya tidak berapa lama sebelum kes perbicaraan dimulakan. Benar, Hantu Tu Ya memang jelita, ayu, rambutnya panjang, harum mewangi.

Ketuk-ketuk-ketuk.

Ketukan Hakim Hantu membingitkan kedua belah telinga Hantu Buku. Baharulah Hantu Buku tersedar, dia sekarang berada di dalam mahkamah hantu. “Saya minta maaf.”

“Kalau mahu tidur, sila tidur di rumah.” Sinis sekali kata-kata yang keluar dari bibir tebal Hakim Hantu. Hantu Buku diam. Matanya melirik kepada Hantu Tu Ya. Di Wajah Hantu Tu Ya terpancar sejuta harapan.

Hantu Buku duduk. Giliran hantu yang menjadi pendakwa-raya, iaitu hantu raya pula berhujah, bersoal jawab dengan Hantu Tu Ya. Hantu raya yang menjadi pendakwa raya itu menyeringai terlebih dahulu kepada hadirin.

Hantu Buku tidak berapa memperdulikan sangat tentang hantu raya yang menjadi pendakwa raya. Hujah hantu raya yang menjadi pendakwa raya bukan kuat pun. Hantu raya yang menjadi pendakwa raya cuma pandai menyeringai.

Yang menjadi permasalahan sekarang ini adalah Hakim Hantu. Hakim Hantu adalah masalah sebenarnya. Hakim Hantu adalah watak utama dalam kes ini selain dirinya sendiri dan juga Hantu Tu Ya.

“Hakim Hantu…” Hantu Buku memandang wajah Hakim Hantu yang berkulit hitam, berparut di leher dan berbibir tebal. Hakim Hantu, menurut apa yang diperoleh Hantu Buku hasil dari penyiasatannya, adalah seekor hantu yang sebelum ini bekerja sebagai penjaga rel kereta-api. Namun apabila sebuah parti politik hantu menawarkan sejuta duit hantu kepada hantu-hantu yang berminat mahu menjadi ahli perundangan parti politik hantu, terus Hakim Hantu meninggalkan rel kereta-api dan mengaji di sebuah kolej universiti hantu di luar negeri Perlis. Hakim Hantu akhirnya mendapat pembiayaan seekor menteri hantu untuk meneruskan pengajiannya. Dan lagi, satu perkara yang perlu disahihkan lagi, khabarnya, Hakim Hantu gagal lulus dalam sebuah peperiksaan hantu kerana didapati meniru yang akhirnya membuatkan Hakim Hantu membeli ijazah. Ijazah Hantu yang diperolehnya itulah yang menyebabkan Hakim Hantu diterima menjadi ahli perundangan parti politik hantu.

“Mahkamah Hantu ditangguhkan sepuluh hari dari sekarang.” Hakim Hantu mengetuk martil dua tiga empat kali. Beberapa hadirin masih tidak berpuas hati. Sanak saudara Hantu Tu Ya mula mendendami.

Masa tidak banyak. Siang pergi datanglah malam. Malam pergi datanglah siang. Dalam tempoh yang semakin suntuk itu, Hantu Buku bekerja menyiasat dan mengumpulkan bukti untuk menumbangkan sebuah komplot.

“Kamu tidak sihat? Tidak cukup tidur?” Petang sebelum esoknya hari perbicaraan, Hantu Buku melawat anak guamnya di penjara. Hantu Tu Ya diam, mengangguk-angguk sahaja.

“Jangan bersedih. Setiap makhluq, mati, binasa. Kamu takut mati?” Wajah Hantu Buku cukup tenang, cukup mendamaikan. Hantu Tu Ya tersentak. Hantu Tu Ya menggeleng-geleng, tetapi mulutnya masih tetap diam.

“Bercakaplah sesuatu. Aku datang mahu berbual-bual dengan kamu, Hantu Tu Ya. Jujur aku beritahu, aku berasa beruntung dapat mewakili hantu betina yang bijak seperti kamu, Hantu Tu Ya.”

