Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Thursday, July 28, 2011

Universiti Ramadhan: Siyam vs Qiyam

Your Blog : http://arrazzialhafiz.blogspot.com


"Wahai orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang yang dahulu
daripada kamu supaya
kamu bertaqwa."

[Al-Baqarah 2:183]


"Sekejapnya rasa dah nak Ramadhan dah!", Izad tiba-tiba bersuara. Sahabat serumah saya itu meluah rasa derasnya waktu mengalir. Selalu sangat kita leka dan alpa.

"Rindu betul bulan Ramadhan. Rasa aman, tenang je", saya membalas kata.

Saya pasti ramai dari kita sangat merindui dan mencintai Ramadhan. Bulan penuh barakah dan rahmat dari Yang Maha Pencipta. Manusia waras mana yang tidak sukakan kebaikan di dalamnya. Manusia waras mana yang tidak sukakan kemanisannya.

Universiti Ramadhan Al-Mubarak. Ya, saya menggelarnya begitu. Semua orang memasuki universiti ini namun tak semua bergraduasi dengan keputusan yang cemerlang. Ramai yang pointernya sekadar cukup-cukup makan sahaja. Paling lekeh 2.0 dalam tangan. Tapi yang tak dapat 2.0 pun ramai juga.

Sangat sedikit 4.0. Bukan sebab mustahil tapi musykil pada usaha. Tapi kalaupun tak dapat Anugerah Rektor (pointer 4.0), masuk senarai Anugerah Dekan pun sangat bersyukur. Alhamdulillah.

60 saat x 60 minit x 24 jam x 7 hari x 4 minggu = 1 bulan.

Inilah jumlah masa yang diterima oleh semua orang. Tak kira tua muda, kanak-kanak dewasa, lelaki atau perempuan. Kata orang putih, fair and square. Memang tak lebih, tak kurang.

Tapi AWAS! Natijahnya sangat berbeza walaupun bermodalkan waktu yang sama.

"Bulan Ramadhan kita lebih sibukkan qiyam daripada siyam. Betul tapi tak tepat", ulas Ustaz Zul Ramli Razali.

"Macam mana pulak tu, ustaz", saya membalas. Kata-katanya membuatkan saya mengerut dahi. Rasa tahu saya menagih jawapan segera.

"Roh Ramadhan ialah berpuasa (siyam), menahan diri. Tahan dari buat tu, tahan dari buat ni. Tahan diri jangan sampai terbatal, jangan buat dosa. Itulah dianya. Tak begitu?".

"Tapi orang sibuk dengan qiyam (imarah) Ramadhan. Sibuk bertadarus. Nak imarahkan masjid, rai anak yatim, sedekah sana sini. "

"Salah ke, ustaz?", Imran mencelas bersekali terkejut. Mungkin lain benar dari pemahamannya selama ini.

"Salah tu tidaklah. Tapi sudah terbalik. Pertama, siyam. Kedua, qiyam. Tapi yang kedua tu lah yang lebih disibukkan sampai yang pertama terjaga pun tidak. Itu yang jadi berpuasa aurat dedah semacam je. Mata tak payah ceritalah. Mulut pun 2x5 je. Mana yang kata menahan dirinya (siyam)?"

Kami mengangguk-angguk. Faham mula bertamu di lubuk akal.

"Kalau kita penuhi tertib berpuasa. Jaga makan minum. Pandangan pun elok. Syaratnya betul, rukunnya betul. InsyaAllah puasa kita puasa hakiki. Qiyam itu hanyalah bonus. Siapa yang buat untung. Yang tinggal, rugi", simpul Ustaz Zul.

Semoga kita sama-sama bergraduasi dengan mendapat skrol ketaqwaan dari Universiti Ramadhan Al-Mubarak itu nanti.

Wednesday, July 27, 2011

Halal Haram: Bila Pemikiran Celaru

Your Blog : http://arrazzialhafiz.blogspot.com


"Kita cari tempat lainlah. Tak lalu ana nak makan kat kawasan sini!. Macam mana orang boleh berselera makan ana tak tau lah" sungut sahabat saya ketika kami mundar-mandir ke sana ke sini mencari warung makan.

"Islam, Islam dah. Tapi kotornya, masyaAllah!" balas saya yang perut pun sudah berkeroncong.

Situasi seperti ini amat menyecewakan. Malu pun ia juga.

Saya perhatikan, sebahagian besar umat Islam hanya memahami makanan halal ialah makanan yang bersumberkan binatang halal yang disembelih dan tidak ada lemak babi. Cukup sekadar itu sahaja. Maka tak peliklah bila ada yang mencuri ayam atau lembu tapi tahu pula nak disembelih. Padahal apa bezanya sembelih atau tidak. Yang haram tetap haram. Pemahaman yang sangat celaru.

Kita juga dapat melihat akibat kecelaruan ini, ada orang Islam menjual makanan yang halal sedang premis perniagaannya kotor. Pinggan mangkuk, dapur, tempat mencuci, stor dan yang lainnya tidak bersih dan menjijikkan. Peniaga di warung-warung makan abai kebersihan diri. Kalau bersihpun ambil mudah, nak harap kemas apatah lagi. Keadaan sebegini memang tidak selari dengan Islam dan tersasar dari konsep Halalan Thayyiban. Sepatutnya tiang yang lurus, bayangnyapun pasti lurus.

