Makluman
Adakah Kita Begini?
Sunday, October 24, 2010
Pluralisme dan Kekeliruan Agama
Posted on 2:19 AM by Orang Kampung
Your Blog :
Titik penting munculnya idea tentang pluralisme di dunia Islam pada era moden bertolak daripada daripada perdebatan tentang khalifah dan pelaksanaan sistem politik moden dalam dunia Islam. Ia menyaksikan kemunculan idea tentang demokrasi, sosialisme, sekularisme, liberalisme dan sebagainya. Beberapa peristiwa penting yang memainkan peranan besar kepada pertembungan dunia Islam dan idea-idea Barat ini ialah Revolusi Rakyat di Iran pada 1905-1911, Revolusi Golongan Muda (Young Turks) pada 1908 dan akhirnya Revolusi Kamal Ataturks pada tahun 1924 yang menghapuskan pemerintahan khalifah Osmaniah di Turki. Pada masa yang sama muncul gerakan pembaharuan di Mesir dan negara Arab untuk bebas daripada cengkaman kolonial Barat. Termasuk juga gerakan pembebasan yang berlaku di India, akhirnya menyaksikan pemisahan entiti Islam yang memunculkan negara Islam Pakistan. Tidak ketinggalan isu Palestin yang ketika itu mula dijajah oleh zionisme Yahudi. Pertembungan antara Dunia Islam dan Barat seperti mengulangi pertembungan yang pernah berlaku dalam era Perang Salib. Namun pada kali ini, dunia Islam berada di pihak yang tewas. Penjajahan kuasa kolonial moden Barat ke atas sebahagian besar dunia Islam telah membentuk dikotomi penjajah-dijajah, tuan-hamba, atau pusat-pinggiran yang meletakkan dunia Islam di bawah penguasaan kolonial Barat.
Idea-idea yang mencetuskan gerakan pembebasan dan pembaharuan dunia Islam muncul dengan hebatnya pada awal abad ke-20 sebagai aksi reaksioner terhadap penjajahan dan pengaruh kuasa Barat ini. Wujud dua bentuk aliran umum dalam aksi reaksioner ini. Pertama, muncul golongan pembaharuan Islam yang memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam membangunkan kekuatan dunia Islam, sekaligus berusaha membebaskan dunia Islam daripada kuasa Barat. Kedua, munculnya golongan dan pemikiran untuk mengambil dan menyesuaikan kerangka serta sistem pemikiran Barat bagi memajukan dunia Islam, seterusnya membangunkan dunia Islam yang progesif, moden dan maju. Kedua-dua golongan memulakan perdebatan tentang khalifah, kemudiannya berkembang kepada idea-idea pemikiran khususnya idea pemikiran moden.
Perbincangan tentang idea pembaharuan ini memunculkan nama-nama seperti Jamaludin Al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Muhammad Rashid Rida yang memperjuangkan nilai-nilai Islam sejagat dalam konteks pembentukan Pan-Islam. Sementara golongan kedua yang mengambil pemikiran Barat secara drastik dan menolak nilai-nilai Islam secara langsung atau tidak langsung telah melahirkan nama-nama seperti Mustafa Kamal Ataturk, Ali Abd Raziq, Fathi Osman dan sebagainya. Mustafa Kamal telah melancarkan revolusi sekular di Turki sekaligus menghapuskan pemerintahan khalifah yang terakhir di dunia Islam iaitu khalifah Osmaniyyah. Sementara Ali Abd Raziq membawa pemikiran liberal-demokratik Barat ke dalam dunia intelektual Islam yang turut mengecam pemerintahan khalifah Islam.
