Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Tuesday, January 5, 2010

Kalimah Allah: Pejabat Nik Aziz sangkal laporan TV3

Posted on 9:42 PM by SyahiranMuhd

Laporan sebuah stesen TV yang memetik kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah', disangkal oleh pejabat menteri besar Kelantan itu.

Setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob berkata, laporan melalui segmen Buletin Utama di stesen TV3 itu "tidak betul" kerana tidak menyampaikan kenyataan Nik Abdul Aziz dengan tepat.

"Laporan itu kata Tok Guru sokong bukan Islam guna (kalimah) Allah, tapi saya tidak pasti laporan itu dalam konteks apa," kata Mohd Saiba ketika dihubungi hari ini.

Sebenarnya, kata Mohd Saiba, mursyidul am PAS itu tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, selaku penerbit, menggunakan kalimah tersebut dalam akhbar Herald-The Catholic Weekly.

Katanya lagi, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebenarnya tidak berbeza daripada kenyataan berhubung isu sama yang pernah dikeluarkan pemimpin PAS itu.

"Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku," katanya lagi.

"Maksudnya (Nik Aziz), boleh guna tapi (orang Kristian) tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa," jelasnya lagi.

Tambahnya, seorang setiausaha menteri besar itu ditugaskan untuk menyampaikan teguran kepada stesen TV3 berkaitan laporan tersebut.

"Wartawan pun tidak ada pada sidang media itu dan mereka ambil (kenyataan Nik Abdul Aziz) daripada sumber lain," kata Mohd Saiba lagi.

Ditanya sekiranya teguran itu melibatkan tindakan undang-undang atau tuntutan supaya TV3 memohon maaf kepada Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba berkata "ia cuma teguran biasa."

http://www.malaysiakini.com/news/121075

No Response to "Kalimah Allah: Pejabat Nik Aziz sangkal laporan TV3"

Leave A Reply