Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Wednesday, September 28, 2011

Death Race, perlumbaan gila.

Gambar dari Screencrave.com

Your Blog : Benzcinta-Islam.blogspot.com

Death Race lakonan Jason Statham sangat mengujakan meski temanya tidak Islamik. Rupa-rupanya bukan Emmerich sahaja yang meramal dunia akan ditenggelami air tahun 2012, bahkan Paul W.S. Anderson turut meramalkan hal yang agak sama juga pada 2012, iaitu kemusnahan ekonomi Amerika. Perkara ini agak menarik juga bila Zin Mahmud dalam akhbar arus perdana ada memetik kenyataan pegawai tinggi Komunis, bahawa China Komunis akan pergi lebih jauh dari Amerika Kapitalis tidak lama lagi. Diramalkan juga ekonomi Amerika akan merudum teruk, dan pastilah akan menjadi keping domino yang menghentam negara-negara kapitalis yang mengekor buntut Amerika, seperti Malaysia.

Kriminal, pada ketika itu dihantar ke Pulau Terminal untuk dipenjarakan. Kreatif atau binatang bila nyawa manusia tidak ada nilai dan harga? Untuk menghiburkan hati audien, maka Death Race dikemukakan. Sebuah perlumbaan yang merentas nyawa dan darah demi mencapai kepuasan nafsu adrenalin.

Jensen Ames lakonan Jason Statham ditangkap atas kesalahan membunuh isterinya. Sebenarnya, dia dirancangkan untuk dipertandingkan di dalam acara Death Race tersebut maka diperlukanlah satu kesalahan yang maha serius untuk dia dimasukkan ke Pulau Terminal tersebut.

Dalam sel tersebut, dia ditawarkan pembebasan atau menetap terus di dalam Pulau Terminal. Tawaran dari penganjur Death Race, Hennessey lakonan Joan Allen adalah supaya Jensen Ames menjadi ikon perlumbaan yang digemari, Frankenstein yang bertopeng. Untuk pengetahuan, Frankenstein ini sebenarnya telah mati dan mati berkali-kali di dalam setiap perlumbaan Death Race. Maka penganjur Death Race sentiasa mencari luar dari Pulau Terminal, mangsa-mangsa yang bertubuh kekar untuk menjadi Frankenstein yang seterusnya. Dan Jensen Ames terpaksa!

Tyrese Gibson, yang melakonkan watak negro ranggi iaitu Machine Gun Joe mulanya menjadi antagonis yang agak jahat. Sanggup menolak temannya ke bawah hingga mati bila teman itu tidak membantunya untuk menang.

Pada kesudahannya, seperti biasa ditonjolkan yang baik akan menang. Tetapi saya secara peribadi setuju dengan klimaknya bahawa yang menganjurkan permainan gila inilah yang harus diletupkan tempurung otaknya. Dan itulah yang terjadi pun. Ames dan Machine Gun Joe membawa diri ke tempat lain, dan Ames berjaya dapatkan bayinya semula.
Death Race, selain dari grafiknya yang cantik dan sangat 3D, ianya sangat menakutkan dan membimbangkan. Inilah sebuah lagi filem Amerika Hollywood yang hilang agama. Bila agama hilang, apakah yang akan menjadi pertimbangan? Nyawa manusia sudah murah, dan darah serta kehormatan sudah tiada nilai.

Death Race, dunia sudah jadi permainan video.
Rujuk:-

Sunday, September 18, 2011

Cina. Draft.

Imej dari grosvenorsfo.com

Your Blog : Benzcinta-Islam.blogspot.com.

Cina, Chinese atau China bukanlah merujuk kepada perbezaan yang terlalu jauh antara satu sama lain. Ketiga-tiga perkataan itu hampir merujuk kepada bangsa Cina, berbahasa Cina dan berasal dari Tanah Besar China yang pada hari ini dipimpin oleh Parti Komunis.

Bangsa Cina telah berada lama di Malaysia sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi. Dicatatkan dalam sejarah, ketika era Hang Li Po lagi.

Sebenarnya di Malaysia Bangsa Cina lebih ke hadapan berbanding dua bangsa major, India dan Melayu. Bangsa Cina belajar berdikari, tidak bermentaliti subsidi, tidak bermentaliti seperti Melayu dan India.

Regim dan sekolah pemikiran UMNO.

Benar, tanpa sangsi di negara kita yang ditadbir oleh Barisan Nasional bukanlah regim yang terburuk berbanding regim-regim di Timur Tengah. Regim ini tidaklah mengamalkan dasar apartheid kepada bangsa-bangsa lain secara jelas. Regim ini dengan bangsa Cina telah memberikan banyak ruang dan peluang kepada bangsa Cina dalam negara Melayu. Ini dapat dilihat dalam hak berpolitik, hak mendapat pelajaran, hak beragama, hak untuk bekerja, hak untuk berniaga, dan hak bersuara seperti mempunyai akhbar dan radio sendiri. Malah ada stesen TV yang sarat dengan kandungan Cina seperti 8TV dan RTM2. Ini jarang dijumpai di dalam negara-negara diktator Muslim yang lain, kerana selalunya hak minoriti atau bangsa-bangsa kedua

Dalam masa yang sama,

Ada Cina yang kapitalis (Robert Kuok, Lim Goh Tong), dan ada yang sosialis (Lim Guan Eng, Lim Kit Siang.) Tetapi sekolah pemikiran UMNO cuma mengajar Cina cuma ada satu wajah, iatu bangsa dan sangat kauvinis.