Pemikiran pembaharuan Islam yang memperjuangkan pembentukan wilayah Islam yang menyeluruh baik dari segi politik, ekonomi, budaya, masyarakat dan intelektual mencipta gelombang besar di tangan tokoh-tokoh intelektual dan pertubuhan Islam seperti Muhammad Iqbal (1877-1937), Hassan al-Banna (1907-1949), Abu al-Ala Mawdudi (1903-1979), dan Sayyid Qutb (1906-1966). Tokoh-tokoh ini menentang keras pembaharuan liberal dan politik demokrasi Barat ke dalam dunia Islam. Rashid Rida menegaskan bahawa masyarakat Islam tidak akan muncul sehinggalah sistem pemerintahan khalifah ditegakkan, sekaligus merupakan kecaman terhadap pemerintah sekular Ataturk di Turki. Pandangan Rida itu dikongsi oleh pengasas Pertubuhan Ikhwan Muslimin, Hassan al-Banna yang menggerakkan pertubuhan persaudaraan Islam yang keras menentang segala bentuk pemikiran dan sistem politik Barat. Hassan al-Banna menegaskan bahawa pelaksanaan syariah Islam adalah jalan keluar daripada kemunduran dan kegelapan umat Islam. Pandangan al-Banna ini juga merupakan pandangan balas terhadap idea-idea liberal-sekular yang dikemukakan oleh Ali Abd Raziq.
Namun pandangan keras terhadap pembentukan wilayah politik dan intelektual Islam ini dikemukakan oleh Maududi yang menegaskan bahawa prinsip dan nilai Islam, bukan lain sebagai satu-satunya kebenaran yang harus dituju oleh umat Islam. Beliau menyebut tentang teokrasi iaitu demokrasi yang dipimpin oleh syariah Islam. Dalam hal ini Maududi menyatakan bahawa masyarakat (atau demos dalam bahasa Yunani) dalam wilayah politik Islam harus wujud sebagai masyarakat Islam keseluruhannya, yang melaksanakan syariah Islam dalam segenap aspek kehidupan. Pandangan Maududi ini sejajar dengan pemikiran Sayyid Qutb yang bukan sahaja menolak demokrasi-liberal Barat bahkan mengecam masyarakat moden berpandukan nilai moden sebagai masyarakat jahiliyyah baru.
Pemikiran yang bertentangan dalam ertikata menyeru kepada pembaharuan yang mengangkat nilai-nilai modeniti Barat seperti demokrasi, liberalisme dan pluralisme yang bangkit pada pertengahan abad ke-19 mula lahir dalam bentuk-bentuk yang lebih konstruktif. Fathi Osman muncul sebagai suara liberal yang menyeru kepada pluralisme dan hak asasi manusia, khususnya hak golongan wanita dan minoriri bukan Islam. Walaupun dari satu segi terlihat pandangan Fathi Osman sebagai suara murni mencari keadilan bagi golongan yang kononnya tertindas, tetapi pada hakikatnya beliau memandu umat Islam ke arah nilai-nilai liberalisme Barat. Sedangkan dalam Islam hak golongan wanita, minoriti bukan Islam dan hak asasi manusia telah ditegaskan dengan jelas, bahkan dilaksanakan dalam syariah Islam yang memberikan keadilan kepada manusia berasaskan prinsip Islam. Dalam prinsip Islam, hukum datangnya daripada al-Quran dan hadis, serta qias para ulama. Maka itu keadilan dalam prinsip Islam meletakkan kewajiban agama lebih utama daripada kepentingan diri. Ini menjelaskan rujukan utama kepada nilai masyarakat yang mengatasi nilai individu. Hal ini berbeza dengan prinsip liberal Barat yang meletakkan hak invidu sebagai puncak kepada keadilan sosial.
