Makluman
Adakah Kita Begini?
Saturday, November 7, 2009
Drama Kehidupan (1)
"abang, ada kerja atau tidak?" seorang palajar istimewa menegur suparjo sedang dia asyik menatap skrin komputer membelek laman sawang sosial 'wajah buku'. " di kafe siber. "boleh hantar saya ke masjid sebentar?" tanya pelajar itu kembali. dia terus bangun dan meninggalkan sebentar komputer itu untuk menolong pelajar itu yang dia pernah kenbali sebelum ini ketika menaiki tren komuter. rudi haryanto namanya. dia juga mengambil bidang sama dengan nya tetapi pelajar itu diploma semester pertama.
dia pun memapah rudi sehingga ke bawah sehingga ke kerusi roda yang diletak di bawah tangga dan terus ke masjid. dalam perjalan ke masjid, azan bergema. setelah habis azan, firdaus bersuara, "tepat kita keluar kan bang. mungkin Allah pilih abang untuk solat berjemaah di masjid." suparjo tersentak. mulanya dia berniat untuk kembali ke kafe siber setelah menghantar rudi ke masjid. menghantarnya ke masjid sahaja telah menyentak hati suparjo melihatkan keaadaan rudi yang tidak sama dengannya. ditambah pula dengan perkataan firdaus itu. begitu sayangnya Allah terhadap hambaNya. mengingatkan hambaNya dengan apa sahaja cara.
namun, kita sering leka. suparjo berfikir panjang.
jika ada yang sedar pun, ada yang sanggup menipu dan mengguna pelbagai helah yang konon demi kebenaran. tetapi golongan ini biasanya nampak benar, jika yang lain tidak menggunakan akal untuk bersifat kritikal rasional...
No Response to "Drama Kehidupan (1)"
Leave A Reply