Makluman
Adakah Kita Begini?
Wednesday, November 3, 2010
Al-'adalah last round.
Your Blog :
Seorang mualaf yang telah pun lama memeluk agama Islam tetapi maseh gemar dipanggil saudara baru telah agak lama memerhati sidang perhimpunan agung FI ini. Mualaf ini sebenarnya sudah tahu permainan FI Reform yang sudah banyak kali muncul dalam sejarah. Young Turk di Turki antaranya. Kadangkala, kelompok ini akan dilihat sebagai kelompok para messiah yang berniat muncul untuk menyelamatkan. Sebenarnya tidak. Kelompok ini sebenarnya mahu mencuri kesempatan.
"Kau nak bercakap ke Joseph?" Tanya temannya dengan suara yang agak rendah. Pentas maseh kecoh dengan gelagat FI Reform. Joseph senyum sinis dan mengangkat tangan terus berdiri tanpa menunggu keizinan diberi.
"Ya, di hujung sana. Ada apa?" Pengerusi terpaksa memberi laluan. Keadaan makin kalut dan akan makin bertambah lebih kalut lagi jika orang yang baru berdiri itu tidak diberi peluang. Media-media asing yang dipanggil akan menikam lagi selepas ini.
"Saya cuma tidak bersetuju dengan al-adalah yang cuba dihalang cakap oleh Qayyum kepada tuan Ali Jinnah kita. Qayyum tu, sebenarnya tahu sangat ke makna yang tersembunyi dalam perkataan al-'adalah?" Joseph berdiri sambil menyeluk poket. Gaya Joseph yang agak ranggi dan macam budak punk itu menarik perhatian ramai pihak. Tidak terkecuali Ali Jinnah.
"So, apa pula maksud al-adalah yang kau faham budak mentah?" Dengan lebih selamba di depan semua para perwakilan FI yang berketayap, berserban dan berjubah Qayyum membalas serangan Joseph.
Pengerusi sedikit bengang. Ali Jinnah senyum sahaja. "Eh, ini perhimpunan agung atau sesi perdebatan ala punk?" Pengerusi pula berdiri. Dia sudah mula panas hati.
Joseph berjalan perlahan mendekati pentas. Dia berhenti apabila berada betul-betul di hadapan Qayyum. Ali Jinnah kelihatan tertarik dengan gaya budak bermata sepet itu. Menyamai sekali gayanya waktu dia di sekolah menengah tinggi suatu waktu dahulu. Tenang dan ranggi.
"Al-Adalah, adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Justice bukanlah memberi peruntukan satu billion kepada satu komuniti dan satu billion lagi kepada seorang sekutu rapat kroni kita atas sebab dia menolong kita. Itu tidak adil namanya. Ataupun banyak lagi kesah tentang adil yang kita semua boleh sahaja baca buku di perpustakaan. Tetapi yang paling teruk dan nakal untuk saya sebutkan di sini, hak Allah dan hak para makhluq Allah adakah sama dan 'adil untuk diletakkan setaraf? Tetapi itulah demokrasi. Dan demokrasi itu sendiri, sangat menyalahi definisi 'al-adalah."
Bicara Joseph, yang menyudahkan.
No Response to "Al-'adalah last round."
Leave A Reply