"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah: 168)

Makanan dari sumber yang halal, bersih lagi selamat untuk dimakan barulah dinamakan Halalan Thayyiban. Islam mengambil kira semua aspek dalam pembuatan atau pemprosesan makanan. Lebih dari itu, Islam bukan sekadar memelihara sumber dan penyediaan. Bahkan Islam turut mengambil kira akibat selepas itu.

Agak biasa media massa melaporkan orang ramai dan pelajar sekolah yang memakan makanan yang halal di restoran dan kantin sekolah mengalami keracunan makanan.

Bagaimana mungkin konsep Halalan Thayyiban yang dibawa oleh Islam boleh memudaratkan? Pelik bukan?

Tapi inilah yang berlaku apabila konsep ini tidak difahami dengan baik oleh umat Islam itu sendiri. Halal mesti diikuti dengan thayyiban (baik, elok) dan ia sentiasa begitu.

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani “. (Al-Baqarah: 172-173)

Firman tersebut jelas menuntut agar memastikan makanan dan minuman kita sumbernya mestilah halal.

Mencari yang halal adalah satu bentuk ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya. Ini bukan soal kenyang atau lapar. Ini merupakan persediaan berubudiyyah kepada Allah swt.

Rasulullah saw bersabda:

"Wahai Kaab bin ‘Ujrah Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga jika terdapat daging yang tumbuh di dalam tubuh badannya daripada sumber yang haram." (Riwayat Al-Darimi)

Lihatlah betapa Islam memandang serius aspek pemakanan halal sehingga turut menjadi penentu ke syurga atu neraka. Semoga kita lebih berhati-hati dalam apa juga yang kita makan dan minum agar aturan yang telah digariskan oleh Islam tidak dilanggar begitu sahaja.

Saya risau sebenarnya dengan gaya pemakanan kita masa kini. Dek kerana mahu memenuhi nafsu tekak dan perut, semua ditelan bersih. Berapa ramai hari ini yang lebih suka makan di restoran-restoran makanan ringan terkemuka walaupun kita sudah dibentangkan dengan kes-kes kesihatan. Obesiti dan darah tinggi. Sedikit sahaja lagi kencing manis masuk senarai terbaru penyakit yang hinggap generasi muda. Nampak gayanya makanan hari ini sudah menjadi seperti bom. Tunggu masa saja untuk meledak

Penyelesaiaannya mudah, ayuh kembali kepada konsep Halalan Thayyiban anjuran Islam.

Monday, July 25, 2011

Mengapa Tetamu ini Tidak Dihormati???

Pernahkah anda dikunjungi oleh tetamu? Apakah yang anda lakukan kepada tetamu tersebut? Bayangkan jika anda mengetahui bahawa tetamu yang mengunjugi anda adalah seorang yang sangat berlawanan pemikirannya dengan anda. Apakah anda akan menghalau tetamu tersebut semata-mata kerana pemikirannya tidak sehaluan dengan anda? Rasanya, adalah terlalu aib bagi seorang yang dukunjungi tetamu untuk menghalaunya. Tidak ada mana-mana masyarakat yang mengakui tindakan serupa ini.

Apa yang pasti anda lakukan ialah cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan tetamu yang berkunjung. Berbincang dengannya melalui topik-topik yang dipersetujui, dan kalaupun ada perbezaan sudah tentu anda akan menunjukkan tanda setuju atau paling kurang mendiamkan diri.

Walaupun anda tidak begitu meminati tetamu tersebut, paling kurang segelas teh dikeluarkan untuknya bagi menghiasi peremuan yang mungkin bagi anda sangat merimaskan. Itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah bukti 'penghormatan' atau dalam perkataan lain ialah 'adab'.

Tiada bangsa di dunia ini yang menerima perbuatan yang bertentangan dengan adab. Lihatlah situasi anda dengan tetamu tadi, biarpun berlainan, kekangan adab dan tatasusila mendorong anda untuk sabar dan berbuat sesuatu untuk tetamu yang tidak dikehendaki itu.

Bayangkan pula jika tetamu yang mengunjungi anda ialah seorang alim yang sangat dihormati. Apakah yang anda lakukan kepadanya? Sudah tentu cahaya kegembiraan akan menerpa dari wajah anda, dan kata-kata aluan akan didendangkan untuk tetamu terhomat itu.

Segelas teh panas rasanya tidak cukup untuk menggambarkan kegembiraan anda terhadap kedatangan tetamu ini. Sudah tentu sedaya upaya anda cuba mendapatkan sesuatu makanan tambahan biarpun terpaksa mendapatkannya dari kedai berdekatan.

Tergamakkah anda menghidangkan kepada tetamu alim ini dengan segelas arak?? Keluar didepannya dengan pakaian tidak senonoh beserta alunan muzik rok yang memcahkan gegendang telinga??

