Makluman
Adakah Kita Begini?
Thursday, January 22, 2009
Friendster ? Muslimah Bagaimana?
Posted on 10:33 PM by Admin
Era globalisasi benar-benar memberi satu cabaran pada umat akhir zaman kini. Namun masih ada lagi yang tidak menyedari peredaran zaman yang begitu pesat membangun telah banyak menyesatkan remaja di negara kita khusunya. Wujudnya laman sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Tagged dan sebagainya. Tidak salah selagi mana cara atau gaya pemikiran kita tidak menolak syariat Islam. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya isu apakah yang ingin penulis bawakan? Jangan mudah melatah. Tidak hairanlah jika remaja sekarang sangat arif dengan laman sosial sekarang. Penulis menolak sama sekali laman sosial ini 100% peratus ke arah negatif. Bagi diri penulis laman sedemkian ada baik dan ada buruknya. Bagi yang baik, penulis sedikit sebanyak dapat menghubungi rakan-rakan lama yang sudah terpisah sejak beberapa tahun dahulu. Jadi penulis menganggap ia sebagai satu medium perantaraan yang boleh digunapakai sehingga hari ini. Namun wujudnya gejala yang tidak sihat telah berlaku. Biarlah penulis fokuskan pada laman friendster sahaja sebab itu sahaja yang ada pada penulis.
Pernah dengar istilah ’pompuan comey’, ’pompuan gediks’, ’pompuan bajet cun’, pompuan tangkap cair’. Inilah istilah yang digunapakai bagi menarik perhatian mana-mana lelaki sekarang. Percaya atau tidak bagi pendapat penulis sendiri, dari segi pemerhatian penulis sebanyak 90% kandungan gambar di laman friendster seakan-akan bertapa murahnya nilai harga diri seorang wanita. Opss! Mungkin ada yang tidak bersetuju. Apa kata kita guna sahaja istilah ’siapa makan cili dialah terasa pedasnya’. Lihatlah bagaimana gaya yang diklasifikasikan sebagai ’possing maut’oleh anak muda sekarang. Kenapa tiba-tiba penulis bawakan isu ini?? Tiada isu lain ke? Penulis tahu mungkin banyak persoalan timbul di pemikiran kalian. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun sayangnya, kalian terlupa bahawa gambar yang kalian posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka kalian terpampang rapi! Bagi yang memiliki kulit yang gebu pasti ia satu tarikan dan satu kebanggaan buat dirinya. Percaya atau tidak ia hanyalah sementara dan mungkin dengan gambar tersebut ia akan diakhiri dengan tangisi. Percaya atau tidak. Renungkanlah bersama.
Allah s.w.t. ada berfirman dalam Al-Quran yang membawa maksud :
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka."
(24:31)
Adakah ayat ini kurang jelas yang mana sudah termaktub dalam Al-Quran. Wahyu yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Jadi renung-renungkanlah wahai muslimah sekalian. Apakah kesannya jika kami meletakkan gambar sedemikian wahai penulis? Soalan yang mungkin bakal ditanya. Penulis katakan sekali lagi, tidak salah meletakkan gambar selagi mana gambar tersebut tidak menyebabkan timbulnya fitnah, timbulnya hawa nafsu syaitan dan sebagainya. Kaum hawa boleh menilai gambar tersebut walaupun di pihak lelaki sendiri boleh meng’irabkan gambar tersebut. Seharusnya di pihak perempuan sudah mengerti apakah gambar yang sesuai yang diyakini tidak menimbulkan fitnah.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah kalian yang dibanggakan itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu kalian. Mula memburu dengan SMS, telefon, mengantar e-mail hatta mungkin mendekati, dengan tujuan memiliki kalian. Apabila memikirkan sedemikian penulis teringat satu kisah yang bagi penulis ia satu perkara yang lucu. Ada satu lama friendster kepunyaan seorang wanita dan shout out dia berbunyi seperti ini :
”Kepada sesiapa yang giler seks tak dibenarkan add aku, x kisahlah laki or prmpuan”
Kenapa penulis katakan kenyataan ini begitu lucu? Sebabnya bila penulis lihat satu persatu gambar di friendster beliau. Alahai gambar dengan pakaian ketat lagi sendat dengan lengan pendeknya. Ditambah dengan gaya ayunya. Konon-kononlah tu. Penulis malas nak ulas sebenarnya. Muslimah, renungkanlah kisah ini. Lelaki ini hatta beriman pun boleh tersungkur andainya ia berlaku.
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin tidak terniat, wajah kalian terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Illustrator, Fireworks dan seribu satu pereka grafik yang pakar dalam bidang mengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan kaum hawa sekalian, tanggung sendirilah. Tapi kalau niat kalian cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran penulis, hati-hatilah!
Maaf sekiranya huraian penulis terlalu panjang lebar tetapi ia sekdar memberi peringatan kepada muslimah yang disayangi sekalian. Muslimah! Ayuh Bangkit!
Penulis Bebas
http://www.putera-2008.blogspot.com

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Friendster ? Muslimah Bagaimana?"
Leave A Reply