Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Sunday, May 29, 2011

Elaun RM1000

Your Blog : benzcinta-islam.blogspot.com.
"Cadangan apa?" Tanya Ali Jinnah. Dia terasa sangat letih. Seminar yang mengundang seolah tidak tahu yang Setiausaha Agung FI perlukan juga rehat.
"Elaun RM1000." Rilek dan tenang sahaja John Abdullah itu menuturkan. Dia menghidangkan satu cawan kopi untuk bosnya. Ali Jinnah menolak.
"Ini sangat penting, untuk basmi kemiskinan tegar, pengangguran dan skim cepat kaya."
Mata Ali Jinnah terasa berat untuk melayan perbualan John Abdullah itu. Mana orang rumah aku ni?
"Cecite, cecite..," Kata Ali Jinnah lemah.
"Masih boleh dengarkah, tuan?" Dia meletak punggung atas sofa.
John Abdullah sudah hilang dari pandangan mata. Dia terlalu penat. Sementara pertandingan untuk merebut jawatan nombor dua semakin dekat.
***

"Abang biar budak John itu tidur di sofa?" Tanya isteri Ali Jinnah waktu dia baru sudah mandi. Waktu masih awal dinihari. Ada kira-kira dua jam lagi sebelum Subuh hampir.
"Nak buat macam mana, awak pun lewat balik. Usrah lagikah?" Ali Jinnah meletak sejadah. Isyak belum ditunaikan.
"Ya. Abang tak makan lagikah? Saya tengok lauk pauk masih tak terusik." Isterinya baru menanggalkan telekung putih.
"Abang makan dengan Johnlah lepas ni. OK?" Tanya Ali Taqi lembut.
"Okay."

"Bagi elaun RM1000, tak gilakah idea kau ni, John?" Maseh ada kira-kira sejam sebelum Subuh singgah.
"Elaun RM1000, sebulan untuk marganegara. Apa yang gilanya?" John Abdullah tenang membalas. Isteri Ali Jinnah pun ada sama menemani suaminya. Rumah mereka seakan menjadi markas FI tak rasmi.
"Yelah abang, apa yang gilanya?" Tiba-tiba sahaja isteri Ali Jinnah membuka mulut.
Ali Jinnah menjeling sahaja.
"Idea awakkah ini?" Tanya Ali Jinnah kepada isterinya. Masakan yang sudah hilang panas itu seakan tiada lagi daya tarikan.
"Saya yang dengar idea isteri tuan waktu syarahan ekonomi seminggu lepas." Jawab John bagi pihak isteri bosnya.
"Jelaskan pada aku." Ali Jinnah mengambil napkin.
"RM1000, itu tidak naik. Ianya bersifat tetap. Tetapi apabila marga negara melakukan kesalahan jenayah, maka RM1000 untuk bulan itu terbatal secara automatik. Kaedah ini juga bersifat memberi ganjaran kepada rakyat. Dan supaya mengurangkan lagi kadar jenayah."

Ali Jinnah maseh belum memberikan apa-apa keputusan.

Tuesday, May 17, 2011

Terbaru hanya di Casa Publication



Mukasurat: 160
Besar: 6 inci X 9 inci
Harga: RM 17:50
(Penghantaran dalam Malaysia Percuma!!)
Hubungi:
benmokhtar2@gmail.com
Tel:0192773619



Pandangan anda dihargai
Your Blog :
http://wacanailmuan.blogspot.com/2011/05/islam-dan-keganasan.html

Thursday, May 5, 2011

Perempuan Berkalung Sorban: Sebuah filem persepsi.

indonesiamatters.com
Your Blog : benzcinta-islam.blogspot.com


Hanung Bramantyo sekali lagi mencetuskan kerisauan selepas mengarah Ayat-Ayat Cinta (AAC). Selepas AAC yang dikatakan tidak syariatik oleh peminat tegar Habibur Rahman Sherazy, Bramantyo telah mengarahkan sebuah lagi adaptasi novel, berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Filem ini telah mendapat perhatian hangat oleh sekian ramai khalayak termasuk Dr. Faisal Tehrani dan Dr. Asri Zainul Abidin.

Siti Nurhaliza turut menyumbangkan lagunya di dalam filem ini. Revalina S. Temat yang cantik itu kelihatan agak gatal dan mengada-ngada. Adakah perangai perempuan cantik memang begitu? Atau itu kehendak tuan pengarah?

Plotnya bermula semenjak Anesah (Lakonan Revalina) kecil lagi. Anesah mendapati, Islam lebih condong dan berat sebelah kepada lelaki dan perempuan seakan merupakan beban. Seolah menjadi perempuan adalah suatu kesalahan lantas membuatkan Anesah mahu mendobrak dogma ini. Lek Khudori (Oka Antara) menjadi tempat untuk Anesah mengadu.

