Makluman
Adakah Kita Begini?
Wednesday, August 4, 2010
Al- 'Adalah; second round
Your Blog :pencinta-Islam.blogspot.com
"Saya cabar dia turun dari pentas utama. Dia tidak layak bicara soal al-'adalah."
Kesemua ahli Front Islam terkejut, kecoh dan riuh. Keadaan mula bersiponggang kacau. Rupanya keadaan yang diributkan taufan lewat Gog bukanlah rekaan halusinasi Gogers. Semua ini ada angin yang bertiup, dan ada pula api yang membakarnya. Hukum logik, manakan ada asap tanpa ada api!
Pengerusi mengambil tempat. Ali Jinnah kelihatan tenang. Tanpa tegang. Raut persis wajah Tareq Ramadan yang muncul buat pertama kali di Malaysia Baru tahun 2010 ini hanya tenang dan meliarkan pandangan melihat reaksi muka para ahli yang menghadirkan diri dalam Persidangan Agung FI. "Maaf, kenapa Tuan Ali Jinnah tidak dilayakkan oleh saudara untuk bincang hal al-'adalah?"
Tanya pengerusi dengan suaranya boleh tahan damai. Semua senyap dan memberi perhatian kepada lelaki usia awal 30 an yang mencabar di awal tadi.
Lelaki usia awal 30 an menarik nafas lega. Mungkin, disebabkan diberikan peluang bercakap teka Ali Jinnah.
"Minta maaf terlebih dahulu. Pertamanya, nama saya adalah Qayyum bin Ahmad Dzaini. Saya, berasal daripada negeri Hitler Jerman sana tetapi sudah lama bermastautin di Malaysia Baru serta telah lama menjadi warganegara Front Islam ini."
Semua hadirin dan hadirat peserta persidangan agung makin memberi perhatian. Ali Jinnah lebih lagi.
Dewan perhimpunan yang sejuk itu hanya kedengaran bunyi tarikan nafas Qayyum. Budak ini keturunan Hitlerkah yang menyebabkan dia berani sungguh membuat apa yang ahli FI selama ini tidak berani buat? Tanya pengerusi sendiri.
"Banyak, disentuh di dalam artikel demi artikel, seminar demi seminar, diskusi demi diskusi yang melibatkan Setiausaha Agung kita ini iaitu Tuan Ali Jinnah yang mengkritik demokrasi kita. Antaranya yang menarik untuk dikatakan pada malam ini adalah democracy is demoralisasi."
Bunyi orang bertepuk-tepuk memecahkan hening malam dalam dewan. Sebilangan ahli yang mendakwa mendabik dada sebagai kumpulan FI Reform kembali senyap tetapi maseh menjegilkan bola mata mereka apabila ramai ahli yang hadir menyumbingkan mata kepada mereka.
"Nampak gayanya, berdasarkan democracy is demoralisasi apa lagi kelayakan yang tinggal untuk Tuan Ali Jinnah kita untuk bicarakan masalah al-'adalah? Al-'adalah adalah justice. Atau dalam bahasa Malaysia Baru kita lebih selesa untuk disebutkan dengan keadilan. Tuan Ali Jinnah fahamkah dengan keadilan yang baharu sahaja dia ucapkan itu?"
Ali Jinnah hanya diam. Dan tenang. Ada khalayak yang memerhatikan hanya tersenyum senang. Ali Jinnah bukan sebarang orang muda. Dia akan memutuskan yang terbaik nanti. Qayyum hanyalah alat.
"Lagi, Ali Jinnah semenjak dilaporkan ada berjumpa dengan para pemuka Hurriyet selepas peristiwa demonstrasi besar-besaran menuntut syariat dan Khilafah dilaksanakan beberapa bulan dahulu di ibu kota mula melabel gerakan seperti kami sebagai gerakan pendemokrasian Islam. Apakah label penghinaan itu? Kami sungguh merasa terhina..!"
Ada nada emosi. Begitu Ali Jinnah menyimpulkan. Ali Jinnah mencongak-congak berapakah ahli yang kelihatan emosional dengan kata-kata Qayyum yang bertubuh leper itu.
"FI Reform tidak banyak sangat..," bisik seorang tetamu gerakan Islam dari rantau seberang yang tidak dikenali hadirin dan hadirat kepada Ali Jinnah. Ali Jinnah hanya senyum dan mengisyaratkan diberi perhatian kepada Qayyum.
"Hurriyet, adalah sebuah lagi ciptaan gerombolan kerajaan untuk menafikan kewujudan kita yang sudah bergerak semenjak sekian lama. Mereka mahu tegak khilafah syariat apa kalau tidak bergerak seperti kita?" Qayyum bercakap lagi setelah mengambil nafas.
"Soalnya, mengapa masa kita semakin mengungguli carta number satu dalam catatan persada politik negara kita ada puak-puak pencacai seperti kita?" Kata Qayyum lagi.
Ali Jinnah mengorak senyum. Sungguh benar dia anak muda yang diperalatkan. Dan dia tidak pandai langsung berpolitik mencari sokongan.
No Response to "Al- 'Adalah; second round"
Leave A Reply