Makluman

Sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari penymbang artikel KBloG, mudah sahaja cume ikut arahan ini

1. Hantarkan alamat emel anda ke bloggerkuis@gmail.com

2. Selepas 7 hari sila periksa emel anda

3. Jida ada maklumbalas dari kami, tekan pada mail kami dan ikut arahan yang diberi.

4. Setelah anda mengisi emel dan pasword blog anda dalam mail kami, sila periksa blog anda dan pasti kan ada ruangan KBloG pada "Dashboard anda"

Jika ada sebarang masalah sila emelkan pertanyaan kepada kami : bloggerkuis@gmail.com

Selamat mencuba :)

Mahasiswa Islam, Mahasiswa Yang Berpengetahuan dan Celik Pada isu2 Semasa


Klik Sini

Adakah Kita Begini?

Monday, November 9, 2009

Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?

Posted on 9:53 PM by Admin



Kewujudan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang kini menjadi bualan hangat, tidak kira di dalam mahupun di luar kampus sedikit sebanyak mengelirukan segelintir mahasiswa. Ada menyokong, dan ada yang membantah. Ada yang mengatakan ia badan yang ditubuhkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib Azamudden dalam gerakan ini. Pelbagai andaian dibuat, dan sememangnya MPM KUIS tidak terlibat dalam gerakan ini. Keterlibatan Timbalan Presiden MPM adalah merupakan satu tindakan yang bersifat individu tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak. Tetapi mengapa beliau berbuat demikian?

Walaupun saya tidak lagi menerajui badan tertinggi tersebut, sememangnya saya amat berterima kasih kepada beberapa orang mahasiswa yang sering memberikan maklumat tentang isu politik di kampus. Dan yang terbaru ini adalah berkenaan GMS yang sering disebut-sebut sebagai pejuang kebajikan mahasiswa.

Puluhan blog sudah saya layari, dan melihatkan ada memberi hujahan tanpa fakta, dan ada yang bersifat melulu beremosi mungkin. Berita Harian dan TV3 turut tidak terlepas daripada membuat ulasan dalam kejadian demonstrasi yang dilakukan GMS. Gerakan ini telah memainkan isu harga yuran yang semakin meningkat. Dan meminta pihak pengurusan KUIS mempertimbangkan supaya ia dapat diturunkan.

Soal penurunan harga yuran KUIS kepada berapa peratus? Saya kurang pasti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mempunyai fakta. Saya juga tidak mengetahui kandungan memorandum yang diserahkan kepada Dato’ Rektor. Saya percaya GMS telah melakukan satu tindakan drastik yang menyebabkan pengurusan tidak senang duduk.




Persoalan ; Mengapakah Timbalan Presiden MPM terlibat dengan GMS ?

Jika ditanya kepada saya, mengapa perlu dipersoalkan keterlibatan saudara Akram Ikrami. Bukankah saya sudah meletakkan ia bersifat individu?

Semasa saya memegang tampuk kepimpinan MPM 07/08 bersama pimpinan Mohd Rasyidi Ali, Mohd Ariff Abd Sarip dan lain-lain lagi terdapat beberapa isu yang dapat ditimbulkan. Kalau ada sesiapa masih ingat lagi satu edaran risalah telah dilakukan pada sekitar bulan Jun 2008. Antara kandungan adalah harga yuran yang semakin mahal. Isu tersebut telah mendapat respon daripada pihak KOSMO sehingga kami dipanggil oleh pihak pengurusan.

Setelah membuat perbincangan secara tertutup bersama Timbalan Rektor dan JPM dan akhirnya sebulat suara membentuk satu jawatankuasa yang dinamakan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS (MUAFAKAT). Suka saya bertanya, sejauh manakah mahasiswa KUIS sedar kewujudan MUAFAKAT ini? Persoalan ini saya fokuskan kepada ahli GMS terutamanya. Kerana ia dilakukan bukanlah secara berdemonstrasi tetapi secara rundingan. Saya kurang pasti adakah MUAFAKAT ini masih diteruskan? Itu kena tanya pada Presiden MPM KUIS 08/09.

