Makluman
Adakah Kita Begini?
Sunday, January 31, 2010
UM Today: "Dengar Sini BAPA KHALED NORDIN!!!"
Pemimpin yang berjiwa rakyat adalah pemimpin yang senantiasa
merasai kesusahan dan kesenangan bersama-sama dengan
orang yang dipimpinnya.Lihat,Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,
sehingga hari ini kisah kepimpinan dan contoh kepimpinannya
masih menjadi sebutan walaupun tokoh ini telah lama tiada.
Bukankah kepimpinan itu akan ditanya dan menjadi saksi di
padang masyhar nanti jika kita bercakap mengenainya melalui
perpekstif akidah kepada-NYA.Sudah tentu bila kita semua
bercakap mengenai persoalan mati,semua yang kuat akan
lemah dan semua yang mengangkat dada tanda hebat akan
jatuh terperosok ke tanah tanda tiada daya melawat hakikat
dan ketentuan illahi itu.
Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang senantiasa
mengeluarkan idea,pendapat dan kenyataan yang bersifat
akademik melalui pengamatan dan kefahaman yang
tersendiri hasil dari apa yang dia lihat,rasa dan fikir lalu
diterjemahkan melalui tindakannya.Bukankah begitu?..
Inilah luahan naluri mahasiswa kepada bapa Khaled Nordin
tempat mengadu harap segala kesusahan kami di varsiti UM
ini. Kami mahasiswa UM merupakan mahasiswa yang celik
tentang peranan sebenar mahasiswa yang bersifat realitinya.
Kami bukan mahasiswa yang retorika dan terawang-awang
di langit.Jika bapa lihat,mengapa dan kenapa mahasiswa UM
lebih progresif dan agresif jika bapa hendak bandingkan
dengan mahasiswa di varsiti-varsiti lain di Malaysia ini.
Jawapannya adalah kefahaman sebenar erti kemahasiswaan
yang sebenar oleh kami.
Tolong jangan kaitkan kami dengan pihak pembangkang!!!!
Mengapa perlu pembangkang dan bukan kerajaan.Adakah
amalan dan budaya protes dan turun demonstrasi itu
merupakan suatu perkara yang janggal lagi pelik bagi
mahasiswa-mahasiswi MALAYSIA?..dimanakah erti
demokrasi hak kebebasan bersuara yang senantiasa
diwar-warkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak melalui
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Mengapa bapa tidak memandang kami mahasiswa dalam
lingkungan konteks yang lebih besar.Kami juga
memperjuangkan gagasan dan matlamat universiti
untuk meneruskan langkah agar universiti dalam
Malaysia ini terus menempah nama dan mendapat
ranking yang terbaik dalam rangking senarai universiti
seluruh dunia.Syabas dan tahniah buat Naib Canselor UM,
Prof Gauth Jasmon telah berjaya membuktikan UM
dimata dunia dengan rangking ke-180.
Bapa,ini keluhan hati kami,harap didengar dan diteliti
dengan keimanan dan tunduk dan patuh pada-NYA.
Mahasiswa merupakan aset utama bagi bapa dalam
menjayakan agenda 1 Malaysia oleh PM kita semua.
Mahasiswa perlukan sokongan dan tunjuk ajar yang
secukupnya oleh bapa selaku bapa kami yang hampir
dengan kami.Segala masalah dan aduan kami,bapa
dengar,lalu bapa turun kepada kami,berjumpa,berpeluk
dan bersalam tanda kasih dan cinta seorang bapa kepada
anak-anaknya walaupun berpuluh-puluh ribu anak-anak
bapa.Ukhuwah itu akan terbina dengan sendirinya jika
bapa ke arah itu.
Kami sedar,ini bukan masa yang sesuai untuk kami
berpencak silat bermain dengan dunia politik dan terlibat
secara langsung seratus peratus dengan politik.Tetapi,
bapa!!!...politik itu indah,politik itu cukup murni,politik
itu cukup cantik jika kami meminatinya bersesuaian
dengan kehendak islam dan garisan islam itu.
Bapa!!!
