Makluman
Adakah Kita Begini?
Friday, August 19, 2011
Kebenaran, tidak takut untuk diperdebatkan.
Posted on 8:09 AM by Unknown
Your Blog : Benzcinta-Islam.blogspot.com
"Ini discafe yang pertama Iqbal, jangan kau komen lebih lebih pula." Taqi pesan awal-awal. Takut Iqbal kenakan keluarga Shi'ah di UIS ini teruk-teruk. Hari ini, diskusi tentang setiap hari adalah Ashura dan setiap tanah adalah Karbala.
"Tajuk ini sebenarnya sudah berat." Kata Tuan Murthada. Dia ayah angkat kepada Husin dan Hasan di sini. Taqi yang jadi moderator hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kepada bilangan audien yang datang. Armirul pun ada sama.
Sejarah Husin dari ayahandanya kaw termasuk perkhabaran dari datuknya saw bahawa dia adalah pemuda sorga dikhabarkan Tuan Murthada. Iqbal sedikit buka mata manakala yang lain-lain siswa Shi'ah lebih teruja. Armirul kelihatan biasa sahaja.
"Inilah perjuangan orang tertindas." Kata Tuan Murtadha menghabiskan percakapannya.
"Menurut tuan, ASWJ ini memang regim penindas?" Iqbal memulakan provokasi. Taqi sedikit beristighfar.
Tuan Murtadha hanya tersenyum lembut. "Sejarah Iqbal, meski ditulis oleh orang yang menang tetapi orang-orang kemudian tetap akan menyelidikinya sama ada ia benar-benar sejarah atau bukan."
Tuan Murtadha kelihatan tenang. Iqbal pula yang sedikit gelabah bila Tuan Murtadha itu tahu namanya. Husin hanya senyum melihat Iqbal.
"Tapi saya tidak pula suruh kamu menyertai Shi'ah. Kita semua harus bebas berkeyakinan, dan sedia berdebat tentang apa yang kita percaya."
"Husin macam mahu bersuara...," Kata Taqi memandang Husin.
"Mungkin berbeza sedikit, tetapi bukan taqiyyahkah tuan? Mengapa harus sedia berdebat pula?" Husin yang berdiri mempersoalkan. Beberapa siswi Shi'ah dan Sunnah yang lain kelihatan tertarik dengan persoalan yang dikemukakan.
"Ya, taqiyyah itu satu perkara dan kebenaran itu pula satu perkara. Tetapi ketahuilah satu perkara lagi, kebenaran itu adalah sesuatu yang tidak takut untuk diperdebatkan."
Sesi discafe yang pertama itu tamat dalam keadaan yang agak selesa.
InsyaAllah bulan depan kita akan bincang tentang menuju Malaysia Baru yang lebih demokratik, kata Taqi menutup wacana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Kebenaran, tidak takut untuk diperdebatkan."
Leave A Reply