MPM KUIS 07/08 telah menghadiri persidangan MUAFAKAT sebanyak dua kali iaitu pada 25 Julai 2008 dan 29 Ogos 2008. Persidangan ini diadakan di Banquet Hall First Cafe dan Bilik Galeri KUIS. Dan untuk makluman, persidangan ini bukanlah hanya dihadiri oleh Timbalan Rektor sahaja tetapi oleh semua pihak pengurusan.

Antaranya Timbalan Rektor, Pegawai Khas Rektor, Timbalan-timbalan Dekan Fakulti, Pengurus-pengurus Jabatan, dan Dekan JPM. Jika dilihat ia dihadiri hanpir 99% pengurusan tertinggi di KUIS. Pihak MPM KUIS 07/08 telah membuat satu dokumen resolusi yang mengandui beberapa usul. Antaranya aduan mahasiswa tentang kenaikan yuran, kadar caj elektrik yang terlalu mahal, kadar yuran asrama yang terlalu membebankan dan lain-lain lagi.

Pembentangan usul ini dilakukan oleh Presiden MPM KUIS 07/08 Mohd Rasyidi Ali pada 25 Julai 2008. Dan untuk makluman juga, sebelum pembentangan usul dilakukan, pihak MPM KUIS 07/08 telah mengadakan persidangan khas bersama Majlis Perwakilan Qaryah bertujuan menyemak semula isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam dokumen rasmi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Ingin saya petik daripada keratan akhbar tentang kenyataan Presiden GMS Ahmad Syafiq Akmal.

“Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15% manakala pengajian sarjana muda 10 peratus”


Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan tersebut. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Namun kenyataan tersebut secara jelas dan nyata bertentangan dengan fakta berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.

Usul pihak MPM KUIS 07/08 pada 25 Julai 2008 berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan. Pihak Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Ustaz Mohd Khairi Bin Hj Husin bersetuju membawa usul ini di bawa pula ke mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi.

Pada 11 Ogos 2008, Pihak MPM KUIS 07/08 telah dimaklumkan bahawa usul kami telah diluluskan. Namun sedikit syarat dikenakan iaitu penurunan yuran pengajian berlaku kepada pelajar yang mendapat GPA 2.70 ke atas sehingga mencapai 15%. Kenyataan saya ini berdasarkan bukti dokumen rasmi Resolusi MPM KUIS 07/08 dan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.
Persoalan ; Mengapa GMS ditubuhkan sedangkan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS telah wujud?

Dijelaskan di sini, ahli jawatankuasa MUAFAKAT bukan hanya terdiri daripada MPM sahaja, malah ia termasuk kepada pihak pengurusan tertinggi dan pimpinan Majlis Perwakilan Qaryah (Kolej Kediaman). Dan kenyataan saya bukanlah bersifat mengaibkan sesetengah individu. Namun sepanjang proses perbahasan, jika ada di antara kami mahupun pihak pengurusan yang bersifat sambil lewa sudah pasti dimarahi.

Saya masih ingat lagi ada satu jabatan yang gagal menyiapkan suatu dokumen untuk dibentangkan kepada majlis MUAFAKAT. Akhirnya beliau dimarahi oleh pengurusan tertinggi di hadapan kami. Sedikit terkejut, namun itulah realiti sebenar yang pernah dilalui.

Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).




Bukankah MPM KUIS selaku badan tertinggi mempunyai saluran yang betul? Mungkin ada di antara kita yang ‘malas’ mahu berurusan dengan pihak atasan atas alasan ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Itulah yang perlu kita hadapi, karenah birokrasi sesuatu jabatan memang sentiasa berlaku sama ada di badan kerajaan mahupun bukan bukan kerajaan.

