Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Wednesday, December 16, 2009

Menanti, ketibaan mereka.

Your Blog :http://pencinta-Islam.blogspot.com

Kamu baru bangun dari tidur. Kamu sedari jam di dinding sudah tunjukkan jam pukul 5.15 pagi. Kamu tahu kamu tidur lewat malam tadi. Kamu sibuk sangat sebenarnya. Maklumlah kamu seorang bujang. Kamu mengeluh sebentar. Lampu kalimantang lupa kamu padamkan sewaktu kamu hendak tidur semalam. Kamu perasan akan sesuatu. Rak meja kamu bersepah dengan buku-buku berkenaan dengan ‘Messiah’. Uh, bilakah akan berakhir semua penderitaan umat manusia! Kamu menjerit.

Kamu mencapai tuala mandi di penyangkut. Kamu, gegas masuk ke dalam bilik air. Buff, buff, buff, air menjerit apabila ditumpahkan atas badan kamu. Kamu berasa segar. Kamu tak mahu lama di dalam bilik air. Kamu nak buat kerja lain. Ya, kerja yang orang jarang berfikir mengenainya. Kerja inilah yang menyebabkan kamu tak jadi berfikir mengenai perkahwinan. Ya, kamu lebih asyik dengan Armageddon, kamu lebih suka menggariskan sesuatu di atas Atlas. Menumpu kepada Asia Barat. Lebih terperinci kepada Al-Aqsa yang masih menjadi perebutan di tahun 200X. Tahun inilah.

Kamu selesai mandi. Burr, sejuknya. Kamu menggigil. Kamu memakai baju Melayu untuk sembahyang. Azan Subuh kemudian, memanggil kamu datang berjemaah di masjid sebelah rumah kamu. Kamu mencapai kopiah putih dan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Fardhu Subuh.

Selesai solat, kamu bersapa dengan beberapa tetangga. Kamu sengaja singgah sebentar di kedai berhampiran. Niat kamu sebenarnya bukan nak menikmati kopi pun cuma untuk bertegur sapa namun kamu dipelawa juga untuk menyertai minum pagi oleh kawan-kawan kamu yang datang berkunjung ke kedai kopi. Kamu, yang begitu segan dengan orang pun terus menerima pelawaan itu.

“Al-Mahdi, Isa A.S , dan Dajjal. Uh.” Kamu mengeluh.
………………
Tentang Dajjal. Kamu tahu dan kamu tahu ramai orang yang tahu mengenainya. Begini, apa yang telah diberitahu mengenai Dajjal kepada kamu ialah Dajjal itu buta sebelah matanya. Ada kalimah kafir di dahinya. Membawa, kenikmatan di tangan kirinya. Membawa kesengsaraan di tangan kanannya.

Dari Nawwas bin Sam’an RA, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan sifat Dajjal: “Dia itu seorang pemuda, rambutnya pendek, matanya mengambang, seakan-akan aku menyerupakannya dengan Abdul ‘Izz bin Qathn”.

Hadis ini diriwayatkan Muslim. Seorang Ahli Hadis yang muktabar dalam dunia Islam. Maka jangan pertikailah kesahihan hadis ini. Dalam lafaz bahasa asalnya pun kamu sudah hafal.

Kamu sekarang, sudah sampai ke pejabat. Kerja kamu seperti biasa. Editor yang ‘syadid’. Bukan tiada sebab kamu berkelakuan begitu. Kamu berkelakuan begitu kerana hendak orang yang memiliki majalah kamu berasa tak rugi duit mereka. Tak sesal, duit mereka mengalir untuk membeli Majalah ‘A’.

“Hai.”

Seorang pekerja perempuan datang menyapa. Datang menyapa dengan lenggang yang menggoda.

Uh, perempuan zaman ni. Mengapa begini?

“Ya, ada apa yang saya boleh bantu?” Kamu bertanya.

“Ups, menganggu.” Pekerja perempuan itu sedari raut muka kamu mulai berubah. Pekerja perempuan itu pun mula beredar.

Perempuan sudah tidak tahu malu akhir zaman ini. Sebenarnya Nabi S.A.W sudah beritahu semua ini. Lama dulu Nabi S.A.W telah ceritakan alamat-alamatnya. Perempuan berpakaian tetapi bertelanjang. Tabarruj jahiliyyah mulai berdendang. Uh,mana silapnya? Adakah Islam ajaran pesimis? Hanya menunggu tanda-tanda tanpa berbuat apa-apa. Adakah Islam begitu? Suara skeptis mula bergaung. Kamu menjawab: Ah, skeptis yang jahil murakkab, berapa kali mahu aku beritahu pada kamu Islam itu indah cuma umatnya yang kadangkala bersikap dengan sikap yang tak sepatutnya ada pada seorang Muslim
……………………
Isa anak Maryam siapa pula? Soalan itu pernah ditanyakan oleh seorang yang mengaku berfikiran atheis padahal bukan reti pun mengungkapkan idea atheis. Suara skeptis cuba membangkitkan sesuatu pada kamu: Kau tentu seorang yang mampu mengungkapkan idea atheis kan ? Kamu menjerit: Ya! Idea atheis adalah idea yang menyangkal kewujudan Tuhan. Idea ni adalah idea seorang yang jahil dan aku bukan seorang yang jahil!

Isa anak Maryam adalah seorang lelaki yang lahir tanpa ayah. Baginda A.S boleh bercakap sewaktu bayi mempertahankan maruah ibunya yang ditohmah oleh kaumnya, Bani Israel yang celaka. Bani Israel yang merempat itu tak disangka-sangka berjaya merampas bumi Palestin.

Kamu sedang menikmati makanan tengah hari. Seorang pelayan datang menyapa. Sapaan berbalas.

“Boleh saya duduk sebentar?”

Ah, apa-apa sahajalah lelaki ni. Aku nak makanlah. Kamu marah-marah dalam hati.

“Ya. Duduklah.” Kamu memaniskan roman wajah dan mempersilakan.

“Saya tengok awak dari tadi. Asyik berkerut sahaja. Ada apa-apa masalah ke?” Pelayan itu bersuara.

Kamu mengeluh. Oh, dekat warung kecil begini pun ada kaunselor ke?
“Tak. Awak tengok saya macam ada masalah ke?” Kamu membalas.

“Yelah! Muka awak yang menunjukkan.” Pelayan itu semakin galak menyakat.

Bila agaknya awak akan beredar dari meja saya? Kamu bertanya. Namun
disebabkan keseganan kamu pada orang, kamu tak jadi meluahkannya pada si pelayan lelaki itu.

“Eh, boleh tak kamu berikan pada saya tarikh hari kamu lahir dan bulan kamu lahir? Mungkin saya boleh menolong kamu.” Pelayan lelaki itu meminta.

Pelayan lelaki itu kemudian mencapai gelas minuman kamu. Kemudian menikmati air Epal di dalamnya tanpa malu dan segan.

Oh, tolonglah. Kenapa dengan awak ni? Kamu tertanya-tanya sendirian.

Seorang mamak berbadan gempal menghampiri.

“Oh, di sini kamu ya? Saya berapa kali sudah ingatkan, jangan ganggu pelanggan-pelanggan di sini. Kenapa kamu degil?” Si mamak itu menarik telinga si pelayan lelaki itu. Semua mata di situ tertumpu pada kamu selain pada si mamak dan si pelayan.

Kamu berasa bosan dengan kelakuan manusia di situ. Segera kamu menyudahkan makan. Kamu mengambil tisu di kaunter. Mengelap mulut dan tangan.

“Pelanggan-pelanggan saya sudah lari. Nah! Ini gaji kamu setakat bulan ni. Esok kamu tak perlu datang lagi!” Jeritan mamak itu mengganggu telinga kamu. Kamu terus menapak menuju kereta Kancil bewarna Kelabu milik kamu. Kamu menghidupkan enjin kereta untuk menuju ke pejabat.

Isa A.S akan datang menyelamatkan keadaan. Umat akan diselamatkan. Kita tak akan tersesat. Panduan kita, tetap panduan yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quranul Karim. Masalahnya sekarang, umat Islam telah ditimpa musibah yang pelbagai. Kita yakini kita ni umat yang terbaik namun adakah realiti sekarang menunjukkan sedemikian?

