Makluman
Adakah Kita Begini?
Saturday, January 15, 2011
Muzik dan revolusi selepas AJL
Your Blog :ikatanpenul1sindipenden.blogspot.com
Ketika artikel ini ditulis buat pertama kali di atas kertas, AJL baharu sahaja berlangsung malam tadi.
Sedikit tentang AJL kali ini.
Drama King- Meet Uncle Husin- Black- Sofea Jane- Yuna- A.P.I- Pelita- Hujan -Mencari konklusi- One Buck Short- Estranged- Stacy- Jahat- Faizal Tahir- Selamat Malam- Hanyut- Audi Mok- Edry Abdul Halim- Aizat- Susun Silang Kata- Edry Abdul Halim- Bunkface- Extavaganza dan mungkin sahaja ada yang lain-lain lagi tetapi tidak larat untuk dileretkan di sini.
Stacy dengan api dan baju kimononya.
Drama King bukanlah menarik sangat. Entah kenapa Drama King lebih sedap tetapi untuk persembahan kali ini semacam hancur dan hambar. Apakah Andy Flop Poppy sebagai juri tidak dapat mewakili wawasan golongan indipenden dengan kekalahan Bunkface, Hujan dan A.P.I??
Apabila A.P.I yang entah apa sahajalah maksudnya hanya Tuhan dan A.P.I yang tahu makna A.P.I ada sesuatu yang menarik sekali tentang band kolaborasi idea Loque ini. Kumpulan-kumpulan ini agak radikal dari satu segi berbeda dengan yang lain-lain dalam menyampaikan aspirasi tidak puas hati.
One Buck Short - Kelibat Korupsi
Butterfingers- Loque
Ludah Amerika -Hujan
Keptusan akhirnya memeranjatkan para hadirin sehingga ke saat ini: Ana Raffali menang dengan lagunya Tolong Ingatkan Aku!
Seperti yang telah dijangka, Faizal Tahir menang persembahan terbaik
Faizal Tahir dengan masuk dalam akuarium tanpa ikan.
Walaupun, pada ketika ini tengah hangat dipergosipkan yang keputusan Ana Raffali memang telah diketahui (dirancang???????) lebih awal bukanlah itu maksud tulisan ini.
Namun semuanya ini sedang menunjukkan apa?
Apakah seluruh gerakan Islam yang bernafas dalam atmosfera Malaysia Baru tidak tahu / tidak melihat semua ini???
Apabila rejim Ben Ali ditumpaskan, muzik kita belum menghasilkan apa-apa??
Kerana pertama, mereka sendiri (Baca:kaum pemuzik) sendiri terhasil melalui sedekah kaum pemodal.
Kerana keduanya, kaum pemuzik tak punya apa-apa fikrah.
Ketiga, kaum politikus yang bankrap idea. Bagi kaum politikus jenis ini, hanyasanya boleh dikatakan seseorang itu politician pabila seseorang itu meleburka dirinya sepenuhnya ke dalam kancah pergelutan politik.
Selain itu adalah falasi belaka. Bedek.
Sebenarnya, sekiranya kepala otak mereka semua tidak terkapit dan terkunci di bawah lembayung ufuk mega senja sengal tersebut, mereka akan mendapati guna apa sahaja gaya jalan yang betul pun jua adalah politik. Memetik tali gitar itu politik. Berceramah itu politik. Berpidato itu politik. Berdiskusi itu politik. Membebel atau memblablabla itu juga politik. Berborak itu politik, menulis itu politik. Melukis, berlakon itu semuanya adalah asas-asas kepada sebuah revolusi politik.
Dan pada akhirnya, pada penamatnya, gerakan-gerakan the so called Islam jadi tertumpul minda dan beku daya fikrah kapasiti gigabyte otaknya. Mereka cuma handal mengharamkan sesuatu perkara mengikut situasi Machiaveli. Kadang-kadang Mawi halal. Kadang-kadang pula Amy Search haram. Adam Lambert memang haram terus. Nasib baiklah Faisal Tehrani cuma ada geng Revolusi Pembudayaan Solawat. Jika tidak entah apa pula sikap gerakan-gerakan the so called Islam ini terhadap Faisal Tehrani jika Faisal Tehrani tidak mahu sebulu atau seotak dengan mereka.
Gerakan-gerakan ini juga pintar sekali berdemonstrasi. Seolah kumpulan pancaragam bagi mereka pula para demonstran ini. Pantang ada sahaja isu, demonstrasilah jalan pertama dan jalan terakhir mereka. Dan hanyalah itu sahaja pun. Bukankah ada baiknya gerakan-gerakan ini menculik kesemua para demonstran belia ini dan melokapkan mereka semua di markas cawangan masing-masing untuk ditarbiyahkan tentang keperluan muzik dan seni dalam kerangka kemenangan Islam via demokrasi pilihanraya di Malaysia? Mereka mereka sungguh tidak berakal??????
Gerakan-gerakan Islam di Malaysia pada hari ini harus akur dan bersetuju bahawa Islam di Malaysia bukan bertempur secara peperangan bersenjata ala Gaza. Tetapi Islam di Malaysia selain bertempur dengan falsafah sekular, Islam di Malaysia juga sedang digempur dan diasak dengan dahsyatnya oleh bala tentera dan peluru bom periuk api kaum hedonis.
Kita tidaklah mengharapkan yang terhasil daripada penulisan ini Jamaat baru pula bernama gerakan eksperimental seni. Cukuplah jikalau ada yang terbaca tulisan picisan ini memikir-mikirkan sesuatu dan bersedia untuk meneroka jalan baru serta bersiaga untuk menggerakkan eksperimen seni ke dalam setiap gerakan masing-masing.
No Response to "Muzik dan revolusi selepas AJL"
Leave A Reply