Period ini menyaksikan lahirnya konsep tentang pluralisme yang berasaskan nilai dan pemahaman Barat. Pluralisme menekankan prinsip hak asasi manusia yang berasaskan individu sebagai puncak kepada hukum keadilan. Ia bermula dengan penegasan hak sama rata manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam pada itu, ia menyerapkan prinsip liberalisme Barat yang menegaskan kebebasan individu dan penolakan bahawa kebenaran hanya ditentukan secara mutlak oleh agama. Sebaliknya kebenaran bukan sesuatu yang eksklusif (lingkungan nilai dan prinsip agama) tetapi adalah sesuatu yang terbuka dan boleh sahaja diterima dari pelbagai sumber termasuk daripada nilai dan prinsip pelbagai agama serta idealogi pemikiran individu. Pluralisme kemudian berkembang dalam pemahaman sosiopolitik mewujudkan apa yang disebut sebagaiconsociotional politic, dalam bidang sosioekonomi melahirkan globalisasi, dalam sosiobudaya melahirkan liberal-capitalist mass culture atau budaya hedonisme, dan dalam agama melahirkan sosiologi agama atau anthropocentric perspective. Semua hal ini mewujudkan konsep pluralisme yang mengaburkan nilai-nilai agama (Islam terutamanya) dengan nilai-nilai individu yang hanya wujud sebagai entiti duniawi. Ini berbeza dengan nilai masyarakat atau individu dalam Islam yang dilihat dalam konteks entiti duniawi-ukhrawi.
Asas penting kepada konsep pluralisme ini berdiri dalam pernyataan hak asasi manusia yang dimaktub berasaskan nilai-nilai liberalisme Barat. Sebagai contoh umum, beberapa ketetapan dalam piagam hak asasi manusia konvensyen Bangsa Bersatu memperlihatkan bagaimana nilai-nilai liberal Barat dijadikan asas kepada pandangan sejagat. Penetapan hak asasi manusia yang dimaktubkan sebagai artikel 6 Konvensyen Bangsa Bersatu 1976 menyatakan; The States Parties to the present Covenant recognize the right to work, which include the right of everyone to the opportunity to gain his living by work, which he freely chooses or accepts, and will take appropriate steps to safeguard this right. Dalam konteks hak wanita pula dimaktubkan artikel 3 yang menyatakan; The States Parties to the present Covenant undertake to ensure the equal right of men and women to the enjoyment of all economic, social and cultural rights set forth in the present Covenant. Ia kemudian diperkukuhkan dengan ketetapan Konvensyen 1981 yang menyatakan; … the term ‘discrimination against women’ shall mean any distinction, exclusion or restriction made on the basis of sex which has the effect or purpose of impairing or nullifying the recognition, enjoyment or exercise by women, irrespective of their marital status, on the basis of equality of men and women, of human right and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural, civil and any other field.
Semua artikel hak asasi yang diterima sebagai asas kebebasan manusia ini menolak nilai agama sebagai asas pernyataannya. Contohnya artikel di atas menyatakan kebebasan untuk manusia bekerja mencari nafkah tetapi dalam Islam pekerjaan yang melibatkan perkara haram di sisi Islam dan subahat dengan kemungkaran adalah ditegah. Maka tegahan Islam itu dianggap sebagai melanggar hak asasi dan kebebasan manusia. Begitu juga soal hak dan hukum bagi golongan wanita, contohnya berpakaian menutup aurat dan penyertaan wanita dalam ruang awam mempunyai batasannya demi menjaga maruah wanita Islam. Namun tegahan dan ketetapan menutup aurat ini juga dipandang sebagai melanggar hak asasi wanita dalam menentukan kebebasannya. Maka hak asasi yang ditetapkan berdasarkan nilai liberal Barat inilah kemudiannya menjadi asas kepada konsep pluralisme yang mengembangkan konteks masyarakat plural.
Masyarakat plural bukan sekadar masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama atau bahasa. Tetapi masyarakat plural menyangkuti soal kesaksamaan dalam politik, ekonomi, budaya termasuk agama. Kesaksamaan dalam masyarakat plural ini dicapai dengan mewujudkan nilai baru yang menghapuskan nilai fundamental seperti hak bangsa peribumi, penghapusan nilai kebangsaan yang berteraskan nilai peribumi, dan terakhir sekali akidah agama (Islam).
