Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Monday, June 15, 2009

Malam Ukhuwwah Perdana Al-Azhar Members KUIS (ALAM)

Posted on 3:50 AM by Ibnu Bangsawan

Tambah Gambar

Alhamdulillah, segala jenis puji hanyalah untuk Tuhan yang Maha Esan dan Kuasa, sudah tentulah kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat Baginda.

Esok bersamaan Hari Isnin, 15/06/2009 bertempat di Auditorium Pentadbiran pada pukul 9.00 malam akan diadakan Malam Ukhuwwah perdana ALAM, yang membawa tema "Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah". Antara objektif utama program ini ialah menghimpunkan seluruh pimpinan Mahasiswa KUIS dan Mahasiswa untuk bersama-sama menyemai dan menanam kesatuan fikrah untuk melakukan anjakan paradigma dalam cara berfikir dan keberanian bersuara dan seterusnya mewujudkan kesatuan amal dalam gerka kerja memperjuangkan hak dan kebajikan kita. Selain itu adalah untuk membangkitkan Mahaisiswa agar tidak menjadi Mahasewel. Tajdid yang cantik dan baik, pihak penganjur program telah mengedarkan surat jemputan kepada seluruh persatuan mahasiswa KUIS termasuklah MPM sendiri. Harapan UA agar mereka semua menerima jemputan tersebut dan dapat menghadirkan diri.

ALAM melangkah setapak lagi dengan penganjuran program tersebut. ALAM selaku peneraju Dakwah kampus sudah tentu berhadapan dengan pelbagai bentuk karenah sama ada dari pimpinan mahasiswa, warga KUIS mahupun pengurusan KUIS. Begitu juga dengan penerimaan warga KUIS terhadapa ALAM. Ada yang berpandangan ALAM adalah persatuan yang ekstrem, persatuan yang poyo, persatuan yang menekankan politik, persatuan yang asobiyah dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga wujudnya pandangan yang sebaliknya. Apapun warga KUIS berhak untuk menilai tentang ALAM. Cuma UA memohon lakukan kajian terlebih dahulu, kita adalah Mahasiswa, yang sering dikaitkan dengan penyelidikan sebelum membuat sesuatu keputusan. Janganlah kita mudah mneghukum tanpa ada kajian terlebih dahulu sebaliknya mendengar dari mulut si fulan @ si fulanah lalu menjadi Pak Sanggup bahkan menjadi Pak Turut untuk turut menghukum dengan ikut sedap mulut sahaja.

Sebaik-baik perkara adalah bersederhana, ALAM mengaplikasi pendekatan dan hal ini dalam gerak kerjanya. Islam (syariah Islamiah) menjadi dasar utama perlembagaan ALAM, ALAM mengajak kepada Masjid bukan Disko apatah lagi Kompleks membeli belah. Setiap program ALAM dengan kerjasama padu masjid Al-Azhar semuanya diJAMIN halal dan baik, mana tidak program Halaqah Mathurat, Usrah 2 kali seminggu, Iftar Jamaie' 2 kali seminggu juga, Karnival Jom Ke Masjid, gotong royong Masjid, Jejak Ashabul Khafi dan banyak lagi. Pendek kata umrah ALAM mengajak kepada RUMAH ALLAH S.W.T.

Seperkara lagi, yang sedihnya apabila ada mahasiswa KUIS khasnya dan Malaysia amnya, yang menolak politik daripada kehidupan. Politik kotor adalah propaganda musuh Islam yang bertujuan agar umat Islam memisahkan politik daripada kehidupan, agar umat Islam membenci politik dan mengenepikan politik daripada kehidupan. Nabi kita berpolitik, dan dalam konteks Mahasiswa kita perlu mahir dan tahu serta faham "POLITIK KAMPUS". Ingat, bahawa kita berprogram, mesyuarat, bermuamalah dan sebagainya semuanya itu adalah diantara politik. Ini adalah pandangan UA berhubung hal yang sepatutnya kita dah fahami dan tidak perlu persoalkan lagi.

Sebagai Mahasiswa kita berhak membicarakan tentang Ekonomi, Sosial, Perundangan, Hiburan, Budaya dan begitu jugalah siasah. Gerak kerja ALAM meliputi kesemua perkara yang tersebut diatas, iaitu ia merangkumi segenap aspek kehidupan. Lumrah dalam meneruskan kerja Nabi, akan didepani oleh mehnah dan tribulasi yang terkadang semuanya itu adalah untuk menguji kekuatan iman, kekentalan jiwa dan kesabaran hati. ALAM menjadikan 'Bekerja Untuk Islam Kerana Allah' sebagai prinsip dalam bergerak kerja. Habuan, pujian, ganjaran berbentuk material, wang ringgit bukanlah Hadaf (Tujuan) apatah lagi populariti. ALAM sedar tugas Dakwah ini tidak disambut dengan paluan kompang, permaidani merah apatah lagi emas dan pangkat.


Visi ALAM adalah menjadikan Masjid Al-Azhar sebagai pusat aktiviti seluruh mahasiswa KUIS, dengan erti kata Masjid yang BESAR ditengah-tengah KUIS ini mampu menjadi HATI KUIS yang hidup, bukan mati. Menjadi tempat yang diminati, disukai dan sering dikunjungi oleh warga KUIS. Teringat isi ceramah Ustaz Syarul Azman baru-baru ini. Di bumi KUIS terdapat banyak peluang kejayaan dan juga kegagalan, terpulang untuk kita memilihnya.

Tugas dan tanggungjawab untuk memastikan Masjid Al-Azhar sebagai HATI KUIS yang Hidup adalah tanggungjawab semua pihak bukan sahaja AJK Masjid dan ALAM malahan semua pihak bermula daripada pihak pengurusan, Majlis Perwakilan Mahasiswa. Persatuan Mahasiswa Fakulti, Anak Negeri, Kelab dan lajnah serta warga KUIS secara keseluruhannya. Berapa peratus jumlah Mahasiswa KUIS yang menetap di Qoryah atau B.O.T solat berjemaah Masjid. Adakah fenomena ini ingin kita biarkan berterusan ???

Sehubungan itu, ALAM dengan kerjasama Masjid Al-Azhar sentiasa berganding bahu mencari jalan penyelesaian kepada situasi tersebut dan yang seumpama dengannya. Sekali lagi, adakah ini tanggungjawab ALAM dan Masjid sahaja ??? Pihak yang brwajib perlu lebih agresif, berani dan tegas dalam hal ini demi melihat KUIS membangun seiring dengan motton Pemangkin Tradisi Ilmu.

Salam Kasih Sayang dan Salam Perjuangan.

No Response to "Malam Ukhuwwah Perdana Al-Azhar Members KUIS (ALAM)"

Leave A Reply