Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Wednesday, March 31, 2010

Part 4: Pemikiran bukan orang kita

Posted on 6:21 PM by Unknown


Your Blog :ikatanpenulisindipenden.wordpress.com






"Baik, sekiranya tafsiran Dr. Zainul Abidin tepat dengan intrepetasi kita bagaimana?" Ali Jinnah mula bengang dan marah akibat diasak dan digasak sedemikian rupa. Dengan golongan yang suka bertingkah-tingkah ini, nampaknya tidak ada ruang untuk bertolak ansur.

"Tentulah, kita bersama dengan dia. Kita menentang dia, kerana dia tidak bersama dengan kita."

Kalimah-kalimah yang keluar dari Dr. Adi mengembalikan Ali Jinnah ke zaman konfrontasi antara dia dengan GIK UIS. Ali memilih untuk memegang dengan baik konsep ummah centric. Malangnya bagi Ali, pegangannya ditolak mentah-mentah oleh GIK UIS.

"Jadi, isu di sini bukanlah tentang interepetasi. Isu di sini adalah, dia tidak bersama dengan kamu."

Dr. Adi yang berada di tepi Ali Jinnah di dalam kereta buatan Malaysia kelihatan berfikir-fikir sejenak. Di luar, hujan masih menitis. Kemudian Dr. Adi menggumam sebentar. "Er, ya lah tu." Setuju Dr. Adi.

Ali Jinnah yang membaca kitab Tazkiyatun Nafs tengahari tadi dengan orang rumahnya, diam seribu cara sambil menghembuskan nafas. Dr. Adi hanya berkerut kening. Lima belas minit tiba, hujan pun berhenti perlahan-lahan menjadi rintik.

"Maaflah, menganggu masa tuan." Dr. Adi meminta diri lalu keluar dari kereta Ali Jinnah. Ali Jinnah hanya menggeleng perlahan. Kitab Tazkiyatun Nafs yang disusun semula Syeikh Said Hawwa yang dipetik dari Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali mengetuk Ali Jinnah berkali-kali: Janganlah rajin berdebat, sekalipun kamu betul. Puak-puak semacam ini memang suka sekali jika mendapat lawan tengkar.

Enjin dihidupkan kemudian. Ali Jinnah mengesat cermin matanya yang berhabuk. Kereta bergerak meninggalkan kota yang sibuk.

Pulang ke rumah, Jinnah mencari nasi. Orang rumahnya tidak ada.

“Maseh mengajar?” Ali Jinnah sekadar menggelengkan kepala sambil menceduk nasi ke dalam pinggan. Sebelum pergi ke universiti, perempuannya telah menyiapkan hidangan.

“Universiti? Hmm…,” Selera Ali Jinnah semacam kendur tiba-tiba. Mengenangkan universiti buat hati dia sakit sahaja.

“Eh, kalau berani marilah!” Seorang budak asal Sabah menggerutu marah kepada Ali Jinnah yang masih mahasiswa.

Restoran kampus, yang dikendalikan muda-mudi kampus mula kecoh…

“Jangan dilayan budak tak betul tu Ali. Mereka ni, the ban gang.”

Wan, mahasiswi sekuliyah Ali Jinnah bersuara perlahan sambil senyum sinis. Razi yang sudah usai makan di tepi Ali ketawa kecil. Ali, tidak ada mood untuk ketawa. “Saya cakap betul apa? Kamu kenapa? Baran tak tentu pasal?”

Ali berdiri, suara jadi tinggi, semua mahasiswa dan pensyarah memandang mereka berdua. Mi goreng di dalam pinggan, terus tak diusik. Wan yang di pinggir Ali turut bangun.

“Wei budak sabah, kau kenapa? Kau ni, tak tahu cara hidup harmonikah? Apa yang Ali tulis dalam blog, kau cerna habis ke tak? Kalau dipuji, mengembang, dicaci melenting….”

Budak sabah itu datang dekat menghampiri Ali. “Kau harap perempuan, bela kau? Kau ni lelaki ke?”

Ketegangan akan menjadi-jadi jika dibiar marak berterusan. Ali sudah mula menggenggam penumbuk. Budak sabah itu juga membuat tindakan yang sama. Budak sabah itu memegang bahu kanan Ali, tanpa semena-mena Ali menolak keras tangan budak Sabah itu.

Dogh! Budak sabah itu terjatuh! “Kurang asam!” Budak sabah itu mahu menghantuk kepala Ali tetapi Ali beraksi terlebih dahulu. Tangan budak sabah itu dikilas dengan pantas, menyebabkan kepala budak Sabah itu yang terhantuk ke tiang kayu tepi meja. Mee kuah yang berada dalam mangkuk terpercik tumpah ke kemeja putih Ali dan baju seluar budak sabah itu.

Seorang demi seorang pelajar asal Sabah mula mengerumuni Ali. Seorang pensyarah yang agaknya dihormati semua mahasiswa diberikan laluan untuk mendamaikan.

“Bertenang. Kita semua ni, marga kampus. Marga yang ada daya intelektual. Mengapa mesti begini?”

“Ustaz tak nampakkah? Siapa yang mulakan dahulu?” Seorang budak Sabah lain yang kelihatan begitu mendendami budak semenanjung menyuarakan apa yang terbuku

“Siapa yang mulakan dulu? Kau tanya siapa yang mulakan dahulu? Eii, kawan kau ni yang mulakan dahulu kau tahu?” Wan, mahasiswi yang paling cerdik dan pintar dalam bahasa Inggeris satu batch dengan Ali mula naik angin. Dengan jari-jari ditunjuk ke muka seorang seorang budak sabah. Ali pula buat muka jengkel, meluat dengan budak-budak Sabah yang tak reti bahasa. Razi hanya mengangkat bahu, seolah tidak mahu masuk campur. Dia sendiri juga dimeluati ramai person.

