Makluman
Adakah Kita Begini?
Tuesday, July 19, 2011
Patah tumbuh hilang berganti.
Your Blog : Benzcinta-islam.blogspot.com
"Mereka menyertai Ideal, Tuan."
Ali Jinnah mengangguk perlahan-lahan sebelum meneguk lagi kopi.
"Tuan macam tak kisah sahaja?" John Abdullah meletakkan punggung atas kusyen kusam.
Ali Jinnah senyum. "Politik, beginilah. Ideal pun ok apa?"
Tidak ada riak kecewa pada air muka Ali Jinnah.
"Ideal ni, sebenarnya nak perjuangkan apa Tuan?" Raut wajah John Abdullah kian serius. Beberapa pemuda dan pemudi yang menyertai Ideal adalah akrabnya semenjak di alam kampus. Kesemua mereka sama-sama bergiat aktif dalam FI peringkat kampus.
"Idea. FI tak cukup bagus untuk menampung mereka, barangkali. Ini yang kontangnya FI."
"Hm." John Abdullah menggumam sendirian.
Ali Jinnah menatap luar dari jendela kacanya. Ini bangunan yang dibangunkan oleh kontraktor FI sendiri, iaitu Erbakan. Hasil simpanan simpatisan dan semua penyokong FI beberapa tahun ini.
"Tuan ada dapat mesej dari Tuan Erbakan?" Tanya John Abdullah bila lihat Ali Jinnah senyap agak lama.
"Dapat. Dr. Lukluk sudah meninggal tadi."
"Hm. Tuan nak pergi ziarah diakah? Bukan dia dari pasukan Erdogan?" John Abdullah terpaksa bangun sama bila Ali Jinnah bangun.
"Dia Islam, sahabat kita juga."
John Abdullah menundukkan kepala bila Ali Jinnah lalu depannya.
"Eh, yang kamu duduk dalam pejabat lagi nak buat apa?" Ali Jinnah bertanya di balik pintu.
"Tuan ajak saya sekalikah?"
"Cepatlah. Jenazahnya akan dikebumikan tak lama lagi." Ali Jinnah melangkah ke tangga yang tidak berapa jauh dari situ.
"Kena sediakan kumpulan pelapis segera. FIKIR atau FIKRI yang kamu bangunkan beberapa bulan lepas? Ah, apa makna dari akronimnya?"
Mereka sudah masuk ke dalam perut kereta lama Ali Jinnah. Beberapa petugas keselamatan Bangunan Agung FI melambai tangan kepada mereka berdua.
"Front Rekrut & Kaderisasi Intelektual, FIKIR." John Abdullah menekan minyak sebelum mereka pergi jauh.
"Apa cerita FIKIR sekarang?"
"Sudah ada lapan orang anggota tetap termasuk saya." Jawab John Abdullah.
Ali Jinnah tersenyum.
"Bagus, bila saya boleh berjumpa dengan kelapan-lapan orang tersebut?"
John Abdullah berkalih pada tuannya di lampu isyarat merah.
"Untuk?"
No Response to "Patah tumbuh hilang berganti."
Leave A Reply