Benar, dari satu segi Cina sangat kauvinis. Dalam isu bahasa, budaya dan hak bersama, mereka sanggup melucutkan seragam parti dan bersama-sama dengan yang berbeza ideologi politik untuk bahasa ataupun budaya mereka. Inilah antara yang perlu diperhatikan Melayu yang mahu berubah.

Cina, bukan sahaja diwajahi dengan komunis

Untuk memahami bangsa Cina tidaklah mesti atau wajib untuk belajar bahasa Cina. Tetapi memadailah kita menjadi Muslim yang baik yang menghormati agama, budaya dan bahasa mereka. Bukan dengan berpemikiran bangsa kita yang terbaik dan selainnya adalah terkebawah. Pemikiran jenis ini adalah pemikiran Aryan. Sekolah pemikiran UMNO yang gemar menabuk shak wasangka dan sangsi prejudis pada bangsa lain, terutama Cina harus ditolak. India dikaitkan dengan Hindraf, manakala Cina dengan komunis adalah ciri-ciri sekolah pemikiran UMNO.

Kalangan Pakatan Rakyat yang pro Islam haraki, seperti bekas ketua pemuda PAS Penang harus mengambil kira hal ini jika mahukan PAS berdaulat dengan cara demokrasi. Negara tinggalan penjajah seperti Malaysia ini, tidaklah sama sosok politiknya dengan Saudi atau Mesir.


Seruan!

Keluar dari kotak pemikiran yang belum baligh. Sekiranya PAS bergabung dengan UMNO, maka akan tercipta pula satu parti ras agama yang akan lebih membahayakan negara. Pada masa ini pun, ketika PAS tidak bercantum dengan UMNO, sudah ada kaul-kaul yang melarang membangkang tindakan pemerintah. Kaul-kaul jumud ini sangat merbahaya untuk eksistensi negara ini. Apatah lagi jika PAS bercantum? Bukankah ia bakal menjadi malapetaka menggila pada bangsa Malaysia? Segala hujah-hujah agama yang dipetik dari nas-nas al-Qur'an dan Sunnah dan berjuta-juta lagi diselewengkan untuk mematah-matahkan sebarang usaha penentangan terhadap korupsi.


Saya memikirkan, Cina yang bertempur dengan Israel zionis. Kedua-dua bangsa ini sangat hebat. Buat masa ini, untuk berharap kepada bangsa Arab atau Melayu berperang dengan Israel zionis sangatlah mendukacitakan. Jadi jika ada lagi cadangan tentang keperluan atau keharusan bahawa perdana menteri kita beragama Islam dan berbangsa Cina mengapa harus kita tolak begitu sahaja?

Barangkali itu lebih baik untuk memulihara perpaduan dan eksistensi bangsa dan negara kita!



Rujukan2 tambahan :-

Thursday, September 8, 2011

Konstituisi.

Your Blog : Benzcinta-Islam.blogspot.com
"Dari Konstituisi?" Tanya urusetia.
"Ya. Konstituisi. Ada apa-apa masalah?" Tanya lelaki berkening tebal itu. Dia peserta terakhir yang beratur untuk masuk ke seminar.
"Tak, tak. Tak ada apa-apa masalah." Urusetia perempuan itu mengambil beberapa helai kertas kerja para pembentang sebelum menghulurkan kepada peserta di hadapannya.
"Seminar sudah bermulakah?" Tanya lelaki di depannya.
"Belum lagi. Sekarang sarapan dahulu. Tuan sudah makan?"
"Sudah. Puan ini, isteri Ali Jinnah?" Tanya lelaki itu lagi.
Ek. Agak tergamam urusetia itu. Sangkanya isteri setiausaha agung FI bukanlah pop sangat.
"Ya, kenapa?" Tanya isteri Ali Jinnah naif.
"Banyak juga tulisan dari puan saya baca dalam majalah Muslimat. Boleh kita berbual?" Lelaki berkening tebal itu tanpa disuruh duduk meletakkan fail yang diberikan di sebelah kerusi di punggungnya.
"Khabar yang saya dengar, Muslimat itu juga cetusan puan?"
"Er..Mana tuan..er..,"
"Oh maaf, nama saya Tareq." Tareq perkenalkan diri. Beberapa peserta berumur yang selesai sarapan berpapasan dengan mereka.
"Dr. Tareq?" Teka isteri Ali Jinnah.
"Oh belum, baru tahun ini saya sedang pulun untuk PHD. Suami puan apa khabar?" Tanya Tareq lagi. Dia tak kelihatan canggung dengan pandang mata peserta-peserta yang berserban dan berjanggung lebat pada kedua mereka. Sementara isteri Ali Jinnah sudah rusuh hati.
"Oh, mana tuan tahu tentang Muslimat? Saya sekadar suka menulis. Tercetus tentang perlunya ada majalah untuk Muslimat. Suami saya sihat sahaja."
"Adalah sumber dari Konstituisi sendiri. Kalau saya mahu minta ada ruang untuk Konstitusi bercakap isu muslimat dalam Muslimat bolehkah?" Pinta Tareq berhati-hati. Seorang demo seorang peserta mula memasuki pintu dewan.
"Er. Agak tergesa-gesa Tuan Tareq, dan agak tak berapa formal. Susah macam ini." Isteri Ali Jinnah sedaya upaya berdiplomasi.
"Baik saya faham. Kita perlukan masa bukan? OK, saya tinggalkan puan emel Konstituisi. Agak formal kan? Boleh?" Tareq menarik punggung dari kerusi. Beberapa jurukamera yang mengenalnya, tidak melepaskan kesempatan untuk mengambil kandid.
"Baiklah." Isteri Ali Jinnah juga bangun dari kerusi dengan muka yang mula merah dan resah.