Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Friday, October 30, 2009

Part 3- Awuh, Awuh..., ayuhlah!



(Gambar dari aidc-editor.blogspot.com)

Raya tiba. Ali Taqi balik ke kampungnya yang terletak di Permatang Pauh. Menaiki kereta api tanah Melayu. Ali akan turun insyaAllah di Bukit Mertajam. Dalam tren yang panjang dan masa ruang yang terluang, Ali bawa keluar sebuah buku. Keluaran IKD.

Penulis buku itu memuja 'Ali 'Abdul Raziq, Al-islam Wa al- Usul Hukum (AWUH). Ali berkerut.

Seorang penumpang duduk bersebelahan. Penumpang itu masam sahaja mukanya. Senyum kelat apabila Ali menghulurkan tangan. Ali hanya tersenyum tak ambil hati. Ali kemudian meneruskan pembacaan.

Penulis buku itu menyatakan, 'Ali 'Abdul Raziq dicengcang selumat-lumatnya dalam dunia Islam. Selepas mengarang AWUH, 'Ali 'Abdul Raziq telah dinafikan hak asasi, dilucutkan jawatan, dianggap sekular, 'ulama' sesat jalan. 'Ali 'Abdul Raziq, juga diharamkan dari memakai gelar 'ulama' Azhar. Sebenarnya, pengharaman itu punya akibat mengerikan kata pengagum 'Ali 'Abdul Raziq itu yang juga penulis buku yang sedang Ali baca.

Peruntukan 101, Kanun A-Azhar Bil.10 (tahun 1911), yang memperincikan bahawa setiap 'ulama' yang dilucutkan gelar 'ulama' oleh Majlis Tertinggi 'Ulama', namanya akan dipadam dari rekod Al-Azhar, dipotong pendapatannya tidak kira dari mana sumbernya dan macam-macam lagi.

Ali Taqi baca lagi. Di luar, titik-titik hujan menumpuk kaca tingkap. Penumpang tepi Ali, lena.

Kata pengarang buku yang sedang Ali baca itu, dia tertanya-tanya, jalan cari makan mana lagi yang terbuka untuk Syeikh Ali? Adakah kerja menjual kacang kuda berkuah, untuk sarapan pelanggan-pelanggan yang terdiri dari pembelanya?

Ali ketawa tiba-tiba. Penumpang di sebelah buka mata. Ali tersipu-sipu minta maaf. Penumpang di sebelah jegil mata kemudian berpaling mengadap tingkap lantas kembali lelap.

Ali Taqi betulkan kedudukan. Apa yang buat Ali ketawa?

Masakan tidak? 'Ulama', menurut pengarang buku yang dibaca Ali ketika ini anggap, adalah sesuatu pekerjaan untuk mencari makan. Haha. Itu adalah sesuatu yang kelakar. 'Ulama', adalah pekerjaan untuk mencari makan, bukankah itu suatu kelakar yang maha dahsyat?

Sekurang-kurangnya, kerja jual kacang kuda adalah lebih halal dan bermaruah serta diredhai Allah, dari menjual ayat-ayat Allah. Yashtari samanan qalila...

Ali, membuat sedikit kesimpulan sendiri waktu kereta api berhenti di salah sebuah stesyen. Di luar, hujan masih lagi turun. Penumpang di sebelah Ali masih, nyenyak tidur. Orang lalu lalang di tepi Ali. Ali, baca lagi.

Apa kesimpulan Ali?

Ada orang di akhir zaman ini, mengaku amat hebat, mendakwa tahu seba serbi itu dan ini. Orang dahulu, tidak tahu apa-apa. Orang padang pasir, pakai seban tutup kepala, oksigen pun tak dapat masuk menyebabkan para 'ulama' bagi fatwa kuno, fatwa unta, fatwa padang pasir. Islam kan plastik, menurut mereka? Ali Taqi geleng kepala sekali dua. Mereka, intelektual Iblis, kata Ali.

Masakan tidak? Ibn Taimiyah, Salahuddin Al-Ayyubi, Saifudin Qutuz, Umar AL-Khattab, Ali Abu Talib, Sultan Murad, Sulaiman Al-Qanuni, bahkan Al-fateh sendiri, mereka ini semua lahir di zaman apa?

Mereka-mereka ini, yang hidup di zaman Khilafah, amat cemerlang gemilang dan terbilang di zaman mereka, zaman yang ada khilafah. Adakah seorang pun dari mereka tak tahu bahawasanya Islam dan Khilafah itu, mesti berpisah?

Ali Taqi dan penumpang di tepi semakin hanyut. Tetapi dalam sungai yang berbeza. Kereta api bergegar kemudian bergerak kembali. Orang, lalu lalang di tepi. Ali tidak sedari beberapa perempuan sebaya yang melintasi tepi Ali, kagum memerhati.