Indah,murni dan cantiknya politik itu kerana ianya bisa
membetulkan yang salah.Ianya bisa menegur kezaliman
dan kejahatan yang jelas lagi nyata.Ianya bisa menjadi
"check and balance" kepada ketidakseimbangan yang
wujud disekeliling kami."Thats why,we are choice the
politics". Kalaulah keluarga bapa diganggu serta diugut
oleh seseorang yang tidak dikenali,sudah tentu bapa juga
mengunakan saluran politik kuasa yang ada pada bapa
untuk menghalangnya,bukan?.Begitu juga kami.
Bapa!!!
Mari turun jumpa kami!!!..bapa tengok kampus-kampus
kami,seluruhnya kederhagaan suasana dan budaya islam.
Entiti islam langsung tidak dikenali.Adakah bapa hendak
menyalahkan Persatuan mahasiswa islam,dengan
menyatakan mereka tidak ada usaha untuk berdakwah
dan menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti bercorak islam
dalam kampus.Jujur bapa,PMI jelas aktif lagi agresif
dalam menjalankan tugas utama memberi kefahaman
Islam kepada seluruh mehasiswa dalam kampus
khususnya UM.
PRK UM..
Pilihanraya Kampus (PRK) medan kami bersiasah dengan
cukup terbuka dikelilingi dengan budaya ilmu dan
intelektual.Kami mahasiswa,mahasiswa yang mempunyai
ideologi dan kefahaman yang cukup berintegriti lagi sihat.
Kami cukup menghargai dan menyanjungi bapa NC,TNC
dan seluruh warga UM.
TETAPI...
E-VOTING cukup memeranjatkan kami.sistem ini cukup
mengecewakan kami.Bukan disebabkan oleh kekalahan
pihak minoroti kepada majoriti iaitu Penggerak Mahasiswa.
Tetapi bapa,disebabkan oleh wujud tangan-tangan belakang
yang cuba memusnahkan hak dan ketelusan keintegritian
demokrasi kampus pada PRK kali ini.Bapa,ini bukan
sebarang omongan kosong dan cakap-cakap belakang tetapi
kami ada bukti dan mengesyaki dengan seratus peratus
tentang ketiadaan kewujudan demokrasi yang wujud di
kampus UM.
Justeru,kami meminta untuk datang dan turun berjumpa
kami,untuk bertanya kenapa dan mengapa kami membantah
dan berdemontrasi terhadap keputusan yang telah diumum
kan sendiri oleh NC kami yang cukup kami sanjungi lagi
hormati.Bukan duduk di kerusi empuk,dilitupi penghawa
dingin lalu bapa mengeluarkan satu artikel mengutuk dan
menyindir sekeras-kerasnya kepada kami,lalu terkeluar
satu perkataan "tidak matang"yang ditujukan khas kepada
kami(mahasiswa)keran tidak boleh menerima sebarang
keputusan PRK baru-baru ini.
Bapa!!!
Rasional,jika bapa berfikir mahasiswa,setiap kali bercakap
mempunyai bukti dan hujah yang tersendiri.Bukan main
semberono sahaja dengan tanpa bukti.Jujurnya sebagai
anak,kami memohon bapa meminta maaf dengan secara
terbuka atas kenyataan yang bersifat sindir bapa kepada
kami begitu juga kepada menteri-menteri kerajaan yang
cuba menyamakan kami dengan pihak pembangkang atas
sebab kami dilihat lebih agresif dalm persoalan menuntut
hak dan demokrasi kampus.
Bapa wajib minta MAAF kepada
MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA!!!!
itu sahaja,bapa yang ingin saya sampaikan..semoga
tugasan bapa dalam membawa dan membimbing
anak-anak bapa ini terus dirahmati lagi menuju
kepada jalan kebajikan yang cukup terpuji selaku
orang yang beragama islam dan berakidahkan
ALLAH yang berkuasa mutlak atas segala-galanya.
Kami mahasiswa UM akan terus memperjuangkan
hak dan demokrasi kampus meskipun AUKU 1971
diberatkan kepada kami!...
Yang Berharap dari seorang Bapa Menteri KPT,
Datuk Seri Khaled Nordin.
Mohd Sabri Jamaludin,
Mahasiswa UM
No Response to "UM Today: "Dengar Sini BAPA KHALED NORDIN!!!""
Leave A Reply