Kamu memperlahankan kereta sebentar. Lampu isyarat, menyuruh.

Realiti sekarang menunjukkan kita akan terjajah untuk jangka masa yang lama jika kita masih mengamalkan sikap yang lama. Pesimis, pesimis. Optimislah banyak! Kamu menghingarkan suasana dalam diri kamu.

Kamu sudah sampai ke kawasan pejabat. Kamu turun dari kereta. Kamu berjalan menuju ke pejabat. Seekor dua burung pipit yang bertenggek di sebatang dahan pokok Ceri sedang menyanyikan sebuah lagu yang menarik . Kamu, terpesona sebentar.

Dulunya, kamu pernah berdialog dengan seorang perempuan yang cukup cantik. Namanya Mawar. Sayangnya, Mawar ini berduri. Mawar beragama Buddha. “Kalau abang nak menikahi saya, abang kena tinggalkan agama abang. Uh, abang, kasih saya pada abang ikhlas. Abang tak kasihkah pada saya?”

Kamu jadi kelu ketika itu. Kamu tak punya hujah untuk itu. Kerana apa? Kerana,dahulu Kamu mengambil diploma Usuluddin untuk bermain-main dengan masa. Sayangnya masa tak ingin pun bermain-main dengan kamu. Kamu terdiam untuk beberapa lama. Akhirnya setelah kamu mendalami Islam, kamu telah punyai hujah untuk itu. Kemudian sebulan lepas kamu menelefonnya. Kamu sengaja sebenarnya.

“Mawar, adakah tugas Maitreya sama dengan Jesus?” Soalan ni kamu bidik khas untuk membawanya kepada Islam.

“Uh, abang. Abang, yang tanya soalan ni? Saya sangkakan abang sudah melupakan saya. Abang, maaf abang. Saya tak megkaji lagi tentang tugas Maitreya.” Mawar menjawab panggilan kamu dengan suara yang seperti dulu.

“Oh, Mawar nak tahu, Maitreya pun punyai peranan mengikut ajaran
Buddha. Namun peranannya tak sama dengan Jesus. Jikalau konsep Messiah di agama
samawi (Judaisme, Kristian, Islam) adalah Saviour / juru selamat maka konsep
Boddhisatta Metteya bukanlah sebagai juru selamat kerana memang seorang Buddha
bukanlah juru selamat, melainkan seorang guru yang hanya boleh menunjukkan jalan.
Dalam konsep Buddhisme, hanya kita sendirilah yang boleh menyelamatkan diri kita.”
Begitu kamu menjelaskan pada Mawar.

“Abang, saya sudah tahu mengenai kecelaruan dalam Buddha. Saya sudah memeluk Islam abang.”

Nada Mawar begitu merintih. Tanda, mahu kamu kembali kepadanya.

Kamu bertakbir, bertahmid dan bersyukur ketika itu.

Namun tiba-tiba, tanpa disedari kamu sudah tidak mampu berfikir mengenai mimpi indah kamu dengan Mawar, gadis yang mencuri minat kamu. Kamu, jadi kosong dalam beberapa minggu. Panggilan dan sms dari Mawar tak mampu untuk kamu jawab. Kamu jadi begitu bimbang. Kamu nak menolong umat sebenarnya. Bukan kamu tak
sayangkan Mawar, namun kamu lebih sayangkan umat. Umat perlu dibangunkan.
Cukuplah tidur yang lama wahai umat Muhammad. Bangunlah!
……………………
Al-Quds akan dibebaskan. Tetapi adakah dengan orang seperti kamu? Kamu bertanya seorang diri. Kerja, di pejabat memang membosankan kalau kita tidak gemarakan kerja itu. Kamu berzikir sebentar sambil melemparkan pandangan keluar dari tingkap. Bumi Malaysia, memang aman. Terletak di dalam belahan zon yang tak dicecah oleh gempa bumi. Semua insan yang dilahirkan di bumi Malaysia patut bersyukur sangat. Kamu kemudiannya bermain-main dengan pensil pula. Bayangkan kalau tiba-tiba sahaja kamu berada di Al-Quds sekarang. Mempertahankan bumi tempat lahirnya Imam Syafie. Pensil yang kamu pegang bertukar menjadi AK- 47. Ataupun bertukar menjadi pedang tajam. Bayangkan kamu memegang senjata api atau beberapa butir batu kerikil. Menentang dajal? Kamu, mampu? Kamu bertanya seorang diri sekali lagi. Oh, kalau kamu bertanya pada remaja belia di Palestin sekarang, kamu rasa apa agaknya jawaban mereka? Bahkan dengan lidi pun kami akan lawan abang! Begitu kamu sangkakan jawapan mereka.


Satu emel datang berkunjung. Kamu, melayani emel itu. Perlahan-lahan kamu membuka emel itu.

Surat elektronik itu kamu baca penuh teliti.

“Ah, masih tak sedar-sedar, wahai pengirim yang jahil?”

Kamu berkata, dengan mimik muka sinis sekali.

Emel itu menceritakan kepada kamu beberapa alamat tak sahih tentang hari kiamat kelak. “Bersiap-siaplah manusia sekalian. Kiamat akan berlaku pada hari Rabu, 3 haribulan sembilan. Cepat, kumpulkan makanan, minuman, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya yang difikirkan perlu.”

Kamu, terus bosan hendak membaca sehingga habis emel itu. Kamumenutup
emel itu. Kiamat pasti akan datang. Tapi bukan datang mengikut ramalan nujum pak
belalang. Nabi, sendiri pun tak tahu. Al-Mahdi lagilah. Benar, Al-Mahdi adalah tanda-tanda akhir zaman. Tapi kenyataannya, dia bukannya mengetahui bila terjadinya hari kiamat. Al-Mahdi adalah imam berketurunan Nabi S.A.W. Al-Mahdi ada menurut mazhab Sunni. Bukan dongengan. Dia akan muncul akhir zaman ini menumpaskan Dajjal.

Dari Ibnu Mas`ud R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Bila tidak kekal dunia ini kecuali sehari saja, maka Allah akan panjangkan hari itu hingga Dia mengutus seseorang dari aku atau dari ahli baitku, namanya sesuai dengan namaku dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan qisth sebagaimana dunia ini sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan al-Juur.”

Kamu membelek-belek novel 1511H [Kombat] dan tertidur selepas membelek beberapa muka surat di tengahnya.
……………………
“Umat Islam, kebanyakan sudah sedar akan rahsia kecemerlangan generasi kurun yang pertama. Sekarang macam mana, kau mahu turut serta kami atau tidak?”
Seorang lelaki berseragam askar, tanya pada kamu.

Di tangan kamu, tergenggamnya T15 Thermal Weapon FLIR sight. Senjata ini kuno sebenarnya di tahun ini. Kalau di tahun 200X bolehlah dikatakan senjata ni senjata terbaik.

“Baik! Aku ingin sekali turut serta.” Kamu, menjawab lelaki itu..

“Solihin, kalau dulu bolehlah kamu mengkaji tentang ‘Messiah’, kamu mengkaji tentang ‘Armageddon’, namun selepas selesai semua kajian itu, panggilan jihad memanggil kamu. Adakah kamu masih terfikirkan tilam empuk di rumah? Terfikirkan tentang isterimu?”

Lelaki berseragam askar yang mengenali kamu. sengaja bertanya soalan itu.

Kamu, geleng.

Abang tak akan berpatah balik Mawar. Ini jalan abang. Moga, jumpa di sana .

Buum! Buum!

“Uh, mereka sudah masuk ke dalam kawasan kita!” Lelaki itu, menjerit.

Kamu tak berlengah. Seluruh, pancaindera kamu dikerah untuk mencari si penembak curi. Kamu menjumpainya. Kamu mensasarkan penuh cermat. Kamu tak mahu si penembak pergi begitu sahaja.

Buuf!

Si penembak tersungkur. Tembakan kamu tepat mengenai dadanya yang bidang.

“Allahu Akbar!” Semua pejuang Islam yang berhampiran, takbir.

“Al-Mahdi dan Nabi Isa A.S akan datang membantu kita. Tetapi adakah kita dah cukup bersedia untuk menerima bantuan Ilahi?”

Kamu, sengaja bertanya kepada lelaki yang bertanya kamu sekejap tadi.

