Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Friday, March 6, 2009

KDN batal warta kebenaran guna perkataan 'Allah'

Posted on 1:12 AM by SyahiranMuhd

Sehari selepas kerajaan menarik balik kenaikan tol di lima lebuhraya, Kementerian Dalam Negeri pula membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian, berkuatkuasa serta merta.
Justify Full
Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

herald the catholic weekly online 241207Baru-baru ini, kerajaan melarang terbitan Herald dalam edisi Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan sebagai sebahagian dari syarat untuk membenarkannya terus menerbitkannya dalam Bahasa Inggeris, China dan Tamil, lapor Bernama.

"Terdapat semakan semula kehakiman dalam perkara ini dan saya serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya. Saya berpendapat ada kesilapan dalam warta itu. Apabila kita membuat kesilapan, saya mesti akui ia perlu diteliti secara menyeluruh.

"Tetapi oleh kerana perkara itu sudah silap...maka lebih baik kita buat pembetulan," katanya kepada pemberita di Kota Kinabli semalam.

Syed Hamid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini yang meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua YADIM Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Semalam, melaporkan Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan KDN bahawa penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Warta kerajaan yang diwartakan 16 Februari itu berbunyi: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan "Khusus Untuk Penganut Agama Kristian".

No Response to "KDN batal warta kebenaran guna perkataan 'Allah'"

Leave A Reply