Tiba masanya, Lek terpaksa berpisah dengan Anesah bersebabkan ingin melanjutkan pengajian ke Cairo. Anesah berendam air mata mengenangkan perpisahan itu di pesantren Huda milik bapanya. Tawaran kemasukan ke U sampai ke tangan Anesah. Puas Anesah merayu kepada bapanya untuk dapat belajar, tetapi ayahnya bilang kena ada muhrim. Dengan muhrim, awak bisa studi. Kata bapanya yang juga merupakan kiyai.

Seorang lelaki, anak seorang kiyai yang agak kaya juga dikahwinkan dengan Anesah tanpa kerelaan Anesah. Lelaki ini bernafsu liar. Nafsunya yang amat jalang menyebabkan Anesah mengalami penderitaan mental yang cukup kronik dan traumatik sekali. Hingga menyebabkan Anesah menghunus pisau kepada suaminya.

Bertahun sudah, Lek pulang ke halaman dan terjumpa Anesah yang baharu pulang untuk ke pesantren. Anesah meluahkan rasa keterkilanannya kepada Lek yang tidak mengutus khabar berita apa selepas dia dikahwinkan.

Akibatnya, Lek mengutus surat kepada Anesah dan mereka kemudiannya berjumpa. Ditakdirkan mungkin untuk menjadikan ianya lebih dramatik, suami Anesah datang dan menyerbu masuk lantas menuduh mereka berdua bermukah. Ramai orang datang berhimpun dan bersorak rejam, rejam, rejam, rejam kepada Lek dan Anesah. Pada ketika itu juga Anesah diceraikan oleh suaminya.

Ummi Anesah menghalang dengan katanya, "hanya orang yang tidak berbuat dosa, dibenarkan merejam."

Bapa Anesah mati tidak berapa lama kemudian.

Selepas itu, Anesah telah ke berhijrah ke bandar untuk membawa diri. Di sana dia berjumpa dengan kawannya yang baru selesai berasmaradana dengan seorang jantan. Ini bukan kebebasan yang dimaksudkan Anesah. Anesah kemudiannya menjadi gila menulis. Tema penulisan Anesah, adalah kebebasan. Di sana, Lek mencarinya. Agak tawar hati pada permulaannya, tetapi akibat usaha tak henti Lek dalam nak mengurat semula jantung hatinya, maka Anesah kembali cair. Mereka disatukan kemudian.

Perubahan itu bertahap, kata Lek apabila Anesah selalu bertekad mahu mengubah pentadbiran Pesantren Al-Huda yang kini dipegang Mas Reza iaitu abang kepada Anesah.

Ayah bekas suaminya, telah memberikan sejumlah modal untuk bapa Anesah membesarkan pesantren Huda. Selepas tamat era Huda pimpinan ayahnya, kini tiba zaman anak lelakinya untuk memimpin pusat pengajian itu. Rupa-rupanya, semua ini ada timbal balas yang tidak ikhlas. Selepas perceraian dengan Anesah dan perkahwinan Lek Khudori dengan Anesah, bekas suaminya sering menganggu pesantren Huda kerana menurutnya pesantren itu maseh berhutang dengannya.

Konflik seterusnya yang berlaku adalah buku-buku pemikiran yang dibawa masuk Anesah. Terjadi satu peristiwa yang buku-buku Anesah telah dilunggukkan dan dibakar kerana didakwa mengimport pemikiran iblis. Pembakaran ini tidak mematahkan Anesah. Dia terus membawa masuk secara sembunyi-sembunyi.

Ini sebenarnya adalah naskhah persepsi. Sesiapa sahaja boleh memberi atau mengarang persepsi. Seperti juga islamofobia, ianya hanya sebuah persepsi ngeri terhadap kejahatan atau sesuatu yang tidak begitu diketahui dengan jelas atau pasti. Seperti Geert Wilders yang membikin Fitna, itu juga persepsi yang penuh bias. Berkemungkinan besar, Abidah El-Khalieqy yang berjantina feminin itu pernah mengalami penderitaan yang sama serupa sepertimana Anesah lantas membuatnya untuk mengarang novel tersebut. Tetapi adakah satu kes, sudah cukup untuk menghukum kesemua kes? Meski begitu, karekter Lek sedikit sebanyak mengubah tanggapan buruk terhadap Islam.

Dan begitulah selayaknya. Perdebatan pemikiran harus terus berlangsung dengan kawalan yang terhad. Di akhirnya, Maktabah Al-Huda berjaya dibangunkan. Meski, berkemungkinan besar buku-buku jadid yang dibawa masuk Anesah mengusung pemikiran-pemikiran syubhat, ianya harus dijawab bukan dibiarkan.