Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Sunday, March 22, 2009

Hadiah Untuk Nabi.

Posted on 1:21 PM by Admin KBloG

Oleh: Amir Hamzah Akal Ali


Pada 12 Rabiul Awal ini, kita menyambut ulang tahun kelahiran Baginda Muhammad S.A.W. Baginda Muhammad S.A.W ini yang tidak berdarah kuning telah lahir pada tarikh ini. Pada tarikh ini, telah lahir seorang insan iaitu Baginda Muhammad S.A.W yang tidak berdarah kuning yang bakal mencerahkan alam.


Pada tarikh hari ini juga telah bersedih Umar R.A, Abu Bakr R.A, Usman R.A dan lain-lain lagi sahabat besar Baginda Muhammad S.A.W. Ini kerana pada tarikh ini juga telah wafatnya junjungan besar kita Baginda Muhammad S.A.W yang teramat mulia melebihi duli yang maha mulia seri paduka baginda.


Baginda Muhammad S.A.W tidak meninggalkan ketulan-keltulan emas, syiling-syiling emas, perak , dinar ataupun dirham. Sebaliknya Baginda Muhammad S.A.W yang telah berjuang selama 23 tahun semenjak dari kota Mekah hingga ke pintu kota Yathrib telah meninggalkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.


Sebelum 12-03-09.


Sebelum 12-03-09, telah berlaku demonstrasi secara aman menyerahkan memorandum memansuhkan PPSMI.


PPSMI menurut Cikgu Azmi Bin Hamid, pengerusi Teras Pengupayaan Melayu adalah Pemimpin-pemimpin Sombong Menreng dan Iseng. Sebenarnya maksud PPSMI yang sebenarnya adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Namun begitu, Cikgu Azmi Bin Hamid mempunyai alasan terbaik untuk menerangkan maksud akronim tersebut. Tanpa berniat untuk meleret-leret, demonstrasi secara aman telah diadakan, FRU telah dikerahkan, water canon telah dilepaskan, apa semua ini?


Melepaskan tembakan meriam air, air asid, air kimia, melepaskan tembakan gas pemedih mata bertalu-talu apa semua ini? Seolah-olah FRU, polis-polis yang dikerah bersama adalah robot-robot besi alloy yang tidak mempunyai aqal, jiwa dan perasaan langsung.


Seterusnya kita beralih pula kepada sambutan Maulidur Rasul. Kita tidak mahu menyentuh sambutan keputeraan Baginda Muhammad S.A.W yang tidak pernah disuruh pun oleh Baginda Muhammad S.A.W adalah bid’ah hasanah ataupun tidak. Kita cuma mahu bertanya apa hadiah yang boleh kita beri kepada Nabi Muhammad S.A.W yang kita kasihi? Atau, soalan yang lebih tepat lagi, wahai tokoh-tokoh Maulidur Rasul, apa hadiah yang bakal kamu beri kepada Nabi Muhammad S.A.W?


Masalah diperalatkan.


Ini bukan masalah diperalatkan. Isu mansuhkan PPSMI ini berlegar-legar sekitar persoalan nasionalisma dan patriotism (Jati diri bangsa.) Bahkan perlakuan ini adalah menjunjung prinsip yang terkandung di dalam Islam yang dikemukakan Al-Quran iaitu wa la ta awanu alal ismi wal udwan wa ta awanu alal birri wat taqwa.


Tuhan sendiri tidak membenarkan kita menolong penyumpah-penyumpah palsu, perompak-perompak yang bertali leher, perogol-perogol bertaraf yang amat berhormat, pembunuh-pembunuh yang bersembunyi di di jemaah menteri.


Adakah kita lebih Tuhan dari Tuhan yang bernama Allah?


Jadi, balik semula kepada persoalan tadi, apa hadiah yang kita mahu beri pada Nabi?


Orang-orang atas langit yang tinggal di planet-planet lain yang tidak ada tv dan suratkhabar.


Para ugamawan, tolonglah. Satu persatu tali-temali prinsip ugama kita dirungkaikan satu demi satu, kita mahu diam sahaja? SIngsinglah lengan jubah kamu semua wahai para ugamawan sekalian. Tunjuklah sedikit keprihatinan kamu semua wahai para ugamawan tehadap penyakit-penyakit yang merosakkan masyarakat. Janganlah menjadi orang-orang atas langit yang tinggal di planet-planet lain yang tidak ada tv dan suratkhabar.


Khulasah.


Barangkali 22 orang yang dipanggil polis ini (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, SN A. Samad Said, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, pemimpin KeADILan Saifudin Nasution Ismail, ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Exco penerangan Pemuda PAS SUhaizan Kaiat, ahli jawatankuasa GMP Ainon Mohd, Ustaz Idris Ahmad,pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dato’ Dr Hassan Ahmad, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shaharir Mohd. Zain, professor bahasa Dr Abdullah Hasan , setiausaha GMP Hasni Abas, DInsman, Mohamad Faisal Abd Aziz, Muhammad Haafizuddin Abirerah dan lain-lain lagi.) serta kira-kira 50,000 manusia yang berhimpun membantah satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional ini yang layak menerima anugerah tokoh maulidur Rasul 1430 H ini kerana mereka benar-benar memberi hadiah yang paling baik untuk Baginda Muhammad S.A.W walaupun disembur dengan air dari water canon!

No Response to "Hadiah Untuk Nabi."

Leave A Reply