Makluman
Adakah Kita Begini?
Monday, January 25, 2010
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH NON MUSLIM: MENGAPA KITA BANTAH?
Posted on 12:58 PM by Orang Kampung
1. Dalam konteks Malaysia, kalimah Allah sudah serasi dan sebati dalam jiwa umat Islam sebagai tuhan yang hanya disembah oleh umat Islam sahaja.
2. Kalimah Allah tidak pernah ditulis dalam bahasa asal Perjanjian Baru (Bible) yang menggunakan bahasa greek dan Perjanjian Lama (Taurat) yang ditulis dalam bahasa Hebrew yang menggunakan kalimah El, Eloh, Elohim dan Yhwh sebagai rujukan kepada nama tuhan.
3. Ia akan member hak kepada bukan Islam untuk menggunakan perkataan suci Islam lain bagi tujuan dakyah seperti Kaabah menggantikan nama gereja, solat merujuk kepada sembahyang di dalam gereja, Baitullah dan sebagainya.
4. Ia adalah tuntutan ke-9 Interfaith Commission (IFC) yang mendesak supaya orang bukan Islam tidak boleh dilarang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam.
5. Bimbang dalam jangka masa panjang ia akan membawa kepada gejala murtad besar-besaran ekoran dari kekeliruan yang dialami umat Islam berkenaan konsep ketuhanan dan ‘aqidah seperti mana yang berlaku di Indonesia.
6. Dalam kristian, terdapat konsep Trinity yang mana terdapat God The Father, God The Son, dan The Holy Ghost. Ini bercanggah dengan definisi Allah dalam surah Al-Ikhlas sebagai Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
7. Bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang diwartakan di negeri-negeri yang turut menghalang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.
8. Bercanggah dengan keputusan Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 yang menghalang penggunaan perkataan ALLAH, BAITULLAH, SOLAT dan KAABAH oleh orang bukan Islam.
9. Bercanggah dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5-7 Mei 2008yang memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci khusus untuk agama Islam dan tidak boleh disamakan dan digunakan oleh mana-mana penganut agama lain.
Jemput hadir Forum : Relevankah Penggunaan Nama Allah oleh Kristian= 26 januari 2010 / Masjid Al-Azhar KUIS /Selepas Maghrib

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH NON MUSLIM: MENGAPA KITA BANTAH?"
Leave A Reply