Pengarang itu, kemudian membuat sedikit andaian nakal;

"jangan-jangan banyak yang hilang kala Baghdad dibakar oleh Tartar adalah buku-buku yang ditulis oleh 'ulama' anti khilafah seperti 'Ali 'Abdul Raziq?"

Sebenarnya, pengarang ini mahu mengatakan betapa amat kurang sekali penulisan-penulisan tentang sains politik. Ali Taqi, biarkan sahaja. Skeptis, bolehkah dijadikan hujah?

Mata Ali mula bergoyang terhuyung hayang. Sekejap timbul sekejap tenggelam.

Ada perenggan yang menyindir 'Ulama'-ulama' hari ini tentang khutbah-khutbah mereka yang cuma pandai mem-ban-kan 'Ali 'Abdul Raziq tanpa bahaskan idea-idea besar grand idea dalam AWUH.

Semua perkara perlu diberitahu kepada orang awam? Kelopak mata Ali bugar terbuka.

Come on lah. Ruang intelektual besar harus menjadi ruang percekcokan orang awam biasa?

Mudah sahaja analoginya. Doktor gigi, kita wajar bagi kepada sesiapa sahaja mencabut gigi kita? Misalan lain. Kereta rosak, kita wajar bagi orang yang katarak matanya menebal tak nampak, memperbaiki kereta kita?

Come on, come on. Tolonglah berlaku jujur. Jangan khianat. Ugama pun sebegitu jua. Harus, ada ruang untuk masyarakat awam melibatkan diri. Serta, ada juga daerah-daerah terlarang yang haram untuk masyarakat awam, lewati.

Begitu Ali Taqi mencatit raddnya ketika kereta api mulai berhenti.

Thursday, October 29, 2009

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan


Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM

Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144

Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144

Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri

Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)

Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA

Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

  • Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
  • Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
  • Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
  • Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

  • Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
  • Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
  • Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
  • Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
  • Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess

Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

  • A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
  • B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS

Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

  • Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
  • Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
  • B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan

Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu

JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

  • Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
  • Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.

Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.

Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.

(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

DSC_0379

Janganlah Kita Jadi dayus Macam Mustapha Mohamed – Foto Ehsan LanJan

http://kickdefella.wordpress.com/

Wednesday, October 28, 2009

Pengaruh Daie Media

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Di peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.

Manakala Dakwah pula adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.


Ilmu dakwah adalah suatu ilmu yang berisi cara-cara dan tuntunan untuk menarik perhatian orang lain supaya menganut, mengikuti, menyetujui atau melaksanakan suatu ideologi, agama, pendapat atau pekerjaan tertentu. Orang yang menyampaikan dakwah disebut "Da'i" sedangkan yang menjadi obyek dakwah disebut "Mad'u". Setiap Muslim yang menjalankan fungsi dakwah Islam adalah "Da'ie".


Firman Allah Yang Bermaksud : Serulah ke jalan Tuhanmu dengan HIKMAH (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang terbaik…-An-Nahl:125


Pendekatan dakwah berlainan mengikut peredaran zaman sebagaimana kisah-kisah pendekatan dakwah oleh para anbiaya seperti dizaman Isa A.S pendekatan baginda lebih kepada perubatan, manakala di zaman nabi Musa AS menggunakan pendekatan yang berkaitan dengan sihir kerana pada zaman itu sihir merupakan suatu yang popular dan Allah memerintshkan baginda melemparkan tongkang dan menjadi seekor ular besar lalu memakan ular-ular kecil daripada tukang sihir Firaun dizaman itu.


Begitu juga di zaman Baginda Rasulullah SAW yang terkenal dengan kecantikan bahasa dalam syair, lalu Allah SWT menurunkan Kalamullah Al-Quran yang cukup cantik bahasanya sehingga tidak ada sesiapa yang boleh menirunya.


Daripada pendekatan-pendekatan dakwah yang pelbagai inilah para Rasul dapat menyebarkan dakwah dengan sempurna dan ramai kaumnya menjadi pengikut. Begitu juga lah di zaman kita yang serba canggih ini yang mempunyai teknologi yang mudahkah kahidupan seharian.


Pendekatan dakwah melalui media merupakan salah satu cara untuk menyeberkan fahaman Islam kepada masyarakat, kerana pendekatan ini memberi kesan pada jangka masa yang lama. Pelbagai bahan media yang boleh digunakan dalam untuk menyebarkan fahaman tentang Islam ini seperti lakonan, muzik, cetakan, internet, dan lain-lain lagi.