Persoalan tentang pluralisme mula-mula muncul dalam konteks pemahaman sosial, yakni hubungan kemasyarakatan dalam suasana baru setelah era penjajahan kolonial. Apa yang dikatakan suasana baru tersebut ialah munculnya masyarakat heterogenus iaitu percampuran antara masyarakat peribumi dengan masyarakat pendatang ataupun kewujudan masyarakat daripada pelbagai etnik yang hidup bersama. Maka masyarakat baru yang wujud ini adalah sebuah masyarakat plural atau masyarakat majmuk. Sesuai dengan sifat masyarakat majmuk, ia turut membawa kepelbagaian cara hidup berlandaskan budaya, agama atau kepercayaan masing-masing etnik. Konsep tentang pluralisme iaitu bagaimana kepelbagaian tersebut dapat diraikan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian tersebut, muncul menjadi pernyataan terhadap keinginan untuk hidup saling menerima dan meraikan perbezaan. Pluralisme melihat bagaimana pertembungan masa lalu dan masa kini dapat melakurkan sebuah masyarakat baru yang tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai fundamental etnik, agama, dan budaya yang terpisah-pisah tetapi sebaliknya mewujudkan sebuah masyarakat baru yang beridentitikan nilai masa hadapan.
Pluralisme seterusnya berkembang kepada konsep budaya dan pemahaman agama. Setelah ia melihat semua manusia adalah sama dengan konsep hak asasi yang berasaskan nilai liberalisme Barat, pluralisme berkembang kepada konsep yang melihat semua agama itu juga adalah sama. Bagi pluralisme tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Pemahaman ini menjelaskan bahawa agama seseorang bukanlah satu-satunya hal yang eksklusif bagi kebenaran, kerana dalam agama-agama lain juga dapat ditemukan kebenaran atau setidak-tidaknya nilai-nilai yang benar. Seorang tokoh pluralisme agama di Barat iaitu John Hicks menyatakan bahawa kebenaran tidak dapat ditemui hanya dengan melihat secara eksklusif terhadap mana-mana pegangan agama, sebaliknya kebenaran ditemui melalui gabungan pelbagai sumber agama, kepercayaan dan pemikiran. Hicks menyebutnya sebagai transcategorial noumenal reality, yang melihat bahawa pengalaman keagamaan dikategorikan sebagai pengalaman noumenal yang dipengaruhi oleh realiti budaya, persekitaran, sejarah dan pemikiran. Dalam ertikata lain, Hicks menyatakan Tuhan wujud berdasarkan persepsi manusia. Transcategorial ini kemudiannya mewujudkan apa yang disebuat Hicks sebagai phenomenal God dannoumenal God. Kedua-dua konsep ini menjelaskan bagaimana pengetahuan tentang Tuhan adalah dipengaruhi oleh budaya dan sejarah manusia. Pemikiran Hicks ini dipengaruhi oleh falsafah Kantian (Immanuel Kant), yang memilih ketentuan kebenaran antara objek zahir dengan Tuhan untuk meletakkan satu kepastian kepada semua ilmu. Dalam kata lain, ilmu pengetahuan tiada sangkut paut dengan kebenaran mutlak (wahyu, kenabian dsbnya) tetapi dengan fakta. Konsep tentang Tuhan dihurai oleh Kant melalui falsafah transendental iaitu pengetahuan noumenal dicapai melalui suatu perpaduan konsep dengan pengalaman realiti (budaya, sejarah dsbnya).
Secara keseluruhannya pluralisme menegaskan tiga perkara pokok tentang persamaan agama. Pertama, tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, kerana setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Kedua, kebenaran wujud dalam semua agama dan dengan itu penekanan harus diberikan terhadap kepelbagaian sumber kebenaran. Ketiga, kerjasama dan dialog antara agama menjadi keperluan penting dalam mencari nilai kebenaran. Ketiga-tiga perkara yang kedengaran muluk ini menimbulkan kekeliruan terhadap kebenaran agama khususnya Islam. Pluralisme sebenarnya mencipta kebenaran baru dengan merombak-rombak agama sepertimana yang dilakukan oleh pascamoden. Bezanya pascamoden menolak agama, namun pluralisme menerima agama dengan memberikan nilai baru.
