Makluman
Adakah Kita Begini?
Thursday, January 14, 2010
TG Nik Aziz Perlu Muhasabah?
Posted on 2:21 PM by UstazRosli
Malaysiakini
kemaskini 1.01pm
Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat masih menikmati tanggapan positif rakyat, kata dua penganalisis politik.
"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media.
....
Wacana Ilmuan:
Bila membaca berita diatas saya tertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang menyebabkan kejayaan TG Nik Abdul Aziz untuk mendapa mandat yang sedemikian hebat daripada rakyat.Mungkin ketokohan dan kesungguhan beliau dalam menerajui negeri Kelantan menempuhi badai dan ombak disepanjang tempoh pimpinan beliau.
Namun demikian satu soalan lagi yang saya cuba jawab ialah betulkah tuduhan yang diajukan kepada beliau? Jika betul apakah perkara tersebut dikira satu kesalahan atau tidak? Selain dari dituduh menerima hadiah kek berharga RM500.00 TG Nik Aziz juga diasak teruk dalam kes menantunya yang menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Saya tidak setuju dengan jawapan Husan yang membandingkan kek RM500 dengan jumlah lebih besar yag di terima oleh orang lain. Bagi saya itu bukan jawapannya. Dalam coretan yang rengkas ini saya ingin mencadangkan supaya TG Nik Abdul Aziz cuba merancang untuk generasi akan datang. Saya mencadangkan supaya PAS mempelopori satu kod etika yang ketat menggariskan panduan jelas sejauhmanakah pihak keluarga pemimpin boleh terlibat dalam kepentingan kerajaan. Ini kerana keterlibatan mereka adalah menyalahi etika ketelusan pemerintahan.
Mungkin kod etika tersebut akan menggariskan sesiapa yang memegang jawatan pada peringkat tertentu maka anak dan menantunya tidak boleh memegang jawatan yang melibatkan kerajaan pada peringkat tertentu.
Bagi saya, sistem yang diperkenalkan akan menjamin supaya pemimpin tidak dapat menguasai sesuatu kedudukan dan kemudiannya keluarga terdekatnya akan memegang jawatan yang paling hampir dengannya. Semua sedia maklum bahawa jika tidak dikawal, fenomena menaikkan anak dan menantu akan meruntuhkan masyarakat dan mengganggu pemerintahan.
Sepanjang kajian saya terhadap kerajaan dan tamadun Islam silam, saya dapati ramai pemimpin-pemimpin hebat yang melahirkan pemimpin yang terus meruntuhkan kecemerlangan yang dibina. Setelah saya mengamati situasi itu saya dapati bahawa kelemahan mereka ialah mereka tidak membangunkan sistem yang teguh yang boleh menyelamatkan jenerasi kemudian bila mengikutnya.
Mungkin isu penajaan ke Mekah, hadiah kek dan jawatan menantu TG tidak dilihat boleh menjejaskan reputasi beliau tatapi ianya tetap sesuatu yang besar jika berlaku pada orang lain. Jika isu itu benar maka ianya tetap akan menjadi bahan persoalan dari sudut hukum tanpa mengira siapakah yang telah melakukannya.
Saya rasa pembagunan sistem adalah penting dan sesuatu kesalahan atau kebenaran boleh diukur dengan mudah. Dengan adanya penggubalan kod etika mungkin Kerajaan Kelantan adalah kerajaan pertama yang memperkenalkan sistem yang menjamin ketelusan dalam pemerintahan melebihi dari kerajaan-kerajaan lain.
http://benmokhtar.blogspot.com

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "TG Nik Aziz Perlu Muhasabah?"
Leave A Reply