Makluman
Adakah Kita Begini?
Thursday, January 6, 2011
Kawen-kawen
Posted on 5:18 PM by Unknown
imej dari goodreads.com
Your Blog : ikatanpenul1sindipenden.blogspot.com
"Tuan Ali Jinnah ada dekat dalam ke?" Joseph menanggalkan payung. Hujan kian sangat kerap turun kebelakangan ini. Kaki dalam kasut dikeluarkan. Rasa tak selesa. Kasut dihentak-hentak. Buang air yang menyerap masuk.
Musa B. Imran yang muncul di muka pintu angguk. "Ada. Kenapa? Kamu dah buat apa apa temujanji ke untuk datang awal pagi macam ni dengan basah kuyup kamu tu?"
"Kawen kawen? Apa tu?" Tanya Musa B. Imran pada Joseph. Ada tulisan tangan tapi agak cakar ayam terlihat di fail yang dipegang kemas pemuda bernama Joseph.
"Bagilah saya masuk dulu apa apa pun." Joseph maseh di luar rumah Ali Jinnah. Banglo kusam harga murah itu ramah sahaja menerima mana mana tetamu. Zehra isteri Ali Jinnah, maseh di pusat kampus. Hari ini ramai juga pelajar separuh masa yang datang untuk kuliah dan seliaan tesis.
"Tak boleh. Aku tanya kau dari tadi, kau ada buat apa-apa temu janji dengan Tuan Ali Jinnah tak yang kau nak datang sini?"
Joseph menggaru-garu dagunya. "Ish, bagilah saya masuk. Penting ni. Untuk ummat!" Joseph buat buat serius. Konon.
"Ceh. ingat aku tak tahukah? Kau ni bukan lelaki yang keluar dekat kaca peti TV hari tu kah? Haha, kau yang sanggah budak Qayyum dari FI Reform hari tu bukan? Eh masuklah. Buat apa tercegat dekat depan pintu tu dari tadi. Kau ni.."
Joseph menggeleng-geleng sahaja apabila dia ditarik masuk ke dalam rumah Ali Jinnah. 'Orang tua ni ada sakit kepala ke?' Kata Joseph perlahan, lebih kepada monolog sendiri.
"Tuan Ali maseh dalam bilik studi. Jangan ganggu dia dahulu. Aku buatkan air. Kau nak kopi? Kopi atau teh?"
"Teh cukuplah pakcik. Saya tak tidur lagi dari malam tadi. Saya nak balik tidur terus lepas jumpa Ali Jinnah."
"Ali Jinnah? Apa kau sebut tadi? Cis, kau ni. Kenapa kau tak panggil dia dengan nama tuan? Kau tahu tidak yang dia tu Setiausaha Agung FI yang paling popular setakat ini?" Musa B. Imran macam mahu membaling gelas putih ke kepala Joseph.
"So, ada apanye dengan kawen-kawen ni, Joseph?" Ada suara yang serak bersuara. Suara itu berbunyi seperti orang yang baru bangun tidur.
Joseph berdiri tanda nak rai tapi Ali Jinnah suruh terus duduk. "Nabi pun tak bagi orang buat macam tu kat dia." Ali Jinnah terus duduk mengadap Joseph. Mata Ali Jinnah macam mahu nak terkatup semula.
"Tuan nak kopi lagi?" Tanya Musa B. Imran.
"Ah, apa pakcik cakap?" Ali Jinnah terbuka mata. Di depannya ada Joseph dan di tepinya berdiri Musa B. Imran.
"Kopi?"
"Ya ya, sila." Kata Ali Jinnah.
"Jadi apakah...,??" Tanya Ali Jinnah pabila Musa B. Imran berlalu masuk ke perut dapur.
"Siapa tu, Tuan?" Tanya Joseph.
"Oh, seorang ketua keluarga yang nak buat khidmat. Aku bagi sahajalah."
"Khidmat?" Joseph agak pelik.
"Hmmmmnn, nantilah aku cakap pasal ni. Dengar tadi kau macam nak balik dah. Baik kita bincang dulu apa yang penting sangat masalah ummat kau ni." Ali Jinnah mengesat kedua belah matanya. Rasa mengantuk belum diusir sepenuhnya.
Joseph tak menjawab. Terus dihulurkan kertas cadangan untuk dibelek Ali Jinnah. Kopi dan teh sampai.
Musa B. Imran baru nak berlalu. Tak mahu kacau tuan. "Eh duduklah. Perkenalkan, ni Joseph. Yang ni pula pakcik Musa B. Imran." Ali Jinnah memperkenalkan mereka sebelum kembali menelaah semula fail Joseph.
"Kawen-kawen? Cuba cerita sedikit." Ali Jinnah meletakkan semula kertas berisi cadangan-cadangan dari Joseph.
"Well.. Begini. Saya nampaklah tuan, sebenarnya kita perlukan gaya baru...," Joseph berbasa basi.
"Teruskanlah. Aku dengar." Ali Jinnah sudah tertutup kedua bola matanya.
Musa B. Imran pun buat isyarat suruh Joseph cepat lanjutkan.
Joseph terkebil sebentar. "Oh, maksud saya sebenarnya apabila dikaji semula. Banyak sungguh peranan yang FI boleh buat meski belum pegang pusat Petrajaya. Antaranya permudahkan urusan nikah kahwin."
"Wah, bunyi macam menarik." Ali Jinnah membuka kedua matanya.
Joseph jadi bersemangat. "Maka cadangan saya, bolehkan kalau kita semua di kalangan FI ini mulakan dahulu dengan anggota anggota kita? Sebenarnya sangat berfaedah besar jika FI menerajui urusan nikah kahwin di kalangan muda mudi kita ini."
"Aku setuju sangat!" Kata Musa B. Imran dengan kuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Kawen-kawen"
Leave A Reply