Pluralisme menyebabkan berlakunya kekeliruan agama. Lebih bahaya lagi apabila Islam disamaratakan dengan agama lain. Penerimaan terhadap konsep pluralisme memberi kesan terhadap akidah Islam. Dalam Islam tidak ada satu agama pun di muka bumi ini agama yang benar kecuali Islam. Islam adalah penutup segala agama dan membatalkan ajaran agama-agama sebelumnya. Dalil ini dinyatakan dalam al-Quran, surah Ali Imran: 85; “Barang siapa mencari agama lain selain daripada Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Dan Islam setelah Muhammad diutus, iaitu yang dibawa oleh beliau bukan agama selainnya.” Hal ini dengan jelas dan langsung menyanggah pluralisme. Sesungguhnya kebenaran yang satu ialah Islam dan tiada kebenaran yang harus diambil daripada agama-agama lain. Sesiapa yang mendakwa bahawa kebenaran perlu dilihat dari sisi agama lain membukakan dirinya kepada mudarat yang besar dari segi akidah.
Faham pluralisme ini malangnya dibawa ke dalam pemikiran umat Islam oleh golongan Islam sendiri. Ia menimbulkan kekeliruan terhadap Islam dan memberi kesan kepada akidah Islam. Islam mengutuk perlakuan yang mengelirukan ini sebagaimana yang tersebut dalam Ali-Imran: 78; “Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian daripada al-kitab, padahal ia bukan dari al-Kitab dan mereka mengatakan: Itu dari Allah sedang sebenarnya bukan dari Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.” Kehadiran golongan tertentu di kalangan umat Islam yang mendokong faham pluralisme ini mendapat pengaruh daripada pemikiran liberal yang kini merebak di dunia Islam. Di Indonesia muncul golongan yang menamakan diri mereka seperti Jemaah Islam Liberal (JIL). Gerakan ini kemudian merebak ke Malaysia di tangan segelintir golongan liberal dan kalangan penggiat seni kosmopolitan. Namun sejak akhir ini, pemikiran liberal dan pluralisme ini mula menyerap dalam pemikiran dan gerakan politik yang cuba menyesuaikan konsep consociotional politic dengan keadilan-kesaksamaan dalam realiti hidup masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Pada zaman pemerintahan Abbasiyyah muncul golongan yang disebut sebagai golongan zindik yang terdiri daripada sama ada mereka yang asalnya beragama Islam ataupun mereka yang asalnya beragama tempatan. Golongan zindik ini menyebarkan fahaman yang menggabungkan unsur-unsur dari agama Parsi tua, Yahudi, Nasrani dan sebagainya ke dalam Islam. Mereka seterusnya melihat kebenaran daripada kacamata kepelbagaian agama tersebut. Pada satu peringkat, golongan zindik ini juga disebut sebagai orang-orang mulhid (ateis), kerana keingkaran mereka terhadap Islam baik melalui perlakuan mahupun pemikiran. Kehadiran pluralisme pada abad baru ini seperti mengulangi sejarah golongan zindik yang bermula dengan mencari kebenaran daripada pluralisme agama, seterusnya berkembang kepada tafsiran baru agama yang akhirnya menolak hadis dan al-Quran hasil daripada kerja merobek-robek al-Quran sesuka hati mereka. Kemunculan golongan liberal yang mendokong faham pluralisme pada hari ini mempunyai serba sedikit kecenderungan yang menghampiri apa yang pernah dilakukan oleh golongan zindik pada suatu ketika dahulu.
“...Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu daripada sebahagian peraturan yang diturunkan Allah kepada kamu...” (al-Maidah: 49).
Milenia Muslim, Oktober 2010

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Pluralisme dan Kekeliruan Agama"
Leave A Reply