Makluman
Adakah Kita Begini?
Tuesday, October 27, 2009
FI- Part 1- Biarkan EGM berbicara!
Posted on 3:51 PM by Unknown
Gambar dari megahaber.net
FI.
Setenang namanya, FI adalah partai yang cukup tenang. Dibarisi oleh gabungan ulama', teknokrat, profesional serta ratusan aktivis massa, FI mendepani perubahan demi perubahan. Sejak pertama kali ditubuhkan, FI berjanji tidak akan mengulangi kegagalan, demi kegagalan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. Di Malaysia Baru, temponya harus Malaysia Baru. Tidak boleh dicedok bulat-bulat dari suasana luar.
Hari ini, saat ini, FI mengalami dilema yang cukup besar.
Ali Jinnah, seorang lelaki berketurunan Pakistan tetapi telah lama menetap di Malaysia Baru duduk diam dalam pejabat. Angin masuk lambat-lambat dari jendela yang terbuka separuh. Internet yang dipasang membogelkan pakaian FI sedikit sebanyak.
"Jadi, bagaimana? Kita harus laksanakan EGM itu?" Tanya penolong kanan Ali Jinnah.
Ali Jinnah, yang mukanya sedikit cengkung menatap pembantu kanannya itu. Pembantu kanannya menundukkan kepala. Renungan Ali Jinnah yang sedikit kesayuan itu tidak berani ditentang lama-lama. Ali Jinnah terlampau tenang.
"Permintaan Tok Guru, mungkin ada benarnya. Erdogan dan Erbakan ini merusutkan FI."
"Apa hujah Erdogan?" Tanya ALi Jinnah. Mata Ali menyorot tenang pembantu paling kanannya.
"FI mahu masuk Unity Government. Mahu bina kerajaan perpaduan dengan Jeneral Naguib. Maka, undi-undi rakyat tidak akan bersama kita lagi selepas ini. Lagipun, kita ada pengalaman gerakan Islam ditipu hidup-hidup...,"
Ali Jinnah berdiri, sementara pembantu kanannya masih duduk atas kerusi.
Ali Jinnah berpusing sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. ALi Jinnah buka tingkap luas-luas, angin serbu masuk. Ali Jinnah pandang luar. Kereta, motor yang mengitari jalan di bawah Pejabat Agung FI menjadi jamahan mata Ali.
"Kenapa Tok Guru, Erbakan dan ERdogan tak mahu guna Pejabat Agung FI untuk meluah?"
Soalan Ali berjawab gugup di mulut pembantu kanannya.
"Entah..," Pembantu kanan ALi kemudian mengangkat bahu.
"Mungkin, sudah sampai masanya, pejabat Agung ini, dirobohkan. Pejabat agung ini, dibina atas duit para amilin yang sayangkan Islam. Buat apa buat pejabat ni jika sekadar mahu buat mesyuarat dalam blog, hantar surat terbuka dan statement media?"
Keras sekali ayat Ali walaupun Ali bertutur setenang yang mungkin.
Pembantu Kanan Ali menelan liur. "Tetapi, dia itu yang dimaksudkan adalah Tok Guru, bukan?"
Ali mengiyakan dengan mengangguk. Seterusnya Ali bersuara,"habis, Syeikh Diponegoro yang berdiri bersetuju dengan ERbakan bagaimana pula? Apa Syeikh Diponegoro bukan Tok Guru? CUma Syeikh DIponegoro tidak berminat mengontrol daerah politik."
"Tapi Tok Guru kan warak, kuat husnuz zan, rajin sembahyang malam, tahajudnya, kalah kita. Ha, macam mana pula?" Pembantu kanan ALi Jinnah meluah. Pembantu Ali Jinnah itu tahu, ALi Jinnah amat terbuka, serta suka merayakan keragaman pendapat.
"Jadi, ERbakan dan Syeikh DIponegoro bukan kaki sembahyanglah? Hujah apa begitu? Iya, aku setuju kau kata Tok Guru soleh. Namun, perlu diperhatikan, apabila kau berkata begitu, bagaimana pula dengan puak sebelah sini? Adakah puak di sebelah sini tak cukup sembahyang?"
Pembantu kanan Ali mengangkat bendera putih mengaku kalah.