Dalam lakonan, cerita-cerita yang sampaikan mestilah yang berkisahkan kebenaran, nasihat atau tauladan, membesarkan Allah dan tidak berunsurkan syirik seperti cerita hantu atau ilmu hitam atau cerita-cerita rekaan semata-mata kerana ingin memelihara pemikiran yang bersih daripada khayalan.


Melalui muzik pula merupakan salahsatu cara untu menambat hati-hati yang masih muda ini menginginkan kehidupan yang seronok dan tenang.Pendekatan dakwah dalam media ini mesti dimukan dengan penampilan si artis yang boleh menjadi role-model kepada si pendengar sebagai contoh hip-hop boleh mengekalkan rambut panjang, seluar besar, jeket dan t-shirt dan yang pasti, kekemasan dan kesopan itu yang menjadi perbezaan dengan penyanyi lain. Antara artis yang dijadikan contoh, Ust. Akil Hayy, Iqbal dan Yaasin.


Seterusnya lirik lagu yang semestinya tidak lari daripada mengagungkan tuhan atau menghuraikan ayat Al-Quran dan Hadis atu kisah anbiya serta nasihat-nasihat supaya mudah dalam memberi kefahaman kepada masyarakat biarpun dengan muzik yang pelbagai.


Internet merupakan satu medium yang merangkumi pelbagai medium seperti hiburan dan sumber maklumat dan jika ia dimanfaat dengan sebaiknya dapat melahirkan satu kesan yang besar kerana dengan internet kita boleh berhubung dengan seluruh masyarakat dunia.


Anak-anak muda suka melayari internet dan antara laman yang menjadi sambutan ialah Friendster, My Space, Facebook, Blog dan sebagainya. Laman-laman ini juga boleh digunakan untuk berdakwah seperti Friendster dan my space lebih kepada paparan gambar dan komunikasi, facebook dan blog pula tumpuan kepada perkongsian maklumat atau pendapat. Ini merupakan peluang yang baik untuk menghantar artikel-artikel dan pesanan kepada kenalan dan pembaca.


Seperti blog, kita boleh melihat betapa besarnya pegaruh dalam menyebarkan maklmumat daripada akhbar nyata. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) baru-baru ini, hasil kajian yang mempengaruhi rakyat ialah para blogger dan jika ia merupakan alat yang amat sesuai untuk berdakwah di alam mini.


Media cetak sudah mula wujud sejak sekian lama yang digunakan oleh manusia sejak sekian lama terutama untuk menghantar utusan. Dizaman kini media ini semakin berkembang ada yang dikenali sebagai memorandum, risalah sehinggalah kepada sura khabar. Semua alat ini berperana untuk menyebarkan maklumat.


Media jenis ini tidak harus ditinggalkan kerana ia juga berguna kepada si pendakwah kerana tidak semua orang melayari internet malah sebahagian besar masyarakat membeli akhbar untuk mengetahui isu semasa. Dengan cara ini juga tidak kirang besar kesan dalam member kefahaman kepada masyarakat.


Televisyen dan radio adalah saluran media yang semua orang guna, akan tetapi kosnya terlalu tinggi jika ingin dimiliki dan bukan calang-calang untuk bersuara dalam rancangan-rancangan yang disediakan oleh pihak penyiaran. Namun, ia juga tidak harus dipinggirkan serta merta kerana media ini merupakan tahap tertinggi jika kita menjadi seorang yang pakar dalam apa-apa bidang dan akan di pelawa untuk berbicara tentang kepakaran anda dalam media ini.


Begitulah besarnya impak daripada pengaruh media ini dan alat ini perlu dikuasai kerana jika diimbas kembali sejarah-sejarah, yang menceritakan besarnya pengaruh media sehinggakan dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan dan mengawal pemikiran manusia.

Tuesday, October 27, 2009

Biar Parti Islam Ditolak Rakyat

*Bahagian Bawah Artikel
Weblog :


"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan"

[Yaasin 36:65]


Ya. Jauh di sudut hati ini aku memang sangat tidak seronok. Resah gelisah berpadu. Sedih pedih bersatu. Takut dan ralat bertemu. Apalagi yang mampu aku katakan. Hati ini menangis siapa yang tahu.

Oh Tuhan, kepada Engkaulah kami serahkan segala urusan. Engkau jualah tempat kami mengadu nasib yang berlaku.

Perkembangan yang berlaku di sekitar Parti Islam memang menyesahkan dada ini. Bagai jatuh terjelupuk. Lebih malang jika ditimpa tangga.

Sedari kecil aku dibesar dan ditarbiyyah dengan Parti Islam. Andai Parti Islam adalah sebuah kota, Abahlah pintu gerbangnya. Ke hulu ke hilir dikeleknya aku merapati sebuah gerakan Islam yang didokonginya.