Hantu Tu Ya tersenyum, terhibur. Hantu Buku sedikit gembira.

Bibir Hantu Tu Ya bergerak-gerak.

“Kamu sudah ada kekasih, Hantu Buku?”

***

Ruang perbicaraan penuh sesak. Sanak saudara Hantu Tu Ya yang jauh pun turut datang sekali. Mereka sudah merancangkan sesuatu jika ada apa-apa berlaku kepada Hantu Tu Ya. Hantu-hantu yang datang lambat terpaksa duduk berhimpit-himpit di atas bangku yang disediakan. Kebanyakan hantu-hantu yang hadir telah membaca perihal kes tersebut di akhbar dan menonton kes itu di TV.

“Wah, Hantu Tu Ya sudah keluar!” Seekor hantu yang berperut sedikit buncit menjerit. Hantu Tu Ya telah memakai baju bercorak bunga. Rambut Hantu Tu Ya diikat tocang dua dan dikemaskan dengan dua klip rambut berwarna merah hati. Hantu Tu Ya juga memakai anting-anting dan loket emas yang dihadiahkan Hantu Buku, semalam.

Hantu Buku tersenyum mekar ketika duduk dan melihat Hantu Tu Ya. “Akhirnya…” Hakim Hantu yang datang awal berasa sedikit berahi kepada Hantu Tu Ya yang semakin menawan itu.

Udara di dalam ruang perbicaraan tersebut terasa panas kerana terlalu ramai hantu yang menjadi hadirin. Meskipun kipas siling masih berputar dengan laju sekali, panas masih tidak mahu pergi. Seolah-olahnya panas mahu bersama-sama menyaksikan perbicaraan penuh konspirasi ini. Ramai hantu yang tidak tahan panas mengibas sapu tangan, kertas, atau buku yang dibawa.

Muka hantu-hantu polis yang berkawal kelihatan resah. Hantu-hantu polis berdiri di muka pintu dan sudut ruang untuk mengawal keadaan. Pagi tadi, mereka mendapat tahu tentang rancangan sebuah rusuhan.

Mahkamah hantu bermula tepat pukul sebelas empat puluh lima pagi. Hakim Hantu membacakan kes seperti selalu. Hantu Tu Ya dipanggil untuk duduk di kandang hantu kena tuduh.

“Panggil pelayan yang bertugas malam itu!” Hakim Hantu mengetuk martil.

“Saya pulang lambat malam itu. Kerja saya belum dibereskan lagi. Tiba-tiba waktu sebelas satu minit malam, saya terdengar jeritan. Jeritan menteri pertahanan hantu. Saya berlari masuk ke dalam bilik menteri pertahanan Hantu, saya nampak Hantu Tu Ya memegang sebilah pisau yang tajam berkilat. Saya terus berlari keluar, mendail nombor pengawal keselamatan.”

Pelayan kemudian duduk menghempas nafas berat. Hantu Tu Ya menjerit-jerit mengatakan, itu tidak benar. Pelayan tunduk tidak berani memandang mata Hantu Tu Ya dan Hantu Buku.

Hakim Hantu tersengih, kemudian pura-pura serius. Sanak saudara Hantu Tu Ya semakin geram. “Panggil pengawal keselamatan yang bertugas di malam kejadian!”

Pengawal keselamatan datang lewat. Sekujur tubuh badannya dibasahi peluh yang mencurah-curah yang masih mengalir. “Saya datang segera dengan kayu cota yang saya pegang kemas selepas disms oleh pelayan. Saya segera berlari-lari melompat masuk ke kondo mewah milik menteri pertahanan hantu. Pintu berkunci. Saya rasa Hantu Tu Ya yang mengunci pintu itu!”

Pengawal keselamatan menuding jari hantunya ke arah Hantu Tu Ya.

