Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Thursday, February 11, 2010

Mari, kita cipta sejarah!

Posted on 7:25 PM by Unknown

Your Blog : Http://alurwatulwusqateam.wordpress.com

لسنا في زمان أبرهة

Kini bukan lagi zaman Abrahah.

Oleh: Ibn Ali

Pengarang selalu menujahkan ayat ini- “burung-burung ababil tak kunjung turun dan bebatuan panas yang berasal dari nar yang terbakar juga juga tidak dilemparkan.

Amerika, mengganas. Kita? Tidak. Kita hanya boleh diganasi. Buku ini, menceritakan betapa teruknya hati pengarang disiat-disiat oleh situasi kontemporari yang menghiris nubari jiwa hirisan demi hirisan sementara kita semua masih kekeliruan dan kekal diam.

Pada zaman Abrahah, saat Abdul Mutalib disapa oleh bala tentera Abrahah, Abdul Mutalib hanya meminta bahagian untanya sahaja yang dicuri oleh Abrahah. Sedangkan Kaabah?

“Sesungguhnya aku adalah pemilik unta-unta itu, sedangkan baitullah itu milik Tuhan, maka pemiliknyalah yang akan melindunginya.” Kata Abdul Mutalib saat Abrahah mahu melanggar kaabah.

Perkataan Abdul Mutalib buatkan Abrahah tercengang-cengang. Meski, meski Abdul Mutalib bukanlah seorang muslim sejati akan tetapi bantuan Ilahi tetap diberi tanda suatu ketika nanti akan lahir lelaki yang berdiri menyerukan keesan ilahi.

Pengarang juga memulakan bab demi bab dengan kisah bantuan selain ababil iaitu bantuan kepada Nuh A.S dengan bahteranya yang terkenal, Musa A.S dengan tongkat, dan Nabi Lut A.S yang Tuhan menterbalikkan bumi kaum sodomi yang terletak hari ini di Laut Mati.

Hari ini saat umat Islam diperangi, bantuan ilahi akan datang lagi?

Pengarang tanpa banyak bicara meneruskan perkataan demi perkataan , tulisan demi tulisan dengan kata-katanya yang sungguh-sungguh menggugah jiwa, “apa kena dengan kita bermalas-malasan jika umat seluruhnya bermalasa-masalan menanggapi permasalahan hari ini?

Pengarang mengaitkan peperangan yang dilalui nabi Muhammad yang mulia dengan konteks kita pada hari ini. Tatkala di badar mereka berseteru, Muhammad yang mulia tidak terhenti setakat doa semata. 313 tentera berani mati telah disiapkan untuk menggempur tentera firaun umat ini: Abu Jahl!

Di mukasurat ke-17, pengarang menurunkan beberapa strategi nabi yang mulia selain daripada berdoa:

- Memilih posisi yang strategic.

- Saling bertukar pendapat untuk menentukan strategi perang yang lebih berkesan

- Membawa persenjataan perang (pedang)

- Menyatu dan mengharmonikan hati.

Selepas semua langkah ini dilalui, barulah ‘burung-burung ababil’ akan turun kata pengarang dengan garang. Saat umat terluka nestapa dicucuh kezaliman sentiasa pihak penguasa mustakbirin munafiqin, kita cuma mapu menghantar doa sahaja? Ah, amat celaka jika mampu menghantar lebih dari itu tetapi kita segan lantas tidak mahu melebihi itu.

Pengharapan kepada mustakbirin munafiqin bolehlah dianalogikan begini- mari kita mengharap kepada sekumpulan serigala untuk menjaga dan memelihara biri-biri yang sepatutnya dijaga oleh para pengembala? Lucu kan? Kelakar kan? Tetapi itulah kita dewasa ini.

Melihat kes-kes yang berlaku di luar sempadan geografi kita membuktikan lagi kebenaran analogi ini:

“Saddam hussien mesti mengundurkan diri.”

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mesti mengambil tindakan.”

@Amerika bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan ini secepatnya.@

“Kaum muslimin harus merangkul China, Jerman, Perancis dan Rusia untuk melawan Amerika.”