…………………….
Kamu, terjaga dari tidur. Beberapa pekerja yang melewati kamu senyum sahaja. Kamu, tersipu. Kamu menggeliat sebentar. Kerja kamu sudah habis sebenarnya. Kamu bergegas menuju ke surau dalam pejabat. Mengambil wudhuk. Kemudian kamu bersolat. Selesai solat minda kamu beransur-ansur jernih. Kamu teringatkan Mawar yang sudah menjadi saudara kamu. Kamu, mengabaikannya sedangkan dia memerlukan kamu.

Al-Jihad, al-Jihadu sabiluna! Telefon bimbit kamu, panggil.

“Assalamualaikum.” Suara itu, berbicara dengan penuh tatasusila.

“Wa ‘alaikumussalam.” Kamu menjawab salam si pemberi salam.

“Ni, abang?” Si pemilik suara itu, bertanya.

“Ya, ini Mawar?” Kamu kenal, si empunya suara.

“Ya bang. Abang sihat?” Mawar bertanya kabar.

“Alhamdulillah Mawar. Abang sihat.” Kamu menjawab khabar.

“Abang masih tak selesai lagi, tentang ‘Messiah’?” Mawar, bertanya.

“Sudah Mawar.” Kamu menjawab.

“………..,

Diam berlarutan, agak lama. Kamu cuba menggagahi diri kamu, untuk bersuara.

“Mawar masih sama seperti dulu?” Kamu sudah berjaya bertanya.

“Seperti dulu? Maksud abang?” Mawar masih belum jelas akan soalan kamu.

“Err, maksud abang, Mawar sudah dipetik orang?” Kamu menahan nafas, kemudian melepaskan.

“Uh, siapalah Mawar? Siapalah orang yang sudi memetik Mawar? Namun, Mawar selalu bermimpi Mawar diijabkabulkan dengan orang yang selalu bercerita kepada Mawar tentang Al-Mahdi, Isa A.S dan Dajjal.” Mawar, menceritakan mimpinya kepada kamu.Kamu pula tersenyum puas.
…………
“Ayah setuju dengan pendapat Syeikh Syaltut mengenai Dajjal?” Melati bertanya.

Tanah liat yang kamu, dan anak kamu bentukkan untuk menjadi rumah belum menjadi.

“Anak ayah ni, mana anak ayah tahu pasal Dajjal ni?” Kamu bertanya anak kamu sambil mata kamu melirik pada isteri kamu yang melipat baju sambil melihat kamu bermain dengan anak kamu.

“ Ala ayah, jawablah. Ayah setuju dengan pendapat Syeikh Syaltut mengenai Dajjal?” Melati, mengulangi soalan sambil tersenyum pada isteri kamu.

“Ayah ambil pendapat guru ayah. Guru ayah, Al-Buti tak setuju dengan Syeikh Syaltut. Mereka bertiga akan datang Melati. Dajjal akan mencelakakan bumi ni dan Nabi Isa A.S dan Al-Mahdi akan menyelamatkannya.”

Anak kamu, berlari menuju ke isteri kamu. “Siapa pula Al-Buti, ibu?” Anak kamu seronok bertanya.

“Guru ayah Melati.” Isteri kamu tersenyum, sambil mendakap erat anak kamu.

Kamu, tersenyum melihatkan isteri kamu dan anak kamu. Kamu berdiri dan menuju jendela rumah kamu. Kamu lihat suasana ke arah kedatangan mereka bertiga, begitu hampir sekali. Mereka bertiga tidak akan datang dalam bentuk simbol tetapi akan muncul sebagai mana yang diceritakan.

Isteri kamu, dekati kamu. “Abang sudah nak pergi al-Quds?” Isteri kamu, bertanya.

Kamu, senyum sahaja.

“Mungkin tak lama lagi. Jangan risau Mawar. Doakan yang baik-baik untuk abang.” Begitu, kamu menenangkan isteri kamu.

Saturday, December 12, 2009

Mas Kahwin: Mengapa Islam Ditinggalkan??

Mas kahwin Selangor RM300

SHAH ALAM - Setiap pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Selangor mulai tahun 2010 bakal dikenakan bayaran mas kahwin sebanyak RM300.




Sebelum ini, kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda.

Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978.

"Kadar baru mas kahwin ini telah mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.

"Bagaimanapun, kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana jumlahnya adalah munasabah," katanya kepada selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar di sini semalam.


Wacana Ilmuan:

Bacalah berita di atas baik-baik. Cuba fikirkan, ada sesuatu yang tak kena? Bagi orang yang ada belajar sikit-sikit pasal nikah kahwin mereka akan tengok harga mas kahwin di atas sebagi janggal. Mengapa saya kata janggal? Kerana Seperti dilaporkan negeri-negeri yang menetapkan mas kahwin bagi orang 'kebanyakan' tidak ada yang melebihi RM150. Yang tetapkan RM 300 pun Selangor dan baru saja diubah.

Saya rasa ada dikalangan pembaca tulisan saya kurang arif tentang hukum mas kahwin ni, oleh itu untuk pengetahuan, mas kahwin hukumnya wajib dibayar oleh suami kepada isteri dengan harga yang disepakatkan oleh kedua belah pihak. Pada dasarnya mas kahwin boleh dilakukan secara hutang iaitu suami berhutang kepada isteri dan jika dipersetujui boleh dilewatkan bayarannya bila-bila masa yang di persetujui.

Pada dasarnya mas kahwin ni macam kita nak beli rumah, tak ada harga tetap dan boleh cash atau hutang. Pada zaman sahabat orang baik-baik, mereka tidak berkira dalam mas kahwin, asalkan memudahkan orang muda nak jaga diri dan bina kehidupan maka mereka kira jadi saja, oleh itu ada orang yang mahal sikit dan ada orang yang murah mas kahwinya, berdasarkan kemampuan masing-masing.

Bila tiba zaman Umar al Khattab, orang Arab dah jadi kaya raya. Mereka memerintah negara yang luas dan memiliki kekayaan, perlumbaan meletakkan mas kahwin anak-anak mereka pun mula berlaku. Mereka mula bermegah-megah dengan mas kahwin yang mahal. Umar al Khattab pada mulanya mahu menyelaraskan harga mas kahwin tetapi mendapat tentangan lalu beliau menarik balik pendiriannya itu.

Dalam tulisan ini, saya tidak mahu membincangkan tentang kewajaran menetapkan mas kahwin ataupun tidak. Yang saya mahu bincangkan ialah cara para ulamak kita menangani masaalah. Ya saya mahu fokuskan cara ulamak kita, saya pilih sudut ini bagi memberi contoh kepada anak murid saya tentang penggunaan maqasid syariah dalam ijtihad.

Mungkin hasil keperihatinan ulamak kita tentang bahayanya mas kahwin yang mahal menyebabkan mereka cuba campurtangan dalam meringankan beban rakyat jelata. Walaupun hukum asal mas kahwin adalah keredaan dan persetujuan kedua belah pihak tetapi ulamak kita memilih unuk mengambil pendapat yang menetapkan mas kahwin. Saya kira ianya termasuk dalam siasah syariyyah.

Apa yang menariknya disini ialah jumlah mas kahwin yang ditetapkan adalah tidak releven dengan kehidupan semasa. Mas kahwin yang terbaru dan paling tinggi ialah RM300. Maknanya seorang lelaki wajib membayar RM300 kepada wanita sebagai mahar. Jika kita lihat ada negeri yang menetapkan RM20.00. Apa maksudnya ini semua? Tujuannya ialah memudahkan orang yang mahu berkahwin?

Ok, secara realitinya adakah orang yang mengikut peraturan ini? Jawapannya ialah setakat yang saya hidup di Malaysia, saya tak pernh dengar orang berkahwin dengan mas kahwin RM50, RM100 atau RM300. Mengapa? Bukankah inilah yang disebutkan dalam akad? Ya memang ini yang disebutkan dalam akad.