Kawasan rumah aku itulah tempat orang berceramah. Almarhum Dato' Hj Fadzil Noor dan Sdr. Mat Sabu adalah antara pimpinan yang bertandang.

"Jadi orang yang berani!" sambil mengusap kepalaku itulah pesan Sdr. Mat Sabu. Ketika itu usiaku baru menginjak 10 tahun. Namun aku faham kata-kata itu. 13 tahun ia berlalu.

Juga aku tak lupa aku mengikut Almarhum Dato' Hj. Fadzil Noor dari Masjid Ketapang, Pekan ke rumah bekas Pesuruhjaya Pahang, Almarhum Ust. Rosdi. Almarhum pergi berurut di sana. Keletihan agaknya kerana sebelah malam beliau akan menyampaikan ceramahnya di Markas PAS Pekan. Aku baru Darjah 5 ketika itu tapi aku tahu dan faham masalah politik negara.

Kebetulan masa itu aku tak setuju dengan Sheikh Al-Azhar, Sheikh Muhammad Tantawi yang memecat 40 ulama Al-Azhar yang tak sealiran (muka depan Harakah). Tambah masalah lagi bila Mufti Selangor, SS Datuk Seri Utama Diraja Dato' Ishak Baharom dipecat. Semua ini berlaku pada tahun yang sama. 1997.

Aku jugalah tentera kerdil Parti Islam ketika Pilihanraya Umum (PRU) 1995. Mana mungkin aku lupakannya. Pacak bendera, pasang bendera, kibar bendera. Semua kami (tentera kerdil) buat dengan penuh semangat. Yang kami tahu, kami mahu Parti Islam bersaing hebat. Berkonvoi naik basikal (masa itu zaman BMX dan basikal racing) keliling kampung. Aku megah dengan membawa "bulan". Begitu juga PRU 1999.

Aku juga satu-satunya budak sekolah yang kerat gambar-gambar ulama lalu ditampal dalam satu buku khas. Bukan sekadar gambar, aku turut gunting, tampal dan simpan artikel tulisan Tuan Guru Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz, Dato' Fadzil Noor dan ramai lagi. Buku itulah menjadi bacaan kawan-kawan aku. Ada juga fotostat kerana minat mendalam.

Semua yang aku lakukan dulu dan sekarang adalah kerana cinta aku kepada Islam dan kasih aku kepada Parti Islam.

Hari ini Parti Islam yang aku puja itu tampak sepi. Sunyi dari semangat dan perjuangan asalnya. Adab dan akhlak yang menjadi budaya dan tradisi seakan hilang. Roh Uhud yang bersemi padanya pudar.

Aku mahu Parti Islam lantang mempertahankan ketuanan Islam di bumi Malaysia ini. Siapa lagi yang mahu kita harapkan kalau bukan Parti Islam yang dasar dan gerak kerja berkiblat Iman dan Islam. Nak harap Parti Kebangsaan lambatlah. Nak harap Parti Liberal, apa yang nak diharapkan.

Kita berpolitik atas maslahah dakwah dan tarbiyyah. Maknanya antara politiking dengan dakwah, kita tetap dahulukan dakwah. Sebab dakwah itu wajib. Berparti itu harus.

Bawalah apapun dihadapan. Kuasa, kedudukan, pengaruh. Semua itu tiada bererti kerana Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Aku yakin dengan kebenaran dan kemurniaan Islam. Jangan ada yang gatal-gatal mahu membelakangkan agama Muhammad ini. Jangan kerana kuasa yang tak tentu letak duduknya Islam kita jadi rambang mata.

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"

Ungkapan masyhur Tuan Guru Presiden inilah yang ramai ahli apalagi pimpinan Parti Islam petik. Betapa ungkapan ini memperlihatkan iltizam seorang Presiden sebuah gerakan Islam kepada perjuangan fisabilillah demi mendaulatkan Islam.

Kalah. Apa nak dihairankan? Kalah itu mainan kita. Kita adalah parti yang banyak rekod kekalahan. Apa dengan kalah sekali lagi kita sudah tak mampu tanggung kepedihan lama.

Ditolak. Berpuluh tahun kita ditolak oleh rakyat jelata. Ahli tak pernah patah hati dengan penolakkan. Itulah tarbiyyah diri. Itu makanan jiwa yang memberikan vitamin untuk kami bangkit bersemangat dengan jalan ini.

Dikhianati. Tak terkira banyaknya kita dikhianati. Sudah lali berkali-kali. Sedikitpun tidak membekas di hati.

Semuanya kita harung dengan Islam tertanam di sanubari.

Tapi untuk membelakangkan Islam hanya untuk meraih kemenangan dan kuasa, itu kita tak pernah buat. Kami tidak ditarbiyyah begitu. Kami tidak hina untuk menjamu makanan itu.