“Bukan budak Sabah semua macam itu, Ali.” Ustaz Zaki, ustaz yang meleraikan pertelingkahan tadi berkata apabila Ali mula tenang dalam biliknya yang dipasangkan pendingin hawa.

Ali kekal diam, terus bungkam. Hanya sesekali mengangguk.

“Kamu pintar Ali, mengapa mesti bergaduh dengan mereka?” Ustaz Zaki, bertanya lembut. Tanyalah kepada mana-mana waga marga UIS pun, Ustaz Zaki memang mampu menenangkan, bi iznillah jua.

Ali masih diam. Doktrinisasi hanya mereka sahaja di pihak kebenaran, itu adalah bersalahan dengan prinsip intelektual! Dalam kampus ini, semuanya meski pun tidak FI, namun mereka adalah Muslim yang tak boleh dipertikaikan. Mungkin mereka fasiq namun, adakah disebabkan mereka fasiq, maka kita mesti bahkan WAJIB mengada-adakan fitnah untuk memfitnah mereka? Kenapa celaka sangat fikiran kita ini??

Ustaz Zaki hanya membiarkan Ali mengelamun sendiri.

‘Mungkin dia perlu lebih ketenangan.’ Ustaz Zaki lantas menyemak beberapa assignment pelajar, membiarkan Ali jadi damai sendiri.

Gerakan-gerakan Islam bukan hanya FI semata! Semua yang melawan secular-liberal-plural harus diberi kredit yang sepatutnya. Bukan disebabkan, dia bukan orang kita maka kita endah tak endah dengan dia.

“Soalnya, mengapa Syed Husin Al Attas dan adiknya Syed Naquib tidak diambil berat sangat oleh GIK?”

“Ha?” Ustaz Zaki lantas jadi terkedu sendiri dengan muntahan pertanyaan Ali. Ali mengulang soalan.

“Angkat yang macam mana, maksud Ali?” Lembut Ustaz Zaki bertanya.

Ali diam. “er, maksud saya macam ini, kenapa murabitun kita sekadar ustaz-ustaz kita sahaja? Lantas, orang yang ilmunya lebih tinggi dari ustaz kita tak perlu diambilkah? Akhirnya, kita sendiri mencari masalah dengan mengambil Dr. Bari mengkritik FI dengan lancang. Padahal, ramai lagi yang lebih baik, lebih bagus dari dia dan lebih jujur, tulus mulus seribu kali lebih baik dia menulis dan membicarakan tentang FI. Ke bagaimana?”

Ustaz Zaki senyum sahaja. “Teruskan, saya rasa kamu belum habis lagi kan?”

Ali senyum kemudiannya. “Erm, terima kasih ustaz. Dalam kampus ni, yang benar-benar memahami saya, saya rasa ustaz seoranglah. Yang lain, pantang sangat kalau saya mengkritik FI.”

Ustaz Zaki melebihkan gula dalam senyuman.

“Begini Ustaz, apa yang saya si kerdil ini boleh rumuskan, kita harus menanam tekad yang kukuh, untuk membumikan siyasah Syar’iyyah dengan lebih baik. Bukan politik cara Machiaveli, anarchist, socialis dan yang seangkatan sama maksud dengannya.”

“Saya setuju.” Ustaz Zaki menganggukkan kepala.

“Lagi?” Ustaz Zaki makin menggalakkan.

“Er, politik kita haus amat sangat dengan politik pencerahan. Bukan politik yang membodohkan. Tidak perlu kita bertempik-tempik , berteriak-teriak ke hulu dan ke hilir mengikut aksi Enver satu ketika dahulu, hingga mencedera parahkan nilai-nilai agama hasil manifestasi tindakan kita yang entah apa-apa. Sudahnya, kemenangan kita ini kemenangan apa? Setiap kebenaran adalah kemenangan, dan bukanlah setiap kemenangan adalah kebenaran.”

Ustaz Zaki senyap sebentar. “Ali, kalau kamu jadi politikus suatu masa nanti, kamu kena permudahkan ayat-ayat intelektual kamu. Kamu kan rausyan fekr?”

Ali tersengih terus.

“Eh, abang kenapa belum makan lagi? Sampai terlelap atas meja makan.” Orang rumah Ali Jinnah sudah pulang dari universiti.

Ali Jinnah terjaga dalam keadaan maseh terpisat-pisat. “Er, kamu dari mana Zehra?”

Zehra cuma menggelengkan kepala. “Itulah abang. Zehra sudah banyak kali pesan kena ada pembantu rumah. Abang tak mahu, nak jimatkan perbelanjaanlah, tahu buat sendirilah.. nanti, kalau dah sakit, Zehra macam mana?” Zehra merengek manja.

Ali Jinnah hanya tersenyum tawar. “Allah kan ada?”

Zehra berlalu ke dapur. Sementara perut Ali mula terasa sakit, dan Ali segera teringat beberapa hari selepas peristiwa di restoran kampus itu dia dipukul oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali waktu malam dalam biliknya yang kelam. Kacamatanya disorokkan menyebabkan dia tidak dapat mengkarate tengkuk lawan-lawannya.

Ali Jinnah membuka butang kemejanya.

“Parut ini maseh kelihatan.” Ali tersenyum menahan pedih.

No Response to "Part 4: Pemikiran bukan orang kita"

Leave A Reply