Tetapi disebabkan oleh kerana ketetapan itu terlalu tidak releven, maka rakyat Malaysia yang kreatif pun mewujudkan satu mekanisma baru untuk 'pau' para bakal suami. Mereka menama satu mekanisma baru iaitu hantaran. Ya betul, dinegeri-negeri itu bunyinya sedap, kat Kuala Lumpur orang kahwin dengan mas kahwin RM80 saja. Tapi realitinya ialah RM5000 keatas. Inikerana mereka tidak dapat menerima hakikat RM80 sebagai mas kahwin. RM80 boleh sekali makan KFC saja resoran lebih pada tu jangan pi dekat. Jumlah itu telah menjadi terlalu kecil.

Apakah buruknya keadaan ini? Ya negatifnya keadaan ini ialah :

1- Menggalakkan berhelah dalam mengikut hukum syarak. Bila Allah haramkan Bani Israel makan lemak, mereka menjualkan lemak itu dan memakan duitnya. Itu dianggap helah, tapi dalam kes ini kebiasaan dan adat telah menyebabkan helah menjadi sesuatu yang biasa.

2-Mas kahwin atau dalam bahasa Arabnya ialah mahar adalah milik isteri. Maka apabila rakyat mereka satu lagi harga lain iaitu hantaran, maka para ayah dan ibu telah mengambil kesempatan untuk mengaku itu duit mereka, lalu perempuan hanya berhak mendapt RM80 sahaja.

3-Masyarakat dilatih untuk menganggap hukum Islam sentiasa tidak lojik dan tidak boleh difahami, walaupun sebenarnya yang tak lojik ialah tindakan sebahagian cerdik pandai mereka sahaja.

Apa sepatutnya yang dilakukan? Perkara pertama perlu berlaku ialah para ulamak Islam mesti hidup dalam masyarakat yang sebenar, mereka tidak boleh hidup dalam dunia mereka sendiri dan tidak memahami waqie'. Jangan terlalu ideal dalam menanggapi sesuatu tetapi mestilah realistik.

Salah satu perkara yang saya ingin pesan pada diri saya dan murid-murid saya ialah ketahui dengan jelas tujuan sesuatu hukum itu digubal, bila ianya melibatkan perkara ijtihadi, maka perlu diketahui kemampuan dan kesesuaian hukum tersebut dari banyak sudut. Apakah objektif sebenar bagi hukum dan apakah pengubalan undang-undang tertentu boleh mencapai objektif tersebut?

Para ulamak mesti berani bawa perubahan dan tajdid, jangan jadi pak turut sahaja. Usaha yang baik cuba dilakukan di Selangor perlu ditingkatkan. Lihat di Terengganu dan Kelantan. Mereka tidak menetapkan kadar mas kahwin. Oleh itu disana tidak ada hantaran. Mereka tidak perlu menggunakan helah, mereka berterus-terang saja. (Bukan saya sokong sebab saya orang Terengganu)

Kesimpulannya ialah saya lihat, menetapkan mas kahwin ini tidak menjadi, objektifnya langsung tak tercapai bahkan ada kesan negatif pulak tu. Oleh itu para ulamak perlu guna teknik lain bgi menyelesaikan masaalah ini. Mungkin antara cadangannya ialah:

1-Serahkan hak itu kepada pihak yang berurusan, jika mereka mampu mereka setuju, jika tidak tidak lah.

2-Tingkatkan kesedaran rakyat, kesedaran bab mas kahwin ni bukan bermula dengan mas kahwin saja, kesedaran bermula dengan mengikis sikap metarialistik dari dalam diri rakyat.

3-Mungkin harga syiling yang lebih relevan contohny tidak boleh lebih RM10,000

4-Menfatwakan haram diadakan hantaran kerana ianya helah terhadap mas kahwin yang telah diwajibkan oleh syariah. Jika hantaran dibenarkan penguatkuasaan mas kahwin menjadi sia-sia. Setakat ini hantaran dianggap harus kerana ianya dianggap adat. Tapi mengapa di Kelantan dan Terengganu tak ada pula adat ni? Bila adat ni timbul? Berkemungkinan adat ini timbul sebagai helah kepada penetapan yang tidak realistik itu, jadi jangan tanya mengapa Islam ditinggalkan!!!

Pandangan anda dihargai

http://benmokhtar.blogspot.com

Wednesday, December 9, 2009

Masjid Babri, Bukan Pejuang Demokrasi


“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang memiliki) arasy yang mulia”

[Al-Mukminun 23:115-116]

6 Disember 2009 yang lalu genaplah sudah 17 tahun peristiwa hiba kepada umat Islam seluruh dunia terutamaya di benua kecil India. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa peristiwanya. Atau mungkin saja yang tahu tetapi terlupa.

Pada tarikh tersebutlah rumah Allah di Ayudha, India yang sudah berdiri megah sedari kurun ke 16 dirobohkan oleh puluhan ribu pengganas Hindu dan membunuh umat Islam yang bersolat di dalamnya. Masjid Babri itu panggilnya.

Dakwa mereka itu adalah tempat lahir Dewa Ram. Maka mereka berhak ke atasnya. Macam juga Yahudi mendakwa tapak Masjid Al-Aqsa itu bekas runtuhan Haikal Sulaiman. Maka segala usaha untuk itu dikira halal belaka mestipun bukti itu langsung tiada.

Kalau ada yang lahirnya pada masa itu (1992) maka dia baru sahaja selesai menduduki SPM. Namun jangka masa yang panjang ini, Kerajaan India masih tidak menghukum pelaku-pelakunya. Keadilan untuk umat Islam bagai gantung tidak bertali.

Mencari bukti di mana-mana enjin carian bukan sukar. Carilah di Yahoo, Google, dan lain-lain pasti berjumpa bahkan wajah-wajah mereka jelas terpampang.

Kesucian agama Islam terus akan dicabul selagi mana umat ini tidak kembali kepada Khilafah Islamiyyah. Sebaik sahaja Sultan Abdul Hamid digulingkan oleh tentera kuffar pada kurun yang lalu atas nama demokrasi dan kemodenan, maka bermulalah kisah sedih dan kejam ke atas umat Islam seluruh dunia.

Negara umat Islam Palestin dirampas lalu didirikan negara haram Israel, Perang Yom Kippur antara Israel dan Arab yang menyaksikan Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak dirampas, kita hilang kuasa atasnya. 3 tahun selepasnya (1969) masjid suci itu dibakar.

Pemimpin Ikhwan Muslimin iaitu Hassan Al-Banna dibunuh, Syed Qutb digantung mati, ribuan pejuang Islam merengkok dalam penjara. Bosnia dan Kosovo bermandi darah. Gerakan Islam Algeria yang memenangi pilihanraya dinafikan. Dr Nejmeddin Erbakan yang mengetuai Parti Refah digulingkan dari memerintah Turkey mestikan parti Islam itu memenangi pilihanraya. Afghanistan dicabuli, kehormatannya dikotori. Chechnya sampai kini berjuang membebaskan diri dari penjajahan kuffar. Iraq masih menderita dek pencerobohan Amerika juga atas nama demokrasi. Afghanistan juga begitu. Mindanau di Filipina terus ditekan. Sudan di Afrika sana sama juga nasibnya.

Saya hanya mencacatkan sedikit daripada sekian banyak lagi peristiwa hiba dan derita umat ini. Begitulah nasib umat yang dijajah, diperlakukan apa saja. Hujah sudah tak bermakna lagi. Betul dan salah bukan ukuran. Baik dan buruk hilang bezanya. Umat ditindas dan kezaliman itu dikatanya mulia. Dunia membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan suara sehingga hati dan kesedaran menjadi mati. Nasihat menasihati berhenti. Menegur yang silap semakin tidak dipeduli. Menghalanga yang salah sudah keberatan. Kezaliman di depan mata, dialihnya pandangan ke tempat lain.

Inilah realiti apabila kita bagaikan anak ayam kehilangan ibunya.

“Aku bukan pejuang demokrasi”.

Friday, December 4, 2009

Wacana, Terakhir.

Your Blog :http://pencinta-Islam.blogspot.com



Wacana Terakhir.

Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari dari apa yang terjadi di muka bumi KUIS sebulan dua ini. Kesilapan teori dan praktikal ilmu memincangkan segala-galanya. Niat dan matlamat yang baik, dirosakkan dek cara yang huru-hara tak ketahuan hala.