Itu semua adalah kelakuan-kelakuan, perilaku-perilaku pondan yang tidak mahu mengangkat tangan dan berjuang! Sekali lagi diulang, itu semua adalah tingkah laku dan tindak tanduk pondan-pondan yang jiwa raganya telah diduduki syaitan dan ditanduk dan dicucuk syaitan yang pemalas dan penyegan.

Surah Muhammad, iaitu surah yang ke 47 pada ayat ketujuh telah merangsangkan orang-orang tertindas suatu ketika dulu supaya bangkit menyerukan seruan agama dengan penuh keberanian dan kegagahan. Mafhum ayat itu, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.@

Hari ini, kita mengeluh lagi, lagi dan lagi. Keluh kita, “ini merupakan tanggungjawab pemerintah.” Pengarang menafikan keluhan kita dengan mengatakan semua pihak mesti, mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Pengarang pada muka surat ke 38 memberitahu “kamu akan dipimpin orang yang sesuai dengan keadaan kamu.”

Berikut ada beberapa usaha yang dicoretkan pengarang kepada setiap individu yang bercita-cita menegakkan syariat islam:

- Melakukan ketaatan dan menjauhi larangan agama.

- Melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji.

- Tidak melakukan transaksi yang bersifat riba.

- Berbakti kepada kedua ibu bapa, memenuhi hak-hak tetangga, menjaga hak kaum muslimin.

Ketawa pengarang, besar.

Tulis pengarang seterusnya harus bangat menyebabkan kita ketawa bersama-sama tentang sikap diri kita. “Kita ucapkan terima kasih kepada Perancis yang membela saudara-saudara kita di Iraq…,”

“..Akan tetapi, jangan kita lupa pada kekejaman Perancis di Algeria, Tunisia, Maghribi, Syiria daan Luban serta Mesir.”

Jangan kita lupa, jangan kita lupa, kerana kita, umat Islam. Sebuah umat yang agung dan tidak pernah akan lupa!

“Kita…,” kata penulis lagi, “ucap terima kasih kepada Rusia akan sikapnya yang berani membela rakyat Iraq. Akan tetapi saya harap anda tidak lupa akan nasib saudara-saudara kita di Chechen! Jangan lupa apa yang kena di Afghanistan suatu ketika dulu. Dan cuba cermati apa yang terjadi di Dagestan!

Kata-kata penulis berbentuk tulisan seterusnya harus, harus menggoncangkan jiwa kita- Umat Islam banyak memiliki potensi sehingga mereka mampu berbuat lebih banyak!

“Adalah sukar diterima akal bahawa Negara miskin dan kecil seperti Korea Utara berani mengambil sikap menentang Amerika, namun kenapa umat Islam tidak berani melakukan perkara yang serupa?”

“Namun, mengapa Korea Utara mampu membuat senjata, sedangkan kita tidak mampu membuatnya? Mengapa rakyat Korea Utara tidak mahu menundukkan kepalanya, sementara kita yang lebih dari 1 billion ini hanya dapat menunduk sahaja melihat segala apa yang dilakukan Amerika?”

Ungkapan dari Sahabat yang Mulia Anas B. Malik wajar direnung-renung, “Doa akan didengar bila disertai dengan usaha.” Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang tidak mahu berusaha, tidak mahu bergerak dan tidak mahu bertindak. Allah juga tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa, pesimis, lemah, kehilangan semangat juang dan enggan bergerak untuk menolong Islam dan kaum Muslimin.

Cukuplah, kita tutup resensi kali ini dengan kata-kata Amirul Mukmini terunggul sepanjang sejarah khalifah iaitu Abu Bakr As-Siddiq saat mahu memerangi kaum murtad- “Aku akan memerangi mereka bersendirian, sehingga anggota tubuhku berselerakan, aku akan memerangi mereka bersendirian, sehingga batang leherku terputus!

(nota hujung- pengarang buku ini Dr. Raghib al-sirjani. Ini resensi buku terjemahan beliau. Buku terjemahan ini ini terbitan Al-Hidayah dengan harga RM 11 sahaja.)

No Response to "Mari, kita cipta sejarah!"

Leave A Reply