Biarlah parti rugi. Jangan pula Islam yang rugi. Islam itu terlalu mulia untuk menanggung rugi.

Allah wahai Tuhan, kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. Sesungguhnya kami berdepan dengan kaum musyrik juga munafik. Hancur leburkanlah pakatan mereka. Pecah-belahkanlah perpaduan mereka.

Wahai Tuhan...dengarlah resah hati ini.

FI- Part 1- Biarkan EGM berbicara!


Gambar dari megahaber.net

FI.

Setenang namanya, FI adalah partai yang cukup tenang. Dibarisi oleh gabungan ulama', teknokrat, profesional serta ratusan aktivis massa, FI mendepani perubahan demi perubahan. Sejak pertama kali ditubuhkan, FI berjanji tidak akan mengulangi kegagalan, demi kegagalan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. Di Malaysia Baru, temponya harus Malaysia Baru. Tidak boleh dicedok bulat-bulat dari suasana luar.

Hari ini, saat ini, FI mengalami dilema yang cukup besar.

Ali Jinnah, seorang lelaki berketurunan Pakistan tetapi telah lama menetap di Malaysia Baru duduk diam dalam pejabat. Angin masuk lambat-lambat dari jendela yang terbuka separuh. Internet yang dipasang membogelkan pakaian FI sedikit sebanyak.

"Jadi, bagaimana? Kita harus laksanakan EGM itu?" Tanya penolong kanan Ali Jinnah.

Ali Jinnah, yang mukanya sedikit cengkung menatap pembantu kanannya itu. Pembantu kanannya menundukkan kepala. Renungan Ali Jinnah yang sedikit kesayuan itu tidak berani ditentang lama-lama. Ali Jinnah terlampau tenang.

"Permintaan Tok Guru, mungkin ada benarnya. Erdogan dan Erbakan ini merusutkan FI."

"Apa hujah Erdogan?" Tanya ALi Jinnah. Mata Ali menyorot tenang pembantu paling kanannya.

"FI mahu masuk Unity Government. Mahu bina kerajaan perpaduan dengan Jeneral Naguib. Maka, undi-undi rakyat tidak akan bersama kita lagi selepas ini. Lagipun, kita ada pengalaman gerakan Islam ditipu hidup-hidup...,"

Ali Jinnah berdiri, sementara pembantu kanannya masih duduk atas kerusi.

Ali Jinnah berpusing sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. ALi Jinnah buka tingkap luas-luas, angin serbu masuk. Ali Jinnah pandang luar. Kereta, motor yang mengitari jalan di bawah Pejabat Agung FI menjadi jamahan mata Ali.

"Kenapa Tok Guru, Erbakan dan ERdogan tak mahu guna Pejabat Agung FI untuk meluah?"

Soalan Ali berjawab gugup di mulut pembantu kanannya.

"Entah..," Pembantu kanan ALi kemudian mengangkat bahu.

"Mungkin, sudah sampai masanya, pejabat Agung ini, dirobohkan. Pejabat agung ini, dibina atas duit para amilin yang sayangkan Islam. Buat apa buat pejabat ni jika sekadar mahu buat mesyuarat dalam blog, hantar surat terbuka dan statement media?"

Keras sekali ayat Ali walaupun Ali bertutur setenang yang mungkin.

Pembantu Kanan Ali menelan liur. "Tetapi, dia itu yang dimaksudkan adalah Tok Guru, bukan?"

Ali mengiyakan dengan mengangguk. Seterusnya Ali bersuara,"habis, Syeikh Diponegoro yang berdiri bersetuju dengan ERbakan bagaimana pula? Apa Syeikh Diponegoro bukan Tok Guru? CUma Syeikh DIponegoro tidak berminat mengontrol daerah politik."

"Tapi Tok Guru kan warak, kuat husnuz zan, rajin sembahyang malam, tahajudnya, kalah kita. Ha, macam mana pula?" Pembantu kanan ALi Jinnah meluah. Pembantu Ali Jinnah itu tahu, ALi Jinnah amat terbuka, serta suka merayakan keragaman pendapat.

"Jadi, ERbakan dan Syeikh DIponegoro bukan kaki sembahyanglah? Hujah apa begitu? Iya, aku setuju kau kata Tok Guru soleh. Namun, perlu diperhatikan, apabila kau berkata begitu, bagaimana pula dengan puak sebelah sini? Adakah puak di sebelah sini tak cukup sembahyang?"

Pembantu kanan Ali mengangkat bendera putih mengaku kalah.