Tindakan GMS membuat demonstrasi telah menyebabkan KUIS mendapat liputan meluas termasuk akhbar dan stesen TV3. Kesan daripada itu, saya telah dimaklumkan ramai pelajar telah menghadapi kesukaran mendapatkan tempat latihan praktikal. Dan tidak cukup itu lagi, permohonan mereka terus ditolak. Lantaran itu, saya difahamkan ada beberapa mahasiswa mula kecewa dengan tindakan GMS berhubung dengan perkara ini.

Saya mohon kepada sesiapa datangkan kepada saya “statement” yuran pengajian bagi IPTS di Malaysia. Terima kasih.

*Kenyataan saya berdasarkan fakta dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Sekian.
http://myikhtiar.com

5 Response to "Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?"

.
gravatar
nory izecson Says....

"Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).."

nak tahu sebabnya??tujuan akram tu masuk bertanding jawatan mpm adalh krn taktik ALAM utk menyusupkan ahli2 nya ke dlm barisan pimpinan MPM..lihatlah ape yg telah berlaku??semuanya sudah dirancang dr awal lg..
GMS PERLU MINTA MAAF PD SUME PELAJAR KUIS YG MNJADI MANGSA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

.
gravatar
Unknown Says....

Haha. Tq. Nory Izecson, siapa kamu ya?

Saya nak buka blog kamu, tapi tak boleh.

Hmm, saya minta semua kembali semula pada alam kewarasan. Tidak perlu wujud sengketa sebenarnya antara kita semua. ALAM buat kerja dakwah, MPM jaga mahasiswa. Tidak perlu sebenarnya ghairah berpolitik dalam kampus. Balik, baca buku.

.
gravatar
Anonymous Says....

study, study jgk, yuran pn kna turun jgk,, bila kita nk tuntut hak ni mmg banyak dugaan, cabaran dan fitnah, tp nk xnk kte kna jgk tuntut hak kita, mcm jgk isu di palesti, merka menuntut hak m,gunakan apa jua cara skalipun,, skalipn berdepan dgn maut,, ana teringat sebuah kisah yg boleh kita ambil pengajaran, nabi berdakwah pada mulanya dgn penuh keikhlasan dan strategik bersama para sahabat yg terlalu kecil bilangannya, sehinggalah baginda berhijrah ke madinah, apabila sampai ke madinah maka tertegaklah daulah islam yg pertama. perlu diingat, bila tertegaknya daulah islam madinah maka lahirlah orang yg bernama abdullah bin ubai bin salul, inilah org munafik yg pertama didunia, abdullah ini telah cuba memporak perandakan pentadbiran kerajaan islam ketika itu, x mustahil jg lah perkara seumpama ini telah wujud di dalam bumi kuis yg kita cintai,, tuntutlah hak kita sbg mahasiswa kuis dan rakyat negeri selangor khususnya dan rakyat malaysia amnya. berjuanglah gms, jaga akhlak yg telah diajarkan oleh nabimu,, jgn smpai melanggar hukum yg telah ditetapkan oleh allah dan rasulmu, berjuang dgn berhikmah dan tunjukkan akhlak kita sbg pembela rakyat bawahan yg tertindas...

.
gravatar
nory izecson Says....

haha,sdr nurul iman..hak yg mcm mane tu??hak memperjuangkan kbajikan pljr ataupun menaikkan nma puak sdr??nasihat sy,jgn terlalu ghairah menjadikan contoh sirah nabi ataupun kisah2 tokoh2 islam yg terdahulu dlm mersetui perjuangn kalian yg penuh 'kekeliruan' ni..buat kajian yg mendalam dulu sblm sibuk memperkatakn tentg sesuatu yg bergelar "HAK"!

.
gravatar
nory izecson Says....

haha,sdr nurul iman..hak yg mcm mane tu??hak memperjuangkan kbajikan pljr ataupun menaikkan nma puak sdr??nasihat sy,jgn terlalu ghairah menjadikan contoh sirah nabi ataupun kisah2 tokoh2 islam yg terdahulu dlm mersetui perjuangn kalian yg penuh 'kekeliruan' ni..buat kajian yg mendalam dulu sblm sibuk memperkatakn tentg sesuatu yg bergelar "HAK"!

Leave A Reply