Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Tuesday, November 10, 2009

Penyokong Kelantan: Antara Profesionalisme & Fanatik Extremis...!

Posted on 3:37 PM by The Kelantan Times



Apa sudah jadi penyokong fanatik...? Tanggal keramat 7 April &

7 November 2009 seakan-akan menterjemahkan tahap kefanati-

kan dan ektremis 'sebilangan kecil' penyokong Kelantan yang

sudah sampai kepada amaran 'jingga'. Seluruh Malaysia umum-

nya bertanggapan negatif terhadap keseluruhan penyokong &

peminat Kelantan. Apa tidaknya, penyokong Kelantan kini

telah menjadi bahan cemuhan dan stereotaip baik di kedai kopi

mahupun di pentas media arus perdana dek kerana penangan

serta 'kerja-kerja bodoh' oleh segelintir 'penyokong' dan bukan-

nya peminat Kelantan. Pendefinisian 'penyokong' secara literal

nya amat fanatik dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan,

manakala terminologi 'peminat' merupakan seseorang yang

mempunyai 'sporting spirit' yang tinggi dan boleh dikatakan

'enjoy the game' serta jatuh bangunnya sesebuah pasukan

tertentu, peminat akan setia menanti dibelakang. Namun,

segala-galanya boleh berubah mengikut persekitaran dan

faktor sosial sesebuah tempat tertentu. Dan, apakah faktor

"gomo" itu sendiri telah membakar semangat penyokong

Kelantan untuk 'membakar' stadium..?




Terma fanatik yang telah digalas oleh penyokong & peminat

Kelantan selama ini amat berat untuk dipikul apatah lagi

pasukan Kelantan sedang berada di kemuncak prestasi,

dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan seribu

satu karenah penyokong yang dilabel fanatik. Insiden 7 April

seakan-akan telah dilupakan sebilangan kecil penyokong

fanatik Kelantan apabila stadium keramat Sultan Muhammad

-IV terpaksa 'gulung tikar' dan dalam masa yang sama KAFA

berdepan hukuman keras oleh FAM hanya 'kerana onar dua

tiga orang, rosak penyokong satu stadium'. Segala-galanya

mahu di cetuskan kembali malam semalam pada perlawanan

akhir TM Piala Malaysia yang ke udara secara langsung di

seluruh dunia melalui "TMNET" amat memalukan bolasepak

Malaysia umumnya dan khasnya buat pasukan Kelantan.

Harapan mereka-mereka yang ingin melihat kualiti sebenar

bolasepak tempatan terpadam gara-gara balingan mercun

dan aktiviti vandalisme segelintir "lautan merah". Apapun,

semangat fanatik tidak salah cuma ianya harus bertempat

dan kena gayanya dan tidak seharusnya dicampur dengan

Hooliganisme.




Seharusnya, Penyokong & peminat Kelantan kini harus menelan

hakikat bahawa di dalam sesuatu pertandingan, mereka harus

menerima keputusan pro dan kontra sesuatu perlawanan

dengan semangat kesukanan dan tahap profesionalisme yang

tinggi. Sudah menjadi adat sesuatu perlawanan bahawa menang

kalah harus diterima dengan hati yang terbuka. Akan tetapi,

apa yang berlaku malam semalam boleh ditujukan mereka-

mereka yang diklasifikasikan sebagai 'pengacau' yang hanya

menumpang kemeriahan bolasepak Kelantan demi mendapat-

kan kepuasan dengan cara balingan mercun dan membakar

harta benda awam. Dari perspektif penyokong & peminat

Kelantan, walaupun mereka memberi seribu satu alasan

sekalipun yang antaranya faktor badi 39 tahun, Kelantan

tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak tahun 1921,

faktor perjalanan jauh 'meredah banjir' ke Bukit Jalil dan

bermacam lagi alasan, satu perkara yang harus mereka

pelajari adalah, Profesionalisme!.



Jika penyokong dan peminat Kelantan diterap dan dididik

untuk bersikap profesional di dalam stadium, maka alangkah

cantiknya 'fanatik' itu. Akan tetapi, mahukah penyokong

Kelantan bersifat 'skema' semasa menonton bola..? Satu

persoalan yang tiada garis noktahnya. Apapun kini, KAFA

sedang menanti hukuman berat daripada FAM yang dijangka-

kan lebih 'hebat' dari insiden 7 April lalu yang bakal diketahui

selepas FAM bermesyuarat selepas Hari Raya Aidil Adha kelak

untuk memutuskan status penalti yang sepatutnya dikenakan

ke atas Kelantan. Di pihak Kelantan pula, khususnya peminat

yang 'profesional'.. mereka mencadangkan dua pilihan kepada

KAFA, pertama, samada ingin terus beraksi di dalam Liga

Malaysia musim depan tanpa kehadiran penyokong yang

automatisnya akan menjejaskan kantung persatuan atau

pilihan kedua untuk menarik diri dari kempen Liga Malaysia,

bermakna tiada lagi Bolasepak untuk Kelantan sebagai jalan

terakhir untuk menjamin kestabilan kewangan persatuan dari

dibelenggu masalah hutang tertunggak.

Sama-samalah kita nantikan...


HOBEN kiJANG HOBEN...





No Response to "Penyokong Kelantan: Antara Profesionalisme & Fanatik Extremis...!"

Leave A Reply