"Begini Kannan, bab kesolehan kita sama-sama bersetuju, kau dan aku kalah berbanding ERbakan, Tok Guru dan Syeikh Diponegoro. Namun, jika diperhatikan, boleh jadi soleh menjadi punca azazil menjadi iblis."

"Hah?" Kannan terkejut amat.

Ali duduk kembali atas kerusi mengadap Kannan, pembantunya yang paling dipercayai. Kannan, anak yatim piatu keluarga India yang dibelanya semenjak kecil lagi. Kannan, suka membaca dan memikir selain menguruskan jadual Ali Jinnah.

"Maksud aku begini, aku tak cela Tok Gurumu itu, dan aku tak minta kau cela tok guruku pula. Apa yang aku mahu, kita bersikap 'adil. Supaya, Siffin dan Jamal tidak berulang kali demi kali. CUkuplah, sudah-sudahlah bersengketa, kita cuma semakin menimbulkan porak poranda."

"Maksud Tuan, 'adil yang bagaimana?"

"Begini, Salahuddin Al-Ayyubi dan ERbakan serta Hasan sama-sama tidak menggunakan apa-apa media. Mereka berkata, mereka akan berjumpa Tok Guru terlebih dahulu untuk mengetahui dari mulut Tok Guru sendiri. Bukankah itu 'adil dan amat beradab?"

Mata Ali menyeluruhi pembantunya.

"Nah, bagaimana jika, ketiga-tiga mereka menjadikan kenyataan Tok Guru sebagai bola lambung yang mahu disepak terus? Bukankah makin haru jadinya?" Tangan Ali meramas-ramas dagunya yang sedikit berjanggut.

"Kannan, mereka beriman dengan sepotong ayat suci al-QUran: Fa in ja akum fasikum bi nabain, fa tabaiyanu...,"

Kannan mahu beredar tetapi ditahan Ali.

"Sebentar, apa pula dengan sikap ERdogan? Sebentar tadi kita masih bercakap sekitar ERbakan. Adalah amat tidak adil kita cuma mendengar acuman sebelah pihak dan meremehkan perkhabaran dari sebelah pihak lagi. Aku mahu tahu pasal Erdogan, apa pandangan kau?"

Kannan duduk kembali.

"Erdogan pro pencerahan. Pro demokratik. Pro keterbukaan dan ketelusan. Memanglah, mereka agak liberal, tetapi apa? Liberal itu salah? Liberal itu adalah keterbukaan dan bebas. Maka apa salahnya, Erdogan sebegitu?"

"Prinsip tergadai, Islam makin disamaratakan, ianya tak salah kata kamu?" Mata Ali tajam memandang. Kannan tunduk kembali. Nafasnya berbunyi kencang kerana berucap mempertahankan Erdogan.

"Prinsip mana yang tergadai?" Tanya Kannan.

"Deeparaya, adakah ianya diperbolehkan? Kannan, kau sendiri orang India, kau lebih tahu tentang ugama kau itu berbanding aku. Deepavali bukanlah budaya kita, orang Islam, habis apa kenanya Erdogan buat perkara yang sama?"

Tunduk Kannan makin ke bawah, Ali bukan marah, Ali cuma meluah.

"Lihat, berkenaan hudud, sekularisma, tegakkan Khilafah, Islamic state, kita tidak boleh bicara. Jaga sensitiviti pengundi kononnya. Nah, mereka tidak jaga sensitiviti kita, apa pula? Mereka benarkan Jom Heboh diadakan. Pesta maksiat itu dulunya, disanggah Mufti Perak, namun pada hari ini, tatkala dilakukan orang Cina, kita yang gerakan Islam diam seribu cara? Kita hormat mereka, mereka tak hormat kita, apa kes?"

Kannan angguk. Agaknya, Kannan mulai faham. "EGM tuan?"

"Biarkan. Biarkan kalau EGM mahu dilaksanakan. Pada aku, lagi cepat lagi bagus. Maka, kita boleh tahu siapa tok-tok dalang pemain api fitnah yang melingkari kita selama ini. Aku, lebih selesa dengan kalah yang makin menghampirkan kita dengan sorga dari menang, mendekatkan diri dari neraka. Kalau bersama, mencelarukan, baiklah berpisah. Itu lebih memudahkan dan tidak menyenakkan."

Azan Asar kedengaran dari Masjid berhampiran. "Mari kita sembahyang, Kannan."

Wednesday, October 21, 2009

Festival Pelajar Islam Selangor ( IsFesT 09)

Festival Pelajar Islam Selangor (IsFesT 09) yang dianjurkan buat julung kali ini adalah satu evolusi baru bagi mengumpulkan kelompok pelajar, mahasiswa dan belia di sekitar negeri Selangor sebagai medan jaringan untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang .

Festival
Pelajar Islam Selangor ini merupakan anjuran pertama kali oleh persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang mengetengahkan beberapa agenda seperti Wacana Ilmu, Seminar Pengajian Tinggi, Hari Keluarga, Festival Pelajar Islam Selangor & Makan Malam PEPIAS. Pengisytiharan Bangi sebagai Bandar Ilmu menarik perhatian kami untuk memilih Bangi sebagai tempat untuk mengadakan festival ini.

Pemilihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai tempat berlangsungnya Festival ini kerana KUIS merupakan salah satu IPTS yang berada dibawah tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersesuaian dengan sasaran festival iaitu pelajar, mahasiswa dan belia di sekitar negeri Selangor. Disamping itu juga, dekorasi KUIS yang indah dan permai sesuai dijadikan tempat festival untuk memberi inspirasi dan ilham kepada peserta.


Persiapan dalam memberikan yang terbaik kepada ummah pada hari ini merupakan satu keperluan yang bukan sekadar memberikan nilai tambah kepada generasi masa kini , tetapi sudah menjadi keperluan yang mendesak. Ini disebabkan oleh banyak faktor serta serangan dari segenap sudut oleh musuh-musuh Islam. Atas kesedaran inilah, maka program Festival Pelajar Islam Selangor 2009 ini disusun, sesuai dengan proses memperbaiki halatuju serta memperbaiki perjalanan pergerakan Pelajar Islam Selangor yang menyumbang kepada masyarakat secara berterusan.


OBJEKTIF IsFesT 09


1. Mengumpul dan membina jaringan antara pelajar-pelajar Islam seluruh negeri Selangor.

2. Memantapkan generasi pelajar secara menyeluruh merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

3. Memperkasa aktivis muda Islam untuk bergerak memenuhi keperluan perkhidmatan kepada ummah disamping merangka pergerakan persatuan untuk masa hadapan.



Jangkamasa Program:

3 Hari 2 Malam (20-22 November 2009)


Tempat:

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor.

Tuan rumah
PEPIAS CAWANGAN BANGI
KUIS

Monday, October 19, 2009

“Wanita dilarangan Memandang Lelaki Yang Bukan Muhrimnya”


Kalau kita melihat ceramah atau artikel yang kita pernah dengar dan baca banyak menyerang kaum lelaki supaya menjaga pandangan sedangkan hukum wanita sama dengan lelaki iaitu wajib menjaga pandangan mereka…….

Amr bin Abdul Mun’im
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan kaum wanita untuk memelihara pandangan mereka dari kaum lelaki yang bukan muhrimnya, dimana Allah SWT berfirman.

“Artinya : Katakanlah kepada wanita yang beriman,

“Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka”. (An-Nur : 31)
Imam Al-Hafidz Imadudin Ibnu Katsir Rahimahullah mengatakan. (Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim, III/283)

Firman Allah : “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka”, bererti pandangan terhadap hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT bagi kaum wanita untuk melihatnya dari lelaki selain suaminya. Oleh kerana itu, banyak dari para ulama yang berpendapat untuk tidak memperbolehkan wanita melihat lelaki yang bukan muhrimnya baik dengan syahwat maupun tidak”. baca seterusnya...

Sunday, October 11, 2009

Surat-surat cinta dari sorga?



(Gambar dari Shelfari.com)

Oleh: Amir Hamzah Akal Ali


Novel yang bernafaskan Mesir.

Novel ini ala-ala Ayat-Ayat Cinta tetapi dari perspektif anak muda Malaysia. Bagaimana rasanya?

Novel ini berkisar cinta seorang pelajar Muslim anak Kelantan bernama Amir Mukhlis yang agak thiqah. Amir, si pemburu cinta melalui mata pena, berjaya membuatkan Balqis dan Wardah tertawan.

Persoalan yang dikemukakan lewat novel ini tidak berat, mudah dan agak senang untuk dihadam dan diikuti. Permainan bahasa yang agak kreatif dan menarik.

A. Ubaidilah Alias, seperti yang kita maklumi memang cekap bermain mata pena puitis lewat Majalah I. Warkah Cinta Berbau Syurga, memang warkah cinta yang bernuansakan surat; pena dan masih kertas.

Ia, memiripi Buya Hamka lewat Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Surat-Surat Perempuan Johor dari pengarang besar satu Malaysia, Faisal Tehrani. Warkah-warkah cinta ini, bukanlah cinta biasa. Ia memuatkan hembusan nafas perjuangan. Ada gelora kecamuk Patani di dalamnya juga. Mungkin, permainan cinta cuma ilusi yang ditambah memberi pesona.

Ia juga berjaya membuai kita hingga ke sofhah terakhir! Tahniah!