Tanyalah siapa sahaja ahli masyarakat tidak kira orang baik-baik atau geng samseng yang tidak kenal agama, dengan sepontan mereka akan mengatakan tidak. Desakan 'adab' tidak membenarkan mereka mengakui perbuatan seperti itu. Biarpun mereka tidak sangat 'beragama' tapi mereka tidak mampu merobos sempadan adab bila berkaitan dengan tetamu yang datang bertandan. Biarpun bagaimana rendah sekalipun pendidikan agama mereka, tetap tidak menghalalkan mereka untuk tidak menghormati.

Tahukah anda siapakah orang alim yang bertandan sebagai tetamu itu?? Itulah ramadan. Ia datang berkunjung sebagai tetamu buat seketika.

Tahukah anda siapakah tuan rumah yang menyambut tetamu alim dengan segelas arak? Itulah dia siaran TV di negara kita!!

Kedatangan ramadan sepatutnya disambut dengan penuh hormat, walaupun dengan sekadar 'hormat' bagi mereka yang tidak kuat pegangan agamanya. Batas-batas adab susila menuntut kia berbuat demikian, biarpun apakah tahap pegangan agama yang dimiliki.

Apa yang kurang difahami ialah mengapa stesyen-stesyen TV di Malaysia tidka mengakui norma kehidupan dan batasan adab ini. Sebaik sahaja ramadan tiba, maka banyaklah siaran hiburan yang ditayangkan dan masyarakat diajak untuk melihat artis-artis yang langsung tidak mengendahkan sialim yang sedang duduk bertimpuh itu.

Mengapa pula wanita-wanita seksi tidak segan untuk terus duduk terkangkang di depan alim yang sedang menundukkan pandangannya?? Begitulah kotornya ramadan dalam masyarakat kita dan begitulah hinanya layanan kita terhadap kunjungan ramadan, begitu tercalar perasaannya dengan layanan tidak beradab yang diberikan. Apakah yang akan diriwayatkan jika inilah masyarakat kita yang disangkakan ketimuran???

Pandangan anda dihargai

Your Blog :http://wacanailmuan.blogspot.com

Tuesday, July 19, 2011

Patah tumbuh hilang berganti.

Your Blog : Benzcinta-islam.blogspot.com
"Mereka menyertai Ideal, Tuan."
Ali Jinnah mengangguk perlahan-lahan sebelum meneguk lagi kopi.
"Tuan macam tak kisah sahaja?" John Abdullah meletakkan punggung atas kusyen kusam.
Ali Jinnah senyum. "Politik, beginilah. Ideal pun ok apa?"
Tidak ada riak kecewa pada air muka Ali Jinnah.
"Ideal ni, sebenarnya nak perjuangkan apa Tuan?" Raut wajah John Abdullah kian serius. Beberapa pemuda dan pemudi yang menyertai Ideal adalah akrabnya semenjak di alam kampus. Kesemua mereka sama-sama bergiat aktif dalam FI peringkat kampus.
"Idea. FI tak cukup bagus untuk menampung mereka, barangkali. Ini yang kontangnya FI."
"Hm." John Abdullah menggumam sendirian.
Ali Jinnah menatap luar dari jendela kacanya. Ini bangunan yang dibangunkan oleh kontraktor FI sendiri, iaitu Erbakan. Hasil simpanan simpatisan dan semua penyokong FI beberapa tahun ini.

"Tuan ada dapat mesej dari Tuan Erbakan?" Tanya John Abdullah bila lihat Ali Jinnah senyap agak lama.
"Dapat. Dr. Lukluk sudah meninggal tadi."
"Hm. Tuan nak pergi ziarah diakah? Bukan dia dari pasukan Erdogan?" John Abdullah terpaksa bangun sama bila Ali Jinnah bangun.
"Dia Islam, sahabat kita juga."
John Abdullah menundukkan kepala bila Ali Jinnah lalu depannya.
"Eh, yang kamu duduk dalam pejabat lagi nak buat apa?" Ali Jinnah bertanya di balik pintu.
"Tuan ajak saya sekalikah?"
"Cepatlah. Jenazahnya akan dikebumikan tak lama lagi." Ali Jinnah melangkah ke tangga yang tidak berapa jauh dari situ.
"Kena sediakan kumpulan pelapis segera. FIKIR atau FIKRI yang kamu bangunkan beberapa bulan lepas? Ah, apa makna dari akronimnya?"
Mereka sudah masuk ke dalam perut kereta lama Ali Jinnah. Beberapa petugas keselamatan Bangunan Agung FI melambai tangan kepada mereka berdua.
"Front Rekrut & Kaderisasi Intelektual, FIKIR." John Abdullah menekan minyak sebelum mereka pergi jauh.
"Apa cerita FIKIR sekarang?"
"Sudah ada lapan orang anggota tetap termasuk saya." Jawab John Abdullah.
Ali Jinnah tersenyum.
"Bagus, bila saya boleh berjumpa dengan kelapan-lapan orang tersebut?"
John Abdullah berkalih pada tuannya di lampu isyarat merah.
"Untuk?"