Makluman
Adakah Kita Begini?
Saturday, November 14, 2009
Mahasiswakini.com, YB Dr Halimah
Posted on 5:30 PM by Arrazzi Alhafiz Alattas
"Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk"
[Al-Baqarah 2:16]
Mudah-mudahan peringatan dari Al-Quran Kalamullah ini memberikan kita satu peringatan yang jelas dalam kita menjalani kehidupan sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi ini.
11 November (Rabu) yang lalu saya ada mengirimkan satu kenyataan saya kepada Mahasiswakini.com berkenaan apa yang berlaku di KUIS.
Sebelum itu, saya membuat satu teguran kepada Sidang Editornya atas laporan yang hanya memuatkan sebelah pihak sahaja tanpa ada kenyataan dari pihak satu lagi yang berkaitan. Dalam kes ini pastinya MPMKUIS.
Syukur respon yang cepat saya peroleh dari Ketua Editor Mahasiswakini.com. Katanya, amat mengalu-alukan sebarang kenyataan media dan penjelasan dari sesiapapun berhubung isu tersebut dan semoga usaha ini akan memberi manfaat bersama kepada kita semua.
Sampai saat ini nampaknya kenyataan isu KUIS dari saya atas kapasiti bekas Presiden MPMKUIS tidak disiar-siarkan. Tak mengapalah, memerlukan sedikit sabar agaknya. Atau mungkin juga kenyataan itu tidak ada nilai berita pada mereka. Hanya mereka yang tahu. Dalam masa yang sama saya turut tinggalkan komen pada entri "Mahasiswa demo, desak KUIS turun harga". Siap dengan saya sertakan beberapa pautan laman blog yang saya kira boleh jadi rujukan kes kepada para pembaca. Namun sampai saya bagai dibakulsampahkan. Tiada langsung.
Mungkin itu yang maksudkan dengan 'berani dan bebas'. Mungkin itu jugalah yang dikatakan sebagai non-partisan (tidak memihak) dalam melaporkan tentang dunia mahasiswa.
"Baru aku tahu...!" getus hati kecilku.
Petang semalam Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr. Halimah Ali memberikan respon terhadap permohonan saya untuk berjumpa dengan pihak beliau. Maaf katanya. Kesibukan kerana Sidang DUN Selangor yang sedang berlangsung. Tak mengapa YB Dr. Saya faham benar dan terima kasih atas satu respon yang sangat baik.
Insya-Allah, Jumaat hadapan saya akan mengadap beliau atas beberapa isu yang telah disepakati. Saya amat berharap pertemuan itu membuahkan hasil yang sangat baik dan menguntungkan semua pihak. Kita mahu menamatkan semua kekeliruan yang timbul waima dari sesiapapun.
Selepas HIMSIS, keadaan sudah menyerlahkan tanda-tanda yang sangat memberangsangkan. Tinggal lagi bagaimana perkembangan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Soal saya, mengapa takut bayang-bayang sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Mahasiswakini.com, YB Dr Halimah"
Leave A Reply