Walaubagaimanapun, sebagai pihak yang berkecuali yang cuma ingin kebenaran yang memenangi bagi setiap pertempuran, penulis ingin mengharmonikakan kekeruhan yang telah terjadi, agar kepincangan hari ini, tidak terjadi lagi di kemudian hari, InsyaAllah.

Artikel ini, disiapkan untuk membedah lima karekter yang wujud sepanjang pergeseran ini. Lima karekter itu, ngo gms, mpm, pihak pengurusan, mahasiswa serta yang terakhir sekali adalah pensyarah.

Kita mulakan dahulu dengan ngo gms.

Ngo gms, lahir dari reaksi yang terburu-buru yang tidak begitu memahami keadaan persekitaran dengan baik. Mereka, terburu-buru dalam mengecohkan keadaan. Akibatnya, mahasiswa-mahasiswi kuis terpecah belah kepada banyak belahan bahagian.

Yuran turun.

Ya, kita semua sama-sama bersetuju yuran turun, dalam masa yang sama juga kita sama-sama beriman bahawasanya yuran kuis mahal. Tetapi, aksi yang dimainkan adakah secocok dengan kita yang mendakwa, kita mahasiswa Islam yang memperjuangkan nasib rakyat Mahasiswa? Yuran turun di ipts, sebenarnya bukanlah mesti akibat protes ngo gms, tetapi atas timbang rasa pihak kolej.

Aksi Demonstrasi.

Pada pagi semalam, telah diedarkan satu lagi flyers oleh ngo gms. Kata mereka, MB Selangor nak beri RM 5 Juta melalui Kerajaan Negeri Selangor. Kata penulis, silakan. Itu, amat-amatlah kita alu-alukan. Tetapi, apa kena mengena apa yang Kerajaan Negeri nak beri dengan demonstrasi? Langsung tidak ada kena mengena. RM 5 Juta itu, milik kuis atau Kerajaan Negeri? Sepatutnya, kalau Kerajaan Negeri boleh beri RM 5 Juta, tetapi masih belum beri lagi hingga ke hari ini, patut ngo gms ini buat demo depan rumah MB Selangor itu sendiri. Bukankah ianya, fair? Selaras dengan tuntutan keadilan, bukan?

Budaya fitnah memfitnah / Machiavellian yang keterlaluan.

Fitnah, bersimpang siur, berkesiuran di atmosfera langit-langit kuis. Apa kena semua ini? Ngo gms kata, nak biah solehah? Tetapi, nampaknya ini sudah jadi biah fitnah memfitnah. Ngo gms katakan, ada penyelewengan dan korupsi. Maka, sehingga ke hari ini, kita masih menanti apa bukti alibi yang ngo gms ada untuk mengabsahkan hujah mereka, mengatakan memang benar ada penyelewengan. Malangnya, sehingga ke saat ini, janji bukti-bukti akan dilunggukkkan kepada kita, tinggal janji.

Fakta yang tak betul atau pemikiran yang memang tidak berapa betul?

Ipts, memanglah orientasinya adalah daripada duit pelajar. Itu fakta yang solid. Kemudian, apabila ada pihak meminta ngo gms buat perbandingan, mana ipts dalam Selangor yang seumpama kuis, yang yurannya lebih murah dari kuis, ngo gms, diam seribu cara. Mereka, gagal buktikan pendakwaan, terma dan syarat PTPTN yang tidak dapat difahami dengan baik, dengan menafsirkan PTPTN adalah untuk wang poket.

Sungguh, mencelarukan dan memualkan.

Mpm: gagal mencontohi ‘Umar ‘Abdul ‘Aziz.

Meskipun sepanjang pertempuran ini, penulis banyak mengenali figure-figure dalam MPM atau pro mpm, seperti nu’aim, syafiq, nasrul, Helmi, Kamal Mustaqim, Dalilah, Fasihatun najah dan yuszairi, ingin penulis katakan, mpm masih punya kelemahan yang tersendiri. Mereka, agaknya lupa pada sosok agung Umawi iaitu cucu kepada ‘Umar al-Khattab.

Sepertimana datuknya yang lampau, ‘Umar ‘Abdul Aziz amat berhati-hati dalam urusan pemerintahannya. Beliau, amat takut akan didakwa di mahkamah Allah kelak atas kegagalan menunaikan beban yang terbeban di pundaknya.

Segala susah derita rakyat disemak. Bukan sekadar, tunggu rakyat datang melapor, bahawasanya aku wahai ‘amirul mukminin, belum makan lagi hari ini. Wahai khalifah, sehingga tengah malam ini, aku hanya menjamah mee maggi.

Bukan begitu. Begini.

Turun, bersengkang mata untuk rakyat, sinsing lengan baju untuk pikul payah susah rakyat tanpa diniatkan untuk dapat undi populis simpati, bukan juga untuk dikenal sebagi ikon pejuang kebajikan rakyat adalah cita-cita murni.

Niat, sewaktu mengangkat sumpah menjadi khalifah adalah untuk mewakafkan diri sebagal khadam (kaki?) rakyat adalah perbuatan yang seharusnya menjadi kewajipan mereka. Masalah rakyat mahasiswa yang tidak disetelkan, patut disetelkan. Perlu, kepada semua warga mpm dan yang bercinta-cita nak jadi warga mpm, bertanya semula kepada diri masing-masing, atas alasan apa aku terjun ke kawasan siasah mpm ini? Untuk mencapap? Untuk Allah? Untuk perempuan? Untuk nama? Atau untuk apa?

Tidak dinafikan, ada warga mpm yang budiman. Juga, tidak dapat dinafikan ada yang tidak budiman. Berkenaan kerja-kerja mereka yang tidak dihebahkan, mungkin, sudah tiba ketikanya, mpm meminta sebuah stesen radio kampus untuk dipublisitikan apa-apa yang mereka buat setiap hari. Jangan disebabkan, kita semua terlampau tunduk tawaduk, kita difitnah.

Pihak pengurusan yang patut diberhentikan?

Penulis, sebenarnya mengalami keperitan yang tersendiri apabila berurusan dengan pihak pengurusan. Pengurusan, amat mengecewakan. Tanyalah kepada mana-mana mahasiswa, cara mereka menguruskan sesuatu masalah pelajar amat membosankan dan boleh diberi gred c kerana prestasi yang tidak memuaskan.

Pihak pengurusan, patut sedar apabila Timbalan Rektor 2 berkata, kuis adalah ipts yang tidak dapat tidak, berorientasikan $. Maka, piagam pelanggan, amatlah perlu dipatuhi bukan untuk dilanggari.

Sebetulnya, pihak pengurusan boleh tersenyum puas apabila masih ada pelajar yang sudi menjijakkan kaki di ibu pejabat mereka untuk menguruskan hal ehwal mereka. Tetapi, malangnya itu tidak berlaku. Para pelajar yang datang, dilayan dengan muka yang masam dan perasaan yang membosankan. Macam mana para pelajar tidak mengamuk dan mengutuk sakan?

Please! Take a note, please! Tolonglah, ambil serius masalah mahasiswa. Penulis, faham, setiap orang ada tempo kemarahan dan keadaan yang berbeza. Namun, perlu diingat juga, adakah setiap hari pihak pengurusan mahu buat muka cenge, muka masam kelat sahaja? Allahu Rabbi, wahai para pihak pengurusan, gaji yang kamu dapat dan alirkan untuk urusan keluarga kamu semua, adalah hasil dari titik peluh duit yang mak ayah kami bayar. Adakah kamu sanggup bertentang mata di hadapan mahsyar kelak, disebabkan kamu cuma lepak atas kerusi dalam bilik aircond?

Tak takutkah pihak pengurusan dengan apa yang penulis ancamkan? Jangan risau, penulis tidak akan memfitnah kalian keterlaluan. Penulis cuma bercakap tentang apa yang penulis dan sebahagian besar mahasiswa kuis lalui.

Yuran memang mahal.

Itu tidak dapat dinafikan. Tetapi, tolonglah. Penulis merayu kepada pihak promosi publisiti bahagian pengurusan supaya ambil berat hal ini. Majority pelajar yang masuk ke dalam kuis, adalah orang Melayu. Melayu, adalah sinonim dengan kemiskinan. Jadi, perlu difikir semula, apabila pihak pengurusan katakan, kuis berorientasikan kewangan, maka adakah ianya relevan?

Masalah mahasiswa pula.

