Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Friday, December 10, 2010

Kebebasan Beradab

Posted on 9:37 PM by Orang Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.


Jika dilihatkan pada norma masyarakat negara Malaysia, pada hari ini semua orang bebas berkata-kata dan membuat pernyataan, fakta dan juga fatwa sesuka hati. Budaya pemikiran relativistik merupakan salah satu bahana daripada demokrasi atau kebebasan bersuara, yang mana cukup dihentam hebat oleh Plato dalam pembentukan negara idaman di zamannya.

Menurut Plato, kebebasan terlampau akan menyebabkan tindakan kekerasan, sifat langgar bahasa, sifat sesuka hati dan ketidaksopanan yang mana akan menjadi wajar atas dasar demokrasi yang relativistik atau secara mudahnya: "Truth is a matter of opinion,". Tindakan kekerasan akan dianggap sebagai pendidikan yang baik, sifat langgar bahasa disebut sebagai kebebasan, sifat sesuka hati pula akan dikatakan sebagai keindahan atau seni yang sempurna dan ketidaksopanan sebagai keberanian.

Namun, sebagai warga beradab, haruskah kita menanti untuk bertindak setelah segalanya (terutamanya sistem) bertukar?

Dalam gelombang relativistik, meskipun setiap pendapat orang boleh diterimapakai dan betul, namun kita seharusnya menjadi lebih bijak dan berani untuk menonjolkan idea dan karisma yang seharusnya ada dalam diri seorang pemimpin. Usaha untuk mencerahkan pemikiran masyarakat merupakan satu proses yang susah dan perlu komitmen yang berterusan. Mana mungkin kita inginkan kejayaan sedangkan berusaha separuh jalan? ataupun mungkin tidak berusaha langsung. Usaha untuk menjadikan idea dan pendapat kita mendapat tempat di hati masyarakat adalah perlu dan seharusnya dilakukan dengan bijak dan berhikmah. Benar, kadangkala idea kita benar dan tidak bersalahan, namun mengapa idea pihak-pihak lain yang tidak betul mendapat tempat di hati masyarakat bahkan disokongnya pula?

Ramai yang tercicir bilamana masuk dan menyertai gelanggang idea demokrasi. Ada yang hanyut kerana ingin memenangkan idea mereka, lantas bersikap machiavelli. Ada juga yang senyap, kerana buntu mempertahankan idea yang diserang oleh pemikir-pemikir yang lain. Jika direnungkan kembali, permasalahan begini wujud kerana kurangnya atau ketiadaan keseimbangan ruhaniyyah (spiritual) dan aqliyyah (intelektual) yang mantap. Kurangnya ruhaniyyah untuk terus beradab dalam ber'idea', dan kurang aqliyyah untuk mendasari idea dengan autoriti sebenar.

Dalam memberi idea atau pendapat, juga melaksanakan tindakan, seharusnya kita benar-benar memahami konsep ta'dib yang merupakan kata derivatif dari adab itu sendiri. Meskipun kita harus bersikap kompetetif dalam arus masakini, namun itu tidak bermakna kita perlu mengabaikan autoriti utama yakni al-Quran dan as-Sunnah. Tampaknya mungkin susah untuk kita ber'idea' sambil menampilkan ayat-ayat al-Quran dan Hadith dalam hujah, maka di sinilah peranan aqal untuk mengharmonikan ilmu wahyu (revealed knowledge) dan ilmu perolehan (acquired knowledge) yang bakal menjadi landasan dan intisari utama idea kita.

Kepentingan untuk meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, harus kita berikan perhatian dan dijelmakan ke dalam kehidupan.

Wallahua'lam.

Oleh:
Syed Putra Iqmal Bin Syed Badli Shah

No Response to "Kebebasan Beradab"

Leave A Reply