"Begini Kannan, bab kesolehan kita sama-sama bersetuju, kau dan aku kalah berbanding ERbakan, Tok Guru dan Syeikh Diponegoro. Namun, jika diperhatikan, boleh jadi soleh menjadi punca azazil menjadi iblis."
"Hah?" Kannan terkejut amat.
Ali duduk kembali atas kerusi mengadap Kannan, pembantunya yang paling dipercayai. Kannan, anak yatim piatu keluarga India yang dibelanya semenjak kecil lagi. Kannan, suka membaca dan memikir selain menguruskan jadual Ali Jinnah.
"Maksud aku begini, aku tak cela Tok Gurumu itu, dan aku tak minta kau cela tok guruku pula. Apa yang aku mahu, kita bersikap 'adil. Supaya, Siffin dan Jamal tidak berulang kali demi kali. CUkuplah, sudah-sudahlah bersengketa, kita cuma semakin menimbulkan porak poranda."
"Maksud Tuan, 'adil yang bagaimana?"
"Begini, Salahuddin Al-Ayyubi dan ERbakan serta Hasan sama-sama tidak menggunakan apa-apa media. Mereka berkata, mereka akan berjumpa Tok Guru terlebih dahulu untuk mengetahui dari mulut Tok Guru sendiri. Bukankah itu 'adil dan amat beradab?"
Mata Ali menyeluruhi pembantunya.
"Nah, bagaimana jika, ketiga-tiga mereka menjadikan kenyataan Tok Guru sebagai bola lambung yang mahu disepak terus? Bukankah makin haru jadinya?" Tangan Ali meramas-ramas dagunya yang sedikit berjanggut.
"Kannan, mereka beriman dengan sepotong ayat suci al-QUran: Fa in ja akum fasikum bi nabain, fa tabaiyanu...,"
Kannan mahu beredar tetapi ditahan Ali.
"Sebentar, apa pula dengan sikap ERdogan? Sebentar tadi kita masih bercakap sekitar ERbakan. Adalah amat tidak adil kita cuma mendengar acuman sebelah pihak dan meremehkan perkhabaran dari sebelah pihak lagi. Aku mahu tahu pasal Erdogan, apa pandangan kau?"
Kannan duduk kembali.
"Erdogan pro pencerahan. Pro demokratik. Pro keterbukaan dan ketelusan. Memanglah, mereka agak liberal, tetapi apa? Liberal itu salah? Liberal itu adalah keterbukaan dan bebas. Maka apa salahnya, Erdogan sebegitu?"
"Prinsip tergadai, Islam makin disamaratakan, ianya tak salah kata kamu?" Mata Ali tajam memandang. Kannan tunduk kembali. Nafasnya berbunyi kencang kerana berucap mempertahankan Erdogan.
"Prinsip mana yang tergadai?" Tanya Kannan.
"Deeparaya, adakah ianya diperbolehkan? Kannan, kau sendiri orang India, kau lebih tahu tentang ugama kau itu berbanding aku. Deepavali bukanlah budaya kita, orang Islam, habis apa kenanya Erdogan buat perkara yang sama?"
Tunduk Kannan makin ke bawah, Ali bukan marah, Ali cuma meluah.
"Lihat, berkenaan hudud, sekularisma, tegakkan Khilafah, Islamic state, kita tidak boleh bicara. Jaga sensitiviti pengundi kononnya. Nah, mereka tidak jaga sensitiviti kita, apa pula? Mereka benarkan Jom Heboh diadakan. Pesta maksiat itu dulunya, disanggah Mufti Perak, namun pada hari ini, tatkala dilakukan orang Cina, kita yang gerakan Islam diam seribu cara? Kita hormat mereka, mereka tak hormat kita, apa kes?"
Kannan angguk. Agaknya, Kannan mulai faham. "EGM tuan?"
"Biarkan. Biarkan kalau EGM mahu dilaksanakan. Pada aku, lagi cepat lagi bagus. Maka, kita boleh tahu siapa tok-tok dalang pemain api fitnah yang melingkari kita selama ini. Aku, lebih selesa dengan kalah yang makin menghampirkan kita dengan sorga dari menang, mendekatkan diri dari neraka. Kalau bersama, mencelarukan, baiklah berpisah. Itu lebih memudahkan dan tidak menyenakkan."
Azan Asar kedengaran dari Masjid berhampiran. "Mari kita sembahyang, Kannan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "FI- Part 1- Biarkan EGM berbicara!"
Leave A Reply