Jangan kata mahasiswa kuis sudah bangkit sepenuhnya. Yang bangkit, cuma beberapa ketul kueh bangkit sahaja. Kebangkitan mahasiswa, bukanlah dinilai dari sudut acara demo dan kepandaian mengkondem orang sahaja. Kebangkitan mahasiswa, bukan juga dinilai dari sudut sebar flyers sebarkan kemaluan orang sahaja. Kebangkitan mahasiswa, harus lebih besar.

Kebangkitan mahasiswa, pada hari ini, harus lebih mempunyai jiwa yang lebih besar, makna yang lebih mendalam, cita-cita yang lebih tinggi dan matlamat yang lebih murni.

Sekurang-kurangnya, ipts kuis, masih lagi menyediakan tempat kepada mahasiswa yang tercicir dari ipta ciptaan kerajaan. Maka, bukankah ianya satu gedung ilmu yang harus dijelajahi sesegera yang mungkin untuk kita menapak lebih deras lagi di menara gading bernama ipta ciptaan kerajaan? Kenapa kita harus berlama-lamaan di sini dan protes unjuk rasa di sini?

Kita, ada perjuangan yang lebih besar sebenarnya.

Budaya ilmu yang masih belum dibudayakan, budaya ikut-ikutan, taqlid babi butaan, ketaksuban yang memanjang-manjang (Malahan memualkan! Sungguh) bukankah ia harus dikikis habis-habisan?

Bajet 2010, yang baru berlepas meninggalkan kita, penulis fikir ia tidak diwacanakan langsung oleh mahasiswa kuis kita. Jadi, mananya kebangkitan mahasiswa yang digembar-gemburkan? Jadi, siapa yang benar-benar bangkit sebenarnya? Sesungguhnya, kota keilmuwan memanggil-manggil para pahlawannya supaya mempertahankannya. Tetapi, para pahlawannya hanya kalut bersorak sorai entah apa-apa. Mahasiswa, adakah kita telah mempunyai kejelasan pemikiran tentang perjuangan kita yang semestinya?

Masyarakat yang terakhir, adalah masyarakat pensyarah.

Mungkin, penulis agak biadab kerana memasukkan para pensyarah yang mendidik penulis selama ini. Tetapi, apabila dikenang-kenang dan direnung-renung, posisi pensyarah adalah sebagi murabbi: Penternak!

Pensyarah/penternak/penunjuk jalan, seharusnya ke depan dalam memimpin mahasiswa selaku anak-anak mereka. Apabila para pensyarah melihat kelakuan ngo gms dalam aksi demonstrasi tempohari, apa stand para pensyarah sebenarnya? Penulis, tidak pasti sama ada perlu atau tidak para pensyarah turut mempunyai pergerakan mereka sendiri.

Tetapi, yang pastinya, di saat ada segelintir minority mahasiswa yang gigih mencari sebuah kebenaran, perlu ada bimbingan dan tunjuk ajar dari para pensyarah untuk menunjuk jalan.

Sekiranya, para pensyarah hanya mengambil sikap tawaquf dan berdiam dari melibatkan diri, maka akan terjadilah apa yeng telah terjadi. Fitnah, bersimpang siur, berkesiuran berterbangan di atmosfera kuis. Segala ilmu yang dicurahkan selama ini ke atas murid-murid mereka bernama mahasiswa, jika tidak didengari, maka sudah sampai masanya, sang guru merotan anak murid.

Apabila kesesatan dikumandangkan, harus ada yang menumbangkan.

Quran, sendiri berpesan. Kepada insan yang beriman, janganlah disebabkan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu berlaku zalim terhadap mereka.

Berlaku ‘adillah. Kerana, ‘adil itu lebih dekat dengan taqwa.

Tahukah kamu, apa itu ke’adilan? Ke’adilan itu, adalah meletakkan sesuatu, kena pada tempatnya.

Sekian, wassalam.

Wednesday, December 2, 2009

Syukur, Kebenaran Bersama Kita


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan aku tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu ingkar (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku amatlah berat" [Ibrahim 14:7]

Maka bersyukurlah kepada Allah kerana Dia telah menjadikan kita makhluk yang berspesis manusia. Justeru sebagai manusia kita dipikulkan oleh Allah dengan amanah dan tanggungjawab bagi memakmurkan bumi ini sesuai dengan apa yang diperintah oleh-Nya. Air, udara, besi, kayu, gunung, dan lain-lain manusialah yang Allah minta untuk urustadbirnya. Bukan jin, bukan juga malaikat apalagi iblis.

Allah Yang Maha Mencipta sudah menentukan peraturan dan kaedah bagaimana cara mentadbir alam ciptaan-Nya di dalam kalam-Nya, Al-Quran dan sunnah rasul-Nya, As-Sunnah.

Yang dikatakan bersyukur itu ialah apabila mengambil aturan dan undang-undang Allah sebagai panduan. Yang tidak bersyukur memandai-mandai mereka cipta peraturan dan undang-undang sendiri.

Kalau kita dijadikan makhluk kayu, ada juga gunanya. Dibuat bahan membina bangunan, penawar sebagai ubat-ubatan, diukir menjadi cantik, atau mungkin juga dibuat keranda dan dibakar. Maka itulah kita, bergerak tidak. Kemana pun tidak.

Kalau kita dijadikan binatang seperti babi tunggal, maka berkeliaranlah kita di semak dan hutan, menyondol-nyondol perdu pokok dan tanaman untuk mengisi perut yang lapar. Pada masa yang sama kita juga mungkin menjadi buruan singa dan harimau yang kita adalah rezekinya. Mungkin juga ditembak dan dijerat dek pemburu sebagai rezeki buat mereka yang tidak beriman.

Kalau kita dijadikan jin, maka itulah kita. Sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia. Tiada apa yang mampu kita lakukan kerana begitulah kita.

Kalau kita dijadikan sebagai malaikat pula. Tetap patuh dan setia pada setiap arahan Yang Kuasa. Tidak diberi-Nya makan, minum, bersenggama dan berkeluarga. Makan, minum, tidur, berfikir dan bernafsu itu sifat dan nikmat atas manusia.

Nyata wajar kita bersyukur kerana dijadikan makhluk bernama manusia. Bukan binatang, tumbuhan, jin, iblis atau malaikat. Kerana manusia itu kalau baik darjatnya lebih tinggi dari malaikat. Kalau jahat darjatnya hina mengalahkan binatang. Tak mustahil sedarjat iblis dan syaitan.

Untungnya kita sebagai manusia. Dijadikan Allah sebagai orang Islam dan orang beriman. Itulah sebesar-besar nikmat Allah kepada kita.

Bukan semua makhluk berspesies manusia dikurnia Allah nikmat Iman dan Islam. Antara sekian banyak manusia itu Allah berikan kebebasan memilih jadi Majusi, Yahudi, Nasrani dan atiesme.

Tetapi kita diberi Allah, Iman dan Islam. Sayugialah kita bersyukur. Tanda syukur itu ialah kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Jika itu dibuat, maka bersyukurlah namanya.

Kita bersyukur juga kerana Allah menjadikan kita orang Melayu kerana orang Melayu itu tinggi pekertinya, sopan santun tutur kata. Berbudi bahasa atau orang yang kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa, mudah menerima dan sangat bertolak ansur dengan masyarakat di sekelilingnya.

Maka sebagai orang Melayu juga, kita bersyukur kerana selama sekurang-kurangnya 6 kurun orang Melayu itu 100% Islam.

Kalau kita dijadikan orang Melayu sebelum enam kurun yang lalu seperti di zaman Sang Nila Utama membuka Temasik, tentu saja kita menyembah berhala. Kalau kita orang Melayu zaman Kedah Tua atau Pahang Tua, jangan-jangan kita sedang kekenyangan kerana baru menjamah daging biawak dan babi bersama tegukan arak dan tuak.

Rugilah kita kalau menjadi orang Melayu ketika itu sebagaimana yang dilalui oleh nenek moyang kita dulu. Mereka menjadi penyembah berhala dan memuja semangat alam yang pastinya itu bukan sifat orang bersyukur. Dicipta Allah tetapi tidak menyembah-Nya. Patutkah hamba berlaku begitu?

