Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Monday, July 6, 2009

Saluran Televisyen Islam : Langkah Tepat

Posted on 11:28 AM by SyahiranMuhd


Hiburan sudah menjadi sebahagian dalam hidup manusia kerana sifat untuk berhibur itu merupakan naluri setiap manusia untuk bersukaria. Akan tetapi hiburan ini perlu dikawal atau ditapis oleh pembesar iaitu pihak kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyaluran hiburan ini,dan ditelitikan oleh bahagian Hal Ehwal Islam.


Televisyen merupakan salah satu bahan media yang memainkan peranan menyeberkan maklumat yang akan membentuk pemikiran manusia tidak kira maklumat itu baik atau buruk kerana penerimaan itu bergantung kepada persembahan untuk menarik perhatian seseorang.

Baru-baru ini di dalam akhbar Utusan pada 22 Jun 2009, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah mencadangakn agar di wujudkan saluran televisyen yang berbentuk Islam dan mendapat sambutan yang menggalakan oleh Ngo-ngo Islam seperti PPIM, ABIM, JIM,PKPIM dan lain-lain lagi dan Perkara ini dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di pejabat Perdana Menteri.

Mungkin anggapan masyarakat membanyangkan program-program dalam saluran ini banyak ceramah-ceramah, tilawah, halaqah atau pun program keagamaan yang lain.
Pada pandangan saya, realiti tv ini akan mengekalkan konsep program-program di saluran tv yang lain, tetapi ia mestilah diserta dengan unsur Islam yang menepati syara’ seperti drama yang tidak mensyirikkan Allah seperti filem-filem seram yang sedia ada, tiada adegan berpegangan diantara bukan muhrim, atau filem berunsurkan nasihat dan teladan.

Untuk golongan muda yang suka akan bercintan-cintun ini, mungkin boleh dihasilkan filem yang berkonsepkan cinta antara teruna dan dara akan tetapi mesti menerangkan cinta yang paling utama ialah kepada Allah SWT dan yang kedua kepada Rasulullah selepas itu barulah cinta kepada manusia dan lain-lain.

Itu adalah salah satu daripada tarikan yang lazim yang dimainkan alat media ini, dan bayak lagi program yang boleh diubahsuai agar menepati citarasa Islam khasnya Syara’ , isu ini terserah kepada pakar-pakar agama dan media Islam yang ramai dinegara ini.

Harapan agar saluran ini dapat mencapai matlamat utama dalam memainkan peranan sebagai media Islam yang sentiasa akan memperbetulkan salah anggapan masyarakat terhadap Islam yang sekarang ini teruk di hentam dan difitnah selain berperanan sebagai memberi hiburan yang baik kepada umat Islam serta pengajaran yang baik sebagaimana Firman Allah didalam surah Al-Ankabut : “Serulah (muhammad) umat kejalan yang tuhan mu dangan cara yang bijak sana serta memberi pengaran yang baik...”

malumat lanjut sila klik

No Response to "Saluran Televisyen Islam : Langkah Tepat"

Leave A Reply