Sunday, October 4, 2009

Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin.

Oleh: Amir Hamzah Akal Ali.

Tidak kiralah atas alasan apa sekalipun, jangan biar minda kita diselaputi kejahilan yang membosankan. Jangan cuba mendengar kebenaran yang berdiri di satu pihak sahaja sedang kita tak punya kebaranian untuk mendengar kebenaran di pihak yang lain pula.




(DBP)

Buku ini masih, tidak melafazkan pengkafiran terhadap syiah.

Buku ini, cuma mengatakan tidak setujunya terhadap isu-isu yang dikontroversikan penganut-penganut syiah. Maka, bukalah kedua belah mata hati, agar terpancar kebenaran menerangi segenap pelusuk hati. Mereka agak ganas dalam menyerang Saiyidina Usman, soalan, kenalkah mereka dengan Usman?

Usman R.A tidak turun ke Badar.


Usman merawat puteri Nabi S.A.W bernama Ruqaiyah yang sedang sakit. Berita kemenangan di Badar itu betul-betul ketika Usman sedang mengebumikan Puteri Nabi itu yang baru sahaja meninggal dunia. Kekecohan yang ditimbulkan, adalah berpaksikan / berbasiskan antara dua:

1) Kejahilan yang tidak mahu dipadam, dan,

2) Kebencian yang terlalu mendalam atas nama api kefanatikan.

Usman R.A menantu Nabi S.A.W

Perpaduan bukanlah pengutukan. Harus diingat, selain Imam Ali K.A.W, Usman yang hartawan dermawan juga, adalah menantu Nabi S.A.W. Bahkan dua kali menjadi menantu Nabi S.A.W. Maka, soalan, apakah Nabi S.A.W bermenantukan seorang yang korupsi dan mengamalkan nepotisma sepertimana yang didakwa seorang pakar sejarah? Adakah Allah tidak tahu dan tidak memberitahu Nabi-Nya, bahawasanya, menantu Nabi-Nya, seorang yang korup dan mengamalkan kronisma? Subhanallah!

Penulis Wahyu.

Selain Muawiyah Abu Sufiyan, Usman juga (m/s: 95) adalah antara barisan penulis wahyu. Penulis wahyu ini, apa kata syiah tentangnya jika mereka benar-benar jujur terhadap Islam?

Kesimpulan:-

Perhatikan dan berhati-hati dalam sejarah yang telah dikelabukan dengan penulisan yang tidak jujur, yang kononnya mendakwa ia jujur.

-Kepada sesiapa yang mahu baca lebih detail sehalus-halusnya, klik sini

Friday, October 2, 2009

PENGAJARAN YANG BERHARGA DARI PERANG UHUD




Pilihanraya Bagan Pinang

“kini peperangan dengan puak secular sudah tiba. Keputusan pilihanraya nanti di Bagan Pinang menang atau kalah bukan matlamat kita. Yang perlu kita lakukan sekarang adalah berjuang sehingga terlaksananya Hukum Allah di muka bumi terutamanya Negara kita Malaysia”

Pelajaran yang berharga dari perang Uhud walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan itu Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:

"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepaad Allah apa yang mereka tidak harapkan"

kekalahan kaum Muslimin pasca perang Uhud ini, Allah SWT mengalihkan perhatian mereka kepada satu sudut rasionalnya. Allah berfirman,

“Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah Karena itu berjalanlah kamu di permukaan bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul),” (QS Ali Imran: 137).

Dalam ayat ini Allah SWT ingin mengingatkan tentang teori peperangan. Bahawa, kalah dan menang adalah asam garam perjuangan. Di sinilah Allah SWT amat mengasihi hamba-Nya. Ketika dilanda kekalahan, manusia umumnya akan merasa, putus asa dan tak mustahil menyalahkan teman, parti, pemimpin atau mungkin dirinya sendiri.


Setelah mengembalikan rasional kekalahan kaum Muslimin, Allah memulihkan kepercayaan diri mereka dengan firman-Nya,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman,” (QS Ali Imran:139).

Secara psikologi, di antara kemungkinan yang akan melanda orang-orang kalah adalah rendah diri atau kecewa. Apalagi kalau melihat kelemahan dirinya dan besarnya kekuatan lawan. Karananya, di antara hal yang harus segera dipulihkan adalah rasa percaya diri, bahawa bagaimana pun keadaan kaum Muslimin, baik kalah maupun menang, mereka tetap berada pada darjat yang paling tinggi. Syaratnya, mereka beriman kepada Allah SWT.

Rasa percaya diri inilah yang menyebabkan Rasulullah saw dan kaum Muslimin tetap berani “menentang” lawan di Hamraul Asad.... baca seterusnya..