Kita sememangnya patut bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai orang Melayu yang menerima Islam sebagai agamanya.

Zaman berganti zaman, Islam berkembang dengan pesatnya di Nusantara yang mana Melayu adalah penghuninya. Kita bersyukur kerana seluruh orang Melayu di alam Melayu menjadi Islam.

Namun adakah orang Melayu yang sudah menerima Islam itu benar-benar beriman? Tidak kata Allah, sehinggalah mereka diuji dahulu.

Maka sekitar beberapa ratusan tahun orang Melayu hidup sebagai orang Islam, diuji Allah dengan datangnya penjajah ke rantau ini. Sepanyol yang baru saja mengalahkan kerajaan Islam Cordova belayar ke timur dunia memburu orang Islam. Dilanggarnya Filipina dan menjarahnya.

Feringgi mendarat di Melaka dan menakluknya. Kemudian datang pula Belanda mengusir Feringgi dan berdiam pula ia di Melaka. Lepas itu datang pula Inggeris menghalau Belanda dan dijajahnya seluruh Tanah Melayu yang Melaka di dalamnya. Belanda takluk pula sebahagian besar alam Melayu yang dinama Indonesia.

Belanda, Portugis, Sepanyol, dan Inggeris entitinya berbeda. Namun kesannya sama. Diajak Melayu meninggalkan Tuhannya dan menyembah selain Dia. Masing-masing menindas orang Melayu Islam. Penindasan itu ujian. Ia benar-benar mengancam iman mereka.

Dulunya Filipina tidak disebut Filipina. Amanillah nama asalnya. Kini yang berbaki cuma Manila. Amanillah tiada.

Kita bersyukur kerana ujian dijajah beberapa kurun berjaya dihadapi oleh orang Melayu Tanah Melayu. Apabila penjajah terpaksa keluar dari Tanah Melayu, orang Melayu 100% Islam. Singapura terkeluar dari Tanah Melayu, orang Melayu di Singapura masih saja beragama Islam.

Sebelum merdeka Singapura yang dulunya Temasik, didatangi pendatang asing dan menjadi mereka rakyat di situ. Orang Islam tenggelam dalam kebanjiran pendatang yang kini berstatus rakyat. Selepas merdeka, ia sudah menjadi republik yang orang Melayu bukan lagi tuannya. Tetapi orang Melayu Singapura tetap jadi Islam.

Apabila Sepanyol keluar dari Amanillah. Nama itu sudah lama digugurkannya. Orang hanya mengira ia Filipina. Orang Filipina menanggalkan kemuliaan mereka dengan membuang Islam dari anutannya. Mereka sudah bertukar agama. Hanya sebahagian kecil di selatan negaranya yang mahu Islam sebagai pegangan hidup.

Indonesia juga ada ceritanya. Keluar Belanda, rakyat Indonesia tidak lagi 100% Islam. Di bawah satu bumbung bermacam agama adanya. Dirasa semua agama adalah sama. Bagaimanapun Islam masih majoriti di Indonesia.

Tetapi di Tanah Melayu, Inggeris keluar setelah sedekahkah merdeka kepada United Malayan National Organization yang juga anak didiknya. Tiada upaya ia menggugat Islam pada orang Melayu. Rekodnya masih 100% Islam.

Kehidupan semestinya satu ujian. Orang Melayu sekali lagi diuji oleh Tuhannya. Didatangkan pula nikmat kemerdekaan. Orang Melayu memerintah sendiri. Undang-undang dibuat sendiri. Perbendaharaan negara diurus sendiri. Pemimpin-pemimpin Melayu dipuji kiri kanan, depan belakang. Semua dibuat dikata baik. Tiada cacat, kalis cela.

Tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka dengan penuh ujian kesenangan itu, ramai orang Melayu mengambil dadah dan ganja. Yang teramai anak-anak orang Melayu yang Islam itu agamanya. Yang jadi mat rempit belia Melayu, yang melepak juga anak Melayu, yang rosak dan runtuh akhlak pun ramainya orang Melayu. Sekarang yang ditangkap di negara orang kerana membawa dadah juga beliawanis Melayu.

Semasa diuji dengan penjajahan, orang Melayu kental. Mungkin saja kebal. Tiada yang terfikir mahu keluar dari agamanya kerana kahwin dengan orang lain, bahkan orang lain pula yang menganut Islam. Sesudah diuji kesenangan, gadis Melayu mengikut jantan lain bukan lagi luar biasa. Ditukar agama juga jadi biasa. Kehidupan beragama dalam kalangan orang muda tidak lagi semacam dulu.

Pelajaran, ekonomi, agama, budaya, siasah orang Melayu bukanlah yang terbaik. Rasuah, bom orang, salah guna kuasa, penyelewengan, tidak berdisiplin adalah satu fenomena biasa yang jauh dari luar biasa.

Tidak pintar untuk meramal masa depan orang Melayu selepas merdeka. Dulu ada bangsa hebat namanya, Babylon. Sekarang bangsa itu tiada lagi. Dulu ada bangsa Kibti membina tamadun agung di Mesir. Kubur sahaja sudah cukup mengkagumkan. Piramid diberi nama. Bangsa itu lenyap. Dulu juga ada bangsa Tsamud. Soleh itu rasulnya. Dipahat gunung menjadi istana. Bangsa itu juga lenyap kerana sifat syukur tiada padanya.

Kalau Babylon yang membina Taman Tergantung itu bisa lenyap, Kibti yang membangunkan piramid dan bandar terancang juga lenyap, begitu juga Tsamud apa tidak mungkin bangsa Melayu juga daripada ada menjadi tiada.

Tetapi kalau orang Melayu bersyukur jadi orang Islam, orang beriman dan syukur itu tidak cuma di mulut, tetapi diamalkan seperti yang disaran oleh Penciptanya, Islam selamat, Melayu sejahtera.



KESEDARAN

Your Blog : xizhan88.blogspot.com


Manusia mungkin berada dalam keadaan gembira,
dan manusia lainnya berusaha untuk menyedarkanItu memang usaha yang baik
Namun keadaan ini mungkin buruk baginya,
dan kesedaran mungkin baik baginya
Membangunkan orang yang tidur,
baik atau buruk tergantung siapa yang melakukannya.
Jika si pembangun adalah orang yang memiliki pencapaian tinggi,
maka akan meningkatkan keadaan orang lainJika tidak,
maka akan memburukkan kesedaran orang lain

~ Jalaluddin Rumi

Tuesday, December 1, 2009

Perjuangan tanpa wawasan tanda tumpul idealisme Mahsiswa

SEKONYONG-konyong sekumpulan mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menggelarkan identiti mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) berarak, berkumpul dan berdemontrasi menuntut apa yang didakwa hak mereka. Sebilangan kecil mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berdemonstrasi menuntut pengurusan universiti menurunkan kadar yuran berasaskan andaian universiti menaikkan kadar harga yuran 50 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Riuh-rendah universiti akibat keletah anak-anak muda ini. Mereka berkumpul dan berarak dalam kumpulan kecil dalam tempoh seminggu sehingga kemuncaknya pada 6 November lalu, mereka menyuarakan bantahan rasmi - Memorandum Desak: Mendesak Pihak Pentadbiran Menurunkan Yuran Pengajian. Gelagat mereka mendapat liputan media cetak dan elektronik. Media alternatif, termasuk blog melaporkan dengan lebih meluas, termasuk umpat keji, maki dan kata nista.

Berbanding suasana era gelombang kebangkitan mahasiswa pada 1960-an dan 1970-an, perjuangan ketika itu membawa tema penting, lebih jitu membumi, menyentuh akar umbi dan hati nurani rakyat. Perjuangan mereka misalnya untuk memartabatkan bahasa Melayu, kemiskinan rakyat dan kejatuhan harga getah yang lebih dekat kepada suara nurani rakyat serta wibawa bangsa. Akibatnya, suara dan perjuangan mahasiswa dipasung dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pemimpin mahasiswa ditangkap, dipenjara dan ada yang membawa diri lari ke luar negara. Pokoknya, wacana mahasiswa ketika itu mendukung satu tema dan gagasan besar memartabatkan perjuangan bangsa.