“Bawa pintu kondo mewah milik menteri pertahanan hantu!”

Hakim Hantu mengetuk martil sekali lagi kemudian Hantu Buku mengangkat tangan. “Objection! Bantahan! Hakim Hantu, kenapa perlu dibawa pintu?” Hantu Buku mencampakkan buku yang dipegangnya ke lantai mahkamah hantu. Kedengaran rungutan ramai hantu yang sudah mula menyampah dengan perbicaraan yang merapu dan tidak selesai-selesai ini.

Hakim Hantu terkedu. “Ops silap. Betul juga. Kenapa perlu dipanggil pintu? Saya tersilap. Saya ingatkan ada lagi hantu yang perlu dipanggil sebentar tadi. Maafkan saya, sila duduk kembali hantu-hantu sekalian dan kembali bertenang.”

Sebelum tiba sesi penggulungan, Hantu Buku mengutip bukunya yang dicampak sebentar tadi kemudian menuding jari telunjuknya dengan bergaya sekali kepada Hakim Hantu:

“Pertama, saksi memberi kenyataan yang bercanggah, melanggar laluan angin sama sekali. Pengawal keselamatan kata pintu berkunci, sementara pelayan pula, boleh masuk ke dalam kondo mewah menteri pertahanan hantu. Kedua, pelayan kata, dia mendail nombor pengawal keselamatan. Sementara pengawal keselamatan menerima panggilan daripada pelayan dengan sms. Apa semua ini? Mana keadilan jika keraguan bercambah-cambah?”

Laungan mana keadilan bergema-gema di dalam ruang mahkamah. Sementara sanak saudara Hantu Tu Ya yang sudah tidak merasa keadilan lagi di dalam mahkamah hantu segera beredar keluar dari mahkamah hantu.

Hakim Hantu terdiam, lidahnya tidak terjelir keluar dari mulut.

“Apa keputusannya, Hakim Hantu?” Seekor hantu yang berjalan senget bertanya dengan suara yang kuat. “Hantu Tu Ya bersalah, itu sahaja,” Hakim Hantu mengetuk martil kemudian turun dari tempat duduk hakim.

“Maafkan saya Hantu Tu Ya, saya tidak dapat mengotakan janji saya, dan janji kita berdua.” Hantu Buku menghentukkan kepala berkali-kali di kandang hantu kena tuduh sementara Hantu Tu Ya mengusap-usap kepala Hantu Buku.

***

Alangkah terperanjatnya Hantu Buku apabila melihat sekitar dua ratus ekor hantu sedang bersorak-sorai sambil menyaksikan kebakaran yang berlaku ke atas sebuah kenderan polis. Ada di antara ratusan ekor hantu yang berada di situ telah menyimbah minyak petrol ke atas kenderaan yang terbakar itu. Api menjulang ke udara lalu mencecah paras bumbung mahkamah hantu. Hantu Buku tergerak di hati keadilannya untuk berbuat sesuatu tetapi tidak boleh.

Hakim Hantu serta hantu raya keluar dari pintu depan mahkamah hantu. Sekumpulan hantu kemudian mara ke arah Hakim Hantu dan hantu raya dengan marah. Kedua-dua dada Hakim Hantu dan hantu raya bergemuruh.

Seekor hantu yang matanya agak sepet bertindak agresif dengan mengambil palang-palang kayu lalu membelasah Hakim Hantu hingga rebah. Kepala Hakim Hantu pecah sebelum Hantu Buku sempat berbuat apa-apa. Hantu Buku ditarik tangannya jauh ke tepi. Kemudian Hantu Buku melihat hantu raya pula dipukul hingga darah hantu raya bersimbah di atas jalan raya. Mayat mereka berdua diseret di atas jalan raya dan kemudian dilontarkan ke dalam sungai yang penuh sampah sarap.

“Keadilan! Mana keadilan jikalau begini?” Hati Hantu Buku menangis.