Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Thursday, February 4, 2010

Kill our racist!

Posted on 6:26 PM by Unknown




Your Blog :duniaunderground.wordpress.com

Oleh: Amir Hamzah Akal Ali

Hari ini, pasca jatuhnya khilafah dan dunia Islam terpecah-pecah kepada banyak belahan bahagian, filem menjadi produk kegemaran kontemporari ini. Terpecahnya dunia umat Islam mendatangkan haru biru rancu yang baru, iaitu nation state. Nation state atau dalam bahasa Melayunya dinamai negara bangsa telah mendatangkan malapetaka yang cukup, cukup menggusarkan.

British lewat tentera-tentera Kolonial di era keemasannya yang dipanggil Pax Britania- The Great Britain telah menghantar bala tentera-tenteranya yang berupa pelbagai latarbelakang. Ada yang menjadi juris, yang menjadi mubaligh, residen, guru, hakim, dan ramai lagi yang tidak larat untuk disebutkan di sini.

Seterusnya, melalui faham pecah dan perintah (Divide and rule), mereka yang telah membawa orang India dan Cina telah membahagi-bahagikan penempatan mereka di Tanah Melayu ketika itu. Sebelum penjajah berkulit putih ini meninggalkan tanah jajahan, mereka telah meninggalkan tanah jajahan mereka dengan murid-murid yang diasuh dan ditarbiyah dengan fahaman mereka dengan sesungguh masak.

UMNO BN seterusnya mengamalkan cara pemerintahan warisan yang diamalkan para penjajah dan melupakan tradisi pemerintahan feudal yang dijalankan semenjak zaman berzaman. Kekecohan seterusnya terjadi. 13 Mei 1969 menjadi satu tarikh tragedi yang berdarah. Melayu dan Cina bertempur. Aneh, seribu kali. Kelantan ketika itu harmoni tanpa terjejas walau secubit pun. Bandar-bandar besar kecoh pecah dengan keharuan yang tidak menentu. Kek ekonomi seterusnya dibahagikan. Adakah ianya adil?

Tidak.

Filem GADOH, sebuah lagi filem yang mempunyai lapis makna kedua cuba mensintesiskan permasalahan perkauman atau orang putih panggil sebagai Racist. Filem ini diarahkan oleh Brenda Danker dan Namron.

Filem ini mengupas realiti secara berhati-hati akan situasi opera politik pembodohan yang berlangsung sekarang. Filem GADOH menjadikan sekolah sebagai negara, pelajar cina mewakili kaum Cina dan pelajar Melayu sebagai bangsa asal yang terbesar di negara ini.

Sinopsisnya, sebuah sekolah bermasalah dengan pergaduhan antara para pelajar Melayu dan pelajar-pelajar Cina telah melakukan satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat yang diketuai Pengetua Mr. Chua (Chew Kin Wah) ambil keputusan untuk mengadakan sebuah kelab teater.

Maka, dijemputlah Azman (Namron) sebagai guru teater. Azman yang juga penggiat teater bersetuju setelah dipujuk oleh Cikgu Anne Lee (Maya Arissa Tan Abdullah). Kemudian dari satu babak, ke satu babak kesemua watak bergerak. Plot makin rancak diiringi musik nyanyian Bin Jidan bertajuk “Garisan Abstrak” dan lagu “Angkasa” nyanyian The A.C.A.B.

Sistem pendidikan hari ini, telah begitu teruk dikapitaliskan hampir tidak ada sisi dan ruang untuk dilakukan perubahan. Usaha kerja menaikkan rating dan populariti sekolah oleh Cikgu Zainal (Mohd Razif Abd Wahid ) dan pengetua sendiri harus dibenci dan ditanyakan soalan Linda (Intan Diyana Zainal Abidin) : Untuk siapa rating semua ini?

Benar, ada dialog-dialog yang kurang sopan turut bersepah di sana-sini di dalam filem ini. Resensi ini, tidak bertujuan untuk mengatakan betul atau salah perlakuan tersebut tetapi resensi ini mahu memuji team produksi serta krew-krew yang terlibat kerana berani menghasilkan karya yang menggigit sebegini rupa.

Gerakan-gerakan Islam di luar sana seharusnya bertafakur beberapa jenak dan melihat sosiologi rakyat Malaysia yang berjaya dikunyah dengan baik oleh Komas.

Sekali lagi, tidak dinafikan ada scene-scene yang kurang sopan tetapi sekali lagi juga mahu diucapterimakaseh kepada yang terlibat bagi menjayakan filem ini kerana berjaya mencerna dengan baik budaya yang wujud ada pada rupabangsa masyarakat Malaysia hari ini.

Mungkin, sudah tiba masanya untuk pendekatan dakwah ala Wali Songo mengambil posisi.

No Response to "Kill our racist!"

Leave A Reply