Demonstrasi terbaru oleh segelintir mahasiswa ini menampilkan citra dan wajah yang berlainan. Di sekitar persoalan dan isu yang diketengahkan, nyata perjuangan mereka menampilkan satu watak bahawa lumpuhnya wawasan dan idealisme golongan itu. Membawa isu terpinggir, remeh-temeh serta dangkal nyata membelenggu dimensi perjuangan kumpulan serpihan ini. Mengapa dikatakan demikian?

Pertama, sebuah IPTS berbeza sama sekali dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Walaupun falsafah dan fungsi IPTS adalah mendukung dasar pendidikan tinggi negara, matlamat IPTS pada akhirnya ialah kemandirian dari sudut kewangan. Berbanding IPTA yang mendapat sokongan dana dan pembiayaan kerajaan, geran penyelidikan dan inovasi serta sokongan berterusan kerajaan dalam pelbagai bentuk yang lain, IPTS secara umumnya beroperasi bersendirian, mencari duit dan mencipta laba menerusi cara yang diharuskan. Kutipan yuran pelajar adalah satu kaedah bahkan menjadi cara yang paling utama.

Menerusi kutipan yuran itulah, sesebuah IPTS menyokong kesinambungan hayatnya. Ia termasuk belanja operasi, pembayaran gaji dan emolumen, menyediakan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), kemudahan prasarana, penyelenggaraan kemudahan, bayaran bil dan utiliti, perkhidmatan perpustakaan, makmal bahasa dan multimedia serta kemudahan lain yang perlu disediakan menurut piawaian sebuah institusi pengajian tinggi. Akibat perbelanjaan dan kos yang tinggi terus menerus meningkat saban tahun, maka tidaklah mengejutkan ada laporan sebelum ini menyebut sesetengah IPTS terpaksa gulung tikar.

Jangan juga dilupakan, IPTS perlu melakukan kerja promosi dan pemasaran secara bersendirian untuk mencari pelajar. IPTS tidak mempunyai pusat sehenti (one stop centre) seperti Unit Pusat Universiti (UPU) yang memproses kemasukan pelajar terus ke IPTA. Perbelanjaan dan kos bagi pengiklanan serta pemasaran adalah tinggi, kerja yang dilakukan sulit dan sukar di samping memerlukan inisiatif yang tinggi, perancangan strategik, tersusun dan komprehensif. Apatah lagi jika aktiviti pemasaran membabitkan pemasaran antarabangsa, kosnya tentulah lebih mahal dan tinggi. Semua perbelanjaan yang dilabur bagi tujuan pemasaran dan promosi belum tentu berbaloi andainya pelajar tidak datang belajar ke sesebuah IPTS.

Persaingan IPTS nyata semakin sengit. Kini ada 37 kolej universiti dan universiti swasta dan lebih 500 kolej swasta bersaing untuk merebut segmen pasaran sama. Lazimnya, pelajar yang berkelulusan cemerlang cenderung memilih atau dipilih memasuki IPTA. Baki yang lain itulah, sesetengahnya hanya berkelulusan minimum yang hendak direbut untuk memasuki IPTS.

Tanggungjawab IPTS menggalas misi besar, menampung sejumlah pelajar yang tidak mampu ditampung IPTA. Ini misi nasional. Dalam kerangka yang lebih besar, IPTS perlu bersama-sama menjayakan agenda nasional memartabatkan agenda pendidikan tinggi, memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjana modal insan berkualiti tinggi.

Kedua, kerana sifatnya yang perlu bersaing dan berdikari, pengurusan IPTS bertanggungjawab melapor kepada lembaga pengarah, pemegang kepentingan dan sesetengahnya langsung kepada pemegang saham. Laporan tahunan kewangan yang mencatatkan defisit tentulah meletakkan pengurusan IPTS tertekan, meresahkan, menjejaskan operasi organisasi dan kemungkinan membawa kepada tragedi gulung tikar. Perbezaan ini amat ketara dengan operasi IPTA yang dijaga rapi oleh pemegang kepentingannya, iaitu kerajaan sendiri. IPTS lebih terbuka untuk menjadi muflis jika penyata dan kedudukan kewangannya goyah.

Kenyataan dan garis penting inilah yang gagal untuk difahami kebanyakan pelajar, malah ibu bapa yang menghantar anak mereka menuntut di IPTS. Mujur agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyediakan dana pinjaman kepada pelajar IPTS. Pinjaman itulah yang membantu pelajar membiayai pengajian mereka selama tiga atau empat tahun di universiti. Namun, pinjaman pengajian itu tidaklah seperti biasiswa. Dengan keterbatasan PTPTN yang terpaksa memikul tanggungjawab sosial begitu besar, ia tentulah tidak berupaya menyediakan jumlah pinjaman yang besar kepada setiap pelajar. PTPTN turut bertanggungjawab menaja pelajar IPTA.

Maka, sebarang tuntutan untuk menaikkan kadar pinjaman adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara dan kuasa PTPTN, bukan pengusaha IPTS. Sekali lagi, bayangkan senario buruk jika PTPTN menutup terus saluran penyediaan dana pinjaman kepada pelajar IPTS. Sesebuah IPTS memang bergantung kepada komitmen sebuah agensi besar seperti PTPTN kerana hampir 70 hingga 80 peratus pelajarnya bergantung kepada dana pinjaman berkenaan.

Dana pinjaman yang diterima pelajar diguna membayar yuran pengajian bukanlah mutlak sepenuhnya masuk ke kantung kewangan universiti. Sebahagian dana itu dipulangkan bagi kepentingan pelajar, termasuk penyediaan kemudahan P&P, kemudahan dan prasarana. IPTS bukanlah organisasi tamak untuk mencipta keuntungan berlipat ganda. Sejak beberapa tahun beroperasi IPTS terpaksa ditampung menerusi dana asnaf fisabilillah disalurkan syarikat induk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam bentuk pembiayaan geran tahunan untuk membiayai gaji dan emolumen kakitangan. Hakikat ini tidaklah difahami oleh kumpulan serpihan pelajar yang berdemonstrasi menuntut penurunan harga yuran pengajian.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Pepatah ini sesuai untuk menggambarkan IPTS yang berada dalam kedudukan serba salah. Melayan dan menerima sepenuhnya tuntutan pelajar agar menurunkan yuran pengajian pada analisis akhirnya pasti menjejaskan operasi pengurusan. Menolak tuntutan itu pastilah meletakkan pengurusan ditohmah kononnya mengetepikan prinsip keadilan, tamak, boros dan sebarang kutukan lain bukan saja oleh pelajar berkepentingan sempit seperti GMS, tetapi mungkin sesetengah ibu bapa yang tidak memahami situasi sebenar perjalanan operasi sesebuah IPTS.

Jika dibiarkan perangai dan gelagat kelakuan anak muda ini, ia ibarat kaduk naik junjung, ular lidi menjadi naga. Kebebasan bukanlah mutlak kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Mereka yang menebar angin pastilah menuai badai. Tindakan pelajar berhimpun secara tidak bertanggungjawab perlu menerima hukuman setimpal mengikut hukum dan ketetapan peraturan undang-undang. Mereka menjejaskan sebuah kehidupan kampus yang harmoni. KUIS bermula sejak 1995 sebagai sebuah kolej, sebuah entiti yang kecil, serba sederhana, dan menumpang premis di sebuah sekolah di Shah Alam. Hanya pada 2002, KUIS berpindah ke kampus tetap di Bandar Seri Putra, bangunan yang dibina hasil inisiatif kerajaan Selangor ketika itu.

Pada 2004, KUIS dinaik taraf sebagai sebuah Kolej Universiti menerusi sedikit keberanian dan iltizam untuk turut sama memacu agenda pendidikan tinggi negara. Kini ia dalam proses permohonan untuk dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh.

Segelintir ahli GMS ini menampilkan wacana tohor, serba dangkal dan minda terkepung apabila menggerakkan segelintir mahasiswa untuk berdemonstrasi. Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Kejahilan adalah kezaliman. Agenda perjuangan kumpulan serpihan GMS hambar, kosong, tidak bermaya, tidak langsung berguna dan bermakna.


Oleh Mohd Shah Abdullah

Timbalan Rektor Pembangunan Korporat dan Pengantarabangsaan KUIS

http://www.bharian.com.my/Wednesday/Rencana/20091125005743/Article/index_html