Makluman
Adakah Kita Begini?
Thursday, September 8, 2011
Konstituisi.
Posted on 6:02 PM by Unknown
Your Blog : Benzcinta-Islam.blogspot.com
"Dari Konstituisi?" Tanya urusetia.
"Ya. Konstituisi. Ada apa-apa masalah?" Tanya lelaki berkening tebal itu. Dia peserta terakhir yang beratur untuk masuk ke seminar.
"Tak, tak. Tak ada apa-apa masalah." Urusetia perempuan itu mengambil beberapa helai kertas kerja para pembentang sebelum menghulurkan kepada peserta di hadapannya.
"Seminar sudah bermulakah?" Tanya lelaki di depannya.
"Belum lagi. Sekarang sarapan dahulu. Tuan sudah makan?"
"Sudah. Puan ini, isteri Ali Jinnah?" Tanya lelaki itu lagi.
Ek. Agak tergamam urusetia itu. Sangkanya isteri setiausaha agung FI bukanlah pop sangat.
"Ya, kenapa?" Tanya isteri Ali Jinnah naif.
"Banyak juga tulisan dari puan saya baca dalam majalah Muslimat. Boleh kita berbual?" Lelaki berkening tebal itu tanpa disuruh duduk meletakkan fail yang diberikan di sebelah kerusi di punggungnya.
"Khabar yang saya dengar, Muslimat itu juga cetusan puan?"
"Er..Mana tuan..er..,"
"Oh maaf, nama saya Tareq." Tareq perkenalkan diri. Beberapa peserta berumur yang selesai sarapan berpapasan dengan mereka.
"Dr. Tareq?" Teka isteri Ali Jinnah.
"Oh belum, baru tahun ini saya sedang pulun untuk PHD. Suami puan apa khabar?" Tanya Tareq lagi. Dia tak kelihatan canggung dengan pandang mata peserta-peserta yang berserban dan berjanggung lebat pada kedua mereka. Sementara isteri Ali Jinnah sudah rusuh hati.
"Oh, mana tuan tahu tentang Muslimat? Saya sekadar suka menulis. Tercetus tentang perlunya ada majalah untuk Muslimat. Suami saya sihat sahaja."
"Adalah sumber dari Konstituisi sendiri. Kalau saya mahu minta ada ruang untuk Konstitusi bercakap isu muslimat dalam Muslimat bolehkah?" Pinta Tareq berhati-hati. Seorang demo seorang peserta mula memasuki pintu dewan.
"Er. Agak tergesa-gesa Tuan Tareq, dan agak tak berapa formal. Susah macam ini." Isteri Ali Jinnah sedaya upaya berdiplomasi.
"Baik saya faham. Kita perlukan masa bukan? OK, saya tinggalkan puan emel Konstituisi. Agak formal kan? Boleh?" Tareq menarik punggung dari kerusi. Beberapa jurukamera yang mengenalnya, tidak melepaskan kesempatan untuk mengambil kandid.
"Baiklah." Isteri Ali Jinnah juga bangun dari kerusi dengan muka yang mula merah dan resah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Konstituisi."
Leave A Reply