Makluman
Adakah Kita Begini?
Monday, August 30, 2010
Merdeka dan hikayat dongeng 1 Malaysia.
Posted on 12:54 PM by Unknown
Jika, raya mengambil masa selama sebulan untuk dirayakan dan jika, Ramadan juga diiringi dengan puasa wajib selama sebulan maka molek sangatlah kiranya merdeka disambut secara sebulan juga mengenangkan pembebasan negara kita dari kuasa imperial the sun is never sunset. Inilah intro artikel pendek ini.
Maka, menjajalah ke seluruh rantau ceruk pelusuk muka bumi mamanda Jeneral Naguib coup de tat Altantuya Razak Baginda Monggolia mengkhabarkan ke seluruh manusia sama ada di benua bernama 1 Malaysia secara khususnya atau 1 dunia glokal amnya tentang cita-cita dan citra wajah negara utopia yang dimimpi-mimpikannya selama ini.
Jeneral Naguib coup de tat Altantuya Razak Baginda Monggolia patut tidak melupakan peranan-peranan yang dimakinkan para aktor penting pra kemerdekaan 57. Mungkinlah angka-angka pahlawan kemerdekaan yang tulus mulus suci murni dalam memperjuangkan kemerdekaan sebenar ini tidaklah sampai mencecah 57 orang tetapi sekurang-kurangnya Jeneral Naguib coup de tat Altantuya Razak Baginda Monggolia tidaklah sampai sanggup dan berani mengotori bendera 1 Malaysia yang baharu sahaja dilukisnya dan real indipenden histori yang telah dikambus hidup-hidup suatu masa dahulu, tanahnya sudah mula menguraikan maiyang untuk diketahui oleh jelata generasi baharu Malaysia Baru.
Jika, Jeneral Naguib coup de tat Altantuya Razak Baginda Monggolia tidak tahu menahu tentang hal penting sebegini maka jika terbaca makalah ini sambil mengunyah kacang pistachio panas dan bermain-main dengan Rosmah di atas tilam, Jeneral Naguib coup de tat Altantuya Razak Baginda Monggolia boleh sahaja melayan sebuah cerita yang bukan cerita blue tetapi sebuah cerita atau filem indie yang dikarang dan digarap secara bebas tanpa tajaan Razak Mohidin dan David Teo apatah lagi Farid Kamil oleh pengarah muda yang mungkin belum menikah lagi tetapi berbakat besar iaitu As-Syeikh Fahmi Reza berjudul, "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka."
Sebenarnya, ketika artikel ini ditulis Nik Aziz sedang bergocoh besar dengan Karpal Singh dan Encik Lim Kit Siang serta dalam pada masa yang sama Faris belum menjadi sultan.
Secara jujur, Pakatan Rakyat lebih layak menjuarai moto 1 Malaysia yang digagaskan secara terus terang oleh DSAI melalui misi 16 September yang lebih terang dan jelas dalam memerdekakan dan mencantumkan rupa struktur muka bumi Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tetapi malangnya Pakatan Rakyat sering terkacau oleh ideologi dan prinsip. Untuk, merobohkan UMNO-BN yang terorganisasi tanpa sebarang prinsip jelas maka tidaklah dapat tidak kesemua kaum tanpa mengira bangsa dan ugama ataupun isme yang berdiri dan bersetia kokoh dalam Pakatan Rakyat yang mencampurkan ugama dan adat resam serta semangat 1 Malaysia mengabaikan Islam ataupun sekularisme.
Pakatan Rakyat yang pada hari ini dikemudi oleh Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang janganlah hendaknya bercekcok cek cok lagi tentang perlaksanaan serta pemerintahan hukum sekular atau hukum Islam. Kerana, PR itu sendiri secara prinsipnya jika bukan Islam tentulah terang lagi bersuluh adalah sekular. Bukankah itu sudah cukup jelas bagi Dr. Dzulkely Ahmad dan rakan-rakan? Tinggal persoalan sekular sederhana atau radikal sahaja yang boleh diperdebatkan oleh 'alim 'ulama' dalam PAS termasuk As-Syeikh bekas Mufti Perlis yang diejek wahabi dan Sahibus samahah UMNO, al fadhil al-ustaz Fathul Bari anak bekas Mufti Perlis.
Dalam PR, hanyalah PAS sahaja yang ada kalau tidak banyak sedikit cita cita-cita yang dikongsi sama seluruh pergerakan kaum Muslimin lain di seluruh dunia iaitu mahu membumikan Islam di tanah air. Namun, apabila mereka masuk dan bersekutu dalam ahzab atau syarikatyang didaftarkan dengan nama Pakatan Rakyat, cita-cita itu makin terhakis dan terkikislah kerana menurut al-Imam Khalid Samad iaitu pemimpin kaum Muslimin Mazhab PAS cawangan Shah Alam bahawa PR telah menepati matlamat PAS selama ini.
Maka, jika benar mahu meruntuhkan UMNO-BN selepas kegagalan UMNO-BN mentadbir Malaysia Baru maka diulangi hendaklah mengabaikan prinsip-prinsip penting atau asas-asas penting yang dikiblati dan disembahi para sekularis dan kaum Muslimin.
Jadi inilah hikayat dongeng 1 Malaysia. Tercinta. Selamat menyambut dan merayakan hari raya kemerdekaan puasa ramadan dan 16 September 1 Malaysia tidak lama lagi..! Merdeka, merdeka, merdeka..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Merdeka dan hikayat dongeng 1 Malaysia."
Leave A Reply